Ahad, 20 Februari 2011

PERKAHWINAN DAN MASALAH CERAI BERAI

IBADAH

MASALAH RUMAH TANGGA DAN PENYELESAIANNYA

TALAK

1. MAKSUD

· Bahasa : melepaskan ikatan

· Istilah : melepaskan ikatan perkahwinan melaui lafaz talak

2. HUKUM

· Wajib :

apabila terjadi perselisihan antara suami dengan isteri dan tidak menemui jalan penyelesaian

· Sunat :

apabila suami tidak sanggup menanggung nafkah isteri dengan sempurna / isteri tidak memelihara kehormatan diri

· Makruh :

jika suami menceraikan isteri yang baik

· Harus :

apabila tiada persefahaman antara suami dan isteri

· Haram

jika menjatuhkan talak yang sedang haid / menjatuhkan talak ketika isteri suci dan telah disetubuhi pada waktu itu

3. JENIS-JENIS TALAK

· Talak raj’i : talak 1 / 2, boleh rujuk jika belum habis idah)

· Talak bain : (talak 3 / isteri tebus talak, tidak boleh rujuk)

· Talak sunni : talak terhadap isteri ketika sedang suci yang pernah disetubuhi

· Talak bid’i : talak terhadap isteri ketika haid yang pernah disetubuhi / selepas disetubuhi

4. RUKUN TALAK

· Suami

· Isteri

· Lafaz;

§ Jenis-jenis lafaz;

- lafaz terang (yang tidak menimbulkan keraguan)

- lafaz sindiran (tidak jelas dan diragui samada ia bermaksud cerai / tidak)

5. BILANGAN TALAK : 3 kali

6. TALAK TAKLIK :

· Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat

· Terbahagi kepada 2 :

§ Taklik biasa

- Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata "jika engkau keluar dari rumah ini maka engkau tertalak dengan satu"

- Talak berlaku jika isteri keluar dari rumah pada waktu itu

§ Taklik secara khuluk

- Seperti yang terdapat dalam surat nikah.

- Akibat talak taklik secara khuluk , suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru.

7. MENGAPA TALAK DITANGAN LELAKI;

· lelaki mempunyai hak mengendalikan urusan rumah tangga

· lelaki pemimpin keluarga

· lelaki lebih cermat dan tabah menghadapi kesulitan

8. HIKMAH TALAK

· memberi peluang kepada suami isteri menginsafi kesalahan

· memberi peluang mencari penghidupan baru

· sebagai jalan penyelesaian kepada pasangan yang bertengkar

9. AKIBAT TALAK

· anak-anak menjadi mengsa dan menghadapi tekanan

· anak-anak tiada pengawasan

RUJUK

1. MAKSUD

· Bahasa : kembali

· Istilah : suami mengambil kembali bekas isterinya yang telah diceraikan dalam masa idah

raj’i.

2. HUKUM;

· Wajib :

bagi suami yang menceraikan salah satu daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian gilirannya.

· Haram :

jika rujuk mendatangkan kemudaratan kepada isteri

· Makruh :

jika perceraian lebih baik dari rujuk

· Harus :

jika rujuk membawa kebahagiaan kepada isteri dan keluarganya

3. RUKUN RUJUK;

· Suami

· Isteri

· Lafaz rujuk

4. SYARAT RUJUK;

i. Suami

§ Islam

§ Baligh

§ Berakal

§ Dengan kemahuan sendiri

ii. Isteri

§ Islam

§ Telah disetubuhi suami

§ Bukan perceraian secara fasakh atau khuluk

§ Bukan dijatuhkan talak tiga

§ Masih dalam tempoh idah

iii. Lafaz / sighah

§ Menggunakan lafaz rujuk seperti " aku rujuk engkau "

§ Tidak bertaklik

§ Tidak ditentukan had masa

5. HIKMAH RUJUK;

i. Supaya pasangan dapat membina hidup baru dengan mengakui kesilapan masing-masing

ii. Menyambung ikatan kekeluargaan

iii. Menyelamatkan anak dari terjerumus ke lembah yang tidak baik

iv. Mengembalikan ketenteraman jiwa pada suami isteri




IDAH

1. MAKSUD :

· Bahasa : tempoh pengiraan

· Istilah : tempoh masa larangan berkahwinan yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami

2. JENIS DAN TEMPOH IDAH :

i. Idah disebabkan perceraian

a. Sedang hamil

§ Hingga melahirkan anak

b. Tidak hamil

§ Tiga kali suci

c. Putus haidh

§ Tiga bulan

d. Belum disetubuhi

§ Tiada edah

ii. Idah disebabkan kematian suami

a. Hamil

§ Hingga melahirkan anak

b. Tidak hamil

§ 4 bulan 10 hari

c. Putus haidh

§ 4 bulan 10 hari

d. Belum disetubuhi

§ 4 bulan 10 hari

3. SEBAB PERBEZAAN TEMPOH EDAH :

· Bagi perempuan bercerai hidup

§ Dapat membersihkan rahim daripada benih hasil hubungan dengan bekas suami

§ Cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan bagi yang sedang hamil

· Bagi perempuan bercerai mati

§ Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan

· Bagi perempuan yang belum disetubuhi

§ Tiada idah kerana rahimnya suci daripada benih suami

4. HIKMAH IDAH :

· Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada berlaku percampuran keturunan apabila isteri berkahwinan dengan lelaki lain

· Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya

· Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan masyarakat

· Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dunia dan menjaga perasaan keluarganya terutama isterinya

5. HAK DAN STATUS ISTERI SEMASA DAN SELEPAS IDAH :

· Hak semasa idah

§ Bagi yang diceraikan dengan talak satu / dua

- Masih dibawah tanggungjawab suami

- Berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya ( nafkah, tempat tinggal, pakaian dll )

- Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinannya

§ Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak bain

- Isteri tidak boleh dirujuk

- Tidak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal

- Tidak mendapat hak perwarisan harta

§ Bagi isteri yang kematian suami

- Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya

· Hak selepas idah

§ Tidak mempunyai hubungan lagi dengan bekas suami

§ Bebas menetukan kahidupan sendiri

§ Pasangan bercerai tamat idah berhak berkahwin semula

§ Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin memperisterikannya

6. PERKARA YANG DILARANG SEMASA IDAH

Dipinang

§ Bagi perceraian hidup

- Diharamkan sama ada pemingan secara terang / sindiran

§ Bagi perceraian mati

- Diharamkan sama ada pemingan secara terang, tetapi harus secara sindiran

Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami

§ Bagi perceraian hidup

- Diharamkan keluar rumah tanpa izin suami kecuali untuk keperluan syarak

§ Bagi perceraian mati

Diharamkan keluar rumah kecuali untuk keperluan syarak

Menghias diri

§ Bagi perceraian hidup

- Jika dalam idah raji'e diharuskan berhias. Jika dalam idah bain disunatkan tidak berhias

§ Bagi perceraian mati

- Diharamkan berhias

Berkahwin

§ Bagi perceraian hidup

- Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suami

§ Bagi perceraian mati

- Diharamkan berkahwin

FASAKH


1. MAKSUD : membatalkan nikah dengan kuasa kadi disebabkan tidak memenuhi syarat syarat pada masa akad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami menuntut cerai

2. HUKUM : harus , bila ada sebab

3. SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH :

· suami tidak memberi nafkah / tempat tinggal / mas kahwin

· tidak tahu kedudukan suami

- suami hilang selama 6 bulan

- keadaan ini dibolehkan fasakh kerana ia sama dengan keadaan suami tidak memberi nafkah zahir dan batin

· suami berpenyakit yang tidak boleh diubati

· salah seorang cacat

· salah seorang dari isteri / suami murtad

· berlaku persetubuhan syubhat ( salah sangka )

· suami zalim

· tidak bernafsu dengan lelaki

· kecacatan syarie

4. HIKMAH :

· mengelakkan kaum wanita teraniaya

· menunjukkan keadilan Allah terhadap hak perceraian

· memberi peluang untuk isteri memilih jalan hidupnya

KHULUK

1. MAKSUD : perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat bayaran kepada suami ( TEBUS TALAK )

2. HUKUM : harus

- jika isteri berasa tidak sesuai dengan suaminya

- bimbang berlaku derhaka terhadap suami jika meneruskan ikatan perkahwinan

3. AKIBAT : tidak boleh rujuk semula melainkan dengan akad nikah yang baru

4. BAYARAN TIDAK DI TETAPKAN:

· dengan cara suami minta harga

· persetujuan suami isteri

5. BAYARAN BOLEH DENGAN

· nilai mata wang / barang-barang halal, suci, berharga, bermanfaat

6. CATATAN

· khuluk tidak boleh dipaksa oleh orang lain

· khuluk tidak mengurangi bilangan talak

· khuluk boleh dilakukan pada masa haid

7. TUJUAN / HIKMAH DIHARUSKAN :

· mengelakkan isteri menderhaka

· beri penghormatan kepada wanita bertindak mengikut syarak

· menginsafkan suami / mengelakkan ego suami yang suka menyalah gunakan kuasa sebagai ketua keluarga untuk bertindak sesuka hati.

8. RUKUN

1. suami

2. isteri

3. bayaran yang dipersetujui

4. ucapan

NUSYUZ

1. MAKSUD :

· Dari segi bahasa : ingkar

· Dari sudut istilah : suatu tindakan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alas an munasabah mengikut hukum agama

2. CONTOH :

1. keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada urusan mustahak

2. tidak mahu layan suami tanpa ada keuzuran

3. musafir tanpa izin suami

4. membantah perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran islam

5. berpaling dari suami ( masam muka )

3. CARA ATASI :

· menjalankan tanggungjawab masing-masing

· berunding

· peka kepada keperluan masing-masing

4. KEADAAN TIDAK NUSYUZ;

· tidak sediakan makanan

· berkata kesat / kurang sopan

5. GARIS PANDUAN SELESAIKAN MASALAH ISTERI NUSYUZ;

· nasihat

· pulau tempat tidur

· beritahu keluarga isteri

· pukul dengan tidak mencederakan

· khidmat nasihat kaunseling islam

ZIHAR

1. MAKSUD :

· Bahasa : belakang

· Istilah : suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan muhram baginya

2. HUKUM :

· Haram dan berdosa besar

3. RUKUN DAN SYARAT

· Suami

§ Baligh

§ Berakal

§ Sah talak

§ Dengan kemahuan sendiri

· Isteri

§ Isteri yang sah

§ Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya

· Orang yang diserupakan dalam zihar

§ Perempuan

§ Perempuan yang muhram dengan sebab nasab, penyusuan / persemendaan

· Sighah

§ Jelas dan khusus

§ Jika tidak jelas ia perlu kepada niat atau maksud ungkapan suami

4. CARA MENGHINDARI BERLAKUNYA ZIHAR

· Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah dan berselisih faham

· Memahami konsep zihar sebenar

· Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri

5. KIFARAT ZIHAR

· Memerdekakan seorang hamba

· Berpuasa selama 2 bulan berturut-turut

· Memberi makan kepada 60 orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap seorang

6. AKIBAT ZIHAR

· Suami mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar kerana mengharamakan perkaran yang dihalalkan oleh islam

· Suami isteri diharamkan melakukan persetubuhan

· Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri

· Suami wajib membayar kifarah

LI'AN

MAKSUD

* Bahasa : laknat

* Istilah :

- sumpah suami yang disandarkan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tiduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab

- sumpah isteri yang disertakan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya

SEBAB BERLAKU LI'AN

* Suami menuduh isteri berzina tanpa membawa 4 orang saksi untuk membenarkan tuduhannya

- Suami boleh disebat 80 kali sebatan jika gagal membawa saksi

- Untuk mengelakkan perkara tersebut suami hendaklah bersumpah li'an untuk membenarkan tuduhannya

- Isteri juga dikehendaki bersumpah li'an bagi menolak tuduhan suaminya jika tidak mengaku bersalah

PROSES BERLAKU LI'AN

* Suami menuduh isteri berzina atau menafikan keturunan anaknya tanpa saksi yang cukup

* Isteri menolak tuduhan suami dan menuntut dilaksanakan hukuman qazaf terhadap suaminya

* Hakim memerintahkan dilaksanakan proses lian

v Suami bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali dengan tuduhan zina / menafikan keturunan anaknya

§ Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta

v Isteri bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali menafikan tuduhan suaminya

§ Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta

KESAN LI'AN TERHADAP SUAMI ISTERI

* Suami isteri terpisah selepas sumpah li'an

* Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu selama-lamanya

* Suami yang membuat tuduhan dilepaskan dari tuduhan qazaf

* Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan sumpah li'an

* Anak yang dinafikan dalam sumpah lian, ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah

* Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya

HIKMAH DISYARIATKAN LI'AN

* Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah

* Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan melakukan sumpah li'an dihadapan orang ramai

* Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina



FASAKH
....................................................
Fasakh bererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Amla seperti berikut :
  1. Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.

  2. Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.

  3. Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.

  4. Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.

  5. Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.

  6. Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :
    1. Selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh kelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.
    2. Bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.
    3. Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.
    4. Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.
    5. Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.
    6. Jika suami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannya dengan adil sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam.

  7. Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.



BAB FASAKH DAN KHULUK


Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Fasakh bererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan.
Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh berikut:
1. Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.
2. Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.
3. Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
4. Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
5. Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.
6. Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :
a. Selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh kelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.
b. Bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.
c. Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.
d. Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.
e. Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.
f. Jika suami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannya dengan adil sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam.
7. Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.
Bagi penganiayaan fizikal seperti pukul, ia tidak perlu dibuktikan bagi isteri bahawa perbuatan itu selalu dilakukan oleh suami. Memukul walau tidak lazim adalah mencukupi untuk membuktikan penganiayaan.
Cara melakukan fasakh
Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh - Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru. Khuluk atau tebus talak Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk

Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.
Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”
Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.


Isteri hadapi masalah bawa kes ke Mahkamah Syariah dinasihat ambil peguam syarie
Soalan: SAYA sudah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah. Suami hadir dan menyatakan dia tidak bersetuju dengan tuntutan itu. Kes saya ditangguhkan ke Disember untuk memberi peluang kepada saya meminda tuntutan kepada cerai fasakh atau cerai taklik. Masalahnya saya tidak tahu apakah beza antara cerai fasakh dan taklik ini dan yang manakah yang kuat untuk saya bercerai dengan suami. Harap penjelasan tuan boleh membantu.
Puan Haidar, Shah Alam.

Jawapan:

Ada banyak alasan membolehkan mahkamah membenarkan tuntutan cerai fasakh iaitu suami hilang atau ghaib lebih setahun, suami cuai atau tidak memberi nafkah zahir selama tiga bulan, suami dipenjarakan selama tiga tahun atau lebih, suami tidak menunaikan nafkah batin selama setahun.
Alasan lain, suami mati pucuk, gila selama tempoh dua tahun atau hidap kusta, vitiligo atau hidap penyakit kelamin yang berjangkit dan isteri yang dikahwinkan wali mujbir sebelum dia baligh dan dia menolak perkahwinan itu, dengan syarat dia belum disetubuhi.
Suami menganiayai isteri dengan lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita, suami berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut hukum syarak, memaksa isteri hidup secara lucah, melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan haknya terhadap hartanya.


Suami menghalang isteri daripada menjalankan kewajipan agamanya, berpoligami yang tidak berlaku adil terhadap isterinya, sengaja enggan menyetubuhi isterinya lebih daripada empat bulan. Menikahi isteri secara tidak sah ketika akad nikah, sama ada dengan sebab paksaan, kesilapan, tidak sempurna akal atau lain-lain yang diakui hukum syarak.
Jika ketika akad nikah, isteri seorang yang sakit otak menurut Ordinan Sakit Otak 1952, sama ada berterusan atau selang-seli, dan sakit otaknya dalam kategori yang tidak layak untuk berkahwin serta apa-apa alasan lain yang diiktiraf hukum syarak.
Beban pembuktian adalah terletak kepada plaintif untuk membuktikan salah satu atau lebih, alasan fasakh itu. Cuma dalam kes membabitkan nafkah, beban bukti adalah ke atas suami yang perlu membuktikan dia ada memberi nafkah kepada isterinya.
Cerai taklik berdasarkan peruntukan Seksyen 50 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ialah lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang.
Pihak yang menuntut cerai taklik perlu berkahwin menurut hukum syarak dan mempunyai sijil nikah yang mempunyai surat perakuan taklik yang dilafazkan dan ditandatangani oleh suami sejurus selepas akad nikah.
Lafaz taklik negeri adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri lain. Hanya isteri boleh menuntut cerai taklik. Lafaz taklik perlu dibaca dan ditafsirkan secara keseluruhan, bukan separuh atau sekerat saja.
Beban pembuktian terletak kepada isteri untuk membuktikan suaminya ada melafazkan taklik itu dan membuktikan suaminya sudah melanggar janjinya dalam surat perakuan taklik itu.
Puan perlu meneliti dan mengkaji semula adakah alasan puan menuntut cerai itu memenuhi kriteria tuntutan fasakh atau taklik sebagaimana yang dinyatakan di atas. Kuat atau tidak tuntutan cerai bukan terletak pada nama atau sifat perceraian itu, tetapi terletak kepada cara anda membuktikan tuntutan dan dakwaan di mahkamah.
Dalam perundangan Islam, beban pembuktian ditanggung oleh pihak yang menuntut sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Keterangan (pembuktian) ditanggung di atas pihak yang mendakwa (menuntut) dan sumpah ke atas yang ingkar (menafikan).”
Sebagai pihak yang mengemukakan tuntutan, hendaklah membuktikan semua dakwaannya sehingga ke tahap yakin. Keyakinan pula adalah disabitkan melalui pengakuan, penglihatan atau keterangan dan dalil.
Seksyen 3 (1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, keterangan termasuk bayyinah dan syahadah, keterangan lisan dan keterangan dokumen.
Saya nasihatkan puan dapatkan khidmat peguam syarie kerana jika suami tidak bersetuju bercerai, mahkamah perlu membicarakan kes anda. Apabila berdepan dengan proses perbicaraan, puan perlu menghadapi banyak prosedur dan aturan yang perlu dipatuhi pihak-pihak. Peguam syarie boleh membantu mengemukakan bukti di mahkamah dan mendapatkan hak menurut hukum syarak.

1 ulasan:

Arif Aziz berkata...

Salam. Boleh try produk saya ni tgk.. please refer di link kat bawah ni..

http://www.ubatvitiligo.com/

Contact saya untuk pertanyaan lanjut, 019-5440021 (Arif Aziz)

TQ.