Letupan itu menyebabkan keseluruhan aras bawah kompleks membeli-belah itu mengalami kerosakan teruk, antaranya cermin pecah, dinding bangunan pecah dan lantai retak serta beberapa buah kereta didapati remuk.
Beberapa laluan jalan raya menghubungkan kompleks membeli-belah itu ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa.
Penghuni apartmen berhampiran dilihat berkumpul di luar perkarangan kompleks membeli-belah dan diarahkan anggota pihak berkuasa mengosongkan kediaman buat sementara waktu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis, termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata, beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.
Setakat ini punca kejadian belum diketahui.
Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Osman Abdullah berkata jentera bomba pertama sampai kira-kira jam 3.50 pagi.
Menurutnya, setelah sampai dilokasi, berlaku kebakaran di bahagian hadapan melibatkan saluran gas yang dipercayai berpunca dari letupan yang kuat.
"Kami menerima laporan daripada pengawal keselamatan bangunan, terdapat dua orang mangsa pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian aras bawah (basement) mengalami cedera ringan.
"Manakala dua orang awam berjaya diselamatkan dan mengalami cedera ringan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans," katanya.
Sementara itu, menurut Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Subang, ACP Zainal Rashid Abu Bakar, berkata punca kejadian masih disiasat dan laporan terkini akan dikeluarkan pasukan bomba serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Beliau berkata, letupan di bahagian bawah bangunan itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.
"Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi rakyat tempatan.
"Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Menurut saksi, Daryl Chua, 27, (kanan) ketika kejadian berlaku, dia bersama teman wanitanya sedang menuju ke mesin bayaran tiket letak kereta.
Ketika sampai di mesin tersebut, katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi 'letupan' dan terus rebah ke lantai.
"Saya terpaksa memapah teman wanita saya yang longlai dan tidak berdaya, keluar dari kompleks membeli-belah tersebut, kira-kira tiga minit selepas kejadian berlaku," katanya ketika menceritakan detik cemas itu.
Pada masa yang sama, dia ternampak beberapa orang awam dan pengawal keselamatan bertempiaran lari menyelamatkan diri
"Nasib baik saya dan teman wanita tidak cedera serius, saya hanya luka kecil di tangan manakala kereta rosak teruk," katanya.
Bomba: Dipercayai kebocoran saluran gas
Sementara itu, Bernama melaporkan Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.45 pagi dan 50 anggota dihantar ke tempat kejadian.
Beliau berkata letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas dari aras bawah yang menempatkan kedai-kedai makan dalam pasar raya itu.
"Kami sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Buat masa ini, kami tidak benarkan orang ramai memasuki pasar raya ini. Kebocoran dah dapat dikawal, cuma sekarang kami sedang siasat lebih terperinci mengenai puncanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Kira-kira 300 orang awam yang menginap di hotel berdekatan pasar raya itu dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga dan sehingga pukul 4 petang ini, kesemua mereka belum dibenar memasuki hotel itu.
- Kong Bu Fenzi · Pengulas TertinggiISA dimansuhkan... UMNO nak akta anti pengganas.
Mestilah buat cerita , malaysia sudah diserang pengganas.
Kalau tiada akta ini. maka malaysia tidak akan tenteram.
UMNO nak rakyat beri sokongan terhadap akta anti pengganas.
- Silap silap ini skript umno.... kah kah kah..
Kalau gas dapur meletuo... si umno biadap itu pun boleh kait dengan akta anti pengganas. kah kah kah.- Jashamsulnizam Md Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
- Qaseh Qaisarah Comey · Pengulas Tertinggi
- Ived Tapovanam · Pengulas TertinggiIni berita yang baru kami terima..punca letupan kerana terdapat orang Mongolia.
- Ariff Had · Pengulas Tertinggi · Seoul, Korea
- Ived Tapovanam · Pengulas Tertinggi
- Walter Raphael Unsik · Kuli-kuli sahaja di Malaysiakenapa pengawal keselematan pun boleh diambil dari luar negara...rasanya kalau perkara ini tidak diberi perhatian maka, keselematan negara mungkin tidak terjamin...fikir-fikirkanl
ah - Abdulhadi Muhamad · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
- David Anthony · Pengulas Tertinggi · Klang
- Din Gombak · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal MohamadBercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.
- Hairri Mohd · Pengulas Tertinggi · Michigan
- Ismail Bin Saad · Bekerja di Pesara TUDM
- Abg Zulkifli · Top Commenter · Universiti Putra MalaysiaKalau ini perbuatan khianat, tidak kira siapa, kita mesti mengutuk perbuatan ini sekeras kerasnya. Pihak berwajib harus mengambil tindakan sewajarnya.
- Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
- Huganeswaran Veerasagram · Top Commenter · Penang, Malaysiaserangan pengganas Mongolia yg membalas dendam.. he he he.
- Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
- Mohd YusriBertenang.. bukan perbuatan pengganas... sebab letupan pukul 4 pagi.. mungkin disebabkan kerosakan sistem2 yang membawa kepada letupan... saya percaya rakyat Malaysia bukan pengganas..
- Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
- Alyn Mohd Lyzz · Top Commenter
- Abdul Rahman Ahmad · Top CommenterAllah mengajar berfirman di dalam Al-quran, sekiranya ditimpa musibah hendaklah berkata, "inna lillahiwainna ilaihi roji'un"...wallahualam.
- Azman Kamal · La Salle Klangmemang bebal,orang yang asik nak salahkan orang lain....anuar belasah bontot saiful pun umno gak salah, anuar buat filem pon amno jugak salah....apalah bebalnya orang orang pakatan rakyat ni....sebansat bansat punya pakatan rakyat......nanti ustaz karpal sing lawan hudud pon cakap umno bayar kat dia....
- Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
"Saya diberitahu, ia (akibat) engineering fault, dan bukan berkaitan keselamatan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan Selangor akan memantau perkembangan insiden itu yang menyebabkan empat orang cedera.
Petang ini juga, katanya, beliau sendiri akan turun padang bertemua dengan pemilik dan penyewa di Empire Gallery, Subang Jaya.
"Kami memantaunya tapi tiada 'nilai tambah' yang kami boleh tawarkan. Perkara ini diuruskan oleh bomba, pihak polis dan juga pihak berkuasa tempatan Subang Jaya," katanya. dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam sebentar tadi.
Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.
Mereka yang cedera itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelanggan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.
Sementara itu, bercakap dalam sidang media sama, exco perumahan negeri Iskandar Samad menafikan dakwaan bahawa tiada rumah kos rendah dibina sejak Pakatan menawan Selangor pada 2008.
Sebaliknya, tambahnya, sebanyak 12,009 unit kini dalam pembinaan dan 9,645 lagi telah mendapat kebenaran merancang untuk dibina (mesti dibina dalam dua tahun).
Menurut statistik yang diedarkannya kepada media, setakat ini seramai 13,436 rakyat Selangor di kesemua sembilan daerah di negeri itu masih menunggu tawaran setelah memohonnya sebelum ini.
Sebelum ini, MCA Selangor dilapor membidas kerajaan Selangor yang didakwa gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun memerintah.
Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan BN telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan