Jijiknya pemimpin peralat polis untuk kekal kuasa
Mohd Azmi Abdul Hamid, | 30 Apr 2012 |
Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapati jelas kini
polis terbawa- bawa dengan cara seluruh polis di dunia membelasah
demonstran. Dari Barat hingga Timur, tidak ada beza polis dalam
bertindak. Yang mereka tahu ialah membelasah, memukul dan menembak ke
arah demonstran yang tidak bersenjata.
Di Malaysia tindakan polis sejak dari penjajah hingga 55 tahun selepas merdeka masih sama. Pokoknya polis yang melakukan tindakan masing-masing akan dipertahankan oleh ketua mereka. Paling tidak kerajaan akan tetap mempersalahkan demonstrasi rakyat kerana takut kuasa yang dipegang selama ini akan terlepas akibat kemarahan rakyat terhadap pelbagai kepincangan.
Tindakan ganas polis selalunya dijustifikasi oleh pihak atasan dan pemimpin parti politik pemerintah. Akhirnya rakyat jugalah yang dipersalahkan. Kadang-kadang menambahburukkan lagi polis yang berpakaian awam turut bertindak ganas membelasah dan menangkap orang ramai secara rambang.
Di Malaysia hal inilah yang disaksikan setiapkali demonstrasi diadakan atas pelbagai isu.
Bersih 3 .0 memperlihatkan senario yang sama. Polis cuba mempertahankan sebuah bidang dataran yang kosong hanya kerana arahan kerajaan tidak mahu melihat rakyat berhimpun di lokasi paling ikonik di negara itu.
Dari apa yang dilihat ketika Bersih 3.0 diadakan pada 28 April yang lalu polis kelihatan bertindak bukan sahaja untuk menghalang pendemonstran ke Dataran Merdeka , malah menembak gas pemedih mata dan air kimia di luar kawasan Dataran Merdeka.
Tindakan polis nampaknya hilang pertimbangan malah tidak lagi mempedulikan prinsip undang-undang negara yang membenarkan rakyat berhimpun dengan aman.
Perhimpunan itu pasti aman jika polis tidak bertindak menembak dan mula mengejar dan memukul peserta demonstrasi. Malah secara membabi buta menangkap dan memukul siapa sahaja ikut suka, tidak kira ia wartawan atau orang biasa.
Tidak mungkin semua pemerhati dan saksi yang melihat dengan mata kepala sendiri cara polis bertindak ganas dapat menutupi kejadian sebenar. Apatah lagi jika dikumpul semua yang menjadi mangsa kepada tindakan polis memberi keterangan mengenai apa yang berlaku.
Ini bukan kali pertama kita menyaksikan senario polis bertindak keterlaluan. Dari demonstrasi menentang Israel dan US, penghinaan terhadap Islam, menentang ISA , membantah PPSMI, tuntutan Bersih, rakyat dapat melihat keganasan yang berlaku oleh polis.
Demonstrasi biasanya bermula dengan aman menuju ke lokasi . Namun polis dan FRU siap dengan water cannon,e blantan dan senapang penembak gas pemedih mata sering mengintimidasi demonstran, yang sering berakhir dengan tembakan dan memburu peserta demonstrasi.
Dengan tidak menafikan bahawa dalam puluhan ribu yang hadir sudah tentu ada yang bertindak secara sendirian kerana tidak dapat menahan kemarahan, namun bila polis mula bertindak menembak dan memukul serta membelasah peserta, keadaan pasti tidak boleh dikawal lagi.
Mapim menyelar ada polis yang dibiar oleh pegawai tinggi yang turut serta, tidak membuat apa-apa bila ada polis yang memukul, menendang dan melakukan keganasan ke atas peserta secara keterlaluan.
Kenyataan PM mengatakan bahawa polis yang menjadi mangsa, bukan peserta demonstrasi adalah kenyataan yang menghina puluhan rakyat yang dipukul tanpa belas kasihan. Bila beliau mengatakan semua pihak jangan membuat rumusan sebelum siasatan dilakukan bermakna beliau juga sepatutnya tidak dengan mudah menuduh mereka yang berdemonstrasi dengan kata-kata keras.
Mapim juga menyelar pemimpin kerajaan yang memperalat anggota polis bila berhadapan dengan kemarahan rakyat. Memperguna polis untuk berhadapan dengan rakyat hanya kerana mahu mengekal kuasa adalah tindakan yang jijik.
Penulis ialah Setiausaha Agung Mapim.

Berpura-pura demokratik pun Najib tak tahu
Abdul Aziz Mustafa, | 30 Apr 2012 |
"Saya difahamkan bahawa ramai pemimpin Umno dan penasihat-penasihat kerajaan yang kesal dengan tindakan kerajaan Najib yang enggan membenarkan perhimpunan di Dataran Merdeka.
"Saya diberitahu bahawa sehingga ke saat akhir Najib diminta oleh sebahagian dari jenteranya, termasuk dari pihak media, supaya membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka," kata beliau.
Bagi kumpulan itu, kata Mahfuz, jika perhimpunan dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka, hujjah bahawa kerajaan tidak bersikap demokratik akan dapat dimatikan.
"Tetapi terbukti bahawa kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib sememangnya tidak akan bertindak sedemikian kerana sifat semulajadinya yang tidak demokratik.
"Jangankan hendak bersikap demokratik, hendak berpura-pura demokratik pun Najib tak tahu dan tak mampu dan sebab itulah kerajaan Najib tidak mungkin sanggup membenarkan perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka," kata beliau.
Mahfuz juga mengulangi persoalan apa salahnya jika perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka?
"Persoalan itu tidak pernah dijawab dengan meyakinkan oleh Najib dan kerajaannya," kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Najib dan kerajaannya kerana berkeras enggan membenarkan perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.
"Tahniahlah, sekarang Najib bolehlah tunjuk hebat bagaimana nak menghadapi kemarahan rakyat dan seluruh dunia terhadap keganasan polis.
"Bukan rakyat yang hadiri perhimpunan itu sahaja yang tahu dan terpaksa menghadapi keganasan polis, malah dengan laporan media antarabangsa, seluruh dunia menyaksikan keganasan polis di bawah kerajaan Umno dan Najib," kata Mahfuz.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Najib dan kerajaan Umno BN pimpinannya kerana gambar dan rakaman keganasan polis telah tersebar ke seluruh dunia.
"Gambar-gambar seperti gambar 'welcome to Tel Aviv' telah tersebar luas.
"Saya tidak terperanjat kalau rakyat menyebarkan gambar itu dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Mahfuz menjangkakan, dengan apa yang dilakukan oleh polis terhadap para peserta perhimpunan Bersih itu, rakyat sendiri yang akan menyebarkan gambar-gambar dan rakaman-rakaman sedemikin.
"Saya difahamkan gambar-gambar dan rakaman-rakaman keganasan polis Sabtu lalu tersebar luas di dalam laman-laman sosial dan juga melalui email.
"Malah saya juga diberitahu rakaman-rakaman itu ditayangkan pula dalam majlis-majlis yang diadakan," kata beliau.
Mahfuz percaya, rakyat tentu seronok melihat bagaimana bijaknya Najib mengawal kemusnahan imej beliau dan kerajaannya akibat keganasan polis terhadap para peserta perhimpunan Bersih.
"Tukang-tukang ampu Najib yang sebelum ini merasakan ketua mereka itu tegas dan hebat sangat dengan tindakan bodoh menghalang perhimpunan Bersih diadakan di Dataran Merdeka bolehlah menyaksikan pula betapa hebatnya Najib mengawal kemarahan rakyat serta kemusnahan imej beliau dan kerajaannyha," sindir beliau.
Selepas rakyat menyaksikan keganasan polis dalam perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu, imej Najib jatuh merudum.
Setiap bayi lahir tanggung beban harga barang
Syed Abdullah Jamalullail, |
Yang menjadi masalah kepada rakyat Malaysia bukan sahaja kerana harga
barang keperluan harian mendadak naik dari hari ke hari seperti ikan
kembong sudah mencecah RM20 sekilogrm atau udang dan sotong sudah
mencecah RM25 sekilogram tetapi juga harga bahan untuk keperluan bayi
seperti susu tepung sudah menjangkau RM50 setin yang mana amat
membebankan keluarga bayi yang baru lahir itu.
Mana tidaknya satu tin susu berharga RM50 itu hanya boleh bertahan untuk selama seminggu sahaja dan bayangkanlah untuk sebulan bermakna untuk biayai susu sahaja sudah mencecah RM200 dan itu tidak termasuk kira pampes yang mesti disediakan sekurang-kurangnya RM100 serta ubat-ubatannya mencecah hampir seratus juga.
Kalau ibu yang berkerja sudah tentu pula akan mendapatkan perkhidmatan pengasuh yang kini tidak kurang RM300 apabila dihantarkan ke pusat jagaan kanak-kanak sehinggalah kanak-kanak itu mencapai umur enam tahun.
Itulah keluhan suri rumah tangga kalau pendapatan bulanannya hanya tidak sampai seribu ringgit Malaysia. Bayangkanlah untuk menjaga seorang bayi dengan sempurna memerlukan sekurang-kurangnya RM800 sebulan dan jika gaji hanya RM1,000 atau RM1,500 sebulan apalah sangat yang tinggal untuk baki bagi keperluan-keperluan lain dan bayangkan lagi jika mereka yang mempunyai anak berderet yang masih kecil yang perlukan kasih sayang dan masih bersekolah.
Di sinilah puncanya mengapa masalah sosial akan timbul kerana ketidak kesempurnaan mendidik sejak alam kanak-kanak lagi dimana apabila bermasalah di dalam ekonomi keluarga dan tidak seimbang untuk mencurahkan kasih sayangnya akan timbullah berbagai kerenah membabitkan seisi keluarga dan kepincangan itu kadang kala merosakkan sistem kekeluargaan itu sendiri seperti berlakunya bercerai berai dan anak-anak dibiarkan lepas begitu sahaja tanpa pengawasan dan penjagaan yang sempuna.
Masalahnya orang Melayu tidak suka meminta-minta kerana bagi mereka maruah perlu dijaga walauapapun keadaan sekali pun mereka tetap menjaga adat dan adap turun temurun itu. Lagi pun orang bukan hendak bersimpati sangat kerana apa yang dikeluh kesahkan itu bukannya mendapat simpati tetapi kadangkala hamburan keji dan kata nista yang dapat.
Untuk mengadu kepada Jabatan zakat atau Jabatan kebajikan prosedurnya ketat seolah-olah kita mengemis di bawah jambatan.Itulah hakikatnya di mana akhirnya kalau yang tidak mampu membiayai bayi kasayangnya itu terpaksalah dalam diam-diam diserahkan kepada ibu atau keluarga angkat yang sanggup menerimanya.
Oleh yang demikian pada hemat saya sesebuah keluarga di negara kita ini perlukan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan dan itu pun hanya cukup cukup makan' sahaja untuk meneruskan hidup berkeluarga yang harmoni dan berwawasan kalau tidak jawabnya 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sahajalah jawabnya.

Dr M: Bersih 3.0 berhasrat tumbangkan k'jaan
Bantahan
BERSIH 3.0 Sabtu lalu - perhimpunan awam terbesar sejak gerakan
Reformasi tahun 1999 - berhasrat untuk menumbangkan kerajaan, kata
mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan.
Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.
Dr Mahathir berkata demikian di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Putrajaya petang ini.
Sementara itu Bernama melaporkan buku bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad", boleh didapati di pasaran dengan
harga RM59.90.
Bercakap di majlis pelancarannya, Dr Mahathir berkata apa yang
diharapkan beliau ialah orang ramai akan gembira dan berpuas hati dengan hasil terjemahan tersebut.
Buku yang mengambil masa lapan tahun untuk dihasilkan itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd Datuk Dr Abdul Kadir Jasin.
Abdul Kadir yang turut hadir berkata bukan mudah untuknya menterjemahkan buku itu selain berusaha mengekalkan gaya penulisan Dr Mahathir.
Katanya dalam proses menterjemahkan buku tersebut beliau mendapatkan pandangan Dr Mahathir bagi memelihara keasliannya.
"Karya terjemahan itu juga satu usaha berbaloi bagi mendekati dan meresapi jiwa rakyat Melayu untuk menyuntik semangat dan berkongsi kekayaan pengetahuan pemimpin ulung tersebut," katanya.
Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara.

Bersih 3.0: Laporan media seolah-olah polis betul
Harakahdaily, | 30 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 30 April: Agak
mengejutkan apabila laporan yang disiarkan oleh media sama ada media
cetak dan media elektronik semalam, 29 April mengandungi berita yang
menghala ke satu tujuan iaitu meletakkan segala kesalahan kepada peserta
Bersih 3.0 dan memberikan liputan yang positif kepada pihak polis.
Presiden Intelek Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, laporan itu seolah-olahnya semua tindakan yang dilakukan oleh polis adalah betul dan tepat.
Katanya, laporan yang berat sebelah dibuat oleh media sudah tentu akan membina satu persepsi buruk terhadap Bersih 3.0 sedangkan realitinya himpunan yang aman itu bertukar menjadi ganas, kacau-bilau dan huru-hara akibat gangguan dan halangan yang dilakukan oleh pihak polis secara langsung dan tidak langsung.
Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mengiktiraf demokrasi yang memberikan keadilan dan hak kepada semua rakyat perlu memberikan ruang kepada rakyat untuk berhimpun di ibu negara.
Ini, ujarnya kerana himpunan yang dilakukan itu bukan himpunan tanpa tujuan tetapi bagi menuntut sistem yang adil dalam PRU yang amat dipertikaikan pada masa ini kerana PRU adalah merupakan ruang untuk rakyat memilih sebuah pemerintahan yang mereka inginkan.
“Laporan media jelas begitu berat sebelah. Sebagai contohnya, laporan berita TV3 menyatakan bahawa terdapat pegawai polis yang cedera sedangkan kecederaan yang dialami oleh peserta Bersih jauh lebih ramai dan jauh lebih teruk kecederaannya.
“Kenapa kecederaan peserta Bersih tidak mahu dilaporkan, adakah kerana sememangnya maklumat itu tidak diterima ataupun sengaja mahu disorokkan?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Sebab itu, kata beliau persoalan tentang integriti media massa bukanlah sekadar persoalan yang bersifat teoritikal, sebaliknya merupakan persoalan pengaplikasian yang praktikal bukan sekadar slogan sahaja.
Tambahnya, laporan yang tiada integriti ataupun tiada kejujuran akan menyebabkan sama ada rakyat akan membenci Bersih 3.0 ataupun rakyat akan membenci media massa arus perdana yang berterusan melaporkan berita yang tidak telus dan menyebelahi pemerintah dan konco-konconya.
“Media massa sepatutnya bebas untuk memberikan laporan yang adil kepada semua berita, bukan hanya yang positif untuk pemerintah sahaja tetapi perlu juga berita yang dapat membandingkan apa yang berlaku,” katanya lagi.
Beliau menambah, apabila media terkongkong maka ia memberikan kesan kepada pembaca yang berterusan dikongkong seperti pemikiran katak di bawah tempurung.
“Akhirnya, pembaca akan bertindak satu hala yang bersesuaian dengan pemerintah,” ujarnya.
Maka, jelasnya tidaklah menghairankan mengapa Bersih bersungguh-sungguh mahu agar media massa melaksanakan tugas dengan bebas dan adil dalam salah satu tuntutan yang telah dikemukakan sebelum ini.
TEMERLOH, 30 April: Apakah generasi kedua dan ketiga Felda faham kesan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) terhadap masa depan mereka?
Apakah mereka sudah menilai kesan tindakan Barisan Nasional itu dengan apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga?
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menggesa generasi kedua dan ketiga Felda untuk bangkit menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kerana ia adalah satu rampasan kepada hak mereka.
“Tindakan ini serentak dengan pengumuman durian runtuh kepada warga Felda untuk melupakan bahawa tanah peneroka akan dicagarkan selama 99 tahun ke Felda Global Venture Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.
"Dalam erti kata lain, cadangan penyenaraian FGVH bakal menindas generasi kedua dan ketiga Felda, kerana selepas durian runtuh sekali ini sahaja, hasrat mereka untuk memiliki tanah tidak akan tercapai kerana telah dicagarkan selama 99 tahun,” kata Tuan Ibrahim.
Dalam Buku Jingga PR, kata Tuan Ibrahim, nasib generasi kedua dan ketiga Felda diberi keutamaan.
“PR sudah menjanjikan untuk membuka seluruh ladang Felda kepada generasi kedua dan ketiga Felda melalui Tawaran Buku Jingga. Sebenarnya tawaran tersebut adalah hadiah paling besar bagi rakyat yang belum mendapat tanah,” terang beliau.
Hujah Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, atas tawaran Buku Jingga itu, golongan anak-anak warga Felda adalah “golongan yang paling beruntung” apabila PR memerintah.
Oleh yang demikian, katanya, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) telah menjalankan dan mengedarkan borang permohonan bagi mereka yang berkelayakan.
Ribuan permohonan diterima menggambarkan rakyat kini sangat memerlukan tanah untuk aktiviti ekonomi mereka, di samping rumah kediaman.
Namun, tegas beliau, hasrat generasi kedua dan ketiga Felda untuk menikmati tanah akan terhalang dengan tindakan BN untuk menyenaraikan Felda melalui FGVH di Kuala Lumpur kerana tanah yang sepatutnya menjadi hak milik mereka masa depan telahpun dipajakkan dan 'ditebus’ kerajaan dengan durian runtuh yang sekali saja.
Apa yang perlu diberi perhatian, kata Tuan Ibrahim ialah tindakan penyenaraian ini akan turut mengikis aset Bumiputera dan membuka laluan lebuhraya kepada hasrat warga asing untuk menguasai aset Bumiputera.
“Pemilikan harta bumiputera 30% yang menjadi matlamat DEB telah gagal, justeru matlamat menyusun semula masyarakat luar bandar juga gagal.
"Untuk mengatasi masalah ini, antara usaha ini ialah meningkatkan ekuiti Bumiputera melalui pemilikan ladang Felda. Namun, bilamana ia dijadikan saham bermakna semua pihak boleh membeli, maka aset dan harta bumiputera akan turut mengecil,” jelas beliau.
Bagi Tuan Ibrahim, tindakan menjadikan tanah ladang sebagai cagaran merupakan tindakan paling bodoh, kerana tanah ladang yang sekarang dikuasai 100 peratus oleh agensi kerajaan akan dibuka kepada pemilikan bukan bumi dan warga asing.
Tindakan ini, katanya tentulah mengembirakan beberapa pihak yang selama ini memang berhasrat untuk menguasai perladangan Felda.
“Dengan penyenaraian sahaja, mereka tanpa memerlukan usaha dan susah payah sudah boleh mendapatkan tanah seluas 360,000 hektar - satu jumlah yang tidak pernah dimimpi oleh sesiapa pun,” tambah beliau lagi.
Belaiau menambah, walaupun kerajaan memberi jaminan pemilikan ini tidak akan terlepas kepada pihak asing, namun hakikat bilamana ia telah menjadi unit saham, maka tiada jaminan ianya tidak akan dijual terutamanya bagi mereka yang membeli saham tersebut melalui pembiayaan pinjaman bank atau sewaktu berlakunya lonjakan nilai saham tersebut.
“Sekiranya hakikat bahawa 'tujuan asal tanah ladang Felda dibuka adalah untuk dimiliki oleh generasi kedua dan ketiga Felda' ini disedari, bekas anggota tentera dan polis, rakyat negeri dan kakitangan Felda yang tiada bertanah sudah tentu bangkit menentang hasrat penyenaraian ini; kerana sedar akan hakikat bahawa hadiah lumayan adalah di depan di mana sekiranya PR menguasai Putrajaya, maka tanah tersebut akan menjadi hak milik mereka dan bukannya dipajak kepada FGVH selama 99 tahun,” jelas beliau lagi.

Generasi kedua, ketiga Felda diseru bangkit

Anwar di Konvensyen Pakatan Rakyat Perak esok
Johari Jaafar, | 30 Apr 2012 |
IPOH, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan penting kepada 1,500 peserta
Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada
1 Mei (esok) di Dewan Bulan Sabit Merah, bersebelahan dengan Stadium
Perak.
Konvensyen tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan Anwar dijangka menyampaikan ucapan penggulungan yang menyentuh pelbagai isu.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dr Khairudin Abdul Malik di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya ucapan tersebut dijangka menarik perhatian peserta peserta konvensyen kali ini kerana ianya bagi menyuntik semangat seluruh pimpinan dan petugas-petugas Pakatan Rakyat di negeri ini bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang kian hampir.
"Kita menjangkakan Anwar akan mengupas beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 3.0 dan kebangkitan rakyat untuk melihat proses pilihanraya di negara ini berjalan dengan bersih dan adil," ujarnya.
Turut berucap pada konvensyen itu ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty, Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.
Pada malam forum bertajuk Pilihan Raya Umum 13 Membersihkan Yang Kotor akan diadakan di tempat yang sama jam 8.00 malam, antara panelis ialah Mohd Sabri dan Syed Ibrahim Noh di samping persembahan budaya di tapak konvensyen.
Ceramah Perdana Pasca Bersih 3.0 bermula jam 9 malam diadakan di Dewan Bulan Sabit Merah dengan penceramah terdiri daripada Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Nga Kor Ming dan V Sivakumar.
Beliau mempelawa seluruh penyokong Pakatan Rakyat hadir beramai-ramai untuk menjayakan program tersebut.