HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 23 September 2011
HUDUD OH HUDUD..JIKA UNDANG2 ITU ZALIM...TAK SESUAI KE...SOKONG JE..BIARKAN KELANTAN LAKSANAKAN...JIKA BENAR ZALIM DAN TAK SESUAI..ORANG AKAN TAK SOKONG LAGI PAS...NI KENAPA HALANG...HALANG HUKUM ALLAH HENDAK DILAKSANA...ROSAK IMAN...JANGAN CAKAP BAB AGAMA KALAU BUKAN BIDANG KITA...KITA PATUT FAHAM..TAK KAN KITA NI BODOH SANGAT...
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah dan saluran demokrasi serta melalui proses legislatif-perundangan dan bukan secara paksaan, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.
“Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara dipaksa atau melalui pintu belakang-back-door,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.
Tun dirakamkan sebagai menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.
Kucar-kacirkan Pakatan
Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini. Sememangnya Hudud bukan dasar bersama Pakatan.
“Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat,” katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.
“Serangan PAS terhadap rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan pembaziran Umno serta urus-tadbir khianat dan pincang, adalah terbit dari prinsip Islam yang kami dukungi. Tidak dengan Hudud pun kita boleh tentang Umno dan Ketuanan Melayu sempit Umnoputeranya” tambah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas itu.
Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.
Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.
Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.
“Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak ikhlas dan tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri,” soalnya.
“Jelasnya Umno dan Mahathir memang memusuhi Hudud yang merupakan sebahagian dari Qanun Jana’iyah Islamiyah-yang dituntut Islam ke atas penganut-penganutnya. Mungkin yang lebih takut Hudud adalah elit Umno yang didakwa merompak wang rakyat. Orang Kristian, Hindu atau Budhists tidak perlu khuatir kerana Hudud tidak terkuatkasa ketas mereka pun”, ujarnya lagi.
KOTA BHARU, 22 Sept: Surat Perdana Menteri mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar.
Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.
“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.
“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama,” katanya pada respon melalui facebook hari ini.
Dr Mahathir seperti dillapor media hari ini mencabar Menteri Besar Kelantan melaksanakan hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi berada di kerusi perdana menteri sekarang.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 melulus rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II).
Bagaimanpun pelaksanaan perundangan Islam tersebut tidak dapat dilaksanakan ekoran tidak ada kerjasama kerajaan pusat termasuk amaran perdana menteri ketika itu.
“Saya membaca cabaran Tun Mahathir agar Kelantan laksanakan hudud sekarang kerana beliau sudah tidak menjadi Perdana Menteri lagi,” ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Semalam beliau juga melahirkan rasa tidak setuju pendapat bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap suasana belum sesuai dilaksanakan hukum hudud di negeri ini.
Sedangkan katanya, kerajaan Kelantan sudah lama bersedia melaksanakannya namun ia dihalang kerajaan persekutuan sehingga mengakibatkan perlaksanaannya ditangguhkan sehingga sekarang.
“Telah banyak program dan dasar kerajaan yang dilaksanakan seperti pemerintahan Kelantan berasaskan tiga teras iaitu Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan.
”Di samping itu pelbagai program kebajikan seperti skim Kifaalah, bantuan beras percuma Al-It’aam dan pelbagai lagi itu bertujuan memelihara kebajikan rakyat,” ujar beliau.
Dr Asri ketika membentang kertas kerja pada seminar ulangtahun hudud di Kelantan baru-baru ini menyifatkan suasana belum kondusif bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan hukum Islam.
Hudud: Dr M patut nasihat PM, kata PAS
Sep 22, 11 5:42pm
Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya menasihati perdana menteri menarik balik surat yang didakwa "mengugut" mengenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya hukum itu, melalui Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan, kata naib presiden PAS.
"Kalau Dr Mahathir boleh menasihati (datuk Seri) Najib (Razak) supaya menangguhkan pilihan raya, tak mungkin beliau tak boleh nasihatkan Najib supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan," kata Salahuddin Ayub (kiri).
Salahuddin berkata, ketika menjadi perdana menteri, Dr Mahathir pada 14 Ogos 1994 memberi amaran bahawa kerajaan pusat akan mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hukuman itu.
Semalam, Dr Mahathir dilapor mempersoalkan kenapa Kelantan masih tidak meminta kebenaran Najib bagi melaksanakan hudud, sebaliknya terus menyalahkannya ekoran kegagalan menguatkuasakan undang-undang itu.
Sempena bulan Syawal ini, Salahuddin juga menyeru Dr Mahathir menarik balik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud.
"Beliau (Dr Mahathir) pernah menuduh perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.
Salahuddin berkata, Dr Mahathir sepatut berjiwa besar dan menarik balik "persendaannya", antaranya terhadap hukum potong tangan memandangkan ia diperintahkan dalam al-Quran.
"Kalau ada kelapangan, dengan rendah diri juga saya menyeru Dr Mahathir membaca surah al-Maidah ayat 38 dan 39," kata beliau.
Ayat tersebut merujuk arahan supaya tangan pencuri tetapi dan menegaskan sekiranya penjenayan itu bertaubat, Allah akan menerimanya.
bab hukum ni susah sket pd org bernafsu besar mcm beliau.sket² nak mengelak takut ramai yg terkena dari puak dia.padahal hukum tu ALLAH punya bukan PAS.
Md Shukri Aziz : apa ada hal..aku yakin sampai sudah kes anuar tak setel lagi satu ..hang nak sebuk kes anuar pasai apa..dia belum bersabid salah lagi...hangpa yg karut lebih..cakap pasal maruah tapi tak ada maruah nak ikut cara undang2 yg betul..kalau mamat tu dalam perbicaraan biar hakim yg tentukan jangan nak berlagak pandai..
lagi satu sapa cakap anuar akan jadi PM kau ni penilik nasib ka?
Syed, apa saja hukum Islam,UMNO memang benci. Tun bukan saja memperlekeh Hukum Hudud malah pernah beberapa kali menghina Rasulullah SAW. Bro, ingat bila kamu dah mati nanti dan ketika dihidupkan semula, kepada siapa kamu hendak meminta syafaat bagi mempercepatkan timbangan amal? Bro, umno kununnya tegakkan Islam tetapi pada masa yg sama mengambil YAHUDI APCO sebagai perunding penasihat. Sedangkan hampir setiap hari Yahudi membunuh umat Islam Palestin. Bro Syed Saifuddin, kamu ada fikir ke tidak akan pembunuhan Yahudi ke atas rakyat Palestin?
SDR JAMIL......SEBELUM PAS BERTERIAK PASAL HUDUD, PAS PERLU CERMINKAN DIRI PEMIMPIN PEMIMPINNYA YANG DAH SEMAKIN REPUT IMANYA. SEBAGAI CONTOH, MAT SABU YANG DIPILIH SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PAS IALAH SEORANG PENJENAYAH SEX YANG AKHLAKNYA AMAT MELOYAKAN. BELIAU TELAH DITANGKAP BERKHALWAT BERSAMA ISTERI ORANG DIBILIK NO. 121 HOTEL PERDANA, KOTA BAHRU PADA TAHUN 1995. KEMUDIAN KITA JENGOK PULA APA YANG TERJADI DI SELANGOR DIMANA PAS BERKONGSI KUASA DENGAN KUMPULAN PENYAMUN DAP DAN PKR. PUSAT JUDI, KEDAI ARAK, RUMAH URUT 69 DAN KEGIATAN PELACURAN TUMBUH MACAM CENDAWAN. DALAM HAL INI, PAS SELANGOR DAN PAS PUSAT MEMBISU SERIBU BAHASA. BILA GAMBAR ELIZABERT WONG SEKUTU RAPAT PAS TELANJANG BOGEL TERSEBAR LUAS DI SELURUH NEGARA, SEKALI LAGI PAS JADI LEMBU BISU. SEPERTI NYANYIAN SM SALIM, " APA DAH JADI,......APA DAH JADI......KEPADA PAS DI BAWAH HADI ? JELAS KELIHATAN, PERJUANGAN HUDUD PAS SUDAH HILANG ENTAH KE MANA. APA ,YANG TINGGAL HANYALAH KHAYALAN DAN IMPIAN KOSONG SEPERTI CERITA MAT JENIN YANG TERJATUH POKOK KERANA BERKHAYAL BERKAHWIN DENGAN PUTERI RAJA.
Oi PAS pilah nasihat anwar, suruh dia buat sumapah laknat ataupun ujian LIE DETECTOR! Lu ularmark ularmark PAS manyak kuat temberang oh! kejap islam kejap kebajiakan! apa lah punya orang seruoa itu BIAWAK SASAU saja! tui tui tui tui.
Kita minta dijauhkan dari berperangai macam che det. Allah boleh terbalikkan hati manusia mengikut kehendakNya. Kita sbgai manusia hanya mampu berdoa padaNya. Kita cuma mampu berikhtiar agar tertegakknya hukum Allah di bumi ini.Yang lain terserah padanya.Jgan layanlah org yg belum lagi membiasakan diri kerumah Allah tu....adakah termakbul doa almarhum Ust.Fadhil Noor agar dipanjangkan umur Che det agar sempat melihat apa kehinaan pada agamanya selama ini terpampang didepannya hasil perbuatan tangannya sendiri.....
Nampaknya PAS dan akan kena apabila isu ini dtimbulkan semula. Sudah tentu Gerakan & Mca akan mencanang isu ini habis habisan. Najib tentunya akan berpura-pura setuju. Jadi, Pakatan Rakyat akan terperangkap. DAP & PAS akan betelagah. Hentikanlah. Jangan Terperangkap
septut nye jngan dilayan Tun M ni, sbb dah tak de ape2 pekdah melayan dia ....brcakap ikut sdap mulut jer....., jika ditakdir kan DAP nak kuar Pakatan...biar kan je.....
Janet Limz : ko x perasan ke kenyataan2 bodoh dari pmimpin2 BN ? mane nak prasan sbb media x nak heboh kan.....BN dah kelam kabut nak hdapi PRU pun ko x prasan gak ke ?....ye aku pun prcaya Tuhan akan tnjukkan jalan tuk BN mnjadi pmbangkang d malaysia
34 Al-Maaidah 5 49 Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
12 A-li 'Imraan 3 23 Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Alih-alih satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).
wauu! tinggi songkok tu bang? mat dead ni dia rasa dia baguih dia rasa dia paling sesuai jadi idola mcm firaun zaman nabi musa..mengaku tuhan..tak pecaya ngn allah..nabi di cemuh dicaci...hayat dah sampai dihalqum tapi masih sibuk ngn hal2 dunia..tua kutuk..nauzubillah.
Al- Baqarah 2 208 Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
2 Al- Baqarah 2 152 Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
saya cadangkan supaya biarkan lah Tun Mahathir dengan labu labu nya. kalau nak terjun, terjun lah, dia dah tua, bkn budak hingusan. dia PM bukan Pos Master.
72 An-Nur 24 34 Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah) dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
cik det... hang dah tua.. kubur dah melambai2.... janganlah lagi nak mempermainkan Islam.. kalau hang benci Islam sekalipun... hang duk diam2 la... janganlah menambahkan lagi pergaduhan sesama Islam... hang bila la nak insaf.... tak takut ke balasan Allah....
xtahu ke HUKUM HUDUD itu adalah perintah ALLAH..hukum ini tok org islam...org yg bukan blh diberi peluang jika disabit melakukan kesalahan, samada nk ambik hukuman islam atau hukuman yg sedia ada...fikir lah diluar kotak skit..
banyak sangat sindir Mahathir tentang islam ni, nabi simpan janggut keranA PISAU TAK ADA.Bolehkah opembangunan Kelantan maju dengan hanya berdoa...........dan banyak lagi.
ambil mudah, jangan fikir teruk-teruk buat sakit kepala. katakan lah kalau nak sembahyang, yang satu mahathir jadi imam dan yang satu lagi tok guru nik aziz jadi imam. mana satu yang kita nak jadi makmum. iman ni mesti pimpin dunia dan akhirat. mahathir ni tak pernah ingat mati ker. dah rumah kata pergi, kubur kata mari, bertaubatlah..... pemimpin akan ditanya tentang pimpinan dan orang yang dipimpinnya. main-mainkan hukum Allah, kalau tak jadi pemimpin hanya dengan Allah saja, bila jadi pemimpin, bagaimana pula orang-orang yang menyokong pendapat yang sesat tuh. Banyaknya dosa.
HUKUM HUUDUD TAK SESUAI DILAKSANAKAN DI NEGRA BERBILANG KAUM...ANTARA UCAPAN NYA..YG MENGHINA HUKUM HUDUD ITU...ANAK DIA ADA SAHAM KILANG ARAK DI FILIPINA PUN DIA TAK MAMPU NAK NASIHAT..KITA NAK IKUT E NASIAHAT MAHATHIR HAPRAK NI.
Dalam rukun Iman salah satu / Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
satu daripada Rukun Iman di dalam agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.
Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 2:1-2)
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau secara peribadi menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak-hak orang bukan Islam dan pentadbiran yang adil adalah dijamin.
"Buat masa ini, secara umum, pada dasarnya, saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil.
"Ia tidak dalam apa cara sekalipun mencabuli hak-hak orang bukan Islam," kata Anwar, ketika ditemui di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Anwar menegaskan bahawa pandangan berkenaan dalah pandangan peribadi beliau dan Pakatan Rakyat belum membincangkan perkara itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar PAS yang memerintah Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.
Perbalahan antara Mahathir dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung undang-undang hudud bermula pada bulan Jun lalu apabila bekas perdana menteri itu mempersalahkan DAP sebagai penghalang cita-cita PAS memperkenalkan undang-undang Islam.
Nik Aziz menjawab bahawa bukan DAP atau pengerusinya Karpal Singh yang menjagi penghalang itu tetapi sebaliknya, dalang itu adalah Mahathir. Menurut Nik Aziz, Mahathir bertanggungjawab menggunakan saluran undang-undang untuk menghalang usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Isu itu tercetus semula baru-baru ini apabila bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa keadaan di negeri Kelantan tidak cukup "kondusif" bagi melaksanakan undang-undang berkenaan.
Bila org bukan islam pertikaikan hudud ianya adalah lojik krn mrk belum faham lg kebaikkannya. Tapi yg menghairankan kenapa pemimpin UMNO terutama mahathir yg mengaku islam yg kuat mempertikaikan bukan membantu dlm perlaksanaannya.
memang pelik...UMNO canang sana-sini diorg la yg memertabatkan islam kt Msia ni....nape takut sangat nk laksana Hudud??? n then takutkan n bodohkan org bkn Islam ngn HUDUD....
Md Shukri Aziz : Mahathir pernah bantah, pemimpin UMNO sentiasa bercakap mrk tak bersedia utk jalankan. Itu bkn pertikai ke?. Dah UMNO pun mengaku islam, mengaku negara islam contoh dan dah memerintah selama 54 tahun, kenapa tak laksanakan?
Izhar Samsudeen kau ni aku tengok tak la hebat mana..kau nak tanya hadi awang jangan la suruh org,.kau pergi tanya sendiri la sengal tiang..baggang tak sudah..sah2 suka jilat kaki mahadir
izhar samsudeen: np kene tanye hadi awang je??nape xtanye mahadey dn pemimpin2 umno yg len..diorg ade kuase die peringkat pusat..diorg berkuase utk laksanakan hukum hudud..np nak perslahkan PAS dn DAP??
Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya. Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku berleluasa? minum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafkan untuk kali pertama? kejadian pecah rumah, rompakan berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud.
TOLONG HENTIKAN SEGALA KOMEN CACIMAKI DAN SALAH MENYALAHKAN ORANG LAIN. jangan risau,,, esok akan keluar warta..KERAJAAN PUSAT RESTU NIK AZIZ LAKSANA HUKUM HUDUD DI NEGERI KELANTAN DAN KEDAH SERTAMERTA.....INSYAALLAH.....itu doa saya.......tunggu lah mudah mudahan makbul.....Allah jua yang MAHAMENGETAHUI.KITA MERANCANG.....PERANCANGAN ALLAH LEBEH HAK DAN LEBEH ADIL......
memang dari awal lagi patut dilaksanakan, sebab ia gagal? orang umno takut dengan hukuman dan keadilan, dan umno akan menggunakan isu hudud bagi menakutkan orang bukan islam, mereka juga takut masyarakat faham tentang kebaikan hukum hudud..
hukum hudud ini dtg nye allah swt,,, masaallah nya sekarang,,, orang melayu yang beragama islam itu sendiri yang menetang hukum hudud itu,, bila isu hudud ini timbul kembali dan hangat di perkatakan ,, orang yang sepatut nya komen hilang dan seyap seribu bahasa seperti ulama2 UMNO dan juga JAKIM..... yang tidak memahami al-quran dan juga hadis paling sibuk komen pasak hudud .. utaz2 umno sibuk dengan open house,, kalau bangsa lain itu menentang tak apa la merka belom mehami islam itu apa... sooo fikir la sendiri,, hukum hudud sahaja yang bole selesaikan masaalah sosial yang teruk di kalangan umat islam di malaysia ini
btul...hudud tu bakal mcegah jenayah dan mjimatkan perbelanjaan wang rakyat dipenjara....duit tu leh gne kasi biasiswa pendidikan islamic
'Bukan salah Kelantan belum laksana hudud'
Sep 22, 11 11:32am
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya.
Katanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.
"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.
"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri (kanan).
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.
"Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
Rasai kejujuran Nik Aziz
Mengulas dakwaan bahawa hasrat Kelantan itu sekadar mainan politik, Dr Asri menafikannya dengan berkata "tuduhan itulah mainan politik".
Katanya, walaupun hanya orang luar dan bukan anak Kelantan, beliau - yang sering diberi peluang melihat pentadbiran negeri itu dari dekat - yakin hasrat itu "bukan main-main".
"Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW, dalam sunnah baginda," katanya.
Katanya, beliau pernah mendengar sendiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya tentang hudud dan menjawab:
“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
Dr Asri berkata, daripada riak wajah Nik Aziz itu, beliau merasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah itu.
Memang bukan salah Kelantan tidak melaksanakan HUDUD... tapi salah PM yang tidak melaksanakanya. HUDUD nih bukan kepunyaan Kelantan ataupun PAS tetapi hukum yang wajib diteggakan oleh pemimpin yang mengaku beragama Islam.
Setahu saya untuk mengubah perlembagaan atau menukar ke hukum hudud, perlu sokongan 2/3 dlm parlimen, bukan boleh senang-senang tukar cam tu jer. PAS memang tidak akan dapat sokongan sebanyak itu di dlm parlimen disebabkan golongan penentang seperti umno ini lebih ramai dari PAS. Justeru bukan salah PAS tetapi salah mereka yg islam yg tidak menyokong hudud dlm parlimen.
Dari luaran umno menyalahkan PAS kerana tidak kotakan janji utk melaksanakan hudud, tetapi rakyat tidak tahu bahawa PAS memang tidak dpt laksana hudud jika tiada sokongan dlm parlimen. Jadi nampak macam PAS tidak tunaikan janjinya.
So, siapa salah disini, sudah semestinya kerajaan pusat kerana tidak menyokong hudud. Dah la tak mau buat, sokong orang yg nak buat pun tak mau...
Benarlah kata Nik Aziz, jika Allah tanya beliau diakhirat mengapa tak laksana hudud, beliau akan jawab kerajaan pusat yg halang. Nanti jawablah PM mana yg berkuasa pada ketika itu...
Notakanan bukan soal perlimen o parti tp pemerintahan dr pemimpin islam itu...knp kelantan nak jalankan hukum hudud xdibenarkan,,,untuk kerajan negeri,,,sbb jika kelantan menjalankannya,,,sudah tentu rakyat dpt menilai kebersanan hukum hudud itu,,,sbb itu umno takut ....takutkalah dlm PRU,,,,XDE MANUSIA MANA YG DAPAT MENGALAHKAN HUKUM ALLAH
kalau surat ini ditulis oleh PM, maka saya sarankan seharusnya penasihat2 PM perlu meneliti semula kandungannya. Sbg contoh, saya percaya dlm keranga undang2 jenayah Islam yang ingin diterapkan oleh kerajaan kelantan meliputi bukan hanya hudud malah ta'zir. Dalam isu rogol, ianya perlu dilihat secara holistik i.e. merangkumi Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah.
Bagi saya, suasana kondusif yang sebenarnya ialah bilamana kerajaan BN (yang selama ini diberikan peluang memerintah 54) jatuh dalam PRU akan datang. Hudud adalah hukum Allah yang pastinya akan mendatangkan keadilan bila dilaksanakan. Persoalannya sekarang ulama Islam sendiri terpengaruh dengan momokan musuh dan barat yang cuba memburukkan "Hudud". Petunjuk asasi bagi sebuah pemerintahan Islam islam ialah 'Mendaulat Syariat Allah" dan hudud adalah termasuk dalam syariat.
biar lah kelantan menjadi contoh dulu, kalau pun kerajaan perseketuan masih ragu-ragu, walaupun kerajaan pusat banyak memiliki ulama yang memilik phd dari barat...kita sebagai orng yang mengaku islam kena patuh pada perintah allah dan rasul..pada yang tak mahu berhukum dengan hukum allah biar lah,,, untuk mu agama mu,"untuk ku agama ku",, kalau salah tolong perbetulkan,, insyaallah pada yang non muslim akan tertarik dengan keadilan hukum allah..disertai dengan keikhlasan pemimpin yang menjalankan hukum tersebut..lillahitaala...bukan parti, bukan kaum, bukan bangsa, hanya untuk mendapat rahmat allah semata-mata.wallahuatlam..
Azroy Ismail : Biasela tu bro... nak menegakan hukum tuhan mmgla banyak rintangan. Tapi buat jela. Pduli ape die nak saman. Yang penting dah jalan hukum tuhan. Tapi aku tgk pas tak laksana pn dah nak salahkan kerajaan. Tu macam nak menutup kelemahan sendri sebab tak mampu laksanakan hudud. Jangan mcm tu, professional sikit.
Sebab Tu Berlambak Permasalahan Baru Lama Kita Tak Selesai-2 Dgn Masalah Sosial Buang AnakNya, PerceraianNya, JenayatNya, RasuahNya, DLL, Juga Antara Sebab harga bn brg naik sana sini. Yg susah adalah kita Semua Hidup Tak Aman Tak Bahagia Ada-2 Aje Masalah Yg Macam-2 Ragam, Sebab Kita Tak Ikut Hukum Islam Yg Allah Pencipta Kita Suruh Itu Je ~ Sila LIKEs.
Undang2 Lord Reid x sape nk canggah pun! tp nk laksana hudud pase ape nak cabar mencabar..kalau Tun Mahathir nk tengok hudud hang srh Najib beno kelantan buat..mcm hapus ISA tu..senang je umum kan!
Buakn sebab kerajaan. Sebab PAS sendiri pun lemah. PAS dah ade peluang laksanakan hudud di kelantan sejak mereka pegang kelantan. Tapi sebab takut dgn mahathir mereka tak laksana hudud. Lepas 2 nak salahkan mahathir pulak
Rasman A Karim Rasman & geng.. awat la hampa ni teruk sgt.. ni pasal agama la.. setiap apa yg kita buat di dunia ni,cmua akan dibentangkan di hadapan Allah nnt, x kecuali satu pun. hg dok tgk cek det buat proton,hg bangga sgt la.. awat hg x tengok firaun buat piramit, lg dahsyat.. awat? hg nak ikut dia gak? hampa jgn bercakap sedap mulut ja, ni bab hukum Allah. silap aribulan terima padahnya di akhirat yg kekal abadi.. nauzubillah..
"Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya. sokong tulisan itu bawa ulama2 progresif sunnah al azhar seperti yusuf al qaradawi dan seangkatan dgnnya untuk membahas supaya dapat membuat ijtihad2 baru.. Yang penting hudud itu bukan versi taliban, somalia dan sudan.
Penjelasan terbaeeekkkk...meme dasar kegho je'en kapir..54 thn doh memerentoh..dari politik, sapa ko hukuman, dok main pitih skalo..so pun xdok hok ngikut hukum al-Quran..dendo, bayar..dendo..bayar..pitih saman, demo wak gapo.pitih cukai lagi demo wak gapo.malah nok hurai panje..jd sabit ko mugo lain, demo sakit ati plop..
dalam khutbah terakhir BAGINDA RASULULLAH SAW berkata sesungguhnya aku tinggalkan keapada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamnya itulah AL-QURAN DAN SUNNAHKU fikir2kan lah wahai kaum muslimin dan muslimat.
sebelum ni salahkan Tun Dr M pasal x leh nak laksanakan hukum hudud....skrg PM Najib...pegi la wat permohonan nak laksanakan hukum hudud....jgn cakap jer pasal nak pilihanraya....kalau benar2 ikhlas nak laksana hukum hudud....jgn lupa itu kapal sinki kasi ikat dulu....take kalo dia ada marah....
Tokeman Mohd Sidek - karpal singh hentam hudud dlu.skrg hkum hudud tn guru nik aziz bgktkn balik..ade karpal bising mcm dlu..umno yg lme mentadbir.npe x laksana hkum islam tu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan