Lebih 50,000 banjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya
Seolah-olah
seperti mahu menandingi kehadiran besar di majlis ulangtahun ke-66 Umno
di Bukit Jalil Stadium baru-baru ini, PAS berjaya menarik lebih 50,000
penyokongnya yang membanjiri perhimpunan parti itu malam tadi yang
dikenali sebagai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya'.
Semangat di kalangan hadirin begitu tinggi sekali seolah-olah Pakatan Rakyat baru sahaja memenangi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil pada bulan Jun atau tahun depan.
Gema laungan 'Takbir' berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, manakala yang lainnya berpusu-pusu di luar Stadium yang hanya mampu menampung sehingga 35,000 orang.
Bermula dari jam 9 malam, Stadium Darul Aman dibanjiri lautan hijau apabila sebahagian besar hadirin memakai kemeja-T, Baju Melayu atau baju kurung warna tersebut sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau.
Mereka mengibarkan bendera parti tanpa henti-henti, melaung dan bertepuk gemuruh setiap kali penceramah membuat kenyataan yang menarik.
Antara penceramahnya ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, dan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
PAS ikrar komitmen ke Putrajaya
Kemuncak acara tersebut ialah kemasukan beberapa personaliti terkemuka menyertai PAS - dua orang selebriti, enam pemain bola sepak, termasuk beberapa pemain kebangsaan, dan seorang profesor - Nik Mohd Zain Nik Yusuf.
Artis wanita, Wan Aishah Wan Ariffin, menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan penuh emosi apabila memberitahu hadirin bahawa dia baru sahaja menyertai parti Islam itu.
"Tetapi jangan lupakan kami apabila tiba di Putrajaya," katanya.
Tetapi kemuncak pada malam tadi mestilah kemunculan Pengerusi Bersama BERSIH dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di majlis itu, di mana hadirin begitu teruja dengan deklamasi puisi untuk pemuda yang menurutnya akan akan memimpin jalan ke Putrajaya.
Ia diikuti dengan ikrar oleh ahli PAS untuk terus kukuh dan teguh dalam perjuangan mereka. Ikrar tersebut dibacakan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.
'PAS tidak sendirian ke Putrajaya'
Sementara itu, kehadirin pada malam tadi adalah dua kali ganda daripada sebelah pagi dan petang tadi apabila PAS mengadakan sesi berasingan dengan penyokongnya - pada waktu pagi di ibupejabat parti itu di Kota Sarang Semut, dan pada waktu petang di stadium yang sama dengan Pemuda PAS.
Ribuan anggota Pemuda hadir pada kira-kira jam 4 petang walaupun dalam keadaan menempuh hujan lebat dan ribut petir untuk mendengar ucapan pemimpin mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasharuddin Tantawi.
Apabila masuk waktu Asar, orang ramai bersolat di atas padang walaupun hujan.
Kemudian parti itu melancarkan maskot - animasi dua watak yang bernama 'Hadi dan Huda'- sebagai simbol Muslim yang baik.
Mengenai tema perhimpunan itu - Himpunan Hijau ke Putrajaya - Mahfuz selaku ketua jawatankuasa penganjurnya, memberitahu sidang akhbar di akhir acara itu bahawa ia tidak bermakna PAS menuju ke pusat pentadbiran negara itu secara sendirian.
Menurutnya, rakan-rakan gabungan perlu bekerjasama dan PAS akan menyumbang dalam apa cara yang boleh untuk mencapai matlamat bersama itu.
Menurut pusat kajiselidik bebas - Merdeka Centre - rating
keseluruhan Najib merosot daripada 69 peratus pada bulan Februari kepada 65 peratus pada bulan Mei 2012.
Rating beliau merosot sehingga 19 peratus bagi sokongan kaum Cina dan penurunan 8 peratus sokongan India.
Menurut kajiselidik itu, penurunan tersebut tidak dapat diimbangi kenaikan 5 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.
Sokongan untuk perdana menteri di kalangan pengundi berusia di bawah 40 tahun juga turut merosot sedikit, dengan rating bagi mereka di bawah umur 30 tahun pada tahap sederhana 61 peratus.
Pengendali kajiselidik itu berkata kemerosotan populariti Najib itu berlaku tiga minggu selepas perhimpunan raksasa BERSIH 3.0.
Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.
Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.
Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.

Populariti Najib merosot selepas BERSIH 3.0
Rating
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Mei jatuh
sedikit ekoran kemerosotan sokongan di kalangan responden belia dan
bukan Melayu.Menurut pusat kajiselidik bebas - Merdeka Centre - rating
keseluruhan Najib merosot daripada 69 peratus pada bulan Februari kepada 65 peratus pada bulan Mei 2012.
Rating beliau merosot sehingga 19 peratus bagi sokongan kaum Cina dan penurunan 8 peratus sokongan India.
Menurut kajiselidik itu, penurunan tersebut tidak dapat diimbangi kenaikan 5 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.
Sokongan untuk perdana menteri di kalangan pengundi berusia di bawah 40 tahun juga turut merosot sedikit, dengan rating bagi mereka di bawah umur 30 tahun pada tahap sederhana 61 peratus.
Pengendali kajiselidik itu berkata kemerosotan populariti Najib itu berlaku tiga minggu selepas perhimpunan raksasa BERSIH 3.0.
Pilihan raya waktu haji untuk selamatkan BN?
Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan
mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim
haji bagi memastikan kejayaan BN.Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.
Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.
Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.
Hadi: PM tetap Melayu Islam jika Pakatan tawan Putrajaya
Perdana
menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama
Islam sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihan
raya umum (PRU) ke-13 akan datang, kata
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya dalam sidang media sempena 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kota Sarang Semut dekat Alor Setar hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi perdana menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam.
"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat perdana menteri mesti Melayu Islam," kata Mustafa.
Turut hadir pada himpunan itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
- Bernama
Dalam kejadian pada malam Rabu dua adik beradik - V Ganabatirau dan V Raidu - kedua-dua pemimpin kumpulan serpihan Hindraf - Malaysia Indian Voice - diserang tiga lelaki yang dikatakan penyokong BN ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis pengebumian di Klang.
Raidu (kanan) patah tangan dan tulang leher, manakala hidung
Ganabatirau cedera teruk.
Dengan Raidu masih dirawat di sebuah hospital di Klang, Ganabatirau kecewa kerana polis didakwa tidak mengambil tindakan walaupun identiti penyerang mereka sudah disahkan 36 jam lebih awal.
Menurutnya, polis datang ke hospital untuk merakam satu kenyataan pada pukul 3 pagi Khamis, di mana beberapa gambar suspek telah ditunjukkan kepadanya.
"Saya mengenali seorang daripada mereka dan polis berkata mereka mengenalinya dan tahu alamat rumahnya kerana namanya terdapat dalam senarai orang dikehendaki polis.
"Tetapi selepas dua hari, saya masih belum melihat apa-apa tindakan dari mereka," kata Ganabatirau ketika ditemui Malaysiakini di hospital in Kelang hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya dalam sidang media sempena 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kota Sarang Semut dekat Alor Setar hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi perdana menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam.
"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat perdana menteri mesti Melayu Islam," kata Mustafa.
Turut hadir pada himpunan itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
- Bernama
'Berhimpun di KDN jika polis gagal ambil tindakan'
Dua
ahli DAP yang diserang geng tiga orang, mengancam untuk mengadakan
perhimpunan di hadapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya pihak
polis gagal mengambil tindakan tegas terhadap penyerang mereka, yang
telahpun dikenal pasti.Dalam kejadian pada malam Rabu dua adik beradik - V Ganabatirau dan V Raidu - kedua-dua pemimpin kumpulan serpihan Hindraf - Malaysia Indian Voice - diserang tiga lelaki yang dikatakan penyokong BN ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis pengebumian di Klang.
Raidu (kanan) patah tangan dan tulang leher, manakala hidung
Ganabatirau cedera teruk.
Dengan Raidu masih dirawat di sebuah hospital di Klang, Ganabatirau kecewa kerana polis didakwa tidak mengambil tindakan walaupun identiti penyerang mereka sudah disahkan 36 jam lebih awal.
Menurutnya, polis datang ke hospital untuk merakam satu kenyataan pada pukul 3 pagi Khamis, di mana beberapa gambar suspek telah ditunjukkan kepadanya.
"Saya mengenali seorang daripada mereka dan polis berkata mereka mengenalinya dan tahu alamat rumahnya kerana namanya terdapat dalam senarai orang dikehendaki polis.
"Tetapi selepas dua hari, saya masih belum melihat apa-apa tindakan dari mereka," kata Ganabatirau ketika ditemui Malaysiakini di hospital in Kelang hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan