Selasa, 12 Jun 2012

BIASALAH CERITA YANG BAIK2 NAK PR13...MASALAH TEAM NI...MANA2 ADA....NAK SOROK MACAM MANA....

'AG rampas kuasa polis dengan pindaan KAJ'
  • Hafiz Yatim
  • 11:24AM Jun 12 2012
 
Beberapa kes jenayah berprofil tinggi mungkin disapu ke bawah permaidani atas arahan Pejabat Peguam Negara.

Ini ekoran dakwaan pindaan terhadap Kanun Acara Jenayah (KAJ) lima tahun lalu mengukuhkan kedudukan peguam negara dalam siasatan polis, yang mana pejabatnya boleh, pada setiap masa, menuntut kertas siasatan sebarang kes walaupun belum selesai.

Hasilnya, Pejabat Peguam Negara dilihat mempengaruhi haluan siasatan polis, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam pasukan keselamatan.

Bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim yang membangkitkan perkara itu berkata, pindaan terhadap KAJ yang diluluskan Parlimen pada 2006 dan menjadi undang-undang pada 2007 menyebabkan polis hilang kuasa siasatan bebasnya.

Sebelum pindaan, kata Mat Zain, terdapat batas jelas kuasa pemisahan kerja antara Pejabat Peguam Negara dan pihak polis.
Rafizi: Dana siswa S'gor tetap diteruskan
  • Zulaikha Zulkifli
  • 12:11PM Jun 12 2012
 
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kerajaan Selangor telah ‘lulus' ujian yang dilakukan oleh kerajaan Pusat berhubung isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada Universiti Selangor (Unisel) minggu lalu.

Sehubungan itu, Rafizi yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor berkata, cadangan asal untuk menubuhkan dana bagi membantu siswa berkenaan akan diteruskan.

NONE"Saya rasa mereka (BN) tersalah kira. Mereka tak sangka bahawa kita sanggup peruntukan wang secepat itu. BN anggap kita tak ada jawapan. Mereka terlupa yang Tan Sri Khalid (Ibrahim) ini tokoh korporat. Dia tahu macam mana nak mencarikan aset.

"Saya juga bertanya pada Tan Sri Khalid sehari selepas pengumuman PTPTN, (adakah) duit tetap ada dan akan digunakan. Beliau berkata ‘ya, duit akan tetap ada," kata Rafizi dalam satu temubual di saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi.

Selain itu, ketika ditanya adakah jumlah RM30 juta mencukupi, Rafizi menjelaskan, jumlah wang itu cukup untuk digunakan pada dua buah institusi pengajian tinggi.

Katanya, sehingga akhir tahun, berdasarkan perkiraan bagi semester seterusnya, RM30 juta akan dibahagi dua iaitu RM15 juta kepada Unisel manakala selebihnya kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pada 5 Jun lalu, Malaysiakini mendedahkan, permohonan siswa baru Unisel bagi mendapatkan pinjaman melalui PTPTN telah dibekukan.

Ekoran itu, kerajaan Selangor mengumumkan tindakan jangka pendek dengan mengapungkan hartanah Unisel yang dianggarkan bernilai RM30 juta bagi membantu membiayai mahasiswanya.

Pembekuan itu bagaimanapun ditarik balik pada 8 Jun ekoran surat arahan daripada pejabat menteri berkaitan.
'Penolakan usul tergempar - Apa yang tersembunyi?
  • Nurul Izzah Anwar
  • 10:43AM Jun 12 2012
 
ULASAN Pada 30 Mei 2012 yang lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan skandal penjualan dokumen sulit pertahanan negara, iaitu penilaian Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM)  terhadap kapal selam kelas Scorpene, didakwa telah “dibeli” oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Laporan yang didedahkan oleh peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili pertubuhan hak asasi manusia, SUARAM, mendakwa syarikat berkenaan telah membayar €36 juta (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, dikatakan untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".
Dokumen rahsia oleh TLDM tersebut adalah satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit dan memungkinkan keselamatan pertahanan negara tergugat jikalau jatuh ke pihak musuh.

Oleh kerana pihak-pihak yang bertanggungjawab - termasuklah Datuk Sri Najib Razak, yang merupakan Menteri Pertahanan pada waktu itu - masih belum memberikan jawapan yang memuaskan mengenai hal ini, pada 7 Jun lalu saya telah memfailkan satu usul tergempar agar Dewan Rakyat dapat membincangkan hal penjualan rahsia pertahanan negara, yang merupakan satu tindakan khianat tertinggi terhadap kedaulatan dan kepentingan Malaysia.

Penolakan usul ini oleh Speaker pada pagi semalam tidak memungkinkan perbahasan dilaksanakan bagi mendesak kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan memberi penjelasan sebaiknya bagi membersihkan nama mereka, menjelaskan peranan Terasasi (Hong Kong) Limited yang selama ini tersorok daripada pengetahuan umum dan memperbaiki imej Malaysia yang tercalar angkara kontroversi ini.

Alasan yang digunapakai oleh Speaker menggunakan Peraturan Mesyuarat 23 1. (h):  sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan dengan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau kerana hendak mendapat jawab dalam perkara yang dimisal-dimisalkan sahaja.

Jelas bahawa masalah yang menjadi persoalan dalam usul yang saya bawa ini bukan sekadar perkara undang-undang yang belum menjadi masalah ataupun perkara yang dimisal-misalkan sahaja. Masalah berkait dengan pembayaran komisyen bernilai Euro 36 juta oleh syarikat pertahanan Perancis Thint Asia kepada Terasasi (Hong Kong) Limited ini, yang mempunyai dua orang Pengarah iaitu Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda untuk sesalinan laporan penilaian rahsia Pertahanan Tentera Laut Diraja Malaysia. Maklumat ini kita perolehi menerusi Joseph Breham, peguam SUARAM yang merujuk kertas siasatan dokumen rampasan polis Perancis dan badan kehakiman Perancis.

Kedua, usul yang dibawa bukan sekadar untuk meminta buah fikiran daripada kerajaan, tetapi menuntut penjelasan, sehaluan dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Malta Evarist Bartolo dalam sidang parlimen Malta 5 Jun lepas.

Ketiga, tanggungjawab kerajaan Malaysia tidak boleh dilangsaikan apabila dakwaan rasuah yang melibatkan pelbagai negara khusus dalam operasi anti-rasuah yang melibatkan Malaysia-Perancis-Pakistan-Malta-Luxembourg dan Hong Kong.
Tambahan lagi, Malaysia sudahpun meratifikasi konvensyen United Nations Convention Against Corruption. Justeru, Malaysia tidak boleh lari daripada tanggungjawab membantu membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan, lebih-lebih lagi dalam kontroversi pembayaran rasuah untuk pembelian senjata yang melibatkan Perdana Menteri kita sendiri.

Keempat, kenyataan Menteri Pertahanan yang disiarkan pada 8 Jun 2012 jelas menunjukkan wujudnya elemen yang mencurigakan bila beliau mengakui kewujudan dokumen pertahanan sulit dalam kenyataan berikut, walau pihak beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung penjualan dokumen rahsia:

“Bagaimanapun, memang ada dikesan maklumat itu keluar (dari Malaysia) namun kita sedang memantau perkembangannya.”

Manakala yang paling parah, Perdana Menteri yang merupakan Menteri Pertahanan dalam penjualan kapal selam Scorpene masih membisu seribu bahasa.

Akhir kata, kami akan meneruskan usaha membawa isu penjualan rahsia kerajaan ini menerusi:

1) Laporan-laporan polis yang dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia di seluruh Malaysia.

 2) Memorandum yang disertai oleh Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera (KERABAT) dan Majlis Rundingan Keselamatan Keadilan menuntut penjelasan dan siasatan terhadap isu ini termasuk mengeluarkan KERTAS PUTIH kepada Perdana Menteri kerana jawapan Menteri Pertahanan tempoh hari bahawa siasatan akan hanya dibuat jika terbukti aktiviti menjual rahsia itu berlaku dan dalam nada yang sama pula mengatakan bahawa sudah pun dikesan maklumat itu telah dikeluarkan dan sedang dipantau; amat mengelirukan.

Mungkin Parlimen menolak usul ini tetapi saya percaya Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat dan akan menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya demi keselamatan negara termasuk keselamatan nyawa-nyawa anggota tentera dari diancam akibat angkara khianat menjual rahsia negara.

NURUL IZZAH ANWAR adalah Ahli Parlilmen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 
 
'Ismail Sabri ibarat ketam mengajar anaknya berjalan'
10:53AM Jun 12 2012  
Gesaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar Umno tidak memperjuangkan kelompok tertentu sahaja melucukan dan berupa sindiran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pemuda PAS.

riduan mohd nor"Kenyataan beliau ibarat ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus', mahu mengajar pemimpin partinya supaya ‘berjalan lurus' walhal beliaulah yang perlu dinasihatkan dahulu," kata Ketua Penerangan dewan itu Riduan Mohd Nor (kanan).

Ismail Sabri pada perjumpaan dengan pemimpin Umno Bahagian Bera di Pahang kelmarin dilaporkan berpesan agar pemimpin Umno di semua peringkat tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja.

Dalam kenyataannya semalam, Riduan berkata, Ismail sepatutnya sedia maklum bahawa amalan mementingkan kroni sudah lama berlaku dalam Umno.

Malahan Ismail sendiri, katanya, "boleh hitung jumlah pemimpin termasuk suku sakat dan keluarga mereka yang menikmati kekayaan hasil daripada projek kerajaan".

azlanPesanan Ismail itu juga, kata Riduan, merupakan pengakuan bahawa Umno kini sudah menyimpang dari landasan asal perjuangan mereka.

"Kenyataan itu mengesahkan lagi bahawa perjuangan Umno jauh tersasar dari matlamat penubuhannya yang mahu membela nasib bangsa Melayu di negara ini," katanya.

Riduan juga membayangkan kenyataan Ismail sebagai tanda "bermulanya persengketaan yang besar" di antara Ismail dan Najib.

"Bagi mereka, era Najib sebagai presiden Umno terlalu berpenyakit sehingga sukar diubati lagi dan perlu diganti dengan pemimpin lain yang dilihat lebih bersih," katanya.
'Tiada Team A atau B dalam BN Pulau Pinang'
  • Susan Loone
  • 11:02AM Jun 12 2012
 
Pemimpin BN Pulau Pinang menafikan dakwaan bahawa gabungan BN negeri itu berpecah kepada Team A dan B, ataupun ini dapat dilihat daripada reaksi balas pemimpinnya terhadap isu-isu seperti cadangan status pelabuhan bebas di Pulau Pinang.

NONEPengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan (kiri) menafikan beliau mempunyai masalah bekerja dengan Pengerui BN negeri, Teng Chang Yeow.

"Jika anda bercakap tentang puak, bagaimana pula dengan DAP yang terdiri daripada kem yang berbeza (di bawah pemimpinnya)?" tegas Hock Nan selepas mempengerusikan satu mesyuarat di ibupejabat BN negeri di Pulau Pinang semalam.

"Setiausaha Agung DAP (dan Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy di satu pihak, manakala pengerusi parti itu Karpal Singh pula di pihak yang lain. Kami, dalam BN, sentiasa bekerja dalam satu pasukan. bagaimana anda boleh katakan kami mempunyai kem yang berbeza? "

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa pemimpin BN Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai cadangan pelabuhan bebas Pulau Pinang.

Apabila dimaklumkan bahawa ADUN Umno Teluk Bahang, Datuk Dr Hilmi Yahya dan Chang Yeow mempunyai perbezaan dalam komen mereka,  Hock Nan menjelaskan bahawa cadangan Hilmi mengenai bahagian kastam, pemeriksaan dan kuarantin adalah sebahagian daripada pelan pelabuhan bebas itu.

dr m loga bala mohan ppp penang chief 251108 03Ketua Penerangan BN negeri itu, M Loga Bala (kanan) berkata cadangan pelabuhan bebas belum lagi dimuktamadkan, jadi tidak ada percanggahan dalam idea-idea yang dibangkitkan oleh kedua-dua mereka.
Loga Bala menafikan bahawa Chang Yeow tidak memaklumkan mengenai cadangan dasar beliau atau tidak memberi taklimat secukupnya kepada para pemimpin BN.

Chang Yeow, katanya, baru sahaja mengambil alih kepimpinan BN negeri, tetapi pemimpin gabungan itu memang menyedari tentang pelannya itu.
Oleh itu, tegasnya, dakwaan wujud Team A dan B itu telah diputarbelit oleh (DAP).
"Tiada benda seumpama itu. Kami bekerja (sebagai salah satu) pasukan," katanya.

Tiada ulasan: