Serbu gereja: Jangan beri tekanan, kata ABIM
Semua pihak digesa tidak membuat kesimpulan melulu dan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak dalam menangani isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.
Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Selangor Khairudin Abas berkata, sewajibnya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran.
"Mengambil pendekatan popular apatah lagi kesimpulan yang sempit terutamanya dalam hal-hal yang sangat rapuh seperti ini amat berlawanan dengan semangat kerukunan hidup dalam kepelbagaian masyarakat," katanya tanpa merujuk secara langsung pada mana-mana pihak.
Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaporkan menyerbu majlis makan malam yang di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Ketika kontroversi itu mulai panas, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan larangan supaya semua anggota exco negeri tutup mulut.
Beliau juga akan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dan mempersembahkan laporan daripada JAIS berhubung tindakan mereka itu.
Dalam kenyataannya semalam, Khairudin juga mengingatkan bahawa institusi penguatkuasaan yang wujud perlu dihormati selama mana mereka melaksanakan tugas yang diperuntukan berlandaskan undang-undang.
"ABIM Selangor juga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang.
"Justeru, sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini," katanya.
Kharudin berkata, ABIM Selangor juga kesal dengan laporan akhbar yang membangkitkan kembali isu-isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja dan sekatan Injil Bahasa Melayu sebelum ini.
Menurutnya lagi, tindakan itu seolah-olah membangkitkan kembali rasa "ketidakselesaan beragama" dalam masyarakat.
"ABIM Selangor juga percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada maka sebarang masalah mampu diatasi dan keharmonian hidup beragama yang dinikmati selama ini dipertahankan," katanya.
Kenyataan saksi dan bukti "konsisten" menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan Hospital Tung Shin pada perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu, demikian kesimpulan laporan Tenaganita kepada Suhakam.
NGO itu menyerahkan laporan lapan halaman semalam, yang merupakan kompilasi testimoni 18 saksi yang berada di tempat kontoversi hospital dan Hospital Bersalin Cina sekitar Jalan Pudu.
"Tiada provokasi terhadap polis oleh peserta (tiada gangguan lisan, tidak menghamburkan kata-kata kasar dan tiada provokasi fizikal) meski pun hakikatnya kami dikepung ke hujung jalan dan TIDAK dibenarkan bersurai atau berarak," laporan itu dipetik.
Daripada kenyataan itu, tambah laporan Tenaganita, peserta perhimpunan di tempat itu menunjukkannya berlangsung dengan "aman dan tertib", berbeza sama sekali dengan laporan media arus perdana sebelum ini.
Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Selangor Khairudin Abas berkata, sewajibnya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran.
"Mengambil pendekatan popular apatah lagi kesimpulan yang sempit terutamanya dalam hal-hal yang sangat rapuh seperti ini amat berlawanan dengan semangat kerukunan hidup dalam kepelbagaian masyarakat," katanya tanpa merujuk secara langsung pada mana-mana pihak.
Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaporkan menyerbu majlis makan malam yang di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Ketika kontroversi itu mulai panas, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan larangan supaya semua anggota exco negeri tutup mulut.
Beliau juga akan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dan mempersembahkan laporan daripada JAIS berhubung tindakan mereka itu.
Dalam kenyataannya semalam, Khairudin juga mengingatkan bahawa institusi penguatkuasaan yang wujud perlu dihormati selama mana mereka melaksanakan tugas yang diperuntukan berlandaskan undang-undang.
"ABIM Selangor juga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang.
"Justeru, sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini," katanya.
Kharudin berkata, ABIM Selangor juga kesal dengan laporan akhbar yang membangkitkan kembali isu-isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja dan sekatan Injil Bahasa Melayu sebelum ini.
Menurutnya lagi, tindakan itu seolah-olah membangkitkan kembali rasa "ketidakselesaan beragama" dalam masyarakat.
"ABIM Selangor juga percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada maka sebarang masalah mampu diatasi dan keharmonian hidup beragama yang dinikmati selama ini dipertahankan," katanya.
- Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala UniversitySesiapa yang menyokong rakyat haruslah menolak isu perkauman, isu agama dijadikan isu politik mainan umno. tolong click like.
- Andika Lekir · Top Commenter · Stanford University
- Salleba Osman · Top Commenter · Pekerjaan sendiri Kounselor agama at Pekerjaan swastaSaya yakin kesilapan atau penguasaan kes ini kita biarkan sahaja pihak JAIS yang buat kenyataan penuh supaya ianya adil untuk semua pihak, sekiranya ada pihak ketiga yang ambik kesempatan elok duduk diam-diam sebab itu semua mengurangkan pahala Ramadan nya.
- Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Tsunami Bomb · Works at Human Rights FirstABIM mintak tolong buat serbuan kt disko/club kt jln p.ramlee boleh? harap ada tindakan segera......
- Drs Zainuddin Awang Hamat · Top Commenter · Ahli Dewan Undangan Negeri N30 Limbongan at Kerajaan Negeri KelantanIni sebagian tarbiyah kerajaan sebelum mengambil alih kerajaan pusat. Tanpa isu ini kita tidak matang dalam menyelesaikan sebatang masalah yang wujud.
- Drs Zainuddin Awang Hamat · Top Commenter · Ahli Dewan Undangan Negeri N30 Limbongan at Kerajaan Negeri Kelantan
- Mohd Haris · Friends with Esah MopsPegawai Penguatkuasa Agama (PPA) bertindak mengikut lunas undang-undang yang diperuntukkan...kalau PPA tiada siapalagi yang nak menguatkuasakan undang-undang Syariah di negeri-negeri...lagi berluluasalah maksiat dan keruntuhan akhlak sehingga menggugat akidah umat islam....Tahniah PPA Selangor kerana berani bertindak atas aduan yang diterima...
- M Lokman Yasin · Top Commenter · SMV Simpang Sanggang 1981-1982
- Muhammad Zulhairi Fetani · Top Commenter

'Saksi sahkan gas dilepas ke Tung Shin'
NGO itu menyerahkan laporan lapan halaman semalam, yang merupakan kompilasi testimoni 18 saksi yang berada di tempat kontoversi hospital dan Hospital Bersalin Cina sekitar Jalan Pudu.
"Tiada provokasi terhadap polis oleh peserta (tiada gangguan lisan, tidak menghamburkan kata-kata kasar dan tiada provokasi fizikal) meski pun hakikatnya kami dikepung ke hujung jalan dan TIDAK dibenarkan bersurai atau berarak," laporan itu dipetik.
Daripada kenyataan itu, tambah laporan Tenaganita, peserta perhimpunan di tempat itu menunjukkannya berlangsung dengan "aman dan tertib", berbeza sama sekali dengan laporan media arus perdana sebelum ini.
- Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine1 Malaysia dah tahu... Cuma POLIS je Kuat Menipu.. jahat.. Menjadi Pencacai UMNO sanggup melanggar Etika.. IGP Ismail Omar dan Khalid Abu Bakar kena bertanggung Jawab!
- Dee Valey · Top Commenter · Kuala KraiRakyat yg bermaruah dah kenal siapa UMNO, siapa Najib, siapa Hishamudin, siapa PDRM, siapa peserta bersih. Rakyat bermaruah juga mahir mengakses video di utube. Klu PDRM nak menegak benang basah bukan ianya boleh meyakinkan rakyat bermaruah pun, tapi sekadar nak tipu penyokong tegar UMNO yg menadah ilmu di TV3, RTM tu pasti berjaya, penyokong tegar UMNO ni klu pemimpinnya kata kerbau boleh terbang pun mereka percaya.
- Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
- Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
- Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala UniversityHingga hari ini saksi saksi mengesahkan memang polis bertindak zalim. Tapi pihak kerajaan enggan menerima kenyataan.
- Ah Seng : hari itu gua pun kena tangkap di Tung Shin.
Ahmad : Dia ada tembak gas pemedih mata kah? Ah Seng
- Ah Seng: Masa itu mata saya sakit , nampak banyak sap depan mata saya.
ahmad : Itu bukan gas pemedih mata kot? Polis kata tak dak tembak.
...See More- Jashamsulnizam Jani · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
- HelmiYanti HadifTeringat kata2 Imam Syafie'.."Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu tp aku pasti akan kalah dgn seorg yg jahil kerana org yg jahil tak pernah faham dengan landasan ilmu"..kesimpulannya, perluke kite layan org jenis mcm ni yg xpenah nk terima kenyataan..bak kate kwn chinese aku..once umno will always umno..
- Ryu Serizawa · Friends with Noor RaKita berpihak kepada kebenaran..Berpeganglah pada tali kebenaran itu, Insyaallah kemenangan itu pasti!
- Tengku Nadzri Tengku Aldin · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaSecara peribadi aku amat terharu dengan perkembangan yang terkini bila kepercayaan rakyat terhadap polis semakin menurun, segalanya berpunca dari sikap pegawai atasan polis sendiri.Bila pegawai atasan polis memilih untuk berpihak dalam soal politik inilah jadinya, tugas polis untuk menjaga rakyat jelata bukan untuk menjaga segelintir politikus.Perlu ingat kuasa memerintah negara boleh bertukar tetapi kuasa polis akan tetap kekal sebagai penjaga keamanan walaupun sesiapa yang memerintah.
- Nageena Kaur · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
- Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
- Jariah Bob · Top Commenter · Penoreh Getah at LADANG GETAH
- Fitri Fit II · Top Commenter · Works at Gfkita tgk apa pembohongan puak2 ni melalui tv3suku, RTm nanti...
Dari '?' kepada pencipta logo Keadilan
Pada kira-kira jam 9.45 malam, tanggal 30 Julai 2011, saya menerima pesanan ringkas daripada anak saudara Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal yang mengatakan bahawa tokoh seni rupa yang dihormati itu telah dijemput Ilahi.
Tergamam seketika, hanya kalimah "Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali" yang terdaya diucapkan.
Walau pilu, ada rasa kesyukuran yang melintas bila mengingat akan kenikmatan allahyarham berpulang pada saat-saat umat Islam bersedia melangkah ke bulan Ramadan Al-Mubarak.
Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng English School (1940), Bukit Zahrah English School dan English College, Johor Bahru sehingga 1949.
Dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture (1950) sebelum mengambil keputusan mengikuti pelajaran seni di Chelsea School of Art, London (1951-1955).
Beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor, dan bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (1957). Peranannya sebagai pensyarah dilanjutkan di Malayan Teacher's College, Kirkby, United Kingdom (1958-1959) sebelum kembali semula mengajar di Maktab Perguruan Harian pada tahun 1960.
Beliau seterusnya berkhidmat sebagai ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1961-1963). Pada tahun 1963, beliau menerima biasiswa United States Department untuk melanjutkan pelajaran di School of Art Chicago, Amerika Syarikat.
Setahun selepas itu, beliau dilantik memegang jawatan Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas sehingga 1972. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran.
Respons visual pada 13 Mei
Pada tahun 1973, Syed Ahmad Jamal memperolehi biasiswa East-West Centre untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di University of Hawaii.
Sekembalinya ke tanahair, beliau menjadi pensyarah lawatan di Universiti Malaya sehingga 1979, sebelum dilantik menjadi pengarah di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Tugas rasmi terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara bermula tahun1983 hingga1991.
Nama Syed Ahmad Jamal sememangnya tidak boleh dipadamkan dari susur masa persejarahan seni rupa Malaysia. Sumbangan beliau terhadap pembaharuan stail dan ideologi seni lukis negara sesungguhnya adalah sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh.
Dunia catan tanah air semenjak tahun 30-an hingga tahun 50-an didominasi gaya konvensional, Realis, Impresionis dan Ekspresionis. Pengaruh hasil kembara ilmu seni di luar negara mendorong Syed Ahmad Jamal berkarya stail Ekspresionis Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasaskan kepada gerak isyarat (gestural) dan emotif. Dalam konteks Malaysia, beliau dianggap pelukis pertama yang menerokai catan non objektif melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada tahun 1959.
Dalam karya ekspresi-emotif bersifat alegoris ini, pengaruh lukisan Cina, Barat serta khat Arabik jelas terpancar melalui sapuan deras berus yang melahirkan bentuk-bentuk kaligrafik mujarad. Penggunaan awal tulisan Jawi di dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah juga menjadikan Syed Ahmad Jamal sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.
Pernyataan popular Syed Ahmad Jamal iaitu "kesenian Malaysia bermula sekarang!" merupakan indikator penting kepada sebuah era baru seni lukis moden Malaysia pada zaman itu.
Sebagai seorang seniman yang senantiasa mengambil sikap (sehingga ke akhir hayatnya), Syed Ahmad Jamal, walau dalam sosok fizikal yang kelihatan 'gentleman', tetap mempunyai pendirian teguh bila memperkatakan tentang isu-isu yang berlegar dalam sfera sosial dan politik negara mahupun dunia.
Kebangkitan pelajar dan pemberontakan tenaga buruh di Paris demi perubahan sosial sewaktu Revolusi Peranchis 1968, protes-protes pembantahan Perang Vietnam di merata dunia, termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Malaysia merupakan antara adegan-adegan utama yang menjentik naluri kesenimanan Syed Ahmad Jamal untuk memberi respons secara visual.
Sentuhan ruji
Dibikin menggunakan gaya Ekspressionis Abstrak yang menjadi sentuhan rujinya, dekad yang penuh kemelut ini dirakam dengan penuh simbolik melalui karya "Sidang Ruh" (1970).
Karya yang pertama kali dipamerkan sewaktu Manifestasi Dua Seni di Dewan Bahasa dan Pustaka ini terhasil berlandaskan puisi Sidang Ruh Kassim Ahmad.
I
perlu satusatu diperhitungkan kembali
hari ini kita dewasa
tanpa tuhan tanpa impian
kerana besok mungkin terlalu lewat
bagi kiamat yang telah ditangguhkan.
bukan aku sinis
kau jangan mengatheis
beritaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidup
maka demikian perlu katakata
supaya maut kita jangan karena bisu.
kalau kau perchaya kepada manusia sejahtera
jangan kau bergembira mengikut hukum
(karena kemenangan)
kalau kau perchaya kepada manusia bebas
jangan kau berkata menurut hukum
(karena taatsetia)
karena tidak ada hukum yang akan berlaku
(namun digubal dalam pi bi bi)
yang tidak berperlembagaan di hati.
II
sudah datang berita yang paling kejam
bagi mereka yang lagi hidup karena bisu berharap
dunia ini penjara
nasi kita akan chukup di shorga.
di atas belakang Dajjal
telah diperdagangkan hidup
gerak dan hilai bukan karena bahagia
gelak dan hilai bukan karena papa.
akan bersidang segala ruh
anakmu hari ni makan apa
nasi atau beer
ketawanya palsu tangisnya tanpa suara.
III
nanti akan padamlah dengan sendirinya
lampu dari menara tinggi
karena di bawahnya orang kian mabuk
dan Tuhan sudah mati.
Sokongan moral pada keluarga Anwar
Penglibatan serius Syed Ahmad Jamal dalam memperkasakan dunia seni rupa tanahair boleh dilihat melalui pembabitan intensifnya bersama rakan-rakan seniman - antaranya Redza Piyadasa dan Ismail Zain - sewaktu Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) pada tahun 1971.
KKK diatur pihak kerajaan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang kondusif untuk semangat muhibah pelbagai kaum, melalui pengstrukturan semula dasar-dasar kerajaan, demi menstabilkan keadaan sosial, ekonomi dan politik negara pasca peristiwa 13 Mei. Kongres tersebut membincangkan pelbagai isu nasional termasuklah bermacam perihal kesenian yang diusul Syed Ahmad Jamal dan Redza Piyadasa.
Pada tahun 1979, Seminar Akar-akar Peribumi dianjurkan Institut Teknologi MARA bagi menghidupkan kembali semangat seniman untuk berpegang kepada jatidiri tempatan. Rupa Jiwa (1979) yang muncul dalam bentuk pameran serta penerbitan merupakan sebuah lagi sumbangan besar hasil pengkajian Syed Ahmad Jamal tentang 'rupa' dan 'jiwa' Melayu.
Beliau terdorong untuk membuat kajian mendalam setelah tersedar bahawa terdapat hanya sebuah buku, iaitu Taman Indera oleh Tan Sri Mubin Sheppard, yang secara serius mengangkat estetika bentuk-bentuk kesenian Melayu pada waktu itu.
Antara hal-hal siasah negara yang begitu memberi impak kepada golongan seniman, termasuk Syed Ahmad Jamal, adalah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tampuk Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
Sebuah pameran tergempar yang diatur aktivis dan artis kontemporari Wong Hoy Cheong, melalui The APA-APA Arts Festival 98 kira-kira tiga minggu selepas insiden pemecatan tersebut, menjadi medan perhubungan solidariti sekitar 30 orang pelukis meluahkan protes secara visual.
Pameran seni visual multi-media dengan tajuk apa? siapa? kenapa? ini turut mendapat partisipasi Syed Ahmad Jamal, yang menampilkan karya akrilik atas kanvas bertajuk "?" (1998). Selama beberapa tahun selepas itu, beliau dan isteri dilihat sentiasa memberi sokongan moral kepada keluarga Anwar Ibrahim. Logo parti keADILan adalah rekaan beliau.
Di Malaysia secara amnya, bidang seni rupa masih dianggap tidak signifikan dalam proses pembangunan dan ketamadunan negara. Peranan pelukis tidak pernah digali potensinya. Dengan hal-hal sedemikian, tidak menjadi pelik sekiranya objek atau artefak seni kurang mendapat penghormatan yang sewajarnya dari segi nilai estetik, apa lagi nilai wahana kemasyarakatannya.
Menang saman DBKL
Mungkin kerana itu juga, walaupun berstatus seniman negara, beberapa buah karya Syed Ahmad Jamal menerima nasib sama bila mana mereka tidak dipulihara, dicacatkan mahupun dilupus terus. Tiga buah karya tersebut adalah mural songket yang ditempah pereka dalaman untuk Hotel Pan Pacific, karya stainless steel "Allah" di Bangunan Datuk Zainal Abidin dan sebuah lagi karya di Universiti Malaya.
Selain itu, sebuah arca awam bertajuk "Puncak Purnama" (1986) (kanan) telah mendapat nasib serupa bila mana ia diubah secara fizikal oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan membaikpulih.
Kali ini, Syed Ahmad Jamal tidak dapat bersabar lagi lalu bertindak menyaman Datuk Bandar dan DBKL sebanyak RM5 juta sebagai tuntutan bagi teladan dan gantirugi hakcipta. Pada 21 Mei 2010 bertempat di Tingkat 5 Mahkamah Dagang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dunia seni rupa Malaysia bersorak girang apabila kemenangan berpihak kepada Syed Ahmad Jamal.
Beliau dianugerah RM 750,000 oleh mahkamah. Walaupun jumlah tersebut akhirnya dikurangkan lagi atas rayuan pihak DBKL, apa yang penting adalah kemenangan dari segi moral. Bak kata beliau pada hari yang bersejarah itu:
"This is a great day for artists. The victory is ours". (Ini hari bermakna untuk seniman. Kejayaan di pihak kita.)
(sila rujuk rakaman peristiwa oleh pelukis Kow Leong Kiang di Youtube.)
Peranan pelbagai sisi Syed Ahmad Jamal sebagai pelukis, pendidik, pentadbir, kurator dan penulis, yang merangkumi jangka waktu lebih setengah abad, sesungguhnya banyak meninggalkan kesan kepada keberadaan seni rupa moden mahupun seni kontemporari tanahair.
Logo Balai Seni Lukis Negara yang dicipta beliau, akan menjadi simbol yang sentiasa memperingatkan kita tentang jasa-jasa Syed Ahmad Jamal kepada dunia seni rupa Malaysia.
Rupa dan jiwa Bapa Seni Lukis Moden Malaysia ini akan saya pahat kemas dalam diari hati. Takziah kepada balu allahyarham, Datin Hamidah serta keluarga. Masih terngiang ungkapan perlahan beliau di rumahnya seusai majlis pengkebumian:"
"Hanim, I'm going to miss him so much". (Hanim, saya akan merinduinya sungguh-sungguh.)
Begitu juga kami. Al-Fatihah.
Nur Hanim Khairuddin merupakan pelukis dan kurator bebas. Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

- Firdaus Rosli · Top Commenter · Friends with Bumiputera BerjayaKepada yang berkata bahawa logo PKR itu ada pengaruh Freemason atau Illuminati, pastinya dah tahu sekarang siapa yang merekanya, iaitu Syed Ahmad Jamal. Logo mata, itu sempena insiden "mata lebam", terima kasih kepada Tan Sri Rahim Noor yang menghentak mata DSAI ketika itu.
- Kamarzaman Mustafa · Top Commenter · Daie at Jamaah islamAWASI DAKYAH KRISTIAN...
http://ridhuantee.blogspot.com/2011/08/awasi-dakyah- kristian.html - Safia Ramlan · Top Commenter · Sekolah Menengah Aminuddin Baki
- Muhammad Rafael · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
- Ryu Serizawa · Friends with Noor Ra"This is a great day for artists. The victory is ours".
Semoga Syed Ahmad Jamal ditempatkan bersama gol2 org yg beriman..Aminn..Al-Fatihah. - Fuad KhalidSatu lagi persoalan yang telah lama tak terjawab kini terjawab. Iaitu manakah asal-usul logo parti keADILan. Terima kasih kepada penulis.
- Matnasir BabaSaya pernah bantu Datuk baiki koleksinya. Seorang yang baik hati. AlFatihah untuknya.
K'jaan cadang wajibkan pemaju sedia surau
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang mewajibkan pemaju perumahan, terutama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan agensi perumahan kerajaan serta kompleks beli-belah menyediakan masjid atau surau bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan solat.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Lajim Ukin berkata kajian terperinci akan dilakukan sebelum akta baru itu digubal.
Cadangan itu selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini, katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada warga tua dan orang kelainan upaya di Masjid Kampung Klias Dua, dekat Beaufort malam tadi.
Lajim yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata perkara itu penting berikutan terdapat rungutan daripada masyarakat Islam yang terpaksa pergi ke masjid di luar kawasan perumahan mereka untuk menunaikan solat khususnya sembahyang Jumaat.
--Bernama

- Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala UniversityKos pembinaan surau itu siapa bayar? kerajaan kah?
Jawapannya pembina rumah tetap akan memindahkan kos ini keatas pembeli rumah.... tahniah projek ini dapat meningkatkan harga rumah.
ini lah... rancangan umno ingin jadi hero islam.
tapi rakyat terpaksa tanggung kos pembinaan surau.- Malaysiafootball Dimos · Top Commenter · University Alam MayaMereka yang tidak pernah membeli atau tiada rumah sendiri tidak akan tahu betapa seksanya untuk membeli rumah sendiri. Pemaju akan memasukkan kos kedalam harga jualan, pembeli akan menanggung. Membeli rumah memerlukan pembayaran dari duit gaji untuk berpuluh tahun malah ada sampai 20 tahun. Bank boleh lelong rumah dan nama disenarai hitam jika tidak membayar pinjaman bank. Cakap si anti mamak memang betul.
- Mohamad Hafizuddin Hamzah · Top Commenter
- A Jack Parow · Top CommenterKepada yang kurang atau lemah tahap pemikiranya, lebih baik jangan meninggalkan sebarang komen disini. Ada betulnya komen anti mamak tu, kepada yang BUKAN ahli jemaah surau atau masjid dan yang TIDAK pernah membeli rumah sendiri pasti tidak akan memahami masalah yang terpaksa ditanggung oleh pembeli. Pihak pemaju tiada sebarang masalh untuk menyediakan sebarang kemudahan untuk penduduk. Tetapi kos pembinaan dan selenggara yang tinggi juga akan dikenakan kepada pembeli. Sekiranya kerajaan sudi menanggung walau separuh sekali pun, ianya sudah cukup memadai.. Terlalu ramai munafiq dan mazmumah di zaman sekarang, kita harus lebih berhati-hati.
- Hafyz Kun · Universiti Teknologi Malaysiadan jangan hanya buat surau untuk cukupkn syarat sahaja (pada pandangn sy, byk perkara ttg agama dibuat spt utk cukup syarat sahaja). pastikan surau yg disediakan luas dan selesa untuk kami tunaikn solat..tak ada salahnya untuk sediakn tempat utk didik manusia/masyarakat jadi baik dan lebih baik.
- Sam' Aat · Top Commenter · UiTM Sarawak
- Adam AndMuch More · Top Commenter · Sukabumi
- Sam' Aat · Top Commenter · UiTM Sarawakklu mcm tu robohkn lh surau2 yg lengang tu ek...pergi lh......harap ko ajak kwn2 kau memenuhi surau2 yg lengang tu....xpenh tu xpe bro....ramai lg yg bersyukur dpt solat kat ctu walaupun xramai.....suatu hari nnt ramai lh....xkn tunggu 1000 org ade kat ctu bru nk buat surau....otak sempit...pk jauh ckit bro....kang org buat kuil n gereja ko jg bising.....
- Mohd Azizie Abd Aziz · Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaBaru sekarang nak cadang? Selama 50 tahun apa yg BN buat? Tengoklah rakyat Malaysia bahawa kita mempunyai pemimpin yang melaungkan agama islam hanya di mulut tapi bukan dari perbuatan.
- Mohd Hanifalhamdulillah...semoga umat islam dapat solat dengan selesa....kepada semua org ta yah la nak gaduh2 kira ok lah menteri umno wat masjid daripada xda de...(wat masjid salah, tak wat masjid lagi salah)..
- Arbin Setta · TawauSEPATUTNYA SUDAH LAMA DIWAJIBKAN KEPADA PEMAJU..LIHAT CONTOH BANDAR SRI INDAH TAWAU, TAPAK HANYA DILETAKKAN STATUS SEBAGAI PUSAT KEGIATAN AGAMA TETAPI DIBERIKAN KEPADA PIHAK AGAMA LAIN SEDANGKAN PENDUDUK BERAGAMA ISLAM ADALAH MAJORITI. SEPAPTUTNYA BERI PELUANG KEPADA MASYARAKAT MAJORITI DAHULU SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK DIJUAL KEPADA MASYARAKAT AGAMA LAIN. ADA TAPAK DISEDIAKAN TETAPI LOKASI AMAT TIDAK SESUAI UNTUK PENDUDUK WARGA BSI TAWAU. HARAP AMBIL TINDAKAN DATUK!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan