Sabtu, 9 Jun 2012

JANGAN BERPOLITIK BURUK@POLITIK KOTOR....RASULLULLAH SAW JUGA PEMIMPIN NEGARA@AHLI POLITIK..MALAH LEBIH DARI ITU...TAPI CERDIK..AMANAH..MENYAMPAIKAN KEPADA SEMUA...ADIL DLL....NI JADI KALAU POLITIK TAK IKUT ACUAN ISLAM...TAK SABITKAN DENGAN AKIDAH...TAK SABIT DENGAN HUKUM ALLAH....LEBIH2 HUKUM QURAN SERTA TAK BERPANDU KEPADA ALQURAN...AHLI2 POLITIK MACAM NI MENEMPAH AWAL2 DIDUNIA UNTUK MASUK NERAKA ALLAH...NI KESAN DARI JAHILNYA AGAMA...KECIK2 SURUH BELAJAR TAK NAK....

PTPTN: Jangan banding epal dengan ikan yu

Harakahdaily, 09 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dalam isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN terhadap Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyindir 'kebijaksaan' Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam menimbulkan kontroversi ini.
Mohamad berkata sepatutnya Khaled membuat perbandingan epal dengan epal dalam isu ini.

“Jgn bandingkan kerajaan PR selangor dgn kerajaan pusat. Banding mesti epal dgn epal. Bkn epal dgn ikan yu,” tulis beliau di laman Facebook beliau.

Mohamad menegaskan bahawa PR berjanji akan memberikan pendidikan percuma apabila ia diberi mandat untuk memerintah kerajaan pusat pada PRU13 bukan memerintah di peringkat negeri.

“Kenapa Menteri Pengajian Tinggi begitu tidak cerdik?” soal beliau.

Awal minggu ini, PTPTN dengan disokong Menteri Pengajian Tinggi dan Timblan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak membekukan pinjaman pelajar baru Unisel dan meminta kerajaan negeri Selangor membuktikan keupayaan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar terbabit.

Khaled berkata pembekuan tersebut sekadar ingin menguji sama ada negeri Pakatan Rakyat Selangor adalah serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

“Sekarang mereka telah mengakui kepentingan PTPTN, jelas sekali mereka tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma,” kata beliau.

Bagaimanapun, tindakan tersebut ditarik balik semalam selepas mendapat pelbagai kritikan, dari dalam dan luar Umno yang merasakan tindakan tersebut tidak wajar.

Ramai penganalisa politik melihat kontroversi PTPTN kali ini adalah pertembungan antara Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Umno, di mana kedua-duanya mempunyai keperluan berbeza untuk kekal hidup di dunia politik.

Sekiranya Najib berjaya memenangi dua pertiga semula, Muhyiddin dijangka akan menghadapi kesukaran mempertahankan kedudukannya pada pemilihan Umno yang bakal berlangsung tahun ini dan digantikan dengan sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Naib Presiden Umno.

Untuk menyelamatkan dirinya dan memberikannya peluang untuk mengguling Najib, Muhyiddin perlu memastikan Najib gagal mendapat 2/3 majoriti malah keputusannya merosot berbanding Tun Abdullah Badawi di 2008, tapi BN masih kekal menang di PRU-13.

Sekiranya terlebih melakukannya, BN bakal tertewas dan Muhyiddin juga bakal hilang segala-galanya.

Disebabkan itu, rakyat akan dapat melihat pertembungan puak pemikiran lama dengan puak transformasi sebegini dengan lebih kerap menjelang PRU-13.

PTPTN: Jangan jadikan mahasiswa bahan eksperimen

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong,
Pertama sekali penulis ingin mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana isu  pembekuan pinjaman  PTPTN kepada mahasiswa tahun pertama Universiti Industri Selangor (Unisel) dapat diselesaikan dengan cara baik yang mana pembekuan itu telah ditarik balik oleh pihak PTPTN setelah perbincangan dilakukan antara Naib Canselor Unisel bersama  Ketua Eksekutif PTPTN Agus Cholan. Malah, mahasiswa Unisel juga telah dibenarkan untuk mengemukakan permohonan pinjaman mereka secara online di laman web PTPTN.


Daripada kemelut yang menjadi isu besar di dada-dada akhbar  sejak akhir-akhir ini dapat penulis rangkumkan bahawa kemelut ini lebih bermotifkan kepada nilai status politik dan  juga serangan psikologi menjelang PRU 13. Mengapa? Pelbagai persoalan yang boleh kita bangkitkan dalam isu ini.


Pertamanya, boleh dikatakan bahawa Umno/Barisan Nasional  boleh dikatakan terkesan dengan cadangan Pakatan Rakyat (PR) dalam  menawarkan pendidikan tinggi  percuma di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan juga pemberian elaun RM5000 ringgit kepada setiap mahasiswa universiti. Hal ini dikuatkan lagi dengan perdebatan isu PTPTN yang diadakan baru-baru ini, melibatkan oleh saudara Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR dan juga Saudara Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda Umno Malaysia.


Kedua, Umno/Barisan Nasional cuba (dengan izin di dalam bahasa Inggeris) mengadakan ‘Test Market’ atau menguji kemampuan kerajaan negeri di bawah pemerintahan PR, supaya memberikan pendidikan percuma yang war-warkan sebelum ini. Hal ini disebabkan, bagi pandangan mereka(Umno/BN) pendidikan tinggi percuma perlulah dilaksanakan terlebih dahulu institusi-institusi pendidikan tinggi di bawah naungan kerajaan PR sebelum PR bercita-cita menawan kerajaan pusat di Putrajaya.


Ketiga, kemungkinan besar imej Umno/Barisan Nasional pada waktu ini semakin merudum terutama dalam kalangan anak muda disebabkan isu tarian K-Pop yang diadakan di Himpuan Sejuta Belia di Putrajaya, dan juga kejayaan  PR khususnya PAS dalam mengadakan Himpunan Hujau di Stadium Darul Aman baru-baru ini, terutama kejayaan PAS dalam menarik golongan anak muda.

Persoalan - persoalan ini bolehlah disandarkan kepada rentetan mengapakah berlakunya isu pembekuan pinjaman PTPTN terhadap mahasiswa Unisel baru-baru ini. Seperti penulis tekankan sebelum ini ia lebih bermotifkan kepada nilai status politik dan juga serangan psikologi. Ditambahkan lagi, penulis juga amat tidak bersetuju sekiranya kemudahan pinjaman ini disekat kepada mana - mana pelajar, terutama mahasiswa Unisel dek kerana IPTS berkenaan di bawah kawal seli kerajaan negeri Selangor, dalam erti kata mudahnya wujud sentimen perbezaan politik dalam hal ini.


Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat mahupun PTPTN dalam memberikan kemudahan pinjaman, biasiswa, atau dalam apa bentuk bantuan cara sekali pun kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA/S seluruh Malaysia, dengan syarat selagi kerajaan persekutuan yang masih ada sekarang tidak berubah tampuk pemerintahan. Sekiranya berlaku perubahan tampuk pemerintahan kelak, menjadi tanggungjawab kerajaan yang baru dalam melaksanakan polisi bantuan kewangan kepada pelajar, adakah ingin memberi pendidikan tinggi secara percuma atau pun mengekalkan kemudahan  pinjaman seperti yang sedia ada.


Selain itu, tindakan yang diambil (pembekuan pinjaman) ini boleh dikatakan sebagai tiadakan ke anak - anakan. Penulis boleh membayangkan bahawa tiadakan PTPTN ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah sebagai alternatif dan memberi peluang kepada kerajaan yang diperintah oleh PR untuk melaksanakan polisi pendidikan tinggi percuma yang di nyatakan selama ini. Jika benar PTPTN ingin memberi peluang kepada kerajaan PR untuk melaksanakan polisi ini sekali pun, mengapa tidak dibincangkan terlebih dahulu, dan mengapa perlu mengambil pendekatan secara drastik sehinggakan masyarakat mahupun mahasiswa terpinga - pinga dengan isu pembekuan pinjaman  ini.


Oleh itu, penulis ingin tegaskan kepada pihak yang berkenaan jangan jadikan mahasiswa sebagai bahan eksperimen dalam meraih sokongan. Jika ilmu, pendidikan, modal insan dijadikan bahan perjudian, maka tindakan ini lama kelamaan memberi kesan buruk kepada masa hadapan negara. Malah, matlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, berkualiti tidak akan tercapai dan menjadi sia-sia belaka.
PTPTN-Unisel: Sekadar uji Selangor, kata Khaled
Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2012
PTPTN-Unisel: Sekadar uji Selangor, kata Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
SHAH ALAM - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya sekadar ingin menguji sama ada Kerajaan Negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memansuhkan PTPTN dan menggantikan dengan pendidikan percuma jika diberi manfat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu kata beliau, adalah jelas Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma.

Khaled juga berkata, keputusan menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN membabitkan penuntut-penuntut pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) dibuat setelah pihak Kementerian Pengajian Tinggi menimbang rayuan daripada kedua-dua pusat pengajian tinggi itu.

Terdahulu dalam satu mesej menerusi akaun Twitter, Khaled berkata, pengurusan Unisel ada mengemukakan rayuan kepada beliau berkenaan perkara itu.

"Unisel pun ada merayu pada saya, dan menyatakan PTPTN memang diperlukan, maka tidak sebab untuk tidak setuju pentingnya PTPTN," kata beliau.

Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor dan pemimpin-pemimpin PR mendakwa tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut-penuntut Unisel sebagai tidak adil.

Keputusan membatalkan pembekuan itu dimaklumkan kepada pengurusan Unisel pagi semalam.
Siswa Unisel: PTPTN tak payah propaganda

  • Zulaikha Zulkifli
  • 5:27PM Jun 8 2012
Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) berharap agar mereka tidak lagi terlibat dalam "propaganda" berhubung isu pinjaman mereka yang sebelum ini disekat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Siswa berkenaan, ada antaranya yang bercadang untuk berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman tersebut, hari ini berasa lega dan gembira dengan keputusan PTPTN untuk menarik balik pembekuan pinjaman tersebut.
NONEPelajar daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau berasa tenang selepas mendapat tahu berita tersebut.

“Saya gembira. Tenang nak belajar. Tak payah fikir pasal masalah duit. Lepas ini (PTPTN) tak payah nak buat propaganda sangatlah. Kita pelajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya beliau bimbang kerana pembekuan pinjaman tersebut akan menjejaskan pelajarannya.
“Jangan nak libatkan pelajar dalam politik. Kami tak nak terlibat,” kata Edy, 18, yang sebelum ini merancang untuk berpindah ke institusi pengajian tinggi lain kerana bimbang tidak mendapat pinjaman.

Beliau mengulas keputusan PTPTN menarik balik pembekuan pinjamannya kepada siswa universiti berkenaan dan juga Kolej Universiti Islam Selangor.
NONESeorang lagi siswa Unisel, Bob, yang berasal daripada Johor berkata, beliau gembira dan bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang prihatin terhadap masalah yang mereka hadapi.

Siswa di Fakulti Komunikasi dan Media itu juga berpandangan bahawa isu seperti ini tidak wajar dipolitikkan.

“Alhamdulillah sebab mereka (PTPTN) masih boleh berfikir lagi. Tak patut politikan benda macam ini. Tapi saya gembira. Apa pun saya masih nak tunggu hitam putih daripada pihak Unisel dahulu,”
katanya.

Pandangan sama disuarakan Kabil, 19, yang berkata beliau dan rakan-rakan lain gembira dengan berita tersebut, walau Unisel masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.
NONE“Saya sangat gembira dengan berita ini. Saya rasa semua pelajar berasa gembira sebab kami dapat membuat permohonan untuk membuat pinjaman dengan PTPTN.

“Terima kasih pada pihak menteri, Unisel dan semua pihak. Jangan risau, kami akan bayar balik pinjaman ini,” katanya lagi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Khaled Nordin dalam laporan Utusan Online hari ini berkata tindakan menarik balik pembekuan pinjaman itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."
Khaled memutuskan demikian susulan keputusan kerajaan Selangor untuk menggunakan hartanah seluas 500 ekar bagi membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.

Keputusan itu juga dibuat selepas menerima tentangan keras, termasuk daripada ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyifatkan sekatan pinjaman tersebut sebagai "politik buruk" dan tindakan yang salah dari segi moral.
PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS

  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:17PM Jun 8 2012
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.
"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.
"Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.
Khaled seterusnya mengesahkan tindakan menarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel.
Beliau dilaporkan Utusan Online sebagai berkata, tindakan terbaru itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."
"Unisel juga mengakui bahawa PTPTN penting untuk pelajar justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,’’ katanya seperti dipetik laman itu.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai kanan kerajaan Selangor yang dihubungi Malaysiakini hari ini.
Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.

Petang tadi, Naib Canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad yang mengesahkan pembekuan pinjaman PTPTN ditarik balik, berkata beliau menerima surat rasmi mengenainya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan pagi ini.

Surat itu mengesahkan bahawa pinjaman pendidikan akan disediakan semula, dan ditandatangani oleh pegawai khas dari Kementerian Pengajian Tinggi, kata Anuar dalam sidang media di Unisel.

Mesyuarat pagi tadi diadakan selepas surat rayuan dikemukakan berikutan mesyuarat sebelumnya dengan Agos minggu lepas. Pelajar boleh memohon semula pinjaman tersebut mulai malam ini, katanya.

Ketika diminta mengesahkan laporan bahawa beberapa pelajar telah meninggalkan Unisel selepas gagal memohon pinjaman tersebut, Anuar berkata tiada rekod mengenainya dan oleh itu tidak dapat mengesahkannya.
Bagaimanapun,tambahnya,jika ada yang berbuat demikian, mereka dialu-alukan kembali semula dan akan dibantu meneruskan pengajian mereka di Unisel.

Anuar berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor atas sokongan moral dalam situasi tersebut.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak lain yang terlibat.
Pinjaman PTPTN untuk siswa KUIS juga dibeku

  • Jonathan Yong
  • 11:50AM Jun 8 2012
Siswa di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut terjejas apabila permohonan pinjaman mereka dibekukan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut seorang siswa yang baru mendaftar di kolej tersebut, perkara itu diberitahu dalam satu taklimat kepada pelajar pada malam Rabu lalu.

Siswa yang enggan didedahkan namanya itu berkata hampir 500 orang pelajar dalam taklimat itu diberitahu bahawa pinjaman PTPTN itu dibekukan kerana KUIS berada di bawah kerajaan Selangor.

Satu lagi universiti bawah kerajaan negeri itu, Universiti Selagor turut dikenakan tindakan sama.

Menurut siswa tersebut, pelajar berkenaan terkejut dengan pengumuman itu kerana ramai di antara mereka memerlukan bantuan kewangan untuk pendidikan mereka.
PKR mahu menteri jamin PTPTN tak ulangi beku pinjaman
7:06PM Jun 8 2012
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin supaya memberi jaminan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan mengulangi tindakan membeku pinjaman kepada siswa.

"Kenyataan tidak rasmi bahawa PTPTN telah membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel (Universiti Selangor) disambut dengan perasaan lega.

"(Namun) PKR akan terus mendesak menteri terbabit mengeluarkan jaminan agar tindakan kebudak-budakan oleh PTPTN di Unisel tidak akan berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan media petang ini.

Katanya, Khaled terpaksa berbuat demikian untuk menghentikan tindakan "memangsakan pelajar Unisel" apabila perbuatan itu menimbulkan kemarahan, termasuk daripada pemimpin BN.

Malah, ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam ketika menggesa supaya pembekuan itu ditamatkan turut menyifatkan langkah itu sebagai "politik buruk" dan tindakan yang salah dari segi moral.

"Iltizam kerajaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang termampu bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas adalah sangat bertentangan dengan sikap tiga orang menteri Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Noh Omar yang gembira dengan kesusahan pelajar demi permainan politik mereka," kata Rafizi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tiga menteri tersebut semalam yang menyokong tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada siswa berkenaan.

Dalam pada itu Rafizi juga berharap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan meneruskan usaha untuk menubuhkan dana RM30 juta bagi membantu siswa berkenaan.

Rancangan untuk menubuhkan dana berkenaan, dengan mencairkan aset 500 ekar tanah bagi membantu siswa tersebut, turut disokong timbalan presiden PKR Azmin Ali.
"Sungguhpun pembekuan PTPTN ditarik balik, saya berharap RM 30 juta yang dijanjikan Kerajaan Selangor dikekalkan demi kebaikan mahasiswa," kata Azmin di Twitter.

Tiada ulasan: