Khamis, 7 Jun 2012

DUIT RAKYAT...BUKAN DUIT PARTI...JANGAN MAIN KASAR UGUT2..TEKAN2..PERAS2..LAH MEMERINTAH..SOK KALAU KALAH CAMNE...KATA ADIL...KATA BIJAK...KATA DAH MOHON MAAF...KATA TUNAI JANJI...JANGAN SANGAT BURUK PERANGAI...RAKYAT TENGOK JE...AIR MUKA KITA ORANG TAU MACAM MANA PERANGAINYA...,

Satu lagi IPT di S'gor berdepan risiko PTPTN dibeku?
2:51PM Jun 7 2012
Ada kemungkinan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar Universiti Selangor (UNISEL) diperluaskan ke atas sebuah lagi pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri Selangor.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 boothsDalam satu kenyataan PTPTN semalam mempertahankan
keputusannya menghentikan pinjaman kepada UNISEL, badan itu juga menyebut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Katanya, mereka berpendapat bahawa universiti yang ditadbir oleh Selangor, seperti UNISELl dan KUIS perlu bersedia dan komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, dan menolak pinjaman PTPTN.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri Selangor komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka pelajarnya tidak memerlukan pinjaman itu lagi.
NONEAhli Parlimen Umno Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said adalah
pengerusi PTPTN.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau, PTPTN berkata pembekuan itu dilaksanakan kerana pemimpin Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor telah memperjuangkan idea pendidikan percuma dan menyokong gesaan supaya PTPTN dimansuhkan.
Beku PTPTN: Unisel cair aset bantu pelajar terbabit
7:41PM Jun 7 2012
Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.

"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.

"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.

Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset Unisel.

Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.

"UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada Unisel.

"Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya.

Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar Unisel dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.
"Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya.
Muhyiddin: 'Adil' untuk PTPTN uji dasar PKR

  • Aidila Razak
  • 3:42PM Jun 7 2012
Timbalan perdana menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR.

NONE"Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Fair lah. Kalau MB kata tak payah ambik, tak payah bagi lah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya berhubung tindakan PTPTN secara 'senyap-senyap' itu.

Beliau bagaimanapun menyifatkan soalan pemberita itu sebagai "very malicious" (sangat berniat jahat).

"Your question is very malicious (Soalan kamu sangat berniat jahat). Jangan hala ke situ, saya fikir semua media sini tahu," katanya lagi.

Diasak lagi kenapa universiti milik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dimaklumkan, Muhyiddin hanya menjawab:

"Tak apalah. Dia kaji dulu."

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa Unisel milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.
Gambar, audio dakwaan beli MP Pakatan didedah

  • Zulaikha Zulkifli
  • 7:13PM Jun 7 2012
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.

NONEBagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.

"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan.

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam.

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.

"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.

Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:

Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."

Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."

Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.

Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.
Bekas presiden Majlis Peguam sertai pimpinan IKATAN

  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:27PM Jun 7 2012
Bekas menteri kabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan penubuhan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di mana beliau dilantik menjadi presiden sementara bagi parti tersebut.

Beliau merasmikan penubuhan parti tersebut di sebuah dewan di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan, pagi ini.

Kira-kira 200 hadirin hadir dalam majlis perasmian penubuhan IKATAN.

NONEIKATAN dipimpin tiga timbalan presiden daripada pelbagai latar belakang antaranya bekas timbalan menteri pelajaran daripada Sarawak Datuk Bujang Ulis, ahli bank Ong Hock Siew dan bekas presiden Majlis Peguam K Ragunath (kanan).

Manakala Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut dilantik menjadi setiausaha agung parti ini. Sebanyak enam orang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi.

Beliau mengibarkan bendera IKATAN -- yang memaparkan gambar dua tangan yang bersalaman dan berlatarbelakangkan warna biru dan kuning -- sebagai tanda perasmian penubuhan parti berkenaan.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Kadir berkata antara visi dan misi penubuhan IKATAN adalah berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan dan roh Perlembagaan Malaysia.

Antara isi kandungan amanah tersebut adalah rakyat berbilang kaum dan agama - Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Siam, Islam , Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain mesti ikhlas satu sama lain, jika mahu hidup satu keluarga.

Malah, setiap mereka, tidak boleh kata atau berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau menyusahkan hati setiap kaum.

"Sebagai ahli keluarga yang ikhlas kita mesti selalu tolong menolong sesama kita. Yang kaya tolong yang miskin.

"Yang maju tolong yang kurang maju. Dengan cara itu barulah kita akan jadi satu bangsa dan negara yang bersatu padu kuat. Semua orang akan bahagia. Barulah Malaysia dihormati oleh dunia," kata Kadir yang membaca petikan amanah tersebut.
PKR sedia bantu siswa saman PTPTN

  • Hazlan Zakaria
  • 5:41PM Jun 7 2012
PKR menyatakan kesediaan untuk membantu siswa baru Universiti Selangor (Unisel) yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas tindakan membekukan pinjaman mereka.

Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata PKR akan mengkaji penjanjian pinjaman individu berkenaan untuk mengenalpasti sekiranya PTPTN berhak untuk mengambil tindakan menghentikan pinjaman dengan sewenang-wenangnya.

Sekiranya ada asas undang-undang, PKR akan mencari siswa yang sanggup tampil untuk menyaman PTPTN, katanya.

Beliau memberi alasan, hanya siswa berkenaan yang mempunyai locus standi dalam kes seperti itu kerana mereka merupakan pihak yang menandatangan pinjaman tersebut.

Tambahnya, golongan yang terjejas dalam tindakan bersifat politik seperti itu ialah siswa yang bergantung kepada pinjaman untuk melanjutkan pengajian.

Tindakan mengejut PTPTN itu juga menyebabkan kesukaran kepada pelajar baru di universiti milik kerajaan negeri Selangor, katanya.


Noh: PTPTN sambung jika PKR akui salah

  • Aidila Razak
  • 6:50PM Jun 7 2012
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini membayangkan mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku salah.

NONEKatanya, sekiranya PKR mengisytiharkan tidak mampu memberikan pendidikan percuma dan tidak membuat janji kosong, beliau yakin kerajaan persekutuan tidak kejam.

Ditanya sama ada masalah politik dalam isu itu hanya menyusahkan mahasiswa, Noh berkata, ia tidak akan berlaku sekiranya kerajaan negeri boleh memberikan pendidikan percuma yang dijanjikan.

Katanya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim patut memberikan jawapan sama ada mereka mampu atau tidak.

Tiada ulasan: