Rabu, 6 Julai 2011

UNDI DAN DOA DITANGAN RAKYAT...HUKUMAN DOSA@KEJAHATAN YG KITA BUAT...KETENTUAN@KEPASTIAN DARI ALLAH...KITA TUNGGU AJE...

Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk
Jul 6, 11 10:05am

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.

Berikut sebahagian daripada komen mereka.

Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia.

Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the.....

Don Sha: Hapa pun tableh!

Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau....

RT @morticya33:
Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic

RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah.

RT @saimatkong:
OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads...

RT @Wwyda:
NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use.

RT @SookLee17:
Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour!

RT @cottonkyandyi:
Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam!

RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya.

RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh!

@kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents.

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · umur 17 tahun
    Satu Satu PM Paling Pengecut Dalam DUnia Adelah Najib Razak... Satu satunya Ketua Polis Negara Paling Barua Dalam Dunia Ismail Omar.. Kalau Polis nak jadi Barua pun.. Pada Pada lah.. jangan rakyat Bila Tengok Polis Semua naik menyampah. Ingat KPN Ismail Omar? Anda penyebab Polis Kini dibenci Anak Muda.. dan Rakyat Malaysia.
    • Perwira Keadilan Rahsia · SM Taman Dato Harun
      Nie memang dah barua tahap gaban dah.. .ape lagi yg korang nak ha!!!agung dh titah lagi ko nak DURHAKA!! pantang hamba kalo nk cube2 lawan titah AGUNG.. .nie la org2 yg betol2 x gune akal.. .
    • Razali Abd Ghafar · Pengulas Tertinggi · Admin di AIA
      ada lagi sorang...khalid abu bakar... tu lagi lahabau...demo umno buat dia galakkan...
  • Azman Ripin · Pengulas Tertinggi · UPM'04
    Bagus..harap polis meningkatkan sekatan jlnraya....supaya kebencian rakyat kepada UmnoBN membuak2...tunggu PRU13..sesuatu yang tidak dijangkakan mungkin berlaku...
  • Ikhmal Mohamad · Pengulas Tertinggi · UKM
    Kalau Polis terus menerus membuat sekatan jalanraya tanpa pemeriksaan, lebih baik kerajaan istiharkan cuti umum aja sampai hujung minggu ini. Tindakan sebegini mencetuskan kemarahan orang ramai. Awal pagi orang keluar cari rezeki bukan pergi berhimpun. Penasihat2 kerajaan pun spesis pekak dan tuli juga ka?
  • Paklah Damansara · Pengulas Tertinggi · University of Mumbai
    sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah
  • Mohd Shahran Shah · Production di LS Cable
    dah nampak dah sapa nak buat kacau....
PRU 13: Buka bilik gerakan pemuda
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kini telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Jabatan Pilihanraya DPPP telah mengeluarkan arahan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri supaya mengenal pasti dan membuka sekurang-kurangnya sebuah Bilik Gerakan Pemuda di setiap kawasan.

Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPP, Mohd Sany Hamzan menjelaskan, bilik gerakan tersebut akan menjadi pusat perkumpulan anak muda untuk mendapatkan pelbagai maklumat, beriadah, bersantai dan bersukan.

Menurut beliau, Jabatan Plihanraya DPPP cukup yakin bahawa seluruh pemuda-pemuda PAS kawasan-kawasan telah bersiap siaga untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan datang.

Katanya, persediaan tersebut pasti dibuat dengan penguasaan segala ilmu dan taktik pilihanraya, selain daripada pengalaman-pengalaman semasa membantu jentera parti menghadapi pilihanraya-pilihanraya kecil lalu.

"Sesungguhnya motivasi untuk mempertahankan negeri-negeri kerajaan Pakatan Rakyat daripada dirampas oleh Umno BN dan menuju ke Putrajaya sudah pastilah akan menyemarakkan gerakerja pemuda di semua peringkat," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdailly, hari ini.

Jabatan Plihanraya DPPP, menurut beliau, mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Gombak di atas pelancaran Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia di Majlis Tindakan Dun Gombak Setia yang telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Saari Sungib baru-baru ini..

Katanya, dengan pelancaran itu telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan keprihatinan PAS Kawasan Gombak untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut perkiraaan Perdana Menteri.

"Dengan kewujudan Bilik Gerakan ini sudah pastilah akan menyemarakkan lagi aktiviti dan program ke arah gerakerja pilihanraya yang lebih kemas dan tersusun," katanya.

Oleh itu, Jabatan Plihanraya DPPP, tegasnya, menuntut komitmen yang sama daripada PAS kawasan-kawasan di seluruh negara supaya dapat melakukan persediaan yang sama seperti itu.

"Komitmen seperti itu tidak terkecuali sama ada di kawasan-kawasan yang PAS bertanding ataupun tidak bagi mewujudkan suasana dan gelombang semangat gerakerja petugas-petugas parti di semua peringkat.

"Begitu juga diharapkan kepada pemuda-pemuda PAS kawasan supaya dapat menggembleng sepenuh tenaga untuk membantu jentera pilihanraya parti di semua peringkat," ujar beliau.


Baju Bersih: Ahli MPP PKR ditahan polis
Harakahdaily

SUBANG JAYA, 6 Julai: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa, Ketua AMK Subang, Juzaharim dan blogger Milo Suam ditahan polis kira-kira jam 2.30 pagi tadi dan dibawa ke Balai Polis USJ 8, di sini.

Harakahdaily difahamkan, mereka ditahan kerana pihak polis menjumpai beberapa helai baju Bersih di dalam kereta semasa ditahan di Jalan Gleenmarie.

Kira-kira 100 orang termasuk ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat telah ditangkap polis sejak minggu lalu kerana memakai baju Bersih atau berwarna kuning.

Mereka yang membawa atau menjual baju T Bersih juga ditangkap.

Semalam, seorang peniaga Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu kerana dituduh memakai dan memiliki baju T Bersih.

Apa penduduk dapat Najib ke Jengka esok
Harakahdaily

TEMERLOH, 6 Julai: Kunjungan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ke Bandar Pusat Jengka esok untuk mengisytiharkan nama baru Bandar Pusat Jengka kepada Bandar Tun Abdul Razak Jengka dijangka tidak akan membawa banyak manfaat kepada penduduk-penduduk bandar tersebut.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Pertukaran nama itu, kata beliau hanyalah sebagai satu perisytiharan bagi membina reputasi dirinya di sebalik kejayaan bekas Perdana Menteri dan arwah ayahnya Tun Abdul Razak kerana hakikatnya nasib penduduk di Bandar Jengka sememangnya jauh ketinggalan dengan apa yang cuba dipamerkan kepada Najib.

“Kini, di serata tempat daripada jalan masuk ke Bandar Jengka, terpampang gambar Allahyarham Tun Abdul Razak bagi mengembalikan nostalgia tersebut.

Sempena kunjungan PM kali ini, Bandar Jengka dihiasi dengan pelbagai daya tarikan dengan tersergamnya khemah, jalan-jalan diturap, longkang dibersihkan dan pelbagai gambaran seolah-olah ia sebagai sebuah bandar serba canggih dan menarik.

Beginilah pembohongan dan gambaran palsu yang sering dihidangkan kepada pemimpin-pemimpin setiap kali mereka berkunjung atau mengadakan lawatan rasmi,” kata Tuan Ibrahim.

Muslihat melawat

Lawatan Najib ke Bandar Jengka esok, Tuan Ibrahim berpendapat lebih menjurus kepada keadaan terdesak bagi menarik dan mengekalkan sokongan peneroka kepada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

“Lawatan ini dilakukan di saat Felda berhadapan dengan pelbagai saman daripada para peneroka yang tidak berpuas hati terhadap pengurusan yang tidak telus, menekan dan menipu mereka sekian lama,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Isu utama di Jengka

Menurut Tuan Ibrahim, pelbagai isu utama yang masih belum selesai seringkali menghantui penduduk, sebagai contoh, isu utama ketiadaan bekalan air bersih bagi penduduk Bandar Jengka masih belum selesai.

Beliau memberikan contoh kawasan Matau yang terletak di Bandar Jengka di mana tempat ini merupakan pengasas kepada pembentukan Bandar Jengka, sehingga kini masih tidak mempunyai bekalan air bersih.

“Penduduknya masih menggunakan air telaga sebagai kegunaan seharian mereka. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi di saat negara diwar-warkan akan mencapai status negara maju menjelang 2020,” bidas beliau.

Nasib penduduk Matau

Matau sebagai sebuah penempatan utama dan asas kepada Bandar Jengka kini masih terbiar sebagai kawasan setinggan, dedah Tuan Ibrahim, sambil berkata bahawa sehingga kini penduduk di situ masih mengharapkan agar mereka diberikan geran kekal.

“Mereka sememangnya layak untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut, memandangkan merekalah generasi awal yang meneroka kawasan itu.

Kini setelah Bandar Jengka membangun, nasib mereka masih belum berubah. Hampir setiap tahun, mereka mendapat surat arahan pindah, ugutan rumah mereka akan dirobohkan, dan di atas alasan itu jugalah mereka tidak diberi kemudahan bekalan air bersih hingga kini,” terang beliau dengan kesal.

Keadaan di Bandar Jengka dan janji

Walaupun Jengka merupakan kawasan Felda yang paling luas di Malaysia, namun kata Tuan Ibrahim kawasan tersebut masih dibelenggu dengan terlalu banyak kemudahan asas yang belum disempurnakan.

Isu air bersih menjadi isu utama hampir di semua kawasan Felda bahkan Bandar Jengka seringkali berlaku gangguan bekalan air walaupun setiap kali kunjungan para pemimpin ke kawasan Jengka, mereka mengisytiharkan peruntukan bagi mengatasi masalah bekalan air, tambah beliau.

Terakhir, kata Tuan Ibrahim, ialah semasa kempen pilihan raya di Kerdau di mana beliau ialah Pengarah Pilihanraya untuk PAS ketika itu di mana PM telah mengisytiharkan peruntukan sejumlah RM10 juta bagi mengatasi masalah bekalan air.

Sebelum itu, sewaktu kunjungan PM menghadiri program korban Perdana beberapa tahun lalu di sini, isu bekalan air turut disentuh, tambah beliau.

“Namun janji hanya tinggal janji, sekadar pemanis bicara. Kini kunjungan beliau pada 7 Julai ini (esok), rakyat akan sekali lagi akan mendengar pelbagai perisyhtiharan projek untuk memancing undi rakyat, namun selepas program beliau selesai, segalanya akan kekal sebagaimana sebelumnya,” beliau memberikan ingatan.

Harapan penduduk Bandar Jengka

Selain itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan mesej kepada PM bahawa penduduk Jengka mengharapkan agar jalan utama yang menghubungkan Bandar Jengka dengan Kampung Awah serta jalan utama dari Jambatan Kuala Krau ke Bandar Jengka dilebarkan.

“Jengka yang didiami oleh ratusan ribu penduduk, kebanyakannya menggunakan motorsikal sebagai kenderaan utama mengharapkan kunjungan PM kali ini memberi harapan baru kepada masalah yang mereka hadapi,” kata beliau yang juga bekas Adun Jengka.



Hambatan ke atas BERSIH 2.0 berterusan
Jul 6, 11 9:50am

Pihak polis terus menghambat aktiviti yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini meskipun perdana menteri secara dasar telah memberikan persetujuan bagi pertubuhan itu berhimpun di sebuah stadium.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03Di Negeri Sembilan, dua aktivis PKR ditangkap semalam kerana memiliki barangan berkaitan BERSIH.

Menurut ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin (kiri), ahli parti itu R Tangam ditangkap ketika memakai baju T kuning BERSIH 2.0.

Tangam dikatakan disoal-siasat di ibu pejabat polis daerah Seremban selama tiga jam dan dibebaskan kemudian.

Menurut Badrul Hisham, seorang lagi aktivis PKR Norliza Shamsudin, 49, ditahan apabila polis menjumpai butang lencana BERSIH 2.0 di dalam poketnya.

Norliza pula dikatakan ditahan pada jam 1 petang dan belum dibebaskan. Badrul Hisham berkata Norliza juga dinafikan sebarang hak lawatan.

"Polis bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang. BERSIH 2.0 telah mengadap Agong dan bersetuju bahawa perhimpunan diadakan dalam stadium,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Malam semalam, sebuah dewan di Kota Damansara, Petaling Jaya yang digunakan bagi memberi taklimat kepada sekumpulan ahli PAS dan PKR Subang terganggu apabila polis bertindak mengepung bangunan itu.

Menurut peguam Farhana Abdul Halim, PKR bahagian Subang menjemput kumpulannya- Lawyers for Liberty - untuk mengendalikan taklimat berhubung hak rakyat apabila ditahan polis.

Katanya, kira-kira 50 anggota polis menyerbu dewan itu dan berkata permit polis diperlukan bagi majlis itu.

"Kami amat kecewa dengan polis, khususnya setelah BERSIH 2.0 telah mengadap Agong, Mereka telah dapat lampu hijau untuk teruskan (perhimpunan itu).

"Hujah bahawa kumpulan ini tidak mempunyai permit juga tidak berasas. Awak tidak perlukan permit untuk mesyuarat di dalam bangunan,” katanya ketika dihubungi.

Tiada ulasan: