Mat Sabu serah Pemuda PAS 'urus' KJ
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan. Dengan sinis, Mohamad (bawah) berkata beliau tidak menolak pelawaan itu sebaliknya kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian. "Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak," katanya lagi. Menurutnya, Pemuda PAS Johor 'layak' berdepan Khairy kerana peristiwa serangan yang diketuai bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera itu berlaku di balai polis Bukit Kepong, di negeri itu. "Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Isu pensejarahan kemerdekaan berbangkit apabila Mohamad menjadi sasaran serangan selepas dilapor berkata penyerang balai polis Bukit Kepong Muhammad Indera sebagai wira sebenar. Rentetan laporan itu, Mohamad Sabu menjadi sasaran serangan di media arus perdana apabila beliau dituntut meminta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan bawah Akta Hasutan. Bagi menjawabnya, kelmarin, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Umno berdebat secara terbuka mengenai tajuk "Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?". Bagaimanapun, setakat ini tidak jelas siapa akan berdebat dengan siapa apabila Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan menghantar jemputan kepada Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, Khairy dilaporkan menerima jemputan kerajaan Kelantan bagi tujuan itu yang akan berlangsung di Kota Bharu akhir bulan ini untuk berdebat dengan Mohamad.
Akhbar web PAS Harakahdaily pula melaporkan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan bersedia berdebat secara ilmiah dengan Khairy berhubung perkara itu.
- Mohamad Heder Roslan · Pengulas Tertinggi · University experience of lifeWeiii…Pemuda Pondan BN….dgr sini weiii….rumah pasong bkt kepong diserang pada thn 50an, merdeka thn 57. sebelum merdeka balai polis ini dipanggil rmh pasong & polis pula dipanggil mata-mata…..jadi pada tahun itu Malaya masih dalam jajahan british, jadi Mat Indera dia melawan british ke atau umno british? Thn 57 merdeka ni pun puak umno yg ckp…..sebenarnya x berapa sesuai dgn perkataan merdeka ia lebih sesuai british menyerahkan tugas2nya pd umno pd thn 57 & umno menyambung semula tugas2 british sehingga sekarang……Rakyat Johor kena bangga kerana mempunyai pejuang yg melawan & menentang British dan sejarah ini cuba dipadamkan oleh puak umno yg buta sejarah……Skrg umno sudah kepanasan bontot walaupun menggunakan bontot si Saiful utk buat backup sudah x boleh bertahan. Umno semakin hari, semakin nazak, samakin lama, semakin tenat…temberang umno pada Rakyat Malaysia, terbongkar satu persatu diatas kebodohannya sendiri…..PASTIKAN PRU13 KITA BENAMKAN UMNO SAMPAI HILANG DALAM SEJARAH, MARI KITA SUSUN SEMULA SEJARAH MALAYSIA YANG SEBENARNYA…….
- Husain Mahamad · Pengulas Tertinggi · Tiada sekolah
- Hanisya Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · S/u Pegawai Khas Ahli Parlimen Kapar di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen KaparKETUA Pemuda Umno yang tidak diiktiraf oleh Mahathir ni pun sibuk nak cari publisi murah...Untuk Khairy janganlah buat kerja sia2 kerana ia membuang masa je...lebih baik pastikan kedudukan di Rembau tu tak tergugat kerana apa yang diketahui kini nama Khairy sudah takda dalam senarai calon UBN untuk PRU13 nanti. Daripada bercakap soal sejarah yang sifatnya subjektif tu lebih baik Khairy berusaha menyakinkan Najib dan Rosmah macam mana beliau perlu dicalonkan lagi di Seremban...
- Hanisya Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · S/u Pegawai Khas Ahli Parlimen Kapar di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar
- Salleh Ahmad · Bekerja di Cinta Damai Sdn Bhd
- Hasnan Hussin · Pengulas TertinggiKALAU NAK DEBAT MAT SABU DAN MAHYUDIN MEMANG KITA SOKONG LA. TP KHAIRI NI LAHIR LEPAS MERDEKA JANGAN CAKAP BANYAK. GARANG NYA MACAM NAK JADI CALON LAGI PADA PRU 13.
- Roslan Ab Rahman · Pengulas Tertinggi
- Last Man Standing · Pengulas Tertinggi · Semua posisi di PENDEKAR
- Last Man Standing · Pengulas Tertinggi · Semua posisi di PENDEKAR
- Mekka Man · Pengulas Tertinggi · Friends with Samsudin Baharomtak payahlah debat isu sejarah .... sepatut debat mcmana nak kukuhkan ekonomi msia ...
- Amirul Hasim · Bekerja di S M A Bukit Ibam
- Adam Sejodoh · Pengulas Tertinggi
- Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
- Din Udin · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Atan Khalid · Pengulas Tertinggi · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
- Ahmad Jamil · Pengulas Tertinggi
- Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangorkhairy kata mat sabu bacul tapi hari tu ada beberapa orang penting dipanggil temuduga oleh peguam anwar tapi mereka2 ni lagi bacul dgn jawapan skema-tak mahu ditemuduga dan tak mahu jadi saksi....khairy tak sibok pun panggil mereka2 ni bacul....setahu saya oranh yg bacul ialah yg melalak tak tentu pasal je....
- Madness Zuhairi Samm · Top Commenter · Graphic Designer at Pendunkclanz Graphic Design & Digital MediaUntuk renungan Khairy Jamaluddin... Anda baru berapa tahun berada kat Malaysia nie? Anda lahir pun kat Kuwait, bersekolah pula kat Singapore. Lepas tuh hang pi dok kat London... Hang dah la tak sekolah kat Malaysia lepas tuh dok sibuk2 pasai sejarah Malaysia.. hang kenai ka dengan Mat Indera, Rashid Maidin, Abdullah CD, Srikandi Samsiah Fakeh, Suraini Abdullah dan lain-lain nie.. kalau hang nak tau depa nie terpaksa berkorban tinggalkan keluarga dan anak bini masuk hutan dan menyertai komunis kerana itu sahaja alternatif yang mereka ada utk menentang penjajah pada waktu itu... Pada hari ini nama2 pejuang kemerdekaan ini dipadam, dipinggirkan & dinyahkan dari sejarah kemerdekaan oleh Kerajaan UMNO & Barisan Nasional kerana mereka ini puak-puak hang kata depa komunis.. Sesiapa sahaja yang menetang penjajah & UMNO akan dicop pengkhianat & komunis.. Khairy sebagai pemimpin yang adil, kita harus mengangkat, menjulang, membela dan membersihkan nama mereka meletakkan mereka setaraf dengan Dato Maharaja Lela yg membunuh JWW Birch di Pasir Salak, Perak 1875 dan Rosly Dhobi membunuh Sir Duncan Steward. Kita jamgan lupa mereka2 yang dikatakan Komunis ini juga menentang & melawan Jepun & British untuk kemerdekaan negara.... Sekian Terima Kasih... Peace :P~
- Madness Zuhairi Samm · Top Commenter · Graphic Designer at Pendunkclanz Graphic Design & Digital MediaKami anak muda Malaysia mengkritik usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk ‘memalsukan’ sejarah Malaysia agar hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka diiktiraf manakala sumbangan dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan lain dipadam. Apa sudah jadi kepada tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?
- King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.SEKARANG NI MUSIM MENONJOLKAN DIRI..DALAM DATO AZEEZ DOK KEMARUK NAK JUAL NAMA DIRI DIA KAT SOMALIA.SI KJ YG TAK DER BERPELUANG DLM KABINET NAJIB JUGA NAK JEK NAMA DIA..MASING2 NAK TUNJUK HERO TAMIL.
KJ, LUPAKAH KAMU YG AKHLAK KAU TU MCM MANA?
KAKI TUNGGANG ARAK, KAKI BETINA.CLUB NYAH?
HANTU OPPP MENANTU PAK LAH NI LAIN MCM SKIT..
APA KATA KAU DUDUK DIAM2..DLM MASA YG SAMA KO TIKAM NAJIB DARI BLAKANG? KAN ELOK MCM TU...
TEAM MUHYUDIN ZAHID HAMIDI KAN SATU KAPAL NGAN KO..
NAJIB SKRG DI BERI TEKANAN SUPAYA LETAK JAWATAN SBLUM PRU13 NANTI..
NAJIB KAN LIABILITY umDOG SKRG NIH! KO JEK SUPAYA NAJIB STILL JADI PM PRU13 NANTI..
SENANG NAK KASI LINGKOP.
KJ..KO X YAH LA MELALAK KATA KO NI TULUS MULUS LAK..CONTRAK MESEN RUMPUT KAT S.ALAM PON KO REBUT APA BARANG? HUH! - Adam Sejodoh · Top CommenterKalau nak debat biar lawannya ngam. Siapa lawan siapa...? Ini pasangan yang betul-betul ngam:- Najib vs Anuar, Mat Sabu vs Mahyudin. Adakan siaran langsung, biar rakyat Malayasia tonton. Hebat oohh.....! Tapi ada yang kecut telornya...!
- Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
- Aiman Athirah Al Jundi · Top Commenter · Works at Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Parti Islam SeMalaysia (PAS)Timbalan Presiden UMNO Mana? Bukankah Dia Yang Sibuk Nak Jadi Hero Dan Serang Timbalan Presiden PAS Bertubi-Tubi Melalui Media Di Penghujung Ramadhan Yang Mulia? Kami Mahu Muhyidin
- Asuwadi Ismail · Works at Berkerja sendiri
- Shahrudin Misran · Top Commenter · Friends with Praline Hmc
- Norahzam Nordin · 34 years old
- Pija Shah · Top Commenter · Service Supervisor at Valve Corporation
- Keladi Kelad · Top Commenter
- Tetamu Senja · Top Commenter · Insya Allah at Ibadah
- Zamri Ismail · Top Commenterberdebat tu cari kebenaran le kak..sorang bagi hujah..sorang lagi balas hujah.,..baru kita tau sapa yg kaki kelentong..cthnya waktu isu harga minyak dulu..sapa yg tengok debat anwar dgn shanbery berbuih tu..ble tau sapa yg berhujah dengan fakta..dgn berhujah hentam cromo ja!!kalu setakat pencacai merapu kat rtm gan tv3 suku tapi bagi peluang orang lain nak jelaskan side dia mana nak dapat kebnaran!!!
- Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
- Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
- Wak Dojel · Works at Upah panjat kelapa
- Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
- Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
- Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
- Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
- Abdooleziz Abdoolrachman · Top Commenter · Senior Consultant at REAL ESTATE AGENT
- Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
- Xyza Caution · Top Commenter · Kampung Ajexsabar2 nk tgk kedua-dua blah pihak berdebat ni....mesti mereka siap sedia dgn pelbagai ilmu d dada....klau x...akan malu besar nnT....so...klau bleh...tayang la kat TV arus perdana....lagi ok....dah ada ilmu org cari n nak bagi...kita akan dgr dan ambil pelajaran... hahaha.... bagus234.... teruskan....
- Hassan Hussin · Top Commenter
- Muhamad Kashfy Hashim · Lecture at Kementerian Pengajian Tinggi Malaysiasaya sokong Ketua Pemuda UMNO berdebat untuk mencari kebenaran..biar sama2 puas hatiibetul tak Puan Hanisya Abdul Hamid?
- Muhammad Asrar · Works at MIDA
- Mohd Salleh Abdullah · Top CommenterBeliau(Mat Sabu) kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.Sila lihat HARAKAHDAILY harini.
- Mat Leh · Top Commenter · Sungai PetaniKalau dengan KJ ni tak perlu Pemuda PAS, bagi ketua bahagian cukup dah nak berdebat dengan dia...dok melalak aja kerja dia...bukan berani pun.
- Mat Leh · Top Commenter · Sungai Petani
- Husien Ramlee · Top Commenter · Works at Contractor
800 bekas polis buat laporan polis pada Mat Sabu
Seramai 800 anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kuantan hari ini membuat laporan polis dan mengadakan demonstrasi membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara. Laporan dan demonstrasi itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. Setiausaha PBPM Kuantan Rafai Abdul Kadir berkata anggota persatuan itu amat kecewa dan terguris dengan kenyataan menghina oleh Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, kerana mereka telah berjuang menentang Parti Komunis Malaya (PKM) berpuluh-puluh tahun lamanya. Beliau berkata PBPM bermandikan keringat meredah hutan dalam Ops Indera Pahang Barat, Ops Kota Echo di Perak dan Ops Doayai Musnah 2 di Sadao Thailand dalam menjalankan tanggungjawab menentang PKM. "Kami berjuang meninggalkan anak isteri... tidak meminta apa-apa balasan tetapi mahu jasa kami dihargai dan pengorbanan bergadai nyawa kami dijadikan lipatan sejarah menjaga keamanan negara," katanya. Rafai berkata persatuan itu mahu Mat Sabu dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana cuba memporak-perandakan keharmonian negara dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan. Sebelum ini, akhbar melaporkan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu, menyatakan Kompeni Ke-4 PKM yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada Februari 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah tentera penjajah British. --Bernama
- Zainol Fizal Aladad Khan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di B.Braun Medical Industriespusing la sampai pening pun, "KEBENARAN TELAH DTG DN TELAH LENYAP KEBATILAN, DN KEBATILAN ITU PASTI AKN LENYAP"........
- Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangorsaya pun kalau boleh nak buat lapuran polis juga-1.tv3 tak habis2 memfitnah anwar dan mat sabu(terbaru berita malam ni) 2.media perdana asyik ungkit2 isu mat sabu 3.dulu rumah saya masuk pencuri report kat polis tapi mereka tak dtg siasat kat rumah saya -tapi fikir2 buat masa je, mereka tak kan layan kerana saya orang kecil(marhen)......
- Bumi Hijau · Pengulas Tertinggi
- Hazlan Abd Hamil · Pengulas Tertinggi · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
- Hazlan Abd Hamil · Pengulas Tertinggi · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
- Bicara Che Wan · Pengulas Tertinggi · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG di Masjid Kayu800 BEKAS POLIS INI TERMAKAN DENGAN HASUTAN DARIPADA KITAB SUCI UMNO.. MAKA BEGINILAH JADINYA..TANPA MELIHAT DAN MEMBACA TRANSKRIP SEBENAR UCAPAN MAT SABU..
POLIS TIDAK SELAMANYA BENAR DAN YANG MENENTANG PASUKAN POLIS PADA ZAMAN SEBELUM MERDEKA TIDAK SELAMANYA SALAH..
JIKA MAHU BERFIKIR SECARA JUJUR... KETIKA HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG BERSAMA SEKUMPULAN PENDUDUK MENYERANG BALAI POLIS KUALA BERANG.. APAKAH 800 BEKAS POLIS INI INGIN MENYATAKAN BAHAWA HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG SEBAGAI PENGKHIANAT
...Lihat seterusnya..- Hazlan Abd Hamil · Pengulas Tertinggi · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiNi semua usaha nak tegakkan benang yg basah! Spin la takat mana hangpa nak pusing, tapi makin hangpa pusing, makin la hangpa terpusing & terjerat...
- Hazlan Abd Hamil · Pengulas Tertinggi · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
- Durratun NaasihinDemonstrasi adalah HARAM , HARAM , HARAM! menurut ulama muda UMNO...nak harap keluar balik fatwa ni kat utusan...haram...
- Hazlan Abd Hamil · Top Commenter · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
- Azmi Mohd · Top Commenterkenapa terlalu susah untuk menerima kenyataan???..peristiwa bukit kepong berlaku sebelum merdeka...jadi sebelum dan selepas merdeka adalah dua perkara yg amat berbeza? ....cubalah berfikir sejenak..siapakah inggeris pada masa itu? Penjajah atau ??????/
- Zoe Jaafar · Top Commenter · SGGS, PenangMALAYSIA SEKARANG DAH JADI NEGARA KARTON.....TUNGGULAH BALA ALLAH TAK LAMA LAGI........PM , BEKAS2 PM, MENTERI2......DAN YANG PALING NYATA BINI PM.....TUNGGANG TERBALIK......DUNIA DAH NAK KIAMAT.
- Imyd Maqdisy Alhanabylah · Top Commenter · University of syeikh ahmad kuftaroBila org ckap bnda btol korg marah, yg pukul org time bersih tu xbising plak, smpai skg pn xsetel2 lgi kes baharudin tu, diam ja,
- Hilmie Bin Milus · Top Commenter · Works at AbimKenapa perlu highlight 'Komunis' yg mnjadi hero? Krna yg cuba d sampaikn oleh Mat Sabu adalah org2 yg menentang penjajah terutama pejuang Melayu itu adalah hero..Dan penjajah pda masa itu adalah British...Maka sudah jelas siapa yg menentang, siapa yg ditentang, dan apa hasrat menentang... Pejuang spt Mat Indera hanya bkerjasama dgn Komunis utk menentang penjajah iaitu British...
- Kamarul Nizam · Top Commenter · Mentakabramainya.... Bekas polis ni sebenarnya takut dilabel oleh masyarakat sebagai barua British..... hampeh.. to pasal jd gitu... apa pun waa tabit saama mat indera... berani mengangkat senjata menentang penjajah n barua british.
- Hazlan Abd Hamil · Top Commenter · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
- Lyana Ros · SMK Convent Taipingsaya menyokong penuh mat sabu, bekas polis dok diam-diam, la ni polis memang tak boleh diharap...sy kata kan tak nak polis..
- Amin Sidik · Top CommenterStrategi British memang menjadi!. Mereka mempergunakan anak tempatan untuk menghadapi pejuang kemerdekaan disemua tanah jajahannya!. Saksikan sejarah kemerdekaan di India, di China di Afrika dan Timur Tengah. Kemudian telaah lah buku Sejarah kolonial yang ditulis oleh penjajah seperti Rupert Emerson dsbnya. Perhatikan dan fikirlah!.
- Yon Sarifbape hinggit bayo nak buat saman.
- Amin Sidik · Top CommenterKesannya sampai abad ini manusia-manusia bekas tanah jajahannya masih terpinga-pinga dan bebal sampai berkurun-kurun. Kalau pengikut Nabi Musa merengek kepada sang nabi minta layanan seperti Firaun dan rindukan kehidupan persis di zaman penjajahan Firaun. Entah ummat melayu sangat mengagung penjajah British dalam semua perkara. Malah mewarisi pemikiran Britsih walau kulitnya hitam legam. Bacalah Ibnu Khaldun dalam muqaddimah, untuk memahami perkara ini.
Askar zaman British kecam Mat Sabu
Beberapa orang bekas askar zaman pemerintahan British menyelar sikap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana mempertikai pengorbanan mereka mempertahankan kedaulatan negara serta menjaga keselamatan rakyat ketika itu. Mereka berkata kepakaran yang diperolehi telah dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk mempertahankan negara tetapi juga selepas perang dengan kepakaran itu digunakan dalam sektor lain untuk memajukan negara. "Pengorbanan yang dilakukan anggota pasukan keselamatan pada zaman British bukan untuk membela penjajah tetapi adalah demi kemerdekaan negara, kata Timbalan Presiden Persatuan Bekas Askar British Malaysia (PBAB) Abd Jabar Mukibat. Abd Jabar, 70, berkata walaupun anggota keselamatan pada masa itu berkhidmat di bawah pentadbiran British, matlamat utama mereka adalah mempertahankan negara dan menjaga keselamatan rakyat. "Saya bukan menyebelahi British tetapi tengok bila Jepun serang Malaya mereka yang pertahankan, bila komunis datang darah siapa yang tumpah ke bumi," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata sekiranya pasukan keselamatan itu gagal dalam usaha mereka mempertahankan negara tentunya negara ini tidak akan mengecap nikmat kemerdekaan seperti yang dikecapi hari ini. Katanya sikap sesetengah pihak mempersoal perjuangan anggota keselamatan di bawah pentadbiran British itu adalah 'sikap berbahaya' sekiranya dibiarkan menular kepada generasi muda masa ini. "Saya bukan orang politik tetapi semua pihak kena buka buku sejarah lihat dan kaji siapa penjajah sebenarnya pada zaman Jepun dan komunis dulu," katanya yang pernah berkhidmat dengan 'Royal Corp of Signals' antara 1957 dan 1970. Seorang lagi bekas askar British, Abd Rahman Ahmad, 67, berkata walaupun negara mencapai kemerdekaan pada 1957 anggota keselamatan di bawah pentadbiran British masih berjuang mempertahankan negara. Beliau berkata antara tahun 1963 dan 1964 pada zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, beliau dan pasukannya bekerjasama dengan komando British mempertahankan sempadan negara di hutan Sabah dan Sarawak. "Niat pasukan saya pertahankan negara bukan pertahankan British, malah British hantar askar dia tolong kita berjuang pertahankan negara, masa itu negara sudah merdeka dan British tidak untung apapun sekadar tolong kita," katanya. Abd Rahman berkata tindakan pihak yang mempersoalkan pengorbanan beliau dan pasukan keselamatan lain di bawah pentadbiran British dalam mempertahankan negara amat 'memedihkan hati'. Beliau pernah berkhidmat dengan 'Corp of Royal Electrical and Mechanical Engineers' antara 1963 dan 1969 berkata tindakan pihak yang turut mempersoal gelaran pejuang kemerdekaan kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Datuk Onn Jaafar, tidak boleh dimaafkan. "Tanpa mereka berdua apa akan jadi kepada kita kepada anak cucu kita. Jangan kerana politik kita pusing sejarah kerana sejarah penting untuk anak cucu kita kenal siapa kita, negara kita," katanya. Mohd Isro Jabar, 72, bekas askar British daripada 'Royal Army Ordnance Corp' antara 1955 dan 1970 berkata British telah menyalurkan banyak kepakaran kepada anggota keselamatan di bawah pentadbirannya. "Bila sertai askar British, saya bersama rakan belajar banyak kepakaran antaranya bidang persenjataan dan taktikal ketenteraan. British juga salurkan teknologi terkini ketenteraan masa itu," katanya. Beliau berkata dengan kepakaran ini negara dapat meningkatkan keupayaan pertahanan seterusnya menangkis serangan musuh terutamanya pada zaman ancaman komunis (1948-1960) dan zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia (1962-1966). "Tidak patut kata anggota keselamatan di bawah British perjuangkan kepentingan penjajah, kepakaran kami perolehi bukan hanya pertahanan negara, lepas perang kami bawa kepakaran ini kepada sektor lain seperti industri untuk memajukan negara," katanya. --Bernama
- El-Haneef Abd El-Hameed · Pengulas Tertinggi · umur 33 tahunBritish, Jepun, Komunis. Bukan semuanya penjajah ke? Tapi dulu saya pernah memberi komen. Pada wakt itu, tahap pemikiran amat berbeza seperti skrg. Pada waktu itu, tahap pemikiran golongan penjajah sebenarnya sangat baik. Mereka lebih berpengalaman. Kerana itu banyak Raja Melayu begitu mudah diakal oleh Orang Putih.
Masing-masing ada alasan tersendiri. Tapi kalau ingin disingkap dan dirungkai sejarah, ia harus dialkukan secara telus. Askar Melayu yang bersama British baik, pejuang melayu seperti Tok Janggut dan Mat Indera pun baik.
Cubalah askar Melayu yang berkhidmat dgn British dulu berfikir, apa perasaan anda bila orang mengata sebegini? Anda rasa seperti rakyat Malaysia tak kenang budi bukan? Apa pula perasaan anak cucu pejuang-pejuang melayu lain yang tidak bekerja dgn British tp menentang penjajah? Selama ini Datuk mereka dinamakan pengkhianat. Sedangkan Datuk mereka turut menyumbang kepada agama dan negara.
Biarlah adil dalam menghukum. Sebagaimana anak cucu anda bangga andalah pejuang kemerdekaan, bagaimana hak anak cucu Tok Janggut dan Mat Indera yg selama ini dinafikan. Malah mereka diselama ini memegang status anak cucu pengkhianat.- El-Haneef Abd El-Hameed · Pengulas Tertinggi · umur 33 tahunBagi saya ini semua proses. Walau disatu tahap kita lihat ia satu kekelamkabutan tetapi ia akan mematangkan rakyat.
Dulu kita banyak hidup dalam momokan. Banyak benda yang takut dirungkai. Tapi Alhamdulillah, walaupun politik itu ada bermacam lakonan dan karenah, proses itu dah banyak mematangkan kita.
Setiap apa yang dijadikan tuhan itu ada peranannya. Najib, Anwar, Mahathir, Komunis, Mat Sabu, Rosmah, semuanya ada peranan atau musabab dlm changes ini. Kita berdoalah semoga yang terbaik untuk kita. Wallahualam. - Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiSetuju dgn pendapat awk. Masalahnya, umno lah yg buat onar, dgn hanya menonjolkan bahawa hanya mereka sj pejuang kemerdekaan. Sedangkan ramai lagi pejuang2 kemerdekaan dlm erti kata yg sbnar, tapi dibisukan sj ttg mereka, mentang2lah mereka x sependapat dgn penjajah british!...
- Black Soy Factories · Pengulas TertinggiPada pendapat saya kita x boleh salahkan kedua2nya..Terdapat dua kumpulan yg berjuang utk mempertahankan negara, iaitu berhaluan kanan dan berhaluan kiri..Pihak berhaluan kanan memilih utk berkerjasama dgn British utk hapuskan komunis manakala pihak yg berhaluan kiri pula memilih bekerjasama dgn komunis utk hapuskan british..Manakala yg lain2 pula x memilih utk bekerjasama dgn mana2 pihak (berkerjasama dgn org kmpung)...Jadi pendapat saya, xboleh slhkan mana2 pihak samada kanan atau kiri, jika slhkan kanan adlh pengkhianat negara, bagaimana pula pihak kiri..Mereka kedua2nya mempunyai ideologi yg sama cuma kaedah yg berbeza..Diharap xde sesiapa yg emotional jika membaca pandangan saya nie..minta maaf jika salah bicara..
- Mohd Remi · Pengulas Tertinggi · Friends with Azni-Aishah Idrissaya setuju. kita yang hidup pada zaman ini tidak akan pernah tahu apa yang tersirat di hati perajurit yang berhaluan kiri mahupun berhaluan kanan. yang mana satu ikhlas untuk pertiwi atau tidak. yang kita tahu, perjuangan nenek moyang kita telah berjaya memerdekakan negara.
saya juga percaya, apa yang jadi pada masa itu adalah yang terbaik di jadikan tuhan. kafir mengkafirkan perjuangan pada masa itu adalah perbuatan bodoh. Kita harus terus berpandangan kedepan. Malaysia boleh !!! - Ibrahim Kj · Pengulas Tertinggikalau kerajaan jujur beri penghormatan yang sama kepada golongan kiri. selama ini mereka llangsung dilupakan. pengalaman bapa saudara saya kerana menghadiahkan mesin taip kepada angkatan pemuda insaf (API) dia dipenjarakan 6 bulan dilebel sebagai kominis...adilkah namanya..
- Hj Masran Haron · Pengulas Tertinggi · Simpang Rengam, Johor, MalaysiaKesian Bekas Askar2 British ni,, terpaksa menjawab tuduhan2 dri mereka yg xbertangung jwab menuduh talibarut british walhal mereka ada agenda tertentu utk memerdekan negara,, memang kita xmerasa penderitaan merake kerana lahir pasca merdeka termasuk mat sabu,, jdi utk mengatakan mereka2 ni talibarut british dan mengangkat kominis sbagai hero adalah satu kesilapan besar,, dan bgi yg menyokong kenyataan mat sabu terimalah akibatya pd PRU13 nnti,, insyallah..
- Shabri Ismail · Pengulas Tertinggi
- Hj Masran Haron · Pengulas Tertinggi · Simpang Rengam, Johor, MalaysiaAl Fatihah kpd Mat Indra dan para pejuang kemerdekaan,, pembangkang sbenarnya telah lama ujud selepas Umno,, iaitu Pas dan DAP,, dan mereka2 ni tahu sejarah kemerdekaan dan ramai yg lahir sbelum merdeka sperti TGNA dll,,,adakah mereka2 ni buta sejarah atau memang sejarah itu betul??,, dan sya yakin anak2 mereka juga belajar sejarah yg sedia ada,, seeloknya sejarah ini prlu diubah sejak dulu lgi jika semuanya versi UMNO,, ternyata mereka2 ne akur pd sejarah kemerdekaan kerana itulah yg sebenar,, dan mereka juga hidup dizaman penjajah dn kominis,, dan hingga kini kenapa TGNA, DSAI pun hanya ambil sikap berdiam diri???,, maka ternyatalah ketidak bijakan pemimpin pembangkang dahulu kerana sangup anak2 mereka tertipu oleh sejarah versi umno,, kesian...
- Reformis Malaya Politikus Bebas · Pengulas Tertinggi · umur 104 tahunKlu british tak bantu melayu semasa jepun komunis serang tMelayu maka akn deritalah rakyat malaya....adakah salah orG melayu kerja dgn british utk sekat jepun dan komunis. AtAu Org pas lebih suka jepun atau komunis perintah malaya?
- Romy Izrilsyairi · Pengulas Tertinggi · Johor Bahru
- Ibrahim Kj · Pengulas Tertinggi
- Romy Izrilsyairi · Pengulas Tertinggi · Johor Bahru
- Baharurazi Hj Ahmad · Pengulas Tertinggi · IHKDulu, kalau ada org sokong/jadi petugas Jepun atau Komunis, mereka kata org itu TALI BARUT kpd Jepun atau Komunis, mesti dimusuhi tetapi kalau ada org sokong Inggeris, tak pulak dikatakan tali barut, tak pulak dimusuhi malah disanjung mcm polis dlm tragedi bukit kepong tu, sedangkan ketiga-tiganya adalah penjajah. Kalau nak dikira Inggeris lagi teruk, Inggeris tu kapitalis. Bagi aku, sesiapa saja yg menyokong Inggeris, berkerja dg Inggeris dan menjadi Polis atau Tentera Inggeris (sebelum Mederka), mereka itu adalah pengkhianat kpd bangsa dn tanah air, kerana mereka mempertahankan Inggeris maka Inggeris laknat tu boleh bertahan lama di Malaya ketika itu.
- Azhar Agger · Top Commenter · Setapak High School, Kuala Lumpurisunya skg ni pejuang kemerdekaan hanya diwar2kan sbg dr UMNO..manakala pejuang kemerdekaan dr AWAS, INSAF, API hampir tidak diiktiraf..malah dituduh pembelot & pengganas pula..matapelajaran sejarah di sekolah2 patut dirombak utk memberi penghargaan kpd pejuang ini yg sanggup gadaikan nyawa mereka..bkn hanya beri penghargaan kpd pejuang kemerdekaan dr UMNO yg hanya duduk di kerusi empuk semasa penjajahan British!
- Lia Suraya · Bangi, MalaysiaPada zaman darurat dahulu datuk saya pernah kerja SC dan bertugas di sebuah estet orang Putih. Memang pernah dia bertempur dengan askar PKM yang menyerang estet itiu. Tapi setahu saya dia hanya bekerja makan gaji untuk cari makan; tak pernah terfikir pun dia adalah ipejuang kemerdekaan!
- Zulkifli AbuManusia semakin BIJAKSANA akhir-akhir ini. Mudah sahaja mereka meletak LABEL - ini pejuang, ini pengkhianat. Ini mati syahid, itu mati katak. LABEL ini semacam dipercayai bulat-bulat khususnya juak-juak sekiranya PEMBUAT LABEL itu ada NAMA. Tak kisahlah namanya PM, TPM, MB atau Mufti.
- Mat Chemor · Top Commenter · Ufopenjajah sekarang ni ialah umno/BN. mereka menjajah pemikiran rakyat dgn media2 arus perdana. jadi sesiapa yg menentang umno/BN layak dinobatkan sebagai pejuang kemerdekaan.
- Romy Izrilsyairi · Top Commenter · Johor Bahruckp apa pn x guna kt puak2 ni. rasanya ada kalangan pemimpin diorang ni keturunan rashid maidin n chin peng kot. cuba siasat tgk.
- Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
- Romy Izrilsyairi · Top Commenter · Johor Bahrumana ada org jajah negara sendiri. haha..kesian lak kt ko ni.
dh majoriti rakyat nk bn perintah, nk buat cmne kn. ikut majoriti la. kurang2 kita dpt kemerdekaan cara yg elok. at least kita kena mengaku yg negara kita ni aman. nk pegi mana pn tak le takut kene bom kn
kalo rasa pr betul, kempen le elok2. kempen cara hemah sket. mane thu rakyat suka. tapi x mungkin la kn, sbb pandai maki hamun je. pastu demo. sape yg nk kn - Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
- Alaksnj Tp · Top Commenterhahaha wat lawak la dia ni.
british tu penjajah la.
kalau keje dgn british masa tu maknanya tali barut la.- Moeinuddin Zakaria · Top Commenter · Friends with Bumiputera Berjaya
- Alaksnj Tp · Top Commenter
- Moeinuddin Zakaria · Top Commenter · Friends with Bumiputera BerjayaMat indera yg tersalah pilih gerombolan dgn mengambil jalan singkat nak mencapai cita2 nya..?? seperti perjuangan PAS hari ini yg pada kulit nampak cantik tapi asas dan dalaman nya jelas berfahamam komunis yg cuba memesongkan minda umat rakyat masyarakat dgn dakyah2 songsang dan sesat mereka hanya kerana nak mencari sokongan bagi tujuan nak menguasai putra jaya....??
- Ketam Kapit · Top Commenterkami generasi kini juga tertanya-tanya mengenai nasib anak anak tokoh pejuang pra dan pasca kemerdekaan negera, tetapi bagaimanakah nasib cucu cicit tokoh pemimpin PAKATAN skrg yg turut menyumbang ke arah pembangunan negara... adakah sejarah juga akan mengkategorikan mereka sebagai pengkhianat? seperti TGNA, TGAH, DSAI, LKS, LGE dan yg lainnya.... adakalh generasi skrg dan akan datang menghormati Rahim T.chik dgn sejarah yg dilakonkannya terhadap gadis melaka suatu ketika dulu? bleh kah Rahim dianggap pejuang pembangunan melaka?
- Moeinuddin Zakaria · Top Commenter · Friends with Bumiputera Berjaya
- Mohamad Shukri · Top CommenterPemimpin UMNO sudah nampak mula goyang kaki...tugas menyerang PR hanya diserahkan kepada pencacai2 pencen...ISU SPR dan JPN nampak gayanya sudah hilang seri....PR sudah hilang focus dengan isu2 yang tak akan selesai...Siapa betul siapa bersalah tak akan terjawap kerana mereka2 yang terlibat sudah mati....yang tinggal hanyalah persepsi masing2...
- Zack Hairil · Top CommenterReformis Malaya..
Biar British perintah Malaysia semula, kita tengok sapa yg lawan dan siapa yg jadi tali barut British..- Romy Izrilsyairi · Top Commenter · Johor Bahru
- Azi Nang · Top Commenter · TemerlohMemang masyarakat Malaysia jenis keliru, dah tak tahu mana kawan dan mana lawan, penjajah dianggap kawan dan penentang penjajah di anggap lawan...........
Yg bekerja dng British menganggap dirinya pejuang kemerdekaan ?
Pening......patutlah selepas 54 tahun merdeka masih mengagungkan bahasa Inggeris, bukan salah belajar bahasa Inggeris itu, tapi mengagungkannya itu yg salah.
...See More - Romy Izrilsyairi · Top Commenter · Johor Bahru
- Amin Sidik · Top CommenterDato Onn Jaafar mengikuti peristiharan kemerdekaan Tanah Melayu melalui radio di serambi rumahnya di Johor. Air matanya menitis sambil berkata kepada cucunya, lebih kurang bunyinya " Sebuah kemerdekaan yang sia-sia, tunggulah akibatnya anak cucu kita nanti ". Buku Onn Jaafar oleh Ramlah Adam. DBP. Fikirkan!!!.
- Ismail Meal · Project Manager & project engginer at Johorsebensrnya kerja ngan british lagi bahaya, tgk lah skrg kita terbawa-bawa perwatakaan british malah ank-ank kita dah ikut cara british, dekat sini sya menyeru wahai semua berkerja ngan british lupalah mereka kerana british adalah musuh dalam selimut memperkuda org melayu
- Pak Din · Top Commenter · 45 years oldRamai yang berkokok....dan terpedaya dgn putar belit umno pengkianat melayu.....
- Mior Ahmat Zaudi · Top Commenter · UKMTahu kah anda antara sedar dan tak sedar kita sekarang sudah dijajah oleh bangsa kita sendiri Orang Melayu memperbodohkan bangsanya sendiri diperbodohkan pelbagai cara, jadi? sama sama kita fikirkan
- Ismail Meal · Project Manager & project engginer at Johordisini saya risau mana dia pejuang melayu malah nama-nama beliau tidak di sebut dalam sejarah. umno hanya timbul di bandar bukan di hutan menentang penjajah, kalau tak percaya selediki fakta-fakta sejarah
- Mohd Rafiah Mohd Yusoh · Sungai BulohPengkianat tetap pengkianat walau apapun alasanya. Menjual agama dan bangsa demi wang ringgit adalah pengkianat.
- Md Haid Yaacob · Top CommenterCuba kita sama fikir....sebelum ada nya kominis di Malaya..bagai mana pehak British mencuri segala hasil negera kita oleh itu datang lah kemarahan dari satu pehak orang-orang Melayu seperti Mat Indera dan yg lain...apa cara yg merika boleh lakukan untok menentang pehak Beritish ini? bersatu dan menentang..bila merika di bandar merika di tangkap..jadi merika terpaksa lari ke Hutan..bila merika di Hutan merika di gelar kominis oleh pehak British dan pehak British megumpul ana-anak muda melayu untok di jadikan alat menentang merika...(Hari ini merika ini lah di gelar pejuang) sedangkan peninpin Melayu kita ketika itu tiada mempunyai kuasa apa-apa hanya pak turut.
Baik lah Melayu yg lari ke dalam hutan di gelar kominis dan Melayu yg bersama dangan British memcari dan membunoh merika-merika yg di gelar kominis...peristiwa ini berl...See More
Tiada ulasan:
Catat Ulasan