Selasa, 5 Jun 2012

TOLAK PERCALONAN ITU SATU HAL...TAK PE LAH BOLEH TAHAN LAGI...BAGAIMANA DITOLAK UNTUK MASUK SYURGA...MALAH KEKAL SELAMA2NYA DISANA...NI LAGI PARAH...INGAT HISABLAH KEJAHATAN DAN AKIDAH KITA...AGAR TAK MENYESAL DIAKHIRAT KELAK.....

688 ahli Pas sertai Umno: Fauzi tanding Larut?

Mohd Sayuti Omar, 05 Jun 2012
Penyertaan bekas Ketua Siasatan Jenayah (KSJ) Bukit Aman Fauzi Shaari ke dalam perjuangan Pas dua minggu lalu telah dirasai dan mula memberi kesan kepada Umno khasnya Umno Perak. Walaupun penyertaan Fauzi itu atas kesedaran diri untuk memperjuangkan Islam tetapi ia sudah mula dibaca oleh orang Umno Perak terutamanya di kawasan kelahiran Fauzi di parlimen Larut, kononnya Fauzi bakal diletak bertanding di kerusi Parlimen Larut.

Fauzi bersama pemimpin Pas di pentas Himpunan Hijau
Keresahan ini tergambar apabila Umno bahagian Larut Perak yang diketuai oleh seorang timbalan menteri terpaksa membuat gimik mentah stail lama untuk melemahkan Pas Perak kononnya 688 orang ahli Pas menyertai Umno.
Mereka itu 360 dari Titi Kasai dan 328 dari Felda Ijok keluar kerana kecewakan dengan perjuangan Pas yang tidak Islamik lagi.

Berita kemasukan ahli Pas itu dilaporkan oleh PB utama negara ini, Utusan Malaysia yang kini edarannya semakin merudum. Khabarnya edaran Utusan di bawah 80,000 setiap hari.

Semua orang tidak mempercayai akan laporan berbayar berita berkenaan. Akhbar itu yang menjadi lidah Umno akan melaporkan apa saja untuk memburukkan pembangkang termasuklah akan melaporkan tahi berwarna kuning pun sebagai emas dan juga tergamak menabur fitnah.

Tidak ada munasabah langsung dengan berita berkenaan. Ia dibuat adalah kerana sudah ada kegerunan dan rasa takut Umno dengan kemunculan Fauzi yang bakal menjadi mujahid Pas. Walaupun belum kedengaran desas desus Fauzi bakal diletakkan di situ atau mana-mana kerusi pada pilihan raya akan datang namun ia sudah pun mengelabahkan hati pemimpin Umno di situ terutamanya ahli parlimennya Hamzah Zainuddin yang kini sudah mulai nampak liang lahad politiknya sudah terbuka luas.

Munasabah juga kalau Hamzah mulai merasai takut kerana dalam pilihan raya lalu beliau menang dengan majoriti tipis 1,191 undi sahaja. Hamzah berdepan dengan calon Pas, Dr Mohd Dhari Othman yang meraih 13,967 undi manakala Hamzah mendapat 15,878.

Dalam Parlimen Larut mempunyai tiga kerusi Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau. Di Selama BN hanya menang dengan 355 sahaja. Calonnya Mohamad Daud Mohd Yusuf mendapat 5,240 manakala calon Pas Abu Hassan Mohammad mendapat 4,855.

Di kerusi Kubu Gajah pula calon BN Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menang hanya 66 undi sahaja. Raja Zainuddin mendapat 4,114 manakala calon Pas Mohd Nazri Din mendapat 4,048.

Hanya dikerusi Batu Kurau BN agak ke depan berbanding dengan Pakatan Rakyat. Di kerusi ini BN menerusi calonnya Mohamad Najmudin Ilias mendapat 7,023 manakala Hamid Ali PKR mendapat 4,584. Najamuddin menang dengan majoriti agak besar sebanyak 2,439 undi.

Memandangkan sambutan dan selera rakyat yang makin bertambah kepada Pakatan Rakyat akhir-akhir ini kemungkinan besar kerusi parlimen Larut dan dua kerusi Dun akan terlepas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Realiti inilah menyebabkan gimik mentah itu terpaksa dilakukan.

Anehnya di sini dan nampak berita kemasukan ahli Pas ke dalam Umno itu rekaan dan merupakan perang saraf apabila hanya ahli Pas yang menyertai Umno tetapi tidak ada ahli PKR khasnya dari keturunan Cina dan India. Seharusnya akhbar PB itu perlu menambah ada juga orang Cina dan India meninggalkan parti mereka dan menyatakan sokongan kepada BN.

Mungkin dengan perkembangan ini Pas Perak boleh memikirkan untuk benar-benar meletakkan bekas pegawai tinggi polis kelahiran Batu Kurau itu untuk berdepan dengan Hamzah Zainuddin dalam pilihan raya akan datang. Kalau ini terjadi pasti orang yang sanggup memperalatkan isteri untuk kepentingan politiknya itu akan menggelupur bagaikan ayam kena sembelih dengan pisau tumpul. [wm.kl.9:18 pm 05/06/12]

Daftar pemilih: JK Pemandu Bersih 2.0 direkod 'mati'

Harakahdaily, 05 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua tahun membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun daftar pemilih Liau Kok Fah masih direkod sebagai 'mati'.

Liau adalah salah seorang ahli Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0 dan telah memaklumkan sendiri masalahnya itu ketika pertemuan Bersih 2.0 dengan SPR pada tahun 2010.

"Tetapi hingga ke hari ini Liau masih lagi ‘dirasmikan mati’. Nama beliau tidak dapat ditemui dalam daftar pemilih," kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan contoh itu, NGO itu mendakwa Suruhanjaya masih gagal membersihkan senarai daftar pemilih baru.

Selain itu mereka turut mendedahkan beberapa lagi penemuan berhubung pemilih yang bertukar alamat tempat mengundi.

Seorang pemilih bernama Phang Kuok Sing telah mendapati namanya didaftarkan sebagai pengundi di Tangkak Johor, walaupun alamat di kad pengenalan barunya ialah Kelantan.

Satu lagi kes melibatkan pemilih bernama Yoong Fue Ting.

Selangor beli 50 lori pemampat sampah baru

Harakahdaily Foto: Selangorku, 05 Jun 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor yakin masalah kutipan sampah di negeri itu akan selesai dalam masa terdekat selepas kerajaan negeri akan membeli 50 buah lori pemampat baru untuk mengangkut sampah.

Untuk peringkat awal, semalam 15 buah lori tersebut telah diserahkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada beberapa daerah di negeri ini.

Ianya dibeli oleh syarikat milik Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lori-lori tersebut akan disewa oleh kontraktor bagi mengantikan lori-lori lama yang kerap rosak dengan harga sewa yang berpatutan.

Ianya juga bakal meringankan beban kontraktor yang tidak mampu membeli lori baru bagi menggantikan lori rosak kerana harga yang mahal iaitu sekitar RM350,000 ke atas untuk sebuah.

“Mereka ini terpaksa menyewa kompaktor yang telah lama, selalu rosak dan akhirnya menganggu prestasi kerja kontraktor.

“Jadi selepas ini mereka boleh menyewa dari kerajaan negeri dengan harga yang lebih berpatutan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berharap kualiti perkhidmatan syarikat-syarikat kontraktor terlibat akan ditingkatkan dengan adanya lori-lori ini.

Kesemua kenderaan tersebut akan selesai diedarkan selewat-lewatnya pada September nanti.

Beliau pada Mei 2011 telah membuat permohonan pertukaran alamat mengundi dari Mambau ke Paya Jaras.

Tetapi namanya telah salah daftar ke Dun Taman Melati di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Sewaktu dirujuk kepada SPR, pegawai bertugas memaklumkan bahawa sebab kesilapan ialah kerana Yoong telah menulis alamat Wangsa Maju sebagai tempat kerja.

Alasan itu dipersoal suami Yoong kerana tidak logik alamat mengundi dibuat mengikut alamat tempat bekerja.

Namun selepas mengisi borang pembetulan tempat mengundi sebanyak dua kali pada tahun 2010, barulah ianya dibetulkan pada bulan Jun tahun lalu.

"Kesilapan yang berkali-kali ini tidak boleh dimaafkan kerana ianya akan menafikan hak pengundi untuk mengundi dikawasan mereka.

"Terbukti sahih bahawa lembaga SPR telah gagal untuk menunaikan tuntutan pertama Bersih 2.0 iaitu membersihkan daftar pemilih," kata kenyataan itu lagi.

Mereka juga turut mengulangi desakan agar kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Razak memecat dengan serta merta lembaga SPR yang ada hari ini dan menubuhkan lembaga SPR yang baru.

Ramai calon Pakatan Rakyat akan ditolak masa penamaan calon?

http://cenangau.blogspot.com, 05 Jun 2012
Aku penuh yakin yang PRU13 nanti akan jadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia dengan penipuan yang paling dahsyat terutama sekali yang ada bersangkut paut dengan daftar pemilih.

Bunga-bunga penipuan pun dah cukup jelas nampak terutama sekali kecelaruan daftar pemilih. Nama orang yang mati masih ada dalam daftar pemilih tapi nama orang yang hidup pulak dibuang kononnya dah mati.

Macam tu jugak nama-nama yang meragukan masih belum dikeluarkan dari daftar pemilih, jugak bilangan pengundi yang terlalu ramai dalam sebuah rumah termasuk dari berbagai kaum.

Tapi yang paling teruk sekali dalam bab daftar pemilih ni bila Hj Mahfuz Omar dakwa ujud satu Task Force haram di pejabat Perdana Menteri yang bagi MyKad kepada warga asing semata-mata untuk didaftarkan sebagai pengundi. Satu aksi 'si anjing Umno' yang bukan setakat nak menipu dalam pilihanraya tapi dalam masa yang sama 'menjual' negara.

Harakahdaily melaporkan:
[Sumber: Hrkh]

SPR tak pernah bersungguh-sungguh untuk ujudkan keadaan yang telus dan adil termasuk pandang ringan dengan tuntutan Bersih tapi dalam masa yang sama sibuk dengan benda-benda remeh contohnya baru-baru ni nak larang penggunaan karikatur atau gambar kartun masa tenpoh kempen.

Macam tu jugak peraturan tak benarkan bendera parti yang tak bertanding dikibarkan masa kempen pilihanraya, peraturan yang sangat-sangat jelas nak bagi kelebihan kepada Umno BN dan merugikan Pakatan Rakyat.

Yang terbaru semalam Timbalan Pengerusi SPR yang katanya ada nombor keahlian Umno, umumkan untuk PRU13 takdak lagi proses semak dan bantah masa penamaan calon dan pegarai pengurus pilihanraya (RO) dibagi kuasa penuh menentukan sama ada seseorang tu bersih dan layak untuk bertanding atau tidak.

Sebelum ni, RO cuma akan buat semakan berdasarkan bantahan kalau ada. Dengan kuasa penuh kali ni tak mustahil kuasa tu akan digunakan untuk tolak pencalonan dari Pakatan Rakyat.

Harus diingat, keputusan yang RO buat untuk proses penamaan calon adalah muktamat yang cuma boleh dicabar dimahkamah selepas pilihanraya. Maknanya keputusan RO tu cuma boleh dicabar selepas  kerajaan baru dibentuk.

Tak mustahil kuasa ni akan digunakan oleh 'si anjing Umno' dikalangan RO yang dilantik untuk pastikan Umno BN terus berkuasa selaras dengan ucapan Najib yang pernah kata akan lakukan apa saja untuk pastikan Umno BN mempertahankan kemenangan.

[Sumber: mStar]



MPK tanam pokok komited hijaukan alam

Harakahdaily, 05 Jun 2012
KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa menitikberatkan aspek kehijauan setempat termasuk penanaman pokok untuk keindahan bandar diraja dan kawasan sekitar.


Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata, bagi menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera, alam sekitar adalah elemen terpenting dan pihaknya komited dalam usaha melestarikan kawasan sekitar dan usaha itu akan berjaya melalui kerjasama semua pihak.

[Gambar: Ehsan (kiri) bersama Pengarah Jabatan Taman Dan Rekreasi MPK, Muhammad Hijaz Sanusi (kanan) bersama wakil penduduk dan Gamuda Land pada perasmian Program Hijau Bumi di Bandar Botanik.]


Menurutnya, komitmen yang diberikan oleh persatuan penduduk, syarikat swasta dan masyarakat setempat  turut akan membantu majlis ke arah mewujudkan persekitaran indah serta ceria.

“Penyediaan landskap yang berkualiti dan sempurna memberi impak yang cukup bermakna untuk semua terutama di kalangan warga Klang dan ia patut dilakukan secara berterusan kelak.

“Malah hasilnya ini akan menampilkan keindahan dan wujudnya keselesaan persekitaran kehidupan seterusnya mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hijau Bumi anjuran MPK dengan kerjasama Gamuda Land dan Persatuan Penduduk Bandar Botanik di sini.

Ehsan berkata, elemen landskap yang indah dan kehijauan setempat yang berkualiti akan memberi keselesaan selain bakal menarik perhatian pelancong tidak kira dari dalam dan luar negeri kelak disamping menjadi perhatian orang ramai untuk menetap di situ khususnya sekitar Bandar Botanik.

Menurutnya, dari Januari hingga April tahun ini, MPK telah menanam 49,366 pokok dengan purata 12,341 sebulan dan ia menunjukkan komitmen majlis dalam menceriakan persekitaran setempat melalui aktiviti penanaman pokok di kawasan terlibat.

Kembali ke era pemuda Umno tahan lasak

Subky Latif, 05 Jun 2012
KEKECOHAN dan gangguan terhadap ceramah PKR yang  dihadiri oleh Anwar Ibrahim di  Lembah Pantai malam Khamis 24 Mei 2012 adalah rentetan UMNO kembali  ke era Pemuda UMNO tahan lasak pra 13 Mei, 1969.
Pemuda UMNO masa itu dipimpin oleh Tan Sri Senu Abdul Rahman. Saya mengenali Senu dari dekat. Dia seorang yang baik dan berfikiran maju tetapi bukan seorang yang samseng.

Tetapi orang di bawah beliau ada yang ultra dan samseng. Maka dia hilang kawalan terhadap anak buahnya. Pemuda UMNO zaman itu mungkin ramai dan kuat, tetapi tidak dihormati. Mereka  digerusi dan ditakuti. Dalam mana-mana politik  duniawi adalah orang keras dan pelampau iaitu ektrimis. Tetapi Pemuda UMNO tahan lasak pelampau, sebaliknya samseng yakni gangsterisma. Mereka kaki pukul, kaki gaduh dan kaki kacau.

Pembangkang penting dan utama era itu adalah PAS. PAS banyak pengalaman menjadi mangsa politik ranggi itu. Ia adalah era paling hitam bagi Pemuda UMNO.

Sejak Tun Hanif Omar menjadi Ketua Polis Negara dan Tun Musa Hitam menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO  di bawah Dato Harun Idris, sifat samseng Pemuda tahan lasak itu mula dibendung dan orang lupa kepada samsengnya.

Tetapi ia mulai kembali ke   zaman huduh itu apabila ceramah pembangkang mulai diganggu. Penunggang motosikal bukan sekadar menggamatkan dentum bunyi motorsikal masing-masing bah meronda seperti mat sempit berdekatan majlis ceramah pembangkang. Ia amat mencabar kesabaran pembangkang.

Mulai semula budaya UMNO mengadakan ceramah kilat beberapa rantai dari ceramah PAS. Sejak dulu dan sekarang ceramah UMNO tidak berorang. Maka ia tidak banyak mengadakan ceramah. Yang rajin mengadakan ceramah ialah pembangkang terutama  PAS. Ceramah selalunya ada sambutan. UMNO pun suka mendengar ceramah pembangkang di celah-celah gelap malam.

Tetapi selalunya bila ada ceramah pembangkang biasalah UMNO mengadakan ceramah segera kadang-kadang berhadapan dan bersebelah dengan ceramah pembangang. Bukan  ramai yang mendengar mereka, tetapi cukup mengacau, menghalang orang pergi ke ceramah pembangkang dan mengganggu yang hadir ke ceramah mendengar ceramah itu.

Gangguan itu mudah mencetuskan perbalahan seperti yang berlaku dalam ceramah PKR di  Lembah Pantai itu.

Percayakah orang bahawa yang mengganggu itu bukan UMNO? Sama ada ia dilakukan oleh UMNO atau oleh sesiapa saja selain UMNO, tetapi persepsi orang ia adalah UMNO.

Boleh jadi bukan oleh UMNO. Tetapi sasaran ceramah itu selain dari menerangkan dasar dan perjuangan partinya, ia juga bagi menegur kelemahan kerajaan dan  di mana tidak kenanya UMNO dalam berbagai perkara. Payah bagi pihak yang  tidak berkenaan untuk memberi reaksi atas sasaran ceramah pembangkang.

Mungkin ia angkara orang lain, tetapi orang tetap kata ia khianat UMNO. Maka UMNO mesti menjaga kesabarannya sebagai pengamal demokrasi yang matang menjauhkan diri tohmah dikatakan samseng.

Orang yang tidak serorok dengan ceramah Anwar adalah UMNO totok saja.  Orang lain sanggup pergi ke mana-mana untuk mendengarnya. Teremasuk orang UMNO. Mana ada penceramah politik  dalam dunia yang tidak membidas dan mengecam lawan politik. Bukan  UMNO kalau dia tidak kata PAS, PKR dan DAP tidak baik. Kalau pembangkang boleh sabar apa UMNO kata kepada mereka termasuk mengata Tok Guru Nik Aziz bapa kafir, maka UMNO yang berpolitik lebih 60 tahun sanggup belajar dari perkara itu.

Jika Anwar tidak diterima orang sebagai pemimpin dan tiada orang hendak mendengarnya lagi, maka mengapa ceramahnya diganggu. Kalau orang sudah  tidak bersamanya, nescaya tiada lagi yang mendengarnya. Bila yang mendengarnya, dia pun tidak berceramah lagi. Jika UMNO tidak suka ceramahnya, UMNO boleh arah orang UMNO dan penyokongnya mendengar ceramahnya. UMNO jangan pergi mendengarnya.

Masalahnya UMNO pun ramai yang hendak mendengarnya. Kerana UMNO  tidak terdaya menangkis serangannya dan tidak dapat menafikan kebaikan yang kerajaan pembangkang buat, maka cara mudahnya, ia balik ke alam samseng.

Najib mahu UMNO dan rakyat berfikir dan bertindak mengikut kelas  dunia pertama, ketika semua orang sudah masuk ke kelas dunia pertama, UMNO masih berada di kelas dunia ketiga. UMNO tahan lasak lebih terkebelakang dari kelas dunia ketiga.

Plat: Siapa ajar menteri bida guna wang rakyat

Harakahdaily, 05 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan  mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya.

Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.

"Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah  dalam keadaan kos hidup  yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis.

Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah.

"Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi.

Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah.

"Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

"Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau.

Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini.

"Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi.

Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.

Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan.

"Inikah mentaliti menteri yang ada?

"Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu.

"Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi.

Perbak minta JKM selesai kerakyatan anak yatim

Salmiyah Harun, 05 Jun 2012
PUTRAJAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) memberi kata dua kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama ada menyelesaikan masalah kerakyatan anak-anak yatim di bawah seliaan mereka atau berdepan dengan demonstrasi.

Pengerusi Perbak Mohd Khairul Hafiz Abdullah berkata, masalah kerakyatan anak-anak yatim di bawah kelolaan JKM sudah berlarutan selama tujuh tahun dan sehingga kini masih belum diselesaikan.

"Saya bagi tempoh dalam masa dua minggu untuk JKM selesaikan, sekurang-kurangnya 10 daripada 20 anak yatim itu dapat kad pengenalan. Jika tidak mereka akan berdepan dengan demonstrasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lobi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat selepas dipanggil JKM ekoran pendedahan seramai 1,758 bekas penghuni rumah anak yatim JKM tidak mempunyai kad pengenalan.

Beliau turut menyerahkan senarai 20 orang anak yatim yang pernah menghuni di institusi seliaan JKM yang tidak mempunyai kad pengenalan kepada Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM Puan Norani.

20 orang anak yatim berkenaan pernah mendapat perlindungan di Rumah kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, Rumah Kanak-kanak Abdul Aziz Perak, Rumah Kanak-kanak Kepala Batas dan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah.

Dalam pertemuan itu juga, Khairul turut memberi amaran kepada JKM akan mendedahkan bukti penyelewengan serta kegiatan tidak bermoral kakitangan JKM termasuklah meliwat anak-anak yatim.

Bahkan katanya, sebanyak tiga kes liwat telah berlaku pada tahun 2009, 2010 dan 2011 di mana ketiga-tiga kes ini sudah dilaporkan kepada pihak polis Melaka Tengah, namun tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadap kakitangan JKM terbabit.

Apa yang berlaku katanya, kakitangan JKM terbabit tidak dikenakan tindakan undang-undang sebaliknya hanya dipindahkan tempat kerja sahaja.

"Saya ada bukti bagaimana kakitangan JKM meliwat anak-anak yatim dan bukti itu saya bawa bersama dalam pertemuan ini. Dan pegawai terbabit tidak membenarkan saya dedahkan kepada pihak media," katanya.

Jelas Khairul, jika JKM terus memperbodohkan mereka, beliau tidak teragak-agak akan membawa seorang perempuan yang akan menjadi pengadu pertama.

Di mana perempuan ini, katanya seorang ibu kepada empat orang anak yang terpaksa menjual anaknya kerana sesuap nasi.

"Jangan kata perempuan ini sahaja, saya boleh tampilkan anak-anak yatim yang kini hidup mereka tidak ada arah tujuan yang jadi tomboy pun ada apatah lagi yang jadi pelacur, " katanya.

Justeru, katanya, tindakannya itu sebagai membuka mata banyak pihak yang selama ini mengagung-agungkan JKM dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim, walhal ianya tidak seindah yang digambarkan.

"Apa yang saya buat ini, supaya kita bangkit dari tidur bahawa kita sudah diperbodohkan kerajaan sejak 50 tahun yang lalu. Kononya selama ini JKM membuat kerja, tetapi apa telah terjadi pada anak-anak yatim bukan sahaja tidak terbela bahkan ramai yang tersasar," katanya.

Khairul merupakan Bekas penghuni Rumah Budak-budak Lelaki Tun Abdul Aziz Melaka. Beliau yang berketurunan Cina dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di pekan kecil di Mentakab.

Beliau berdepan kesukaran mencari pekerjaan kerana memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun pada hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.

Bagaimanapun, ekoran pendedahan berani beliau ini akhirnya permohonan mendapatkan status warga negara, tiba-tiba dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara  sudah diluluskan pada 28 Disember tahun lalu.

Tiada ulasan: