Isnin, 12 September 2011

JIKA WANG YANG DIMINTA...KITA RASA TERTIPU ATAU TERTEKAN...BAYAR TAPI JANGAN REDA...SEPERTI TOL DLL...BILA TAK REDA...MEREKA AKAN DIDAKWA DIAKHIRAT...

Cukai 6%: Kelab Protes BN himpun sejuta rakyat | Print |
Nazri Abdullah

GOMBAK, 12 Sept: PAS berpendapat pengenaan cukai perkhidmatan enam peratus kad prabayar oleh syarikat telekomunikasi (telco) kepada rakyat adalah satu tindakan yang didalangi Umno BN.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar), rakyat tidak akan dipaksa menanggung beban bayaran cukai itu jika kerajaan tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada telco.

Ekoran kos operasi kini meningkat, Mahfuz yang juga Pengerusi Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) berkata, telco terpaksa mengalihkan beban cukai mereka terhadap kerajaan dengan mengenakan cukai enam peratus itu kepada rakyat pula.

"Pertama sekali Kelab Protes BN membantah cukai yang didalangi BN ini dikenakan kepada rakyat.

"Kita mintak supaya telco tarik balik dan kerajaan sendiri mesti hapuskan cukai ke atas syarikat telekomunikasi ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau ditemui di majlis rumah tebuka hari raya anjuran PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad, semalam.

Ianya sebagai respons terhadap kenyataan syarikat industri telekomunikasi tempatan yang mengumumkan bahawa caj cukai perkhidmatan enam peratus yang sebelum ini diserap Telco akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim bermula 15 September depan.

Menurut Mahfuz, jika ia dilaksanakan, golongan paling terkesan adalah golongan anak-anak muda, pelajar dan yang berpendapatan rendah yang menggunakan perkhidmatan prabayar.

Jumlahnya dianggarkan seramai 9 hingga 13 juta orang dengan jumlah penggunaan kad prabayar sebulan sebanyak 27 juta.

Sehubungan itu jelas Mahfuz, Kelab Protes BN memberi tempoh kepada kerajaan sehingga Rabu ini untuk menyelesaikan perkara itu sekaligus menghapuskan cukai tersebut.

"Kita bagi tempoh kepada kerajaan sampai Rabu ini. Kalau tidak, kita akan kumpul sejuta pengguna kad prabayar ini di seluruh negara untuk menyatakan bantahan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya pengguna kad prabayar untuk menyatakan bantahan mereka berhubung perkara ini di laman Facebook Kelab Protes Barang Naik (Protes BN).


Caj prabayar: BN tidak peka nasib golongan bawahan | Print |
Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Tindakan syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM merupakan gambaran awal kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap rakyat.

Keyakinan itu ditegaskan oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) yang membantah caj tersebut dikenakan kerana ia tidak munasabah dan membebankan rakyat.

Menurut beliau, tindakan itu merupakan gambaran awal GST akan dilaksanakan sekiranya kerajaan BN menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sedangkan tambah beliau, telefon bimbit bukan menunjukkan kemewahan individu tetapi ia merupakan keperluan penting.

"Tindakan mengenakan caj enam peratus itu menunjukkan cara kerajaan hendak mencari duit, saya yakin bahawa kerajaan BN tidak mempunyai duit setelah subsidi minyak ditarik, maka rakyat juga yang dibebankan dengan caj prabayar," tegasnya.

Beliau mempersoalkan di manakah kewajarannya caj enam peratus untuk setiap pembelian kad tambah nilai sedangkan majoriti yang menggunakan prabayar golongan sederhana antaranya pelajar dan suri rumah tangga.

Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja memandang serius isu caj prabayar dan ternyata kerajaan tidak peka dengan nasib rakyat golongan sederhana dan bawahan yang majoriti menggunakan prabayar.

Dalam masa yang sama beliau mempertikai tindakan kerajaan BN yang memberikan dana khas kepada ahli Parlimen BN sebanyak RM2.5 juta.

"Jika dilihat tentang dana khas kepada Ahli Parlimen BN, tidak mustahil caj yang dikenakan terhadap rakyat merupakan tindakan kerajaan BN untuk mengutip duit bagi menghadapi pilihan raya," tegasnya.

Sehubungan itu beliau yang juga AJK PAS Pusat membantah sekeras-kerasnya tindakan telco yang mengenakan caj enam peratus terhadap rakyat.


Mengapa Malaysia guna pakai perlembagaan Reid | Print |
Harakahdaily

MIRI, 12 Sept: “Kalau benar Tanah Melayu tidak dijajah, sudah tentu kita tidak perlu kerajaan British merangka perlembagaan Tanah Melayu,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Katanya, sedangkan Suruhanjaya Reid yang merupakan sebuah suruhanjaya bebas berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya itu dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Ahli Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord William Reid (pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

“Sekarang kita hendak tanya kepada profesor Zainal Kling dan pimpinan Umno kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British buat apa perlembagaan tanah Melayu mesti dibincang di Parlimen British dan tidak diputus sendiri oleh kerajaan Tanah Melayu pada masa tersebut?” tanya Jofri dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kalau negara bebas daripada penjajah, sudah tentu merangka perlembagaan sendiri tanpa perlu campur tangan atau kelulusan dari negara luar.

“Mengapa Tanah Melayu dan Malaysia sekarang masih mengguna pakai perlembagaan Suruhanjaya Reid?

“Mengapa tidak dihapus sama sekali perlembagaan Reid dan kita rangka dan gunakan perlembagaan yang sesuai dengan adat resam dan budaya tanah Melayu/Malaysia sendiri atau sekarang kita rangka perlembagaan menurut syariah?” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.

Sedangkan, katanya semua ahli Suruhanjaya Reid dari negara luar, tidak ada yang dari kerajaan tempatan atau tanah Melayu.

“Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab dan difikir bersama kalau benar tanah Melayu tidak dijajah seharusnya kita sudah bebas menggunakan perlembagaan sendiri dan tidak bergantung dengan negara luar untuk merangka perlembagaan kita,” ujarnya.

Jadi, katanya pemimpin Umno kena bersedia untuk menerima kenyataan yang negara ini memang pernah dijajah oleh British dan yang berjuang melawan kerajaan sebelum merdeka memang pejuang kemerdekaan.


Royalti tak dibayar: Penulis buat laporan polis
Sep 11, 11 12:15pm
Kecewa dengan reaksi kerajaan yang gagal menyelesaikan masalah tuntutan royalti sekumpulan penulis yang karya mereka terpilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas), seorang daripada mereka membuat laporan polis.

Rohani DeramanRohani Deraman (kiri), penulis cerpen berjudul 'Warkah dari Ibu' (2001) dan novel 'Cempaka Putih Untukmu' (2001) membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Johor Bahru Selatan, semalam.

Dalam laporannya, Rohani mendakwa kedua-dua hasil karyanya itu yang dicetak dan digunakan sebagai teks Komsas tetapi tidak dibayar sebarang royalti.

“Tindakan ini saya anggap sebagai penganiyaan dan penipuan terhadap penulis sebagai individu yang menghasilkan karya berkenaan dan berhak mendapat royalti/honorium,” petik laporan itu.

“Kementerian Pelajaran sudah meletakkan syarat bahawa penerbit wajib mendapatkan surat izin daripada penulis asal sebelum menerbitkan cerpen/novel Komsas.

“Maka saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa penerbit mungkin mengemukakan dokumen palsu kepada kementerian pelajaran dan kerajaan, iaitu surat izin yang kononnya ditulis dan ditandatangani saya selaku penulis asal karya berkenaan,” petik laporan itu lagi.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinRohani berkata beliau juga tidak menolak kemungkinakan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu.

Pada September lalu, Rohani, antara lima penulis yang meluahkan rintihan mereka melalui sepucuk surat terbuka kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) selaku menteri pelajaran.

Namun masalah dan rintihan yang dikemukakan sejak 15 Ogos lalu terus tidak dilayan.

Selain Rohani, penulis lain adalah Amy Suzani Mohd Ainuddin atau nama penanya Natasya Puteri, Hazama Harun (Aida Shahira), Mohd Izan Abd Hazes (Mohd Faris Ikmal) dan Erda Roslan Khairi.



Tiada ulasan: