Jalan ke Putrajaya berliku tapi tidak mustahil
Mohd Azmi Abdul Hamid, | 02 Jun 2012 |
TERAS
Pengupayaan Melayu (Teras) merumuskan jalan untuk membawa perubahan di
Putrajaya berliku tetapi tidak mustahil asalkan semua pencinta keadilan
dan kebenaran bergabung tanpa sebarang niat lain melainkan untuk
membangun masyarakat dan Negara yang berasaskan keredhaan Allah.
Menjadi suatu keanihan jika seorang Muslim tidak beriman kepada ketetapan Allah bahawa Allah memberi kuasa kepada siapa yang Ia kehendakki dan merampas kuasa dari siapa yang Ia kehendaki.
Namun semua ketetapan juga akan menuntut kepada syarat hatta untuk memenangkan agama Allah sekalipun.
Benar peringatan oleh Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang dalam amanatnya di Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam.
Pra syarat utama adalah mengukuhkan hubungan dengan Allah.
Dengan penuh kesedaran bahawa segalanya akan ditentukan oleh Allah S.W.T. Bagi setiap pejuang agamaNya yang mengguna medan politik berdasarkan sokongan rakyat, syarat hati yang ikhlas kepada Allah akan mampu memenangi hati rakyat yang mahukan kemenangan Islam.
Adapun persoalan strategi dan taktik, Teras berpandangan sememangnya pertolongan Allah memerlukan persiapan dan kesungguhan dalam perjuangan.
Inilah intisari dari tuntutan Allah agar kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan kekuatan apa sahaja bila berhadapan dengan musuh.
Teras mengira bahawa hampir 100,000 orang dari seluruh pelosok negara yang membanjiri Pehimpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Alor Star Kedah semalam adalah digerakkan oleh hati-hati yang jernih untuk matlamat memenangkan Islam.
Tidak ada upah dan elaun, tidak ada kemudahan kenderaaan, tidak ada saguhati, tidak ada kemudahan penginapan, tidak ada kerahan agensi kerajaan untuk memenuhi stadium itu.
Menggagahi hujan yang lebat pada petangnya, berhimpit-himpit dipadang dan tangga stadium sehingga tidak ada ruang sedikitpun untuk bergerak, tekun dan sabar serta bersemangat untuk solat berjamaah bersama pemimpin mereka, tekun mendengar ucapan sejumlah pemimpin dan penyokong kebenaran, menumpu perhatian kepada doa Mursyidul Am mereka semua ini adalah ciri ke arah menyiapkan syarat kemenangan yang perlu dikekal dan dijadikan gelombang.
Inilah perbezaan dengan mereka yang berhimpun dengan cara pacingan wang, kemudahan pengangkutan yang ditanggung semua, acara hiburan yang mengelorakan nafsu, elaun poket yang dibayar tunai, peruntukan wang kerajaan yang dibelanja tetapi berselindung disebalik justifikasi program agensi kerajaan.
Perbezaan inilah yang menggerunkan pihak yang melihat PRU 13 sebagai “Ibu segala Pilihanraya”.
Kami berpendapat bahawa sementara sangat sukar untuk memperolehi kemenangan dalam kepungan sebuah sistem yang sudah dirangka sehingga tidak membenarkan ruang yang samarata untuk berhujah dan bersaing dalam ruang demokrasi yang adil, namun tidak mustahil tsunami bakal berulang lagi.
Semangat dari kecintaaan kepada kebenaran Islam yang jitu walaupun dalam sekatan yang dianggap maha mencabar inilah yang akan menentukan kemenangan hakiki. Ia perkara kecil jika Allah sudah memutuskan bahawa bila kebenaran tiba , kebatilan pasti akan hancur.
Antara harapan dan yakin kepada Allah dan kerja keras inilah yang akan menjadikan perjuangan ini dirasai nikmatnya. Bagi mereka yang berpandangan dan beranggapan para pejuang Islam itu akan lelah dan kecewa sebenarnya akan jauh lebih kecewa kerana perjuangan Islam tidak pernah mati. Diperlaku sezalim mana sekalipun nafas perjuangan Islam tetap terus disambung.
Ikhwan Muslimin di Mesir sudah melalui babak yang jauh lebih pahit. Kini ruang terbuka dan dengan penuh istiqamah mereka meniti kemenangan sedikit demi sedikit dan selangkah demi selangkah.
Kami menyeru agar rakyat bersiap menempa zaman dan sejarah baru dengan gagah dan penuh bermaruah. Saatnya Putrajaya berada di tangan rakyat sudah tiba.
Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Teras.

Ramai bengang RM2 juta untuk artis K-Pop
Harakahdaily, | 02 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Akhbar
MCA, The Star melaporkan bahawa ramai pengguna internet bengang dengan
jumlah yang dihabiskan Kementerian Belia dan Sukan untuk Himpunan Jutaan
Belia baru-baru ini.
(Najib dan Ahmad Shabery Cheek di pentas Hari Belia bersama artis K-Pop. Sebahagian gambar terpaksa ditutup kerana terlalu menonjol)
Merujuk kepada satu bil yang dipaparkan di Facebook, akhbar tersebut melaporkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati melihat angka yang tertera di bil tersebut berjumlah RM10,613,993.62 yang dituntut oleh satu syarikat pengurusan program (event management) terhadap kerja yang telah disiapkan untuk ‘pelbagai segmen pada Hari Belia Negara 2012.’
Menurut The Star, tuntutan itu hanya 70 peratus daripada RM15,155,175.60 yang termasuk bayaran khemah kanopi, pondok, pentas, lampu dan sistem suara termasuk persembahan oleh artis tempatan dan K-pop.
“Menurut senarai yang diberikan kepada kementerian, jumlah kos untuk membawa masuk artis tempatan termasuk pengurusan hiburan adalah RM1.8 juta, dan membawa masuk artis K-pop mencecah RM2.04 juata.
Kos untuk menyediakan tandas dan kerja-kerja pembersihan berjumlah RM590,000 and RM1 juta. Ramai pengguna internet telah meluahkan rasa terkejut terhadap angka tersebut,” tulis laporan tersebut.
(Dokumen yang menunjukkan tuntutan RM2.1 juta untuk membawa artis K-Pop ke Himpunan Hari Belia 2012)
The Star turut memetik seorang komentar bernama Sandra Sen yang mempertikaikan jumlah RM1,709,750.00 yang digunakan untuk membekalkan khemah, kanopi dan pondok.
“Adakah ia dibuat daripada emas?” soal beliau.
Sementara itu, pengarah Stadium First Sdn Bhd Roslan Salikon yang dihubungi akhbar The Star telah mengesahkan bahawa syarikatnya ada membuat sebahagian tuntutan daripada Kementerian Belia dan Sukan.
“Kami adalah subsidiari Perbadanan Stadium Malaysia, di bawah Kementeria Belia dan Sukan,” kata Roslan.
Roslan berkata jumlah yang dituntut ada “lebih rendah” daripada jumlah RM15 juta yang tertera pada borang tuntutan bertarikh Mei 21 kerana syarikat tersebut gagal untuk membekalkan jumlah tandas bergerak yang cukup seperti yang diminta kementerian kerana tidak mempunyai stok yang mencukupi.
Roslan berkata Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah satu karnival yang besar, dan syarikatnya telah membekalkan 600-700 kanopi untuk harga RM500 ke bawah setiap hari.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa K-pop itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) hanya berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.
“Namun, kementerian masih tidak membuat bayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam peringkat kajian,” kata Mohid yang dipetik The Star.
Mohid berkata invois berjumlah RM2.4 juta yang dipaparkan blog adalah anggaran awal oleh agen Stadium First, namun begitu harga tersebut telah dikurangkan kepada RM900,000.

3 misi wanita pelengkap perjuangan politik
Hazayani Zakaria, | 02 Jun 2012 |
ALOR SETAR, 2 Jun: Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat bertekad menjadi pelengkap kepada perjuangan politik anak muda Malaysia.
Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, bagi merealisasikan tekad itu, Ameerah membawa tiga misi yang menjadi gagasan penting untuk mencipta perubahan di Malaysia.
Tiga misi yang mensasarkan golongan wanita itu adalah memperbaiki persepsi politik di kalangan wanita muda Malaysia, meningkatkan penyertaan wanita muda dalam masyarakat dan memupuk semangat semangat cintakan negara.
Beliau berkata, melihat kepada situasi politik yang semakin kotor termasuk budaya politik lucah di negara ini, wanita muda tidak harus lagi berdiam diri dan bersikap tidak peduli.
Katanya, politik kotor ini akhirnya merugikan negara sendiri apabila semakin ramai anak muda yang tidak berminat untuk melibatkan diri dalam politik.
"Selama lebih 50 tahun anak muda di negara ini telah dijamukan dengan budaya politik rasuah, budaya politik samseng, budaya politik fitnah dan budaya politik lucah! Siapa yang bertanggungjawab atas semua ini? Siapa yang menaja kumpulan senaman punggung di hadapan rumah rakan kita ambiga? Siapa yang mengusung ustazah Ummi Hafilda ke sana sini dengan ceramah beliau yang tidak bermaruah? Siapa yang membaling batu dan telur dalam ceramah Pakatan Rakyat di Melaka dan Pantai Dalam?
"Justeru kita tidak hairan mengapa ramai di kalangan rakan-rakan kita terutama sahabat saya yang perempuan mengambil sikap tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku dalam suasana politik tanah air.
Natijahnya apa saudara? Lebih 2 juta anak muda di negara kita tidak mahu mendaftar sebagai pengundi. Natijah apa lagi? Seramai lebih 60% anak muda yang telah mendaftar tidak turun mengundi pada PRU yang ke 12 yang lepas yang menyebabkan kita kalah di beberapa kerusi di Terengganu.
"Jumlah undi PAS menurun di beberapa DUN di Johor, Pahang Negeri Sembilan. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang dalam PRU ke-13 akan datang?" katanya dalam pidato anak muda di Ekpresi Anak Muda Menuju Putrajaya sempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini, petang semalam.
Fareedah juga berkata, Ameerah perlu memastikan wanita muda terliba secara langsung dalam sistem politik Malaysia.
"Barisan muslimat muda perlu kita gerakkan seoptimum mungkin bagi memastikan wanita muda di luar sana sentiasa mempunyai kesedaran untuk sama-sama terlibat dalam usaha kita membangunkan masyarakat seterusnya mencipta perubahan yang signifikan kepada tanah air kerana kita yakin tangan yang menghayun buaian pasti mampu menggoncang dunia," katanya di hadapan lebih 50,000 anak muda yang hadir.
Selain itu beliau berkata, Ameerah harus membawa anak muda mencintai negara dalam masa yang sama tidak meninggalkan Islam sebagai cara hidup.
Tugas Ameerah katanya sangat penting untuk memastikan anak muda tidka terus dilalaikan dengan hiburan melampau sehinga melupakan jati diri dan nilai-nilai ketimuran.
"Lebih 50 tahun penjajah meninggalkan negara kita. Namun minda anak muda pada hari ini terus dijajah oleh tradisi memperbodohkan rakyat. Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei yang lepas merupakan klimaks kepada pendedahan strategi kerajaan Malasyia yang mahu melumpuhkan gerakan anak muda di negara ini.
Para belia dilarutkan dalam budaya hiburan terlampau yang langsung tidak membantu membangunkan jiwa anak-anak ini apatah lagi mengisi rohani mereka seperti mana diwar-warkan," katanya.
Tambahnya, kerajaan menyatakan bahawa para belia terbabit merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara, tetapi bakal pemimpin tersebut diwariskan dengan budaya K-pop, J-Pop, budaya drag races yang mirip perlumbaan haram, dan tarian artis wanita yang mengghairahkan.
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Peneroka Felda dikhuatiri akan
menanggung rugi bertimpa-timpa akibat penyenaraian Felda Global
Ventures Holdings Bhd (FGVH), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Sebelum disenaraikan, kerajaan telah menyerahkan 300 ribu hektar tanah Felda Plantation, iaitu anak syarikat Felda Holdings, kepada FGVH konon untuk menarik minat pelabur.
"Dari mana lagi sumber Koperasi Permodalan Felda(KPF) untuk membayar dividen kepada para peneroka kerana sumber KPF sebelum ini datang dari dari Felda Holdings.
"Belum apa-apa lagi, peneroka sudah rugi," katanya.
Walaupun peneroka kononnya diperuntukkan 2.5 peratus atau 91 juta unit saham FGVH, Salahuddin tetap bimbang mereka akan menghadapi kerugian lagi.
"Saya bimbang mereka akan rugi bertimpa-timpa kerana rakan-rakan dalam pasaran memaklumkan kepada saya tentang kemungkinan harga tawaran awal kepada umum (IPO) FGVH yang dilaporkan berharga RM4.55 sesaham akan jatuh merudum dalam masa enam bulan sahaja.
"Saya benar-benar berharap perkara itu tidak berlaku tetapi rakan-rakan dalam pasaran memaklumkan harga itu terlalu tinggi," katanya.
Walaupun berharap kejatuhan yang dijangkakan itu tidak berlaku, tetapi prestasi FGVH sebelum ini mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan tersebut, kata Salahuddin.
"Prestasi FGVH sebelum ini amat buruk di mana anak-anak syarikatnya seperti Felda Global Ventures Middle East, Felda Global Ventures North America, Felda Global Ventures Perlis, Felda Global Ventures India, Felda Global Ventures Livestock, Felda Global Ventures Indonesia dan Felda Global Ventures Kalimantan kesemuanya rugi.
"Mungkin sebab itulah desas-desus dalam pasaran awal-awal lagi memberikan undi tidak percaya kepada kemampuan IPO FGVH untuk bertahan lebih dari enam bulan apabila disenaraikan nanti," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Semakin membimbangkan, katanya, ialah apabila disebarkan berita bahawa 53 peratus pokok kelapa sawit di bawah FGVH telah tua dan hasilnya akan berkurangan.
"Itu belum lagi diambilkira sejarah kos tanam semula Felda yang dilaporkan sehingga RM3,151 bagi setiap satu hektar berbanding Sime Darby RM936 bagi setiap satu hektar dan IOI yang hanya berbelanja RM596 bagi setiap satu hektar untuk tanam semula.
"Saya tidak nampak pasaran akan menaruh keyakinan bahawa FGVH akan mengurangkan kos itu dan kesemua itu bukanlah berita yang baik kepada pasaran," kata Salahuddin.
Beliau juga menyatakan, rakan-rakannya dalam pasaran juga memberitahu bahawa dunia akan mengalami kebanjiran minyak kelapa sawit, antara lain kerana Indonesia akan menimbunkan stoknya sehingga tidak kurang dari lima juta tan.
"Saya membangkitkan kesemua ini kerana saya kasihan kepada para peneroka Felda dan saya sangat berharap anak-anak peneroka yang berkesedaran dapat memberitahu ibu bapa mereka tentang kebimbangan Tengku Razaleigh (Hamzah) bahawa peneroka akhirnya akan hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja," katanya.
Salahuddin berkata, terlalu banyak isu yang dibangkitkan mengenai keghairahan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak hendak menyenaraikan FGVH.
"Sekali lagi saya berharap sangat anak-anak peneroka yang berkesedaran dapat memberitahu ibu bapa mereka tentang pelbagai perkara yang dibangkitkan itu," katanya.

FGVH: Peneroka dikhuatiri bertimpa-timpa rugi
Abdul Aziz Mustafa, | 02 Jun 2012 |

Himpunan Hijau resahkan Najib
Harakahdaily, | 02 Jun 2012 |
ALOR SETAR: Kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang
berlangsung seharian di sini semalam sekali lagi menambah kerisauan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya.
AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kejayaan PAS menghimpunan
ratusan ribu rakyat khususnya anak muda tanpa ada sebarang konsert
melalaikan sudah tentu memberi tekanan kepada Najib.
"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.
"Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, semua kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti.
Himpunan Hijau Ke Puterajaya menurutnya bukan sahaja berjaya mengumpul ramai orang, malah matlamat dan sasaran tercapai.
Semua ruang stadium ujarnya padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak.
Lebih menarik kata Ustaz Idris, mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas di mana 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K-Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya.
Pak Samad Said pula mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.
"Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit "terencat bilang".
"Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara," katanya.
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS akan meneruskan roadshow Xpresi Hijau Anak Muda yang dilancar di Stadium Darul Aman semalam ke seluruh negara.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata roadshow tersebut akan diadakan sepanjang dua bulan ini sehingga pertengahan Julai akan datang.
Bermula dari Kedah, mereka akan ke Perlis dan kemudian akan ke Johor pada 16 Jun ini.
Mengikutinya Pahang pada 17 Jun, Pulau Pinang 23, Perak 24 dan Terengganu 30 haribulan.
Untuk Julai pula, program akan dimulakan di Kelantan pada 1 haribulan kemudian Melaka 7, Selangor 14 dan Negeri Sembilan pada 15 haribulan.
Menurut Nasruddin, tarikh untuk program tersebut di Sabah dan Sarawak akan diumum pihaknya kemudian.
Kesemua tarikh-tarikh tersebut turut diumumkannya sewaktu menyampaikan pidato khas Ketua Pemuda di Stadium Darul Aman petang semalam sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya di sini.
Xpresi Hijau Anak Muda semalam bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.
Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.
Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.
Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.
Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.
Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.
Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.
Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.
"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.
"Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, semua kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti.
Himpunan Hijau Ke Puterajaya menurutnya bukan sahaja berjaya mengumpul ramai orang, malah matlamat dan sasaran tercapai.
Semua ruang stadium ujarnya padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak.
Lebih menarik kata Ustaz Idris, mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas di mana 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K-Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya.
Pak Samad Said pula mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.
"Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit "terencat bilang".
"Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara," katanya.
Roadshow Xpresi Hijau Anak Muda ke seluruh negara
Nazri Abdullah , | 02 Jun 2012 |
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata roadshow tersebut akan diadakan sepanjang dua bulan ini sehingga pertengahan Julai akan datang.
Bermula dari Kedah, mereka akan ke Perlis dan kemudian akan ke Johor pada 16 Jun ini.
Mengikutinya Pahang pada 17 Jun, Pulau Pinang 23, Perak 24 dan Terengganu 30 haribulan.
Untuk Julai pula, program akan dimulakan di Kelantan pada 1 haribulan kemudian Melaka 7, Selangor 14 dan Negeri Sembilan pada 15 haribulan.
Menurut Nasruddin, tarikh untuk program tersebut di Sabah dan Sarawak akan diumum pihaknya kemudian.
Kesemua tarikh-tarikh tersebut turut diumumkannya sewaktu menyampaikan pidato khas Ketua Pemuda di Stadium Darul Aman petang semalam sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya di sini.
Xpresi Hijau Anak Muda semalam bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.
Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.
Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.
Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.
Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.
Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.
Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.
Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.
|
TPM: Pesara k'jaan sertai pembangkang terikat OSA
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata terpulang
kepada rakyat untuk menilai sendiri tindakan beberapa pesara kerajaan
yang dilapor telah menyertai parti pembangkang.
Sambil berkata itu adalah pilihan masing-masing, beliau menegaskan: "Tapi kita juga harap mereka faham bahawa sewaktu mereka berkhidmat dalam kerajaan, mereka telah bersama dengan kerajaan dan melaksanakan dasar kerajaan. "Kalau mereka tak puas hati, tidaklah sampai mereka harus tinggalkan (kerajaan) hanya kerana satu dua perkara yang mungkin menyebabkan mereka tidak puas hati." Muhyiddin mengulas tindakan beberapa pesara kerajaan berpangkat tinggi yang menyertai parti pembangkang, termasuk bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari. Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri melancarkan jentera pilihan raya BN Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur Ditanya sama ada bekas penjawat awam terikat dengan Akta Rahsia Rasmi yang melarang mereka daripada mendedahkan rahsia kerajaan, Muhyiddin menjawab, "Ya". Menjawab pertanyaan lain, beliau berkata kerajaan BN tidak bimbang dengan program 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' anjuran PAS di Alor Setar, Jumaat lepas. Menurutnya, PAS memilih untuk mengadakan program itu di Kedah kerana sedar sokongan terhadap mereka di negeri itu semakin merosot. Ia merupakan cubaan untuk meraih kembali sokongan rakyat Kedah yang dilihat semakin meninggalkan parti pembangkang itu, kata Muhyiddin. - Bernama |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan