Rabu, 2 Februari 2011

YANG HAQ TU NYATA BEGITU JUGA YANG BATIL....SATU HARI YANG HAQ AKAN MENANG...DAN YANG BATIL AKAN TEWAS...INSYAALLAH...

Mengapa PAS tewas di Tenang
Kuek Ser Kuang Keng & Regina Lee
Feb 1, 11
11:17am

Banyak yang telah diperkatakan berhubung pilihan raya kecil DUN Tenang sebagai pentas ujian bagi BN untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut.

Ini berdasarkan komposisi kaum di kerusi campuran itu yang menjadi contoh tipikal kepada kerusi-kerusi yang dipertandingkan di di Semenanjung Malaysia.

azlanNamun, persoalannya apakah kemenangan BN dengan majoriti 3,707 undi ini menjadi petunjuk bahawa sentimen pengundi telahpun kembali memihak kepada parti pemerintah itu? Jawapannya, ya dan tidak.

Kejadian hujan lebat dan banjir yang tidak dijangka, disifatkan warga setempat sebagai peristiwa yang lebih buruk daripada bah besar pada 2006 – banyak menjejaskan pusat-pusat pengundian di kawasan majoriti Cina.

Keadaan ini memberi kesan kepada ukuran sebenar bagi sokongan terhadap BN mahupun kepada Pakatan Rakyat, di mana peratus keluar mengundi di sesetengah kawasan adalah serendah 55 peratus seperti di Bandar Labis Tengah yang mempunyai 95 peratus pengundi Cina

Hujan dan bah tersebut juga menjadi sebab peratus keluar mengundi yang turun sehingga 66 peratus berbanding 73.52 peratus pada pilihan raya umum 2008. Hujan lebat turun sebelum pusat mengundi dibuka pada 8 pagi.

Menurut setiausaha publisiti DAP Tony Pua, peratus keluar mengundi di kalangan pengundi Cina dan India turun mendadak – di antara 23 dan 39 peratus bagi pengundi Cina dan lebih mengejutkan penurunan sebanyak 54 peratus di kalangan pengundi Cina.

Bagaimanapun, peratus keluar mengundi bagai pengundi Melayu menyaksikan peningkatan sebanyak dua peratus kepada 81 peratus.



'Anak saya di Mesir tidur 'berteman' pisau
Feb 1, 11 5:40pm


Bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka di Mesir, beberapa ibu bapa pelajar hari ini mendesak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membawa pulang anak mereka ke tanahair.

Seorang bapa, Salahul Ahmad Jamal Mohd berkata anaknya Nurul Firdaus, 18, yang kini menuntut di Mansura, memberitahu yang dia terpaksa tidur bertemankan pisau kerana bimbang dengan keadaan yang semakin tidak terkawal.

"Anak saya kini berada dalam keadaan ketakutan...sehingga terpaksa mengenggam pisau demi keselamatan diri dengan bertambahnya kejadiaan pecah rumah, manakala golongan banduan yang melepaskan diri dari penjara pula
bermaharajalela tanpa tindakan dari pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Bernama di ibunegara.

Melihat pada keadaan sekarang, Salahul berkata sewajarnya kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengeluarkan pelajar Malaysia dari negara terbabit.

"Pelajar-pelajar ini adalah bakal pemimpin negara, bertindaklah cepat... jangan nak tunggu nyawa melayang baru nak hantar bantuan...ini bukan soal duit yang penting nyawa anak-anak kami paling utama," katanya.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Sementara itu, Rohana Abdul Rahman, ibu kepada Hanan Amira Hashim, 22, berkata beliau bimbang talian komunikasi di negara terbabit akan terputus.

"Sekiranya talian telekomunikasi terputus, ini akan menyukarkan kami (ibu bapa) untuk berhubung dengan mereka," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan memberi lebih tumpuan kepada kawasan di Mansura yang agak jauh jika dibandingkan dengan Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta dan Iskandariah.

"Tindakan segera perlu...jika tidak nyawa anak-anak kami berada dalam keadaan bahaya dengan masalah jenayah jalanan,pecah rumah dan banduan semakin 'bebas' di mana-mana sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

- Bernama

GAMIS dakwa PTPTN, JPA lewat salur wang
Feb 1, 11 1:11pm


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendakwa wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa Jabatan Perkhidmat Awam (JPA) terlalu lewat disalurkan kepada pelajar pada sesi kali ini.

Pengerusi majlis ekonominya, Abdul Rauf Othman berkata kelewatan itu memberi kesan yang buruk kepada pelajar kerana terpaksa berhutang dengan pihak universiti.

Manakala pihak universiti pula, katanya, menuntut mahasiswa untuk menjelaskan hutang sebelum dibenarkan membuat pendaftaran subjek.

"Apa yang jelas, mahasiswa tidak mampu untuk membayar yuran tersebut tanpa bantuan pinjaman daripada PTPTN dan JPA, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di kampus besar di sekitar Lembah Kelang yang kos hidupnya begitu tinggi.

"Keadaan ini seterusnya akan memangsakan mahasiswa kerana terpaksa bersusah payah mencari inisiatif lain bagi menanggung kos pengajian dan sara hidup di IPT," kata Abdul Rauf dalam satu kenyataan.

Keadaan itu juga, katanya, boleh melumpuhkan semangat dan perjuangan mahasiswa yang sentiasa dicanangkan sebagai pelapis masa depan negara.

"Melewatkan bayaran pinjaman PTPTN dan JPA nyata memberikan kesan, bukan setakat kepada aktiviti akademik mahasiswa di kampus, bahkan turut menjejaskan aktiviti mereka apabila berada di lapangan ummah," katanya.

Menurutnya lagi, bantuan biasiswa JPA secara keseluruhannya akan diberikan pada pertengahan bulan Februari manakala bantuan pinjaman PTPTN pula akan disalurkan kepada mahasiswa secara berperingkat.

Abdul Rauf mendakwa, antara alasan kelewatan itu berpunca daripada peruntukan wang tahun 2011 untuk pembayaran biasiswa pelajar IPT di dalam dan luar negara masih belum diterima oleh pihak JPA.

Manakala kelewatan kemasukan pinjaman PTPTN pula, dakwanya, adalah disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dijangka berlaku pada data pengesahan status pelajar.


K'jaan timbang guna kapal TLDM pindah pelajar di Mesir
Feb 1, 11 6:15pm


Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

"Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir," katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Dewan Kampung Ayer Panas di Labis, hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan keluarga pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir, berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu berikutan demonstrasi yang diadakan oleh rakyatnya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.

Kapal serbaguna TLDM terbabit, KD Bunga Mas kini terlibat di dalam operasi anti-lanun di Teluk Aden.

- Bernama

'Saksi pihak ketiga' untuk elak kematian dalam tahanan
Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Feb 1, 11
6:44pm


Bagi mencegah kematian dalam tahanan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya 'saksi pihak ketiga' turut hadir semasa berlangsungnya sesi soal siasat di balai polis.

"(Saksi) mungkin, tetapi tidak semestinya, seorang peguam. Kehadirannya boleh mengikis dakwaan kekejaman berlaku terhadap tahanan," kata setiausaha agungnya, Datuk Dr Maamor Osman.

Saksi pihak ketiga ini, tambahnya, boleh memastikan tidak berlaku seksaan secara mental atau fizikal.

Kebelakangan ini, terdapat banyak laporan mengenai kekejaman polis sewaktu sesi soalsiasat, sehinggakan didakwa mengakibatkan kematian.

Dr Maamor (kanan) juga menggesa polis memaklumkan kepada tahanan hak mereka, termasuk mendapatkan peguam atau ahli keluarga apabila ditangkap, kerana ramai tidak tahu apa harus dilakukan selepas ditahan, atau sesi soalsiasat tidak boleh melebihi lapan jam sehari.

Dia juga menyarankan agar pihak polis memasang televisyen litar tertutup di balai, terutama dalam bilik kurungan, bagi memantau keadaan tahanan supaya sebarang perbuatan ganas yang boleh menyebabkan kecederaan, dapat dipantau.


Banjir: Lebih 45,000 dipindah, teramai di Johor
Feb 1, 11 6:07pm


Mangsa banjir di Johor menunjukkan berkurangan kepada 40,443 orang daripada 9,809 keluarga yang kini berada di 244 pusat pemindahan sehingga jam 2 petang ini.

Pagi tadi, lebih 45,000 mangsa daripada 11,104 keluarga berada di 267 pusat pemindahan.

Menurut laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor www.johordt.gov.my, mangsa teramai adalah di daerah Segamat iaitu 19,489 orang membabitkan 4,689 keluarga, diikuti Kluang dengan 7,680 orang daripada 2,044 keluarga.

Portal itu melaporkan seramai 95 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan di Johor Baharu, 2,374 orang (541 keluarga) di Muar, 2,757 orang (620 keluarga) di Batu Pahat dan 600 orang daripada 139 keluarga di Pontian.

Kota Tinggi pula mencatatkan 1,781 mangsa melibatkan 412 keluarga, Mersing (99 orang daripada 31 keluarga), Ledang (5,305 orang daripada 1,224 keluarga) dan Kulaijaya merekodkan 263 mangsa daripada 84 keluarga.

Menurut laporan portal itu, daripada 244 pusat pemindahan, 89 adalah di Segamat, Kluang (39), Johor Baharu (3), Muar (22), Batu Pahat (28), Pontian (10), Kota Tinggi (19), Mersing (1), Ledang (29) dan Kulaijaya (4).

Sehingga kini dua kematian dilaporkan membabitkan dua wanita dalam kejadian di Segamat dan Kulaijaya pada Ahad lepas.

Sementara itu, jalan yang masih ditutup di Segamat membabitkan Batu 8 di Jalan Muar-Segamat, jambatan Sungai Penarah di Km 63 Jalan Muar-Segamat, Km 196 Jalan Johor Baharu-Seremban (Batu 8, Sungai Merlimau) dan jalan masuk ke Felda Redong akibat jambatan runtuh.

Jalan yang ditutup di Kluang membabitkan Km 79 hingga Km 81 Jalan Kluang-Mersing dan Km 75 Jalan Kluang-Jemaluang.

Sehingga kini dua kematian dilaporkan membabitkan dua wanita dalam kejadian di Segamat dan Kulaijaya pada Ahad lepas.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Melaka yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan meningkat kepada 4,101 orang sehingga pukul 7 malam ini berbanding 3,396 orang pada tengahari tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata mangsa banjir di Melaka kini paling ramai ditempatkan di daerah Melaka Tengah, meningkat kepada 2,114 di lapan pusat pemindahan berbanding hanya 49 orang dan sebuah pusat pemindahan semalam.

Keadaan banjir di daerah Jasin pula mulai surut dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan ialah seramai 419 orang.

Di Alor Gajah, banjir juga semakin surut dengan bilangan mangsa yang masih berada di tujuh pusat pemindahan ialah seramai 1,568 orang.

Mangsa banjir di Jasin dan Alor Gajah mula ditempatkan di pusat pemindahan sejak Ahad lepas manakala di Melaka Tengah, mangsa berpindah sejak semalam.

Cuaca cerah dilaporkan di seluruh negeri ini hari ini dan dijangka keadaan banjir akan bertambah baik di Alor Gajah dan Jasin, kata jurucakap itu lagi.

Di Jasin, jumlah mangsa yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan ialah 1,254 orang daripada 309 keluarga manakala di daerah Melaka Tengah melibatkan 1,128 orang daripada 258 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Cuaca dilaporkan cerah dan tiada hujan dilaporkan pada sebelah pagi ini di seluruh negeri ini.

Jurucakap itu berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan sejak pukul 9 malam tadi hingga 8 pagi ini.

Beliau berkata bantuan seperti makanan dan minuman telah dihantar ke pusat pemindahan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala agensi lain seperti tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam pemindahan mangsa banjir.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam melawat mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan tersebut bagi memastikan keperluan mereka mencukupi.

Jalan raya yang ditutup kepada semua kenderaan hanya di jalan Taman Merdeka, jalan Angkasa Nuri dan jalan Pasar Borong, yang kesemuanya terletak di Batu Berendam.

Di Labis, Sehari selepas pulang daripada lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di Johor.

Perdana Menteri yang tiba di Labis tengah hari ini berkata, berdasarkan daripada taklimat yang diterimanya tentang keadaan terkini banjir di Johor, beliau diberitahu keadaan terburuk bagi bencana banjir di negeri ini telah
berlalu.

"Berdasarkan kepada taklimat, nampaknya (keadaan terburuk banjir di Johor telah berlalu), tetapi kita mesti berjaga-jaga. Keadaan cuaca terlibat, fenomena (cuaca) yang luar biasa itu telah beralih ke kawasan lain, ke arah selatan di kawasan perairan."

"Bagaimanapun, kita perlu sentiasa berhati-hati kerana perubahan cuaca boleh menyebabkan banjir," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Kampung Ayer Panas, di sini.

Cuaca panas terik dan cerah di Johor sejak pagi memberi peluang kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini pulang ke rumah masing-masing, walaupun lebih daripada 40,000 mangsa masih ditempat di pusat-pusat pemindahan seluruh negeri.

Menurut Perdana Menteri, bencana banjir yang melanda Johor disebabkan fenomena cuaca yang luar biasa di mana jumlah hujan yang diterima negeri itu dalam sehari bersamaan dengan jumlah diterimanya dalam dua bulan.

"Ia adalah suatu fenomena cuaca yang luar biasa, di mana jumlah hujan yang turun itu tidak dapat diduga," katanya sambil menambah, fenomena luar biasa itu disebabkan oleh faktor pemanasan iklim dunia.

Ditanya mengenai persediaan di dalam menangani bencana banjir di Johor, Najib berkata, beliau amat berpuas hati dengan tindakan pantas kerajaan negeri dan agensi kerajaan pusat membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Katanya tindakan pantas operasi membantu mangsa banjir di Johor itu merupakan hasil kerjasama erat yang sedia terjalin di antara kerajaan negeri dan pusat.

Usaha membantu mangsa-mangsa banjir itu termasuk, memastikan bekalan makanan yang mencukupi, selimut, tikar serta bekalan perubatan dan rawatan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Hasil tinjauannya di pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Kampung Ayer Panas itu, Najib berkata, mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan menikmati makanan segar seperti ikan, ayam dan daging.

Mengenai bantuan wang ehsan kepada mangsa banjir di Johor, beliau berkata, ia akan diberikan kepada mangsa selepas ini bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menentukan kadar wang ehsan itu mengikut formula yang telah ditentukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, sebanyak 20 platun anggota tentera berserta aset dan kelengkapan mereka telah dikerah bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir negeri Johor.

Dalam lawatan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Kampung Ayer Panas itu, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor, turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000 daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) kepada mangsa-mangsa banjir di Johor.

Isteri Menteri Besar Johor, Prof Datuk Dr Jemilah Ariffin menerima sumbangan itu.

- Bernama



Protes di Facebook bantah kawalan siber
S Pathmawathy
Feb 1, 11
8:50pm


Laman Facebook popular yang menentang pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat, kini mengalihkan fokus kempennya kepada membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

Laman tersebut dilayari hampir 290,000 orang sejak dilancarkan pada 16 Oktober tahun lalu, selepas kerajaan mengumumkan rancangan untuk membina menara pencakar langit itu di Kuala Lumpur.

Hari ini, laman tersebut melancarkan protes baru di talian untuk tempoh dua minggu mulai hari.

say no to megatower facebook page'Demonstrai Mega Online 11' itu, yang akan berlangsung sehingga 14
Februari, menghendaki pengguna Facebook menggunakan poster yang direkabentuk oleh pengendali laman tersebut sebagai profil foto mereka.

Kempen tersebut yang dilancarkan tengahari tadi, telah menerima 325 'suka' dan 70 komen sehingga jam 8 malam ini.

Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.




Saiful: Saya bercakap benar
Feb 1, 11 3:44pm


Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini berkata permohonan maaf oleh laman Pahang Daily Online menunjukkan beliau berkata benar dan tidak mengalami penyakit kelamin seperti didakwa laman berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Saiful dalam tulisannya di laman mohdsaifulbukhari.blogspot.com hari ini berkata beliau masih perlu mendapatkan nasihat peguamnya berhubung permohonan maaf itu.

NONE"Ini memerlukan saya mendapatkan nasihat daripada peguam saya sebelum saya membuat apa-apa tindakan lanjut.

"Antara fitnah yang telah dilemparkan; saya sakit tenat, memakai tiub di badan untuk membuang air besar, kemaluan bernanah dan banyak lagi.

"Permohonan maaf tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa selama ini saya berkata benar dan saya tidak mengalami apa-apa penyakit kronik ataupun penderitaan seperti yang di fitnah," katanya dalam satu tulisan di laman blognya.

Katanya lagi, beliau berharap isu berkenaan menjadi iktibar kepada pihak yang masih memfitnah dirinya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pahang Daily Online menarik balik enam tulisan berhubung dakwaan Mohd Saiful mengalami penyakit kelamin.

Tindakan menarik balik tulisan itu diumumkan melalui satu lagi tulisan yang disiarkan semalam di laman berkenaan.

Enam tulisan yang disiarkan lebih dua tahun lalu itu adalah berhubung dakwaan Mohd Saiful mengalami penyakit tersebut akibat terkena sumpah laknatnya pada Ogos 2008.

Mohd Saiful membuat sumpah laknat itu susulan tindakannya tampil membuat dakwaan bahawa beliau diliwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua bulan sebelumnya.

Mohd Saiful merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes tuduhan liwat melibatkan bekas majikannya itu.

Perbicaraan kes berkenaan akan bersambung pada 14 Februari.






Pahang Daily akui silap, mohon maaf pada Saiful
Salhan K Ahmad
Feb 1, 11
1:36pm


Laman web Pahang Daily Online bertindak menarik balik enam tulisan berhubung dakwaan penyakit kelamin dialami Mohd Saiful Bukhari Azlan – saksi utama dalam perbicaraan kes liwat melibatkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah itu diumumkan melalui satu tulisan yang disiarkan semalam di laman berkenaan.

NONEEnam tulisan yang disiarkan lebih dua tahun lalu itu adalah berhubung dakwaan Mohd Saiful Bukhari (kiri) mengalami masalah kesihatan akibat terkena sumpah laknatnya pada Ogos 2008.

Mohd Saiful Bukhari membuat sumpah laknat itu susulan kepada tindakannya tampil membuat dakwaan bahawa beliau diliwat Anwar, dua bulan sebelumnya.

Satu tulisan pada September 2008 di laman itu antara lainnya menyebut, "maklumat terkini diterima mengatakan beliau kini menderita penyakit kelamin atau lebih spesifik lagi 'kemaluannya bernanah' dan beliau tidak dapat "membuang air kecil" seperti dulu lagi."

Menurut satu lagi tulisan di Pahang Daily Online semalam, tindakan menarik balik tulisan itu dilakukan setelah memastikan bahawa laporan berhubung "penyakit misteri" dialami Mohd Saiful Bukhari itu "tidak benar sama sekali."

"Sebagai sebuah blog panas dan sensasi, ada kalanya artikel yang dihantar oleh orang awam dan krew-krew kami dari seluruh negara tidak ditapis dengan sebaik mungkin menyebabkan laporannya terkadang terbabas dari etika penyiaran yang sebenarnya.

NONE"Justeru, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.

"Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya," tulisan itu dipetik.

Laman itu juga menjelaskan, satu penyiasatan telah dijalankan untuk mengenalpasti kesahihan dakwaan seperti yang disiarkan itu.

"Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Malah, kami cuba menghubungi pihak yang menghantar email artikel berkenaan namun tetap tidak mendapat jawapan yang sepatutnya.

"Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali," menurut tulisan itu lagi.

Editor laman berkenaan sebelum ini disiasat polis pada Mac 2009, susulan satu laporan polis oleh Mohd Saiful Bukhari.

Mohd Saiful Bukhari seterusnya mengemukakan saman ke atas laman berkenaan pada April 2009.

Tiada ulasan: