Rabu, 6 Julai 2011

AGAK2LAH....JANGAN ORANG MERAGUKAN KENYATAAN...ORANG LAH NI FIKIR LOGIK GAK...DAN TAK BUTA MAKLUMAT@IT....

Tarik balik tuduhan liar terhadap BERSIH 2.0
Suhaizan Kaiat
Jul 6, 11
10:50am

Pemuda PAS menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah berkenan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bersih 2 pada hari semalam selasa 5 Julai 2011.

Rakyat jelata merasa bersyukur atas keperihatinan Tuanku memberi nasihat berguna kepada semua pihak. Tuanku telah berjanji akan menyampaikan segala tuntutan Bersih 2 kepada pihak kerajaan.

Pertemuan ini juga merupakan pengiktirafan Tuanku terhadap Bersih 2 untuk menuntut suatu pilihanraya yang bersih dan adil di negara tercinta ini.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishmuddin Hussin telah menuduh Bersih 2 adalah pertubuhan haram, dikaitkan dengan fahaman komunis dan dituduh sebagai golongan yang mahu mencetuskan suasana huru hara dalam negara.

Atas tuduhan ini maka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah Bersih, mengeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju kuning dan lain-lain lagi.

Pemuda PAS mendesak Hishamuddin menarik balik segala tuduhan tersebut. Tuduhan ini adalah tuduhan yang serius dan telah menyebabkan suasana tidak selesa di kalangan rakyat negara ini.

Jika tuduhan ini tidak ditarik maka seolah-olah telah berlaku komplik di antara nasihat Yang di-Pertuan Agong dengan arahan Menteri Dalam Negeri. Rakyat merasa keliru terhadap masalah ini.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak pun telah memberi kebenaran bersyarat untuk mengadakan perhimpunan di Stadium.

Pihak Bersih 2 pun telah bersetuju dengan cadangan pihak kerajaan. Jika Menteri Dalam Negeri tidak menarik balik tuduhan terhadap Bersih 2 maka Menteri Dalam Negeri juga telah berkomplot dengan Perdana Menteri.

Semua pihak termasuk media dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang telah melebelkan Bersih 2 akan mengadakan perhimpunan haram hendaklah menarik balik tuduhan tersebut.

Ini kerana Jawatankusa Bersih 2 tidak perlu mendapat permit daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium kerana kawasan tersebut adalah kawasan persendirian.

Ini telah jelas dinyatakan dalam seksyen 27A Akta Polis 1967(Akta 344). Yang perlu dipohon adalah kebenaran pemilik stadium sahaja.

Pemuda PAS Johor akan mengerahkan lebih daripada 30 ribu ahli dan penyokong untuk hadir secara beramai-ramai ke Perhimpunan Bersih 2 di stadium yang akan ditetapkan pada hari sabtu 9hb Julai 2011.

Mereka tidak perlu bimbang kerana himpunan ini bukan himpunan haram sebaliknya himpunan halal yang dilindungi oleh perkara 10 Perlembagaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan akta polis 1967.


Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat

  • ‎..Polis -kononnya- menjumpai bom petrol yang dikaitkan dengan BERSIH..saya tidak pasti sejauh manakah benar berita ini..jika benar amat bahaya, jika tidak benar, pun bahaya kerana menuduh perkara yang bahaya..kata Datin Paduka Marina Tun Mahathir dalam twitternya 'berita yang sukar dipecayai'..saya sendiri pun rasa agak pelik..mungkin betul cerita ini, mungkin provokasi..apapun saya teringat cerita di Negeri Entah Berentah bahawa ada dua orang 'kaki bohong' berdialog. Seorang berkata: "Sungai di tempat aku, ada banyak ikan. Setiap kali ceduk air dapat ikan". Jawab yang seorang lagi: "Sungai di tempat aku lebih banyak, terpaksa dikuak ikan ke tepi untuk mengambil air". Maka, terpingalah sahabat pembohong yang seorang lagi kerana tidak terdaya menghadapi pembohongan yang lebih hebat. Moralnya, jika kita bohong keterlaluan, walaupun orang tidak jawab, tapi semua orang akan kata dalam hatinya 'kau bohong'..saya tidak pasti cerita bom ini dalam katagori benar, ataupun bohong..semua orang kena tanya kewarasan sendiri.."ceduk air dapat ikan, atau kuak ikan ambil air"..

BERSIH: 17 lagi didakwa di mahkamah
Jul 6, 11 11:47am

Pihak berkuasa dijangka akan mendakwa sekurang-kurang 17 orang lagi hari ini dan esok berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Malaysiakini difahamkan 11 ahli Majlis Perbandaran Kajang akan didakwa hari ini kerana memakai baju BERSIH ketika hadir dalam mesyuarat rasminya.

Peguam Lim Lip Eng, sebelas anak guamnya akan didakwa bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana didakwa menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan yang tidak sah.

Sementara enam lagi, kesemuanya kakitangan NGO Empower, dijadual didakwa esok juga di bawah akta pertubuhan.

Bagaimanapun, mereka turut didakwa bawah Seksyen 48(1) akta yang sama kerana bertindak bagi pihak pertubuhan tidak sah.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    polis jalankan tugas ikut lunas umno.
    Dunia tengok seluruh dunia ketawa.
    negara kapitalis , demokratik , negara liberal , negara komunis. negara miitary , negara sosialis , negara demokratik berparlimen.... semua negara pandang malaysia haramkan baju kuning , masing masing ketawa...` Gila betul' ` cukup menakjubkan'.
    - lepas saman dimahkamah , kes dilucutkan.
    - tetapi saman balik polis dan pdrm... kena bayar juta juta.
    Manalah letaknya perlembagaan malaysia? dikencing PDRM ikut mulut menteri bodoh bin bahlol? Agong kata BERSIH ok. Menteri kata salah... menteri seolah olah tunjuk kuasa bagi Agung tengok.
Nik Nazmi: Wardina ditohmah blogger murahan
Jul 6, 11 11:32am

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau kesal kerana kehadiran Wardina Safiyyah dalam satu program anjurannya dijadikan modal fitnah oleh penulis blog tertentu yang menyerang personaliti televisyen popular itu.

Nik Nazmi menjelaskan, beliau tidak berniat untuk meraih "spekulasi pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti kerajaan bukan BN" dengan menjemput pelakon dan model terkenal itu ke program Karnival Mesra Rakyat itu.

NONE"Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka.

"Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain.

"Kewibawaan Wardina sebagai ikon muslimah jauh berbanding blogger-blogger murahan tersebut yang mengambil pendekatan aib, fitnah dan tohmah," kata Nik Nazmi lagi yang turut memohon maaf kepada Wardina.

Isu berhubung kehadiran Wardina di program anjuran PKR pada 26 Jun lalu itu memuncak beberapa hari kemudian apabila gambar artis popular itu dimuatkan dalam laman web pro-Umno.

Laman web berkenaan antara lain turut membangkitkan mengenai keberanian Wardina dalam memperlihatkan sokongan terhadap PKR sedangkan beliau didakwa telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata keputusan mana-mana artis untuk hadir dalam apa jua program perlu dihormati tanpa mengira siapakah penganjur program berkenaan.

"Saya begitu sedih bagaimana program masyarakat sebegini boleh serta penglibatan seorang ikon bukan politik boleh disalahtafsirkan dalam suasana politik dangkal negara hari ini.

"Hairannya ikon atau artis yang menghadiri program anjuran kerajaan persekutuan mahupun BN secara langsung tidak dilayan seperti Wardina," katanya lagi.

Katanya lagi, beliau menjemput Wardina secara peribadi untuk hadir ke program berkenaan bagi menyampaikan ceramah motivasi berhubung isu keibubapaan.

"Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum," kata Nik Nazmi lagi dalam satu kenyataan hari ini.



BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka
Abdul Rahim Sabari
Jul 6, 11
12:10pm

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang.

NONEPerkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Tiada ulasan: