Selasa, 1 Mac 2011

SEBAGAI PARTI2 BERDAFTAR DAH SAH...MAKA BERTANDINGAN SECARA SIHAT...BUKAN MENIPU DAN SEBAGAINYA...

Hanya Rosmah tahu dia penipu atau tidak
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mac: “Sama ada benar Rosmah seorang penipu atau tidak, hanya dia tahu kebenarannya,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Beliau menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan “Rosmah: I don't look like a liar, do I? ” dalam portal Malaysiakini pada 27 Februari (Ahad) yang dilihat sebagai suatu kenyataan membangga diri yang melampau dan menunjukkan bahawa sebenarnya Rosmah kini dalam tekanan dan ketakutan apabila semakin hari semakin banyak kebenaran didedahkan Pakatan Rakyat.

Katanya, secara statistik kebanyakan penipu, pembunuh, pengebom mahupun perogol tidak kelihatan seperti seorang penjenayah sekalipun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menambah, kebanyakannya berperwatakan mesra dan penampilan yang boleh dipercayai, sebelum akhirnya segalanya didedahkan.

“Saya juga ingin mengemuka suatu bukti, yang mampu menjawab pertanyaan Rosmah, adakah beliau seorang penipu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM bagi bersama membela hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak yang tidak bertanggungjawab.

Jelas, ujarnya respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak “Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi.

Katanya, peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 buah sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak Sarawak.

“Sehubungan itu, saya mendesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana ‘istimewa’ ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya,” katanya.


JK Kase setiap negeri
Haji Shaari

Sukacita saya mencadangkan kepada Jawatan Kuasa Saman Ekor (Kase) agar menubuhkan jawatankuasa berkenaan bagi setiap negeri. Tindakan menyedarkan masyarakat tidak harus tertumpu di ibu kota sahaja.

Isu saman ekor dan senarai hitam terhadap pengguna yang gagal menjelaskan saman ekor berkenaan boleh menjadi satu isu besar yang boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dari tampuk pemerintahan negara.

Jawatan kuasa perhubungan negeri boleh menganjurkan aktiviti setempat berbentuk ceramah penerangan, khidmat nasihat perundangan atau mengadakan demonstrasi setiap pejabat JPJ negeri.

Saya bersedia pada bila-bila masa untuk bersama menganggotai jawatan kuasa berkenaan sekiranya diperlukan.


Sultan saran segerakan jalan Kota Bharu-Kuala Krai
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 1 Mac: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, menyarankan kerajaan Pusat melaksanakan segera projek jalan baru yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.

Titah baginda, projek yang disenaraikan dalam RMK-10 termasuk jalan pesisir pantai yang disenaraikan itu demi keselesaan rakyat di negeri ini.

Baginda bertitah demikian sempena majlis pembukaan rasmi penggal keempat Dun Kelantan ke-12 tahun 2011, di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Pada masa yang sama baginda turut menyarankan jaringan lebuh raya yang cekap menghubungi negeri ini ke negeri lain perlu juga mendapat perhatian dari kerajaan Pusat.

Menurut baginda, Kelantan berpotensi untuk maju seiring dengan negara jiran dari segi kos modal serta sara hidup negeri ini yang masih rendah berbanding negeri lain di Negara ini.

“Kelantan juga mempunyai keluasan tanah yang boleh menampung keperluan sector perindustrian.

“Pada tahun 2012, Kelantan telah menerima pelaburan sebanyak RM2.54 billion iaitu lebih kurang 97 peratus pelabur swasta tempatan dan selebihnya pelaburan asing,” titah baginda lagi.

Menurut Sultan Muhammad lagi, kurangnya kemasukan pelaburan asing ke negeri ini juga disebabkan faktor logistik dan kekurangan system perhubungan khususnya lebuh raya yang cekap berbanding negeri-negeri lain.

Kerana itu, tambah baginda tumpuan pelaburan masih berlaku di Semenanjung Malaysia di bahagian pantai barat.

“Untuk itu beta menuyarankan perlu adanya jaringan lebuhraya yang cekap menghubungi negeri ini ke negeri-negeri lain,” ujarnya.

Pada masa yang sama Sultan Muhammad turut memberitahu baginda mendapat maklum reka bentuk terperinci dan pengambilan balik tanah bagi negeri Kelantan untuk projek ‘cenral spine road’ iaitu pembinaan jalan baru dan menaiktaraf jalan persekutuan laluan lapan dan sembilan bermula Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangi, Pahang akan dilaksanakan di bawah RMK-10.

“Kesemua projek yang dirancang amat perlu demi kepentingan rakyat serta kemajuan di negeri ini,” titah baginda.

Pada masa yang sama baginda turut melahirkan rasa gembira di atas usaha kerajaan negeri dalam membangun infrastruktur.

Tegas baginda, pada tahun 2012 sebanyak RM10juta telah diperuntukkan di bawah program kesejahteraan rakyat melalui JKR untuk pembangunan jalan dan jambatan baru.

Pada masa yang sama baginda turut mendedahkan beberapa projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun ini antaranya pembinaan jalan raya bertingkat di Pasir Mas, projek jambatan merentasi Sungai Sat, Machang, projek menggantikan jambatan kayu di Pengkalan China, Bachok dan projek membina jambatan Kampung Tok Din, Pasir Putih bagi menggantikan jambatan lama.

Terdahulu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasharuddin Daud, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Datuk Ahmad Yaacob menyambut keberangkatan baginda untuk majlis perasmian pembukaan Dun.

Hadir sama, anggota-anggota exco kerajaan negeri Adun, anggota parlimen, pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan turut hadir pada majlis itu.







Tiada ulasan: