GMI tuntut 'pampasan setara' untuk tahanan ISA
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar "pampasan setara" kepada tahanan ISA dan keluarga mereka susulan tindakan kerajaan mahu menghapuskan akta tersebut.
"Semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh tahanan dan keluarga," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang media di ibu negara.
Pampasan itu, kata Syed Ibrahim (gambar kanan, berbaju putih) perlu dinilai kerajaan berdasarkan beberapa perkara, antaranya tempoh ditahan, kos ulang alik ke kem dan keruntuhan rumah tangga.
"Kami berharap kerajaan benar-benar serius untuk membuat penilaian... Ini yang perlu dikaji oleh kerajaan," katanya.
Semalam, Najib dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di RTM berkata kerajaan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959.
Selain itu, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa dan " tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan".
Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Enam tuntutan
Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Syed Ibrahim berkata berdasarkan perkembangan terbaru itu, mereka juga menuntut:
"GMI juga melihat perkembangan ini sebagai langkah paling berani Datuk Seri Mohd Najib sebagai perdana menteri yang tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana perdana menteri terdahulu.
"Namun ini juga sebagai pembuktian dan pengesahan berlakunya kongkongan dan cengkaman ke atas rakyat selama ini," katanya.
Enam kekhuatiran
Selain itu, katanya, secara tersirat, perdana menteri dan kerajaan mengakui pencabulan dan kebebasan asasi yang berlaku di samping kuasa melampau polis dan menteri bawah ISA.
Berdasarkan perkembangan terbaru itu juga, pihaknya menzahirkan enam kekhuatiran dan kebimbangan berhubung pengumuman Najib itu, antaranya:
VIDEO | 5.18 mins

- Semua "pemuka" yang terlibat dalam menyeksa tahanan ISA mesti di bawa pengadilan.
- Kerajaan, menteri berkenaan dan polis mestilah amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh perdana menteri dalam ucapannya bukan sekadar "servis bibir".
- Kerajaan mestilah memansuhkan lain-lain undang-undang tanpa bicara seperti Akta Dadah Merbahaya.
- Kerajaan melaksanakan kajian semula dengan segera dalam tempoh yang spesifik terhadap undang-undang yang menghadkan kebebasan rakyat dan media seperti Akta Polis dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
- Kerajaan mesti patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan aktiviti antipengganas dan melakar pelan jangka panjang dalam membangunkan mekanisme menanganinya keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan
- Kerajaan mesti menangani dan mengesahkan International Covenant on Civil and Political Right (ICCCPR) dan Covention Against Torture dan Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT).
"GMI juga melihat perkembangan ini sebagai langkah paling berani Datuk Seri Mohd Najib sebagai perdana menteri yang tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana perdana menteri terdahulu.
"Namun ini juga sebagai pembuktian dan pengesahan berlakunya kongkongan dan cengkaman ke atas rakyat selama ini," katanya.
Enam kekhuatiran
Selain itu, katanya, secara tersirat, perdana menteri dan kerajaan mengakui pencabulan dan kebebasan asasi yang berlaku di samping kuasa melampau polis dan menteri bawah ISA.
Berdasarkan perkembangan terbaru itu juga, pihaknya menzahirkan enam kekhuatiran dan kebimbangan berhubung pengumuman Najib itu, antaranya:
- Adakah pemansuhan ISA menghapuskan segala peruntukan dalamnya, khususnya berhubung dengan tahan tanpa bicara dan wewenangan polis dan menteri dalam negeri? Adakah peruntukan tersebut dipindahkan kepada dua undang-undang baru yang bakal digubal?
- Mengapakah dua undang-undang baru tersebut digubal dengan peruntukan tanpa bicara sedangkan sudah wujud undang-undang untuk kesalahan keganasan umpananya Bab VIA Kanun Keseksaan?
- Bilakah tempoh ISA akan dimansuhkan? Pembentangan usul pemansuhan ISA sewajarnya dilakukan dalam sesi parlimen akan datang.
- Adakah pemansuhan ISA membawa kepada pembebasan semua tahanan ISA?
- Apakah kedudukan bekas tahanan ISA yang telah diusir sedangkan mereka penduduk tetap? Bolehkah mereka dibenarkan kembali?
- Apa akan jadi dengan Kem Kamunting?
VIDEO | 5.18 mins
- Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangortuntutan gmi tu bertujuan beri tekanan agar reformasi total dpt dilaksanakan....kena beri credit kpd gmi kerana tidak jemu dan letih desak mansuhkan isa....mungkin kerajaan persekutuan pakatan lepas pru 13 nanti boleh pertimbangkan minta maaf secara rasmi kpd bekas2 tahanan isa....mungkin gantirugi nominal rm 1000 seorang boleh diberikan kerana ianya tak bebankan kerajaan dan dpt tutup chapter hodoh isa ni...
- Rock Lee · Friends with Hang Claude Narr Damme
- Rock Lee · Friends with Hang Claude Narr Damme
- Norlaila Othman · Friends with Mohd SapineRizalAzmi, banduan di penjara, mereka di masukkan ke tempat tu setelah melalui proses perundangan yang melibatkan hakim mahkamah, pendakwa, saksi dan peguambela, satu proses perbicaraan yang akan dilalui oleh semua yang di tuduh sebagai pesalah.Allah swt pun, sebelum masukkan seseorang hamba tu masuk syurga or neraka, memang wajib melalui proses perbicaraan juga iaitu hari perkiraan@yaumul hisaab. TETAPI, akta ISA, orang yang dituduh bersalah, TIDAK pernah melalui semua proses diatas, tetapi mereka terus dikurung mengikut seksyen 73 60 hari dibawah polis, dan Seksyen 8 2 tahun di Kem Kamunting.Semua kuasa tertakluk ditangan Mentri Dalam Negeri. Diharap penjelasan ini dapat mencerahkan idea mereka-mereka yang jujur inginkan kebenaran.
- Corleone Don · Pengulas Tertinggi · UTM SkudaiDan menteri dalam negeri melalui polis mempunyai kuasa untuk memperbaharui(Melanjutkan)
tahanan selepas 2 tahun setiap kali ianya dilanjutkan tanpa diberi hak untuk membela diri.berbeza mahkamah yg menetapkan tempoh hukuman setelah tertuduh di beri peluang utk membela diri.
- Ahmad Nazir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di SOHOMansuh pun kena tibai, tak mansuh pun kenai tibai haha.
- Ahmad Nazir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di SOHO
- Benn Shata · UPM SerdangSalam sejahtera saudara saudari semua. Islam menyuruh kita bersangka baik dalam semua hal. jadi kita kena lihat dulu apa yg k, jaan cakap tu. kalau betul2 dilaksanakan baguslah. Sbb itulah yg sepatutnya dibuat. Kalau sekadar hanya dlm ucapan saja, maka perjuangan utk perubahan sentiasa akan diteruskan. ISA: yg salahnya akta ini disisi Islam ia menggunakan modus operandi ditahan tanpa bicara. Allah Taala Tuhan yg Maha Mengetahui pun di akhirat nanti akan membicarakan semua hambanya yg melakukan kesalahan di atas dunia. Pada hal jika dikirakan tak perlulah Tuhan membicarakan, sebab Dia bersifat Maha Mengetahui segala sesuatu. Masa kita atas dunia ni pun Tuhan dah tau apa2 saja yg kita buat sama salah atau betul. Tapi oleh kerana Dia bersifat adil maka dibicarakan juga siap dengan saksi sekali. Maaf kalau lari sikit dari topik perbincangan...:)).
- Hamzah Mataris · Pengulas Tertinggi · Cliford School Kuala Lipis Pahangnak bagi pampasan termasuk kumpulan Almaunah.Al arqam, JI, ramai tu, semua nak pampasan, termasuk kominis, apa hal nya, jika ini berlaku satu masa nanti tahanan penjara juga akan minta pampasan kerana di penjara, mengapa sekarang orang yang melakukan kejahatan di anggap hero, kiamat dah hampir, kepercayaan manusia sudah beralih kepada kejahatan.apa yang baik dianggap jahat dan apa yang jahat dianggap baik.
- Ahmad Zamri · Kolej mara kuala nerangcakap pakai akal la dulu bang, jgn ikut sedap mulut. Nak bicara agama, jangan biarkan ilmu tiada di dada. Kalau dorg telah diseksa, tanpa dibicara, x kira la dorg komunis ke, JI ke apa ke, dorg telah dizalimi, kalau benar2 mereka bersalah, bawaklah ke penghakiman. Susah ke?
Pro-ISA: 'Roh' ISA tak terjejas
Kumpulan pro-ISA beranggapan pemansuhan ISA dan memperkenalkan undang-undang baru sebagai ganti satu petunjuk bahawa "roh ISA" untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara tidak terjejas.
Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mengibaratkan langkah terbaru kerajaan itu sebagai proses penjenamaan semula dan bukan "melenyapkan produk" dari pasaran.
"Pemansuhan ISA ini bukan kejayaan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) , tetapi GMI juga selepas ini perlu re-branding nama mereka mengikut aksara akta baru yang bakal diumumkan nanti," kata Penasihat Undang-undang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan keputusan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Azam (kanan) mencadangkan dibentuk undang-undang baru dibentuk berdasarkan Akta Patriot yang digunapakai Amerika Syarikat.
Serangan pencegahan
"Elok ikut Akta Patriot di AS. Ia membenarkan pre-emptive strike (serangan pencegahan) jika ancaman dipercayai wujud.
"Akta Patriot membenarkan serangan pencegahan atas sasaran yang dipercayai boleh ancam keselamatan AS walaupun sasaran itu tidak berada di bumi AS," katanya.
Sebagai contoh, Khairul Azam berkata, menggunakan akta itu, anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) boleh datang ke negara lain untuk menyerang pihak yang menjadi ancaman kepada Rumah Putih.
Mengulas pengumuman Najib semalam, Magaran menyifatkannya "tindakan populis" pentadbiran perdana menteri.
Magaran sebelum ini mencuri tumpuan dengan menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada hari dan tempat yang sama dengan perhimpunan anjuran GMI.
Bagaimanapun, jumlah penyokonya yang hadir pada 1 Ogos dua tahun lalu di ibu negara jauh lebih kecil daripada pihak yang menentang ISA. Kedua-dua pihak gagal mendapat permit polis.

- Musang Berjanggut · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, MalaysiaMagaran - hang tak masuk dalam hang suka la... hang masuk kemunting tengok.... duduk seminggu pun cukupla..... lepas tu mesti hang masuk Gmi
- Chin Mui Ha · Pengulas Tertinggi
- Zanirun Baba · Pengulas Tertinggi · umur 57 tahunChin Mui Ha ..dah naik tak percaya dgn pengumuman PM.. tak pernah ckp benar..mesti ada muslihat...percayalah..
ULAT2 TAIK ketua polisH (AMPU) negara dan GHANI TAIL...sdg menyusun beberapa strategi untuk terus memfitnah org lain..MUKA MELAYU UMNO YG TAK TAHU MALU..org ramai dah benci dgn UMNO di sebabkan perangai PEMIMPIN KORUP..JAHAT DAN ZALIM...cuba lihat betul2 muka org PRO ISA...mana ada seri sbb jiwa dan roh nya jahat..
- Adam Sejodoh · Pengulas TertinggiManusia-manusia yang begitu suka dengan undang-undang zalim seperti I.S.A, hanya layak hidup di hutan atau gua. Mereka tidak layak hidup di halayak manusia moden yang bertamadun. Tidak ada tempat undang-undang yang membolehkan penangkapan ke atas seseorang tanpa bicara. I.S.A bertentangan dengan prinsip keadilan dalam agama Islam. Mereka-mereka ini adalah BUDAK SURUHAN omno, mudah-mudahan dengan suara seorang dua ini PM membatalkan pemansuhan I.S.A yang amat diperlukan oleh omno untuk mengekalkan kuasanya. Kamu tahu semua itu..
- Nordin Omor · Pengulas Tertinggiitulah kita kata,alih-alih nak tiru patriot US,oh,,rupanyer,adik beradik Kumpulan patriot Kj,,habis sampai bila nak kaji berdasar Bumi Malaysia sendiri,macm maner nih PM,lupakan sajer patriot US tu,nanti SB Malaysi nih,menggeledah semua tempat yang suspected,,kerana nak cegah keganasan,,adakah keadaan akan menjamin suasana Malaysia,,atau ini ajaran APCO yang jadi penasihat UMNGOK...yang jadi kepala Magaran tuh,,,sedar-sedarlah apakah jadahnyaer fael cam tu...solat hajatlah minta kat Allah swt agar sedar-sedarlah,jika reda dengan peraturan kafir,,,maka akan jadi,,,,k....r.....fikir-f
ikirlah sendiri. - Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiDlm dunia ini, x ada apa yg kekal. Itu sudah menjadi hukum alam. Begitu juga dgn pemerintahan ssebuah kerajaan, ianya juga pasti akan bertukar jua. Kita sama2 berdo'alah moga2 ianya bakal terjadi melalui PRU yg akan dtg. Kita berusaha bersungguh2 disemua peringkat, pastu kita berdo'a pd Allah, dan akhirnya sudah tentu kita bertawakkal (berserah) pdNya Yg Maha Esa & Maha Berkuasa. Sahabat2 Malaysiakini, adakah anda tau knape kapal titanic yg terkenal dgn gelaran 'unsinkable titanic' (kapal yg x boleh tenggelam) oleh penciptanya, tenggelam juga pd awal abad ke20? Adakah anda perasan, sebuah roket yg dilancarkan amerika pd pertengahan 80an utk kebulan meletup sebelum melepasi atmosfera bumi. Knape dia meletup? Apakah anda peka, namanya 'challenger' (pencabar). Siapa yg nak dicabarnya? Apakah anda peka, bahawa tanda2 ketibaan Dajjal...Lihat seterusnya..
- Amin Sidik · Pengulas TertinggiMereka yang dulu berhujah dengan penuh kebenaran ISA perlu teruskan perjuangan mepertahankan kebenaran ISA, kalu tidak mereka persis anjing yang menyalak mengikut petikan tuannya.
- Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekahkenapa perlu tiru amerika dgn akta patriot? kenapa tidak tiru dlm al quran & hadith?
- Zam Bin Zom · Top Commenter · Boss at 4D (Duduk Diam Dapat Duit)alahai pro-ISA, alahai magaran, alahai Khairul azam.Betapa bengapnya komer ni.
kenapa kita mesti ikut USA?
kenapa tak cadangkan kita mesti ikut Islam?
kenapa tak cdgkan kita mesti ikut Al Quran? - Syamsul Amri Mohd TaharimDah 'Kalah' , cover2x lak...hahaha
- Wan Adib Wan Roslan · Top CommenterYela, org tu walaupun dah kalah, mesti la nak tunjukkan 'gentleman', kan! Biasa la tu...hahahahaha...
Sahabat2 Malaysiakini, adakah anda tau knape kapal titanic yg terkenal dgn gelaran 'unsinkable titanic' (kapal yg x boleh tenggelam) oleh penciptanya, tenggelam juga pd awal abad ke20? Adakah anda perasan, sebuah roket yg dilancarkan amerika pd pertengahan 80an utk kebulan meletup sebelum melepasi atmosfera bumi. Knape dia meletup? Apakah anda peka, namanya 'challenger' (pencabar). Siapa yg nak dicabarnya? Apakah anda peka, bahawa tanda2 ketibaan Dajjal telah byk kelihatan, menandakan dia bakal tiba x lama lagi? Apakah anda tau, ada satu briged tentera telah pun ditubuhkan disatu tempat didunia ini & dinamakan 'kafir brigade' bersempena dgn perkataan 'kafir' yg bakal tertera/tertulis didahi Dajjal? (anda pasti sudah maklum tujuannya ditubuhkan) Dan ini juga menandakan sa'at ketibaan Dajjal sudah amat hampir! Semua pendedahan2 ekslusif ini & byk lagi ttg tanda2 ketibaan Dajjal akan dpt anda saksikan dlm siri2 'the arrivals' dlm youtube. Bagi yg kurang memahami bahasa inggeris, silalah lihat the arrivals bersarikata bahasa malaysia yg diupload oleh 'freedomfighters'. Saya ingin ajak semua sekali menonton siri2 amat eksklusif ini, x kira bangsa & agama. Ianya amat penting utk kita semua lihat sgala rahsia2 & pendedahan2 eksklusif ni. Selamat menonton...
- Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHARakyat tentang ISA bukan kerana ISA tetapi kerana rakyat ditahan mengikut suka hati pihak pemerintah - kalau betul salah bawalah ke mahkamah bukti kesalahan OKT (orang kena tahan) ini tidak bila disedak lain pula tuduhan seperti ahli PSM yg ditahan itu ....... Jadi eloklah ISA dihapuskan kerana ia satu undang2 yang kejam.
- Muhammad Muazundang-undang kena adil. bukan demi kepentingan pihak tertentu. kalau ISA bukan undangx tapi haram jadah. kena batang hidung hampa baru hampa tau
- Muhammad Izzuddin · Top Commenterklu produk sama nama lain buat apa. lebih baik kekalkan nama ISA. Sedap nama ISA itu. ISA = Ikut Suka Aku.
nak tahu juga apa nama baru jangan jangan ISN = Ikut Suka Najib , hahaha. - Asrol Affandi · Top Commenter · Engineer at Oraclenak tahu roh atau hantu ISA terjejas ke tak..cuba sumbat mereka yang pro isa ke kem kamunting..cam cilakak.
- Ahmad M. Afandi · Top Commenter · Pengerusi J/K Penaja at Koperasi Pembangunan Usahawan Islam BerhadIni membuktikan jalanraya adalah lebih efektif berbanding pilihanraya.
- Romy Izrilsyairi · Top Commenter · Johor Bahrubuat je mcm akta patriot. xkan amerika nk bantah kita lak nanti kn. pkr pn xkan bantah sebab amerika kn kawan dia.
- Din Shoppe · Top Commenter · Smkk
- Kami Rakyat Malaysia Memang Kaya Sebab Bayar Topup Rm10.00 dengan Rm10.60ape ke lembabnya.. teruskanlah tekan rakyat sampai korang pun tertekan..
- Al Qassam · Top Commenter · Works at I Love Allah, I Love Prophet Muhammad (PBUH), I Love Islam.Adakah Msia boleh datang ke Amerika Syarikat tangkap orang yang disyakki?
- Zamri Mohd · Top Commenter · Politeknik ungku omarPro-ISA? Apa yang kamu fikirkan bila kamu pro-ISA? Ada otak untuk berfikir?
- Zamri Mohd · Top Commenter · Politeknik ungku omar
- Calvin Chong · Unix Midrange Hosting Services Lead at HP Entreprise ServicesI bingung. What does ISA have to do with "Hidup Melayu and Hidup Islam"?
- Ahmed Elbab · Leder at Young Dynamic Clubkalau dia nk pertahankan sngt suh dia try dok dlm tgk amacam?
- Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpangwoi PRO-ISA boooooo...belah la woi..jgn jd badut sarkas la...buat malu ja..
- Princes Cabrieroh ke..apa ke..kita tengok dulu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan