Sabtu, 4 Februari 2012

BILA PILIHAN RAYA...PUN KEMENANGAN 50-50...KEMENANGAN DITENTUKAN OLEH ALLAH...WALAUPUN KEMENANGAN PIHAK PEMBANGKANG AGAK CERAH...KERANA ISU DITIMBUL OLEH PEMERINTAH SENDIRI..KEPERCAYAAN RAKYAT TELAH LUNTUR..SANGAT SUKAR NAK DIATASI...SELAIN MAKSIAT@DOSA DITAHAP SANGAT KRITIKAL...CELIK RAKYAT...RAKYAT NAK ISLAM SEKARANG...BUKAN SEKULAR...MEREKA DAH TAKUT DENGAN SEKSAAN ALLAH@SERTA ANCAMAN2 ORANG INGKAR...NI TERANG DINYATAKAN DALAM ALQURAN

Protes siswa 19 Feb jika Azizan terus pertahan AUKU
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sedia menggerakkan mahasiswa untuk mengadakan protes di Wisma Darul Aman 19 Februari ini jika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih "terus mempertahankan" Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan akta yang mirip dengannya.

NONEPengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab (kiri) berkata berkata tarikh itu dipilih kerana ia merupakan hari bekerja di negeri itu (Ahad) dan membolehkan ramai mahasiswa dari Lembah Kelang - yang bercuti - turun menyertainya.

"Bagaimanapun keputusan mengadakan perhimpunan bergantung kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 12 Januari ini.

"Jika beliau menarik balik kenyataan yang mempertahankan AUKU dan lain-lain, kita akan batalkan protes itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

SMM antara antara pihak yang mendesak Azizan menarik balik hukuman penggantungan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang digantung April lalu kerana memprotes tindakan KUIN mengosongkan asrama mereka di Alor Setar.

Bagaimanapun, tempoh penggantungan ke atas empat daripadanya sudah berakhir.

Tindakan Azizan mempertahankan tindakan KUIN itu mengundang kritikan keras kumpulan mahasiswa sebelum ini, diikuti kritikan pemimpin pembangkang, aktivis peguam dan kumpulan NGO.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ahmad Syukri memohon agar jawatankuasa PAS turut melibatkan wakil mahasiswa dalam pertemuan dengan Azizan pada 12 Februari ini.

Katanya, ia bagi membolehkan maklumat daripada kedua-dua pihak disampaikan terus kepada pimpinan tertinggi PAS dan bagi mengelak kegagalan teknikal seperti isu memorandum yang tidak sampai ke tangan Presiden PAS.


Isu KUIN: PAS arahkan Azizan tutup mulut
PAS kini mengarahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak berhenti mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung kontroversi penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliknya.

Ia selari dengan keputusan "tutup mulut" yang dikenakan oleh Pakatan Rakyat, lapor New Straits Times.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 01"Saya tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan tentang kontroversi KUIN. Saya sudah terima arahan," Azizan (kiri) dilapor sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

Sumber dilapor memberitahu bahawa arahan tutup mulut itu dibuat dalam mesyuarat biro politik PAS di Kuala Lumpur pada Rabu lalu selepas setiausaha politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor tampil menjelaskan isu itu.

"Pimpinan sudah mendengar penjelasan saya berhubung isu itu dan hanya akan memberikan pandangan mereka dalam mesyuarat berikutnya," Muhammad Sani dipetik sebagai berkata.

Lima mahasiswa universiti itu digantung April lalu kerana memprotes tindakan KUIN mengosongkan asrama mereka di Alor Setar. Bagaimanapun, empat daripadanya sudah tamat penggantungan itu.

Tindakan Azizan mempertahankan tindakan KUIN itu mengundang kritikan keras kumpulan mahasiswa sebelum ini, diikuti kritikan pemimpin pembangkang, aktivis peguam dan kumpulan NGO.


Pakatan pembangkang tidak hormat Azizan

4 Februari 2012
ALOR SETAR - Tindakan pakatan pembangkang mengarahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhenti mengulas isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menunjukkan mereka langsung tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, walaupun berlainan parti, beliau sendiri menghormati keputusan Azizan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan tepat untuk mengawal disiplin pelajar institusi itu.

Beliau berkata tindakan beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lantang mempertikaikan tindakan Menteri Besar berhubung isu pengantungan lima pelajar Kuin menunjukkan pakatan pembangkang hanya mengutamakan politik sahaja tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.
"Sepatutnya kawan-kawan Azizan di dalam pakatan pembangkang perlu hormat keputusan beliau...bila disuruh tutup mulut, ini menunjukkan pakatan pembangkang langsung tidak menghormati dan seolah-olah telah hilang kepercayaan kepadanya.

"Dalam isu Kuin, Azizan telah melakukan apa yang sepatutnya selaku Menteri Besar iaitu menyerahkan kepada Kuin sepenuhnya menangani perkara itu tanpa campur tangan beliau," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelajar Disayangi, Ibu Bapa Didekati di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di sini hari ini.
Ahmad Bashah mengulas mengenai perintah yang dikeluarkan oleh Pas kepada Azizan agar tidak lagi memberikan komen berhubung isu penggantungan pelajar Kuin itu.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana tindakan terhadap pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.

Ahmad Bashah berkata dalam perspektif yang lebih luas beliau melihat isu Kuin sengaja diperbesarkan bertujuan untuk menyingkirkan Azizan daripada kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.- Bernama

'Sampul PERKASA putih, BN pun putih, apa yang lain?'
Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata pihaknya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apa pula maksudnya bila BN memberi angpau dalam sampul warna putih di Seri Setia.

NONE"Masa isu PERKASA (beri angpau dalam sampul putih), PM kata 'semua
orang tahu angpau ialah sampul merah'," kata Irwan Fahmi (kanan) dalam satu kenyataan.

"Sekarang angpau BN kenapa warna putih?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Dalam budaya Cina, putih biasanya dikhususnya untuk tujuan berkabung.

Kelmarin, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hasan Syed Ali mempertahankan perkara itu, dengan menyatakan bukan ia sahaja berbuat demikian, tetapi merujuk kepada gambar dalam sebuah akhbar harian yang menunjukkan hadirin menerima sampul putih di majlis Tahun Baru Cina anjuran BN.

Sampul tertera logo Umno-BN
Bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen menjelaskan bahawa sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.
Irwan, bagaimanapun tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

'Saya juga hairan mengapa pengerusi MCA Kelana Jaya boleh kata isu PERKASA lain, tak boleh samakan angpau yang BN beri.

"Saya hairan mengapa beliau kata lain? Sampul PERKASA putih sampul BN pun putih. Apa yang lain?

"Oh jika warna putih dari BN, bukan maksud untuk kematian? Dari awal PERKASA kata semuanya 'double standard' terhadap PERKASA," tegas Irwan Fahmi.
Permohonan tanah 5 tahun dilulus secara automatik
Mulai tahun ini kerajaan negeri Pahang bersetuju meluluskan permohonan hak milik tapak rumah oleh penduduk negeri itu dalam tempoh lima tahun lepas secara automatik.
  
bukit komon gold mine 020306 adnan pcMenteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob (kiri) bagaimanapun, berkata ia hanya akan diluluskan jika tanah yang dimohon tidak bertindih dengan permohonan kawasan rizab seperti hutan simpan, rizab kereta api atau sungai.
  
"Kerajaan negeri menerima terlalu banyak permohonan tanah daripada rakyat dan terpaksa menelitinya sebelum diluluskan.
  
"Bagaimanapun menerusi usaha ini juga kita harap lebih ramai rakyat di negeri ini dapat memiliki tanah dan tapak rumah sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada lebih 800 penduduk di Dewan Undangan Negeri Pelangai di Bentong semalam.
  
Turut hadir, Menteri Kesihatan dan Anggota Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Adnan berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengurangkan bayaran premium tanah kepada 50 sen sekaki padu berbanding sekitar RM40,000 seekar sebelum ini.
  
"Kerajaan negeri turut bersetuju menghapuskan bayaran premium bagi pemilik tapak rumah yang dinaikkan dari 60 tahun kepada 99 tahun mulai tahun ini," katanya.
  
Sebelum ini katanya pemilik dikenakan bayaran premium yang agak tinggi namun kini ia dilupuskan dan diberikan secara percuma.
  
Dalam pada itu beliau juga menasihatkan kepada penduduk negeri itu yang mendapat tanah atau tapak rumah agar tidak menjual tanah tersebut kepada pihak lain.
  
Ini kerana katanya ia bercanggah dengan matlamat utama kerajaan meluluskan permohonan berkenaan iaitu sebagai jaminan untuk masa depan mereka.

- Bernama

Cuepacs mahu kemuka formula pindah gaji ke SBPA
Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu.
  
Timbalan Presiden 1 Cuepacs Aziz Muda berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua penjawat awam.
  
"Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di Sibu malam tadi.
  
Beliau berkata hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar US$15,000 setahun menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.
  
Sementara itu Cuepacs telah mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi indikator tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan semasa, Cuepacs yakin lima asas utama itu akan dipertimbangkan pasukan petugas khas SBPA.
  
"Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, Cuepacs juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.
  
"Kalau ini (penambahbaikan) tidak berlaku ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati (di kalangan penjawat awam) berterusan," katanya.

- Bernama
Rosmah 'belanja sakan': NGO bekal bukti tambahan
NGO mesra PKR, Jingga 13 hari ini menyerahkan beberapa urusan e-mel kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "bukti" bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

NONEPertukaran e-mel itu dimuat-naikkan pada laman blog Frockwriter oleh wartawan fesyen Australia, Patty Huntington yang mendedahkan butiran tentang apa yang berlaku antara Huntington, pereka Carl Kapp dan ‘publicist’ beliau Holly Beer.

Rosmah dibidas kerana didakwa telah membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Kapp semasa percutiannya Disember lalu di Australia.

Ketua Jingga 13 Fariz Musa berkata pertukaran dua e-mel antara Huntington dan Beer menceritakan bilangan pakaian yang dibeli dan nilainya.

"Kami telah bekalkan bukti tambahan ini untuk menunjukkan bahawa apa yang dinafikan (dakwaan pembelian) oleh Rosmah dan (Pengerusi Festival Fesyen Islam) Raja Rezza Shah bercanggah dengan kenyataan Kapp dan laporan daripada Huntington," kata Fariz.

NONEPada 26 Januari lalu, kumpulan itu membuat laporan kepada SPRM berhubung kolum yang ditulis oleh  Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan di akhbar Sydney Morning Herald.

"Oleh kerana kita telah bekalkan bukti tambahan, kita gesa SPRM memandang serius isu ini dan menjalankan siasatan tanpa prejuds," kata Fariz.

Menurut beliau, SPRM juga perlu merakamkan kenyataan dari Hornery, Huntington, Kapp dan Little Hero.


Nik Aziz kata mahu berundur tapi dihalang PAS K'tan
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.
  
NONE"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini.
  
Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.
  
Nik Aziz berkata keputusan Abdul Hadi berbuat demikian "adalah masalah dia", dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mampu berbuat
sesuatu terhadap pemimpin tertinggi PAS itu.

Katanya PAS kini mempunyai banyak tokoh berkelayakan untuk menjadi calon, termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional, berbanding guru-guru pondok dan orang kampung sebelum ini.
  
Nik Aziz berkata beliau akan melancarkan pungutan tabung bagi membantu masyarakat Islam Thailand yang menjadi mangsa pembunuhan pihak berkuasa negara itu.
  
Katanya beliau akan mengumpul kutipan itu melalui sumbangan wang rakyat dan tidak akan menggunakan wang kerajaan.

- Bernama   



PRU13 bila-bila masa, kata Najib
MOHD AZLIM ZAINURY
3 Februari 2012
najib pikul barang
MARANG – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.
Terdahulu, Perdana Menteri  menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini.
Mengenai bantuan BRIM tersebut beliau berkata, kerajaan BN melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk bantuan berkenaan yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, BR1M juga tidak dilaksanakan mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia namun ia diberikan kepada seluruh rakyat yang layak tanpa `memilih bulu’ dan parti.
“Kita tidak memilih bulu (seperti) kata Datuk Yahya (Khatib Mohamad) dalam ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang kutuk, maki hamun kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali berbaris.
“Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kita tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.w.t,” katanya ketika berucap di majlis itu.
Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan Perdana Menteri, katanya, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi kepentingan rakyat.
Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat supaya dapat menilai secara bijak kepimpinan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi sanggup memecat ahlinya dan pemimpin sendiri semata-mata bagi menjaga kepentingan pakatan dengan DAP.
“Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong’. Sebab itulah Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong, bunyi-bunyinya (sudah) tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok’ (menipu).
“Pas juga berkecamuk. Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam? Kalau orang yang menegakkan Islam dan akhlak dibuang oleh Pas,” katanya.

PRU13: Najib nafi Parlimen bubar minggu depan
Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Perdana Menteri berkata masa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada banyak faktor.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita di Marang, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar minggu depan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri yang enggan mengulas mengenai desas-desus itu, hanya berkata: "Mungkin satu hari nanti mereka dapat meneka dengan tepat. Dulu mereka teka 11.11.11 (11 November 2011) (pembubaran Parlimen), saya tak nak kata apa-apa, saya juga tidak menyangkal apa-apa," katanya.

Ditanya mengenai Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang dibubarkan, Najib berkata beliau hairan kenapa parti itu terlalu cepat dibubar sedangkan ia baru sahaja ditubuh dan belum sekali pun diuji dalam pilihan raya umum.

"Kalau kita fikir dalam perjuangan soal menang atau kalah soal lain, kalau nak berjuang kita mesti ada ketahanan. Untuk teruskan perjuangan, apa-apa yang kita nak capai tidak mungkin dapat dizahirkan dalam masa yang begitu singat," katanya.

Beliau berkata BN tidak akan mencampuri urusan dalaman parti yang diketuai bekas anggota Umno, Datuk Zaid Ibrahim itu dan hanya akan melihat langkah bekas angota parti itu seterusnya.

Terdahulu, Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu itu, menyampaikan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

- Bernama

Tiada ulasan: