Rabu, 7 September 2011

HANYA YANG ARIF DAN DIBERI PERTUNJUK OLEH MEMAHAMI SAPE BENAR DAN SAPE YANG SALAH...ISTIHARAH LAH TUK PERTUNJUK...

Ahli sejarah jangan tangguh ulas buku sejarah
Subky Latif

PAKAR sejarah seperti Prof. Khoo Kay Kim dan Prof. Ramlah Adam sepatutnya tidak menunggu lama untuk mengulas sebarang buku sejarah yang diterbitkan, malah mereka wajar memberi nasihat atas buku-buku sejarah yang ada.

Apabila ada suara keraguan tentang sejarah negara ini, segeralah ahli-ahli sejarah membuat penjelasan supaya sejarah itu tidak jadi barang keliru.

Buku sejarah yang dirasakan rasmi bagi negeri Johor, bertajuk Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor, disunting oleh Prof. Abu Bakar Hamid dari Universiti Malaysa dengan kata penghantar dari Menteri Besar Johor Dato Ghani Othman telah diterbitkan dalam tahun 2004.

Buku inilah yang menjadi rujukan Mohamad Sabu berhubung sejarah Mat Indera yang mengepalai gerakan menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong di zaman penjajah dulu.

Buku yang membariskan Mat Indera bersama Sultan Ismail dan lain-lain watan Johor meletakkan Mat Indera sebagai seorang putera yang mengukir nama Johor. Ia tidak kata Mat Indera itu wira. Penulis menyerahkan kepada pembaca untuk membuat kesimpulan adakah dia petualang yakni pengganas atau orang terbilang.

Apabila namanya dimuatkan dalam buku bertanjuk Pengukir Nama Johor, maka apa ertinya kalau dia bukan seorang pejuang terbilang?

Mat Sabu sebagai seorang yang tidak senang dengan rakam sejarah kemerdekaan Malaysia mengambil buku ini sebagai sumber bagi menilai semula nama Mat Indera yang dicap oleh penjajah British sebagai penjahat.

Kerajaan Johor seperti sudah mempertikai tohmah penjajah British itu. Buku inilah yang menjadi pegangan Mat Sabu.

Selepas Mat Sabu mendedahkan dokumen bercetak tentang hujuhnya atas sejarah Bukit Kepong itu barulah ahli-ahli sejarah mentakwil kesahihan buku Yayasan Wawasan Johor itu. Lapan tahun selepas buku itu terbit baru profesor sejarah menyoal kesahihan fakta sejarah itu. Itupun nasib baik Mat Sabu membangkitkan kandungannya.

Kiranya Mat Sabu tidak memberi reaksi positif tentang kandungan buku itu, maka yang membacanya tentu menerimanya sebagai Mat Sabu menerimanya.

Jika ia ada keraguan pada pandangan ahli sejarah, dan ahli-ahli sejarah ada sifat untuk mengamati setiap bahan bertulis mengenai sejarah, mengumpulkan apa saja yang dikaitkan dengan sejarah, cepat-cepat ahli sejarah membuat komen, membetulkan apa yang silap dan mengukuhkan mana-mana fakta yang tidak lengkap.

Para profesor itu ada murid-murid, kerahkan mereka mengumpul segala dokumen yang releven dan kirim mereka membuat kajian, jadilah mata dan telinga terhadap pandangan rakyat tentang sejarah tidak kira siapa dan apa kecenderungannya.

Siapa kata Ibrahim Yaakub yang lari ke Indonesia itu bukan pencetus semangat kemerdekaan. Tetapi apa yang ahli sejarah buat menempatkan namanya sebagai pengukir nama Malaysia?

Oleh kerana ahli-ahli sejarah gagal membuat takwil yang segera atas buku yang mencnerminkan pandangan kerajaan Johor, maka orang sudah ada persepsi yang kedua tentang kisah Bukit Kepung itu.

Tan Sri Jins Samsuddin pula lambat memberi reaksi atas pandangan baru tentang Bukit Kepong sedang beliaulah orang yang melukiskan peristiwa itu dalam filem.

Sekarang orang sudah memulakan usaha menilai semula sejarah itu. Jins bukanlah orang yang terikat pada pandangan tua satu-satu kejadian. Watak-watak yang diambilnya dalam lakonannya banyak bercorak pemberontakan seperti Si Tanggang, Megat Komeng dan lain-lain.

Malah dia menerima penilaian semula atas sejarah yang tidak popular seperti Hang Jebat. Bukankah Hang Jebat itu bapak penderhaka? Tetapi orang memberitahu, Jins dikatakan menamakan seorang anaknya Hang Jebat. Bukankah dia juga gemar menilai semula sejarah?


Arifin diharap dapat bersihkan badan kehakiman
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Perlantikan Tan Sri Arifin Zakaria sebagai Ketua Hakim yang baru diharapkan dapat membersihkan kekotoran badan kehakiman negara.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia juga berharap Arifin dapat membebaskan institusi kehakiman daripada dibelenggu oleh mana-mana pihak termasuk daripada pihak kerajaan sendiri.

“Rakyat mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat Ketua Hakim Negara yang baru untuk bertindak secara bebas dan berkecuali dalam membawa seluruh anggota kehakimannya dalam mendokong suatu keadilan yang hakiki,” ujar pengarahnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya Juham mengucapkan tahniah di atas perlantikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, bagi menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

Tambahnya, tahniah juga diucapkan kepada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya dan Tan Sri Md Raus Shariff yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan yang baru.

“Juham berharap agar proses transisi ini dapat menyokong hasrat murni seluruh rakyat Malaysia yang ingin melihat Ketua Hakim Negara yang baru ini dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman Negara, setelah tercalar teruk sejak peristiwa hitam pemecatan Ketua Hakim Negara , Tun Salleh Abas pada tahun 1988,” ujarnya.

Menurutnya, sistem pemisahan kuasa (separation of powers) di negara ini telahpun membahagikan 3 teras utama dalam menggerakkan kerajaan; iaitu Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya ketiga-tiga badan itu bertindak mengikut landasan dan sempadan masing-masing, maka rakyat tentunya akan menikmati suatu sistem yang aman, adil dan saksama.

Namun, ujarnya sekiranya ketiga-tiga badan itu bertindak di luar sempadan masing-masing, maka kerajaan sudah pasti tidak dapat lari daripada berhadapan dengan korupsi dan segala bentuk penyelewengan yang bakal menjahanamkan pentadbiran negara dan mencemar kredibiliti serta kebebasan Badan Kehakiman itu sendiri.

“Sekiranya ini berlaku, yang menjadi mangsanya ialah rakyat yang tidak punya kuasa melainkan hanya mampu menuruti pembohongan dan tipu daya kerajaan,” katanya lagi.

Oleh itu, tambahnya institusi kehakiman bukan hanya perlu berlaku adil tetapi ia juga perlu dilihat berlaku adil dan berkecuali kerana ia menjadi benteng terakhir rakyat dalam mendapatkan keadilan menerusi sistem perundangan yang dijamin oleh Perlembagaan.

Beliau berkata, jika kepercayaan rakyat dikhianati, maka semestinya rakyat tidak akan lagi percaya kepada apa sahaja yang dikatakan mahupun dilaksanakan oleh badan kehakiman.

“Jika ini terjadi, maka integriti Badan Kehakiman akan terus dipersoalkan oleh rakyat dan menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa,” ujarnya.

Pelabur-pelabur asing juga, katanya akan turut menjauhkan diri apabila sistem kehakiman negara tidak langsung berwibawa dan boleh dipercayai, malah tidak ubah seperti “mahkamah kangaroo” semata-mata.

Katanya, kebimbangan rakyat ini ternyata berasas melihat kepada perlakuan double standard dalam beberapa kes yang melbatkan kepentingan kerajaan atau Umno, dibandingkan dengan kes-kes yang melibatkan kerajaan atau pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, insiden klip-video VK Lingam masih belum pulih sepenuhnya dan kepercayaan wujudnya tangan-tangan ghaib dalam mengatur dan mengganggu-gugat perjalanan sesuatu perbicaraan mahkamah masih terus menghantui sistem kehakiman negara.

“Badan kehakiman bukanlah milik Umno BN atau sesiapa sahaja yang memerintah negara sebaliknya, ia adalah milik mutlak rakyat dan menjadi tempat bergantung rakyat dalam mendapatkan suatu sistem perundangan yang adil.

“Oleh itu, Juham berharap agar segala kontroversi yang menyelubungi institusi Kehakiman Negara sebelum ini dapat diatasi segera dan kepercayaan rakyat terhadap Badan Kehakiman Negara dapat dipulihkan sepenuhnya,” ujarnya.


Umno sokong komunis lulus suara rasmi CPC?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: “Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?” tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC).

Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million.

(TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.)

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka.

Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia.

“Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia.

Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis.


Lupa p’raya bersih dek putar belit isu sejarah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Kehangatan dan pasca Bersih 2.0 yang menjadi agenda perbualan rakyat semakin tenggelam dek isu sejarah yang diputar belit oleh media.

Justeru, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan (gambar) berkata, dalam kehangatan masyarakat berbincang soal siapa pejuang dan petualang negara, maka pelbagai natijah dan kesan yang timbul.

Katanya, secara umumnya ia dilihat positif kerana telah membuka ruang dan minda masyarakat untuk membelek semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

Menurutnya, namun hakikat yang lebih besar ialah, sejarah sudah tidak boleh diubah dan sejarah tidak pernah menipu manusia.

Tambahnya, penipu dan penyeleweng hanya datang dari mereka yang berkepentingan bagi mendapatkan sokongan moral dan simpati politik tertentu,” katanya.

Beliau berkata, media cetak dan elektronik digunakan semaksimanya bagi mempertahankan sejarah yang dilukis oleh pihak pemerintah, walaupun pelbagai keraguan yang timbul di dalamnya.

“Perkara pokok di sebalik isu ini ialah masyarakat beralih arah untuk berbincang pasal masa belakang, tidak lagi masa depan.

“Masa depan yang dimaksudkan ialah kehangatan dan pasca himpunan Bersih 2.0 yang menjadi agenda perbualan rakyat baru-baru ini semakin tenggelam dek kerana isu sejarah yang diputar belit oleh media,” ujarnya.

Ujar beliau, persoalan masa depan negara bergantung kepada ketelusan dan keadilan sistem demokrasi yang dilakukan.

Katanya lagi, banyak kepincangan dan kelompangan sistem yang didedahkan oleh pelbagai pihak yang masih belum dijawab dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab.

Beliau menambah, peri pentingnya soal demokrasi adalah suatu kayu ukur bagaimana corak dan budaya pemerintah yang akan dipilih oleh rakyat sama ada meneruskan legasi yang penuh kepincangan atau berubah kepada arena politik baru.

Jelasnya, masa depan negara ditentukan atas perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Mungkin pada waktu ini pihak SPR boleh menarik nafas panjang dan lega di dalam kekalutan orang beralih dan berbincang isu sejarah, bukan lagi soal pilihan raya,” katanya.

Maka, ujarnya perlu diberikan perhatian juga kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang diwakili oleh parti pemerintah, pembangkang dan bebas.

“Sejauh mana keberkesanan dan kemampuan jawatankuasa ini membuat transformasi terhadap pilihan raya di Malaysia ini juga perlu dinilai bukan bukan hanya menjadi modal politik untuk menunjukkan keseriusan kerajaan dalam soal penambahbaikan sistem pilihan raya,” ujarnya.

Beliau berkata, daftar pemilih, kempen, kebebasan media dan pelbagai lagi isu berkaitan pilihan raya dan masa depan negara perlu diberikan perhatian semula.

“Dibimbangi jika kita tercampak dengan lubang yang dibuat untuk menimbus lompang yang lain, maka sampai bilapun kita akan tertipu dengan permainan licik politikus yang berkuasa,” katanya.

Justeru, tambah beliau mahasiswa bimbang terhadap masa depan negara akan ditentukan oleh warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Thailand jika senarai daftar pemilih tidak dibersihkan.

Katanya, berbincang soal sejarah perlu untuk dijadikan sempadan, berjuang untuk masa depan juga penting untuk kelangsungan.


Noramfaizul wira, jangan lupa bekas perajurit
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS hari ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pengiktirafan yang diberikan kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.

Namun Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), pada masa yang sama mengingatkan kerajaan agar memberikan layanan setimpal kepada waris-waris dan balu-balu bekas perajurit dan pejuang negara yang berjasa yang masih hidup atau yang telah terkorban dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman luar.

“Tahniah kepada kerajaan kerana mengangkat jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban dalam menjalankan tugas di Mogadishu sebagai wira negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ramai antara anggota-anggota perajurit dan pejuang negara yang cedera dan terbunuh sehingga kini masih tidak menerima anugerah yang sewajarnya, jika hendak dibandingkan dengan apa yang diterima arwah wartawan BernamaTV.

PAS, katanya mengalu-alukan segala bentuk sumbangan bagi mengenang jasa perajurit dan pejuang negara yang terkorban dalam mempertahankan negara.

“Namun ia perlu diselaraskan agar tiada pihak yang terabai atau tercicir daripada senarai,” tegas beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang juga mencadangkan agar kerajaan memastikan badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dapat berkembang dengan baik kerana ia boleh membawa nikmat kepada para pejuang dan perajurit negara dari segi kebaikan dan keuntungan.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mencadangkan agar keluaraga anggota polis yang berkhidmat dengan British semasa tragedi Bukit Kepong menuntut pampasan dari kerajaan British yang menggaji mereka ketika itu.

"Beberapa pihak telah membuat tuntutan pampasan sebegini dan berjaya," kata Mohamad kepada Harakah daily.


Pemuda PAS Sarawak ucap tahniah pada Jacqueline
Harakahdaily

KUCHING, 6 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jacqueline Sijore (gambar) yang telah memenangi kejuaraan Boling Dunia di Hong Kong, kelmarin.

Ketua DPPNS, Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jacqueline kerana telah mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.

“Kejayaan anak muda ini tidak akan ke mana, sekira pihak berwajib tidak memandang serius kejayaan anak muda ini di pentas antarabangsa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, bakat yang mahal sebegitu tidak seharusnya diketepikan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diasah secara konsisten.

DPPNS juga, ujarnya berharap potensi anak-anak muda Sarawak yang bernilai sebegini tidak dipandang ringan oleh pihak tertentu dan dapat dipertingkatkan lagi bagi memberi kejayaan yang lebih gemilang.

“Kita mahu melihat potensi anak muda Sarawak yang berpotensi tinggi dipersia-siakan dan kementerian terbabit seperti yang berlaku kepada Saudara Jack Ho seorang atlet triton Sarawak yang pernah didedahkan oleh DPPNS sebelum daripada ini,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, tambahnya DPPNS menggesa Menteri Muda Sukan Sarawak untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sukan yang sempurna di seluruh negeri Sarawak bukan hanya tertumpu di bahagian-bahagian tertentu sahaja.

Menurutnya, dengan kedudukan pendapatan negeri yang baik dan memiliki ramai anak muda yang berpotensi, DPPNS yakin sukan di Sarawak mampu pergi lebih jauh.

Jacqueline Sijore berjaya merangkul pingat emasnya yang pertama di kejohanan antarabangsa selepas menewaskan Son Yun-hee dari Korea Selatan dalam final perseorangan Kejohanan Wanita Dunia 2011 (WWC 2011) di Hong Kong pada 4 September lalu.

Remaja berumur 19 tahun dari Sarawak itu berjaya menggegarkan gelanggang boling untuk menumpaskan lawannya dengan 266-217, menurut laman web rasmi pertandingan.


Undian tajuk Konspirasi DNA 'Lelaki Y'
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah Konspirasi DNA ‘Lelaki Y' berikutan pertikaian kesilapan ujian profil DNA dalam kes liwat II Anwar.

Bagi membaca kenyataan penuh, boleh baca Harakah cetak atau terus langgani Harakah digital yang dikenali bagai 'elektronik paper' di alamat, http://epaper.harakah.net.my

Undian ini terbuka kepada semua pembaca melalui internet dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Manakala keputusan undian bagi tajuk Harakah sebelum ini, ‘ANWAR JERAT MUSUH’ berada pada tahap 84.16 peratus sahaja.

Begitu juga terdapat 108 undian (10.76%) yang tidak bersetuju dan 51 undian (5.08 %) yang berkecuali atau tidak pasti.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan juga undian-undian yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php.







Tiada ulasan: