Selasa, 7 Februari 2012

DULU KATA BUAT KEBAJIKAN JUGA...LAH NI LAIN PULA...DULU KATA IKUT KONSEP MADINAH...BERBELIT2...JANGAN KATA GAWAT..BELUM BERLAKU...JANGAN MENDULUKAN TAKDIR...SEMUA ITU BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH JUA...

Pakatan berkabung 3 tahun tumbangnya Perak
Pakatan Rakyat Perak hari ini berkabung bawah sepohon pokok di Ipoh setelah genapnya tiga tahun pemerintahannya selepas tiga ahli dewan undangan negeri (DUN) berpaling tadah dengan keluar parti dan menyokong BN.

perak 3rd anniversary tree 060212Perhimpunan ringkas di Medan Istana, tempat mereka mengadakan 'sidang DUN' pada 3 Mac 2009 menyaksikan kesemua anggota dewan memakai pakaian hitam dan bertafakur seketika.

Selepas menyanyikan lagu Negaraku dan sebahagian mereka berucap, kumpulan itu melepaskan belon hitam ke langit yang menurut mereka melambangkan kebangkitan demokrasi.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, tarikh 6 Februari akan sentiasa diingati sebagai titik hitam dalam sejarah Malaysia.

Tiga tahun lalu, pada hari ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir daripada Umno dilantik sebagai menteri besar Perak yang baru selepas istana memutuskan Nizar gagal mendapat sokongan majoriti dalam DUN.
 

S'gor teliti isu tahanan lelaki di Indonesia
Kerajaan Selangor kini sedang meneliti laporan berhubung penahanan seorang individu di Indonesia yang dikaitkan dengan PKR dan exco pelancongannya Elizabeth Wong.

Menurut kenyataan sekretariat media pejabat menteri besar, kerajaan Selangor akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri.

"Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat biro politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," katanya kenyataan itu.

Media Indonesia kelmarin melaporkan warga Malaysia itu dikenali Azmin Heli ditahan di Batam antaranya kerana memiliki kad pengenalan dan sijil kelahiran.

Hasil pemeriksaan imigresen, dia dikenalpasti anggota PKR dan mendakwa keselamatannya tidak terjamin di Malaysia.

Susulan itu, beberapa blog pro-BN mengaitkannya dengan Wong yang juga anggota dewan undangan negeri Bukit Lanjan.

Sementara itu, kerajaan negeri juga berpendirian cubaan menyalahguna isu itu bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu adalah tidak beretika.


'Pinjaman KWSP perumahan untuk sembunyi hutang'
Pakatan Rakyat mendakwa langkah kerajaan untuk menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM1.5 juta untuk menampung pinjaman rumah kos rendah sebagai usaha untuk menyembunyikan hutang negara.

NONENaib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kanan) dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, berbanding langkah yang jarang diambil itu, ia biasanya dibuat melalui hasil cukai atau pengeluaran bon.

"Kami hanya boleh simpulkan kerajaan tidak mahu meminjam langsung dari KWSP, dan lepaskan tanggungjawab itu kepada KWSP untuk memberi pinjaman terus kepada pembeli rumah kos rendah kerana kerajaan tidak mahu terus menerima kritikan menggunung terhadap hutang yang sudah sedia tinggi," katanya.

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka berkata, hutang negara sudah mencecah RM456 bilion pada penghujung 2011, peningkatan 88.4 berbanding hanya RM242 pada 2006.

Kit Siang: Cuti Shahrizat patut dipanjangkan
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil patut terus terus bercuti ekoran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) masih belum membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kontroversi Pusat Fidlot National (NFC), kata Lim Kit Siang.

NONE"Adakah Shahrizat sudah dibersihkan daripada sebarang ketidakaturan, penyelewengan, konflik kepentingan dalam skandal 'lembu kondo' NFC RM330 juta?

"Jawapannya tidak. Oleh kerana tujuan percutiannya tidak tercapai, patutkah cutinya sebagai menteri kabinet dipanjangkan sehingga jawapan jelas diperoleh?" kata pemimpin popular DAP itu dalam kenyataannya hari ini.

Cuti Shahrizat - isteri kepada pengerusi National Feedlot Corporation Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail- selama tiga minggu tamat pada minggu ini.


Ustaz miskin terkilan tak layak terima BR1M
Seorang bekas guru agama yang menyarai empat anggota keluarganya dekat Alor Setar, yang hidup mereka diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedih dan terkilan kerana permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal.

Kamaruddin Abdullah 66, yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Batu 4 1/4 Jalan Sungai Korok, bersama ibunya Saadiah Saad, 83, adiknya Muhammad Sharifuddin, 59, dan anak perempuannya Solehah, 31, mengharapkan BR1M kerana mereka kini hidup hanya mendapat bantuan daripada saudara mara.

Beliau berkata permohonannya gagal kerana surat yang diterima menyatakan beliau tidak layak untuk mendapatkan BR1M.

"Kami memang sangat berharap untuk dapat BR1M kerana duit itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban kami sekeluarga, katanya yang pernah belajar dan mengajar di sebuah sekolah pondok," katanya sambil menambah bahawa beliau juga tidak pernah memohon dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kamaruddin berkata tambah memeritkan apabila beliau dan Sharifuddin mengalami masalah pada kaki selepas terbabit dalam kemalangan yang berasingan tiga tahun lepas manakala Solehah pula menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan dan kadang-kadang lima kali sebulan.

Ketika ditemui di rumah mereka, Kamaruddin berkata selepas beliau terlibat dalam kemalangan itu, beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masalah pada kaki dan kesihatannya bertambah teruk selepas terlibat sekali lagi dalam kemalangan hujung tahun lepas.

"Mujurlah adik saya (Sharifuddin) boleh membantu keluarga dengan menyewa bendang orang bagi mencari sesuap nasi walaupun keadaannya juga tidak sempurna seperti orang lain, tetapi pendapatannya pun terjejas kerana padi sering diserang penyakit, selain bantuan daripada saudara mara", katanya.

Kamaruddin berkata ibu mereka yang telah uzur, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan tugas itu diambil alih oleh anaknya, Solehah tidak boleh terlalu kuat bekerja kerana penyakit jantungnya sering menyerang kalau beliau letih.

Beliau berkata setiap kali Solehah mendapatkan rawatan di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM200 sehari kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri.

"Duit yang kami dapat hasil daripada zakat yang diberi oleh orang ramai akan kami simpan untuk kegunaan kos tambang dan rawatan Solehah selain menggunakannya untuk membeli keperluan dapur," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sharifuddin di talian 019-5257479 atau melalui akaun Maybank Sharifuddin 152170046644.

- Bernama


PAS berpotensi tawan 8 DUN Negeri Sembilan
PAS Negeri Sembilan mengenalpasti lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi dimenangi dalam pilihan raya umum depan, kebanyakannya di kawasan pengundi campuran seperti Klawang, Gemencheh dan Chembong.

Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, di kawasan-kawasan itu, pengundi bukan Melayu yang kebanyakannya didakwa Pro-Pakatan Rakyat mencapai jumlah sehingga 40 peratus.

"Justeru saya merasakan ada lapan kerusi yang kita tumpukan untuk kita menang di samping menggerakkan juga kerusi-kerusi lain agar ianya menjadi kemenangan luar jangkaan.

"Setakat ini, semua kawasan sasaran kita ini telah digerakkan jenteranya semaksimum mungkin dan kita yakin, jika semuanya lancar, kemenangan akan menyebelahi kita," anggota DUN Paroi itu dipetik sebagai berkata.

Dalam pilihan raya umum lalu, kecuali Taufek, semua calon PAS tewas di tangan BN. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat berjaya menjadi pembangkang kuat di negeri itu apabila DAP menang di tujuh kerusi dan PKR pula berjaya di empat kawasan.

Sekiranya sasaran PAS itu berjaya dan kerusi sedia ada dapat dipertahankan, di atas kertas, Pakatan berjaya mengambil alih negeri itu daripada BN.

Dalam wawancaranya yang disiarkan dalam blog wartawan kanan Harakah, Taufek berkata, tidak melupakan pengundi Melayu, pihaknya melancarkan awal manifesto mereka yang antaranya cuba menyelesaikan masalah tanah adat.

Beliau juga mendakwa mendapat kelebihan di kawasan Felda seperti Serting yang dijadikan Felda Angkat oleh NGO yagn dekat dengan PAS Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

"Saya nampak peluang menang sebenarnya cerah kerana kita hanya dipisahkan dengan empat kerusi sahaja dalam pilihan raya umum yang lalu untuk menerajui Negeri Sembilan.

"Justeru dengan gerak kerja yang jauh lebih teratur, saya yakin kita berada di landasan yang sangat baik untuk menerajui negeri ini," katanya.

Sementara itu, berhubugn pemilihan calon, Taufek berkata, majoriti calon PAS di Negeri Sembilan muda baru dan berumur sekitar 40-an.

"Kita ada calon yang sangat dikenali masyarakat, bekas imam, bekas pegawai kerajaan, pengurus bank dan sebagainya, kita sangat kritikal dalam memilih calon," katanya
.
PM: Negara kebajikan undang kegawatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, negara yang mencuba model negara berkebajikan seperti yang cuba diperkenalkan PAS hanya berakhir dengan kegawatan ekonomi.

Najib berkata, dasar BN menyediakan jaringan keselamatan sosial, yang berbeza daripada dasar negara kebajikan yang diamalkan di beberapa negara Eropah.

klang hokkien association najib cny 060212"Kerajaan mengamalkan dasar sediakan jaringan keselamatan sosial dalam negara.

"Negara kita bukan merupakan negara kebajikan  kerana semua negara yang mengamalkan negara kebajikan akhirnya menghadapi masalah ekonomi amat serius," katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata jika sebuah negara melaksanakan jaringan keselamatan sosial yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, pengagihan kekayaan akan lebih saksama.

Antara contoh tindakan itu, katanya, termasuk projek kebajikan KARISMA RM1.4 bilion, edaran tunai RM100 kepada pelajar dan Bantuan Rakyat 1Malaysia Rakyat (BR1M) sebanyak RM500.

Najib berucap demikian dalam majlis Tahun Baru Cina di Klang.

PAS sebelum ini bagaimanapun mendakwa negara berkebajikan yang cuba diketengahkan mereka tidak sama dengan model "Negara Kebajikan" atau welfare state yang diamalkan di Eropah.

Tiada ulasan: