"Kita sedia berperang dengan mereka," katanya lagi dalam satu perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat di masjid negeri Selangor, Shah Alam hari ini.
Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.
"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.
"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan yang turut diketuai ahli parlimen bebas, Zulkifli Noordin dan exco pemuda Umno Lokman Noor Adam (bawah).
Perhimpunan itu juga diadakan bagi mempertahankan agama Islam kerana "kita bukan jenis yang sanggup gadai agama Allah untuk undi," kata Ezam.
Dalam masa yang sama, Ezam menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan orang bukan Islam, termasuk exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong.
"Kita tidak ada masalah selagi mereka sanggup hormati kepentingan kita.
"Kepada yang kurang ajar, yang biadap kepada kepemimpinan Islam -- tidak ada pilihan lain melainkan perang terhadap mereka," katanya lagi di hadapan lebih 200 orang yang hadir di perkarangan masjid berkenaan.
Kumpulan berkenaan turut membawa beberapa sepanduk, antaranya dengan slogan anti-pemimpin Pakatan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Sementara itu, Zulkifli dalam ucapannya di perhimpunan tersebut turut meminta wartawan Malaysiakini supaya "bertaubat" dan berhenti daripada daripada menjadi "barua" kepada pihak yang didakwanya sebagai "musuh Islam."
"Saya nampak wakil daripada Malaysiakini dan Malaysian Insider di sini. Saya nak beritahu mereka, terutamanya yang Islam supaya bertaubat," katanya lagi.
Zulkifli yang juga seorang bekas pengikut Anwar turut mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang didakwa berlaku di gereja Damansara Utama Methodist Church.
Bercakap kepada media selepas itu, Zulkifli berkata beliau merancang untuk membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas gereja terlibat "sebab kita ada maklumat sahih bahawa ini gereja haram."
Kumpulan berkenaan turut membawa beberapa sepanduk, antaranya dengan slogan anti-pemimpin Pakatan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Tidak ramai anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu.
- Dzulkifly Nordin · SMK DATO' ABDUL SAMAD ,TG.IPOHEzam, Zulkifli Nordin, Lokman Adam semuanya, tak ada maruah. Masuk parti keluar parti lain. Mana parti yang lebih untung dia pergi. Nampak sangat hidup berajakan duit dan tak ada prinsip. Masa dalam PKR, saya dengar ceramahnya berapi-api macam nak rak. Kutuk Dato Najib habis, macam-macam. Sekarang ni jilat balik, siapa nak percaya, cakap tak serupa bikin. Mungkin sekarang mereka ni semua jadi tukang karut, lepas tu terima bayaran. Apalah punya orang. Zulkifli Nordin pulak, lebih baik buangkan kopiah. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain, tak munafik namanya tu. Bla...da...
- Jashamsulnizam Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
- Mummy Muahs · Pengulas Tertinggi · Kolej new eraZulkifli Nordin punya kes ..tak istihar harta waktu lawan di Kulim senyap begitu sahaja bila dia kelihatan menyokong BN...itu lah sebenarnya.....BN peras ugut dia...kalau tak sokong BN..kes tak istihar harta dan istiharkan kerusi kulim kosong menjadikan Zul Nordin terpaksa buat hal ngan PR dan akhirnya sokong BN...itu jer....
- Othman Zulkefly · Uni of Wales, Swanseaasyik bersumpah aje le kamu ni.... ini semua kerja orang fasik.
- Hazlan Abd Hamil · Pengulas Tertinggi · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
- Husien Ramlee · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Contractor
- Yan Designerspace · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Mummy Muahs · Pengulas Tertinggi · Kolej new era
- Tajul Muluk · Pengulas Tertinggi · SMK Batang Berjuntaihello barua berapa byk dapat duit haram lepas lompat?
- Haron Puteh · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Haron Puteh · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Jazman Jusoh · Pengulas Tertinggi · Kerana Tuhan untuk Manusia
- Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
- Yagami Raito · Pengulas Tertinggi · Machida, Tokyo, Japan
- Mawar Berduri · Pengulas Tertinggi · English collage johor bahruYagami Raito, itulah politik susah nak baca.Tapi aku tahu ko, aku dan beberapa kerat lagi berani kerana benar,takut kerana salah dan belajar berkata benar walaupun pahit... BeeEnd atau Pakatan Rakyat bukan tuhan kita, walaupun secara peribadi aku orang HIJAU. Walahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan