Khamis, 7 Julai 2011

MEMANG BENAR NAK JADI BAIK SUSAH...AHLI SYURGA DAN ORANG BERSYUKUR MEMANG SIKIT...YANG BANYAK NAMPAK LEMBUT...TAPI BURUK PERANGAI ALLAH SAJA TAU.....

Najib kata dia adil
Subky Latif

MENGULAS tentang rancangan unjuk rasa Bersih 2.0 bagi menuntut perjalan pilihan raya bersih dan adil serta mewujudkan sebuah SPR yang adil dan bersih, maka Perdana Menteri Najib berkata bahawa dirinya dan kerajaannya telah mengendali perjalanan pilihan raya dan mewujudkan SPR yang adil dan bersih.

Alasan mudahnya betapa ia bersih dan adil ialah ada pembangkang berjaya mengalahkan BN di lima negeri dalam Pilihan Raya Umum 2008 dulu dan ditambah pula BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya itu.

Termasuk akal setengah orang yang tidak panjang akalnya dengan alasan itu.

Oleh kerana adanya cerita jenaka arnab tertidur di tengah perlumbaannya dengan kura-kura, maka kalah arnab oleh kura-kura dalam perlumbaan itu. Adakah dapat diterima dalam realitinya kura-kura juga sama pantas berlari dengan arnab?

Pembangkang lima negeri dalam pilihan raya lalu bukan bukti perjalanan pilihan raya sudah adil dan bersih. Ketempangan yang wujud itu menyebabkan BN kalah dilima negeri saja. Kalau ia tidak tempang ia bukan kalah dalam banyak negeri lagi, malah belum tentu Putrajaya sentiasa dikuasainya.

Mungkin Najib dan kerajaannya betul-betul adil dan bersih, tetapi dia mesti mencari logik yang lain.

Pada Najib apa yang dibuatnya sudah dirasakan adil dan bersih tetapi ia perlu diuji dan disemak imbang. Diodit dulu apa yang dibuat dan apa yang dikata.

Tidak ramai orang yang didakwa di mahkamah mengaku bersalah. Cakapnya tidak diterima terus. Bicarakan dulu dan hakim serta mahkamah akan menentukan dia bersalah atau tidak.

Semua orang kata Firaun adalah sekejam-kejam pemerintah. Al-Quran yang Maha Benar itu mengatakan Firaun kejam, tetapi Firaun tidak pernah dirinya kejam dan zalim.

Bukan Firaun saja tidak mengaku dia zalim. Bahkan Haman dan Qarun serta orang-orang yang mendapat nikmat dari pemerintahannya mengaku Firaun adalah seadil orang.

Al-Quran merakamkan sekalian orang yang pernah beriman mengaku beriman apabila ditanya Allah. Setengah yang mengaku beriman itu sebenarnya tidak beriman. Setiap yang beriman itu mesti melalui ujian dulu sebelum masing-masing disahkan beriman di hadapan Allah.

Sebelum Najib mendakwa dirinya dan kerajaannya sentiasa adil dan bersih, dunia menyaksikan betapa Hosni Mubarak, Muamar Ghadaffi, Basher Asad dan lain-lain mengaku diri mereka dan pemerintahan mereka adalah adil dan bersih.

Tidak pernah Bosni Mubarak memenangi pilihan raya Presiden dengan undi kurang dari 98 peratus. Tidak ada siapa di negaranya sepanjang pemerintahannya sanggup berkata dia tidak adil dan tidak bersih.

Yang dapat menentukan dia bercakap benar atau hanya berbohong ialah amalan demokrasi di negara itu. Jika demokrasi itu mati, yang mati akan dikata hidup, yang zalim dikata adil dan yang adil dikata kejam.

Di hadapan mata kita, orang yang mengaku adil di Mesir, di Libya, di Yaman dan di Syria semuanya dikata tidak adil oleh orang-orang di jalan raya. Gadaffi dan Basher Asad masih berkuasa tetapi di jalan raya orang memekik mereka kejam. Hosni Mubarak dan Ben Ali dari Tunisia sudah tidak dapat mempertahankan diri bahawa mereka itu adil dan bersih.

Ia adalah antara hujah bahawa sesorang pemimpin yang mendakwa dirinya begitu dan begini belum dapat dijamin betul bagai yang didakwanya. Ketentuan adil dan kejamnya akan dapat dilihat dari sebuah pemerintahan yang telus yang memberi ruang kepada semua institusi dan orang melakukan semak dan imbang.

Najib dan kerajaannya boleh jadi benar adil dan bersih bagai yang didakwanya. Tetapi pernan semak dan imbang dalam pemerintahannya tidak begitu berbuka. Terlalu banyak yang memperikai kejituan perjalan mahkamah, jabatan peguam negara dan personaliti pimpinan setengah polis, tiada apa yang dilihat kerajaan Najib dapat membetulkannya.

Maka payah rasanya dakwah Najib tentang adil dan bersih kerajaannya hendak dipertahankan. Apabila kita tidak dapat terima bulat-bulat dakwaan Najib tentang keadilannya dan kerajaannya, maka kita tidak boleh melihat bulat-bulat Tok Guru Nik Aziz, Azizan Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng betul belaka.

Mereka boleh jadi betul dan boleh jadi tidak betul. Apa pun ketelusan mereka dan kerajaannya akan menentukan kedudukan mereka. Dengan berbagai tunjuk perasaan kecil dan sederana dan banyak aduan polis dan aduan SPRM yang dibuat terhadap kerajaan mereka akan dapat menentukan mereka telus atau sebaliknya.

Bagi mengetahui Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain telus atau tidak lebih mudah disemak imbang dari menyemak imbang pentadbiran Najib dan BN.

Unjuk rasa yang dicadang Bersih itu adalah langkah bagi membetulkan guna demokrasi. Bila demokrasi itu lurus maka mudah diketahui kerajaan dan ketuanya adil atau tidak.


Pakatan kesal sikap melampau KDN, polis
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang masih memberi pelbagai tekanan dan halangan kepada himpunan Bersih 2.0 walaupun Yang di-Pertuan Agong membenarkan himpunan di stadium.

Ianya termasuk penangkapan mereka yang memakai dan membawa baju Bersih, halangan ceramah Bersih, pendakwaan mereka yang ditangkap, dan keengganan membenarkan bersih berhimpun di stadium.

"Kita kesal dengan sikap keterlaluan Menteri Dalam Negeri yang menyimpang dari rundingan Yang di-Pertuan Agong, seolah-olah mengatakan 'kami tidak peduli rundingan kamu dengan Agong," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas majlis pimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di sini.

Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiusaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Sambil menyifatkan KDN 'mensabotaj' perkenan Agong, Anwar juga menyelar sikap KDN itu yang juga bertentangan dengan janji yang dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

"Ia semangat rundingan Bersih dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah dari perarakan awam ke stadium, disahkan oleh perdana menteri.

"Apa alasan (KDN) nak batalkan lagi," soalnya.

KDN, polis jangan jadi alat politik

Sementara itu, Mohamad Sabu ketika mengulas perkara sama manyeru pihak polis bertindak menjaga keselamatan rakyat yang mahu berhimpun secara aman tersebut, dan bukan menjadi alat politik pihak tertentu.

Tindakan itu kata Mohamad, hanya memburukkan lagi imej pasukan keselamatan itu di mata rakyat.

"Masa masih belum terlambat. Ketua Polis dan anggota perlu tunjuk kewibawaan menjaga keselamatan rakyat, bukan pihak tertentu,"katanya.

Ditanya jika hasrat mengadakan himpunan di stadium juga dihalang pihak berkuasa, Mohamad berkata dia yakin dengan janji Najib.

"Dia (kerajaan) mesti bagi sebab itu janji perdana menteri 'yang dikasihi'," katanya sambil tersenyum.

Lim Kit Siang ketika mengulas janji Najib itu juga berkata "saya tidak ragu-ragu dengan keihklasan perdana menteri".

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat kata mereka bersetuju dengan keputusan bersih mengadakan himpunan di Stadium Merdeka dan akan memberi sokongan penuh bagi menjayakannya.

Mereka juga sekali lagi mengulangi komitmen untuk mengerahkan 300,000 ahli dari ketiga-tiga parti untuk hadir ke perhimpunan 9 Julai itu.




Rakaman CCTV di SPRM KL 'diganggu'
Hazlan Zakaria
Jul 6, 11
1:24pm

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperolehi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah diganggu, kata seorang pakar audio-visual dari makmal polis Cheras hari ini.

ASP Fauziah Che Mat memberi keterangan pada hari ketiga inkues kematian penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamad, yang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan tersebut pada 6 April.

Menjawab soalan DPP Amalina Ismail, ASP Fauziah berkata, pada pendapatnya, rakaman telah diganggu oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem CCTV.

Bagaimanapun, saksi berikutnya, pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohd Yusof Akope, berkata gangguan dalam rakaman tersebut adalah kerana "kesilapan manusia" dalam sistem keselamatan yang baru dipasang itu. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mohd Yusuff memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur hari ini bahawa pernah beberapa kali kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan suruhanjaya itu gagal berfungsi.

Beliau berkata CCTV yang dipasang pada 29 November 2010 dan diaktifkan sepenuhnya pada Februari 2011, seringkali tergendala dan adakalanya rakaman dalam CCTV itu tidak jelas.

Mohamad Yusuff, 52, yang merupakan saksi keempat dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed berkata, beliau juga pernah menerima laporan telah berlaku kerosakan pada CCTV berkenaan kerana peralatan itu tidak dapat merakam gambar.

"Pengawal keselamatan iaitu Ismail Sedek dan Mohd Romizi Abdul Rahman, yang ditugaskan untuk mengawal bilik kawalan CCTV juga tidak mahir mengendalikan peralatan itu dan latihan asas hanya diberikan oleh vendor yang memasang CCTV berkenaan," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Mohd Yusuff memberitahu prosiding bahawa selepas kematian Ahmad Sarbaini pada 6 April lepas, beliau diberitahu dua daripada tiga CCTV itu tergendala pada hari kejadian, dan pada hari sebelumnya, seolah-olah rakaman di dalam CCTV dihentikan oleh seseorang.

"Saya mendapat laporan siasatan dari unit keselamatan yang memaklumkan kegagalan CCTV itu berfungsi disebabkan kesilapan manusia.

"Menurut laporan itu, Ismail ingin menekan butang "rewind" untuk melihat rakaman sebelumnya tetapi tertekan butang "on" dan "off" dan perbuatan itu tidak disedarinya, sebaliknya disedari oleh pengawal keselamatan kedua, Romizi," katanya ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu, ASP Fauziah Che Mat dari Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia, memberitahu prosiding dua daripada tiga CCTV yang terdapat di bangunan SPRM itu tidak beroperasi secara normal pada 5 April dan 6 April, di mana rakaman melalui CCTV itu tidak dapat diperoleh.

"Saya mendapati rakaman dua CCTV itu tidak dapat diperoleh kerana ia
diganggu perjalanan rakaman oleh seseorang yang agak mahir menggunakan CCTV," katanya.

Fauziah yang bertugas di Seksyen Audio dan Video, Makmal Forensik,
Cheras, berkata hanya satu CCTV yang beroperasi pada 5 dan 6 April yang dapat merakam imej Ahmad Sarbaini yang tiba di pondok pengawal SPRM pada 8.30 pagi dengan menunggang motosikal.

Katanya rakaman itu menunjukkan Ahmad Sarbaini seterusnya mengambil pas
pelawat untuk masuk ke bangunan SPRM namun rakaman di dalam bangunan SPRM tidak dapat diperoleh kerana dua CCTV dalam bangunan itu tidak berfungsi.

Ketika rakaman itu ditayangkan di dalam mahkamah, isteri Ahmad Sarbaini, Masiah Manap dan anggota keluarga yang hadir di mahkamah untuk mengikut prosiding, dilihat menangis.

Ismail, yang merupakan pengawal keselamatan di SPRM Wilayah Persekutuan, telah mengesahkan beliau masuk ke dalam bilik kawalan CCTV yang terletak di tingkat bawah bangunan berkenaan dan menekan butang CCTV berkenaan pada 5 April, sehari sebelum kejadian.

"Saya tidak tahu tekan butang lain atau tidak, tetapi selepas tekan satu butang seperti yang selalu saya buat, saya nampak gambar yang ada pada CCTV itu tidak bergerak."

Ismail, 55, saksi keenam, berkata sudah menjadi kebiasaan beliau untuk masuk ke bilik kawalan CCTV itu sekiranya ada kelapangan.

Beliau berkata sesiapapun boleh masuk ke bilik berkenaan kerana bilik itu tidak memerlukan kad akses dan tidak berkunci.

Ismail memberitahu prosiding beliau ada berjumpa dengan Ahmad Sarbaini ketika Allahyarham datang ke pejabat itu pada 6 April.

"Ketika itu saya berada di kaunter pertanyaan di ruang legar lobi di tingkat satu bangunan itu dan saya nampak Allahyarham agak gelisah ketika dia duduk di sofa untuk menunggu Penolong Penguasa SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad.

"Saya juga melihat Allahyarham seperti ada masalah dan saya nampak dia membuka fail dari beg berwarna hitam yang dibawanya. Dia membuka fail berkenaan dan dilihat menepuk dahi beberapa kali," kata Ismail.

Prosiding disambung esok



Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium Merdeka
Jimadie Shah Othman
Jul 6, 11
1:26pm

Pemuda Umno hari ini membantahan keputusan BERSIH 2.0 yang memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.

NONEKetua penerangan pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah tempat berkenaan.

"Kami bantah di Stadium Merdeka. Ia bukan tempat perhimpunan politik. Buatlah di negeri Pakatan Rakyat. Lagi pun Stadium Shah Alam sudah ditawarkan," katanya.

Stadium Merdeka dianggap sebagai tempat istimewa ekoran menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1967 di hadapan 10,000 orang.

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga pagi tadi mengumumkan pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini selama dua jam mulai jam 2 hingga 4 petang.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Reezal Merican yang juga pengerusi perhimpunan anti-BERSIH - PATRIOT - mendakwa, keputusan BERSIH memilih tempat itu menunjukan gabungan NGO itu mempunyai agenda lain.

Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan supaya BERSIH 2.0 tidak "memainkan" Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dengan "mencetuskan" perkara tertentu.

"Tindakan mahu berhimpun di Stadium Merdeka menunjukkan mereka ada agenda tersirat," dakwanya lagi.



Sosilawati tunjuk cek RM1j diterima dari Pathmanabhan
Jul 6, 11 4:06pm

Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya pernah menunjukkan cek bernilai RM1 juta yang diterimanya dari bekas peguam N Pathmanabhan di Banting awal Ogos lepas.

Junaidah Ismail, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, cek itu ditunjukkan kepadanya selepas sahabat karibnya itu berjumpa dengan Pathmanabhan, yang merupakan antara yang didakwa membunuh Sosilawati dan tiga lagi, di hadapan pejabat bekas peguam itu yang terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada 3 Ogos 2010.

Junaidah yang merupakan saksi ke-13 berkata demikian pada hari ketiga perbicaraan kes Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

"Wati (Sosilawati) suruh saya tengok dan berkata "aku dapat payment" dan semasa saya nak pulangkan cek itu semula kepadanya saya nampak cek itu cek tunda," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani.

"Saya tanya kenapa tarikh September sedangkan ini bulan Ogos tetapi dia (Sosilawati) kata tidak apa, sebab mereka dah bincang sebelum ini. Cek itu adalah atas nama Southern Symphony Sdn Bhd," katanya.

Junaidah yang mengenali Sosilawati sejak 28 tahun lepas berkata beliau juga mentertawakan tulisan di atas cek tersebut yang dilihat seperti tulisan kanak-kanak sedangkan cek itu bernilai RM1 juta.

"Saya tanya kenapa tulisan macam kanak-kanak dan Sosilawati kata 'alah Kak Jun ni'," katanya.

Terdahulu, Junaidah berkata beliau dan Sosilawati semasa dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang menaiki kereta milik jutawan kosmetik itu yang dipandu Kamaruddin bagi meraikan ulang tahun kelahiran Junaidah, mereka telah singgah di pejabat Pathmanabhan.

Semasa mereka sampai di pejabat bekas peguam itu pada kira-kira pukul 5.30 petang 3 Ogos 2010, Pathmanabhan memaklumkan bahawa beliau di dalam perjalanan ke pejabatnya.

"Kami tunggu dia di hadapan pejabat Pathma di dalam kereta. Pathma sampai kira-kira setengah jam kemudian dan Sosilawati turun kereta serta ambil satu barang daripada Pathma sebelum masuk semula ke dalam kereta. Pertemuan mereka sekejap kira-kira lima minit dan ada perbualan antara mereka," katanya.

"Saya nampak Pathma datang dengan kereta sport Mercedes yang saya rasa Brabus. Selepas masuk dalam kereta, Sosilawati serah cek pada saya suruh saya tengok. Selepas itu kami terus ke Pelabuhan Klang untuk sambut birthday saya selepas Maghrib. Perbualan kami selepas itu hanya bersangkut paut dengan bagaimana nak sambut puasa dan Hari Raya," katanya sambil menambah itu adalah kali terakhir beliau menemui Sosilawati.

Menjawab soalan Idham sama ada itu mereka pertemuan pertamanya dengan Pathmanabhan, Junaidah kata "Tidak".

"Kali pertama kira-kira tiga tahun lepas semasa Sosilawati pernah ajak saya berjumpa dengan kawan-kawannya Datuk Suhaimi dan Sabri serta peguam mereka bernama Pathma di Hotel Pan Pacific, Sepang. Saya ada di situ tetapi tidak fokus sangat dengan perbualan mereka tetapi mereka bincang tentang urusan tanah di Pulau Pinang," kata Junaidah.

Menyentuh mengenai kekerapan beliau menemani Sosilawati berjumpa dengan Pathmanabhan, Junaidah berkata kira-kira tiga atau empat kali.

"Selepas 3 Ogos 2010, ada terima apa-apa panggilan dari Sosilawati atau awak hubungi dia?" soal Idham.

"Sosilawati selalu telefon dan pada 29 Ogos 2010 dia ada telefon bertanya khabar serta sembang banyak pasal persiapan Hari Raya. Lepas itu dia tanya saya nak ikut tak pergi Banting besok (30 Ogos 2010) dan saya cakap saya nak rehat di rumah. Dia (Sosilawati) tidak beritahu tujuan dia ke Banting dan itulah juga panggilan terakhir daripadanya," kata Junaidah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung petang ini.

- Bernama

  • Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    • Lain kali ikut Islam. Pakai tudung. Nak keluar rumah minta izin suami. Lagi satu Islam suruh keluar berjemaah atau berteman dengan rakan sejantina. Ini pantang-larang agama tak kenal pun boleh dapat gelaran Datuk? Ukuran apa yang digunakan untuk pemberian gelaran Datuk? Sudahlah. Dah mati macam ni, Al-Fatihah sajalah. Na? Mai sama-sama kita AL-FATIHAH.

Ibu tunggal, 5 anak hanya minum air paip
Jul 6, 11 4:34pm

Ibarat jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang ibu tunggal lima anak sebuah rumah Flat Projek Perumahan Rakyat di Jalan Sungai di sini yang hidup melarat akibat kemiskinan selepas ditinggalkan suaminya sejak enam bulan lepas.

G. Rajalakshmi, 31, terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan kesemua lima anaknya berusia antara 11 bulan hingga 11 tahun berseorangan, dan keadaan menjadi lebih sukar kerana dia tidak dapat melalukan sebarang pekerjaan kerana menjaga anak-anak yang masih kecil.

Sejak suaminya menghilangkan diri, dia hanya mampu menagih simpati jiran untuk meneruskan kehidupan seharian dan mereka sekeluarga terpaksa berlapar jika tiada sebarang makanan.

"Saya dan suami baru berpindah ke Pulau Pinang tahun lepas. Sebelum ini, kami sekeluarga tinggal di Johor dan tiada sebarang masalah sehinggalah Maniam keluar bekerja enam bulan lepas dan terus tidak pulang atau menghubungi kami.

"Saya terpaksa berhenti kerja di sebuah kedai makan dan menjaga anak-anak. Kami sekeluarga termasuk anak yang berusia 11 bulan hanya minum air paip setiap hari dan hanya makan jika jiran bagi," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Persatuan Hindu Sangam (PHS) di George Town hari ini.

Rajalakshmi berkata dia kini tidak mampu membayar sewa rumah RM100 sebulan dan akan diarahkan keluar tidak lama lagi, malahan sekaranga ini terpaksa hidup dalam gelap kerana gagal membayar bil elektrik.

Tiga anaknya M. Daishnavi Sri, 11; M.Shamani Sri, 9; dan M. Vishallini Sri, 8; belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Li Tek, Macallum, Cawangan Pengkalan Weld manakala dua lagi belum bersekolah iaitu M.Kesavan, 5, dan M Bubeneshwary, 11 bulan.

Katanya dia mungkin terpaksa memberhentikan persekolahan anak-anaknya kerana tidak mampu membayar tambang bas sekolah yang tertunggak sejak dua bulan lalu.

"PHS pernah meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi saya tidak layak kerana tidak mempunyai sijil perkahwinan dan saya tidak tahu apa-apa mengenai sijil perkahwinan semasa berkahwin pada tahun 2000 di Johor," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menziarahi Rajalakshmi di pangsapuri 100, Blok A-16-4, Jalan Sungai atau menghubungi Pengerusi Persatuan Hindu Sangam, P Murugiah di nombor 016-4449246.

- Bernama


Himpunan BERSIH: Pakatan gesa Najib patuhi janji
Abdul Rahim Sabri
Jul 6, 11
5:47pm

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

"Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

"(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Pakatan Rakyat kesal dengan kenyataan dan "sikap keterlaluan" Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya "nampak menyimpang dari semangat rundingan" BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Anwar mendakwa Hishammuddin seolah-olah menganggap BERSIH sebagai pertubuhan haram walaupun selepas bertemu dengan Seri Paduka.

"Maknanya Yang di-Pertuan Agong memanggil pertubuhan haram, kemudian semangat rundingan diketepikan begitu sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia supaya mengambilkira semangat pertemuan tersebut dan menasihati agar tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat tangkapan khususnya terhadap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: