Kata beliau walaupun terdapat aduan atau wujud keadaan yang meragukan, para pegawai berkenaan sepatutnya tunggu hingga majlis pada Rabu malam itu selesai sebelum membuat pemeriksaan.
Dr Chua berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali, perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu.
"Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya," kata Dr Chua dalam kenyataan hari ini.
Naib presiden MCA Gan Ping Sieu pula berkata tindakan para pegawai Jais itu mencerminkan sikap pakatan pembangkang yang berfikiran sempit serta tebal dengan semangat kedaerahan.
- Bernama
- Darnie Afzaidees Ahmad · Top Commenter · Politeknik Kota Bharu, Kelantanbanyak lagi tempat yang boleh berbuka puasa......kenapa perlu pilih GEREJA? masjid masjid di MALAYSIA nie pun banyak mengadakan majlis berbuka posa makan bubur lambuk lagi.....apa kebodoh sangat manusia yang beragama ISLAM berbuka disana? Aku rasa tindakkan JAIS patut kerana menjaga kesucian ISLAM dan penganutnya walaupun penganutnya bodoh nak mampus.....dah tanggungjawap JAIS mengajar dan menegur walaubagaimana cara sekali pun ianya tanggungjawap kita umat ISLAM 1MALAYSIA......tak kan nak buat bodo aje.....SOI LECK dah banyak bagi komen oanas....mana perginya IBRAHIM ALI ( PERKASA ).... ops....lupa PERKASA membela bangsa melayu bukan agama ISLAM.......
- Aidan Generous · Top Commenter · Top Commentator at Online CommentatorTindakan JAIS tu bwh arahan siapa? Tentukan dulu. Ingat PKR bodohke nak ceroboh jamuan makan? Gayanya mcm sabotaj politik aje.
- Mohd Ronizan Hashaim · Top Commenter · Sekolah menengah sri kuraubukak posa kt masjid ada moreh.kat gereja tu ada apa???????????????
- Like · Reply · Subscribe · 28 minutes ago
Akibat kejadian 12 tengah hari itu, Mohd Hafirza Mujahid menerima lima jahitan di sebelah kiri kepalanya, manakala guru berusia 55 tahun tersebut ditahan polis kira-kira 12 jam kemudian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila pelajar itu melanggar arahan guru lelaki tersebut yang tidak membenarkannya keluar kelas ketika dia sedang mengajar.
Berang dengan perbuatan pelajar itu, guru terbabit menjejaki Mohd Hafirza sambil tangannya memegang sebilah pisau kecil, katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu hari ini.
"Guru itu akhirnya menjumpai pelajar berkenaan di sebuah kelas lain dan ketika cuba menarik tangan pelajar tersebut untuk kembali ke kelas, berlaku sedikit pergelutan menyebabkan pisau yang dipegang guru itu secara tidak sengaja telah tertoreh kepala pelajar terbabit," katanya.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sementara itu, ibu mangsa Zawiyah Ibrahim, 49, yang ditemui pemberita, berkata beliau kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh guru terbabit.
"Kalau boleh, saya tidak mahu lagi ustaz terbabit mengajar di sekolah berkenaan kerana risau peristwa yang terjadi kepada anak saya akan berulang kepada pelajar lain," katanya.
- Bernama
- Jjcm My · Top Commentercikgu dah ngajar 30 tahun baru ade buat kesilapan macam ni, anak puan Zawiyah Ibrahim baru 2 tahun msuk sekolah menengah dah berani keluar kelas waktu guru mngajar n lepak klas lain. "Kalau boleh, saya tidak mahu lagi anak puan zawiyah belajar di sekolah berkenaan kerana risau peristwa yang terjadi iaitu malas belajar, ponteng klas dan tak hormat guru akan berulang kepada pelajar lain," kata saya.
- Petterson Ray Petrus · Top Commenter · Chief kadam at Taukeh mangaren
- Noriman Saari · Top Commenterjangan menyesal kalau anak2 jadi penyamun, penyangak, perogol atau pemakan rasuah. dulu bila ibu atau ayah hantar ke sekolah, diorang akan cakap ' cikgu ajar lah mereka, kalau mereka nakal pukullah mereka, jangan sampai cacat atau buta sudah'..anak2 dulu takut nak bagitau kat ibu bapa dia kenal hukum kat sekolah, takut kena sekali lagi kat rumah....sayang anak tangan2kan....cukuplah hanya ada 1 sazali....
- Raja Rimba · Top Commenter · UC BerkeleySILA SHARE VIDEO PANAS INI - MASON DI MALAYSIA PART 18 (DAJJAL AL MASIH) ANTARA FAKTA DAN LIPATAN SEJARAH YG DIGELAPKAN http://bit.ly/pOTwEJ
- Mahyuddin Abd Karim · Shah Alam, MalaysiaGuru tersebut mungkin silap pegang pisau TETAPI pelajar yang meninggalkan kelas seperti hendak diangkat jadi hero pula? Selayaknyakah seorang ibu mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan terhadap guru tersebut yang hendak mendidik anaknya? Agak konfius. Jika begini sikap ibubapa jangan salahkan anak-anak berantakan. Syorkan tutup aje lah sekolah kat Malaysia ni.... senang....
- Muhammad Abdullah · Top Commenter · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
- Watan Sejati · Tokey, kuli, pencacai at Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petangmak bapak mcm ni la yg paling ramai la ni.... tu pasal la ramai yg meratap kematian KUGAN walau pun dia tu memang penjarah!!!! apa kata... kita semua yg dok mengata itu dan ini.... muhasabah diri balik... bab ni kita salahkan budak tu dgn mak dia yg manjakan dia... bila kes kugan... kita sumpah polis dan kita puja/sembah kugan. bila kes ean yong hian wah kena siasat rasuah... kita meratapi TBH... dan kita belai2... jilat2 si Ean Yong (yg kesnya terus luput gitu je!!!)... kita menyokong jenayah dan dosa di mana tiada satu agama pun yg merestuinya... dengan memberikan status isteri kepada ibu anak haram TBH.
- Mahadi Lamartinaevisu · Top Commenter
- As-Syeikh Syakib Arsalan · Vice Manager to be at Tenaga Nasionalbudak3 sekarang kurang ajar! itu je komen saya...kejadian itu takkan berlaku if pelajar itu menghormati seorang guru.
- Mohd Hafeez · AJAR ANAK ORANG at Kementerian Belajar Belajar Malaysiazaman saya sekolah dulu, mak bapak soh cikgu rotan kalau saya nakal. kalau kena rotan dengan cikgu, lapor kat mak bapak, mak bapak tambah lagi. pendidikan inilah berjaya jadikan saya manusia hari ini.
pendidikan sekarang? jentik pelajar pun pun xboleh. nilah akibat pengharaman rotan kita ni ya? berjaya sungguh - Hahe Nuau Aaha · São Paulo, BrazilKena dengar penjelasan kedua2 jgk..guru terlibat pasti ada jawapannya sama ada mmg dia sengaja bawak pisau kecik tu atau mcmana, pelik2 sgt kejadian2 di sekolah antara guru & pelajar akhir2 ni. Yg ibu mmg kecewa, tp kesalahan anak pg merayau waktu belajar tak patut didiamkan sbb cikgu rasa tak dihormati kalau pelajar pompuan terutamanya sengaja tak dengar ckp..
- Hahe Nuau Aaha · São Paulo, BrazilDi sekolah kena ingat yg 'by default' mana kesalahan dikaitkan dgn anak seseorang semestinya adalah kesilapan sendiri. Kesalahan guru kita harus tgk situasi & cara berlaku sbb tak dinafikan guru2 byk jgk ada masalah disiplin...tp kena tau bhwa guru adalah penjawat awam paling ramai di Malaysia jd mustahil semua 100% tak buat silap. Apapun cikgu yg terlibat umurnya dah 55, nak dekat pencen dah takkan tak bleh pikir kot...lain la kalau baru keje 2-3 tahun. Budak baru 14 tahun, umur hidup pun tak mampu lawan pengalaman mengajar si guru yg dah lebih 20-30thn, so pikir sendiri la...
- Adam AndMuch More · Top Commenter · Universiti Utara Malaysiasaya sarankan kepada ibu bapa supaya disiplinkan anak2 dirumah dahulu sebelum nak cari salah org kat anak sendiri. Sayang anak tgn2kan. anak amanah Allah. Jgn lalai dlm mendidik mereka. Buat GURU dan bakal guru pula jgn lupa bahawa tugas anda tu amanah Allah. Anda pewaris amanah Nabi SAW. Kalo x sanggup pikul amanah sila Quit. Jgn makan gaji haram akibat tiada amanah.
- Madir Sempoi · University Malaysia Sabah (KAL)Hahe Nuau Aaha : cikgu bkn menghrpkan satu penghormatan smpai kena sujud kat kaki pon..tp cikgu hnya mengharapkan kejayaan anak didiknya suatu hari nnt..e2 jer..lg 1, hari ini kalo sorang pelajar xder dlm kelas, yg kna jawab kat org atasan ader lah guru waktu tersebut, bknnya pelajjar tu yg p mghadp..
“Memandang keseriusan soalan yang ditimbulkan minggu lalu, CNBC dengan segera menjalankan siasatan ke atas FBC dan amalan perniagaannya serta mengambil keputusan menarik terus rancangan 'World Business',” menurut laman webnya yang memetik kata naib presiden pemasaran dan komunikasi CNBC Charlotte Westgate.
CNBC adalah antara badan penyiaran berita antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC Media Ltd, sebuah firma perhubungan awam yang berpangkalan di Britain yang didakwa menerima bayaran jutaan ringgit daripada ahli politik BN supaya imej mereka kelihatan hebat di luar negara.
Mereka termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Badawi dan Taib Mahmud, dakwa Sarawak Report.
Amalan itu, jika dibuktikan betul, adalah jelas bercanggah dengan peraturan penyiaran antarabangsa.
"Membenarkan slot berita dibeli dengan cara demikian - menipu jutaan penonton yang mempercayai mereka menyaksikan rancangan yang tidak memihak - adalah kesalahan serius mencabuli undang-undang penyiaran, di mana badan penyiaran seperti syarikat induk CNBC di Amerika, iaitu NBC akan dipertanggungjawabkan,” kata portal berita itu dalam laporan terbarunya.
Menurut portal anti-Taib yang dibiayai oleh wartawan Inggeris Clare Rewcastle Brown (kiri), yang juga adik ipar kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, BBC yang juga menyiarkan program yang diterbitkan oleh FBC belum memberikan reaksinya.
"Bagaimanapun adalah dipercayai mereka juga telah melancarkan siasatan berhubung aktiviti FBC.”
Selain daripada CNBC dan BBC, CNN juga dilaporkan telah menyiarkan beberapa rancangan seumpama itu yang diterbitkan oleh FBC, termasuk beberapa wawancara dengan Najib oleh presiden syarikat itu John Defterios, dakwa portal itu lagi.
- Pejuang Sambilan · Top Commenter · Accountant at Petroliam Nasional Berhad (Petronas)PENGAJARANNYA :
Ada wang tidak bererti anda boleh membeli intergriti anda. Penghormatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kekayaan.- Yusof Ibrahim · Top Commenter · TI Penang
- Saidin Jusoh · Top Commenter
- Raja Rimba · Top Commenter · UC BerkeleySILA SHARE VIDEO PANAS INI - MASON DI MALAYSIA PART 18 (DAJJAL AL MASIH) ANTARA FAKTA DAN LIPATAN SEJARAH YG DIGELAPKAN http://bit.ly/pOTwEJ
- Basshunter EvolutionMmg sah tiga keparat menteri ni carik psal....pdan muke kau syaitan!
- Raja Rimba · Top Commenter · UC BerkeleySILA SHARE VIDEO PANAS INI - MASON DI MALAYSIA PART 18 (DAJJAL AL MASIH) ANTARA FAKTA DAN LIPATAN SEJARAH YG DIGELAPKAN http://bit.ly/pOTwEJ
- Entili Bejang · PENOREH PROFESIONAL at Langkau kebun sdn bhdkan bagus kalau media malaysia sebegini rupa...
- Mohd Sabri Salleh · Top Commenter · Madulebah.myhancur daaa negaraku. rakyat tolonglah jgn undi lagi BN. hancur generasi anak cucu kita.
- Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
- ضامام Dhamam · Top Commenter · Freelance Photographer at AfghanistanDah la kat dalam negeri tipu...kat luar negeri pun nak tipu jugak ke? :)
Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.
“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri) yang dipetik Harakahdaily.
Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.
Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.
Pada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.
“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.
Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.
Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.
Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.
“Dewan Pemuda PAS Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” kata Hasbullah.
- Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala UniversityBagi mazhab umno...ini lah satu cara untk menyatu padukan melayu , ini lah cara yang paling baik untuk menyedarkan rakyat , media perdana adalah milikan umno.
- Kalau video seks dapat diedarkan 11 bulan kecuali bulan ramadan , apa salahnya iklan macam ini dtayangkan di TV9? biasalah... bagi mazhab umno.- Aje Azankalo nak kata bodoh...org yg buat iklan nie educated....pandai nak edit n lakonkan.... dulu kata nak ada semangat kejiranan sesama jiran... Nie tidak nak SAHUR pun kena berlawan? Belum lg berlawan hiasan rumah.... adui... org Malaysia...apsal bodoh sgt buat Iklan yang menjatuhkan martabat ISLAM & MELAYU...... Kalo dulu TV3 dgn iklan Teratainya utk Sambut Raya...... Bodoh bin Bahlul Penerbit Iklan nie..
- Nab Rahman · Top Commenter
- Melissa Anis Harun · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
- Azhar Ameir · Top CommenterIklan tu cuma nak bagi pengajaran kepada orang-orang Islam supaya menghormati saudara-saudara mereka.Ini pun nak jadi isu. Ibadah bersahur itu kan ada keberkatannya, inilah yang nak ditunjukkan oleh iklan tersebut supaya orang2 yang Allah s.w.t. kurniakan akal boleh berfikir....tak perlu nak dipolitikkan..
- Nur Atika Binti Atan · Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaTerima kasih la Jasme Taib ingatkan sy... insyaAllah kalu memperkatakan yg benar n bertindak atas paksi keadilan dan menentang KERJAAN yg ZALIM sy dikatakan GILA... sy terima dgn hati terbuka...
sebab tak semua manusia yg Allah pilih untuk duduk dlm saf perjuanganNya. Teringat sy dgn sepotong Hadith
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". (H.R. Muslim)
Yg penting sy Jelas bhw umno sudah tidak relevan dan out of date... hanya bawa banyak penyakit dari kemaslahatan umum. :) - Jas Gunaa Sangani · Top Commenter
- Jasme Taib · Top Commenter · Kolej Agama Sultan Zainal Abidin 93~95sama2 nur atika... nmpak mcm lebih syok sendiri ajerr.. Tangan tak tercapai dek awan kaki tak berjejak di bumi. Gendang retorik Kerajaan Zalim dsbnya sngat menghiburkan. Semoga perjuangan PR nur atika juga meletakkan Al-Quran dan Sunnah sbgai paksi junjungan...insya ALlah.
- Rashidi Zin · Software Engineer at Aflexi Sdn BhdApa pihak PAS sudah tiada isu untuk dibangkitkan sehingga iklan komedi dikatakan menghina Islam?
Cubalah fahamkan bahawa mesej yang cuba disampaikan:
1. Akibat terlalu mahu bersaing diwaktu sahur si lelaki terlepas peluang untuk menikmati makanan yang dimasak.
...See More - Dio Sani Samm · Sekolah Menengah Vokasional Juassehini lah jadinya jika pemimpin kerajaan sibuk dok buat film blue jer....
- AbuTalib Nor · Works at SK Tengkawang, Kuala Berang
- Ibnu Ya'acob · Top Commenterx pe lah klo nk katakan aku ni bodoh....segala aku berserah pd Allah...hal mcm ni politik aku tolak tepi....tp dlm nk memberi teguran dan pandangan dlm Islam x boleh tolak tepi...parti mana2 pun aku x heran....adakah sesuatu pandangan perlu dtg dr mana2 parti??....klo mcmtu BERSIH tu parti ke??...jgn ingat sume komentar disini berparti...
-Allahu ma'ana.. - Ibnu Ya'acob · Top Commenter
- Mat Felda Hensem · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharomapakah mereka ingin menonjolkan bhawa perangai umat islam memang sentiasa bersifat dengki khianat sampaikan ibadat sahur pon jd bahan gurauan... inilah kebaikan yang dapat ditonjolkan oleh tv yg dipengaruhi oleh umno... konsep 1 Malasie yg diagungkan..
- Ibnu Ya'acob · Top Commenter
- Atan Khalid · Top Commenter · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
- Ibnu Ya'acob · Top Commenter
Sambil memetik ahli falsafah Austria Karl Popper, 8TV cuba berfalsah menjelaskan iklan berbentuk pengumuman perkhidmatan masyarakat (PSA) Ramadan yang disiarkannya itu.
"Seperti ahli falsafah terkenal Austria Karl Popper pernah berkata, “Adalah mustahil bagi bercakap dalam cara yang anda tidak akan disalah-tafsir” - dan ini situasi malang yang berlaku akibat iklan PSA Ramadan 8TV.
“Dengan kesal terdapat salah tafsiran PSA itu yang hanya bertujuan menyampaikan mesej bagi menghormati bulan Ramadan.
“Mesej itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana bangsa atau keturunan dalam apa cara sekalipun. Ini adalah kesilapan jujur membabitkan sedikit jenaka yang disalahtafsir dan menjadi kebimbangan sesetengah pihak.
“Sehubungan itu, 8TV menarik balik PSA berkenaan dan memohon maaf atas sebarang ketidak-selesaan atau kesulitan akibat daripada penyiarannya itu,” kata stesen tv berkenaan dalam satu kenyataan.
Pada satu daripada tiga iklan itu, ketiak seorang wanita Cina yang memakai baju tanpa lengan yang ketat dikaburkan apabila dia mengunjungi bazaar Ramadan sambil mendakwa dirinya menjadi tumpuan.
Iklan itu kemudiannya menasihatkan penonton agar tidak berpakaian ketat dan mendedahkan. Mereka juga diingatkan supaya tidak terbawa-bawa dan memahami serta menghormati signifikan Ramadan.
Dalam reaksi terhadap kemarahan orang ramai, CEO 8TV Ahmad Izham Omar dalam tweet meminta penonton supaya 'chill' dan tidak “terlalu banyak berfikir”.
“Chill guys. Don't overthink the ads. It's written, produced and directed by a multi-racial team. If you overanalyse, anything will be bad,” tulisnya.
- Kuning Berdaulat · Top Commenterberani mengakui kesilapan dan mohon kemaafan secara terbuka begini adalah yg terbaik utk 8tv....
- Yusof Ibrahim · Top Commenter · TI Penang
- Haidar Hamid · Top Commenter
- Abd Kadir Abd Rahman · Top Commenter · Al-Azhar University, Cairo, Egypt
- Aboi Boboipendapat saya tak ada silapnya iklan tu, mesej itu sampai pada saya, cuma mungking penggunaan pelakon, boleh juga sepatutnya guna kaum india, cina dan melayu yang juga suka pakai sleeveless.
Bila becakap mengenai iklan, banyak juga yang telah terlepas pandang, contohnya iklan syampu rambut Clean & Clear kalau tak silap, di mana modelnya yang telah dialih bahasa menyebut tentang pengakhiran dunia (kiamat) yang akan berlaku pada Tahun 2012 sedangkan masalah kelemumur tidak akan berakhir.. juga iklan Eye-Mo versi kartun, yang memaparkan bentuk segitiga bintang (zionis) ketika watak mat motor menggosok matanya..
hairan, mengapa peraka ini tidak diteliti yang terang2 mempunyai maksud tersirat pihak2 yang memesongkan, sedangkan iklan yang 'direct' dari 8TV disalah anggap...- Aizatul Naem · Friends with Nor Amira Azmi
- Arjuna Kayangan Layangan · Top Commenter · Friends with Maba Budu
- Najib Jib · Top Commenter · Universiti Sains Islam Malaysiasy sokong awk suhaila..patutnya perempuan melayu yg berlakon tu..bersepah perempuan melayu yg ngaku islam dan ngaku berpuasa tp x ttp aurat pegi pasar ramadhan..cuba tgk gmbr yg pki kebaya tu..spttnya kena pakai tdg dn bj kurung..baru la sesuai pegi pasar ramadhan..atau pakaian lain yg menutup aurat..kesian kt org yg ikhlas berpuasa..dah jag dr pg smpi ptg..tiba2 pegi pasar ramadhan dh kurang pahala puasa sbb tgk perempan yg x ttp aurat..dn smstinya kita akn menyumpah kt org yg x ttp aurat tu...
- Vikneswaran Pillai · COO/CTO at Zihland the most incest cases.....we all know the statics.....comes most from where....get real......dont you feel sick.....bapa rogol anak....abang rogol adik......EVEN with all these Controls.....and Tutup this and tutup that....everyday sure got one news paper papakan....incest cases....so want to blame who now....Kanak-kanak pakai pakaian terlalu menjolok mate????.....akibat tok guru tak tahan.....rogo sama budak itu.....???? Nak control apa lagi......semua orang pakai guni lah...macam tu.....
- Peter Chong · Servant of the Nation at Anak Bangsa MalaysiaMedia bertanggungjawab utk menyampaikan sesuatu mesej kepada umum. Sekiranya mesej itu disalah tafsir maka bererti pihak media gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Ini tidak ada kena mengena dengan "fikiran yang terlalu mendalam".. mohon maaf aje lah tanpa banyak penjelasan. Salam Ramadhan!
- Hulubalang Akhir Zaman · Kuala Lumpur, Malaysiaini bukan memecahkan perpaduan kaum bro fariz.
masalah ini timbul drpd pemimpin2 yg berkepentingan dan benda ini harus disuarakan supaya pemimpin2 ini tangani dgn serius.
apa yg jd masalah, banyak isu yg melibatkan islam tidak diselesaikan secara baik dan UMNO BN sengaja panjang2kan untuk bangkitkan sentimen perkauman. lalu di pakai oleh perkasa utk api2kan melayu Islam.
...See More - Divine Light · Top Commenter
- Azizul Zulkifli · Kuala Lumpur, MalaysiaSaya rasa iklan ni tak perlu libatkan orang Cina, seolah2 mereka plak yg dipersalahkan. Seolah2 mesej ni diberi kpd kaum Cina utk hormat penganut Islam yg berpuasa. Bukannya ramai pun org Cina pergi bazar Ramadhan. Kalau kita pergi sendiri ke bazar Ramadhan, perangai & pakaian org Melayu sendiri lebih teruk lagi drpd iklan ni!
Nanti dah dekat dgn raya, boleh tengok berlambak2 artis wanita Melayu dalam TV dgn pakaian ketat & jarang dalam show raya. Baju mcm tu jugalah jadi trend bebudak Melayu utk pergi open house raya nanti.
- Yusof Osman · Top Commenter · MBA (University of Lincoln)Hai, ini kali kedua nampaknya suku sakat stesen TV ni tak peka dengan sensitiviti pelbagai kaum di negara ini. Ingat tak iklan TV3 yang ditarik balik satu ketika dulu. Kreativiti seseorang bukan sahaja diukur pada kemampuannya menarik perhatian orang ramai tetapi sejauh mana ia dapat menyenangkan hati semua pihak. Kekuatan iklan bukan sahaja untuk memenangi anugerah tetapi mengelakkan penonton menjadi marah.
- Jamaludin ARahman · Top Commenter
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Nordin Mustapha berkata, kontraktor berusia 39 tahun itu baru saja mengeluarkan wang berkenaan dari sebuah bank pada 1 petang.
Katanya sejurus selepas itu dia pulang ke rumah dan meletakkan kenderaannya di hadapan rumah sebelum bergegas masuk ke dalam.
Nordin berkata lelaki itu keluar semula ke luar rumah sejam kemudian dan terkejut mendapati cermin sebelah penumpang kenderaannya telah dipecahkan dan wang itu hilang.
Kontraktor itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin.
- Bernama
- Ahmad Wafiy Zaki · Top Commenter · Pesawah at Grape Growers of Ontariomoga ini jadi pengajaran kepada pembaca semua~.
selamat berpuasa!~ :D- Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
- Cip Fulan · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
- Adam AndMuch More · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
- Jasme Taib · Top Commenter · Kolej Agama Sultan Zainal Abidin 93~95Mana AntiMamak tarak komen ker? Silap haribulan dia cakap ini UMNO punya kerja... hahahaha!
- Sofian Abd Aziz · Works at Kilang kobedaripada pengalaman saya , pernah jadi anggota matagelap bahagian jenayah.kumpulan seperti memecah cermin kereta dan mengambil wang dari kereta selepas tuan punya wang mengeluarkan wangnya dari bank adalah kumpulan daripada kumpulan palembang indonesia.mereka ini sering berada dalam bank , dan memakai pakaian yang kemas serta handphone sentiasa berada ditelinga mereka .Mereka sentiasa memerhati pelanggan bank mengeluarkan wang yang banyak.Jika ada pelanggan yang mengeluarkan wang yang banyak dikaunter bank , mereka akan berhubung rakan mereka diluar bank melalui handphone.Setelah pelanggan bank ini keluar dari bank , kumpulan indonesia yang berada diluar bank akan mengekori anda dari belakang dengan menaiki motosikal , apabila sampai di simpang trafik light , kumpula ini akan memecahkan cermin kereta anda dan terus mengambil wang dari dalam kereta anda.Selepas ini kumpulan akan melarikan diri dan akan memasukkan wang rompakan mereka ini di mana Money changer yang terdekat untuk di salurkan ke negara mereka Indonesia.kumpulan hampir di tangkap , selepas sedar kehadiran pihak polis mereka melarikan diri.Jadi saya menasihatkan mana-mana orang yang ingin mengeluarkan wang dari bank sentiasa lah berhati -hati dengan kumpulan ini.
- Nor Aidan · Universiti Sains Malaysiadah tak der rezeki. Bersabarlah..Tp si perompak tu jgn ingat bleh lepas. Balasan diakhirat menanti...
- Cip Fulan · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, mayat wanita itu ditemui padajam 3 pagi tadi dan dimaklumkan kepada polis oleh pengawal keselamatan di kawasan perumahan eksklusif itu.
Rohani, yang masih bujang, dipercayai tinggal bersendirian di rumah itu.
Dzuraidi berkata polis masih menunggu laporan bedah dari Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mengetahui punca kematian.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exco kerajaan negeri, Datuk Mah Hang Soon, menziarahi keluarga Rohani di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 11.30 pagi tadi bagi mengucapkan takziah kepada keluarga Rohani.
Zambry juga menyampaikan sumbangan kerajaan kepada keluarga Allahyarham.
- Bernama
- Abu Hassan Anis Azura · Top CommenterTakziah kpd warisnya..Innalilla wainnalilla hirojiun...al-fatihah...
- Jabaruddin JaafarAlfatihah moga Allah cucuri rohnya n ditptkn brsama2 org2 beriman amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan