"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.
"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.
Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tambahnya.
sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.
"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.
Gubal dua undang-undang baru
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.
Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya.
"Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan.
"Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk.
"Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya," tambahnya.
- Chien Wolfrine · Pengulas Tertinggi · Kepala Batas, Pulau Pinang, MalaysiaAlhamdulillaah... akhirnya suara rakyat... suara keramat! next is.... penuhi tuntutan BERSIH...... mari kita istiqamah dalam tuntutan ini.... PRU 13 semakin dekat....
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiAlhamdlulillah, berkat perjuangan semua rakyat malaysia, akhirnya akta isa berjaya dimansuhkan jua. Apapun, terima kasih najib & pentadbirannya. Diharapkan kerajaan ikhlas dlm melaksanakan pemansuhan ini, & tak ada mksud tersembunyi disebaliknya. Kpd semua rakyat malaysia yg dambakan keadilan, teruskan berjuang. Anggaplah ini kemenangan pertama kita, & juga kemenangan bagi semua rakyat malaysia 'amnya...
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
- Jemali Budin Budin · Pengulas Tertinggi · Dublin Institute of TechnologyPR kena TIPU hahaha
BN memang berani sebab PM baru jer buka jalan pada PR untuk menjadi hero JALANAN dengan memansuhkan ISA, membenarkan perhimpunan haram, memudahkan PERMIT perhimpunan, mengurangkan kuasa polis, mengenepikan ideologi politik dalam HAK bersuara dan banyak lagi...PR akan bakal menghancurkan negara ini sementara BN tengah MEMBOLOT sebanyak mungkin SALE barang dari kedai sebab kedai tak lama lagi nak tutup dan dah nak jual pada orang lain....
TAKTIK KOTOR BN
BN sudah yakin akan kalah dan sudah bersedia untuk menjadi pembangkang..mereka sekarang ini menghapuskan banyak kuasa kerajaan supaya kerajaan baru PR nanti senang ditentang....
hahaha...inilah politik kotor Malaysia
- Benludin Azhar · Pengulas Tertinggimansuh la apa pun.selagi hudud tak jalan selagi tu gua tak sokong lu..
- Ahmad Bin Muhammad · Pengulas Tertinggi
- Benludin Azhar · Pengulas Tertinggi
- Ahmad Bin Muhammad · Pengulas Tertinggi
- Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · NilSAYA SUNGGUH GEMBIRA APABILA AKTA 'ISA' DI-MANSUH -KAN. KINI RAKYAT TAK PERLU TAKUT TAKUT LAGI UNTUK MENYUARA-KAN PENDAPAT YANG BERNAS.
- Ghazi Johar · Pengulas Tertinggi · Samttaj shah alam
- Che Mohd Raif · Pengulas Tertinggi · Pasir Mas
- Nizam Azali · Friends with Maba BuduAlhamdulillah...Yang aku hairan mana pergi kumpulan2 yg mempertahankan ISA? Adakah mereka tepuk tangan sekali?
- Suhail Danish Md Pazian · Pengulas Tertinggi · Doctor Pakar Handphone di Mizzz.Telecomunication.comJangan Ingat Bila mansuh kan ISA yang lain tidak ada hehe
Walau apa pun ini adalah tanda kemenangan suara Rakyat yg telah banyak di zalim di bawak akta ( ISA )
Sebagai orang Beriman wajib kene buang akta yang zalim
Tiada contoh dari Nabi s.a.w pun tentang sumbat orang tampa di bicara
Ini adalah kemenangan suara Rakyat
Aku tidak berterima kasih pada Najib
sebalik nya aku berterima kasih kepada mereka2 yang telah banyak berkorban untuk menentang akta yang zalim...- Suhail Danish Md Pazian · Pengulas Tertinggi · Doctor Pakar Handphone di Mizzz.Telecomunication.comJangan sombong Bodoh
Kita tidak merasai bagai mana keluarga kita di zalim
Cuba bayang kan jika keluarga kita yang kene tangkap masuk penjara bertahun2 tampa bicara
diatas kesalahan apa
dihantar dimana
...Lihat seterusnya.. - Ahmad Bin Muhammad · Pengulas Tertinggi
- Suhail Danish Md Pazian · Pengulas Tertinggi · Doctor Pakar Handphone di Mizzz.Telecomunication.comAhmad Bin Muhammad : Berterima pada Manusia yang telah di zalam adalah harus dalam Islam...
Hanya orang yang Bodoh dan sombong Bila tidak berterima kasih pada orang yang sepatutnya kita berterima kasih...
Berterima kasih lah pada Manusia
dan bersyukur lah kepada Yang Maha Esa
- Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangorkemenangan untuk rakyat semua...kita tunggu samaada janji malam sambut hari malaysia ni akan dikotakan...takut ada elemen2 umno yg akan sabotaj pembaharuan najib ni....sementara mari kita raikan kemenangan rakyat ini...terima kasih pakatan...tanpa pakatan jgn mimpi berita2 gembira boleh jadi kenyataan...hidup malaysia baru....takbir.
- Hj Masran Haron · Top Commenter · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
- Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
- Atas Pagar · Top Commenter · Friends with Cik Bunga Azlinawati
- Abg Zulkifli · Top Commenter · Universiti Putra MalaysiaKemanangan Pakatan rakyat,. Kemenangan BESAR akan menyusul selepas ini. Hidup PR, Allahuakbar!
- Shakri Othman · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharomsaya ingin bertanya pada pembaca malaysiakini...bukan ke ISA termasuk dalam perlembagaan, nak mansuh kena usul di parlimen untuk pendaan perlembagaan...kalau ye, betul ke apa yg najib umum itu? jika PRU13 berlaku dalam masa terdekat sempat ke dibentang di parlimen? atau ini semua gula2 untuk PRU13.....
- Shakri Othman · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
- Shakri Othman · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharomlagi satu menteri pelajaran mengumumkan UPSR 3A2B pelajar miskin akan layak ke asrama penuh,4A1B murid luar bandar pun sama..tahu ke kita penempatan ke asrama penuh tidak sampai 10ribu,sedangkan setiap tahun pelajar yg mendapat 5A hampir/mencecah 50ribu dan 4A1B lagi banyak.....ini semua gula2 pru13 untuk membodohkan org2 kg/felda ....
- Darnie Afzaidees Ahmad · Top Commenter · Politeknik Kota Bharu, KelantanSyukur alhamdullillah akhirnya undang undang kejam lagi bersifat kebinatangan ini di MANSUH kan......selepas ini kuasa menteri dalam negeri untuk meng ISA kan orang ditamatkan.......inilah yang dikatakan kuasa rakyat......tetapi adakah BN takut hilang POPULARITY? dan tindakan mansuh ISA ini akan menambahkan keyakinan rakyat kepada mereka? apa pun tindakkan mansuh ISA ini adalah tindakan yang berani oleh Perdana Menteri kita......Syabas dan tahniah aku ucapkan........
- Boon Ping Ng · Works at Western Digital
- Darnie Afzaidees Ahmad · Top Commenter · Politeknik Kota Bharu, Kelantan
- Asrul Nizam Abd Jalil · Top Commenter · Works at MBSBTuntutan Mahasiswa wajib didengar sama bahawa AUKU juga perlu DIMANSUHKAN!
- Yuzi Azhar · Top Commenter · Friends with Mohd Sapinelaksanakan terus dan jangan hanya jadikan ini sabagai gula2 pilihanraya....seperkara lagi, jangan ingat jika semua ini dimansuhkan rakyat akan lupa tentang segala kenaikan cukai yang akan ditanggung oleh kami semua.
- Yuzi Azhar · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
- Abd Rahim · Top Commenterrileks bro.... ISA mansuh, tp 2 akta baru akan diperkenalkan. mana boleh sng2 mansuh. cukai topup 6% tu pun tangguh je tau... bkn mansuh.
- Halim JFxeleh , dia tkut nnti undang2 yg dibuat tu nnti makan diri sendiri.... kn setiap undang2 buatan manusia ni ader kepentingan.hanye undang2 dari pencipta alam semesta ini je yg benar2 tiada kepentingan.. nk selamatkn buntut sendiri.. truk org yg x bersalah kne jd tahanan ISA , anak2 n family jd mangsa... silap2 nnti bile pemerintahan negara bertukar nnti , hasil negara the lesap, hutang menimbun2. the puas tabur duit sana sini.. projek itu ini, kononnye" rakyat didahulukan" tp duit sape yg digunakan? duit rakyat jgk.... cmne pemerintah mase tu nk develop balik negara yg kite cintai ini? saje je nk bagi kepercayaan dan tanggapan rakyat pd pemerintahan baru amat truk.... aku amat mencintai bumi bertuah ini.... berharap negara ini aman mamur dan rakyat dapat merasai hasil bumi negara ini... jgnla nk bebankn rakyat... dala rate gaji dlm sektor swasta n goverment x selaras.. harge krete buatan negara sndiri pon mahal, sikap dan budaya memandu cukup truk... penguatkuasaan undang2 tidak dilaksanakn dgn tegas, badge "saya anti rasuah" tp ayat cm mintk rasuah "saya nak saman nih" 2 3 kali.. siap tye, kje ape? setakat rm5 x main la. agak2 terdesak rm5 pon jdla. kwsn parking x ckup, x kire la kawasan perumahan ke kwsn opis ke industri ke... parking kt tepi jalan pastu kne saman.. org yg nk saman pon parking dikawasan larangan parking, cmne?
- Pengat Pisang · Opertor cabuk at Perodua Manufacturing Sdn BhdJgn tnya apa bakti negara utk kite je,tnyalh plak apa bakti kita utk negara..kadang2 org cbuk bngkang krajaan je,sbbnya trikut2 kononnya ble sokong prti dia org bleh msuk syurga..ape bnda pnya pmhamn pn aku x fhm..hdup kna byk brsyukur..mmg ada pmimpin yg truk,tp jgn cbukkn prti org je,tgk gak prti yg dia sokong tu..btul sgt ke pmimpin yg dia sokong tu??klu dh x sokong ssuatu prti tu,kite jd buta dgn kbaikn pmimpin prti lain...ehmmm...ntahlh...ml
yu mudah lupa...mak bpk dok tnah rncgn hsil buah fikirn krjaan,tp cbuk dok bngkang krajaan...brsyukurlh wahai mlyu...hdup kat kmpg dh snang lupa jasa pmimpin...
- Diplomatik Bebas · Top Commenter · Friends with Azhar Arsad IIIWalau apa pun yg Najib bentangkan, aku TIDAK AKAN PERCAYA. Kerana sejak Najib menerajui MALAYSIA menjadi PM, banyak PERUBAHAN DASAR di lakukan, dan DIGANTIKAN dengan DASAR YG LEBIH ZIONIS!
Najib sedang membawa Dasar Liberal iaitu Pemansuhan Subsidi, dan digantikan dengan KENAIKAN HARGA, Pemansuhan ISA, dan akan digantikan dengan Undang2 yg bakal di GANTIKAN.
Pada PENGAMATAN aku, Najib adalah seorang yg suka BERMEGAH2.
...See More- Usama Binden · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekahnanti dulu... kita jangan terlalu gembira sangat dengan statement Najib tu,bila dia sebut "akan dimansuhkan" hati aku mula tertanya tanya...ngape tak umumkan saja "mulai esok ISA dimansuhkan dan semua tahanan ISA dibebaskan". Atau mungkin ini statement utk raih undi popular..
- Ismail Salleh · Exco at Kerajaan Kedah DATekanan politik pembangkang yang kuat akhir mengubah kerajaan yang telah mengamalkan ISA sekian lama.Next PRU adalah masa terbaik untuk mengubah terus kerajaan yang ada sekarang.
- Demi Rakyat · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaAdakah kerana kerajaan sudah tidak boleh mengawal suara rakyat dan tidak boleh menyekat gerakan hina ISLAM melalui INTERNET menyebabkan ISA sudah tidak relevan lagi pada masa kini?
- Juan Montoya · Top Commenter · Teluk Anson, Perak, Malaysia
- Mat Amin · Sekolah Parti Rejimen Ke-10Setinggi-tinggi tahniah kepada berbagai golongan dan berbagai kaum yang berjuang untuk memansuhkan ISA.
- Mhd Shah Mahadi · Top Commenter · Smk batu kikir
- Abu SalamGula-gula pertama ubtuk PRU 13.Lepas ini akan ada lagi pengumuman khas, sudah pasti kenaikan gaji Kakitangan Kerajaan. Tunggu dan lihat...
- Buu Gang · Top Commenter · Kota Kinabalu
- Azlan Rahim · Top Commenter · Kolej universiti insaniah (Insaniah,KUIN)gula2 politik..tkut2 yg bru lbih kejam..think for the future..bkn mghasut..tp memperingati akta zalim ni..
- Dewan Pemuda Pas Melaka · Top Commenter · MelakaBiarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5439-n ajib-qtundukq-tuntutan-buk u-jingga - Ottoman D Ariff · Top Commenter · 22 years old
- Khairul Sarinie Anang · Universitas Gajah MadaDi satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu....
Tindakan ini membuktikan hipokrisi Umno BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.
- Asrol Affandi · Top Commenter · Engineer at OracleHARI NI SAMBUTAN HARI MALAYSIA, TAPI KELATE DILAYAN MACAM NEGARA ASING..MANA ROYALTI DAN SEMUA HAK RAKYAT KELATE WAHAI PEMIMPIN KERAJAAN PUSAT!
- Hasmah Ismail · Works at Already history
- David Marshel · Top Commenter · Bukit MertajamKini Najib mengambil Dos Buku Jingga sebagai survival Politik beliau dan UMNO khasnya..tak lama lagi beliau akan laksanakan setiap intipati Buku Jingga kerana ia adalah satu panduan yang mantap ke arah memacu segala impian rakyat yg belengu di bawah UMNO BN...SYABAS kepada PAKATAN RAKYAT...Jika PR memerintah Negara yg dicintai ini maka lebih banyak feadah akan Rakyat menikmati..UNDILAH PAKATAN RAKYAT...
- Benci Umngok · Friends with Mohd Sapine
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata undang-undang baru itu akan merujuk undang-undang di negara lain sebagai contoh.
"Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, contohnya Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia, semua ini boleh dijadikan contoh dalam kita hendak memerangi keganasan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri malam ini.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan terus ISA selain kajian komprehensif pihak kerajaan terhadap beberapa undang-undang lain, antaranya Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Polis 1967.
Kajian itu akan dimulakan dengan mengambil kira pandangan pihak dan agensi yang berkaitan, katanya.
Hishammuddin juga berkata fokus utama kerajaan selepas ini ialah mencari keseimbangan antara kepentingan dan keselamatan, serta kepentingan suasana demokrasi semasa dalam menggubal undang-undang baru itu.
Selepas pemansuhan ISA, kerajaan perlu lebih matang menangani risiko dengan pewujudan dua undang-undang baru yang bakal digubal.
"Risikonya berhubung kait dengan mencari keseimbangan antara keselamatan dan kepentingan negara, selaras dengan tuntutan dan suasana demokrasi semasa, jadi risiko dalam apa jua keadaan sentiasa wujud.
"Saya yakin dengan apa yang diumumkan malam ini, perjalanannya bermula dua tahun dahulu, dan ia telahpun mengambil kira pandangan pihak berkuasa seperti polis, tentera dan agensi yang terlibat dengan ISA," katanya.
Kira-kira 700 wakil agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan awam menghadiri acara khas itu, yang diakhiri dengan nyanyian lagu sempena sambutan Hari Malaysia bersama-sama perdana menteri.
- Zul Abiad · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysiapersepakatan penentuan tarikh pilihan raya antara krajaan dan pembangkang mcm kt United Kingdom xnk tiru ke?
- Khirrudi Kajaga · Pengulas Tertinggi
- Kelipkelip Tantari · Pengulas Tertinggi · Pondokan wirajagat
- Aqif Sham · Pengulas TertinggiAkta ISA telah dibuang dan digantikan dengan akta nama baru SAMAD (Silap Anda Masuk Aku Dera)...sggh chomel akta tu....
- Ab Rahman Osman · Pengulas Tertinggimencari kesimbangan.....agak2 lepas nie itu dacing lama tu boleh la tukar yer tak.
- Ghazi Johar · Pengulas Tertinggi · Samttaj shah alamsalagi tiada undang2 ISLAM , selagi itulah dia akan memanupulasi undang2..
- Narizam B Yusof · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
- Lamtoro Torolamundang2 islam ada, undang2 penjajah juga yang nak diikut.apa punya sepisis umngok ni.........
- Armanyadi Jaafar · Pengulas Tertinggi · Politeknik sultan haji ahmad shah
- Drs Zainuddin Awang Hamat · Top Commenter · Ahli Dewan Undangan Negeri N30 Limbongan at Kerajaan Negeri KelantanManusia cipta undang2 nak jaga manusia terus akan undang malapetaka, yang cipta manusia ialah Allaj, maka Allah yang layak buat peraturan. Tak logik Allah ciptakan makhluk tanpa persiapan peraturan!
- Abuafifammar Fammar · Top Commenter · Institut pertanian malaysiaAsyik2 rujuk undang2 negara lain...undang2 dalam Quran nape taknak rujuk...kita pilih Umara yg bergading dengan Ulama ikut Quran dan Hadith...AllahuAkbar.
- Utusan Bungkus Umno · Top Commenter · Tukang maki at Anti - UMNO - Club ( umNGOK )KALU DAH MMG ANAK DIDIK PENJAJAH.... TTP NK PUJA JG UNDANG2 PENJAJAH... YG UNDANG2 ISLAM SEPERTI DLM ALQURAN X NK DITERIMA.... MMG MCM NI LA KALU DAH DARAH TALIBARUT....
- Tengku Suhaimi Tengku Yusoff · Top Commenter · University Pendidikan Sultan IdrisBerhati2 rakyat Malaysia, jangan terlepas daripada mulut buaya, mulut harimau mungkin sedang mengangga...
- Pak Mael · Top Commenter · Sendiri bos sendiri kuli at Sendirian bhdbuat apa nak dirujuk kpd undang2 Barat..?? UNDANG UNDANG ALLAH KAN ADA....LEBIH TERJAMIN DAN ADIL!!...ISLAM UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT!.....hadoooiii ..umno
- Kairiel Amree · Top Commenter · Friends with Sal Mohamad
- Citra Masadi · Top Commenter · University of kemuntingISA dah dmansuh tp akta baru akan ditubuh....dan ianya pasti lebih dasyat dari ISA...yakinlah.
- Kyryrd Lyryrd · Friends with Mohd Sapine
- Citra Masadi · Top Commenter · University of kemuntingKyryrd Lyryrd ya sama ja lembu dgn sapi xda beza....
- Kyryrd Lyryrd · Friends with Mohd Sapine
- Mohd Salleh Abdullah · Top Commenter...tak makan masa lama, kerana ISA yang dimansukh itu akan dilahirkan semula dengan pakaian baru, kosmetik baru dan lebih zalim lagi.
- Joe Cole · Top Commenter · Colegio Francisco Antonio Zea de Usmenama ISA ja tukaq, HASIL nya tetap SAMA kekkekekeke.
- Mohd Najid Ismail · Top Commenter · Kolej Kerajaan Bina Guna Duit Negara ( hak rakyat Malaysia )"Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, contohnya Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia, semua ini boleh dijadikan contoh dalam kita hendak memerangi keganasan," katanya. DAH MERDEKA? PEGAWAI UNDANG UNDANG KERAJAAN DIBAYAR GAJI TINGGI... UNDANG UNDANG NEGARA ORANG JUGA NAK DIJADIKAN CONTOH/PANDUAN? BECAKAP SANA SINI, MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM CONTOH.. INI NEGARA ISLAM YANG MENCONTOHI UNDANG UNDANG NEGARA BUKAN ISLAM.
- Nashrudin Hj Abd Rahim · Top Commenter · Politeknik Batu Pahatnapa nak ikut usa, uk dan australia?KENAPA tak nak ikut alquran dan sunah nabi?kata ngaku orang islam napa ikut kapir laknatullah????
- Adnan Sudin · Top Commenter · Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitraundang-undang baru biar ikut prosedur parlimen, bentang dan bahas biar detail baru lulus bukan tangkap muat lepas tu berlaku zolim kerana terlepas pandang, buang semua ego eksekutif dan jadikankan menteri hak rakyat barulah baik.
- Jack DanTetap sekali apa yg Adnan cakap. Jangan terlepas pandang. Kerismudin dah mula langkah ngan declare konon2nya "undang2 baru tidak akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan tidak perlu membentangkan sebarang pindaan"....dalam erti kata lain..mereka dah plan dah main implement je tanpa bawa ke parliment untuk diperbahas. Jangan kita ditipu lagi....
- Affendi Hasbullah · Top Commenter · Universiti Putra Malaysiamansuh satu ganti dua...agaknyer tukar nama je ker.. macam sama jek bunyinyer tu. jangan rakyat kena belit lagi sudah la. umngok ni suka spin n belit2 bl dah nak pilharaya.
- Ibnu Sinakalau mansuh pun, nanti dia buat sistem baru..lagi teruk..sama je..baik jatuhkan terus kerajaan BN yg MAHA durjana ni....
- Muhamad Saamah · Top Commenter · Pengurus at TSAC Engineeringkalu ikut undangx keganasan sama juga dengan isa. ke2x ini tahan tampa bicara hatix pakatan beri penerangan kkpd orang ramai sebelum terlambat
- Amiruddin Pawinrongi · Sandakannak tahu benar ISA musnah @ tiada undang2 sepertinya kat negara kita.............. mari kita tentukan pada PRU nanti...........
- Gukito Kitogusebatang rokok keretak...namanya bermacam2 hakikatnya benda yg sama....kehkehkeh
- Jean Francoise · Top Commenter · Ampoo Bhodek Department F.L.O.M at Pejabat Perdana Menteri Sulawesi Selatanjangan ISA jadi mcm tukar baju je sudah.ganti balik dgn yg lebih kejam.tp rasa2 nye mmg ke arah itu gaya nya.
- Wan Hafizam · Top CommenterNak Pru 13 ni macam2 lah kau bua HINGUSDIN t jahanam....Apa pun rakyat mahu Bn habis kali ni...
- Masmin Kadad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysiaapa erti kalau undang2 yg sama dgn ISA diwujudkan semula...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan