Sabtu, 9 Jun 2012

CAKAP IKUT SUKA...CAKAP KITA BOLEH DINILAI...TAK ADIL...GILA KUASA...BERLAGAK PANDAI..BODEK...JAGA PERIUK NASI..MASUK BAKUL...DAN MACAM2...BUKAN NAK MERENDAH DIRI...JAGA AKIDAH...BUKAN NAK HIDUP ZUHUD...CAKAP MACAM TAK PENDULI MASUK NERAKA ATAU SYURGA...LAIN KALI CAKAP KIRA JUGA BAB2 AKHIRAT...KERANA SEMUA AKAN MATI DAN AKAN DIBANGKIT SEMULA...SUSAH JUGA JENIS TAK SEDAR AKAN MATI...DAN RASA DIRI PANDAI SANGAT...SERTA BAIK KONON....LAWAK2

Najib timbang beri BR1M kedua

8 Jun 2012
Guna wang BR1M beli beras
$entry.content.caption.value
KULIM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Najib berkata, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Semalam,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat.
Bulan lalu, Sinar Harian ada membawa laporan memetik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengesyorkan agar pemberian BR1M dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat.

Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.
Mengulas lanjut, Najib berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.
"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy' (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield' (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau 'Arab Spring'.
Najib berkata, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.
Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.
"Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.
"Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat," katanya.
Najib: BN sudah tunaikan semua janji dalam belanjawan 2012

8 Jun 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
KULIM - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menunaikan semua janji yang dibuat dalam Belanjawan 2012 bagi membuktikan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang mengotakan janji yang dibuat.

Perdana Menteri berkata BN yakin akan dapat membuat lebih banyak perubahan kepada negara ini dan kerana itu mereka memerlukan mandat yang lebih besar pada pilihan raya umum kelak.

"Kerajaan mahukan mandat penuh, bukan sipi-sipi. Kita nakkan kemenangan besar untuk jamin kejayaan yang lebih baik untuk negara kita yang tercinta ini," katanya ketika melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini.

Beliau berkata tempoh tiga tahun sejak beliau menjadi Perdana Menteri hanyalah permulaan kepada transformasi yang lebih besar yang akan dilakukan oleh BN terhadap negara dan rakyat ini.

"Kita akan bekerja lebih kuat. Di Kedah kita banyak idea, kita tidak lupakan Kedah walaupun Kedah kini dikuasai pembangkang. Orang Kedah sendiri mahukan banyak perubahan," katanya. - Bernama
Petronas jangka harga minyak turun

8 Jun 2012
Logo Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
Logo Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangka harga minyak mencatatkan penurunan berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutifnya (perniagaan hiliran), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin. 

"Kami tidak begitu yakin bagi suku-suku akan datang disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan China serta India juga mula menunjukkan pertumbuhan lemah," katanya kepada pemberita di pelancaran penyelesaian teknologi minyak dan gas baharunya di sini, hari ini.

Majlis pelancaran itu diadakan di hari terakhir Persidangan Gas Sedunia ke-25.

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata Petronas berupaya menampung bekalan minyak bagi loji penapisnya susulan sekatan ke atas Iran bermula lewat bulan ini.

"Kami mempunyai sumber kami. Selagi kami boleh mendapatkan jenis minyak yang betul dan berkualiti bagi loji penapis kami, kami masih boleh bertahan," katanya.

Beliau berkata margin penapis akan berada di bawah tekanan tetapi Petronas akan memastikan pengurusan kos operasi yang lebih baik.

"Margin penapisan akan berdepan dengan banyak cabaran, tetapi selagi kami mencatatkan prestasi lebih baik berbanding pesaing kami, itulah yang kami sasarkan," katanya.

Petronas memperkenalkan lima penyelesaian teknologi dan teknikal baharu berkaitan industri yang akan mengoptimumkan nilai pengeluaran hidrokarbon dan meningkatkan kecekapan operasi, produktiviti dan keselamatan dalam persekitaran operasi minyak dan gas.

Lima penyelesaian itu adalah dalam bahagian penghapusan pencemar, sistem pembaikan saluran paip, pengesanan gas merbahaya dan kebakaran, sistem penyeliaan meter tepat masa dalam talian dan sistem pengasingan cecair  dan gas bersepadu.

Penyelesaian tersebut, Branded HycaPure Hg, Pipeassure, FnGmap, Smartcen dan Sep -- iSys, dibangunkan oleh Petronas dengan rakan kongsi teknologi strategiknya. --Bernama
Hasan Ali dakwa Anwar hanya PM sementara
MOHD FIRDAUS YON
8 Jun 2012
Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
JOHOR BAHRU - Jalur Tiga (Jati) tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mentadbir negara.

Bagaimanapun, Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, Ketua Umum PKR itu hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika berikutan DAP tetap mahu jawatan berkenaan disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurutnya, hakikat itu berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang menegaskan akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau masih hidup.

“Kita semua tahu Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menguasai Putrajaya, tetapi ia hanya untuk seketika dan sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

“Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia (Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri,” katanya ketika menyampaikan ceramah ‘Merungkai Kebenaran’ di Taman Skudai Kanan, di sini, malam kelmarin.

Walaupun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Anwar adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

Dalam ucapan sama, Hasan turut menyelar kegagalan Anwar untuk menyenaraikan nama-nama anggota Kabinet bayangan biarpun didesak oleh pelbagai pihak sehingga ke hari ini.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia turut menegaskan hasrat PR yang mahu menjadikan Malaysia dari negara mengamalkan sistem demokrasi kepada negara republik selepas berjaya menawan Putrajaya.

“Ia bukan lagi satu rahsia, sebaliknya akan menjadi kenyataan sekiranya orang ramai menabalkan Pakatan Rakyat selaku pemerintah negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Melayu akan hilang langsung apabila PR menang dan berjaya menawan Putrajaya. Mereka akan menukar Malaysia bukan lagi menjadi negara bercorak kepada sistem demokrasi, tetapi menjadikan negara sebagai republik,” katanya.
Demo di SUK: Umno malu sendiri, kata Nik Aziz
Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2012
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
$entry.content.caption.value
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan yang dilakukan sekumpulan penyokong proUmno di pekarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kelmarin hanya akan menyebabkan riwayat Umno berakhir.

“Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Nik Aziz yang dipetik menerusi facebooknya, semalam.

Kelmarin, seramai 400 ahli badan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi sukarelawan 'Tukar Acu Test Sepenggal' atas dasar protes terhadap projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) di bawah Kerajaan Negeri yang menggunakan wang rakyat.

“Janji Pas untuk membina lebuh raya terbabit memang disambut baik, namun kami memprotes tindakan Kerajaan Negeri yang menggunakan wang rakyat untuk projek itu,” kata Pengerusi sukarelawan, Kamarudin Mohd Kasim ketika ditemui, kelmarin.

Dalam demonstrasi itu juga, mereka turut menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang berjanji akan menyuarakan pandangan tersebut kepada Nik Aziz untuk tindakan lanjut.

Mursyidul Am Pas itu juga mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah ‘najis’ di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, tindakan mengadakan demonstrasi berkenaan hanya akan menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.

“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah. Percayalah, Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti," kata Nik Aziz.
Kelantan tidak terdesak ambil duit rakyat
Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2012
Kerajaan Negeri tidak terdesak ambil duit rakyat
Nik Aziz menyampaikan risalah penerangan berkaitan PRU13 kepada wakil
Ahli Dewan Undangan Negeri, semalam.
KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menafikan Kerajaan Kelantan mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Husam berkata, sepatutnya Umno malu setelah pelbagai tuduhan dilemparkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri tidak mampu membina lebuh raya tersebut sehingga terdesak untuk mengambil duit daripada rakyat.

Bagi menepis dakwaan tersebut, Husam menjelaskan pihaknya mempunyai perancangan kewangan yang teliti bagi menyiapkan pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer (km) itu mengikut fasa tertentu. “Kita lancar derma Umno sindir kepada kita, mereka beranggapan Kerajaan Negeri tidak ada duit untuk menyiapkannya. Bukan kita mengutip duit daripada rakyat.

Sebenarnya kita memberi peluang kepada orang ramai dalam konteks wakaf, terpulang kepada  mereka sendiri mahu derma atau tidak.

“Kita sendiri sudah atur pembiayaan kewangan yang baik, dan pada pakej pertama untuk pembinaan sepanjang 43 (km) dijangkakan memerlukan RM700 juta termasuk pengambilan tanah,” katanya sempena Taklimat Khas Pelancaran  Isu-isu Pilihan Raya di sini, semalam.

Hadir sama pada taklimat yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan ialah Mursyidul Am Pas , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Penerangan Pas, Dr Fadhli Datuk Hassan. Husam tidak menyebut secara menyeluruh  berhubung perancangan yang akan dilakukan memandangkan beliau bimbang menjejaskan usaha sama pihak terlibat dalam pembinaan lebuh raya tersebut.

“Saya difahamkan setakat ini salah satu syarikat yang terlebat ini telah menerima ugutan daripada pihak tertentu supaya tidak meneruskan pembinaannya dan dikatakan projek syarikat tersebut di Seremban akan ditarik balik sekiranya ingkar dengan amaran itu,” katanya.

Dalam pada itu, Husam berkata, tindakan 400 peserta yang menyerahkan memorandum dan peralatan di hadapan pejabat Menteri Besar kelmarin adalah usaha untuk menyindir Kerajaan Negeri untuk menyiapkan lebuh raya tersebut

“Mereka ingat kita tidak mampu untuk siapkan lebuh raya ini, mereka ini tidak faham, kita bukannya kutip duit rakyat, malah kita juga mempunyai pinjaman RM750 juta yang akan dijelaskan dalam tempoh 25 tahun,” katanya.

Selain itu, Husam berkata, 40 peratus sumber iaitu batu dan pasir adalah aset Kerajaan Negeri dan perkara itu tidak membimbangkan Kerajaan Negeri dalam mendapatkan peralatannya. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri memberi  peluang kepada rakyat untuk membuat pahala dan pihaknya bersedia untuk menerima apa sahaja walaupun ia adalah sebutir batu.
PTPTN-Unisel: Hargai langkah MB, Khairy
Hasbullah Mohd Ridzawan
8 Jun 2012
DEWAN Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan zalim Kerajaan Pusat terhadap penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel) yang ingin memohon pinjaman PTPTN hanya kerana disebabkan oleh perbezaan ideologi politik di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Hanya disebabkan ‘dendam politik’ maka Umno dan Barisan Nasional bertindak membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL tersebut. 

Dewan Pemuda Pas Selangor menganggap ‘keseronokan’ Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin di atas arahan untuk ‘membekukan’ pinjaman tersebut dan kenyataan dangkal Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan bahawa pinjaman tersebut akan hanya disambung sekiranya PKR mengaku salah secara jelas menunjukkan bahawa Umno dan BN mempraktikkan budaya politik ‘zaman batu’ yang cukup jijik.

Hanya kerana dendam kesumat disebabkan perbezaan pandangan politik menyebabkan Umno dan BN hilang pertimbangan kewarasan selaku pemerintah sehingga sanggup untuk menzalimi rakyat sendiri.

Dewan Pemuda Pas Selangor mengingatkan Umno dan BN bahawa sejarah telah menunjukkan para penzalim akan dibiarkan berleluasa dan berseronok dengan kezaliman yang mereka lakukan sebelum daripada mereka ‘dijatuhkan’ dengan secara hina oleh ALLAH Taala tanpa mereka sedari.

Dan, insya-Allah hasil daripada kezaliman Umno dan BN ini, seluruh rakyat dan para mahasiswa pasti akan bangkit untuk menumbangkan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Dewan Pemuda Pas Selangor turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor di atas kenyataan beliau yang menyatakan bahawa pihak Unisel akan menggunakan aset mereka untuk membantu menangani kesusahan yang menimpa pelajar-pelajar tersebut sebagai langkah jangkamasa pendek.

Proses perbincangan dengan pihak kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah ini masih terus dijalankan.

Semoga keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan PR (PR) Selangor akan dapat meringankan beban pelajar-pelajar Unisel yang dizalimi oleh Umno dan BN.

Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang turut tidak bersetuju dengan pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.

Dewan Pemuda Pas Selangor menasihatkan Umno dan BN  supaya berubah kepada politik yang lebih matang dan berhemah serta meninggalkan budaya politik dendam dan fitnah kerana ianya tidak membawa kebaikan kepada pembangunan masyarakat yang bertamadun.

Sudah tiba masanya untuk rakyat ‘menurunkan’ Umno dan barisan nasional daripada tampuk kekuasaan negara kerana mereka kini semakin dikuasai oleh nafsu serakah untuk terus memerintah kerana hendak menjaga kepentingan diri dan kroni semata-mata dan bukan lagi memberikan khidmat untuk keselesaan rakyat seluruhnya.

Rakyat perlu memberikan sokongan dan undian kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN selaku pemerintah negara bagi merealisasikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat sepertimana yang diperjuangkan oleh PR.

Hasbullah Mohd Ridzawan, Ketua Pemuda Pas Selangor
Peguam Khairul dakwa Presiden Majlis Peguam menghasut
ARHIZA AHMAD
8 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menyuarakan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini dipertikaikan oleh seorang peguam.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bercanggah di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 kerana ia bersifat ultra vires.

Menurutnya, kenyataan itu dilihat cenderung kepada hasutan dan mereka yang bersama Chee Wee mengeluarkan kenyataan sedemikian boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

“Selaku Presiden Majlis Peguam beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan mewakili keseluruhan 14,189 peguam di negara ini.

Beliau hanya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya ia bersifat peribadi.

“Sekiranya Chee Wee berhujah menyatakan bahawa Enakmen Mufti dan Fatwa itu sebagai tidak berperlembagaan, kenapa beliau tidak mencabar peruntukan dalam akta Majlis Peguam yang juga tidak berperlembagaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Peguam menyuarakan kekesalan dan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dan menyifatkannya sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Chee Wee menyatakan pindaan itu bercanggah dengan Perlembagaan kerana seolah-olah menyingkirkan bidang kuasa mahkamah.

Pindaan memasukkan Seksyen 22A yang berbunyi “walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.”
Naib Canselor: Khalid Ismath jadi alat pembangkang, malukan UiTM
NURUL AINI MOHAMED ALI
8 Jun 2012
Naib Canselor: Khalid Ismath jadi alat pembangkang, malukan UiTM
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar memberi ulasan mengenai
kes pelajar undang-undangnya Khalid Ismath di UiTM, Shah Alam
SHAH ALAM - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar mendakwa  penuntut undang-undangnya, Khalid Mohd Ismath, yang dikenakan hukuman digantung pengajian tiga semester, menjadi alat kepada pembangkang ekoran penglibatan dalam politik.   

Khalid, 22,  dijatuhkan hukuman digantung pengajian selama tiga semester bermula sesi akademik September ini. Dia berhadapan dengan tiga tuduhan.

"Tindakan Khalid jelas memalukan pihak universiti," ulas beliau.

"Sebelum memasuki universiti ini, semua pelajar berikrar untuk berkelakuan baik sepanjang pengajian tetapi Khalid jelas melanggar peraturan," kata beliau pada sidang media sempena Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia Kesembilan bermula 21 hingga 23 Jun ini.

Katanya, pihaknya bersikap adil kepada semua penuntut,  jadi jika melanggar undang-undang universiti, mereka tidak akan terlepas hukuman.

"Setiap universiti ada peruntukan undang-undang. Kerajaan kita sendiri telah banyak mengeluarkan peruntukan bagi pendidikan negara ini. Justeru, setiap pelajar mesti mempunyai disiplin yang tinggi," tegasnya.

"Tidak adil untuk semua pelajar jika saya hanya memberi komen dan fokus kepada Khalid saja," katanya enggan mengulas lanjut.

Katanya, sehingga kini beliau tidak menerima lagi sebarang laporan penuh berhubung hukuman yang dijatuhkan ke atas.

Khalid diberi peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh14 hari bermula hari ini.

Bagaimanapun dia tidak mahu membuat rayuan atas alasan tidak boleh menerima tuduhan dan hukuman yang dikenakan.

Khalid yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) merancang untuk bergiat aktif dalam politik dan membantu parti politik berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa tidak hadir kelas selama dua minggu berturut-turut dan dikenakan hukuman tidak dibenarkan mengambil peperiksaan dalaman semester ini manakala di bawah tuduhan kedua pula, Khalid didakwa menerbitkan unsur-unsur ugutan menerusi Facebook. Selain itu, Khalid juga dituduh menghina isteri Perdana Menteri.
Di bawah tuduhan kedua dan ketiga, Khalid dikenakan hukuman masing-masing digantung satu dan tiga semester. Hukuman digantung semester dijalankan serentak.
PTPTN: PR Selangor mahu sumbang dana Adun
Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2012
Isu PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
SHAH ALAM - Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor sanggup menyalurkan peruntukan bahagian masing-masing jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan sekatan pinjaman ke atas pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (Unisel).

Pendirian itu dilahirkan oleh Speaker Dun, Datuk Teng Chang Khim menerusi laman sosial Facebook dan mesej Twitter malam tadi, yang ditujukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri, sekiranya perlu, setiap Adun PR sudi menggunakan peruntukan kawasan untuk menaja seorang pelajar Unisel," kata beliau di sebalik kontroversi terbaru berkaitan dengan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel.

PR ada 35 Adun di Selangor. PTPTN, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesahkan langkah itu diambil tetapi menegaskan hanya bersifat sementara ekoran pendirian PR mahu memperkenalkan pendidikan percuma.

Selain Unisel, pusat pengajian tinggi di bawah penyeliaan Kerajaan Negeri Selangor, penuntut  Kolej Universiti Sains Antarabangsa Selangor (Kuis) juga tertakluk kepada langkah PTPTN itu.

Lewat petang semalam, Kerajaan Selangor mengumumkan tindakan jangka pendek untuk membantu penuntut Unisel yang berhadapan dengan sekatan pinjaman PTPTN.

Khalid berkata, pihaknya memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baru Unisel yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di  universiti tersebut.

"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar (200 hektar) yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang Talam.

"Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar (200 hektar) telah menjadi aset Unisel," kata beliau dalam satu kenyataan. Katanya, Kerajaan Negeri akan membantu Unisel  mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. "Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang  teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," kata beliau lagi.
JPJ: Liow boleh dapat WWW 15 percuma

8 Jun 2012
Datuk Seri Liow Tiong Lai
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan, termasuk mendapatkan nombor pendaftaran 'WWW 15' secara percuma, sesuai dengan kelayakan yang diberi kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata Liow juga mempunyai dua pilihan lain iaitu membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan iaitu RM24,200 untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu atau menolak tawaran tersebut jika tidak berminat.

Solah berkata JPJ menerima permohonan untuk mendapatkan nombor 'WWW 15' daripada Liow untuk kegunaan kenderaan rasmi melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir nombor pendaftaran 'WWW' dibuka untuk bidaan.

Katanya Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri 'WWW' seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran itu ditawarkan kepada Liow dengan harga tertinggi iaitu RM24,200.

Beliau berkata JPJ juga memaparkan nama pembida berjaya kepada umum selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.

"Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan," katanya. - Bernama
 

Tiada ulasan: