Khamis, 15 September 2011

ADA MABUK TODI@SAMSU..ADA GAK MABUK TERLEBIH BODEK...SILAP2 SEMUANYA 'SENJATA MAKAN TUAN'..

Komunis: Utusan Malaysia disaman | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis.

Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah.

"Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.

Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.

Ekoran laopran itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.’

Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya


Pemuda PAS dakwa kesan lebih 10,000 IC palsu | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa mengenal pasti terdapat lebih 10,000 kes kad pengenalan (IC) palsu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang disiarkan The Star pada 24 Julai lalu.

Katanya, Wan Ahmad mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menambah, bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

“SPR telah mengeluarkan dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda PAS iaitu, pertamanya isu dua nama yang sama memiliki nombor kad pengenalan yang hampir sama, dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki dua individu,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, tengah hari ini.

Katanya, antara perkara yang menjadi persoalan pihaknya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah SPR mengenal pasti kad pengenalan palsu berdasarkan kepada maklumat JPN.

Menurutnya, apabila SPR telah membuat pengesahan maklumat daripada JPN, maka langkah seterusnya adalah mengeluarkan maklumat pemilih palsu tersebut daripada DPI.

"Persoalannya, bagaimanakah dalam masa singkat, dua bulan sahaja JPN begitu mudah mengenal pasti data palsu dalam pangkalan datanya?

"Bagaimana JPN bolah mengesahkan salah satu data tersebut tidak sah?" soalnya.

Katanya lagi, bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya, apakah JPN sememangnya sudah memilik senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?

"Apakah JPN terlibat dalam penyelewengan kad pengenalan palsu," tanya beliau lagi.

Kalau Pemuda PAS yang tidak boleh masuk ke dalam bilik kebal JPN pun boleh membuktikan lebih 10,000 kad pengenalan palsu, beliau bertanya berapa jumlah sebenar kad pengenalan palsu yang telah dikeluarkan JPN.

Beliau berkata, bukti-bukti yang Permuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN dan mendesak agar siasatan segera perlu dilakukan ke atas jabatan itu.

Tegasnya, pilihan raya tidak boleh diadakan dalam waktu terdekat jika kecelaruan maklumat di peringkat JPN dan akan menjejaskan SPR.

"Pemuda PAS bertekad akan terus membongkarkan manipulasi pilihan raya ini sehingga SPR dan JPN benar-benar bersih dan adil," tegasnya lagi.


Kerajaan perlu tubuh panel khas kaji sejarah | Print |
Muhammad Faizal
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Kekalutan dengan pelbagai andaian mahupun pendapat sendiri mengenai sejarah negara ini perlu dirungkai semula agar satu jalan penyelesaian diperolehi bagi memuktamadkan kedudukannya sebelum mencapai kemerdekaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyuarakan pendapat dalam mencari satu usaha penyelesaian kerajaan perlu mewujudkan satu Panel Jawatankuasa Khas bagi membincangkan kembali sejarah negara.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Zainal Kling itu perlu dirungkai kembali dan saya tidak mengatakan ia benar tetapi setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh setiap pihak perlu diambil perhatian dan kita sendiri tidak pasti mungkin kenyataan yang diutarakan oleh Zainal itu menpunyai fakta yang selama ini kita tidak ketahui.

"Jalan yang terbaik untuk jalan penyelesaiannya ialah kerajaan perlu menubuhkan satu Panel Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji balik sejarah negara ini dengan membuat rujukan yang mana kita tahu sejarah negara ini ditulis berasaskan dari barat belum pasti kesahihannya. Maka kita melihat ada permasalahan dalam sejarah negara ini dan ia perlu dilihat kembali.

"Panel ini perlu melihat dari semua sudut dan pandangan dari pelbagai pihak sama ada politik, ahli akademik mahupun sejarawan malah ia juga boleh disertai oleh MPN seperti Profesor Datuk Dr Zainal Kling dan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim begitu juga Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mempunyai pendapatnya sendiri," jelasnya

Tambah Mahfuz lagi, panel ini perlu ditubuhkan dengan segera kerana untuk membuat kajian semual ia memerlukan masa yang agak lama tetapi penjelasan perlu dipercepatkan agar kekeliru yang berlaku sekarang dapat diatasi.

"Walau masa perlu diberikan oleh panel tersebut tetapi penjelasan perlu dipercepatkan kerana kita tidak mahu kekeliruan tentang sejarah ini menjadi semakin kusut.

"Saya bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khalid Nordin dalam isu ini yang mahukan subjek sejarah di peringkat sekolah dikaji semula setelah didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan bercanggah dengan fakta yang hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya 'Historical Fact and Fiction'.

"Syed Naquid mempersoalkan mungkin terdapat beberapa sejarah penting tidak dicatit sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah.

"Seperti juga kenyataan khalid yang meminta kajian semula kedatangan Islam ini tidak dimasukkan dan apa yang berlaku umpama mengelapkan sejarah kedatangan Islam dan apatah lagi sejarah negara kita. Bagi memulihkan kembali fakta sejarah maka kajian semula perlu dilakukan dan kerajaan perlu bertindak segera," katanya lagi.

Isu kemerdekaan dan sejarah negara muncul apabila kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah British serta diikuti beberapa kenyataan yang dikeluarkan pakar sejarah dan terbaru bekas perdana menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.


P’raya: Mahathir mula tekan Najib? | Print |
Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Tekanan seperti apa yang berlaku pada zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) makin terasa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mula menyuarakan pendapatnya agar pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat.

Mahathir berpendapat jika pilihanraya diadakan pada secepat yang mungkin ia tidak akan memberi kemenangan mahupun berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tempoh masa yang panjang bagi meneliti kembali senarai calon-calon yang ingin bertanding pada pilihanraya nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang berkata pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir itu memberi gambaran yang jelas bahawa wujud permasalahan sama ada di dalam Umno mahupun BN.

"Teguran yang disuarakan oleh Mahathir itu jelas menggambarkan berlakunya permasalahan sama ada di dalam Umno mahupun BN dan saya tidak menolak beliau mula memainkan peranannya bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri sekarang, inilah yang berlaku pada pemerintahan Pak Lah dulu.

"Tindakan Mahathir yang mahukan BN mengambil masa yang lebih panjang bagi meneliti kembali senarai calon agar memastikan kemenangan kepada BN bukan hanya tertumpu kepada senarai nama yang lain malah ia lebih memfokuskan kepada kedudukan Najib sebagai Pengerusi BN.

"Mesej yang jelas membuktikan Najib tidak lagi dapat memberi kemenangan kepada BN pada pilihanraya yang akan datang," jelasnya.

Tambah Mahfuz lagi, Mahathir juga dilihat sebagai "mastermind" dalam perancangan agar Najib berundur sebelum berlangsungnya pilihanraya umum nanti.

Malah tidak mustahil akan ada mereka yang menjadi pengikut telunjuk Maahathir.

"Mahathir akan cuma memberi tekanan dam memastikan Najib berundur sebelum pilihanraya nanti dan beliau sendiri dilihat sebagai mastermind dalam usaha tersebut, saya pasti apabila kenyataan yang disuarakan oleh beliau itu akan ada mereka yang di dalam Umno mahupun BN menjadi pengikut telunjuk serta menyokong pendapat yang beliau utarakan itu.

"Bagi memastikan kemenangan kepada BN, pengerusinya perlu ditukar dan orang akan melihat siapa ketua sebelum membuat pilihan, inilah yang dimaksudkan oleh Mahathir," sambung Mahfuz lagi.

Sebelum ini, Mahathir telah mengeluarkan pendapat beliau pada satu forum yang diadakan di Putrajaya yang menyatakan pemilihan calon yang boleh menang dalam pilihan raya akan menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan peringkat.

Calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penasihat dalam menentukan calon yang akan bertanding.


Gamis, PUM lancar Kempen Kami Tak Nak Maksiat | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) sebagai peneraju gerakan mahasiswa Islam di Malaysia berasa terpanggil untuk turun meraikan sambutan meriah Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, khususnya menjelang detik keramat, pukul 12 tengah malam 16 september ini.

“Insya Allah Gamis akan memimpin para belia juga mahasiswa untuk turun membawa gerakan dakwah bagi membasmi masalah sosial yang diwariskan setelah detik 12 malam berlalu,” kata Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan.

Menurutnya, atas dasar itulah Gamis dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) akan melancarkan gerakan khas yang bertemakan ‘Kempen Kami Tak Nak Maksiat’ bagi membuat pemerhatian, pemantauan dan juga pencegahan awal agar virus kemaksiatan dapat disekat dan dihapuskan.

Oleh itu, ujarnya Gamis menjemput seluruh mahasiswa Islam dan belia untuk hadir ke XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011.

“Bagi yang berkelapangan untuk hadir, pihak kami menjemput anda untuk bersama kami berhimpun di Masjid KLCC pada pukul 9 malam yang dimulakan dengan bacaan yassin dan satu taklimat khas akan diadakan sebelum para petugas XPDC diagihkan mengikut kawasan sasaran,” ujarnya.

Katanya, para petugas juga digalakkan memakai pakaian kemas bagi menunjukkan imej contoh para belia lainnya.

Sehubungan dengan itu, katanya Gamis juga menjemput para wartawan untuk hadir bagi membuat Liputan.

“Dijangkakan XPDC ini akan tamat selewat-lewatnya pukul 2 pagi. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama menerokai pengalaman berdakwah bersama pasukan kami.

“Bersamalah kita berkongsi nikmat kemerdekaan ini dengan mencari redha Illahi disamping membantu menyelamatkan anak bangsa yang masih kehilangan arah tuju kehidupan,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Ridhuan (013-2229803) atau Syahirah (013-3932657).


Soalan sejarah SPM bocor? | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Benarkah soalan peperiksaan Sejarah SPM akan datang telah siap dan kini bocor di laman-laman Facebook?

Bukan, sebenarnya ia hanya satu permainan perang saikologi yang sedang berlaku dalam media baru ekoran perdebatan sejarah negara.

(Soalan peperiksaan yang dikatakan bocor!!!)

Isu perdebatan sejarah kemerdekaan negara membawa kepada dimensi yang lebih menarik apabila ia dijadikan permainan saikologi dalam laman media-media baru.

Terkini, satu soalan peperiksaan dipostkan ke laman sosial Facebook dan menjadi bahan yang popular untuk dibahaskan.

Sekali imbas, kertas yang berbentuk kertas soalan peperiksaan itu semacam kertas soalan bocor untuk peperiksaan akan datang.

Berdasarkan bentuknya ia kelihatan semacam soalan sejarah SPM atau kertas am STPM.

Namun, jelas sekali amat sukar untuk para pelajar menjawab soalan ini selepas isu sejarah kemerdekaan negara didebatkan sedemikian rupa.

Yang menjadi mangsa adalah Profesor Zainal Kling apabila beliau membuat satu kenyataan yang menggemparkan, negara ini tidak pernah dijajah oleh British.

Jelas kenyataan profesor Umno itu menjadi bahan permainan terbaru.

Antara soalan yang ditanyakan adalah "Terangkan status penduduk Malaya yang bekerja dengan British."

Adalah dipercayai, ia direka berdasarkan kenyataan Mohamad Sabu, timbalan presiden PAS yang mempertikaikan persepsi selama ini bahawa polis yang bertugas di rumah pasong Bukit Kepong adalah hero manakala penyerangnya termasuk Mat Indera adalah pengganas.

Sedangkan bagi Mohamad Sabu, polis ketika itu bekerja dengan penjajah British manakala Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

Dalam soalan keduanya, 'Pembentukan Persekutuan ini merupakan penjajahan atau pernaungan? Terangkan".

Ia jelas ditujukan kepada Zainal Kling ekoran kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British berbanding banyak teks sejarah yang menyatakan British adalah penjajah negara.

Soalan C pula berbunyi, "Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, adakah tepat menunjukkan Malaya tidak pernah dijajah oleh British."

Dan soalan paling akhir adalah, "Berapa tahunkah usia kemerdekaan negara kita sebenar." Ini dipercayai ekoran dari polemik yang dicetuskan sejak kebelakangan ini.


Rosakkan kereta lambang kekeringan hujjah | Print |
Muhammad Yusri Amin

KUALA KRAI, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan perbuatan merosakkan kenderaan masyarakat awam yang menghadiri majlis forum atau ceramah umum anjuran Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah tindakan mereka yang kekeringan hujah untuk berlawan.

Bahkan, Ketua DPPNK Ustaz Abd Latif Abd Rahman mendakwa perbuatan itu satu tindakan bagi menghidupkan semula perbuatan ala Pemuda Tahan Lasak Umno yang diamalkan suatu ketika dahulu.

(Kereta wartawan Sinar yang diconteng dan dicalarkan)

“Mereka cuba hendak menghidupkan semula perbuatan seperti itu kerana tidak ada hujah hendak berlawan dengan kerajaan negeri atau pemimpin PAS.

“Justeru kalau Umno betul berani, tampillah berdebat (terutama dalam konteks isu serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu), dan YB Mat Sabu pun sudah mencabar – kalau berani, berhujah, berdebat.

“(sebenarnya) Mereka berani ugut di belakang, namun tidak berani berdepan,” dakwa Ustaz Latif (gambar bawah) ketika dihubungi pemberita sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang mengulas perbuatan merosakkan kenderaan awam termasuk kereta yang diletakkan di kawasan Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke-IV semasa Forum Rakyat berlangsung semalam.

Dalam kejadian semalam, beberapa kenderaan pengunjung yang diletak di bahu jalan dipercayai dicalar dan dispray dengan cat setelah digoreskan dan ada yang ditikam tayar kenderaan itu dengan menggunakan benda tajam.

Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang menjadi mangsa semalam ialah kenderaan pengunjung yang diletak di jalan berhadapan Gelanggang Seni, di Gelanggang Tenis dan di Jalan Hospital dekat Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

Dalam satu tinjauan, antara kenderaan itu termasuk kenderaan petugas media dan wartawan tempatan.

Antaranya termasuk kenderaan Wartawan Kanan Sinar Harian Kelantan Suhaiza Abu Bakar, 35.

Ekoran kejadian itu semalam, beliau telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 1.30 tengah malam semalam.

“Saya meletakkan kenderaan saya, Harrier di Jalan Hospital dekat Stadium pada jam 8.50 malam sebelum membuat liputan majlis Forum Rakyat di Dataran.

“Kereta saya dicalar dan dispay cat sepanjang satu depa pada sebelah pintu kiri kereta apabila saya kembali ke kereta saya pada 12.30 tengah malam apabila setelah selesai membuat liputan majlis,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Pengunjung Forum Rakyat Nasir Ismail, 45, dari Pohon Buloh, Pasir Mas mendakwa kenderaannya (Ansa) telah dicalar dan dispray dengan cat.

“Mereka spray dengan membuat line memanjang dengan cat pada bodi kereta saya, dan saya menganggarkan kos RM1,000 bagi memulihkan semula,” katanya kepada pemberita.

Dalam hubungan ini, DPPNK menurut Ustaz Latif, akan mengambil peranan proaktif dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan di tempat ceramah atau majlis awam khususnya anjuran Pakatan Rakyat atau PAS.

“Untuk masa-masa akan datang, kita akan kerahkan seramai mungkin Anggota Unit Amal kita khususnya pada program yang besar yang terbabit dengan pemimpin besar dan mempertingkatkan kawalan keselamatan bukan saja membabitkan pergerakan lalu lintas jalan,” katanya


Semak soalan Sejarah PMR, SPM 2011 | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Isu sejarah Malaysia yang dipolemik oleh Umno dan BN akhir-akhir ini semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata, kesannya, semakin hari terserlah kepincangan dan putar belit sejarah oleh politikus dan pengampu Umno dan BN.

Katanya, kenyataan berbelit oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sejarah negara, ditambah dengan dakwaan Majlis ProfesorNegara dan lain-lain pihak yang didakwa mempunyai autoriti, telah menimbulkan kekabutan dan kekeliruan bukan sahaja dikalangan rakyat, bahkan generasi pelajar sekolah menengah yang diwajibkan mengambil subjek sejarah.

Oleh yang demikian, ujarnya cadangan pembetulan dan pembaikan subjek Sejarah harus disegerakan tanpa kompromi dan campur tangan politik khususnya Umno dan BN.

“Sudahlah ia wajib, subjek sejarah juga menjadi subjek wajib lulus di dalam peperiksaan SPM bermula 2013,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, walaupun yakin soalan subjek serajah Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah disiapkan, pihaknya mendesak kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran supaya menyemak soalan yang berkait dengan isu-isu sejarah yang dibangkitkan akhir-akhir ini.

Katanya, antara mekanisme yang boleh dilakukan ialah:

a) Soalan kontroversi ditukar kepada soalan dengan jawapan yang tiada perbezaan pandangan, atau

b) Skema jawapan ditambah bagi soalan kontroversi dengan mengambil kira semua pandangan. Dalam erti kata lain, teori sejarah selain di dalam silibus juga diterima sebagai jawapan yang betul.

c) Jika tidak cukup masa, soalan yang kontroversi dan wujud perbezaan pandangan dibatalkan. Maka, markah yang terbabit tidak dimasukkan di dalam perkiraan markah pelajar

Katanya, kenyataan terbuka itu dibuat kerana ia memberi kesan kepada prestasi pelajar.

Beliau berkata, jika pelajar mendapat A kerana jawapan yang mengikut skema dan silibus, tetapi ia adalah fakta yang salah, ia menafikan ketulenan kefahaman pelajar itu sendiri.

“Jika pelajar berkenaan tidak percaya kepada jawpan di dalam silibus tetapi terpaksa juga demi mendapat A, ia mengajar pelajar bersifat hipokrit yang menafikan sifat amanah yang seharusnya dipupuk dikalangan pelajar,” ujarnya.

Katanya, bbukan sekadar itu, kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi juga dipengaruhi oleh keputusan itu.

“Alangkah malangnya pelajar yang cemerlang dinafikan hak hanya kerana menjawab dengan amanah dan betul. Ia memberi kesan negatif di dalam mencorak masa depan generasi muda negara,” katanya lagi.

Jika tiada tindakan dibuat, ujarnya ini jelas membuktikan sekali lagi Umno dan BN menipu rakyat Malaysia.

Kali ini, tambah beliau pelajar juga ingin diajar hipokrit dan menipu.

Katanya, alangkah bobroknya sifat pemimpin Umno yang hanya mementingkan survival politiknya.

Itu, katanya belum dikira keputusan-keputusan subjek sejarah tahun-tahun sebelum ini yang jelas Umno dan BN telah memperbodohkan rakyat.

“Bagi semua pelajar PMR dan SPM, selamat menghadapi peperiksaan. Jawablah dengan ilmu yang tulen berasaskan kefahaman, jangan tertipu dengan agenda politik Umno. Bebaskan kongkongan sistem pendidikan negara dari unsur politik,” ujarnya.













Mahfuz: Mungkin Zainal Kling ada fakta sendiri
Jimadie Shah Othman
Sep 14, 11
12:54pm
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata semua pihak perlu terbuka membincangkan sejarah negara, dengan melihat pandangan pelbagai pihak, termasuk ahli akademik dan sejarahwan.

Sebagai contoh, katanya, pandangan anggota Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah membawa kemungkinan beliau mempunyai fakta tertentu yang tidak diketahui.

"Saya tak kata ia benar. Tetapi mungkin beliau ada fakta tertentu. Ini perlukan hujah," katanya anggota parlimen Pokok Sena itu.

Respons Mahfuz itu dilihat lunak berbanding reaksi beberapa pemimpin PAS sebelum ini, termasuk oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memperli Dr Zainal sebagai profefor yang "tidur terlalu lama".

Zainal pada 9 September lalu, berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi British.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mahfuz juga mencadangkan kerajaan membentuk panel bagi mengkaji sejarah sedia ada kerana kini terdapat pelbagai versi berbeza daripada yang dipelajari di sekolah.

Ada fakta 'digelapkan'

Walaupun merasakan panel bebas sebagai penyelesaian terbaik, buat masa ini beliau mencadangkan panel sedia ada bawah Kementerian Pengajian Tinggi bagi membincangkan kurikulum sejarah di sekolah dikembangkan bagi mengkaji isu yang berbangkit sejak dua minggu lalu.

Katanya, badan itu juga boleh memanggil melibatkan beberapa pemain penting yang kenyataannya menjadi polemik seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, sejarahwan Tan Sri Dr Khoo Khay Kim dan Dr Zainal sendiri.

Mahfuz berkata, berdasarkan pelbagai versi tentang sejarah kemerdekaan dan pandangan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mengkaji sejarah kedatangan Islam, fakta sejarah perlu pengkajian semula.

"Naik taraf sahaja (panel sedia ada). Kalau hendak buat panel lain kena tangguhkan panel ini terlebih dahulu," katanya.

Mohamed Khaled pada 9 September lalu dilaporkan berkata, silabus sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta tidak lengkap dan terdapat percanggahan dengan kajian cendekiawan terkenal Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya Historical fact and fiction.

Khaled berkata Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan sejarah penting tidak dicatitkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah.

Mahfuz berkata, pengakuan Mohamed Khaled itu menunjukkan kemungkinan terdapat beberapa fakta yang telah "digelapkan" dalam penulisan sejarah di negara ini.

VIDEO | 10.20 min


  • Mummy Muahs · Pengulas Tertinggi · Kolej new era
    waktu sebelum merdeka...Zainal kat india....balik dari india dapat ler gelaran Kling....
    • Adi Ali · Pengulas Tertinggi · University of Massachusetts Amherst
      jangan gelar otang cam tu t.. tak baik ... camna nanti orang gelar awak mummy lapuk kerr ....
    • Chin Mui Ha · Pengulas Tertinggi
      Fakta sejarah sudah tergadai,sekejap lagi Negara akan tergadai,maka Bertish kembali lagi,Bukan menjajah tetepi Melindungi.
    • Sahari Nazri · Pengulas Tertinggi
      MM Bersopanlah sikit! Kalau nak ulas pun guna fakta.
  • Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    tapi bercakap tanpa mengemukakan fakta..ini macam panggil profesor ker..
  • Eddy Zack Farish · Bekerja di Biotech
    kena buka balik kamus, tengok apa makna penjajahan.. dan apa makna merdeka.. klau nak ikut, sekarang ni pun kita terjajah.. terjajah dek BN..huhu.
  • Din Gombak · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal Mohamad
    Firman Allah SWT,
    Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri(pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Annisa' : Ayat 59)
    • Hazlan Abd Hamil · Pengulas Tertinggi · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
      nak ikut sunnah? nak ikut alquran? seorg mufti pun dia boleh band sebab ajar agama x ada tauliah.. bekas mufti yg blajar agama tahap tertinggi yg diiktiraf & pnah jadi mufti..boleh di halang.. inikan nak ikut alquran & sunnah... yg halang bukan kepalang... MAIS sndiri smua tahu hal hal agama dibawah sultan! ermmmn dajjal memg smakin meghampiri kita!
    • Aaron Daniell · Pengajian Kejuruteraan Aerodinamik
      mende la ko niee
    • Mohdzaki Halim · Pengulas Tertinggi
      Kalau ada ikut Quran dan Hadis pun, separuh jee, ' buang seperuh ambil separuh'. Golonngan ini 'mungkin' tak jumpa ayat Quran yg menyuruh kita 'masuk dlm / guna Quran sepenuhnya
  • Azhar Ilias
    dah hampir 30 tahun aku ngajar anak murid bahawa kita di jajah, tapi bile professor kankong ni keluarkn kenyataan m;sia tak di jajah, terkedu aku, nyesal ngajar ilmu sesat kat anak-anak sekolah, bagaimana harus di perbetulkan kekhilafan ini?
    • Wilson Jt
      kenyataan " Msia tak pernah dijajah tetapi hanya Sultan menjemput British menasihat kita untuk mentadbir", mungkin dia berpegang kepada contoh-contoh seperti -- saya tak rasuah tetapi dia bagi saya duit atau saya tak rogol dia tetapi ada hubungan seks dengan dia......
    • Zaharonizal Othman · Bentong
      sedih sungguh....maafkan diri ini juga
    • Khirrudi Kajaga · Pengulas Tertinggi
      Wilson Jt lu memang olang banyak pandai oooo
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
      Di UKM ada di nyatakan hujah2 tentang perkara ini. Cuma ada byk perkara yg tidak dinyatakan/di sembunyikan... Mujur Melayu mudah lupa...sbb itu Umno boleh bertahan sejak 1955 Pilihanraya Umum 1.
    • Najwan Drift-King
      Khirrudi Kajaga
    • Aretoke Arman · Top Commenter · Works at Jpsm
      Wilson Jt Yang di jajah Tanah Melayu atau Malaya dan bukan Malaysia...betul lah tuu...hikhikhik....
    • Alif Shakirin
      Khirrudi Kajaga
    • Maslizan Zamzuri · UiTM Shah Alam
      Tulah perlunya ahli2 akademik yang bijak pandai mcm anda-anda semua betulkan fakta. Cuba buat kajian dari mula susur galur sejarah negara kita. Janganlah asyik nak menuding jari kepada orang lain je. Malah kita boleh memainkan peranan untuk mencari kebenaran.


Zainal Kling: Malaya tak pernah terjajah
Abdul Rahim Sabri
Sep 9, 11
3:43pm
Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

azlanKatanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan


Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

british coldstream guardBagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".

"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.

"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.

  • Usin Wafer · Bekerja di Fuji Electric Semiconductor (M) Sdn. Bhd.
    huhuhu..abih tue MERDEKA nk buat apa huhuhu...
  • Kesatria Baja Hitam · Pengulas Tertinggi
    Abih tu Tok Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau tu lawan siapa? Lawan hantu ke jika Malaya ni x pernah dijajah? Profesor Kangkung ni...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Prof, camne nak tadbir Malaya klau tak jajah dl? Apa punya statement ni kata Malaya hanya ditadbir oleh british bukan dijajah? Cukup la prof, kenyataan prof hanya meloyakan semua rakyat Malaysia! Cukup2 la cuba membodohkan org ramai dgn statement yg cukup 'bodo'...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Klau tanya semua rakyat Malaysia, samada celik sejarah atau kurang celik sejarah, 'apakah pendapat anda, british telah melindungi/menaungi atau menjajah Malaya?' Sudah pasti secara sepakat mereka akan berkata Malaya dijajah british. Klau ada yg sorang dua yg jwb menaungi, itu mat bangla/pati la yg dpt kerakyatan disini, sbb x tau sejarah. Statement prof ni hanya statement pengampu, x ada sape rakyat yg akan timer...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Klau habis khazanah Malaya dikaut pulang ke Britain, siap lantik mata2 (polis) lagi jaga kepentingan mereka. Awk nak kata dia org melindungi/menaungi instead of menjajah? Istighfar lah prof...
  • Sarjan Tulang · Pengulas Tertinggi
    kenapa ada jugak yg nak pertahankan british ni? pelik tul aku...

    tp kenapa tak pertahankan parti2 berhaluan kiri yg diharamkan oleh british? diaorang berjuang utk dapatkan kemerdekaan.....

    atau memang benar ramai prof kangkung kt malaysia ni....
    • Azhar Red · Pengulas Tertinggi
      yang british ambili hasil kita selama dia duduk kat tanah malaya dulu tu apa? saja2 bagi ka apa
    • Nairulhizam Mohamed Yunus · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      Azhar Red itu upah sbb dia jadi PENAUNG/PLINDUNG Malaya masa tu....mana der org bt keje free kan....
    • Azhar Red · Pengulas Tertinggi
      haha..upah ke? bukan jajah? kesian.
  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    SEBENARNYA UMNO YG TIDAK PERNAH DIJAJAH OLEH BRITISH KERANA UMNO ADALAH bARUAH SERTA PENJILAT PUNGGUNG BRITISH... YG TERJAJAH ADALAH RAKYAT JELATA PADA MASA ITU.. OLEH SBB UMNO SANGGUP MENGILAP TELOR2 PARA PEGAWAI DAN ASKAR2 BRITISH SAMPAI BERKILAT PADA WAKTU ITU MAKA BRITISH MEMBERIKAN UMNO KUASA PEMERINTAHAN KERANA MEREKA AMAT2 BERPUAS HATI DAN BANGGA KERANA PULANG KE ENGLAND DGN TELOR2 YG BERKILAT2
  • Azha Syazri Azizan
    Betul, kita tukar saja istilah kepada TERNODA kerana hasil bijih timah dan getah semuanya disapu British. hehehe
    • Gkaran Gee · Pengulas Tertinggi · Sek men keb tunku putra
      owang melayu ni kaya dgn sifat pemurahh..abis dia sedekah kt british..bengong punya profeser...
    • Rafizan Md Yusof · Bekerja di MAA TAKAFUL BERHAD
      aduyai...makin "hang" otak aku mikirkan sejarah Tanah Melayu ni...banyak bercanggah nih....nak kena "reboot" balik kepala otak:(
    • Azha Syazri Azizan
      beli buku sejarah PMR & SPM hehehe
    • Rafizan Md Yusof · Works at MAA TAKAFUL BERHAD
      okey...saya dulu pakai buku sejarah SRP jer...patutlah terkeliru...
    • Zack Zarifli · Top Commenter · Smkr
      makin bercelaru makin kusut makin brterabur makin berbelit!!! argghhhhh!!!!
    • Azree Persie · Top Commenter · Friends with Nore Binti Mat Ripin
      kita sambut kemerdekaan sbb berjaya bebas dari "dilindungi atau dinaungi" daripada british, maka xsalah sambut merdeka..cuma dari segi nama penjajahan itu adalah kita dijajah oleh british dari segi ekonomi ja, sbb sultan2 masih bkuasa sbagai ketua negeri
    • Ir Ahmd · University of Malaya
      Statement Prof Zainal...menunjuk kan sia2 saja Tok janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said berjuang melawan Inggeris masa tu...Lepas Inggeris keluar sambut pulak kemerdekaan...Merdeka dari apa??...Prof zainal ni dah nyayok kot...atau mengampu...yelah dulu tak reti cakap org putih...bila dah pandai baru lah ckp org putih baik...ptuihhhh..banyak lah prof kangkung akan bersuara lepas ni...
    • Encik Shah
      Kita kena kluar dr komanwel..
    • Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Rafizan Md Yusof ...Betoi3..banyk prof kongkang bikin haru.. HARI INI DALAM SEJARAH buat rakyat Malaysia...Mat Sabu buat The BEST, Prof Kangkung buat The Ugly geli... geli...geli...geleman.
    • Rohana Gayah · Kelantan
      sejarah msia dah jadi cacamerbau
    • Mohamad Noor Mohd Zain · Top Commenter · Penjaja kecil bumiputra at Ericsson Saudi Arabia
      Malaysia bukan setakat kena jajah tp dah kena rogol dgn British pada masa tu...Pemimpin2 Melayu UMNO hanya mampu tengok jer...he3...Yang berjuang menentang kezaliman pada masa itu hanya puak2 berhaluan kiri ajer mcm Tok Janggut, Mat Kilau (bukan Datuk M.Daud Kilau ekk...dia tgh berlatih gelek kat rumah masa tu dgn lagu Gila Judi...), Datuk Maharajalela & lain2...
    • Low Chew Wah · University of Science Malaysia
      kalau baca sejarah sebenar negeri Sabah pun celaru macamtu gak. banyak fakta bercanggah....
    • Nashrudin Hj Abd Rahim · Top Commenter · Politeknik Batu Pahat
      fikir fikir british ni kira macam harapkan pagar,pagar makan bijih timah dan getahlah,habis semua hasil bumi yang dilindungi dibaham,tu pun masih ada orang suka,keling betullah!
    • AbgZack Olala · Top Commenter · Attendan pam sementara (PETRONAS) at Petronas
      british bukan ambil saja2 je,,mereka bayar la pajakan lombong kat sultan la...korang pon boleh bukan lombong kat mana2 negara asing as long kau sanggup bayar konsesi pajakan...bodoh la rakyat malaysia ni.
    • Fei Jong Pejongan · Top Commenter
      bukan jak sedekah bijih timah..enjin jet pun,...
    • Azhar Agger · Top Commenter · Setapak High School, Kuala Lumpur
      Azree Persie
      sultan jd ketua jek tp takde kuasa..sama cam skg ni,yg berkuasa PM..dulu residen Inggeris
    • Mohd Hafiz Hassan · Top Commenter · Kolej Sultan Abdul Hamid
      ingatkan prof ni kena masuk pertandingan RAJA LAWAK tahun depan.....gerenti menang punya...............
    • Ibrahim Kj · Top Commenter
      Azha Syazri Azizan ...buku sejarah di malaysia ni semua tak boleh pakai..
    • Pokcik Semutar · Top Commenter · PG at Sendiri
      Azha Syazri, hati2 dgn istilah...British tak rogol hasil mahsul negara. Depa bantai gadis Melayu. So yang ternoda tu...gadis/wanita Melayu. PATI semua ok. Ada menteri yg MENODA pembantu rumah...ok apa. Mana ada salah?
    • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      Azree Persie dan abg zack olala- sama cam prof kangkong jjuga je...aduh ada je yg termakan idea prof kangkong...lantak le.
    • Tok Gondang · Top Commenter · Consultant at Self employed
      Gkaran Gee, bagus coment sdra,muga si Kling ini sadar sikit siapa dia sebenar2nya
    • Azlan Karim · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
      AbgZack Olala

      tak pernah aku dengar yg British bayar kepada Sultan pasal hasil masyul diambil. Kalau betul duit tu dimana? Yg aku tahu sultan2 cuma dapat elaun dari British tiap2 bulan.. macam makan gaji
    • Akmal Hafiz · Top Commenter · Penjual pisgor at Self employed
      bro azha...dalam masa beberapa tahun..diaorg lincikan terus biji timah dari muka bumi malaya...sikit pon x tinggal untuk malaysia..tapi sayang...ada gak prof bijak camni.malaysia x pernah di jajah...tetapi ternoda dan di perbodohkan...hahahah
    • Mat Tiory Khalim · Tengku Besar Tampin
      Azha Syazri Azizan ,mcm mana budak2 nak jawab spm ni sejarah tak betul kata prof2 tu.lingkup.
    • Ruzi Ayob · Top Commenter · Lumut
      hahahahahahahahahahahahaha...sakit perut ketawa dgn isu baru di malaysia...
    • Norish Aida
      Lawak lah
    • Mohd Azman Abubakar · Works at Rumah sakit
      Gkaran Gee , itulah sebab kita panggil dia prof kangkong dan kongkang. Lulusan tadika zaman jepun, lihat tak cerita seniman bujang lapok, P Ramlee pun dah agakkan mesti di zaman 2011 ini akan ada beberapa prof kangkong seperti dalam sekolah dewasa tu. Hebat P ramlee kan
    • Sheikh Kamal Sheikh Kadir · Creative Director at Ambience Resources Sdn. Bhd.
      Apa punya Prof kling lah hello minda telah dijajah sampai ler ni ooo....dari nama malaya ke nama malaysia...di jajah Portugies, belanda, jepun & british apakah itu jgn kasi malu....jadi jgn sambut merdeka 31 ogos....kaji semula!!
  • B.s. Lim · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
    kalau tak pernah dijajah, hari merdeka tu apa? makin kelirulah ni!
  • Hatta Nongah · Top Commenter
    Macam mana boleh jadi Profesor ni Pak Zainal? Kalau betulpun Pak Zainal cakap British tak menjajah Malaysia...tapi mereka sudah berjaya menjajah budaya, ekonomi, pendidikan dan bermacam-macam lagi... dan kita menggunakan Undang-undang yang direkacipta oleh si ' Lord Reid' ataupun 'British Common Law' untuk negara kita. So ini kita nak panggil apa? Bukan ke ini lagi teruk dari penjajahan secara fizikal? Lihatlah sekarang betapa susahnya untuk menegakkan undang-undang syariah Islam padahal heboh satu dunia pemimpin kita mengatakan yang Malaysia ni negara Islam.
  • Zairi Suboh · UiTM Kota Samarahan
    jangan lihat pd istilah tetapi lihatlah pd hakikat. apapun nama yg digunakan (kolony' mandat, protectorate, 'influence) hakikatnya satu iaitu terjajah. arak tdk jadi halal kerana dilabel sebagai 'spirit'. riba tak jadi halal kerana dinamakan 'faedah'. judi tak jadi halal kerana dinamakan 'lotri kebajikan masyarakat'. aduhhh,, susahnya bila ilmu dan title diperdagang utk harga yg sedikit...
    • M Zakry Chan
      bak harimau hilang taring...
    • Lah Dillah Lah
      tenangkan minda, isikan jiwa dan ingatlah yang esa. nescaya kita tidak dibelenggu dgn hasutan, pujukan, tipudaya, rayuan, nukilan, idealogi, karya, debatan dan pengaruh syaitan yang sentiasa menyesat lagi membinasakan.
    • عبدالله فهمي روسلي · Asd
      Lah Dillah Lah : ilmu tetap ilmu...sejarah tetap sejarah...
  • Shohor Enes · Kuala Lumpur, Malaysia
    hahahahahaha.... apa nilai sejarah yg telah kami belajar disekolah kebangsaan selama ini? Makin pening laaaa.
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    KEPADA BANGSA MELAYU YANG MELATAH DENGAN APA YANG DIUCAPKAN OLEH MAT SABU... MARI KITA SAMA2 RENUNGI DENGAN MATA HATI DAN AKAL YANG RASIONAL APA YANG DIPERKATAKAN OLEH PROFESOR KANGKUNG INI... JIKA ANDA SEMUA BOLEH MELATAH DENGAN MAT SABU..MENGAPA ANDA TIDAK BOLEH MELATAH DENGAN PROFESOR KANGKUNG PENGAMPU NO WAHID UMNO/ BN INI..

    LIHATLAH SEMULA DENGAN MATA HATI..PROFESOR KANGKUNG INI SEOLAH-OLAH MENGAGUNGKAN BRITISH.. SEOLAH-OLAH PEJUANG2 DATUK NENEK MOYANG KITA YANG BERJUANG DENGAN DARAH DAN AIR MATA MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH MALAH DIANGGAP SEBAGAI PENGKHIANAT DAN PENDERHAKA OLEH PROFESOR KANGKUNG INI..

    SEBUT SAJA SIAPAUN WARIS PEJUANG2 MELAYU SEPERTI MAT KILAU, TOK JANGGUT, ABDUL RAHMAN LIMBONG, ROSLI DHOBI, DATU BAHAMAN, DATUK MAHARAJA LELA DAN SEBAGAINYA... TIDAKKAH KITA MERASA TERCABAR DENGAN PENGHINAAN INI?
    ...See More
    • Ong King Joo · Works at Zf steerings malaysia
      kalu tak pernah dijajah, kenapa perlu laungkan "merdeka" "Merdeka" "merdeka". merdeka daripada sape??
    • Selok Kera Basat Tere · Top Commenter · SMK
      merdeka dari antu kopek.. buat malu je jd prof.. ingatkn cerdik rupa2nye keling jual botol lbh bijak dr prof cap ayam ni.. mmg malang sapa yg jd anak didik prof ni..
    • Harmy Sani · Sekolah pondok jer
      entah la merdeka dari makhluk asing kot..hahahaha
    • Anim Idris · Top Commenter · University of Delhi
      The Parti Rakyat Malaysia (PRM, Malaysian People's Party) is a democratic socialist political party in Malaysia. Established on November 11, 1955 as Partai Ra'ayat, it is one of the older political parties in Malaysia and traces its pedigree to the anti-colonial movements from the pre World War II period like the Kesatuan Melayu Muda." First President " Ahmad Boestamam. Mana ada umno waktu ini? UMNO bukan yg asal pejuang kemerdekaan.
    • Ahmad J Subarman · Top Commenter · Leading Hand, Quality Production Examiner. at Qantas Airways Ltd
      Ong King Joo merdeka dari kerja dapat cuti n merdeka from their pocket they can spend tax payer money.

Tiada ulasan: