100,000 orang dan stadium tersebut jauh dari Kuala Lumpur, maka ia dapat mengelak sebarang kehilangan nyawa atau kerosakan kepada harta-benda.
Bagaimanapun, katanya, tawaran itu ditolak dan mereka bertegas untuk berarak di jalanan dan mahu Stadium Merdeka.
Najib memberitahu demikian ketika berucap menutup sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia KL Hilton Sentral.
PM mendakwa tawaran untuk berhimpun di stadium tersebut adalah bukti tidak ada percubaan untuk menekankan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Oleh itu, katannya, ia adalah satu anggapan yang salah untuk mengatakan bahawa kerajaan tidak membenarkannya.
Sebaliknya, dakwa Najib, pihaknya membenarkan ruang untuk perbezaan pendapat.
- Kamaruddin Abdullah · Top Commenter · Bagan Serai, Perak, MalaysiaKepada Dr yang bakal bedah lutut DS Najib, sila panggil juga pakar otak yang berkelayakan untuk memeriksa otak Najib kerana dia disyaki menghidap penyakit "Melayu Mudah Lupa".Dia sering melalut dan cakap "berputar-putar" sehingga ada rakyat yang suruh dia "diam".Sila teliti nasihat saya, kerana saya "sayang" sangat dengan PM.Sekian.
- Ahmad Saifullah Razali · Top Commenter · Works at Adidas !yeah tudia kaki putar alam.
saya putar halim ~.- Kamaruddin Abdullah · Top Commenter · Bagan Serai, Perak, Malaysia
- Amirudin Yacob · Top Commenter · Kota Baharu, Kelantan, Malaysiadkt sbulan br bnyi soro najik nih..lmbat btl tindakan riflek beliau..berat nanam :(
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Suhardi telah menghubungi pihak polis untuk memberi kerjasama dalam kes tersebut.
Untuk itu pihaknya akan memanggil Suhardi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog mengenai isu keselamatan dengan penduduk Bandar Sri Damansara di Kuala Lumpur petang tadi.
Khalid berkata Suhardi sepatutnya datang berjumpa dengan pihaknya untuk memberi penjelasan apabila video mengenai lakonannya itu tersebar luas.
"Dia sepatutnya datang bila videonya ditunjukkan, maka dia patut datang dan jelaskan keadaan," katanya.
Polis telah menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut setelah menerima dua laporan mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Cheras, di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan juga Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.
Gambar Suhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu dikatakan telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak dengan mendakwa dia adalah Allahyarham Baharudin yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia dalam satu sesi tayangan video mengenai perhimpunan itu menjelaskan bahawa gambar Suhardi bukanlah individu sebenar Baharudin.
- Bernama
- Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala UniversitySoalannya adakah Suhardi Mat Isa mengakui dia adalah mendiang Baharudin. jawapannya ia adalah puak umno yang menyatakan di internet.
- BERSIH....Suhardi turun jalan raya buat demo. kenapa ada sangkut dengan Seksyen 233 Akta Multimedia?
- 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam , ini akta mana ada sangkut dengan Suhardi, bila dia buat kenyataan yang khianat awan? apa dia itu khianat awam? beliau demo dan susah nafas, apa sangkut dengan khianat awam pula?
Nampaknya polis nak main games apa ini? kah kah kah.- Shamsul Anuar · Top Commenter · Blue cab (driver) at Shamsul anuar bin mohd khairi
- Mohd Zuhairi Ariffin · Top Commenter · UTM SkudaiKhalid berkata Suhardi sepatutnya datang berjumpa dengan pihaknya untuk memberi penjelasan apabila video mengenai lakonannya itu tersebar luas.
Kalau ini kenyataan Khalid, elok sangatlah Suhardi saman Khalid kerana menuduhnya MENIPU DAN BERLAKON. - Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangorsaya rasa satu malaysia dah tau suhardi bukan arwah baharudin...dlm akhbara dan internet lama keluar dah....yg duk ungkit2 pasal apa.....actualy no case to answer buar suhardi....
- Ismadi Ismail · Top Commenter · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
- Aiman Athirah Al Jundi · Top Commenter · Works at Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Parti Islam SeMalaysia (PAS)Suhardi Tak Pernah Kata Dia Adalah Allahyarham Baharuddin. Secara Kebetulan Suhardi Juga Mjd Mangsa Kedzaliman Polis & Sakit. Difahamkan Tak Sedarkan Diri Sehingga 7 Hari Dan Ditinggalkan Oleh Polis Di Hospital Tung Shin. Dunia Saksikan Bagaimana Suhardi Kekal Digari Ketika Menderita Kesakitan. Sepatutnya Polis Bersyukur Suhardi Masih Hidup. Kerana Kalau lah Suhardi Juga Ditakdirkan Meninggal Apakah Itu Lebih Baik Kepada Polis Atau Akan Meletakkan Polis Dalam Situasi Yang Lebih Teruk? Bersyukurlah Beliau Masih Hidup Dan Polis Yg Mendzaliminya Masih Punya Peluang Memohon MAAF!
- Yazrin Yasin · Top Commenter · Senior Lecturer at Universiti Terbuka Malaysianak jadi kebal masuklan Umno dijamin selamat kerana dijaga oleh pdrm cawangan umno hahaha...nak rogol, nak rompak jadi ahli umno dulu pasti polis tak kacau sebab sama satu kapal...hubaya-hubaya org umno atas undang-undang sbb itu mereka beranai berdemo, berani kencing dan berani buang najis merata-rata ditepi jalan dan dalam rumah Kerajaan Pakatan Rakyat.
- Shamsul Anuar · Top Commenter · Blue cab (driver) at Shamsul anuar bin mohd khairi
- Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
- Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGBkita ambil staff2 polis jadi pelakon, alamat artis dan aktor malaysia gulung tikar
Prof Shamsul Amri Baharuddin, pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), membayangkan bahawa isunya bukanlah sangat mengenai menangani masalah yang ada sekarang, tetapi juga memikirkan masalah masa depan yang boleh dan tidak dapat dielak akan timbul ekoran penyelesaian yang dilaksanakan.
Setakat yang beliau tahu, tegasnya, negara masih mengamalkan demokrasi berperwakilan (representative democracy).
"Kita mempunyai wakil rakyat dan kita mengundi memilih mereka. Kita boleh mempunyai pilihan raya yang bersih, tetapi bolehkah kita jamin bahawa wakil rakyat akan mewakili kita, atau partinya?" soalnya kepada kira-kira 500 pelajar yang menghadiri sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia di Kuala Lumpur.
Shamsul, yang merupakan salah seorang daripada empat ahli panel mengenai pilihan raya umum ke-13, menegaskan bahawa Malaysia juga terjebak dengan masalah lama dalam memisahkan kerajaan daripada politik.
Beliau mengakui bahawa ia adalah sukar untuk mengubah pemikiran - yang menurutnya menjadi sebab mengapa BN mahu rakyat supaya berterima kasih kepada mereka kerana "membawa pembangunan" dengan wang pembayar cukai tetapi menekankan bahawa perubahan adalah perlu.
Dengan mengambil contoh mentaliti "Perang Dingin" dalam cara
pihak berkuasa melaksanakan undang-undang, Shamsul berkata ia merupakan satu isu yang mempunyai implikasi yang jauh terhadap masyarakat Malaysia hari ini.
Katanya, ini merupakan isu yang amat serius disebabkan Perang Dingin, banyak undang-undang yang ada hari ini telah digubal pada zaman darurat.
Beliau berkata, kita telah melewati Perang Dingin dan apa yang perlu kita lakukan ialah mentakrif semula siapakah musuh kita, atau apakah sasaran kita.
Bagaimanapun, tegasnya, itu tidak pernah dilakukan.
Mengenai pilihan raya umum umum ke-13, Shamsul berkata pengundi semakin kecewa dengan kaedah lama urustadir atas-bawah yang digunakan, yang menurutnya, telah dikuatkuasakan sejak zaman darurat dalam tahun 1960-an.
Beliau berkata ini akan menjadi perkara utama di kalangan pengundi, ekoran semakin meningkatnya keperluan untuk menyatakan pandangan mereka.
Dengan itu, tambahnya, apa yang wujud ialah jurang antara apa yang mereka "fikir kita mahu dan apa yang kita mahu".
Katanya, ini merupakan situasi umumnya di seluruh negara, di mana apa yang kerajaan, parti pemerintah atau pihak berkuasa "fikir kita mahu, sebenarnya bukanlah apa yang kita mahu".
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula mengakui risiko jika
mengenepikan pendapat umum - khususnya kesedaran yang semakin meningkat mengenai kebebasan awam.
Katanya, manakala dua pertiga daripada 222 kerusi Parlimen terletak di kawasan luar bandar, lebih 50 peratus pengundi berdaftar di negara ini tinggal di bandar dan ianya dijangka meningkat kepada 75 peratus menjelang tahun 2020.
Oleh itu, tegasnya, ia adalah satu kesilapan jika partinya tidak memperdulikan isu-isu ini dan menumpukan kepada isu-isu pembangunan dan kempen populis.
Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagaimanapun menegaskan bahawa pemimpin politik perlu menyedari hakikat bahawa isu-isu asas masih kekal prominen, walaupun optimis dengan peningkatan penyertaan orang awam seperti yang dilihat pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
Isu-isu global, katanya, seperti keadaan ekonomi yang semakin buruk akan memberi kesan kepada Malaysia, yang turut akan memberi kesan kepada keadaan kehidupan dan keadaan itu akan membawa kepada isu-isu lain.
Akhirnya, tegas beliau, pengundi akan melihat sama ada ia akan memberi kesan kepada mereka.
Bridget Welsh, seorang profesor bersekutu dalam bidang sains politik di Universiti Pengurusan Singapura pula percaya bahawa keputusan pemilihan yang akan datang, akan ditentukan oleh golongan atas pagar, yang beliau ganggarkan kira-kira 40 peratus daripada pengundi berdaftar.
Beliau berkata ia juga akan bergantung kepada trend mengundi di kalangan pengundi Melayu dan India dan juga trend di Sabah dan Sarawak - yang dianggap sebagai 'deposit tetap' BN.
Welsh juga menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya,
yang menurutnya, tidak memberi peluang yang sama rata untuk pengundi berdaftar menjalankan hak-hak mereka.
"Terdapat masalah yang jelas dalam proses pilihan raya. Ianya bebas di mana anda boleh mengundi siapa yang anda mahu, tetapi ia tidak adil... ramai di dalam bilik ini tidak boleh mengundi kerana anda berada di luar negara, dan ini adalah salah," katanya kepada peserta sidang kemuncak.
Reza Mustaffa · Top Commenter · University of Malaya
Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang
menjadi perintis dalam usaha memulihkan pilihan raya ketua kampung di tiga buah kampung, menjelaskan bahawa pilihan raya tempatan telah dibekukan pada tahun 1965.
Perkampungan Cina di Klang itu adalah yang pertama dalam inisiatif kerajaan negeri untuk menghidupkan semula amalan tersebut, walaupun PKR Perakpernah menimbang idea itu sewaktu mentadbir sekejab negeri itu sebelumnya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ean Yong berkata pilihan raya itu menggunakan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda.
Menurutnya, dalam proses pengundian hari ini, ibujari setiap penduduk yang menerima kertas undi, ditandakan dengan dakwat kekal.
Menjawab soalan, Ean Yong berkata semuanya berjalan lancar dan beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung dasar baru itu.
Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan utama BERSIH 2.0 yang menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam pilihan raya negara. Ia dikatakan murah dan berkesan dan mudah dilaksanakan, berbanding dengan sistem berteknologi tinggi biometrik yang dicadangkan oleh kerajaan.
- Keadilan Pha · Top Commenter · Kerja & kerja at Bursa Lowongan Kerjabiasa nye kerajaan guna yg mahal....sb yg mahal konon nye baik..sepatutnya kerajaan follow negara luar yg mengunakan sistem pengundian yg bersih dan murah utk menjimatkan wang rakyat.
- Reza Mustaffa · Top Commenter · University of MalayaSistem yang mahal tu dah ada kroni yang jadi agen dapat komisen jadi pembekalnya. Kalau bekal dakwat aje komisennya sikit sangat.
- Muhammad Syairozi Mohd Alitapi lau guna dakwat kekal.. cmne nk solat ek? wudhuk xsah.. kene propose pakai inai dijari lah lau cm 2...hehehe.
- Faisal Nor · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
- Syed Amar · Top Commenter · Politeknik tuanku syed sirajuddintahniah kerajaan PR..
umno apco tunggu apa lg? - Paklah Damansara · Top Commenter · University of Mumbaisyabas diucapkan kpd kerajaan pakatan rakyaat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan