Isnin, 11 Jun 2012

BILA MANUSIA MEMERAH OTAK UNTUK BERFIKIR UNTUK MENEGAK KEBENARAN...JIKA TAK BERJAYA ...MAKA HABIS USAHANYA...CUMA HUKUM PADA YANG BERSALAH TAK LEPAS...AKHIRAT DIDAPATNYA JUGA..BAGI ALLAH ADA MAKHLUK...MAKA ADALAH ALLAH...TAPI TIADA MAKHLUK ALLAH TETAP ADA...KERANA ALLAH MAHA AGONG...SESIAPA MAKHLUK TAK IKUT AJARAN ALLAH DAN RASUL MAKA MEREKA AKAN DIHUKUM DIAKHIRAT NANTI....WALAUPUN DUNIA MEREKA BEBAS BAK BURUNG....

Aktivis dedah isu JKM terima ugutan bunuh
11:29AM Jun 11 2012
Aktivis NGO Muhammad Khairul Hafiz Abdullah yang mengetengahkan isu taraf kewarganegaraan individu lepasan pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendakwa menerima ugutan bunuh.

Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) itu berkata, individu yang memperkenalkan diri sebagai "Angkatan JKM" membuat ugutan itu melalui panggilan telefon.

"Dia hubungi sebanyak tiga kali pada dua, tiga hari lepas. Tiada nombor yang keluar. Dia pakai nombor private (yang tidak tertera).

"Dia cakap lagi kalau tak hentikan pendedahan, dia akan ambil tindakan. Dia cakap, dia tahu mana saya bekerja, anak saya bersekolah semua," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Mahkamah tolak saman Umno P Pinang terhadap LGE

  • Lee Way Loon
  • 10:30AM Jun 11 2012

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar pagi ini.

NONEPeguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita
bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal (kiri) tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.
Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.
Mereka didakwa mengaitkan Umno dengan itu demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau Pinang, serta cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP tahun lepas.
Shahrizat & NFC ke layar perak pula

  • Ahmad Fadli KC
  • 9:24AM Jun 11 2012

Bukan sahaja menjadikan Datuk Seri ShahrizatJalil sebagai modal ceramah, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kini pergi lebih jauh dengan mengumumkan penerbitan filem berkaitan Ketua Wanita Umno itu dan isu National Feedlot Corporation (NFC).

Dalam ceraman di Kampung Pasir Baru dekat ibu negara malam tadi, Rafizi dengan nada separa berjenaka mengumumkan akan menerbitkan filem khas itu kerana beliau "bosan bergaduh dengan Shahrizat yang asyik hendak menyelak kain".

"Kita dah bosan tengok Youtube ada gambar Shahrizat dan letak gambar lembu.

"Kita akan buat filem khas ada pelakon jadi Shahrizat, ada pelakon jadi suami Shahrizat Jalil, ada pelakon jadi anak-anak Shahrizat Jalil," katanya.

NFC antara isu paling berjaya dimainkan Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga pengerusi esekutifnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang juga suami Shahrizat dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1960.

Shahrizat bagaimanapun disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terlibat dalam dakwaan skandal membabitkan pinjaman berjumlah RM250 juta itu.

Namun, turut menjadi sasaran ceramah PKR semalam adalah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Bekas ahli Umno Negeri Sembilan Tunku Harmy Tunku Hannan yang mendakwa mengenali Raja Nong Chik sejak mereka sama-sama aktif dalam gerakan Pemuda Umno ditampilkan dalam ceramah kali ini.

'Virus' Umno serang Nong Chik
Tunku Harmy menyifatkan Raja Nong Chik sebagai seorang yang berasal dari keluarga berada dan dihormati namun kini dirosakkan 'virus' Umno yang menjadikan ahlinya terdedah kepada budaya rasuah.

"Saya adalah timbalan presiden Kelab Usahawan Malaysia pada ketika itu dan Nong Chik Bendahari saya.

"Beliau menjalankan tugasnya dengan amanah dan beliau juga berasal dari keluarga baik-baik, keluarga yang lurus.

"... saya dengar (beliau dikaitkan) dengan projek RM30 juta untuk anak dia," kata kerabat diraja Negeri Sembilan itu.

Raja Nong Chik bagaimanapun sebelum ini menjelaskan tiada konflik kepentingan dalam isu kontrak kerajaan yang didakwa diperolehi satu syarikat milik anak perempuannya kerana ia diperolehi sewaktu beliau masih belum menjadi menteri.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berikrar menjadikan pendedahan terbaru siasatan dakwaan rasuah pembelian kapal selam Scorpene sebagai 'rukun tambahan' ceramah Pakatan menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Kalau ada satu isu (selain NFC) yang boleh jadi breakthrough untuk Pakatan menjatuhkan BN kali ini, yakinlah isu itu ialah skandal rasuah pembelian kapal selam," katanya.

Beliau turut berkesempatan melancarkan kelab peminat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang dikenali sebagai Nurul Izzah Club pada majlis ceramah itu malam tadi.
Dakwaan jual maklumat sulit, SAMM buat laporan polis
10:20AM Jun 11 2012
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membua laporan polis berhubung dakwaan penjualan dokumen maklumat keselamatan negara berkaitan pembelian kapal selam scorpene, kata Pengarah Sekretariat SAMM Kebangsaan, Zulkifli Ibrahim.

Sehingga kenyataan dikeluar semal am, Zulkifli berkata, laporan polis telah dibuat di beberapa negeri termasuk di Yong Peng Johor, Sik Kedah, Bayan Baru Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Sabak Bernam Selangor, Kuantan Pahang, dan Dang Wangi Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, lagi laporan polis dijangka menyusul di beberapa negeri lagi termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis.

Katanya, SAMM merujuk kepada laporan Suaram melalui artikel yang bertajuk "French submarines diving Malaysia into deep controversy" pada 30 Mei 2012 di lamanweb rasmi pertubuhan itu.

"SAMM dalam laporan polisnya meminta siasatan telus dan profesional dijalankan oleh pihak berkuasa dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan," kata Zulkifli sambil menambah perbuatan menjual rahsia negara tidak boleh dipandang ringan kerana mengancam keselamatan negara.
Tiada rakyat, tiadalah raja, titah Sultan Johor

  • Bernama
  • 9:47AM Jun 11 2012

Sultan Iskandar menitiskan air mata di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di perkarangan Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.
  
Suasana di perkarangan istana semalam yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada 'Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor' itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.
  
NONE"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan 'Daulat Tuanku' oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO (badan bukan kerajaan) Melayu Negeri Johor (Gabung) itu.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor, pada 2 petang.
  
Sultan Ibrahim, yang berterima kasih kepada mereka yang hadir, bertitah adalah menjadi amanah baginda sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

"Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada," titah baginda sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.
  
"Jika bersatu, kita akan kuat," titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.
  
azlanPerhimpunan itu berlangsung sebagai reaksi terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung, Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu.
  
Sementara itu, Bendahari Agung Gabung, Zaini Atan berkata mereka amat bangga kerana perhimpunan hari ini berjaya menarik 30,000 rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, yang menganggotai pelbagai NGO.

"Kami hanya mengambil masa tujuh hari untuk menganjurkan perhimpunan ini sebagai usaha kami untuk menunjukkan semangat taat setia dan sayang kami kepada Sultan kami. Jangan cabar Sultan kami," kata Zaini.

Beliau berkata 312 NGO Melayu Johor, 62 NGO kaum Cina dan 30 NGO kaum India menyertai perhimpunan itu.
  
Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, antara yang hadir pada perhimpunan itu, berkata beliau amat bangga dengan sokongan rakyat pelbagai agama dan kaum di negeri ini terhadap Sultan Johor.

"Perhimpunan hari ini membuktikan bahawa rakyat negeri Johor menyokong penuh  institusi kesultanan kerana ia merupakan tulang belakang kepada Perlembagaan negara," katanya.
  
Di KUALA LUMPUR: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia melahirkan sokongan penuh terhadap penganjuran perhimpunan di Johor Baharu itu.

Presidennya, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata pihaknya tidak akan sekali-kali bersetuju dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan raja-raja Melayu.
  
"Persatuan ini akan menentang mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan kedudukan raja-raja Melayu dan sekali gus cuba memecahkan perpaduan orang Melayu dengan cara tidak  bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Bernama.

- Bernama

Tiada ulasan: