Sabtu, 24 September 2011

BILA YANG MENGETAHUI KENA JUMPA SIJAHIL...SEPATUT SIJAHIL KENA MENADAH KITAB...BUKAN SOMBONG DENGAN ILMU AGAMA ALLAH...

Selesai pengagihan kerusi: Tahniah Pakatan Selangor | Print |
Harakahdaily

SHAH ALAM, 23 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan Tahniah kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kerana telah dapat menyelesaikan pembahagian kerusi di peringkat DUN Selangor secara permuafakatan bersama.

Keputusan permuafakatan tersebut adalah mengekalkan ‘status quo’ parti-parti yang bertanding semasa PRU lalu dengan parti PKR bertanding 21 kerusi, parti PAS 20 kerusi dan parti DAP sebanyak 15 kerusi.

Demikian kata Ketyanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan permuafakatan bersama untuk menyelesaikan pengagihan kerusi ini telah menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah semakin berpadu kukuh.

Ia bakal meneruskan kesinambungan agenda memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Selangor dan menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri contoh berteraskan urus tadbir negeri yang cekap, bebas rasuah dan berterusan menjaga kebajikan rakyat, katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengharapkan semoga dengan penyelesaian pengagihan kerusi ini akan dapat memotivasikan jentera parti di semua peringkat untuk melaksanakan dan memperkasakan aktiviti parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlaku dalam masa terdekat.

"Semoga segala titik bengik, kesilapan dan segala salah faham yang berlaku sebelum ini akan dapat dijernihkan dan dihindari daripada berterusan," katanya.

Seluruh jentera parti perlu bersatu hati dan berpadu tenaga untuk mempastikan supaya parti Umno/BN tidak akan dapat lagi ruang untuk ‘bercakap besar dan melakukan onar’ di negeri Selangor ini, tegasnya.


Tahniah kepada PAS Shah Alam dan Paya Jaras | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Shah Alam dan MTD Paya Jaras, Parlimen Subang di atas kemenangan awal terhadap SPR.

Ketua jabatan itu, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, mereka menang apabila pihak SPR telah bersetuju untuk menggugurkan seramai 52 orang di Shah Alam dan 220 orang di Subang warga asing yang cuba untuk dimasukkan sebagai pengundi di dalam daftar pemilih suku pertama tahun ini di Selangor.

"Syabas diucapkan kepada petugas-petugas PAS di Selangor yang telah bertungkus lumus untuk mempastikan pihak SPR tidak secara wewenang melakukan ‘penipuan terancang’ untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor," kata Sany dalam kenyataannya.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, katanya, meminta supaya pihak SPR Selangor menggantung sementara rang daftar pemilih baru ini untuk dilakukan ‘pembersihan’ yang lebih terperinci dan telus.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga berharap semoga petugas-petugas dan jentera parti di semua peringkat khususnya pemuda-pemuda perlu sentiasa bersiap siaga dengan segala keperluan dan kelengkapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Beliau menjangka, pihak Umno/BN sudah pasti akan terus mencari jalan serta strategi ‘kotor dan haram’ untuk mempastikan kemenangan mereka dapat terus dipertahankan.

"Oleh itu, tahap kewaspadaan yang tinggi terhadap sebarang helah dan tipu daya musuh perlu dipertingkatkan supaya tidak terperangkap di dalam pelukan musuh," beliau memberi peringatan.

Istiqamah di dalam menjaga hubungan kepada Allah Yang Maha Esa perlu sentiasa di jaga supaya diri terlindung dari malapetaka bahaya yang dibisikkan oleh syaitan dan tentera-tenteranya.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, katanya, meminta supaya para petugas parti meneruskan agenda memperkukuhkan organisasi jentera pilihanraya parti di semua peringkat khususnya di peringkat pemuda dengan meneruskan agenda penambahan pengundi-pengundi baru, mengenal pasti dan melakukan servis kepada mereka, melakukan semakan dan bantahan terhadap rang daftar pemilih baru secara bersistematik.

"Semoga semua gerakerja yang dilakukan oleh petugas-petugas parti akan memberikan tumpuan menghadapi Pilihanraya dan menjurus kepada 'PAS menggantikan Umno' sebagai parti teras Melayu Islam," kata beliau.


Hantu Bonceng: Pemuda PAS akan bertemu Ahmad Idham | Print |
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada 26 September ini bagi menjelaskan teguran mereka terhadap beliau berhubung filem arahannya itu.

Pertemuan tersebut dirancang diadakan pada waktu siang, tetapi sekiranya Ahmad Idham tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengadakan pertemuan pada siang hari itu, beliau diharap mengemukakan cadangan mengadakan pertemuan pada waktu malam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menjelaskan, malah sekiranya Ahmad Idham tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengadakan pertemuan pada hari itu, beliau boleh mengemukakan cadangan untuk mengadakan pertemuan pada tarikh lain kepada pihaknya.

Menurut beliau, di pihak Dewan Pemuda PAS, pertemuan tersebut akan diuruskan oleh Sekretariat Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diwakili oleh beliau sendiri dengan ditemani tiga orang rakannya dari kalangan Ahli Jawatankuasa Dewan Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Katanya, surat atau maklumat untuk mengadakan pertemuan itu akan dihantar oleh Sekretariat Dewan Pemuda PAS Malaysia kepada Ahmad Idham dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas segera daripada beliau.

"Pertemuan itu akan diadakan di pejabat Ahmad Idham sendiri. Tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk menjelaskan kepada beliau kenapa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat teguran berhubung filem arahan dan terbitan syarikat beliau itu.

"Kami berharap agar hasrat kami untuk mengadakan pertemuan itu akan disambut dengan dada terbuka oleh Ahmad Idham," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, menurut beliau, berharap agar Ahmad Idham tidak menyalah anggap dengan teguran pihaknya dan bersedia menerima pandangan yang berbeza demi kepentingan Islam dan umat Islam keseluruhannya.

Katanya, Ahmad Idham tidak perlu melenting apabila ditegur oleh pihak Dewan Pemuda PAS mengenai filemnya itu kerana sebagai artis Ahmad Idham sendiri sememangnya telah masak dengan pelbagai kritikan sebelum ini.

Teguran Pemuda PAS berhubung filem Hantu Bonceng itu, jelasnya, sememangnya bertujuan baik untuk kepentingan Islam dan umat Islam.

"Teguran yang kami buat itu bukanlah bertujuan untuk membunuh kerjaya Ahmad Idham dan bukan juga untuk membunuh industri seni di tanah air," katanya. (Gambar bawah)

Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Ahmad Idham sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd dibintangi Mohd Razizan Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain.

Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya.

Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut.

Namun filem tersebut dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”.

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan.

20 September lalu, Dewan Pemuda PAS menerusi Nasrudin melanjutkan lagi tegurannya kepada pihak penerbit, pengarah dan pelakon filem itu agar menyedari kesalahan tersebut dan mendesak agar penayangan filem itu dihentikan dan jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti dipotong untuk tayangan berikutnya.

Bagaimanapun teguran beliau tidak dipedulikan oleh Ahmad Idham, malah beliau dilaporkan menjawabnya dengan nada dan ayat-ayat yang tidak sewajarnya.

Tindakan beliau memaksa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan khas dengan pengarah tersebut bagi menjelaskan maksud sebenar teguran itu demi kepentingan Islam, para penonton filem itu dan orang ramai di segenap peringkat.

Semalam, Harakahdaily telah melaporkan, Zizan Raja Lawak mulai dihujani penghormatan para peminatnya, apabila bersikap terbuka memohon maaf kepada orang ramai berhubung dialog kontroversi yang dituturkannya di dalam filem itu.

Dalam Twitternya kelmarin, Zizan telah tampil meminta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tersebut dengan mengatakan: “Saya faham, apa yang salah… salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap."

Tiada ulasan: