Khamis, 7 Julai 2011

SERONOK JUGA DENGAR BOLEH GODAM....INGAT! ALLAH GODAM DALAM NERAKA...KERANA BUAT MUNGKAR@MAKSIAT DAN LANGGAR HUKUM ALLAH...TUNGGU JE GODAM TU...


“hidup biarlah berada di bawah rahmat yang Maha Esa...”

BERSIH 2.0 tetap ke Stadium Merdeka Sabtu ini
Jul 7, 11 9:21am

Bersih 2.0 mengisytiharkan perhimpunan Sabtu ini tetap akan diadakan di Stadium Merdeka di sebalik segala halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka.

NONEDalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara berkata "kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana".

Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium.

azlanApa sekalipun terjadi, ikrar mereka, BERSIH akan menggunakan hak perlembagaan untuk berkumpul secara aman dengan tujuan yang adil dan berpatutan dengan tidak akan berbelah bahagi.

"BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami.

"Sebagai ahli masyarakat madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Kami memilih Stadium Merdeka sebagai tempat yang terbaik untuk acara ini kerana ia simbolik dan terletak di lokasi yang munasabah. Kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana," kata kenyataan itu.

Menurut gabungan itu jika Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan membuat tindakan yang sewajarnya agar perhimpunan Sabtu ini dapat dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka.

NONEKata BERSIH 2.0, kenyataan akhir yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang 'menasihatkan' rakyat supaya tidak "berbuat apa-apa selain daripada duduk di rumah masing-masing" sebenaranya percubaan menakiut-nakutkan orang ramai.

"Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk memilih pemimpin kami dengan cara yang demokratik. Kami tidak akan ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang tidak bermoral dan tidak adil.

"Tanggungjawab pertama kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak kami. Kami sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip-prinsip keadilan.

Kenyataan itu diakhir dengan ayat berikut:

"Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita membina Malaysia."

Kenyataan penuh BERSIH 2.0:

BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami.

Sebagai ahli masyarakat madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Kami memilih Stadium Merdeka sebagai tempat yang terbaik untuk acara ini kerana ianya simbolik dan terletak di lokasi yang munasabah. Kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana.

Jikalau Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan membuat tindakan yang sewajarnya agar acara ini dapat dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka.

Sama ada kerajaan berpegang kepada prinsip-prinsip mereka atau tidak, kami sebagai rakyat Malaysia akan berpegang kuat kepada prinsip-prinsip kami. Semangat kami untuk menggunakan hak perlembagaan kami untuk berkumpul secara aman dengan tujuan yang adil dan berpatutan tidak akan berbelah bagi.

Kenyataan-kenyataan akhir yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara menunjukkan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa selain daripada duduk di rumah masing-masing.

Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk memilih pemimpin kami dengan cara yang demokratik. Kami tidak akan ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang tidak bermoral dan tidak adil. Tanggungjawab pertama kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak kami. Kami sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip-prinsip keadilan.

Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita membina Malaysia.

Kenyataan daripada, Ahli Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)


Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada: Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato' Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.


Ahmad Wafiy Zaki · Universiti Teknologi MARA
sabtu nie sume pakait pakai baju kuning tema baru bertulis "BN Kotor 53 Tahun" konpem FRU bg laluan~ :D
Abdul Fatah Karim · Pengulas Tertinggi · Friends with Samsudin Baharom
Tujuan BERSIH jelas, tiada satu pun boleh menimbulkan kekacauan, namun patriot, perkasa dan lain-lain lagi jelas tujuannya menimbulkan kekacauan, TETAPI polis tidak jelas siapa yang sebenarnya timbulkan kekacuan.

Sebelum ini minta BERSIH diadakan di stadium, apabila BERSIH akur dengan nasihat YDP Agong, mereka jadi MUNAFIK berdalih dengan pelbagai alasan.

Sikap mereka seperti disebut dlm al-Quran kisah Lukman Hakim dgn anaknya, apa pun yang baik kita buat mereka tetap tidak senangi.

PSM6 ditahan ikut ISA, dakwa parti itu
Jul 7, 11 11:29am

Parti Sosialis Malaysia (PSM) berpendapat enam anggotanya yang sebelum ini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa sebagai ancaman kepada ketenteraman awam mungkin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

NONEDalam kenyataannya malam semalam, setiausaha agung PSM S Arutchelvan berkata rumusan itu dibuat berdasarkan prosedur dan layanan berbeza ke atas tahanan berkenaan.

'PSM 6' adalah ahli parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar, timbalan pengerusinya M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha cawangan Sungai Siput A Letchumanan, dan ketua pemuda Sarat Babu.

Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri - kedua-duanya membolehkan polis menahan suspek sehingga 60 hari tanpa didakwa.

NONEPolis sebelum ini mengesahkan bahawa mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Ordinan Darurat selepas tuduhan awal keenam-enam mereka bersama 24 lagi aktivis PSM disiasat kerana menghasut orang ramai bagi melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong digugurkan.

Bagaimanapun, lewat malam semalam, peguam Edmund Bon (kanan), yang mewakili tahanan itu melahirkan kebimbangannya selepas berjumpa dua daripada anak guamnya bahawa mereka kini ditahan mengikut ISA.

"Mereka dilayan seperti tahanan ISA. Malah Sarawathy diberitahu dia ditahan mengikut ISA,” kata Bon kepada wartawan.

Arutchelvan, dalam kenyataannya berkata semua enam tahanan telah diberitahu mereka akan kini dipanggil mengikut nombor masing-masing dan tidak lagi nama mereka. Apabila ditanya, mereka diberitahu ia adalah prosedur tahanan ISA.

psm arrest penang case court 040711"Selain itu, mereka juga dikurung dalam sel berseorangan. Meskipun ahli keluarga diberitahu mereka akan ditahan di lokap (ibu pejabat polis) Bukit Aman tetapi nampaknya mereka kini dikurung di lokasi rahsia. Besar kemungkinan mereka dikurung di Pusat Reman Polis (PRC) di Batu 5, Jalan Ipoh, KL," kata Arutchelvan (atas, kiri).

"Semua ini jelas menunjukkan kenam-enam mereka tertakluk kepada tahanan cara ISA dan bukannya EO. Di bawah tahanan EO, mangsa tidak ditutup mata mereka dan ditahan di lokap pejabat polis daerah.

"Bukit Aman dan PRC mempunyai kemudahan bilik kurungan berseorangan yang digunakan bagi menahan tahanan ISA selama 60 hari,” katanya.

Laman sosial Anwar Ibrahim digodam
Jul 7, 11 9:50am

Laman twitter dan Facebook Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam kira- kira 12.45 tengah malam tadi.

Akibat penggodaman itu muncul tulisan-tulisan pelik di kedua-dua laman sosial Anwar yang jelas berbeza dengan bahasa dan tulisannya.

anwar ibrahim facebook hackAntara tulisan penggodam yang memperkenalkan dirinya sebagai 'LuvSec' itu adalah meminta orang ramai memakai baju Melayu berwarna unggu untuk ke kenduri.

Berikut antara tulisan berkenaan:

"Salam semua, di sini saya nak umumkan yang Perhimpunan Bersih akan ditangguh buat sementara waktu, ini kerana saya dan LuvSec dah plan nk pegi makan kenduri....sehubungan dengan itu, kami plan nk pakai baju melayu warna ungu.. hihihihihi jgn mare~

-LuvSec-

Beberapa minit kemudian, penggodam itu meminta orang Melayu supaya tidak berpecah-belah kerana politik. Tulisnya:

kenapa korang suka politics ??? disebabkan politics.. kita orang melayu berpecah belah... patutnya kita harus bersatu.. kami @LuvSec bukan lah dari mana2 parti.. kami cuma ingin MELAYU SAMA MELAYU BERDAMAI... JANGAN BERGADUH KERANA POLITICS !!!

-LuvSSDS-

anwar social media hackedBeliau juga memuatkan perkataan-perkataan berikut:

"hack3d by @LuvSec
, Your Password IS Not Secure...

??FIRST TARGET COMPLETE 100% ; Anwar Ibrahim??

SECOND TARGET : Prime Minister ... :)??

WAIT NEXT TARGET FROM @LuvSec"

Buat masa ini, menurut posting berkenaan tindakan pemulihan sedang dilakukan.

Sementara itu, pembantu Anwar - Eekmal Ahmad ketika dihubungi berkata pihak pentadbir mengesan ada yada tidak kena dengan lama sosial itu pada jam 1 pagi ini.

“Ia digodam oleh seseorang yang dikenali sebagai Luvsec. Namun, kami sudah berjaya membaiki laman itu pada jam 11.15 pagi tadi,” katanya.



Himpunan BERSIH: Pakatan gesa Najib patuhi janji
Abdul Rahim Sabri
Jul 6, 11
5:47pm

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

"Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

"(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Pakatan Rakyat kesal dengan kenyataan dan "sikap keterlaluan" Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya "nampak menyimpang dari semangat rundingan" BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Anwar mendakwa Hishammuddin seolah-olah menganggap BERSIH sebagai pertubuhan haram walaupun selepas bertemu dengan Seri Paduka.

"Maknanya Yang di-Pertuan Agong memanggil pertubuhan haram, kemudian semangat rundingan diketepikan begitu sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia supaya mengambilkira semangat pertemuan tersebut dan menasihati agar tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat tangkapan khususnya terhadap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam sidang media itu, ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu; setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan tokoh DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Lim berkata keputusan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di stadium merupakan "satu restu" daripada Seri Paduka dan dengan persetujuan daripada Najib.

"Kami berharap selepas pertemuan semalam, menteri dalam negeri dan polis mengambil inisiatif untuk mengawalselia perhimpunan itu," katanya.

Katanya, dengan tindakan tersebut, masyarakat dunia boleh melihat Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang membenarkan rakyatnya mengamalkan hak asasi mereka.

Manakala Mohamad pula menyentuh tindakan polis yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan yang dikatakan "tidak dapat mengawal ahlinya" termasuk kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Saya nampak polis tidak mengambil tindakan dan memberi amaran kepada kumpulan itu.

"Kita tidak nampak kenyataan pihak tertinggi polis, dan menteri dalam negeri untuk menghalang tindakan yang membuat kacau," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa polis "menunjukkan kewibawaan dengan menjaga keselamatan rakyat, dan bukan menjaga pihak tertentu".

Ditanya sekiranya pihak Stadium Merdeka tidak membenar penggunaannya pada tarikh tersebut, Mohamad berkata pihak stadium mesti membenarkan kerana ia adalah "janji perdana menteri".

"Semangat rundingan BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah perarakan awal ke stadium. Disahkan oleh perdana menteri, apa alasan nak batal.

"Jaminan diberikan, ini dipersetujui BERSIH," katanya.

Ditanya bagaimana cara pemimpin Pakatan Rakyat untuk pergi ke stadium berkenaan, dengan kemungkinan wujudnya sekatan, Anwar dengan beseloroh berkata: "Kalau boleh dengan helikopter".

Lantas Mohamad mencelah: "Tiada sungai untuk kami renangi", menyebabkan kira-kira 25 wartawan dan jurugambar ketawa.

"Kita guna kebijaksanaan dan kemahiran masing-masing," kata Anwar meredakan keadaan.

Katanya, tempat terakhir pemimpin Pakatan Rakyat akan berhimpun adalah di dalam stadium pada tarikh tersebut.


BERSIH 2.0: Polis Perak tahan 41 orang
Jul 7, 11 12:10pm

Polis Perak menahan 41 orang di beberapa daerah di negeri ini sejak Jumaat lalu hingga semalam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penganjuran perhimpunan aman anjuran BERSIH 2.0 yang dijadual pada Sabtu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata mereka yang ditahan turut membabitkan beberapa wakil rakyat Pakatan, individu dan seorang guru agama.

NONEMereka ditahan kerana didapati berkumpul dan memakai baju dengan lakaran 'BERSIH' serta mengagihkan baju-T 'BERSIH 2011' dan risalah mengenai perhimpunan itu, katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ipoh hari ini.

Beliau berkata mereka ditahan di Sungai Siput, Kuala Kangsar, Batu Gajah dan Ipoh mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis serta Seksyen 108 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam perhimpunan itu kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang dan polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang masih meneruskan kegiatan itu.

NONEDalam perkembangan lain, Shukri mempelawa orang ramai mengunjungi program Hari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan, yang akan diadakan setiap bulan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, untuk mendapatkan maklumat serta pertanyaan mengenai masalah yang mereka hadapi di kaunter yang disediakan.

Progam Hari PDRM bersama pelanggan turut diadakan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah pada Khamis setiap minggu, katanya.

Beliau berkata sepanjang enam bulan pertama tahun ini, Polis Perak berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 7.6 peratus.

Laporan kes jenayah yang direkodkan bagi tempoh berkenaan ialah 4,979 kes berbanding 5,363 kes bagi tempoh yang sama tahun 2010, yang memperlihatkan penurunan sebanyak 384 kes, katanya.

- Bernama

Liga Super: Nik Aziz utus tahniah dari tanah suci
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu, The Red Warriors yang menjuarai Liga Super 2011.

Kejuaraan itu disahkan selepas anak didik Datuk M Karathu itu memalukan Sabah di hadapan penonton sendiri 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan di atas kejayaan menjuarai Liga Super setelah menewaskan pasukan Sabah pada malam ini.

"Rakyat Kelantan bangga dengan kejayaan ini, terima kasih," katanya yang mengirim ucapan itu melalui Twitter malam tadi.

Nik Aziz yang juga Mursyidul AM PAS kini berada di tanah suci Makah menunaikan ibadah umrah dan dijangka akan kembali ke tanah air 10 Julai ini.

Sementara itu, kedua-dua gol kemenangan Kelantan malam tadi itu dijaringkan Peledak utama Red Warriors, Noorshahrul Idlan Talaha pada minit ke-5 dan ke-71.

Bagaimanapun Kelantan cemas seketika apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76.

Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat biarpun Sabah membuat asakan bertali arus menuju masa kecederaan untuk memburu gol penyamaan.

Gawang Kelantan dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor (52) dan Terengganu (53).

Sebaliknya Selangor menutup saingan musim ini dengan penuh kehampaan, apabila bukan sahaja gagal memintas Kelantan, sebaliknya tercicir ke tangga ketiga selepas seri tanpa jaringan dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Kedudukan naib juara pula menjadi milik Terengganu apabila berpesta gol dengan membelasah Felda United 6-2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Negeri Sembilan menutup saingan musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Perlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Ahmad Fakri Sharani minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah minit ke-59.

Kedah menamatkan saingan di tangga keempat selepas menang 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan menerusi jaringan tunggal Mohd. Fiqri Md. Isa minit ke-69.


Tiada bas permit sementara Jumaat, Sabtu ini
Jul 7, 11 12:26pm
Permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata ia juga merangkumi operator bas sekolah, bas kilang yang sering memohon permit semasa musim puncak untuk mengangkut orang ramai ke bandar.Katanya, pengeluaran permit sementara it tidak perlu kerana ia bukan musim perayaan atau cuti sekolah.

Tiada ulasan: