Isnin, 4 Jun 2012

'gentleman'..SAPE SUKA BUAT FITNAH2...TUMBUK...SUMBAT DALAM PENJARA@ISA...HALANG MENGHALANG@SEKAT MENYEKAT...AMBIL ROYALTI...MEDIA TAK BEBAS....DOUBLE STANDARD DLL...SUSAH KALAU ORANG BERCAKAP PAKAI HIDUNG DENGAN TELINGA....

Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno

Harakahdaily, 04 Jun 2012

KUALA LUMPUR: “Tan Sri Muhyiddin Yasin ingat PAS seperti Umno, tanpa upah mereka tidak akan buat kerja sedangkan PAS melatih ahlinya berkorban dengan dengan apa sahaja  untuk perjuangan Islam,” tegas AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Ini ekoran Muhyiddin mendakwa peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar dibayar setelah media penipu mereka tidak lagi boleh menipu di zaman langit terbuka.

Selama ini, kata Idris pemimpin Umno mengalami" terencat bilang" kerana tidak mampu membilang dengan betul.


Beliau berkata, Umno akan mati jika ia menjadi pembangkang seperti PAS yang mampu bertahan sehingga hari ini.

“Umno boleh hidup kerana ada kuasa sahaja, dari segi ideologi perjuangan sudah hancur terutama pimpinan pemuda yang menjadi pejuang projek bukan pejuang ideologi. Sebarang himpunan Umno tidak boleh dibuat tanpa diupah dan diangkut,” katanya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, pemimpin Umno seperti Muhyiddin berfikiran apa yang mereka buat, maka PAS pun berkelakuan buruk  seperti mereka juga.

“Contohnya ketika Tuan Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 1990, mereka kata PAS hanya mampu mentadbir negeri dalam masa 3 bulan sahaja kerana tidak cukup wang.

“Alhamdulillah Kelantan mampu bertahan sehingga kini,” ujarnya.

Tambahnya, pemimpin Umno berfikiran, PAS macam Umno jika memerintah, yang mana nilai  projek RM100,000 mereka belanja RM500,000.

Katanya, analogi yang sama juga yang dibuat oleh pemimpin Umno mengenai Himpunan Hijau, dengan mendakwa peserta dibayar sebagaimana himpunan yang mereka biasa buat.

Benarlah, kata Idris dikatakan orang "orang biasa buat baik, sentiasa bersangka baik dan anggap semua orang baik, orang yang sentiasa berbuat jahat, sentiasa bersangka buruk dan beranggapan semua orang jahat sepertinya".

Royalti dikaut, lebuh raya pula dipersenda

Aslani M, 04 Jun 2012

KOTA BHARU: “Sudahlah royalti minyak yang dikaut dari bumi Kelantan dinafikan hak, tiba-tiba usaha Kelantan mahu membina lebuh raya rakyat pula cuba diperkecilkan.

“Watak seperti Awang Adek bukan sahaja memperkecilkan niat baik kerajaan negeri bahkan sering melontar tohmahan berniat buruk,” kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar).

Kata beliau sewajarnya Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu merenung kembali apakah usaha yang dilakukannya untuk memastikan projek lebuh raya yang telah diluluskan sejak 1986 dilaksanakan di negerinya sendiri.

Beliau berkata, biar pun projek berkenaan tidak mudah dilaksanakan, namun tiada lagi pilihan yang ada setelah Kelantan dinafikan hak dalam tempoh begitu lama.

“Mengharapkan pemimpin Umno yang berjawatan menteri dan timbalan menteri nampaknya jauh sekali, bahkan ada yang lebih berminat untuk mengisi akaun peribadi atas nama sumbangan kebajikan,” katanya di sini.

Baru-baru ini Datuk Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, bahkan disifatnya sebagai helah mengaut balak yang terdapat di sepanjang kawasan laluan dirancang.

Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit langsung tidak mencerminkan sebagai seseorang yang berjawatan Timbalan Menteri.

Menurutnya tidak sepatut beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan projek lebuh raya berkenaan bagi manfaat seluruh rakyat.

“Adalah lebih baik pemimpin Umno Kelantan menutup mulut daripada memperkecilkan projek lebuh raya rakyat kalau sekadar mengeluarkan kenyataan bersifat persepsi yang tidak membina,” ujarnya.

Keputusan Kes Batu Burok: Azman dan Suwandi tak bersalah

Khairul Azlam Mohamad, 04 Jun 2012

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu.


Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin.

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.

Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai.
'Kes JKM buktikan dakwaan PKR benar'

  • Zulaikha Zulkifli
  • 1:46PM Jun 4 2012

PKR mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkaitan menjelaskan segera dakwaan seramai 1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak mendapat status warganegara.

Naib Presidennya N Surendran berkata, jika tiada tindakan diambil, PKR akan terus memberikan tekanan kepada kerajaan.

"Saya mahu menteri dalam negeri segera jelaskan kenapa perkara ini boleh berlaku... Perkara ini tugas dan tanggungjawab KDN dan kerajaan untuk selesaikan. PKR tak ada kuasa dan kemudahan untuk selesaikan.

"Kita hanya dapat beri tekanan untuk pastikan agar kerajaan mengambil tindakan ke atas isu ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

NGO yang memantau masalah itu Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) pada 31 Mei lalu mendakwa masalah itu berlaku apabila JKM tidak menjalankan tanggungjawab sehingga anak-anak bekas jagaan jabatan itu hanya mendapat status pemastautin sementara.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Surendran berkata, kenyataan Perbak itu turut membuktikan bahawa dakwaannya berhubung jumlah besar masyarakat India tidak mempunyai kad pengenalan adalah berasas.

"Kenyataan NGO itu membuktikan kenyataan yang dikeluarkan oleh saya sebelum ini benar. Sebab mereka tak ada ibu-bapa, anak yatim piatu. Jumlah 1,758 membuktikan ia serius.

"Jika yang didaftarkan dibawah NGO itu 1,758, sudah tentu ada ribuan lagi di seluruh negara yang tak ada MyKad," katanya lagi.

Surendran sebelum ini mendakwa, sekurang-kurangnya 300,000 kaum India hanya memiliki kad pengenalan merah, hijau atau tiada langsung dokumen pengenalan diri.
Rais gesa Anwar lawan cara 'gentleman'
1:20PM Jun 4 2012
Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempamerkan kepimpinan tanpa menggunakan kekerasan, termasuk demonstrasi bagi mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

NONE"Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang begitu taksub dengan kuasa keras.

"Jadi beliau harus tunjukkan kepimpinan beliau. Gentleman's game is the order of the day," kata Rais (atas).

Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mei bahawa Pakatan Rakyat akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan pilihan raya jika tewas.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata, kalaupun tindakan itu diambil, ia tidak bertahan lama berbanding "kewarasan dan bijaksana mengguna idea tanpa mengugut menggunakan kekerasan".

Lagipun, tambahnya, kerajaan sudah membuat pelbagai pindaan dan memperkenalkan undang-undang baru yang lebih baik.

"Dan kalau mereka terus menyatakan bahawa senarai daftar pemilih kotor dan tidak adil, bagaimana Pulau Pinang boleh menang, bagaimana Kelantan menang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, kalau senarai atau sistem memilih kita tidak baik?

"Tentu sekali baik, tinggal lagi mereka tak mahu mengakui kebaikan ini oleh kerana mereka ada cara keras untuk menuntut kuasa dan pengaruh.
Pua: Mengapa k'jaan jual 60 peratus saham FGVH?
2:24PM Jun 4 2012
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua meragui tindakan kerajaan menjual kepentingan dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH) secara besar-besaran sehingga 60 peratus dalam suasana pelaburan pada waktu ini.

Katanya, penjualan 60 peratus saham yang dimiliki Felda itu akan membolehkan kerajaan mengumpul RM5.5 bilion daripada jumlah RM9.96 bilion melalui tawaran saham FGVH.

"Sebab kerajaan memerlukan RM5.5 bilion daripada penjualan saham FGVH milik Felda tidak dinyatakan dalam prospektus.

"Kita hanya mengetahui melalui media bahawa RM1.69 bilion telah diperutukkan untuk memberi bayaran 'durian runtuh' RM15,000 kepada setiap keluarga Felda yang akan memakan perbelanjaan RM1.69 bilion," katanya dalam satu kenyataan.
Media bebas: MCA tak layak tuding jari

  • Susan Loone
  • 12:39PM Jun 4 2012

MCA tidak layak melaungkan perjuangan kebebasan media kerana parti itu sendiri mempunyai kepentingan dalam beberapa media dan diketahui umum menggunakan pengaruh politik terhadap keputusan dan liputan berita, kata ahli majlis DAP.

Ahli Majlis Perbandaran Pulai Pinang (MPPP) Ong Ah Teong berkata, dengan kawalan politik dan kewangan, MCA tidak menghormati prinsip asas tidak campur tangan dalam perjalanan media.

NONE"Saya rasa pelik apabila MCA bercakap tentang kebebasan media apabila ia memiliki akhbar dan agensi berita.

"Ini jauh lebih teruk daripada melarang beberapa wartawan daripada menghadiri acara, yang merupakan pilihan peribadi," katanya.

MCA melalui cabang pelaburannya Huaren Holdings menguasai beberapa media mapan, termasuk harian berbahasa Inggeris The Star.

Bernama melaporkan Utusan Malaysia dan New Straits Times dihalang daripada membuat liputan operasi penguatkuasaan kebersihan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dan MPPP di Batu Ferringhi pada 31 Mei.

Ong bagaimanapun sehari selepas itu menafikan laporan itu dengan berkata tidak pernah ada pekeliling seumpama itu.

Beliau juga bertanya sama ada agensi berita berkenaan telah "mencipta dasar baru" untuk kerajaan negeri.

Tiada ulasan: