Jumaat, 8 Julai 2011

HALANGLAH MENGIKUT KEMAMPUAN...TAPI BERJAYA ...TAK BERJAYA...SEMUA KETENTUAN ALLAH...KITA TAK BOLEH MENGELAK KETENTUAN TAKDIR SEMUANYA DARI ALLAH SWT.

Saksi risau bila Sosilawati bahasa diri 'Kak Wati'
Jul 7, 11 11:05pm

Seorang sahabat baik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya berasa bimbang dan tidak sedap hati apabila jutawan kosmetik itu membahasakan dirinya sebagai 'Kak Wati' dalam perbualan telefon terakhir mereka pada malam wanita itu dilaporkan hilang dipercayai dibunuh.

Habishah Bahari, 43, berkata beliau berperasaan sedemikian kerana Sosilawati kebiasaannya akan menggelarkan dirinya 'Kak Wati' jika berada dalam keadaan bimbang atau mempunyai masalah.

"Saya jadi risau tiba-tiba, berdebar-debar dan tidak sedap hati sebab dia (Sosilawati) guna Kak Wati dengan nada lembut. Kalau (dalam keadaan) biasa Sosilawati bahasakan dirinya 'aku' 'kau', bila dia sebut macam itu (Kak Wati) saya dapat rasa macam ada sesuatu yang menyebabkan dia susah hati," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani pada hari keempat
perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, R.Matan dan R.Khatavarayan mengaku tidak bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, saksi itu kelihatan sebak sehingga terpaksa meminta masa kepada Hakim Datuk Akhtar Tahir untuk menenangkan diri sebelum meneruskan keterangannya.

Mengimbas mengenai panggilan telefon itu, Habishah berkata Sosilawati pertama kali menghubungi beliau kira-kira pukul 7.30 malam, 30 Ogos 2010, meminta beliau pergi ke rumahnya (Sosilawati) dan memeriksa sama ada terdapat kamera yang disorokkan di dalam bilik air bilik jutawan kosmetik itu.

"Sosilawati cakap 'Wei, aku tak percaya Kamal (pemandu Sosilawati), dia ambil gambar bogel aku, kau pergi rumah aku, kau masuk dalam bilik, kau pergi ke bilik air kau tengok ada kamera tersorok tak' dan panggilan kemudian terputus," katanya.

"Bila terima panggilan itu apa reaksi awak," soal Idham dan Habishah menjawab: "Saya hairan kenapa ada perkataan 'Kamal ambil gambar bogel' sebab Kamal yang saya kenali ialah seorang yang jujur, baik hati, ikhlas, lembut orangnya dan setia dengan perintah bosnya."

Saksi ke-16 pendakwaan itu berkata beliau kemudian cuba menghubungi Sosilawati semula sebanyak dua kali dan jutawan kosmetik itu tidak menjawab panggilan tersebut walaupun terdapat deringan.

"Kira-kira lima minit kemudian Sosilawati telefon saya semula dan saya tanya dia 'Kak Wati, kau cakap apa ni aku tak faham' dan Sosilawati jawab 'tak apa kau pergi dulu ke bilik aku, masuk dalam bilik air aku cari kamera nanti aku cerita'. Selepas itu Sosilawati tamatkan perbualan," katanya.

Habishah berkata kira-kira 10 minit kemudian, Sosilawati sekali lagi menghubungi beliau dan berkata: "Shah, Kak Wati tak balik tiga hari pergi Genting Highlands".

Saksi itu berkata beliau kemudian pergi ke rumah Sosilawati kira-kira pukul 11 malam dan menceritakan kepada anak sulung jutawan kosmetik itu, Erni Dekritawati Yuliana Buhari mengenai tiga panggilan telefon ibunya serta meminta Erni Dekritawati memeriksa sama ada terdapat kamera di dalam bilik air ibunya tetapi tidak menemui apa-apa.

"Saya balik rumah saya kira-kira dua jam selepas itu dan kira-kira pukul 1 pagi (31 Ogos 2010) anak Sosilawati bernama Riniee (Erni Rinieelawati) telefon saya memberitahu bahawa dia dan kakaknya (Erni Dekritawati) nak ke Shah Alam tengok kereta Noorhisham," katanya.

Ditanya Idham sama ada beliau pernah mendengar nama peguam Pathma, Habishah berkata beliau pernah mendengarnya daripada Sosilawati di mana jutawan kosmetik itu pernah memberitahu beliau bahawa dia ingin berjumpa peguam Pathma untuk menukar tarikh cek.

"Pada 25 Ogos 2010 semasa kami (Habishah dan Sosilawati) pulang dari Johor Sosilawati minta saya temankan dia pergi Banting pada Isnin (30 Ogos 2010) jumpa peguamnya untuk tukar cek dan saya cakap ok. Saya bagaimanapun tidak temankan dia sebab saya sibuk dengan kerja dan Sosilawati juga tidak hubungi saya.

"Kira-kira pukul 5 petang (30 Ogos 2010) saya telefon saya tanya dia (Sosilawati) kat mana dan dia jawab 'aku tunggu kau tak datang pejabat jadi aku pergi dulu, nak cepat' " katanya sambil menambah 25 Ogos 2010 adalah hari terakhir beliau bertemu Sosilawati.

Ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dillon yang mewakili Pathmanabhan, Habishah tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau tidak terus pergi ke rumah Sosilawati selepas menerima panggilan telefon daripada jutawan kosmetik itu kerana berpendapat permintaan sahabatnya itu tidak penting.

"Sebagai seorang Muslim saya perlu berbuka puasa, bersolat dan membuat kerja saya dahulu," katanya.

"Jadi pada awak mana lebih penting, sahabat atau kerja," soal Manjeet Singh dan Habishah menjawab: "kerja".

Menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditanya Idham, Habishah berkata beliau tidak terus pergi ke rumah Sosilawati selepas mendapat panggilan telefon daripadanya kerana kebiasaannya anak-anak Sosilawati berbuka puasa di luar apabila ibu mereka tiada di rumah.

Ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan, saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa tujuan utama Sosilawati ke Banting bukan untuk menukar cek.

Habishah juga tidak tahu mengapa Sosilawati perlu membawa pegawai bank dan peguam ke Banting hanya untuk mempercepatkan tarikh cek sedangkan perkara itu menurut Amer Hamzah boleh dilakukan hanya melalui penggilan telefon.

Perbicaraan bersambung esok.

- Bernama

Polis: Perintah mahkamah halang 91 individu
Salhan K Ahmad
Jul 7, 11
4:57pm

Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

NONETimbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

NONESeramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kawasan berhimpun

Perintah berkenaan turut menyenaraikan kawasan komersial Kuala Lumpur yang dikenalpasti polis sebagai kawasan berhimpun bagi kumpulan berkenaan.

NONEKawasan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana negara, kata Amar Singh lagi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur petang ini.

Ketika ditanya, Amar Singh berkata perintah yang diperolehi semalam daripada Majistret Kuala Lumpur itu merupakan satu langkah pencegahan bagi menghalang pemimpin berkenaan daripada hadir ke kawasan tersebut.

"(Jika berhimpun) di tempat lain tak jadi salah, hanya di tempat ini saja," katanya lagi yang menjelaskan individu berkenaan masih perlu memohon permit sekiranya ingin berhimpun di tempat lain.

Senarai penuh 91 individu

Perkasa

Ibrahim Ali
Rahman bin Abu Bakar
Syed Hassan Syed Ali
Irawah Fahmi Ideris
Roslan Kassim
Sharifuddin Abd Hamid
Dr Zubir Harun
Ameir Hassan
Ahmad Saad
Ahmad Zaini Ismail
Muhammad Zaid Md Arip
Abdullah Mansor
Zaira Jaafar
Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Megat Firdouz Megat Junid
Reezal Merican Naina Merican
Megat Zulkarnaian Omardin
Rizalman Mokhtar
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Lokman Noor Adam
Abdul Azeez Rahim
Ungku Saleh Ungku Jamal
Arman Azha Abu Hanifa
Tun Faisal Ismail Aziz

Bersih

Ambiga Sreenevasan
Mohamad Sabu
Hishamuddin Md Rais
Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
Maria Chin Abdullah
Chua Tian Chang
Kamarulzaman Mohamad
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Syed Shahir Syed Mohamud
Syed Ibrahim Syed Noh
Teresa Kok
Badrul Hisha Shaharin
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Arutchelvam Subramaniam
Wong Chin Huat
Ong Boon Keong
Enalini Elumalai
Haris Fathillah Sathiasingam Mohd Ibrahim
Khalid Yunus
Zulkifli Noordin
Dr Zubir Harun
Abd Hadi Awang
Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nurul Izzah Anwar
Kohila Yanasekaran
Zaid Kamaruddin
Khoo Teng Swee
Fadiah Nadwa Fikri
Yap Swee Seng
Salahuddin Ayub
Mahfuz Omar
Nasarudin Hasan
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr Dzulkifli Ahmad
Dr Mujahid Yusof
Khalid Abd Samad
Mohammad Nizar Jamaluddin
Azman Shapawi Abd Rani
Suhaizan Kaiat
Nor Azli Musa
Mohd Firdaus Jaafar
Loke Siew Fook
Lau Wen San
Mohd Azmin Ali
Mat Shuhaimi Shafie
Satipul Bahari Amamt
Wan Hassan Mohd Ramli
Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Hilman Idham
Mohd Shukri Che Ab Razab
Mohd Syukri Kamaruddin
Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Choo Chon Kai
Sarasvathy Muthu
Soh Sook Hwa
Nurul Izham Nurul Anuar
Abd Rahim Osman
Mohd Sibri Ismail
Mohd Lukam Muda
Prof Kamaruddin Kachar
Mohd Noor Nordin Abdullah


Ambiga: BERSIH tempah semula Stadium Merdeka
Jul 7, 11 3:12pm

Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, pengerusinya Datuk S Ambiga berkata gabungan itu akan mencuba sekali lagi membuat tempahan di Stadium Merdeka dan memohon permit polis jika pengurusan perbadanan stadium itu memberikan kelulusannya.

NONEPerkara itu disampaikan oleh Ambiga kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan mereka di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini.

Hadir bersama pada mesyuarat selama sejam itu adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0
Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan itu, Ambiga berkata usaha BERSIH 2.0 itu membuktikan gabungan 62 NGO itu sanggup bekerjasama dengan polis bagi memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman.Sebelum pertemuan itu, Wong, berkata mereka membuat permohonan rasmi kepada pihak polis untuk mengadakan pertemuan tersebut.

Katanya, mereka akan memaklumkan kepada pihak secara polis rasmi mengenai perhimpunan BERSIH yang diadakan Sabtu ini.

  • Mohd Noor Ismail · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
    Orang bukan Islam bermati2an nak cari keadilan, hapuskan kezaliman, rasuah dan seumpamanya tapi UMNO orang Islam (katanya) bermati2an cari helah nak kekalkan kezaliman, rasuah........
    • Saleh Shahid · Pengulas Tertinggi
      Bro, please la jgn kata org Islam tak cari keadilan, menghapuskan kezaliman, rasuah dan sebagainya ... kebanyakan yg menyahut seruan bersih ni nanti adalah org ISLAM juga ... tgk la !!! ... Islam bukan UMNO dan you cannot say UMNO itu Islam ... UMNO is UMNO period !
    • Ryan Chin · Pengulas Tertinggi
      btol tu MNS, sebab...persaingan kita dah jatuh teruk...income fresh grade 10 yr back dgn sekarang ni sama jer....tapi yg naik...perasuah semua....kebas duit rakyat !!! sedih sedih....tanya la org org muda yg ada kat town....apa future yg dia nampak...aku hanya nampak bangla yg makin ramai...
    • Khir Johari · Technical Officer di Majumaz Aktif Sdn Bhd
      aku setuju dengan pendapat Ryan Chin. Anak kera di hutan di susukan anak kat rumah mati kelaparan. kebanjiran PATI membuatkan seolah rakyat malaysia mengemis di negeri sendiri.
  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Sebelum ini anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 diterima menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung... kini Ketua Polis Negara terima mereka untuk berunding...jadi BERSIH 2.0 bukanlah pertubuhan haram...
    • Shahrun Nizal Mohd Nor · Bekerja di DBP
      Istilah haram tak tepat, yg lebih tepat ialah belum berdaftar.
    • Mia Arianada · Went Abroad
      KELING GILA
    • Azha Ramli · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Bersih bukan pertubuhan, ia adalah KEMPEN aktivis-aktivis bergabung untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih. Sama jugak ler macam kempen UMNO = 1Malaysia, DEB, ETP, Derma lah Dara untuk Negara (Sammy Vellu punya kempen), Jangan Hisap Dada (Sammy Vellu punya kempen juga). Itu macam ler..
  • Teo See Lian · Pengulas Tertinggi · High School Batu Pahat
    PDRM "Tak pandai"! Fikirlah....Jikalau BERSIH 2.0 adalah sebagai pertubuhan haram, takkan boleh diterima menghadap KDYMM Tuanku Agong? Najib sendiri pun setuju berhimpun dimana mana stadium, yang penting asalkan tidak berdemo di tepi jalan..Faham kah?

IGP: Jangan 'degil', berhimpun di luar KL
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 7, 11
4:35pm

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu.

"Saya juga mengesyor agak perhimpunan di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. (Ia) boleh menggangu lalu-lintas, peniaga dan orang ramai awam yang tidak teribat (dengan perhimpunan itu).

NONE"Saya mengesyorkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor telah buat tawaran,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

Namun katanya, Ambiga adalah “degil” dan menolak tawarannya itu.

"Malaysia luas, mengapa pilih tempat di tengah bandar dan menggangu orang lain?

"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalkan mesej anda dapat disampaikan.

"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.

NONE"Kamu nak sampaikan mesej, katakan (wak) duduk di stadium di Pahang, tidak boleh sampai mesej ke?" katanya.

Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.

Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.


Muhyiddin bidas penganjur BERSIH 2.0
Jul 7, 11 4:43pm

Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas penganjur perhimpunan 9 Julai kerana berdegil untuk menganjurkan perhimpunan itu di Stadium Merdeka walaupun kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan ia diadakan di situ.

NONETimbalan Perdana Menteri berkata, mereka sepatutnya bersikap munasabah kerana kerajaan sudahpun bertolak ansur dengan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium.

"Saya lihat kenyataan itu macam nak provokasi lagi...nak lawan tak habis-habis, tiada niat baik dan sikap bertolak ansur. Apa yang saya lihat, tiada keikhlasan.

"Ini semua untuk provoke dan menimbulkan perasaan kebencian. Rakyat sudah puas hati kerana tidak diadakan perhimpunan (jalanan) haram. Rakyat rasa lega dan selamat.

"(Tapi) saya dengar laporan tidak rasmi, mereka akan berarak dari satu penjuru alam ke satu penjuru alam nak menuju ke tempat itu. Jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan provokasi...itu saya serah kepada polis," katanya kepada pemberita di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga hari ini.

- Bernama


Polis 'berkampung' di kampus Universiti Malaya
Jul 7, 11 7:42pm

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya hari ini mendedahkan beberapa skuad polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkampung di kampus mereka.

Menurut mereka, tindakan itu dipercayai sebagai persiapan menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu ini.

NONE"Sesiapa yang memasuki kampus akan melihat seluruh kampus penuh dengan bas polis, lori dan juga trak FRU. Seluruh UM telah menjadi seolah-olah sekolah polis dan ini adalah mengarut.

"Kami tidak tolak kemungkinan anggota polis dan FRU ini adalah dari negeri lain dan dikerahkan untuk menekan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini,” kata badan tertinggi pelajar universiti itu.

Polis dikatakan kini menghuni di asrama kediaman kolej 1, 2 dan 7 yang dibiarkan kosong kerana cuti semester akademik hujung tahun.

Seorang kakitangan UM yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu Malaysiakini bahawa anggota polis masuk semalam dan akan menginap sehingga 12 Julai ini, iaitu empat hari setelah perhimpunan itu berakhir.

Universiti Malaya, adalah satu-satunya universiti awam yang terletak di ibu negara. Ia hanya terletak kira-kira lapan kilometer dari Istana Negara dan juga lokasi berkumpul himpunan BERSIH yang lain.


A Samad Said
Jul 7, 11
7:46pm

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said


Polis nafi khidmat telefon, Internet akan diganggu
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 7, 11
5:31pm

Polis sebentar tadi menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini menjelang perhimpunan Sabtu ini.

NONESesiapa yang menyebarkan khabar angin itu akan ditangkap dan didakwa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Jangan buat andaian sendiri. Siapa yang sebarkan khabar angin ini? Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khbar angin untuk memburukkan pihak berkuasa dan polis.

"Kami akan bertindak ke atas mereka dan membawa mereka ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini.

Ditanya sama ada polis ada mengehadkan pergerakan lalulintas ke ibu negara pada Sabtu ini, Ismail berkata polis akan mengawal trafik.

"Kawalan lalu lintas adalah tanggungjawab polis. Kami mesti mengelakkan kejadian yang tak diingini,” katanya.
JPA arah k'tangan awam tak hadiri himpunan haram
Jul 7, 11 3:04pm

Tertekan dengan hasrat rakyat yang mahu meneruskan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling melarang penglibatan pegawai awam terbabit dengan perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

civil servants government workersPekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.

Pada 9 Julai ini, tiga perhimpunan dirancang yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), PERKASA dan juga Pemuda Umno.

Abu Bakar, dalam pekeliling tiga halaman yang dialamatkan semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan dan setiausaha kerajaan negeri mengingatkan kakitangan awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.

NONEKetua pengarah JPA mengingatkan kakitangan awam untuk mempertahankan prinsip 'neutrality' dan 'impartiality' dalam perkhidmatan awam dan memastikan mereka berkecuali terhadap mana-mana politik, kumpulan termasukan gerakan, fahaman dan parti politik.

Beliau juga menyingkap Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 mengenai tindakan yang boleh dikenakan.

Bagaimanapun pekeliling Kementerian Pelajaran yang sama bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud lebih tegas amarannya dan menamakan BERSIH 2.0 sebagai perhimpunan yang dilarang itu.

Tindakan undang-undang

NONEPekeliling itu dialamatkan kepada semua pengarah bahagian, pengarah jabatan pelajaran negeri, pengarah institut pendidikan guru dan pengarah kolej matrikulasi.

Ia mendakwa BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan yang bertemakan “Walk for Democracy” yang bertujuan mendesak pilihan raya diadakan secara adil dan telus.

“Perhimpunan ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram yang boleh membawa kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Selain daripada itu, perhimpunan ini juga boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara,” kata Abd Ghafar.

NONE“Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar BERSIH,” katanya.

Menurut beliau pekeliling itu bertujuan mengelakkan pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru daripada dikenakan undang-undang kelak.

Salinan pekeliling itu juga diedarkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalannya Datuk Wee Ka Siong, dan Puad Zarkashi, serta pegawai kanan kementerian itu.


  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Ketua pengarah JPA mengingatkan kakitangan awam untuk mempertahankan prinsip 'neutrality' dan 'impartiality' dalam perkhidmatan awam dan memastikan mereka berkecuali terhadap mana-mana politik, kumpulan termasukan gerakan, fahaman dan parti politik..

    KETUA PENGARAHNYA TAK AMALKAN SIKAP "NEUTRALITY" DAN "IMPARTIALITY"...MACAM IBU KETAM SURUH ANAKNYA JALAN LURUS..ITU HAK RAKYATLAH PARTI DAN KUMPULAN MANA DIA NAK SOKONG..BERANI BUAT BERANI TANGGUNGLAH...
  • Che' Tat · Pengulas Tertinggi
    Semua pun jadi barua sekarang ni. Woit! Sedarlah sikit. Siapa yang bayar gaji? Ingat kerajaan ker yang bayar gaji? Yang bayar gaji pembayar cukai! Yang bayar gaji rakyat! Tak sedar diri. Impartial konon. Woit! Takut cakap takut laaa! Ptuih!

Tiada permit bas sementara Jumaat, Sabtu ini
Lee Way Loon
Jul 7, 11
12:26pm

Permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

syed hamid albar visit new chow kit police station 061108 04Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan) berkata ia juga merangkumi operator bas sekolah, bas kilang yang sering memohon permit semasa musim puncak untuk mengangkut orang ramai ke bandar.

Katanya, pengeluaran permit sementara it tidak perlu kerana ia bukan musim perayaan atau cuti sekolah.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan pengangkutan awam - LRT, KTM dan bas - di Kuala Lumpur berjalan seperti biasa pada 9 Julai.

Syed Hamid menjelaskan suruhanjaya itu akan mengekalkan dasarnya dan tidak mengeluarkan permit sementara bas pada bukan musim perayaan.

"Kami tidak membeku permit bas sementara, tetapi hanya mengekalkan status quo," kata beliau kepada Malaysiakini.

"Kami tidak mengeluarkan sebarang permit bas sementara melainkan ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya atau Deepavali."

NONEBeliau juga menafikan terdapat arahan seperti yang dilaporkan oleh beberapa media, sambil menegaskan bahawa ia hanya satu notis yang dikeluarkan kepada pengusaha bas mengenai dasar semasa.

Sementara itu, seorang jurucakap dari Prasarana juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa perkhidmatan LRT tidak ditutup pada hari Sabtu.

"Perkhidmatan seperti biasa, tetapi kami akan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa seperti polis," katanya, sambil menambah setakat ini mereka tidak menerima sebarang "nasihat" dari polis.

Sebelum ini terdapat spekulasi dalam media sosial seperti Facebook bahawa pihak berkuasa mungkin menutup sistem pengangkutan awam pada hari Sabtu untuk menghadkan kehadiran ke perhimpunan Bersih.

Tiada ulasan: