Isnin, 12 September 2011

SEMUANYA...SEGALANYA MILIK ALLAH...JANGAN BUAT MAKSIAT...SOKONG MAKSIAT...JANGAN LAWAN ALLAH...TAK SOLAT NAK CAKAP PASAL ISLAM...MALU LAH SIKIT...

Perlis dilanda banjir, lebih 100 penduduk di pindahkan
Sep 12, 11 7:31am

Lebih 100 penduduk di beberapa kawasan rendah di Chuping, Titi Tinggi, Beseri dan Bintong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak tiga hari lalu.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Perlis, mereka adalah daripada 47 buah keluarga yang ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan yang dibuka setakat jam 9 malam tadi.

NONEPusat-pusat pemindahan itu ialah di Dewan Titi Tinggi Hilir, Dewan Panggas Besar, Dewan Guar Medang Gatal, Dewan Kampung Melayu Batu 15, Dewan Kampung Syed Omar, Surau Kampung Syed Omar dan Surau Panggas Kecil.

Paras air di Empangan Timah Tasoh sehingga pukul 6 petang semalam ialah 29.26m iaitu masih di bawah paras bahaya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, berkata sehingga kini enam pintu air telah dibuka bagi memastikan paras air di empangan itu sentiasa terkawal.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu turut melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

- Bernama


Pagi: Keadaan jerebu tidak banyak berubah
Sep 11, 11 11:38am
Sebanyak 38 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara yang baik manakala 11 kawasan lagi sederhana dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.

Lima kawasan mencatat IPU terendah ialah ILP Miri Sarawak (21) Alor Setar, Kedah (22) dan Sarikei, Sarawak (26), Paka, Terengganu (28) dan Wilayah Persekutuan Labuan (32), kata JAS dalam laman webnya.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya.

Menurut JAS keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.

- Bernama

Keretapi terbakar, penumpang terjun gerabak
Sep 10, 11 3:25pm

Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.

Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.

Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.

Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk membantu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Zailan Maarof berkata pihaknya menerima penggilan pukul 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.

"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian besarnya hangus," katanya.

Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi Merapoh.

- Bernama




Jerebu kembali melanda negara
Sep 8, 11 7:50am

Beberapa kawasan di negara ini akan dilanda jerebu selama beberapa hari kerana tidak menerima hujan untuk lima hari berturut-turut.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia kawasan berkenaan ialah Arau (Perlis), Kota Setar (Kedah), Seberang Perai Utara (Pulau Pinang), Kinta dan Manjung (Perak), Kepong, Klang, Petaling dan Sabak Bernam (Selangor), Batu Pahat (Johor) dan Miri (Sarawak).

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) malam tadi keadaan berjerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di utara Semenanjung, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Pahang pagi ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

haze in kl 120609Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan diminta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil serta melaporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

JAS juga mendapati kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara hari ini mencatat paras sederhana pada sebelah pagi.

Semalam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 14 kawasan mencatatkan paras baik dan 38 mencatatkan IPU sederhana.

Antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana ialah Shah Alam, Selangor (84), SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (83) dan Pelabuhan Klang (81) manakala kawasan yang mempunyai IPU sihat, Sarikei, Sarawak (30), Sri Aman, Sarawak (31) dan Kuching, Sarawak, (32).

- Bernama









Tiada ulasan: