Peserta Bersih 3.0 cedera bantu siasatan Suhakam
Anis Nazri, | 05 Jun 2012 |
Jawatankuasa Bersih 2.0 berkata, keterangan daripada mana-mana pihak terbabit itu begitu penting bagi memastikan Suhakam mendapat gambaran sebenar berhubung insiden 28 April itu.
Dalam satu kenyataannya, Bersih 2.0 juga berkata mereka yang terbabit digalakkan mengemukakan bukti-bukti seperti gambar atau video yang dirakam ketika perhimpunan tersebut.
"Kami menegaskan bahawa siasatan Suhakam ini adalah jauh lebih bebas, telus dan adil berbanding dari siasatan pihak polis. Anda juga diminta untuk tampil kehadapan untuk memberi kenyataan kepada Suhakam, di mana butiran peribadi anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak," sebut kenyataan itu.
Kerjasama rakyat Malaysia amat diperlukan bagi membuktikan peserta-peserta yang hadir pada 28 April lalu adalah rakyat yang menyayangi keamanan dan keharmonian sejagat.
Sebelum ini, Bersih 2.0 telah menghantar satu memorandum kepada Suhakam untuk meminta badan hak asasi itu menjalankan satu penyiasatan bebas berkaitan insiden tersebut, dan telah dipersetujui Suhakam.
Justeru, kepoada rakyat Malaysia yang terbabit boleh menghubungi Suhakam secara langsung dengan menulis emel kepada complaints@suhakam.org.my.
Selain itu, mereka juga boleh menghubungi 428victims@gmail.com atau 012-3496013.
Selangorku Bersih: Kenapa Noh takut sangat?
Harakahdaily, | 05 Jun 2012 |
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya menghalang.
Namun malang katanya apabila Noh seperti “anjing yang takutkan bayang-bayang” dan menuduh kerajaan Selangor menyalahgunakan kuasa.
"Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih," kata Faekah dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Selepas PRU 2008, berlaku peningkatan pengundi luar biasa jumlah pengundi baharu di Selangor dan lebih mengejutkan apabila SPR semalam mengumumkan terdapat 600,000 orang pengundi baharu di negeri itu.
Program Selangorku Bersih pula dilancarkan untuk membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.
Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.
Noh dalam kenyataannya semalam bagaimanapun meminta rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu yang datang menjalankan pemeriksaan.
Menyifatkan Noh sebagai buta demokrasi, Faekah juga mendakwa kenyataan menteri kanan BN itu adalah berniat jahat demi menghalang proses demokrasi.
Lebih malang katanya, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan kenyataan jahat Noh tersebut.
Sedangkan kerajaan negeri telah pun memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu.
"Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut.
"Sebaliknya pula hari ini....tiba-tiba SPR menjadi seperti cacing kepanasan," katanya.
Hidup mati: Muhyiddin pamer ketakutan Umno
Anis Nazri, | 05 Jun 2012 |
Sebaliknya, hanya mereka yang berada dalam keadaan cemas yang akan mengeluarkan kenyataan yang mempamerkan kebimbangan mereka.
Ia terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa pilihn raya umum akan datang sebagai penentu hidup mati BN.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, berkata Timbalan Presiden Umno itu tanpa beliau sedar telah mempamerkan kebimbangan dan cemasnya BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Hanya orang yang bimbang sahaja mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Tanpa sedar, ia membayangkan ketakutan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyatakan PRU13 adalah penentu hidup atau mati BN.
Beliau juga dilaporkan berkata "zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita."
Ditanya mengapa BN berasa cemas, sedangkan saban hari media melaporkan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya mendapat sokongan rakyat, Mujahid berkata BN cemas dengan kebangkitan rakyat yang dilihat banyak menyokong Pakatan Rakyat.
"Mereka cemas kerana pelbagai usaha yang mereka lakukan, nampaknya tidak memberi kesan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi apabila merek lihat rakyat bangkit ketika perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya, baru-baru ini," kata beliau.
Biarpun serangan BN terhadap Pakatan Rakyat begitu kuat, tegas Mujahid ia tidak meninggalkan sebarang kesan kepada rakyat, sebaliknya rakyat melihat BN tidak mampu mengemudi bahtera negara.
Lebih-lebih lagi, katanya Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mentadbir di empat negeri, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang.
Sehubungan itu, beliau menggesa jentera Pakatan Rakyat terus memantapkan kemaraan bagi menyelamatkan negara.
"Pilihan raya akan datang bukan soal Pakatan Rakyat menang atau kalah, tapi soal adakah rakyat mahu selamatkan Malaysia dari tangan BN yang melakukan kerosakan. Jadi, jentera Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan negara dapat diselamatkan," tegas beliau.
Pendakwaan Tan Hong Kai 'mala fide' - Suaram
Salmiyah Harun, | 05 Jun 2012 |
PUTRAJAYA: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak
Peguam Negara mengugurkan dakwaan terhadap aktivisnya Tan Hong Kai yang
disifatkan 'mala fide' hanya kerana menampal poster di kawasan
Universiti Sains Malaysia (USM).
Menurut Suaram, pendakwaan yang dilakukan seolah-olah lebih kepada keinginan untuk menindas aktivis muda, dan juga gerakan Bersih, yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.
Suaram dalam memorandumnya kepada Peguam Negara turut mendesak agar menghentikan segala penindasan dan intimidasi ke atas aktivis sosial serta berfungsi sebagai satu badan yang adil tanpa campur tangan politik.
Memorandum itu disampaikan oleh Penyelaras Suaram Nalini Elumalai bersama-sama wakil Bersih Datuk A Samad Said dan Hishamuddin Rais. Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil Pegawai Perhubungan Awam pejabat Peguam Negara, Nasrudin kira-kira jam 11 pagi tadi.
Memorandum tersebut turut disokong oleh 50 badan bukan kerajaan antaranya Tenaganita, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS), Gabungan Mahasiswa Maju (GMM) Universiti Putra Malaysia, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan Centre for Independent Journalism (CIJ).
Menurut Nalini, Tan Hong Kai hadir di kawasan kampus pada hari tersebut adalah atas jemputan kawan-kawannya, dimana langsung tiada sebarang unsur- unsur pencerobohan.
“Perbuatan yang dilakukannya juga tidak menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak. Maka, ‘jenayah’ yang dimaksudkan dalam tuduhan ini tidak wujud. Adakah menghadiri dan berjumpa dengan kawan di kampus boleh dikatakan pencerobohan jenayah? Ini adalah satu dakwaan yang tidak mempunyai asas yang kukuh dan tidak rasional,” katanya.
Suaram berpendapat, pendakwaan terhadap Tan Hong Kai ialah pendakwaan berpilih, tindakan seperti ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan orang awam terhadap ketelusan sistem kehakiman negara ini.
Justeru katanya, kebebasan berhimpun dan bersuara telah dinafikan dalam penangkapan Tan Hong Kai, malah sistem kehakiman telah disalahgunakan untuk mendiamkan aktivis dan rakyat Malaysia daripada mempraktikan hak-hak manusia dan sivil seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
20 April lalu, Tan Hong Kai ditahan ketika memasang poster Bersih 3.0 di dalam kawasan USM, bagaimanapun beliau disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
KOMENTAR Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar.
Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut.
Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai.
Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa.
Sebelum itu beliau memberitahu kos bagi membayar kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja, Stadium First Sdn Bhd.
Hari ini semua pihak kecoh. Lagi kecoh di laman Facebook. Walaupun ada yang melatah dengan pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya sehingga memaksa penganjur memindahkan ceramahnya ke sebuah masjid di Puchong.
Di halaman depan Mingguan Malaysia terpampang dengan gahnya sekeping gambar “jutaan” belia sedang mendengar ungkapan keramat Datuk Seri Najib Razak.
Mereka dilihat membawa bendera negeri masing-masing. Belia dibekal t-shirt bertulis “Saya sayang PM”. Mereka bertanding banner untuk menentukan siapa yang lebih sayang PM.
PM pula memuji sakan. Katanya, inilah belia yang boleh menjadi contoh untuk menjamin masa depan negara.
“Yang sopan, yang berperaturan, dan boleh digantung harap. Belia yang menendang polis bukanlah yang boleh menjamin masa depan negara,” ujar Najib di majlis itu.
Pada awal mungkin ada yang teruja dengan kehadiran belia di himpunan jutaan terbabit apabila media tradisional cuba memberi gambaran kehadirannya seumpama Bersih 3.0.
Sebaliknya tiba-tiba semua orang terkejut besar. Sekeping gambar muncul di Facebook (FB). Kemudian muncul lagi beberapa lagi gambar artis-artis kecil dan mulus dengan pakaian lucah naik ke pentas. Mereka menari ala erotik di hadapan PM kita.
Tarian penuh aksi. Tidak tahulah wasotiyyah mana yang digunapakai Najib di saat itu. Astaghfirullahal azhim. Inilah yang disajikan kerajaan BN kepada belia kita di atas nama IMalaysia.
Satu Malaysia terbeliak mata. Gara-gara FB kerajaan BN jadi kaget. Menteri pun jadi gelabah. Banyak suara termasuk mufti bangkit menyatakan rasa kesal dan jijik.
Jijik kerana kerajaan sanggup menghidangkan menu lucah untuk belia. Tidak cukup dengan sukan lasak, persembahan tarian, artis, drag race, teater Menora, drift, pemilihan pelakon secara terbuka, artis-artis genit dari Korea diundang khas bagi menjamu mata.
Rupa-rupanya kata PM Najib, ia semata-mata demi orang muda. Kalau begitu, benarlah laungan PM, "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini."
Nampaknya strategi memancing orang muda tidak mengena, bahkan jadi senjata makan tuan. Malang sungguh PM kita semua yang dibuat tidak menjadi.
**(Penulis seorang pelajar sarjana di sebuah institusi pengajian tinggi awam)

Malang sungguh Perdana Menteri kita
Syamila Najman, | 05 Jun 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan