Sabtu, 2 Jun 2012

JANGAN BERBELANJA KERANA MAKSIAT@DOSA...SEMUA YANG TERLIBAT DAN REDA BERDOSA....NI KESAN PEMIMPIN TAK TAHU HUKUM..PENASIHAT KELILING PENAKUT SERTA JAGA PERIUK DUNIA...PERIUK NERAKA TAK HIRAUKAN...IMAN PUN ADA TURUN NAIK...SAHAM LAGILAH...INGATLAH HARI HISAB SERTA HARI PEMBELASAN...

Masjid di Alor Setar dipenuhi jamaah berbaju hijau

Mohd Sabri Said, 01 Jun 2012
ALOR SETAR: Alor Setar mula dilimpahi rakyat berpakaian hijau terutamanya di masjid sekitar beberapa kilometer dari stadium tempat berlangsungnya Himpunan Hijau Menuju Putrajaya malam ini.

Banyak masjid dipenuhi orang ramai sejak pukul 12.30 tengah hari tadi untuk menunaikan solat fardhu Jumaat sambil menanti waktu untuk mendengar penceramah agama yang tidak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus yang akan mengadakan kuliah pukul 4.00 petang nanti.

Pagi tadi pemimpin PAS pusat mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin berbagai peringkat sebagai amanat terakhir menjelang pilihanraya umum ke 13 bertempat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Selepas Jumaat sebentar tadi boleh dikatakan semua peserta mula menumpukan ke arah stadium kerana khuatir ketiadaan tempat parking ekoran kemasukan orang ramai di luar jangkaan

Di Masjid Zahir, orang ramai yang berbaju hijau melimpah ke luar masjid dan terpaksa solat Jumaat di tengah panas.

Masjid Zahir yang merupakan masjid negeri bagi negeri ini adalah antara masjid yang terdekat dengan Stadium Darul Aman.

Emas tulen tidak takut api yang kuat - DHPP

Zulkifli Sulong, 01 Jun 2012
ALOR SETAR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin PAS tidak akan rosak dan musnah dengan pelbagai serangan yang dibuat oleh media Umno sekarang ini kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Ketua DHPP, Hu Pang Chaw yang berucap dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya pagi ini memetik satu pepatah China bagi menyokong kenyataan beliau itu.

"Emas tulen tidak takut dibakar dengan api yang kuat," kata Pang Chaw dalam ucapan  di Markas Tarbiyah PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut hari ini.

Beliau dipercayai mengulas isu muzakarah yang dipercayai beliau cuba dignakan Umno untuk memerangkap PAS.

Bagi beliau, PAS sudah cukup berpengalaman untuk diperangkap lagi dalam isu ini.

"Jangan mimpi untuk perangkap PAS dengan isu muzakarah.. pepatah Cina emas asli tidak takut kepada api yang kuat," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan saf kepimpinan PAS agar berhati-hati mengulas sebarang isu sekarang untuk mengelakkan sebarang salah faham kerana pihak lawan pandai putar belit kenyataan.

Dalam ucapan itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana telah menterjemahkan buku Negara Berkebajikan ke dalam bahasa Cina dan Inggeris.

Beliau berharap agar buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil pula bagi memahamkan semua pihak tentang perjuangan PAS.

Khatib hari ini berkhutbah tentang kepentingan berjamaah khasnya solat jamaah di masjid.

Pemuda PAS tubuh Musika untuk artis dan karyawan

Harakahdaily, 01 Jun 2012
ALOR SETAR: Pemuda PAS telah menubuhkan unit khas yang dinamakan Majlis Usrah Seniman dan Karyawan (Musika) bagi mendekati golongan itu.

Demikian kata ketuanya, Nasrudin Hassan dalam ucapan di majlis taklimat khas sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Dewan Datuk Fadzil Nor, Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini.

Usaha untuk mendekati golongan karyawan dan artis ini adalah sebahagian dari usaha Pemuda PAS menjejak tokoh masyarakat.

Mereka semua, katanya, akan dijadikan model untuk anak muda bagi membangkitkan golongan anak muda untuk ke Putrajaya.

"Epresi hijau anak muda akan dijadikan gelombang yang akan dihantar ke seluruh negara selepas ini," kata beliau.

RM2 juta untuk bawa artis K-Pop kepada belia?

Harakahdaily, 01 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Seorang blogger, Amno World mendakwa dalam blognya, Kerajaan Malaysia membayar RM2 juta untuk membawa artis dari  Korea, K-Pop ke himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini.

Dengan menunjukkan resit tuntutan dari pembekal untuk program ini, blog itu menunjukkan senarai tuntutan yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak dapat pastikan adakah bil tuntutan dari syarikat StadiumFirst Sdn Bhd ini benar atau tidak.

Dalam tuntutan itu bertarikh 21 Mei itu, StadiumFirst menuntut 70 peratus dari bayaran penganjuran Himpunan Sejuta Belia itu dari kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu.

Tuntutan itu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk
Mohid Mohamed untuk Hari Belia Negara 2012 berjumlah RM15.1 juta.

Tindakan kerajaan BN memasukkan persembahan K-Pop disifatkan sebagai satu tindakan melampau demi untuk menarik golongan belia ke perhimpunan itu.

Ia telah mendapat bantahan hatta dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang terkenal dengan pandangan yang selalu bersama Umno itu.

Yang dikesali adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang turut terkinja-kinja bersama artis yang hanya memakai seluar yang hampir ke pangkal paha itu.

"Najib saya faham tetapi Shabery yang pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ketika belajar dulu amat tidak difahami," kata seorang bekas pelajar UM kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan membelanjakan RM2 juta untuk membawa artis K-Pop bagi menarik belia ke perhimpunan ini satu yang sangat tidak boleh diterima.

"Ketika Shabery menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya berharap beliau membawa nafas baru kepada belia negara tetapi nampaknya beliau lebih membenam mereka ke kancah hiburan yang tidak sesuai dengan budaya kita apatah lagi agama kita," kata beliau lagi.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGGTLYVA7ijCEzaVrJlX5NxfB2V10Ixi0p21_iNn_Vv6NO35Dr-pHjsAK6IhlVzh4bOFFSaOXnWltt04c9DJCGh2IzzZk09XHcQ62vzksSBGn2iOjJYl-1RAFCmCH5A-Sy6Xhbmcmc3iGX/s640/Expediture+Claim+HBN+1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOTm8MPA5uwoKu3K6oplxhcARLcJxRGVRxYz2MHXvH2ycpVPuuj75QQs4MEDGFdcVJOUuZn4iF1tGyQfsLzzm2xD5Kzktx966Rdnqr5WG5A4cyAirqIwXvDyoehN-weL8LjBh6r7l93rQT/s640/Expediture+Claim+HBN+2.jpg

Saham rugi, tanah peneroka boleh tergadai

Khairil Abdul Rahim, 31 Mei 2012
TEMERLOH: Seorang peguam menegaskan, peneroka-peneroka Felda yang membeli saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) boleh kehilangan tanah ladang mereka kerana telah menandatangani borang tanggung rugi.
Harris Abdullah yang baru saja memenangi kes injunksi 154 peneroka daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang bank memproses dokumen pinjaman, berkata ia boleh dilakukan melalui pelaksanaan penghakiman.

“Kita tahu proses pembelian saham oleh peneroka ialah melalui pinjaman bank dan peneroka telahpun menandatangani borang tanggung rugi yang telah diedarkan melalui pejabat-pejabat Felda baru-baru ini.

“Semua faham bahawa mana-mana saham tidak akan berada di puncak selama-lamanya dan potensi untuk harganya menjunam pun ada juga. Jadi apabila harga saham jatuh peneroka kerugian dan bank tidak akan berdiam diri.

“Jadi lazimnya bank akan menjalankan empat peringkat tindakan bagi menuntut semula wang pinjaman iaitu saman pemiutang, bankrapsi, sita rumah serta jual asetnya dan perintah larangan pemilikan harta oleh insolvensi,” jelasnya.

Tambahnya, pada ketika itulah tanah 10 ekar ladang peneroka dalam tanah rancangan boleh tergadai akibat hutang pembelian saham yang tidak mampu dibayar.

Harris berkata demikian dalam program Taklimat dan Dialog Isu Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia & Borang Hutang Bank Peneroka di Kerdau, dekat sini.

Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada AJK, Perhubungan PAS Pahang, AJK PAS Kawasan-kawasan, Jentera Penerangan, aktivis peneroka dan pengamal-pengamal media baru hadir.

Selain Harris, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berucap.

Harris menjawap soalan daripada peneroka sebelum itu apakah risiko terhadap peneroka yang telah menandatangani borang tanggung rugi tersebut.

Sementara itu pada 23 Mei lalu seramai 154 orang peneroka berjaya mendapatkan injunksi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka.

Sebelum itu peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli ‘blue form’ untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh.

Kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut kerana mangakui bercanggah dengan Akta Bank.

Sementara itu, dalam program yang sama dilancarkan borang Pembatalan Pinjaman Bank Saham FGVH bagi membantu peneroka daripada terjerat dengan hutang sehingga boleh tergadai tanah.

Borang-borang tersebut boleh didapati di Sekretariat Felda PAS Pahang.

Tiada ulasan: