Jumaat, 5 Ogos 2011

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

PAS S'gor tuntut penjelasan Hasan Ali
Ogos 5, 11 12:41pm
PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu.

“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Setakat ini, “kecuali satu” pihak, tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam, tambah Khalid.

  • AdilMan Rakyat · Top Commenter
    Siasat hasan ali betui2. Adakah dia tu racun PR?
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Perpaduan rakyat berbilang bangsa yang berkonsepkan 1malaysia cuma meipu rakyat.
    Bila pihak kristian menawarkan jamuan makan bersama kaum muslim, telah difitnahkan sebagai ingin memurtadkan kaum muslim. Isu negara Kristian - umno kantoi - Kes terbaru ini - murtad kan muslim, Jais - ramai kakitangannya bermazhab umno yang suka menimbulkan provokasi.
    - Hasan ali- tali balut umno yang selaku exco di selangor, nampaknya selpepas tsunami 308 , beliau gagal jadi MB selangor melalui perpaduang kerajaan, kini muncul semula memburukkan keajaan PR. pihak atasan PAS mestilah ambil displin supaya duri dala daging ini dicabut keluar..
    - Apa apa pun. puak mazhab umno ingin mempromotekan mereka lah perjuang islam, mempamerkan perpaduan melayu boleh dicapai melalui Islam. Puak umno ingin memberitahu kaum melayu, agama Islam telah diserang freemanson, kristian, khatolik... kami umno lah pahlawan anda. Kami umno lah perjuang Islam tulin.
    - Sejak BERSIH , ramai rakyat malaysia, anak anak malayusia sudah sepak ideologi perkauman umno masuk longkang, tapi sayangnya umno belum sedar.
    • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
      OOOOi... masuk gereja makan pun sudah murtad??
      Bila Najib jumpa Pope.... Najib tak murtad?
      Adakah seseorang melayu itu senang sangat murtad bila makan malam dengan puak kristian?? terkeuali hatinya ada niat murtad , itu cerita lain.
      - Kalau lah nak murtad, di mana mana tempat pun boleh murtad.
      - Bahan rujukan cara murtad di internet terlalu banyak. tapi tak nampak melayu murtad selepas membaca bahan bahan rujukkan di internet.
      - Hasan Ali patut memperjuangan internet akan murtadkan melayu... ini lagi cerdik.
  • Putera Gt · Top Commenter
    jangan ada magkok hayun cakap ini semua salah UMNO dh ler hehehhe.

Majlis Peguam: Siasat 5 pegawai SPRM cuai sebabkan kematian Teoh
Ogos 5, 11 12:15pm

Tidak seperti Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasatan (RCI) yang mendapati Teoh Beng Hock membunuh diri akibat disoalsiasat yang agresif dan berterusan, Majlis Peguam pula mengesyorkan kepada panel RCI supaya lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat kerana menyebabkan kematian (homicide).

Lima pegawai itu ialah bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim; ketua bahagian siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah; pegawai penyiasat Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus serta penolong pegawai penguatkuasa SPRM Klang, Zulkefly Aziz.

RCI hanya mengaitkan tiga orang pegawai - iaitu Hishamuddin, Anuar dan Ashraf. Manakala Majlis Peguam mengesyorkan lima orang pegawai disiasat mengikut seksyen 304A atas dakwaan menyebabkan kematian Teoh melalui kecuaian.

Syor Majlis Peguam itu terkandung dalam hujahan bertulis setebal 337 halaman kepada panel RCI yang dipaparkan di lamanwebnya untuk tatapan ahli-ahli Bar Malaysia hari ini. Ini dibuat ekoran mesyuarat yang berlangsung tadi untuk membincangkan perkara tersebut.

Majlis itu juga mahu pihak berkuasa untuk menyiasat 10 pegawai SPRM, termasuk lima orang tersebut, atas konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A Kanun Keseksaan.

Ia juga mencadangkan 10 pegawai disiasat kerana bersubahat atau cuba bersubahat dalam kematian atau menyembunyikan kematian Teoh.

Selain itu, ia juga mencadangkan 10 pegawai disiasat kerana memberikan keterangan palsu dan mereka keterangan di bawah seksyen 191 dan 192 Kanun Keseksaan.

Teoh ditemui mati ketika ditahan semalaman di ibupejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam di Shah Alam 16 Julai 2009.


Dr Hasan: Ada bukti agama lain disebar pada umat Islam
Ogos 4, 11 6:13pm

dikemaskini Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam tadi kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

NONEBeliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Larikan diri

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

NONEMereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO malam semalam bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menurutnya, majlis itu juga bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.


  • Azree Persie · Top Commenter · Uthm
    bagus Hasan Ali aku dari dulu sokog pjuangan anda... katakan benar jika benar walaupun terpaksa ditendg oleh parti sendiri..jgn takut sbb pgkat dan parti.. Allah swt bersama kita insyaAllah.. like...
    • Musa Grapix · Top Commenter · Unibesiti semandin
      DinMinyak: still, u fail to show me hukum masuk tempat ibadah non Muslim. takat cakap aje bro, takde bukti..pacik mintak sedekah pun pandaiii. Ingat ek, islam neh bukan ikut suke ngko atau aku, and bukan atas moral. ia berdiri atas hukum
    • Musa Grapix · Top Commenter · Unibesiti semandin
      "kalau boleh buat sembahyang Jumaat dlm gereja...tak payah la buat masjid...." its like, kalo boleh tinggal kat rumah kawan, x payahla beli rumah sendirik. still, u owe me hukum ALLAH SWT, bukan pandangan orang tertentu.
    • Ahmad Faisal Bin Rosedi · Top Commenter · Khalifah at Allah
      Takpa, mungkin saudara DinMinyak kurang faham situasi ini...bagi ruang padanya...Hukum hakam yang sedia maklum maka tak perlulah rujuk pada mufti.. jika terdapat hukum baru atau hendak difatwakan barula rujuk pihak otoriti...kalau tidak susahla ustaz2 dan ustazah mengajar disekolah..
  • Maaf Zahir Batin · Top Commenter
    G MASJID SOLAT TARAWIH LG BAGUS...SETAHUN SEKALI JER ALLAH BG PELUANG KAT KITA SEMUA UMAT MUHAMMAD.
    • Nor Hidayah · Universiti Malaya
      Saudara Sasaki, betul, saya juga bosan dengan pemikiran yang tidak boleh berenggang dengan konsep kepartian,apa salahnya pandang sesuatu secara rasional..
    • A Jack Parow · Top Commenter
      Kebanyakn ahli UMNO tidak berpendidikan agame N Gler harte. B'ckp ikot nafsu! Riak! Bongkak! Takbur! Ujub! kt jgn sesuka hati hina agame laen,nanti agame kt yg akn d hine. kn Nabi SAW dn pesan, awat hangpa xikot? Bodohnye UMNO
    • Nor Hidayah · Universiti Malaya
      Saudara A Jack, apa salahnya kita menegur dengan cara lebih berhikmah dan tidak mengikut perasaan, cara ini tidak akan menguntungkan sesiapa pun, jika mereka seperti tuduhan saudara, apa bezanya jika saudara bersikap sebegini? jika mereka lemah kita yang oandai harus tolong dan beri teguran
  • Jas Gunaa Sangani · Top Commenter
    saya sebenarnya takut untuk memberiksn komrn ini tetapi saya ada satu pertanyaan secara terbuka.. bukankah pegangan kita sebenarnya bersandarkan pada akidah kita.. mengapa berada dalam satu dewan seperti ini dijadikan isu.. teringat saya yg setiap tahun mengadakan program buka puasa di kalangan rakan saya di pelnagai dewan dan hotel yang bukan kepunyaan muslim... adakah ini boleh dituduh memurtadkan rakan rakan muslim saya.. kerna setahu sya walaupun bertahun sudah mereka masih lagi beragama islam malah lagi kuat alimnya.... emmm...
  • Mex Juliddin Bin Lumanggong · Works at NGOs
    main bohong punya datuk-buka puasa, orang kristian puasa ke? janganlah cuba mengaibkan kemurnian bulan puasa dan memalukan diri sendiri-main politik ni datuk ni bagus tanding la boleh menang ka ttidak.
    • Ronald Ron · Kuala Lumpur, Malaysia
      Mex Juliddin Bin Lumanggong
      main bohong punya datuk-buka puasa, orang kristian puasa ke? janganlah cuba mengaibkan kemurnian bulan puasa dan memalukan diri sendiri-main politik ni datuk ni bagus tanding la boleh menang ka ttidak.

      'dan apabila kamu brpuasa,jgnlah muram mukamu spt org munafik.mereka mengubah air mukanya supaya org melihat mereka sdg brpuasa.. Matius 6:16-18.
      kalau nak 2 hari berpuasa tanpa makan dan minum pun boleh.
    • Ronald Ron · Kuala Lumpur, Malaysia
      Mohd Firdaus Abdul Rahman ·
      betul tu buat apa nak lari ikut pintu belakang..tak takut Allah s.w.t kot dok berpakat dengan org kafir..bantuan la konon..pi blah la..

      siapa yang u maksudkan org kafir? adakah "kafir" y anda maksudkan itu adalah dari golongan ini?

      ...See More
    • Rohaizi Ramli · Top Commenter · Friends with Anok Jati Ganu
      (Kafir = bukan Islam)... itu saja.....kalau tak nak digelar kafir masuk laa islam....bagi orang islam perkataan kafir jika dituduh kepada seseorang islam memang itu satu perhinaan...tapi kalau dah Ronald Ron ni dah bukan islam..apsal nak terasa jika digelar kafir....itu cuma istilah yg dipegang dalam islam.... Islam tu tak salah...yg salah penganutnya yang tidak mengikut ajaran islam yg sebenar...di sebabkan kerajaan sekarang ini tidak menitik berat pemahaman islam maka umat islam sekarang tidak punya aklak yg sepatutnya sebagai islam.
  • Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpang
    alhamdulillah teruskan kerja2 mncegah kemungkaran diselangor Dr Hasan..
Hadis Kelima : -



UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI




H.R. MUSLIM



Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.

10 PeRkArA BaTaL IsLaM

Akibat daripada orang Islam tidak memahami aqidah Islam yang sebenar, kadangkala mereka melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam mereka itu, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak faham ataupun mereka tidak sedar.

Maka, kita daati dalam masyarakat kita, sekalipun ramai ornag yang mengetahui apa itu perkaata yang boleh membatalkan wadhu' apa itu perkara yang membatalkan solat (sembahyang) yang membatalkan haji, yang membatalkan puasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan ataupun membatalkan Islam itu sendiri...

Jika dilihat dari segi aturan-haji, zakat, puasa,solat, semuanya itu berada selepas daripada syahadah. Bagaimana seorang muslim memahami perkara-perkara yang membatalkan solatnya dan seterusnya...

Perkara-perkara yang menjadi sebab utama di zaman ini, yang disenaraikan di dalam risalah tersebut, yang menyebabkan seseorang batal Islamnya, yang dinamakan nawaqidul Islam (perkara-perkara yang membatalkan Islam):-
1) Syirik
2) Perantara
3) Enggan mengkafirkan
4) Yakin yang lain
5) membenci syaria'at
6) Mempersenda ISLAM
7) Sihir
8) Bantu kafir musuhi Islam
9) Kecualikan dari Syaria'at
10)Berpaling dari agama


Renung2kan dan selamat beramal....

ROSAKNYA IMAN APABILA….SESEORANG MELAKUKAN PERKARA2 :


IKTIQAD ( kepercayaan yg bertentangan dgn dasar2 islam ) :

+ iktiqad bahawa alam ini qadim , tidak ada penciptanya , atau alam ini kekal selama-lamanya .
+ iktiqad bahawa pencipta alam ini baharu , atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dgn sifat-sifat baharu , ataupun mempunyai ank isteri , atau berbilang-bilang atau menerima mati .
+ iktiqad menafikan kebenaran apa yg disampaikan oleh Rasulullah saw atau iktiqad bahawa Nabi Muhammad saw yg sebenar ialah yg disebutkan Muhammad yg batin bukan Muhammad yg zahir atau iktiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad saw hanya utk orang-arab arab sahaja , atau iktiqad bahawa hukum-hukum Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw ialah hukum-hukum lapuk yg tidak sesuai dgn keadaan zaman , atau iktiqad mengingkari mana-mana rasul tuhan , atau iktiqad bahawa ada lagi nabi dan rasul yg lain yg diutus oleh ALLAH membawa syariat sesudah Nabi Muhammad saw .
+ iktiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala , tdak ada syurga atau neraka , tidak ada bangkit hidup semula sesudah mati , tidak ada hari kiamat dan segala perkara yg berlaku padanya.
+ iktiqad bahawa roh orang-orang mati berpindah-pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yg lain .
+ iktiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam .
+ perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yg tersebut di atas .
+ berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak , atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa yg akan datang .

MELALUI PERKATAAN :

+ iaitu tiap-tiap perkataan yg mencaci , menghina , merendah-rendah , mengejek-ngejek, dan mempermainkan nama ALLAH , sifat-sifatnya , malaikat-malaikatnya , rasul-rasulnya , kitab-kitabnya , ayat-ayatnya dan hukum-hukumnya serta hukum-hukum yg diterangkan oleh rasulnya .
+ dan juga perkataan yg menolak , menafi dan mengingkari segala perkara yg sekata alim ulama mensabitkan atau menafikan serta diketahui oleh org ramai bahawa perkara itu dari agama .
Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam :
+ “ hukum apa ini “
+ “ hukum ini sudah lapuk “
+ “ zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan “
+ “ dalam zaman yg serba maju ini kaum wanita tidak perlu dibungkus-bungkus “
+ “ berzina kalau suka sama suka apalah haramnya “
+ “ minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan utk beribadat apa salahnya “
+ “ berjudi kalau masing-masing sudak rela menerima untung rugi apa salahnya ”
+ “ kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tidak maju “
+ berkata : “ perbuatan yg demikian tidak beradab “ – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad saw menjilat sisa makanan dijarinya setiap kali selepas makan .
+ berkata : “ aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunat “ – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat .
+ berkata “ si anu dah mula menyalak “ – semasa mendengar azan dilaungkan .
+ membaca ayat-ayat suci , hadis-hadis nabi dan nama-nama tuhan dgn cara mempersenda dan mempermain-mainkan .
+ kata-kata mengkhafirkan seseorang Islam , pada hal org itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yg menjadikannya kafir , sebagaimana yg diterangkan oleh hadis Ibn Omar yg diriwayatkan oleh Muslim .
+ kata-kata mengantungkan jadi kafir dgn sesuatu keadaan . misalnya :

^ seseorang dituduh melakukan sesuatu perkara , lalu ia berkata :
“kalau aku lakukan perkara itu jadilah aku kafir”
Sekiranya ia berdusta , yakni ia sebenarnya telah melakukan perkara yg dituduhkan kepadanya itu , maka jadilah ia kafir kecuali kata-katanya itu dituturkan dgn tujuannya hanya hendak melepaskan diri dari tuduhan itu sahaja , bukan dgn tujuan redhanya menjadi kafir . sungguhpun demikian ia telah melakukan dosa besar dgn kata-kata yg tersebut , dan sekiranya ia benar , yakni ia tidak melakukan perkara yg dituduh org kepadanya , maka ia tidaklah menjadi kafir , tetapi ia berdosa kerana perkataannya itu memberi erti ketiadaan tetapi keazamannya berpegang teguh kpd agama Islam .

^ seseorang diingatkan supaya jgn ia berzina umpamanya , lalu ia berkata “kalau aku berzina kafirlah aku” ,sekiranya kata-kata itu dituturkan dgn tujuan tidak redha mencemarkan dirinya dgn perbuatan zina seperti tidak redhanya menjerumuskan dirinya menjadi kafir , maka tidaklah ia menjadi kafir , tetapi ia berdosa dgn menggunakan perkataannya itu dgn alasan yg tersebut , dan sekiranya kata-kata itu dituturkan dgn tujuan redha menjadi kafir maka jadilah ia seorang yg kafir(murtad) kerana apabila seseorang Islam redhakan kufur maka dia termasuk dlm golongan kafir . hukum yg tersebut terkandung dlm hadithnya Thabit bin Addihak yg diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah .

MELALUI PERBUATAN :

+ Tiap-tiap perbuatan yg dilakukan utk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dgn cara yg ditentukan hanya utk membesar dan mengagungkan ALLAH , seprti sujud kpd makhluk lain walaupun tidak dgn niat utk menghormatinya sama seperti tuhan , atau tunduk kpd mana-mana makhluk sehingga sampai kpd had sekurang-kurangnya rukuk sembahyang dgn tujuan menghormatinya seperti menghormati ALLAH ; kalau tidak dgn tujuan itu maka tidaklah menjadikannya seorang yg murtad . tetapi hukumnya tetap haram .
+ melakukan upacara ibadah terhadap sesuatu makhluk yg disembah oleh orang-orang yg kafir menurut upacara yg mereka lakukan .
+ melakukan mana-mana cara ibadah terhadap sesuatu makhluk yg lain selain ALLAH .
+ meletakkan ayat-ayat suci , hadis-hadis Nabi , nama-nama tuhan , rasul-rasulnya , malaikatnya dan ilmu-ilmu agama ditempat najis atau kotor dgn tjuan menghina dan merendah-rendahkannya , kalau tidak dgn tujuan yg tersebut maka hukumnya tetap haram . demikian juga haramnya menggunakan kertas-kertas yg tertulis padanya ayat-ayat suci , hadis-hadis nabi dan nama-nama ALLAH serta ilmu agama utk membungkus , mengesat serta menyapu sesuatu , tetapi kalau perbuatan yg dilakukan iu dgn tujuan menghina atau mempersenda-sendakannya maka org yg melakukannya itu menjadi murtad .
+ orang yg meninggalkan sembahyang fardu , jika ia ingkarkan wajibnya , jadilah ia kafir murtad keluar dari agama Islam kerana ia mengingkari satu perkara yg memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah satu perkara yg wajib di atas tiap-tiap org Islam , selama akalnya sihat .
# kalau ditinggalkan dgn sebab malas sahaja , pada hal ia iktiqadkan wajibnya , maka mengenai org alim ulama berselisih kpd tiga pendapat :
~ Orang itu tidak menjadi kafir , tetapi ia menjadi fasik yg wajib atas pihak yg berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan sembahyang , dan sekiranya ia tidak mahu bertaubat maka kenalah dilakukan ke atasnya “hukuman had” iaitu dibunuh dgn pedang .
~ Orang itu menjadi kafir juga , sama dgn keadaan org yg mengingkari wajibnya .
~ Orang itu tiada menjadi kafir dan tidak pula dibunuh , tapi “ditakzir” dgn dipenjarakan sehingga ia mengerjakan sembahyang .
+ ketiga-tiga pendapat yg tersebut serta alasan-alasannya diterangkan oleh Imam Nawawi dlm surah Muslim , mengenai hadis Jabir yg menyatakan keburukan org yg meninggalkan sembahyang yg termaklum .
+ perkara-perkara yg telah diterangkan satu persatu di atas adalah sebahagian dan contoh yg disebutkan oleh alim ulama bahawa org yg melakukannya menjadi murtad .
+ mereka menetapkan hukuman yg tersebut dgn berdasarkan : ayat 40 surah Yusuf , ayat 65 surah al-Taubah , ayat 37 surah Fussilat dan surah al-Kafirun serta hadis Mu’az bin Jabal yg diriwayatkan oleh Ibn Majah dan hadis Qais bin Saad yg diriwayatkan oleh Abu Daud .
+ dgn keterangan yg tersebut hendaklah diingatkan bahawa seseorang yg cintakan keselamatan dan kebahagiaan dirinya dan agamanya, jangan sekali-kali mendekati apa lagi melakukannya , sebarang perkara yg hukumannya berkisar di antara jadi murtad dan berdosa besar . Semoga ALLAH selamatkan kita dgn taufik dan hidayah-Nya . Amin ya rabb .

( sumber : buku panduan ibadah muslim terbitan pusat islam UUM )

WAJIB MENJAGA DAN MEMELIHARA JANGAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM
(Daripada kitab Mustika Hadith Terbitan Jabatan Perdana Menteri - Jilid yang pertama)

PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM

Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian Pertama - Iktikad

Bahagian Kedua - Perkataan

Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama-nama Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya.

Dan juga perkataan yang menolak, manafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama’ menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam :

1. “Hukum apa ini ?”

2. “Hukum ini sudah lapuk”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalang kemajuan”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus” (Menutup aurat)

5. “Berzina kalau suka sama suka apa haramnya ?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya ?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah menerima untuk untung ruginya apa salahnya ?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju.”

9. Berkata : “ Perbuatan yang demikian tidak beradab”. Apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. selepas makan menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – Apabila diberitahu bahawa memotong kuku itu adalah sunat.

11. Berkata : “Si anu dah mulai menyalak”. – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadith nabi dan nama-nama tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya suatu yang menjadikannya kafir, sebagaimana diterangkan oleh hadith Ibni Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

jika benar bahaya
والله اعلم

KENYATAAN PEMIMPIN
YANG MEMPERSENDA SYARIAT

"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)

" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan."
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)

"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)

"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)

"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)

"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)

"PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid."
(Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)

"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)

"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994)

Tiada ulasan: