Isnin, 11 Jun 2012

BILA ADA KAMBING HITAM...TENTU ADA KAMBING PUTIH....KAMBING NI CANTIK...BANYAK MENOLONG...MAKA KALAU IA TAK BETUL...PEJAM MATA AJE LAH...DUNIA BOLEH...AKHIRAT NAK PEJAM MATA MACAM MANA...SENDIRI PUN BERPELUH2...TAKUT PELUH MELEPAS TUBUH BADAN BUKAN SETAKAT BETIS....

Siapa pemimpin diam yang dimaksudkan Muhyiddin?

Harakahdaily, 11 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Siapakah yang dipersalahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila berkata Barisan Nasional kini berhadapan dengan publisiti negatif, dan menyeru para pemimpin berkenaan untuk berani dan menjawab segala dakwaan yang ditimbulkan.

Di majlis Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan semalam, walaupun Muhyiddin menyalahkan pembangkang dengan mendakwa bahawa mereka menyebarkan dakwaan secara bijak dan luar biasa sehingga timbulnya persepsi buruk pada BN, tapi secara tidak langsung beliau turut menyalahkan para pemimpin BN yang tidak menjawab isu yang ditimbulkan oleh pembangkang.

"Jangan kata anda tak tahu (bila menjawab dakwaan pembangkang). Terdapat jurang antara realiti dan persepsi awam terhadap isu-isu – isu-isu yang dibangkitkan pembangkang yang dikaitkan dengan kerajaan dan pemimpin kita,” kata beliau.

BN berdepan dengan banyak isu – daripada isu skandal lembu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, skandal kehilangan RM30 bilion Bank Negara, isu Felda dan isu Lynas – semuanya  dijawab secara terus oleh pemimpin BN.

Tetapi isu yang tidak disentuh sehingga kini ialah skandal Scorpene yang kini disiasat di mahkamah Perancis yang melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sehingga kini, ketika disoal wartawan mengenai isu ini, Muhyiddin telah menjawab, ‘Tiada komen.’

Sudah tentunya beliau menjawab demikian, kerana beliau sememangnya tidak terlibat, dan yang terpalit adalah bosnya Najib, yang sehingga kini boleh dikategorikan dalam golongan yang tidak berani dan pasif sebagaimana yang disebut Muhyiddin dalam menjawab dakwaan pembangkang.

Walaupun telah berkali-kali menyatakan bahawa BN akan menang besar di PRU-13, Najib masih tidak mengumumkan pembubaran parlimen.

Muhyiddin pula dipetik Sinar Harian sebagai berkata ‘pilihanraya tak lama lagi, tapi tidak terlalu dekat.’

Apakah pertembungan Najib dan Muhyiddin menyumbang kepada faktor pilihanraya umum ditangguhkan?

Dalam kontroversi pembekuan PTPTN ke Universiti Selangor, seorang penganalisa politik tempatan melihat penarikan semula pembekuan tersebut telah memalukan Muhyiddin, setelah memberikan sokongan padu kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dalam tindakan politik kebudak-budakan itu.

Namun, sekiranya pembekuan itu tidak ditarik balik, kata beliau, orang yang mendapat malu dan bahang adalah Najib sendiri, seolah-olah beliau yang merestui permainan politik yang tidak matang tersebut.

“Muhyiddin sedar bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedang bernafas di tepi lehernya menunggu jawatan no 2 Umno dalam pemilihan parti tahun ini.

"Beliau turut sedar mempertahankan jawatan no 2 di Umno adalah mustahil kerana Najib bakal memberikan sokongan kepada Hishamuddin.

"Satu-satunya jalan selamat untuk beliau ialah menjadi Presiden Umno dan sekaligus Perdana Menteri menggantikan Najib,” kata penganalisa politik yang rapat dengan Umno itu.

Oleh sebab itu, kata beliau, Muhyiddin perlu muncul sebagai juara orang Melayu dan Umno dan menyakinkan mereka bahawa beliaulah orang yang paling sesuai mengetuai Umno ke PRU-13.

Penganalisa tersebut berkata, kenyataan yang dilakukan Muhyiddin kebelakangan ini – di mana beliau menyebut masa depan negara bergantung kepada perpaduan orang Melayu adalah tanda Muhyiddin telah memulakan langkah untuk menjaga kareer politiknya.

“Namun, hasrat itu tidak akan dicapai sekiranya Najib menang 2/3 majoriti di PRU-13. Sekiranya Najib mengambil risiko untuk membuat PRU awal, percayalah Najib tidak akan mendapat 2/3 yang diharapkan untuk kekal di kerusi presiden Umno kerana faktor yang telah disebutkan tadi,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Akhbar Umno bebas, Nizar jadi kambing hitam?

Harakahdaily, 11 Jun 2012
IPOH: Pemuda Umno dan media Umno perlu jangan pilih kasih dalam isu WWW 1 kerana pihak yang paling awal mempermainkan isu ini adalah akhbar milik Umno iaitu Kosmo.


(Himpunan di perkarangan Istana Pasir Pelangi, Johor)

Ini kerana, akhbar Umno itu sudah memulakan kempen isu plat www 1 ini sejak 8 April 2012 lagi melalui laporannya di bawah ini.



Pada 25 Mei, sekali lagi berita ini di sensasikan dengan laporan muka depannya melalui berita di bawah.




Pada 28 Mei sekali lagi Kosmo memainkan isu ini bahkan cara serangan yang dibuatnya sama sahaja dengan apa yang di tweet oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin melalui kartun yang disiarkannya.

Berikut adalah kartun yang disiarkan Kosmo dan Tweet yang dibuat oleh Nizar.






Apabila media menyiarkan plat WWW 1 ini diletakkan di kereta Satria Neo sekali lagi Kosmo mempermainkan isu ini sebagaimana kartun di bawah.

Nizar juga membuat satu tweet berkaitan dengannya.








Persoalannya adalah kenapa demo yang dibuat Pemuda Umno semalam semacam  ditujukan kepada Nizar sahaja tetapi tidak kepada pengarang akhbar mereka sendiri, Kosmo?

Ramai percaya, Nizar hanya dijadikan kambing hitam oleh seteru politik dalaman Umno untuk menyekat tindakan sesetengah pihak dalam Umno yang mahu menyerang pihak tertentu di Johor.

Ini kerana pilihan raya semakin hampir dan usaha dibuat untuk merenggankan hubungan Menteri Besar Johor yang ada dengan pihak Istana.

Usaha ini tentu dibuat oleh pihak yang berkepentingan.


Nizar hanya salah seorang pemimpin PAS sahaja dan telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini, kenyataan Nizar hanya pandangan peribadi beliau sahaja dan tidak membayangkan pandangan PAS.

Kosmo adalah akhbar Umno, adakah ia pandangan peribadi pengarang akhbar ini atau pandangan kumpulan tertentu dalam Umno yang sedang berebut sekarang.

Biar akhbar berbicara...siapa hina Raja Melayu

http://omakkau.blogspot.com, 11 Jun 2012

Monday, 11 June 2012


BIAR KERATAN-KERATAN AKHBAR BERBICARA...BIARPUN KISAH LAMA PURBA, TAPI DEMI PENCERAHAN MINDA....SIAPA SEBENARNYA MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU...



Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa....Itulah antara ungkapan yang dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC sebagai Presiden UMNO.

Dizaman beliaulah UMNO tanpa rasa segan silu malahan cukup bangga dan megah menerjah Institusi Raja-Raja Melayu sehingga tercalar amat parah lagi teruk... Ketika itu UMNO cukup kuat...Datanglah ribut taufan melanda tidak akan goyah tumbang jauh sekali.

Kini bila UMNO dah nak rebah sembah bumi, cuba memainkan isu Raja-Raja dengan harapan dapat kembali sokongan orang-orang Melayu terutamanya dikalangan anak-anak muda, yang kini sudah kelihatan lebih mau mendakap perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Cuba menjadi jaguh yang sanggup pertahankan Raja-Raja Melayu tanpa terfikir dibenak kepalanya yang rakyat sudah tahu sepak terajang politik dan niat sebenar UMNO.

Sekarang informasi dihujung jari...kisah lama yang cuba dikuburkan mampu digali.


UMNO SUDAH TAK MAMPU MENUNDING JARI SAMBIL MENYURUKKAN DIRI...

Ceramah Ustaz Azhar disabotaj dengan Konsert Dangdut

http://milosuam.blogspot.com/, 11 Jun 2012

10 Jun, 2012

SEMALAM berlangsung sebuah majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus di di Parit Raja, Batu Pahat, Johor berhampiran dengan McDonald Parit Raja menyaksikan ribuan anak muda berpusu-pusu mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau.

ReJaM© sendiri yang kebetulan melalui Pekan Parit Raja dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi sempat hadir sebentar ke majlis tersebut sebelum meneruskan perjalanan.
 
 

113 soalan jawab lisan Dewan Rakyat hari in

Harakahdaily, 11 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Sebanyak 113 soalan bagi jawab lisan dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012) di Dewan Rakyat, hari ini.


Persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini dijadualkan selama dua minggu hingga 28 Jun.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen daripada PAS hari ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah telah dijalankan kajian menyeluruh di peringkat nasional tentang beban tugas para guru, dan jika ada apakah dapatan-dapatan daripada kajian tersebut.


Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kejayaan dan kesan yang dicapai dalam program pertukaran pelajar antarabangsa.

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan setiap tahun untuk menganjurkan Piala Monsun di Terengganu dan adakah kontrak penganjuran Piala Monsun akan dilanjutkan.


Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta PERDANA MENTERI menyatakan fungsi dan peranan Akademi Undang-undang yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyakkah jumlah "exposure" Kerajaan di dalam MAS dan Penerbangan Malaysia.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah cadangan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai tidak dilaksanakan walaupun telah dirancang dalam RMK-9 lagi.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah dari tuntutan oleh JK Pilihan Khas (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya dan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam PRU ke-13 nanti.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membenarkan PALAPES dijadikan satu lokaliti pengundi yang tidak perlu hadir.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kadar jenayah di seluruh Negara untuk kesemua kategori (mengikut negeri) bagi tempoh Jan 2008 - Mei 2012 serta nyatakan jumlah kes yang berjaya diselesaikan dan masih tertangguh sehingga kini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos perbelanjaan setiap lawatan rasmi YAB. Perdana Menteri ke negeri Kelantan sejak memegang jawatan.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Tun Hanif Omar dipilih sebagai Pengerusi Jawatan kuasa penyiasat BERSIH 3.0 sedangkan beliau jelas berpihak dalam isu ini.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat apa-apa pindaan kepada peraturan pilihan raya khususnya berkaitan peraturan pengundi pos bagi membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk mengundi secara pos. (Sekarang ini hanya pegawai konsulat, pelajar sepenuh masa dan isteri/suami kepada pelajar itu sahaja yang boleh mengundi secara pos).

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah penduduk Bukit Gantang yang terlibat dengan Projek Lebuh Raya Pantai Changkat Jering-Klang, serta berapakah anggaran ganti rugi yang akan dibayar.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kuota haji setiap tahun mulai 2008 hingga 2012.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan mengikut negeri yang masuk ke dalam negara sepanjang tahun 2011 dan Q1 tahun 2012 dan senaraikan negara-negara yang melabur serta jumlah pelaburan masing-masing.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah kes jenayah yang melibatkan pelajar- pelajar sekolah.

Che Uda Che Nik [Sik] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Peruntukan Khas untuk program J-Qaf telah tidak lagi diberi sejak tahun kebelakangan ini. Keadaan ini menyebabkan program ini terpaksa bergantung kepada peruntukan asas per kapita yang sedia terhad itu. Apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini.

PTPTN: Terbukti Selangor lulus ujian

Anis Nazri, 10 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor terbukti lulus ujian apabila diuji dengan isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekaligus menampakkan sikap kebudak-budakkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.
Biarpun Khaled mengatakan pembekuan PTPTN kepada pelajar Unisel dan Kuis hanya untuk 'sekadar menguji Selangor', ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata terbukti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertanggungjawab dan lulus 'ujian' tersebut.
"Tapi, sebelum masa ujian tamat, BN menarik balik pembekuan tersebut. Mereka tahu kita mampu, sebab itu cepat-cepat mereka tarik balik. Saya percaya, jika BN masih membekukannya, kita (Pakatan Rakyat Selangor) mampu membantu para pelajar terbabit dan akan memberi impak maksima kepada Pakatan Rakyat,"tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Selain menyifatkan BN panik dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat dengan program pendidikan percuma yang diprogramkan Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly berkata kebanyakan program Pakatan Rakyat menepati sasaran, khususnya anak muda.
"Berbeza dengan BN, di saat rakyat menuju politik baru, BN mengamalkan politik lapuk yang penuh dengan dendam kesumat, khianat.
"Apabila kita meuar-uarkan pendidikan percuma, kita telah meuar-uarkan ia dilakukan bersekali dengan rombakan belanjawan secara keseluruhan, bukan secara runcit.  Kita merangka penyusunan belanjawan yang menepati pembangunan modal insan," tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu.
Semalam, Khaled berkata PTPTN hanya sekadar ingin menguji sama ada kerajaan negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.
Namun, selepas itu kerajaan pusat mengumumkan cadangan membekukan pinjaman itu ditarik balik selepas beberapa hari sahaja.
Pembekuannya ditarik balik dipercayai selepas melihat Selangor mampu menyelesaikan bebanan yang cuba dihempaskan kerajaan pusat ke atas kerajaan negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar atas) berkata, kerajaan negeri akan mencairkan aset kerajaan negeri bagi membantu pelajar yang disekat pinjaman PTPTN.
Khalid menjangka, Unisel akan mendapat RM30 juta hasil pencairan aset yang dimilikinya itu.
Jika ini berlaku, kerajaan negeri Selangor bakal dilihat sebagai kerajaan yang mampu dan menyusahkan imej kerajaan pusat yang akan dikira pendendam dan melepaskan kemarahannya kepada pelajar yang tidak bersalah.
Siri menarik balik keputusan yang dibuat kerajaan pusat ini sudah beberapa kali berlaku. Sebelum ini kerajaan Najib menarik balik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas diumumkan pelaksanaannya.

Tiada ulasan: