Selasa, 6 September 2011

BACUL OH BACUL...HINGGA MEMBIARKAN MUNGKAR DIDEPAN MATA....ISTERI TAK TUTUP AURAT PUN TAK KISAH...

Mat Sabu bacul, kata Khairy
Sep 5, 11 3:43pm

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai "bacul dan tiada maruah" apabila menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain.

NONE"Yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah.

"Tewas sebelum tempur," katanya.

Mohamad Sabu pagi ini berkata, beliau menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy (kiri) berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

Katanya, beliau "tidak tolak" berdebat, tetapi biarlah Pemuda PAS dan Pemuda Umno yang mengambil bahagian "kerana mereka layak".

Dalam tulisan yang bertubi-tubi di Twitter berhubung perkara itu, di samping berkata tiada masalah berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Khairy menyifatkan Mohamad "takut dan lari".

Husam berani 'cemar duli'


"So, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan (untuk) lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini," katanya.

Katanya, Mohamad tidak perlu berkata ketua Pemuda Umno patut berdebat dengan Ketua Pemuda PAS kerana Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pernah 'cemar duli' berdebat dengannya beberapa tahun lalu.

NONE"Walaupun Husam naib presiden dan exco kanan kerajaan negeri dia setuju dan kita berdebat depan tiga ribu lebih orang. Husam tak kira protokol.

"Sekurang-kurangnya, Husam berani ketepikan hierarchy dan protokol parti demi keterbukaan politik. Dia berani. Kita bertemu atas pentas ilmiah," tulisnya lagi di laman blog mikro itu.

Menjawab dakwaan penyokong Pakatan Rakyat yang didakwanya menyifatkannya tidak layak berdebat dengan Mohamad kerana bukan menteri, Khairy menyindir kembali:

"Woi, korang lupa ke Sabu tu kalah pilihan raya. YB pun tidak."

Suhaizan: Khairy ibarat 'ikan bilis'

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (bawah) dalam reaksi segeranya menyahut tugas berdebat yang diamanahkan Mohamad kepadanya, malah mencadangkan ia diadakan di Bukit Kepong - tempat tragedi berdarah itu.

NONE"Khairy sanggup turun, kami sediakan pentas!" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menegaskan di sini, jika sekadar isu Mat Indera ini yang menjadi modal 'pentas Patriot' Khairy untuk menyerang PAS, biar Pemuda PAS Johor sahaja yang berhadapan dan 'selesaikan' perkara ini."

Mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkan tindakan Mohamad menyerahkan debat itu kepadanya, Suhaizan mengibaratkan pemimpin Pemuda itu sebagai 'ikan bilis' dan tidak setanding dengan Mohamad untuk berdebat.

"Bahkan saya fikir Umno/BN sepatutnya lebih berani berdepan dengan beliau (Mohamad) untuk menjawab isu-isu besar dalam negara yang dikemukakan PAS seperti isu lapan tuntutan BERSIH 2.0 terhadap perjalanan pilihan Raya, kenaikan harga barang, peningkatan tarif elektrik, kontroversi komisyen pembelian Scorpene, dan sebagainya," katanya.



Boleh saman Mat Sabu, kata Hisham
Sep 5, 11 6:50pm

Pihak yang merasa tersinggung dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara, disaran mengambil tindakan sewajarnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan saman di mahkamah mungkin antara yang boleh dilakukan oleh pihak yang tersinggung terutamanya anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara serta persatuan-persatuan bekas polis.

"Saya rasa pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan kerana kadangkala nak tunggu siasatan dari pihak polis dan Peguam Negara mengambil masa.

"Ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu, dan saya sendiri sebagai cucu Datuk Onn (Jaafar) terasa terhadap dakwaan-dakwaan yang berunsur politik, tapi ada had dan batasan dalam nak politikkan sesuatu. lebih-lebih lagi bila ianya bersandarkan kepada sejarah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin juga berharap pihak polis akan mempercepatkan proses siasatan.

Mengenai permintaan beberapa pihak supaya Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, beliau berkata akta itu hanya boleh digunakan jika tindakan individu itu menjejaskan keselamatan negara.

--Bernama

Siswa anggap kenyataan Mat Sabu isu kecil
Sep 5, 11 1:25pm

Perkumpulan mahasiswa menganggap isu sekitar kontroversi ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikatakan pro-komunis sebagai isu kecil berbanding perbahasan berkaitan sejarah Malaysia sendiri.

"Bagi mahasiswa, kenyataan Mat Sabu merupakan isu yang sangat kecil berbanding isu sejarah Malaysia yang selama ini penuh misteri dengan fakta-fakta yang sama ada tersembunyi atau disembunyi," kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab.

bukit kepong the movie 060905 jins shamsuddin with bren gunEnggan mengulas kenyataan Mohamad secara langsung, Ahmad Syukri berkata pelbagai pihak berhak mengeluarkan pandangan selagi disokong fakta dan tidak berbaur fitnah.

Bagaimanapun, tambah Ahmad Syukri, kenyataan Mohamad secara tidak langsung membangkitkan semula perbincangan mengenai sejarah Malaysia yang kurang diberi perhatian akibat kekalutan politik akhir-akhir ini.

"Mat Sabu bukan satu-satunya tokoh yang mempersoalkan mengenai keabsahan penceritaan sejarah secara formal dalam silibus pendidikan Malaysia, namum sebelum ini ramai lagi tokoh yang telah menghuraikan mengenai kekurangan fakta yang terdapat dalam sejarah kemerdekaan negara," katanya.

psm indepence forum 300807 fahmi rezaAhmad Syukri berkata, terdapat beberapa versi lain berhubung sejarah prakemerdekaan yang seperti dalam filem 10 Tahun Sebelum Merdeka karya Fahmi Reza (kanan) dan kajian pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Mahasiswa beranggapan perkembangan semasa ini amat sihat bagi menghasilkan rakyat yang lebih peka sejarah sekali gus mengenali Malaysia dalam erti kata yang sebenar.

"Tidak ada sebab untuk kerajaan berasa khuatir dengan perkembangan semasa ini sekiranya kerajaan benar-benar jujur dengan sejarah yang selama ini dihidangkan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Syukri berkata, bagi menyemarakkan perbincangan sejarah bersempena sambutan ke-54 kemerdekaan, SMM akan menganjurkan forum membincangkan
perjalanan kemerdekaan berdasarkan sudut pandangan berbeza pada 16 September ini.

Katanya, forum berjudul "Di Sebalik Tabir Kemerdekaan" akan menyentuh idea Perlembagaan Rakyat - cadangan perlembagaan alternatif yang pernah menjadi usul penting Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

  • King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.
    SEJARAH YG TERSURAT DI LAKARKAN OELH umDOG MENGIKUT ACUAN YG DIKEHENDAKINYA.

    HINGGA SEKARNG TAKKALA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN..ORG KAN SANGKA SAMBUTAN HARI LAHIR umDOG!

    SEBAB ITULAH..DARI UTARA KE SELATAN..TIMUR KE BARAT..BOLEH DI KIRA KENDERAAN YG PASANG BENDERA KAT KERETA MASING2..MEMALUKAN..
    ...Lihat seterusnya..
    • Nik Anwar
      sokong
    • Faisal Kun · Pengulas Tertinggi · 宮城県名取市
      Bodo melayu bodo.aku harap chinese jd pm anti pdn muke melayu. Sokonglah DAP
    • Tun Nila Utama · Universiti Pendidikan Sultan Idris
      apalah mslh nga DAP..yg UMNO duk kejasama nga MCA brpuluh thun tu tk tmbul isu plak..DAP pn thulh prlmbagaan negara PM utk org melayu..udah2lh duk timbul isu DAP,chines jd PM la apa..isu ni org dh tk pndnglh..UMNO bkn je MCA tp MIC pn dia kerjasama,tk jd mslh pn..tk tmbul pn isu ni..klu pakatan nk bkrjasama heboh..mcm2 isu..sdahlh..rkyat skrg sdah cerdik..ini bkn isunya lg dh ktngalan zaman..
  • Khairul Idzwan
    kita ni merdeka dari British ke atau merdeka dari komunis? balik2 tunjuk kat TV perjuangan menentang komunis.. mana pergi perjuangan menentang British? untuk maklumat bagi sesiapa yg tak taw, PKM la yang membunuh Sir Henry Gurney.. pesuruhjaya Tinggi British.. tapi, kita pula mengagungkan si Gurney ni dengan meletakkan namanya di jalan raya.. aku tak kata perjuangan komunis tu betul, tapi fakta tetap fakta.. tak payah la nak tipu rakyat..
  • Mohd Mukhlis Ismail · Pengulas Tertinggi · CEO di NeoLogy Lab Corp
    Sebelum DSAI dipecat pada 1998, nama beliau gah dalam negara dan UMNO sendiri..Macam-macam pujian dan jasa beliau diwar-warkan..Ada dikalangan pemimpin2 UMNO dulu salam cium tangan..namun, setelah lebih satu dekad, puak2 inilah yang paling kuat mencaci dan menghina beliau..Banyak tinggalan sejarah DSAI dibuang dan dilenyapkan. Contohnya dalam sejarah penubuhan UIA..Nama beliau dilenyapkan dalam banyak perkara.

    Lihat bagaimana sejarah diselewengkan selepas sedekad terhadap bekas pemimpin UMNO sendiri..tambah2 la pemimpin bukan UMNO..Sesiapa yang menentang UMNO, pasti nama mereka tidak akan ada dalam sejarah walaupun mereka pernah berjasa satu ketika dahulu..

    Inilah yang sedang berlaku sejak 54 tahun yang lalu..
  • Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTM
    Rakyat dah faham sjarah perjuangan menuntut kemerdekaan banyak faktanya tlah diseleweng, itu sbabnya jenerasi skrang dah ta kisah dgn kibaran bendera Malaysia bila tibanya hari 31 Ogos.Mereka seolah2 merasa tertipu, dan terfikir mgapa hanya gulongan bangsawan sahaja yg diagong2kan bila tiba hari myambut kemerdekaan, mana rakyat dan pahlawan2 yg turut sama berjuang?
    • Alea Wahida · Friends with Kakcik Nuha
      if blaja sejarah budak2 skolah private like islamic school...mmg bnyk fakta seleweng dalam buku sejarah malaysia yg kita semua telah tertipu oleh mereka yg membawa fakta tidak sahih ini....sob3
    • Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTM
      Elok sangat klau UMNO nak bawa kes Mat Sabu ni ke mahkamah,biar kepalsuan fakta2 sejarah ini dibongkar...Ada brani kah?..berkokok handal,tapi kosong.
  • Pendebat Ilmiah Pejuang Islam · Pengulas Tertinggi · Uni. Southampton
    Berdasarkan gambar profile baru saya ni : Agak2 anda apa yang mengerunkan UMNO , Mat Sabu atau Buku yang dipegang oleh Mat Sabu (Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004)? Sebab berdasarkan FAKTA dan KAJIAN terperinci menurut sumber tersebut, Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan yang diiktiraf oleh negeri Johor..Menurut Utusan dan pemimpin UMNO, Mat Indera adalah komunis, pengganas dan petualang negara..Siapa yang buta sejarah ni?:)
    • Naajihah Azahar · umur 25 tahun
      Umno gali kubur sndiri..
    • Jashamsulnizam Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
      mungkin kebanyakkn org2 umno ramai tak lulus paper sejarah wktu ambik exam kt sekolah dulu...
    • Paksu Adam Sakeenah · Kuala Lumpur, Malaysia
      DEPA DAH TAHU,ANAK ANAK MUDA DAH MULE MENJAUHI UMNO..BUKAN KERANA ANAK2 MUDA BENCI UMNO..UMNO TU PARTI DAN NAMA SAJA..YANG BUAT ROSAK UMNO JKK,DAH AHLI2 YANG DI AMANAHKAN TIDAK AMANAH..MACAM SAYA LA...TANAH AYAH SAYA 3 KALI CEROBOH,PASANG PAIP,BUAT JALAN,TAKDE PERBINCANGAN,TAKDE SURAT,DAN PAMPASAN..UMNO DIBENCI KERANA ISU2 SEPERTI INI LA..SEBAB TAK AMANAH
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    sudah sampai masanya kita berani melontarkan idea2 dan pandangan2 yg kontraversi dan diperdebatkan secara ilmiah....zaman sejarah dan idea2 disumbatkan dari atas kebawah (top-down) dah tamat..kita kena galakan pemikiran kritikal dan diluar kotak....jgn gunakan ugutan dan undang 2 untuk menatikan idea2 dan perdebatan kerana cara ini telah gagal dilakukan oleh gadafi, saddam husin, mubarak, marcos dll...
    • Zanirun Baba · Top Commenter
      Sudah tiba masa nya MAHASISWA.CERDIKAWAN DAN PARA ILMAIH bangkit menyatakan yang benar jgn di biarkan golongan ULAT TAIK meneruskan agenda jahat mereka berkaitan sejarah negara yg banyak sudah di sembunyikan dari UMUM..Yg jelas kita di doktrinkan dgn pemikiran dan gambaran kehebatan UMNO/BN ATAU LEBIH TEPAT GOLONGAN ULAT TAIK ... sejarah benra tentang malaysia dan sejarah nya ada diLIBRARY di ENGLAND dan sekitar eropah...PROF. KHOO KAY KIM dan prof ZAINAL KELING ANTARA ULAT TAIK yg telah bersekongkol dgn UMNO/BN selama ni..bangun lah bangsa ku BANGUNLA UNTUK MENEGAKAN KEBENARAN...
    • Roslan Pilus · Uitm shah alam @ ukm bangi
      Setuju bro...pikir luar kotak. Rujuk komen MB Kedah
    • Riyaz Ahmad
      berani kerana benar..
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
    SISWA PATUT KAJI DENGAN HALUSI DAN KELUARKAN CERITA KEBENARAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA MENGETAHUI DENGAN JELAS-NYA.
  • Jack Petgc · Top Commenter · Jakarta, Indonesia
    BANGKITKAN SEJARAH PENDATANG CHINA DAN INDIA....SEJARAH TOK NENEK KARPAL SINGH DAN LIMGUAN ENG................MEREKA PENDATANG (DAP) YANG CUBA MERAMPAS HAK ORANG MELAYU.
    • Mohd Hafiz Hassan · Top Commenter · Kolej Sultan Abdul Hamid
      gerakan,mca,mic,ppp,makkal sakti dll cam na lak...........
    • Tuah Fender
      aikkk..kenapa sebut karpal..guang eng je...mana nama soi leek?mana nama pemimpin mic,,.gerakan??mereka tu keturunan mana??.saudara .jgn sempitkan hal2 perkauman kat sini..kita berbincang topik nama2 pejuang kemerdekaan yg besama2 berjuang menentang penjajah british...tp seolah2 jasa mereka hilang begitu sahaja...
    • Mohd Hafiz Hassan · Top Commenter · Kolej Sultan Abdul Hamid
      tuah,biasa la kaum dlm PR semuanya x betul,dlm umngok semuanya ok jer.....sapa yg x kenal dgn depa ni....kuman seberang laut semua nampak...gajah depan mata pun x nampak..tggu nanti gajah tu pijak depa baru depa tauuu....
  • Iqzuan Samsudin · Batu Kikir
    semoga berjaya smm,, dlm menyediakan generasi rakyat yg peka dan faham isu, utk memacu negara masa akan dtg..
  • S.Azhar Shah · Friends with AhXuan XiānShēng
    SMM - bukan badan rasmi mewakili keseluruhan mahasiswa. komen terpencil.
  • Encik Federer
    Baik kau belajar dulu budak, sebok nak berpolitik. CGPA out, dah la tak hensem :D
  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Kalau OMNO boleh kerjasama dengan MCI, MIC dan lain-lain, kepada PAS, PKR, DAP dan lain-lain tak boleh.. Dunia dah berubah...omno dan BN dah sampai ke penghujung. Sekarang ini PR pula main peranan sebagai pemimpin utama, tak salah bukan.. Kita keran tukar baju. Kita ubah PENGHUNI PUTERAJAYA. Kita buang KERIS ganti dengan BULAN, Anak Bulan dan Roket.. PR ada BUKU JINGGA untuk rakyat. PAS ada BUKU KEBAJIKAN. DAP ambil penyokong MCA. Akhirnya HIDUP PAKATAN RAKYAT untuk beberapa dekat. Lepas itu kita ganti lagi. Dan lepas itu kita ganti lagi. DSan kita ganti lagi sampai Negara kita mencapai negara MAJU DAN DEMOKRASI YANG TULIS, TELUS UNTUK RAKYAT SEMATA-MATA UNTUK RAKYAT... PR perintis ke arah ini semua.. Oleh itu UNDILAH PR..
  • Mansor Sulaiman · Top Commenter
    sebenarnya BN ni "ludah ke langit jatuh ke muka sendiri". maksudnya mereka la penjajah yg sebenar setelah transformasi dr pihak BRITISH. erti MERDEKA yg sebenar adalah bebas dr penjajah serta bebas dr di belenggu oleh pihak tertentu. mana ada kebebesan tuk rakyat bersuara, di belenggu pula dgn harga brg keperluan asasi melambung tinggi. jd di manakah semangat PATRIOTIK yg harus rakyat banggakan kalu rakyat sendiri tidak MERDEKA. so para pemimpin yg budiman jgn pandang rakyat xdak mata, xdak telinga serta hati tuk terus berjuang tuk mencapai erti MERDEKA yg sebenar sebagaimana yg berlaku di beberapa negara Tanah ARAB. negara ni bukan negara anak-pinak, kroni atau pihak tertentu saja yg berhak memerintah kerna rakyat mahu menikmati erti KEMERDEKAAN yg sebenar.
  • Aiman Tajuddin · Top Commenter · Nurse Trainee at Kementerian Kesihatan Malaysia
    betul, ini yg kita mahukan..penyelongkaran kembali sejarah Malaysia perlu dilakukan spya kita tahu apa yg betul dn salahnya..bukan memahami secara totok dan membuta tuli..orang muda juga berhak utk mengetahui sejarah yg sebenarnya, dan apa yg diketahui, masih byk lg rompong2 yg masih blh di isi spya menjadikan ia seimbang..bukan berat sblh..semua pihak berhak dihargai dlm menuntut kemerdekaan negara, bkn mrka yg mengadaikan negara ini yg diberikan perhatian..
  • Jashamsulnizam Jani · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Aku sgt setuju, skng ni kebanyakkn kwn2 aku termasuk kaki2 lepak dah mule brjinak2 bace buku2 sejarah karangan penulis2 luar negara mengenai sejarah sebelum kemerdekaan negara 1957 dan mrk mule mempersoalkn kesahihan fakta2 sejarah yg ade dlm buku2 teks rasmi disekolah dulu...

Balu polis Bukit Kepong dakwa tak terima pencen
Sep 5, 11 3:05pm

Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

"Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baharu sebelum ditukarkan ke Bukit Kepong.

"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga (perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," kata Sharifah Aminah.

Katanya beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai.

Suami beliau, yang ketika itu berusia dalam 40-an, meninggal dunia setelah terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.

"Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan," kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang masih kecil.

"Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga," kata Sharifah Aminah yang tinggal bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.

--Bernama


  • Haidi Hashim · Pengulas Tertinggi · Southbank university, London
    mana ge nye kelab petera 1m'sia.....gelah tolong macik kita ni? or semua dah mampus kena tembak?
    • Jazman Jusoh · Pengulas Tertinggi · Kerana Tuhan untuk Manusia
      Bengong Azeez Rahim.. dok MENYEBOK negara orang jaa..
      dalam negeri banyak yang susah ooi..
    • Aungga Chai · Pengulas Tertinggi
      Oooo... upenye krjaan kte x mgenang budi la nie ek.... mane die org2 yg wat laporan polis psal mat sabu ni?mintak komen ckit........
    • Mohd Ridwan · Pengulas Tertinggi
      aku sokong statement en jazman..kt malaysia ramai lagi yg susah..ada yg smpai mkn siput babi dulu..nk jdi hero x bertempat mamak azeez ni...pegi jln2 somalia brape la elaun dia dpt tu?ehheheheheh
  • Mentenet Kedek · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    lahhhh..yg depa kat sana duk pekik mlolong pertahankan polis2 yg duk pertahankan british kat bkt kepong 2 watpa klu smpi balu pejuang bukit kepong pun depa x mau jaga...sungguh hina dina betul lah depa yg mamak duk mlalak smpi ke somalia 2..kera diutan kalut depa nk suap nenen..anak(rakyat) kat umh sdr mati kering kontang.
  • Shahrul Nizam · Pengulas Tertinggi · Seri Kembangan
    Mana mat2 patriot, hisham, muhyidin, KJ, Najib, kelab putera 1malaysia & dll. tunggu apa lagi.. panggil RTM, TV3, Utusan.. bawak cek besar dengan segala bantuan2.. jadikan berita utama di TV & berita muka depan di akhbar2 sebelum wakil dari gereja yg datang bagi bantuan.. nanti kata nenek ni murtad pulak.. yang penting bagi hak yg patut tok ni terima..
    • Mike Chong Y. S · Pengulas Tertinggi · 1973-1974 Vocational school setapak Kuala Lumpur
      Shahrul 100% sokong
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Hahaha.....nak tgk apa reaksi umno kali ni! Dgn langkah yg mereka bakal ambil, samada terperangkap ker atau sebaliknya. Depa punya life on stake (dihujung nyawa) skrg ni!... Kata polis2 bukit kepong tu pejuang negara, tapi hakikatnya balu sorang yg meninggal x timer pencen pun. Betui ke hang bela mereka atau sj nak gunakan mereka utk politik murahan hangpa? Umno umno, lain kali dgr la pesan org2 tua, 'jgn main api', kan dah kena batang hidung sendiri!...
  • Ghazi Johar · Pengulas Tertinggi · Samttaj shah alam
    Tok tunggu je le...bila PR naik ke Putrajaya nanti, Insyaalah kita ramai2 buat demo tuntut pencen untuk Tok...tapi mula mula, Tok mesti UNDI ahli parlimen Pakatan Rakyat...kita ubah ye Tok....sementara tu , Tok sabar dan redha dengan ketentuan Allah..
  • Mohd Fauzi · Pengulas Tertinggi · Perunding kewangan di MAA TAKAFUL BERHAD
    salam semua, saya nak kita semua renungkan nasib anggota tentera kita tak kira la semasa pemerintahan british @ selepas merdeka.anggota tentera kita telah berjuang habis-habisan semasa perang dunia ke-2 dan zaman komunis, sehingga ada yang terkorban dan ramai yang mendapat kecederaan kekal.tetapi apa yang mereka dapat dengan pengorbanan mereka.mereka langsung tidak dihargai, mereka diabai, mereka terpaksa meminta-minta, hidup mereka daif.darah perjuangan mereka langsung tida dihargai.tetapi berbeza dengan komunis yg menyerah diri ada dikalangan mereka kini sudah kaya raya.mereka dihargai selepas menyerah diri dengan mendapat tanah sebagai ganti untuk menyerah diri.tetapi apa yg perajurit kita dapat??????
    • W.m. Azha W. Mamat · QSHE di KSTB
      saper yang bela saper skrg ni?
    • Gaban Ruz · Pengulas Tertinggi · SMK Guar Chempedak, Kedah
      sape yg byr pd komunis tu ye???? TAR(UMNO) ker atau pemimpin PR??? Jgn cpt malatah..... bgmana pula dgn org kampung yg terkorban dibunuh oleh polis melayu talibarut British???? sape yg suruh jd talibarut diaorg???? Klu Tok Janggut masih hidup, dia pun akan berjuang melawan polis talibarut British ni.... komunis yg mengganas bunuh org kg pun kita marah gakk.... sape yg kejam kita marah.... tak kira Islam ker kafir ker..... yg penting sape yg kejam musuh kita.... knp komunis saje yg kita marah, bgmana plak British, Jepun, Belanda n Portugis laknatullah..... adakah sebab Mat Sabu yg bangkitkan isu ni teus nk bising???? Mat Sabu cuma sokong Mat Indera jer yg sebangsa dgn kita gak....
    • Nur Atika Binti Atan · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
      tentera x dapat apa.. yg selalu dapat bonus, naik gaji.. POLIS sbb depa dipelihara oleh umno... ekekeke....
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    saya tak nak komen apa2 cuma minta khairy, dan azeez somalia tengok2 benda.kesian balu ni....dapatkan keadilan untuk tok kita ni ya....
  • Saziza Firahs · Kuala Lumpur, Malaysia
    Balu polis Bukit Kepong dakwa tak terima pencen...Balu polis Bukit Kepong dakwa tak terima pencen...Balu polis Bukit Kepong dakwa tak terima pencen...Minta KJ dn puak2 yg sawaktu dgn nya jelaskan ini dulu ok...mana pegi pencen mereka..
  • Yus Araya · Top Commenter · Royal Military College Of Ulu Tiram
    "Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan," kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak-Balu polis Bukit Kepong.

    Buat kerja lah...ni ex service ni. Pihak berwajib...pantau la dan ambil tindakan...jgn main GOLF je!
  • Halim Balqis · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    ada hikmah mat sabu terkomen isu bukit kepong.
  • Izmil Amri · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara
    Yeah.. Patriot mesti ambil peluang. Bawak bunga manggar, kompang, mat rempit, banner kanvas 20kaki, cek besar rumah, bawak kat Tok ni. Jangan tunggu lama-lama. Nanti PAS buat modal.
    • Leeboroy Perutboroy · Top Commenter
      YA... JANGAN LUPA AJAK ROSMAH TU SEKALI.... SURUH DIA JUAL CINCIN DIA TU UNTUK BANTU TOK NI.... JANGAN LUPA BAWA JURUGAMBAR TV UNTUK PUBLISITI MURAHAN
    • Adi Ali · Top Commenter · University of Massachusetts Amherst
      putera umno kena cepat-cepat bawa cek dan jurugambar untuk tok sempena nak pilihanraya nieee ...
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Hahaha.....nak tgk apa reaksi umno kali ni! Dgn langkah yg mereka bakal ambil, samada terperangkap ker atau sebaliknya. Depa punya life on stake (dihujung nyawa) skrg ni!... Kata polis2 bukit kepong tu pejuang negara, tapi hakikatnya balu sorang yg meninggal x timer pencen pun. Betui ke hang bela mereka atau sj nak gunakan mereka utk politik murahan hangpa? Umno umno, lain kali dgr la pesan org2 tua, 'jgn main api', kan dah kena batang hidung sendiri!...
  • Jenny Oo · Top Commenter · Works at Kerani pentadbiran
    siapa yg ambil hal ini...gila kusa aja tolonglah makcik ini...
  • Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    saya simpati dgn makcik..sebagai balu pada "pejuang" kepada british...rasanya elok klu makcik jumpa queen elizabeth....n minta pencen dari beliau...sebab...arwah suami makcik..berkhidmat dgn penuh taat setia pada queen elizaberth n union jack....itu lebih afdal...pounds sterling tu makcik..apa barang guna Ringgit2 ni.
  • Mohamad Heder Roslan · Top Commenter · University experience of life
    umngok mengurus harta rakyat malaysia mana ada kejujurannya, berebut nak merembat harta rakyat adale.....dasar penyamun serba boleh darat, udara, laut semua serba boleh dirembatnya.....
  • Buzze Azam · Top Commenter · Universty of salford manchester
    Hebat. memang hebat. ini yang di katakan ilmu Sesumpah. Sekejap dia balun polis bukit kepong sbg barua penjajah. skrg dia spin mintak simpati pulak bagi pihak keluarga polis yg dia balun semalam. hebat, hebat.
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Kesian Tok..Mana pemimpin UMNO(BN) ni? Kata ambil berat dan menghargai pengorbanan pejuang negara? Hehehe..Jangan susah Tok..lepas ni jangan pangkah UMNO(BN) sbb mrk tu penipu dan mintak puji.
  • Mohd Noor Ismail · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Mana Pemuda, Putera, Puteru UMNO yang kuat sembang. Memang meluak dengan puak2 sebegini. Menjaja nama diluar negara.....anak dalam dakapan mati kehausan, orang luar disuap madu dan susu.
    • Harun Nasir · Top Commenter · UITM
      Balu-balu ini boleh claim dalam pound stering....dulu punya exchange..
  • SirCharlie Verona · Peacemaker at Say no to racism
    Ini lah caranya Kerajaan BN menghargai jasa seorang Pejuang..Keh3!
  • Abd Hamid Seman · Top Commenter · QUT, ITU
    Semoga banyak lagi pendedahan balu Polis yang tidak menjadi agenda Utama- Rakyat TIDAK didahulukan ini..........
  • Lee SlimShady Samm · Top Commenter · Kuim
    bising pasal citer bukit kepong tapi tak nak bela bekas pejuang! Woi! itu duit derma hari pahlawan berapa banyak diorang dah kelepet haaa!!!!
  • Khairul Fahmi · Top Commenter
    mana Kelab PUTERA 1MSIA,, org cam ni yg patut di tolong,,, kat sini ramai lg yg susah,,, nape jauh sgt nak g tolong sampai bahayakan nyawa org lain,,, satu lg gelap2 jer pemimpin putera UMNO,,, hehehe org Melayu ko tu,,,

Tiada ulasan: