Ahad, 4 September 2011

BILA KITA TAK IKUT APA YANG KITA JUANG SENDIRI...DAN APABILA .KITA SENDIRI PUN TAK FAHAM SEJARAH DENGAN SEBENARNYA...

Najib singkatkan cuti di Perth bagi sambut jenazah
Sep 3, 11 9:34pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini di Perth, Australia akan memendekkan lawatannya itu dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang esok.

NONETindakan itu bagi menyambut ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dari Mogadishu, yang terbunuh akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat lalu.

Bercakap kepada Bernama, Najib berkata Noramfaizul adalah seorang wira Malaysia sebenar yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan".

"Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia sangat mulia dan benar-benar berdedikasi.

"Beliau bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia," kata perdana menteri sambil melahirkan rasa sedih berhubung apa yang berlaku.

Noramfaizul Mohd Nor storyNoramfaizul (kanan), 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain.

Mereka berada di Mogadishu bagi mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.


Allahyarham telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan.

"Beliau seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan," kata Najib.

somalia soldiers on truck 1Beliau berkata malahan jurukamera BernamaTV itu bersedia untuk pergi ke Somalia selepas beliau menyedari ia mungkin merupakan misi berbahaya.

"Sudah tentu beliau mahu berada di tempat itu bagi merekodkan satu misi kemanusiaan. Anda boleh kata bahawa kematiannya akibat kebinasaan lingkungan.

"Bagaimanapun, kita telah kehilangan seorang yang sangat baik, rakyat Malaysia yang sebenar, seorang wira yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan," katanya dipetik Bernama dari Perth.



Noramfaizul dikebumi di tanah perkuburan Islam UPM
Sep 3, 11 10:17pm

Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, esok.

noramfaizul mohd norNaib Presiden Kelab Putera 1Malaysia Rahman Rahim, yang mewakili keluarga arwah, berkata, jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor, bergantung kepada keadaan.

Beliau berkata, sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya.

Rahman memberitahu permberita jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Islah berhampiran rumah ibu bapa Allahyarham untuk disolatkan.

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat C-130 TUDM bersama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM kira-kira 9 pagi Ahad.

“Segala urusan daripada segi pengangkutan disediakan oleh pihak kami (Kelab Putera 1Malaysia) kepada kaum keluarga arwah, bermula di Subang sehingga disemadikan,” kata Rahman.

- Bernama

RCI siasat PATI di Sabah tak mungkin, kata Wikileaks
Joseph Sipalan
Sep 3, 11
2:59pm

Menurut kabel sulit Amerika Syarikat, harapan adalah tipis bagi menyaksikan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang haram di Sabah dan meletakkan tanggungjawab itu di bahu "ahli-ahli politik era Mahathir" di negeri itu.

mahathir at global leadership forum 070905 talkingKabel, yang dimuat-naikan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks mendakwa kerajaan persekutuan dan Umno secara aktif telah memberi kerakyatan negara ini kepada pendatang asing tanpa izin sebagai pertukaran untuk sokongan politik.

Menurut kabel itu, seorang pegawai kanan perisikan yang telah bersara "terus-terang mengakui” bahawa pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed (kiri) telah "menerima pendatang tanpa izin "dari negara jiran, Indonesia dan Filipina untuk "mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di negeri ini."

Menurut pegawai berkenaan tindakan tersebut sebagai langkah pencegahan untuk "menghindari apa-apa sentimen pemisah di Sabah pada masa depan, dan di samping memperkukuhkan undi Umno yang diperlukan bagi menguasai negeri itu.”

sabah illegal immigrant"Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dikendalikan dengan betul, mungkin akan mendedahkan tembelang dan rasuah politik Umno serta cara mereka memanipulasi undi dan akan mengapi-apikan rakyat Sabah," kata kabel, bertarikh 5 September, 2008 itu.

Ahli-ahli politik dan aktivis Sabah telah lama menuntut agar kerajaan persekutuan memenuhi tanggungjawabnya membantu menyelesaikan isu kerakyatan pendatang asing itu. Ramai yang mengakui perkara itu cukup berleluasa semasa pilihan raya negeri 1994 apabila PBS yang menjadi pembangkang ketika itu ditumbangkan oleh BN selepas memerintah selama sembilan tahun.

sabah sulu sultan claimsAntara tuntutan yang dikemukakan bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu adalah untuk mengenalpasti pada peringkat akar umbi masalah pendatang haram yang terus meningkat setiap hari.

Desakan terbaru dibuat oleh Presiden Upko yang juga adalah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berikutan dakwaan pertabalan seorang ahli perniagaan Sabah sebagai Sultan Sulu.


  • Malaysiakini (BM Version)
    Posting yang menggunakan bahasa kesat atau menyerang peribadi pembaca lain akan disekat. Harap maklum.
  • Farouk Harakiri · Pengulas Tertinggi · Ground Support Engineer Team di MAS engineering Depot Subang
    Dlu sebelom Merdeka British telah membenarkan India dan Cina join Persekutuan Malaysia untuk menjadi warga Negara.. Sekarang UMNo pulak membenarkan warga dari Negara asing memenuhi bumi malaysia.. nanti sehingga di zaman anak cucu kita apakah Melayu melayu asal akan terus mendominasi lagi kuasa dan gaya Hidup di Bumi Bertuah Ini?

    ayuh kita fikir fikirkan dan jgn kita salahkan DAP, MIC MCA dan sebagai nya dalam menuntut hak sama rata dalam negara. sebab siapa yang melahirkan atau membawa masuk mereka ke dalam tanah air kita?

    Sebenarnya UMNo adalah Pertualang bangsa dan Negara. Tetapi kita org org asal dan Melayu agak lembab untuk menghidu pekara ini.
    Jangan nanti bila dah merempat di tanah air sendiri baru kita ingin menyalahkan Pemimpin bangsat UMNO ini kerana Semua itu dah Terlambat.
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Mahathir layak dianugerahi 'Tokoh Penggadai Warganegara'.
    • Paul Yambun Imbun · Pengulas Tertinggi
      Patut dia rasa tahanan ISA
    • Roy Azroy · Bekerja di Pe
      kalau dia tak ada mungkin ramai org kita tak tahu nak ikat tali leher.fikir2kan wahai en.jamil
  • A.r. Nasution · Pengulas Tertinggi · ITM
    Nah! jelas umno lah sebenarnya pengkhianat negara & bangsa.Mrk buat apa saja demi mempertahankan kuasa.Ini terbukti apa yg telah dilakukn di Sabah.Kini mrk mahu memberikan kerakyatan kpd warga asing di Sgor pula.Semuanya utk kembalikan kuasa kpd umno/bn.Ayuh..rakyat msia, sedarlah dr lena.Sedarlah dr penipuan. Dan sedarlah siapa pengkhianat sebenar!!
  • Shuib Hanafiah · Pengulas Tertinggi · Smk teluk cengai
    kalau mahu sabah dan raayat sabah selamat tumbangkan umno dalam pru 13 nanti.
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Jom ubah dlm PRU13 nanti
    • Yoku Om Yauuh
      ya...perlu ditumbangkan tapi ada kerisauan sya...kalau jumlah pendatang asing yg telah dijadikan rakyat sabah lebih ramai dari rakyar sabah sendiri...macam mana mahu tumbangkan umno ni????...demi kuasa umno sanggup menjual kedaulatan negeri sabah....
    • Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
      perkara ni memang dah lama berlaku,masalah nya rakyat xfaham permainan politik,baru skrg aku nampak rakyat baru nak sedar
  • Masmin Kadad · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
    apamacam....UMNO dan pemimpin2 UMNO seluruhnya adalah 'PENGKHIANAT NEGARA' kerana telah melakukan perbuatan 'TERKUTUK DAN HARAM', kerana itu tiada alasan bagi rakyat Sabah memberi kuasa kepada parti yg jelas telah merosakkan dan menjahanamkan masadepan penduduk peribumi negara ini ini..Pemimpin UMNO adalah pengkhianat, patualang, rakyat Malaysia...Jgn Undi BN pd PRU 13.
    • Mohd Faizal
      dah biasa makan haram, so klo tak makan tu' tak sah kot.... hehehehe...
    • Hasmira Hasmi · Pengulas Tertinggi · SGB
      patut ketua umno masa tu dibuang negara,dia pengkhianat bangsa,negara dan agama,puak2 umno masa ni masih memuja dia,brengsek
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
    PERBUATAN YANG AKAN TIDAK DI-MAAF KAN OLIH RAKYAT MALAYSIA DAN JUGA AKAN DI-TURUNI BALA OLIH ALLAH YANG MAHA KUASA.
  • Syabab Pas Pj Selatan · Top Commenter · Sukarelawan at Semut Merah inc
    Kerana Orang Melayu UMNO Nak Islam Separuh = K.O.M.U.N.I.S!
  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Bukan sahaja Sabahan akan menjadi minoroti malah negara kita akan tergadai oleh PATI.. Inilah kerja omno. Kalau lambat kita ganti omno daripada menerajui Kerajaan Persekutuan, alamat habislah kita oleh PATI. Hanya omno yang boleh hidup bersama PATI. Sebelum terlambat, buang omno, undi PR dalam PRU ke-13. Hidup PR.. Hidup PR.. Hidup PR..
  • Mohammad Shahir Ahmad · Top Commenter · Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras
    untuk kesimbangan bgsa di malasyia..
    ye ke?adakah mereka yg mat indon, filipono, bgla......ni semua dapat menghayati negara?atau sekadar dtg nak tumpg buat masalah?...
    hhhmmm...skang ni di KUALA LUMPUR pun dah xde rasa KL..tapi INDON SQUARE dah..
  • Kamal Ummi · Top Commenter · Jerantut
    kamu semua riuh pasal mat sabu..tapi kamu diam dalam bab pemberian ic untuk PATI...tiga empat orang melayu yg menentang penjajah..kamu serang dari segenap sudut..taoi kamu beranakan manusia dari plenet lain untuk jd rakyat malaysia dg begitu ramai hanya untuk menolong kamu dalam pru..kamu membisu seribu bahasa..apakah itu bukan pengkhianat namanya??....seandainya tun yg memulakan projek ic ini di sabah..tun wajib memohon maaf kepada seluruh rakyat sabah amnya dan penduduk di malaysia khasnya...
Mesej Aidilfitri: PAS pertikai slot istimewa Rosmah
Sep 3, 11 4:17pm

PAS mempertikaikan slot ucapan Aidilfitri istimewa dan berturut-turut untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi media elektronik sambil menegaskan, perkembangan seumpama itu tidak pernah berlaku di negara ini.

NONENaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, “sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri perdana menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya.

“Sebelum ini, hanya perdana menteri mendapat slot seperti itu,” katanya dipetik Harakahdaily.

Menurut Mahfuz, Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk menyamapaikan ucapan Aidilfitri selain Perdana Menteri.

Menurut beliau, usaha itu diambil kemungkinan untuk menceriakan kembali tahap penerimaan rakyat terhadap suaminya, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang merudum teruk.

Hasil kajian Merdeka Center yang dikeluarkan Isnin lalu menunjukkan populariti Najib merosot sehingga 59 peratus berbanding 72 peratus pada Mei 2010.

“Mungkin bila slot ucapan hari raya Najib dan slot yang khusus untuk Rosmah dipaksa berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus,” sindirnya.

najib razak and rosmah mansor 1Mahfuz berkata beliau tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuk dirinya yang disiarkan berturut-turut sejak 1 Syawal.

“Maklumlah kuasanya besar sebagai isteri Perdana Menteri,” katanya merujuk kepada cakap-cakap bahawa Rosmah lebih berkuasa daripada Najib selaku perdana menteri dan Presiden Umno. Najib juga adalah Pengerusi BN.

Dengan sinis, Mahfuz juga dipetik Harakahdaily berkata, beliau berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka.



  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Pandai Laki Bini ni Menipu Rakyat! Najib ngan Suaminya Rosmah Depa buat Video Ucapan Raya.. Ucapan Merdeka. Hari hari Tayang kat TV! Yg Rakyat ni pun Percayalah dia kata Kita Kena Patriotik.. Berjimat Cermat.. jangan Membazir... RUPA RUPANYA... DEPA TINGGAL VIDEO JE.. DEPA ANAK BERANAK DAH TERBANG KE PERTH AUSTRALIA BERCUTI..MAKAN ANGIN.. PERGI SHOPPING PERABIH DUIT RAKYAT...SIAP PAKAI PESAWAT PERIBADI KERAJAAN..Macam ni Hangpa Nak Percaya Kat NAJIB! NAFSU BINI SENDIRI TAK RETI NAK KAWAL.
    • Hk Ariiz
      B'jimat cermat hangguk dier.. Adoi.. ;)
    • Xyza Caution · Pengulas Tertinggi · Kampung Aje
      bukan ckp2 org dah abg Mahfuz oooii....memang betul dah yg Isteri lebih power dr suami....klau cakap tentang loya....mungkin ramai yg muntah sampai kluar habis kuih muih biskut dan kek yg d makan pada hari raya...tp aku x loya lagi setakat ni sbb x tgk lagi...aku memang dan mungkin xkan tgk la media2 arus perdana ni....semuanya lebong....
    • Victoria Liz · Pengulas Tertinggi · Singapore, Singapore
      Adoiiii!!! penipu betul lah Najib & Rosmah ni. Cuti pun pergi luar negara tapi bila cakap bab-bab politik ni sentiasa mengutuk negara lain. Komunis lah, kristian lah, yahudi lah, amerika lah..singapura lah..

      Tapi bila bercuti..pergi juga ke negara-negara yang dikutuk nya tadi. Bengap.
  • Jean Francoise · Pengulas Tertinggi · Ampoo Bhodek Department F.L.O.M di Pejabat Perdana Menteri Sulawesi Selatan
    maaf! saya sudah letih sepanjang hari raya ni, kerap berulang alik ke tandas untuk muntah.
  • Yuyu Luna · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Cleaner at JIBBY and ROSSY
    tak apalah pak jib.. kak mah. stesen tv korang konker.
    malaysia nk korang punya..
    korang bleh buat ape saje.. :)
  • Mohammad Annuar · Pengulas Tertinggi · Friends with Yana Zulkifli
    BikMAMA ni dh mengalahkan Tuanku Permaisuri Agung la plak....
  • Hailee Harry · Top Commenter · "God of Construction" at God
    Wakakaka....Laughing stoke of Malaysia. Really Idiotic to see someone with such thick skin appearing in most channel of "ASTRO". Phuuuuuit!
    • Sandra Ong
      : CKPLT~!!!!!!!Khhhhaaarkkkkkkkktuuuuuuiiiii~!!
    • Sonia Tarbushi · Top Commenter
      hai...leee... nampak sangat jealous tuuu! Dont wori lain kali bila u jadi PM ... bolah buat lebih daripada tu kut!
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    first lady of malaysia mestilah ada slot khas....tak dpt ofis dpt slot khas pun jadilah....
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      rais kan org dia,mesti lah bagi nak bodek
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Isteri PM sebelum ini belum pernah mengistihar mereka FLOM. ia berbeza dgn Kak Ros. Klu dikira hiraki, Kak Ros lebih tinggi kedudukan dari Najib. FMOM Agong, FLOM patut Raja Permaisuri tetapi krn syok diri sendiri Kak Ros menobat dirinya sendiri sbg FLOM. KERANA KAK ROS SEMUANYA BBOLEH, MALAYSIA PUN BOLEH
    • Muhammad Rafael · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
      lg banyak tv3 siar rosmah..lg meluat rakyat tgk..lg menyampah jadinya.
  • Buzze Azam · Top Commenter · Universty of salford manchester
    Inilah masalahnya apabila arahan parti tak di patuhi bukan sahaja oleh ahli tetapi oleh kepimpinan tertinggi parti lagi. Kan sejak zaman Almarhum Ustaz Fadhil Noor dulu dah di fatwakan HARAM untuk tengok TV RTM, TV3 dan sebagainya sebab di dalamnya penuh sampah. Yang kome pergi tengok juga skrg buat apa? Tu yg jumpa perutusan Rosmah la, altantuya la. Patut kita hukum kafir je siapa yg tengok TV kerajaan setuju tak ahli jemaah semua?
    • Zefry Hanif · Top Commenter
      kalau tak tengok nanti takde modal nak kutuk rosmah..aduuhhh macam mana ni
    • Asmarah Rikun · Universiti Utara Malaysia
      Mat Sabu Sebenarnya yang ilang sokongan.. Pakar dalam Merapu dan andaian serta buat ayat2 kemungkinannya. Pakar sumpah saranah dan maki hamun. itulah mat sabu kepala batu... geram pulak aku mamat ni..
    • Corleone Don · Top Commenter · UTM Skudai
      Rasanya mereka yg masih berjuang menyokong UMNO ibarat Mata2 yg berjuang pertahankan penjajah dulu...mereka merasa patriotik sgt la dgn tuan mereka sdangkan hakikatnya...........KESIAN...
  • Nazmi Nooh
    "Dengan sinis, Mahfuz juga dipetik Harakahdaily berkata, beliau berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka."
    hahahaha
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    ROSMAH MANSOR @ RM... SIAPA YANG TIDAK KENAL DENGAN ROSMAH MANSOR... WANITA PERTAMA MALAYSIA (GELARAN DIRI SENDIRI).. SIAPA YANG DAPAT MENIDAKKAN KEKUASAAN YANG ADA PADA DIRINYA? KUASANYA MELEBIHI KUASA SEKALIAN MENTERI KABINET WAIMA TPM SENDIRI.. BUKTINYA RM DIBERIKAN SLOT KHAS DI TELEVISYEN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN HARI RAYA..

    SIAPAPUN YANG MEMBESAR DI ERA 5 PERDANA MENTERI SEBELUM INI.. BELUM PERNAH BERLAKU. ISTERI SEORANG PERDANA MENTERI MEMBUAT UCAPAN RAYA SECARA RASMI.. SAMA SEPERTI SUAMINYA PERDANA MENTERI

    BAGI YANG SELALU MENONTON TV ARUS PERDANA DALAM SLOT BERITA JAM 8 .. SEOLAH-OLAH SUDAH MENJADI SATU KEMESTIAN UNTUK MENYEDIAKAN SLOT ISTIMEWA YANG MENGYIARKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN WALAUPUN HANYA SEKADAR MENYERTAI AKTIVITI KARAOKE..

    SATU CONTOH KLASIK ADALAH KETIKA MAJLIS BERBUKA PUASA YANG DIADAKAN ISTANA NEGARA...KEBETULAN PM TIDAK DAPAT MENGHADIRI KERANA BARU MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT...JIKALAU MENGIKUT PROTOKOL .. JIKA PERDANA MENTERI BERHALANGAN HADIR.. MAKA YANG MEWAKILI PERDANA MENTERI MESTILAH TIMBALAN PERDANA MENTERI... TETAPI DALAM KEJADIAN INI... ROSMAH DIDAPATI MEWAKILI SUAMINYA... BAHAGIAN PROTOKOL JPM SUDAH TIDKA BERFUNGSI AGAKNYA

Tiada ulasan: