Isnin, 4 Jun 2012

PUNCA SEBELUM PEMERINTAHAN PAK LAH...BILA MASUKNYA GOLONGAN KOPERAT...RASUAH SUBUR ...KOMISEN JUGA SUBUR...NEGARA MENITIK BERAT PEMBANGUNAN BERBENTUK SANGAT MEWAH...IAITU BERLAKU PEMBAZIRAN...NILAI AGAMA DIPANDANG SEPI...BUKU YANG DIKARANG PUN TAK DAPAT DILAKSANA...TAK KAN PEMERINTAH BAPE TAHUN@SEKUMIN MASA...BOLEH MEROSAK SELURUHNYA....TARIKH DAN PEMENANGNYA ALLAH YANG MENENTUKAN....KITA HANYA MERANCANG..PENENTUNYA ALLAH...INGAT ALLAH TELAH MERANCANG LEBIH AWAL LAGI...

Penipuan besar-besaran dalam PRU-13?

Abdul Aziz Mustafa, 04 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Adakah penipuan besar-besaran akan dilakukan dalam pilihan raya umum sehingga pemimpin Umno berulang kali menuduh Pakatan Rakyat akan berdemonstrasi jika tewas, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"(Timbala Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) ulang semula tuduhan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan mendakwa Pakatan akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang.
"Kenapa? Adakah penipuan besar-besaran sedang dirancang dan akan dilakukan dalam pilihan raya akan datang sehingga kerap sangat memberikan isyarat awal PR akan kalah," soal beliau.
Muhyiddin ketika melancarkan jentera Barisan Nasional Kuala Lumpur semalam, menyetujui pandangan Dr Mahathir yang menuduh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu merupakan pemula kepada kekacauan pilihan raya.
Bagi Mohamad, beliau sudah menjawab tuduhan itu dalam ucapannya semasa Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Alor Setar Jumaat lalu.
Dalam ucapannya itu, beliau mengulangi penegasan bahawa PAS memilih demokrasi untuk ke Putrajaya.
Malah, katanya lagi dalam ucapan itu, walaupun penindasan demi penindasan dihadapi, PAS tetap menjunjung demokrasi dengan berceramah, memberi kuliah, menyebarkan risalah, berforum dan mencetak akhbar.
PAS, katanya lagi, terus komited dengan demokrasi walaupun ahli-ahlinya dipenjara dan dibunuh.
Hadirin yang hadir dalam himpunan itu melaung tanda setuju apabila Mohamad berkata kerajaanlah yang memaksa rakyat keluar ke jalan raya.
"Rakyat keluar ke jalan raya adalah pilihan pemerintah. Pemerintahlah yang selalunya memaksa rakyat keluar ke jalan raya
"Mereka menipu dalam pilihan raya, mereka tipu daftar pemilih.
"Kalau ini kerajaan lakukan bererti kerajaan Barisan Nasional mengundang rakyat ke jalan raya," kata Mohamad dan disambut dengan gemuruh oleh ratusan ribu yang hadir dalam himpunan itu.

Kesian Pak Lah, dituduh punca Umno lemah

Harakahdaily, 04 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa simpati kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terus menjadi sasaran kritikan dan dipersalahkan oleh pemimpin Umno termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Dr Mahathir Mohamad dalam suatu kenyataannya menyalahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penyebab Umno lemah di bawah pemerintahan beliau.
Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor berkata, Tun Dr Mahathir sebenarnya masih tidak berpijak di bumi nyata kerana sukar menerima kenyataan bahawa partinya sudah tidak popular lagi.
Malah sebaliknya kata Riduan, Tun menyalahkan pula pihak lain sebagai penyebab parti beliau lemah.
"Beliau sepatutnya sedar bahawa rakyat sudah muak dengan Umno-BN yang sudah memerintah terlalu lama di negara ini dan melakukan terlalu banyak kepincangan dalam negara ini.
"Rakyat sebenarnya tidak hirau siapa yang berkuasa, sama ada Tun Abdullah mahupun Datuk Seri Najib. Semua pemimpin Umno adalah sama di mata rakyat – bahawa rasuah, penyelewengan kuasa, bersikap zalim dan memboros sudah sebati dalam kehidupan mereka," katanya.
Beliau mempersoal, jika era pemerintahan Datuk Seri Najib kedudukan Umno menjadi lebih baik, mengapa sokongan rakyat terhadap beliau tetap merudum, malah rasuah semakin parah di zaman Najib.
Ianya termasuk kes rasuah projek lembu nasional (NFC) yang melibatkan beratus juta ringgit sehingga Datuk Seri Shahrizat Jalil tersingkir.
Malah belum pernah dalam sejarah negara katanya, seorang Perdana Menteri Malaysia yang dituduh dan didakwa di mahkamah Perancis kerana terlibat dengan rasuah komisyen pembelian kapal selam Scorpene sebanyak USD1 bilion.
"Sebaiknya Tun Dr Mahathir sedar diri bahawa Umno sudah tidak relevan di zaman ini.
"Bukankah Tun Mahathir juga pernah menyebut bahawa ‘Umno sudah busuk sehingga ke ususnya’," katanya melemparkan soalan kepada Tun.

Kenapa kerajaan tergesa-gesa jual saham FGVH

Tony Pua, 04 Jun 2012
Apakah sebabnya kerajaan terdesak dan tergesa-gesa menjual sahamnya dalam syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) untuk mendapatkan wang sebanyak RM5.5 bilion?

Semasa pelancaran prospektus FGVH pada 31 Mei 2012, Perdana Menteri berkata bahawa penyenaraian FGVH akan melonjakkan FGVH untuk menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia. Penawaran saham FGVH akan mengumpul sebanyak RM9.96 bilion.
Akan tetapi, jika FGVH benar-benar akan "melonjak" menjdai sebuah syarikat bertaraf dunia, apakah sebabnya kerajaan bertindak untuk menjual kepentingan dan sahamnya secara besar-besaran?
Daripada RM9.96 bilion dana yang akan dikumpul, hanya 40% daripada wang tersebut akan ditujukan kepada FGVH untuk matlamat pelaburan dan operasi.
Prospektus syarikat berkata 87.7% daripada dana tersebut akan digunakan untuk pelaburan aset ladang yang baru, membeli kelengkapan dan perniagaan kilang pembuatan minyak dan lemak, dan juga untuk penaiktarafan aset-aset yang sedia ada.
Sebaliknya, baki 60% daripada wang yang terkumpul daripada penyenaraian FGVH adalah milik kerajaan melalui penjualan saham yang dimilik oleh FELDA. Jumlah yang akan dikumpul kerajaan adalah melebihi jumlah yang diperuntukkan kepada syarikat FGVH, iaitu RM5.5 bilion.
Apakah sebab kerajaan memerlukan RM5.5 bilion daripada penjualan saham FGVH milik FELDA tidak dinyatakan dalam prospektus.
Kita hanya mengetahui melalui media bahawa RM1.69 bilion telah diperuntukkan untuk memberi bayaran "durian runtuh" RM15,000 kepada setiap keluarga FELDA yang akan memakan perbelanjaan sebanyak RM1.69 bilion.
Hakikatnya, kerajaan bertujuan untuk menjual begitu banyak sahamnya sehingga pemilikan kerajaan dalam syarikat FGVH akan dikurangkan dari 100% kepada 40% sahaja.
Jika perbandingan dibuat dengan penyenaraian Facebook baru-baru ini, pihak pengusaha dan pelabur asal Facebook hanya menjual sebanyak 25% daripada pemilikan mereka dalam syarikat tersebut. Akan tetapi, kerajaan bertindak secara bermisteri, dengan pengurangan pemilikan saham dalam FGVH sebanyak 60%.
Tindakan kerajaan menimbulkan soalan yang penting - jika FGVH benar-benar akan berubah menjadi syarikat global yang amat beruntung, apa sebabnya kerajaan tergesa-gesa menjual begitu banyak sahamnya?
Jika kata-kata Dato' Seri Najib Razak adalah tepat dan benar, bukankan ianya lebih wajar jika kerajaan terus memegang saham FGVH selama mungkin untuk mendapat pulangan yang lebih lumayan?
Apatah lagi, kerajaan telah memilih masa yang kurang sesuai untuk menjual sahamnya kerana suasana pasaran pelaburan adalah amat negatif sekarang dan kerajaan tidak akan mendapat nilai yang paling tinggi untuk sahammya.
Langkah yang begitu terdesak, disamping dengan penambahan keuntungan FGVH dengan pendapatan melebihi RM500 juta yang sepatutnya hasil kepada Koperasi Permodalan Felda (KPF) setiap tahun, membina keraguan bahawa ada udang disebalik batu.
Atas sebab jumlah wang RM5.5 bilion yang teramat besar dan kepentingan 112,635 peneroka Felda, kami menyeru supaya kerajaan akan secara telus dan akauntabel menjawab isu-isu membangkitkan rasa kecurigaan terhadap niat kerajaan dalam penyenaraian FGVH.

Keperluan asas guru pedalaman masih daif

Harakahdaily, 04 Jun 2012
SARAWAK: Guru merupakan aset atau tenaga pengajar yang amat berharga untuk membimbing para pelajar agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Masalah atau nasib para guru yang mengajar di pedalaman Sarawak seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan, agar mereka tidak terbiar tanpa sebarang pembelaan.
Yang Dipertua PAS Miri Jofri Jaraiee berkata, masih banyak lagi sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang masih tiada kemudahan asas seperti bekalan air bersih, eletrik dan juga jalan perhubungan yang baik untuk kemudahan para guru berurusan dengan pihak pentadbiran atau membeli barang keperluan di bandar.
Menurutnya, walaupun guru pedalaman dibayar dengan gaji tambahan, tetapi kemudahan asas amat diperlukan oleh mereka yang tinggal jauh di pedalaman.
Malah katanya, para guru terpaksa membayar lebih mahal, disebabkan kos pengangkutan untuk ke bandar terlalu tinggi dibandingkan dengan mereka yang mengajar di bandar," katanya.
"Para guru tidak mengharapkan rumah batu yang mewah, tidak mengharapkan lampu neon bergemerlapan atau air yang ditapis sehingga tujuh tapisan tetapi perlukan perhatian untuk kelangsungan hidup, mendidik supaya insan-insan yang dididik lebih berkualiti dapat dilahirkan untuk negara, bangsa dan agama." katanya.
Di antara sekolah-sekolah di pedalaman yang masih belum mendapat kemudahan asas sepenuhnya seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Manok, SK Sungai Kelabit dan SK Sungai Laong dimana para guru terpaksa tinggal dalam keadaan daif dan segala kemudahan asas yang pernah dijanjikan dahulu belum lagi ditunaikan sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan.
Katanya, sebagai sebuah kerajaan seharusnya perkara ini perlu diberi perhatian dan keutamaan yang sewajarnya, kerana guru adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang amat memerlukan infrastuktur dan pembangunan.
"Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dan pihak yang berkaitan dapat membantu menyelesaikan dan segera mengambil tindakan sewajarnya ke atas masalah yang dihadapi oleh para guru yang tinggal di pedalaman ini.
"Jangan biarkan kehidupan para pendidik dan juga penduduk diluar bandar dipinggirkan dari arus pembangunan. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," tegasnya.
Bila tarikh pilihan raya?

  • Abdul Hadi Awang
  • 11:12AM Jun 4 2012


Tarikh pilihan raya umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak.  Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia. BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenangannya dengan segala cara.

NONEDi kalangan negara yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat menjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihan raya menentukan tarikh pilihan raya. Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum.
Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihan raya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja  pilihan raya umum selesai diadakan. Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum.
Hanya di negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja seperti negara komunis dahulu dan negara sepertinya, kerajaannya menetapkan pilihan raya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.

NONEDi negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya. Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur.
Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihan raya barulah diumumkan.

Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan di antara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

NONEBeginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak di tempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama di tempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN. Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik.

Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan.
Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihan raya sebelum pilihan raya lagi – bahawa parti kerajaan pasti menang dengan mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus undi.
Namun negara tersebut ikut sama melakukan islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.

Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.

PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti BN.
Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan, walaupun di masa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil, disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan.
Bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah presiden PAS. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi beliau dan bukan pendirian rasmi Malaysiakini.
Pakatan akan siasat semula skandal forex RM30 bilion
12:07PM Jun 4 2012
Pakatan Rakyat akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing (forex) pada tahun 1992 sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan juga akan menyiasat semua dakwaan skandal kewangan selama tempoh 22 tahun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.

NONE"Sekiranya Pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992...," katanya.

Memetik pandangan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Lim berkata spekulasi yang berlaku mendapat restu Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

"Kata Rosli semalam, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah "diperkecilkan secara berskema" melalui penilaian semula pegangan emas dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment)," kata Lim





P'raya di musim haji hanya spekulasi PAS, kata Abdullah

  • Bernama
  • 6:14PM Jun 3 2012

Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan andaian PAS bahawa pilihan raya umum akan diadakan ketika musim haji sebagai spekulasi PAS semata-mata.

Bekas Perdana Menteri itu berkata PAS hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam.

"Perdana Menteri belum lagi mengumumkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum ke-13, jadi bagaimana pula mereka (PAS) boleh tahu bila tarikh pilihan raya.

"Lagipun takkan Perdana Menteri nak buat seperti yang disebut itu, beliau (Najib) orang Islam juga," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan notebook kepada pemimpin masyarakat di dalam kawasan Parlimen Kepala Batas di Kepala Batas hari ini.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka PRU13 akan diadakan  September ini ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.

Beliau mendakwa langkah itu dibuat berikutan ramai penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu dan Umno sebagai tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung pembersihan sistem pilihan raya sebelum proses mengundi diadakan.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut hadir pada majlis itu berkata kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan seolah-olah pengundi dari PAS sahaja yang menunaikan haji.

"Orang Umno pun menunaikan haji dan bukan hanya orang PAS sahaja pergi Mekah. Jadi janganlah buat kenyataan seolah-olah kita (Umno) boleh  menang kerana buat (mengundi) masa orang menunaikan ibadat haji.

"PAS juga dilihat seperti takut dengan kekuatan BN sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya percaya ia (kenyataan itu) untuk tarik pengundi Islam membenci kerajaan," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas.

- Bernama
 Jumlah Kutipan Derma Wakaf Lebuhraya Rakyat KB - K.Krai Secara Tidak Rasmi
Posted on Sunday, June 03 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber husammusa.com



Jumlah Kutipan Derma Wakaf Lebuhraya Rakyat KB - K.Krai secara tidak rasmi pada 3 Jun 2012
 
 

Pada hari perasmian pecah tanah pakej 1 (Machang -K.Krai) 28 Mei 2012.

- Cek bernilai RM1,355, 000.00

- Tunai RM14,777.40

Kutipan pada Dialog Anak Kelantan Di Perantauan 2 Jun 2012

- RM3,577.30

Jika ada angka2 lain yang,kutipan individu atau berkumpulan. dipersilakan kongsi di laman facebook Aktivis R - Lebuh Raya Rakyat Kelantan

Sumbangan Derma Wakaf Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai boleh disalurkan ke:

No Akaun : 0303 6010 0030 31
Bank : Bank Islam (BIMB)
Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK.

Sumber: www.husammusa.com



  Adakah hidup Mahathir tenang,aman dan gembira ?
Posted on Sunday, June 03 @ 15:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

" Kuasa menentukan PRU 13 adalah di tangan PMNajib. Barangkali hanya Najib dan isterinya Rosmah sahaja tahu tarikh itu.
Muhyiddin dan sekalian Menteri tidak tahu. Mahathir lagilah amat tidak tahu. Mengapa?
Sekarang gabungan 2M timbul semula selepas Team 2M Mahathir-Musa 30 tahun lampau.. Team Mahathir-Muhyiddin sedang bersiap jatuhkan PMNajib.

Cuba lihat setiap kali Mahathir "berkokok", Muhyiddin menyahut kokokan Mahathir. Team 2M tidak sabar-sabar lagi menunggu PRU 13. Mengapa ? Kerana keputusan PRU 13 akan menjadikan UMNO "bangkai" dan atas alasan itulah Najib diminta ucap "sayonara" kepada jawatan Presiden UMNO.Sama seperti Gabungan Mahathir - Najib minta Pak Lah berambus dari jawatan Presiden UMNO selepas PRU 12Peranan Mahathir masih berpengaruh keatas jawatan PM Malaysia sama seperti Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Cumanya kita tiada potfolio Menteri Mentor.
Mengapa Mahathir "beria-ria" memainkan peranan "menentukan" jawatan PM ? Ini kerana itulah tali hayat beliau untuk selamat dari turun naik ke Mahkamah.
Mahathir sekarang semacam bermain chess. Perlu "checkmate" secepat mungkin.Matlamat utamanya ialah menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi PM dan mempercepatkan anaknya Mukhriz menjawat jawatan PM. Jika kedua perkara ini menjadi kenyataan bermakna tidur Mahathir akan lena dan tenteram.
Sebab itu kita lihat Mahathir begitu licik dalam soal jawatan PM.Kemurkaan terbesar Mahathir kepada Pak Lah bukan kerana Budak tingkat 4 tetapi kerana Pak Lah lepaskan Anwar.
Mahathir kemudian bergabung dengan Najib untuk singkirkan Pak Lah. Kini Mahathir melihat Najib begitu lemah untuk sekat kemaraan Anwar untuk menjadi PM. Maka Mahathir sepantas kilat bergabung dengan Muhyiddin.
Tengoklah nanti jika Muhyiddin juga gagal menyekat Anwar, Mahathir akan mencari orang lain pula. Proses ini berlanjutan hingga Mahathir dikunjungi Malaikat Maut !
Maknanya kehidupan Mahathir selepas jadi PM amatlah menggerunkan, menyeramkan dan keluh kesah.Walaupun anda lihat pada wajahnya seakan "gembira dan tenang" tetapi dalam hatinya, Tuhan sahaja yang Maha Tahu.
 Lebih-lebih lagi selepas Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup.
Bagai dikejar bayang-bayang sendiri. Adakah ini balasan karma atas setiap dosanya semasa menjadi PM 22 tahun ?
Apakah kesudahan akhir kehidupan Mahathir? Adakah beliau menjadi nyanyuk sebelum kematian ?
Atau seperti doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor agar Mahathir dapat hidup lama untuk lihat sepuas-puasnya hasil kerosakkan yang dilakukan semasa jadi PM.
Ya lah...kadangkala kita cara Mahathir bertutur macamlah dia tidak akan mati dan mahu hidup 100 tahun lagi!


 Yang baik itu datang daripada Mahathir, yang tak baik itu datang daripada Pak La
Posted on Sunday, June 03 @ 12:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aspan Alias

Dr Mahathir menyalahkan Pak Lah lagi. “Sendiri punya salah, dia salahkan orang lain pulak,” kata beberapa orang yang berhubung dengan saya dan orang-orang yang berhubung dengan saya itu adalah di kalangan yang hadir semasa perjumpaan dengan Dr Mahathir di Johor dulu semalam. Sebagaimana yang saya dan ramai yang lain berkata, Dr Mahathir di hujung-hujung hayatnya asyik menyalahkan orang lain terutamanya Pak Lah atas segala kelemahan BN dan UMNO Baru itu

Beliau tidak pernah membuat salah dan segala yang baik itu adalah dibuat oleh Dr Mahathir dan semua yang buruk itu adalah kesilapan dan kesalahan orang lain. ‘Yang baik itu semuanya datang dari Mahathir dan yang buruk itu adalah atas kelemahan orang lain terutamanya Pak Lah. Mahathir seolah-olah ada benda yang hendak beliau bersihkan dari diri beliau sehinggakan Pak Lah tidak terlepas dari bibir dan ingatan beliau. Sebaliknya Pak Lah yang tahu apa yang Mahathir lakukan terhadap segala sistem kerajaan, tidak berkata apa-apa dan berdiam diri sahaja. Itulah perbezaan di antara kedua-dua bekas pemimpin negara kita itu.

Mahathir sentiasa mencari alasan untuk mengalihkan kesalahan besar beliau terhadap negara kepada orang lain tetapi satu perkara yang kita mesti ingat bahawa sejarah akan menghakimkan Dr Mahathir Mohamad ini dari rasuah dan salahguna kuasa. Segala kata-kata dan tindakan beliau tercatat di dalam buku nota sejarawan dan akan sampai masanya ia akan tertulis di dalam sebuah buku sejarah khas untuk beliau suatu ketika nanti.
Bak kata perpatah, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru’. Suatu ketika nanti akan terbongkar juga. Saya tidak mempertahankan Pak Lah, tetapi kita mesti berlaku adil terhadap beliau kerana beliau yang lemah itu dilantik oleh Mahathir juga. Beliau sebagai orang yang saya kenali, tidak pernah tergila-gila hendak menjadi PM walaupun pun beliau mengharapkan untuk mendapatkan kedudukan itu.
Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau (Mahathir). Semasa Pak Lah mengambil tempat beliau, segala institusi di dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir. Beliau tahu yang Pak Lah tidak mampu untuk memperbetulkan keruntuhan yang telah beliau (Mahathir) lakukan tetapi beliau mahukan juga Pak Lah untuk mewarisi kepimpinan daripada beliau.
Jika Mahathir teruskan memegang jawatan itu sehingga sekarang, beliau sendiri akan menghadapi krisis keyakinan ini seperti yang dihadapi oleh Pak Lah dan Najib sekarang ini. Tetapi oleh kerana Mahathir bersara tepat pada masa masalah yang beliau wujudkan itu hampir terlambak, maka lambakan masalah-masalah itu terpaksa dipikul oleh semua pewaris kepada kepimpinannya dan yang terawal mewarisi keruntuhan semua sistem ini adalah Pak Lah.
Lain-lain perkataan keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Dr Mahathir itu.
Sesiapa pun boleh menyangkal pendapat saya ini, tetapi saya memilih untuk tidak menghiraukannya kerana ia adalah kebenaran dan UMNO Baru tidak mungkin mampu memberikan penyelesaiannya sampai bila-bila. Manusia yang boleh menyelesaikannya ialah pemimpin yang tidak berada atau terbentuk dalam satu acuan dengan Mahathir.
Semua yang berada di dalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun di kalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT UMNO Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita. Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri.
Mungkin Pak Lah adalah orang yang ‘responsible’ terhadap kelemahan BN pada hari ini dalam skala yang kecil, tetapi yang mesti mengambil ‘accountability’ sepenuhnya ialah Dr Mahathir sendiri yang suatu ketika dahulu dijunjung sebagai pemimpin yang mengalihkan paradigma kepimpinan negara dan kerajaan. Sekarang segala paradigma-paradigma itu telah banyak menyebabkan kerosakan daripada kebaikan.
Menyalahkan segala-gala kesalahan kepada Pak Lah seorang merupakan satu tindakan yang sangat tidak berhati perut. Hanya dendam kesumat sahaja yang boleh menyalahkan Pak Lah seratus peratus. Mahathir mesti faham bahawa rakyat khususnya yang berminat untuk menulis sejarah akan menulis segala apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. Memoir Mahathir yang ditulisnya itu tidak akan lengkap sampai bila-bila selagi beberapa orang yang sebarisan dengan beliau tidak menulis memoir-memoir mereka masing-masing.
Segala sistem pemerintahan yang ada telah dipunahkan oleh Mahathir kerana beliau mahu mewujudkan sistem beliau sendiri. Sesiapa juga yang mengambilalih kepimpinan beliau akan ketiadaan sistem pemerintahan yang betul kerana kerajaan dan rakyat telah dibudayakan dengan sistem acuan peribadi beliau, bukannya sistem pentadbiran sebuah negara yang baik yang boleh  digunapakai  buat selama-lamanya.
Saya tidak dapat menerima yang kesalahan semuanya dilambakkan kepada Pak Lah semata-mata. Takkanlah wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang digunakan oleh Mirzan Mahathir untuk menyelamatkan perniagaannya pun kesalahan Pak Lah. Takkanlah pembuangan lima orang hakim mahkamah agung pada tahun 1998 dahulu kesalahan Pak Lah Badawi.
Membariskan pemimpin-pemimpin lemah yang gunanya untuk mengangguk di dalam kabinet itu adalah kesalahan Mahathir. Pak Lah itu sendiri yang tidak sepatutnya berada di dalam kabinet itu pun diambil oleh Mahathir juga dan itu yang dikehendaki oleh Mahathir. Apabila Pak Lah tidak mahu mengangguk kepadanya apabila mengambilalih kuasa, itulah kesalahan Pak Lah kepada Mahathir yang sebenarnya.
Mahathir sanggup meninggalkan parti kerana tidak sebulu dengan Pak Lah dan beriya-iya ingin melihat UMNO Baru dan BN itu hancur dalam pilihanraya yang lalu. Apabila Pak Lah meninggalkan Putrajaya, Mahathir kembali kepada UMNO Baru dan kembali bercakap tentang UMNO dan menyalahkan semua orang di atas kelemahan UMNO Baru itu.
Adalah tidak munasabah yang segala-gala kesalahan ditolak kepada Pak Lah seorang sedangkan Pak Lah itu hanya melakukan lebih kurang sama dengan apa yang Mahathir lakukan semasa memegang kuasa.
Jika Najib tercari-cari formula untuk melakukan perubahan kepada negara, beliau tidak akan jumpa formula yang terbaik selain daripada semua kepimpinan yang terbentuk dengan acuan Dr Mahathir, termasuk beliau sendiri (Najib) tidak bersedia untuk berkorban dengan meletakkan jawatan dan memberikan tugas menyusun semula negara ini kepada sesiapa yang berpengalaman dan boleh mendapat sokongan dan rasa hormat dari semua kaum dan pemimpin-pemimpin mereka.
Selagi itu tidak dilakukan selagi itulah negara tidak akan mendapat sebuah kerajaan dan kepimpinan yang dihormati rakyat.
Jika dikaji betul-betul, itulah sebabnya rakyat sendiri yang mahu melakukan perubahan ini kerana terlalu lama tertunggu-tunggu perubahan sikap dan cara UMNO Baru mentadbir negara.
Kepada pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian di Johor yang mendengar kata-kata Dr Mahathir dulu semalam, boleh memilih untuk mendengar nasihat Mahathir itu. Anda semua tidak boleh mengikut jejak langkah Mahathir untuk menyalahkan Pak Lah semata-mata, kerana kesalahan yang besarnya datang dari Mahathir sendiri. Kalau benar Pak Lah yang bersalah ingat kepada satu perbilangan, ‘there must be a cause for a cause’. Tidak mungkin kesalahan Pak Lah tidak disebabkan oleh kesalahan Dr Mahathir. Ingat itu.
Sesungguhnya Dr Mahathir mempunyai banyak lubang-lubang yang belum beliau kambus lagi. Jika beliau dan penyokong-penyokongnya tidak mahu mengaku pun tak mengapa, asalkan beliau mengakuinya kepada diri beliau sendiri sudah memadai.
Orang lain tidak payah mendengar pengakuannya. Kita pun hendak juga menjaga air muka beliau itu. Mahathir tidak perlu takut dengan apa yang beliau telah lakukan kerana yang mengambilalih tidak akan berdendam seperti sikap yang ada kepada beliau itu.
Yang baik itu datang daripada Mahathir, yang tak baik itu datang daripada Pak Lah


 Ucapan sembah tahniah PM Najib pada Agung silap besar
Posted on Sunday, June 03 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: albangi

"Semalam PM Najib dalam ucapan sembah tahniah tidak berucap dengan kemas, meninggi suara dan bernada marah dan geram.

Malah kandungan ucapannya juga tidak mencerminkan sembah tahniah pada DYMM SPB YDP Agung, tidak mendoakan kesejahteraan ke atas baginda yang sedang bersemayam menyambut Hari Keputeraan.

Sebaliknya isi ucapannya memberi amaran kepada rakyat bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengugat keselamatan dan keamanan negara.... adakah ucapan ini sesuai untuk Hari Keputeraan? Siapalah agaknya yang buat ucapan tu?

Siapalah agaknya yang mencucuk dan membakar semangat PM semalam? Salah tempat atau salah ucapan? Anak saya yang sekolah menengah pun tanya, ayah, ini ucapan politk ke ucapan sembah tahniah Hari Keputeraan DYMM SPB YDP Agung?

Mungkin ada cacai umno boleh tolong jawab? Boleh jadi cacai umno yang tolong buat ucapan itu agaknya."

Tiada ulasan: