Khamis, 8 September 2011

KATA ALLAH JATUH ...JATUHLAH....KALAU TIDAK...TIDAKLAH....MANA BOLEH LAWAN KUASA ALLAH...CUMA YANG BERKUASA BERLAGAK SAKAN...DIAKHIRAT BARU TAU......

Bkt Kepong: Anak sedih pengorbanan bapa tak dihargai
Sep 7, 11 5:52pm

Anak konstabel polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu sebagai satu penghinaan terhadap perjuangan anggota polis yang terkorban dalam peristiwa berdarah pada tahun 1950 itu.

Bagi Azlas Jaafar, 62, anak Allahyarham Konstabel Jaafar Hassan, salah seorang anggota polis yang terkorban dalam kejadian itu, tindakan tersebut amat menyedihkan.

"Saya merasa amat sedih dengan dakwaan Mat Sabu itu, satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin kanan PAS itu," ketika kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Kampung Cendering di Kuala Terengganu hari ini.

"Kenyataan yang dikeluarkan itu cuba memutarbelitkan sejarah sehingga mengenepikan perjuangan anggota keselamatan sehingga ramai yang gugur ketika mempertahankan tanahair," katanya.

Azlas kini tinggal bersama ibu saudaranya Aminah Mohamad, 85, iaitu kakak kepada Konstabel Jaafar.

"Kalau komunis dikatakan pejuang sebenar untuk memerdekakan negara, jadi adakah anggota pasukan keselamatan itu pengkhianat?" katanya.

Sementara itu Ahmad menyelar sikap Mat Sabu yang dianggap sanggup memutarbelit fakta sejarah semata-mata kepentingan politik sempitnya.

"Janganlah memutar belit sejarah untuk mendapatkan sedikit laba politik dan saya merasa kecewa dengan dakwaan Mat Sabu itu yang merupakan satu kenyataan yang silap.

"Semasa peristiwa berdarah itu, ada anggota polis dibunuh kejam, dibakar hidup-hidup dalam usaha komunis untuk menegakkan sebuah negara komunis," katanya.

- Bernama

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Lagi Sedih Bapak Hang Pi Pertahankan Penjajah British, Jadi barua British! Harap harap bukan Bapak Hang la yg Melantak Arak Mabuk malam Tahun baru Cina.. Kah kah kah.
      Ahmad Faisal Mustofa · Pengulas Tertinggi · Phuket
      ko memang sesat
    • Peace All · Pengulas Tertinggi · UUM
      2 lah pasal aku pun xpaham.. siapa menentang siapa sebenarnya... dan siapa pembelot negara sebenarnya.. kalau berkerjasama dengan british... dianggap apa??? kalau bkerjasama dengan jepun??? di anggap pembelot.. siapa nak bebaskan siapa sebenarnya..?
    • Dee Valey · Pengulas Tertinggi · Kuala Krai
      Nabi Ibrahim memusnahkan patung yg di buat bapanya sendiri. Kenapa Nabi Ibrahim tdk terus menjaga dan mengekalkan patung-patung tersebut supaya satu masa masyarakat akan menobatkan bapaNya sbg wira??
  • Ore Kito · Pengulas Tertinggi
    "Kalau komunis dikatakan pejuang sebenar untuk memerdekakan negara, jadi adakah anggota pasukan keselamatan itu pengkhianat?".....erm anggota keselamatan pada tahun1950 tu bukan talibarut british ker? kan 31 ogos 1957 mesia dikatakan merdeka. ker mesia merdeka dulu baru patah balik perang bukit kepong?
  • Rosli Salem · Negeri di Atas Angin University
    harap masing-masing redha dgn ketentuan Ilahi dan realiti ketika zaman itu.. zaman tok janggut lagi sarjan polis bangsa melayu dibunuh kerana anti penjajah... adakah patut anak cucu sarjan itu juga tampil mengutuk tok janggut kerana membunuh atuk beliau, sedangkan atuk beliau mempertahankan pemerintah (british?)...
  • Jamhor Nawawi
    Hari, tahun dan peristiwa adalah sejarah. Masa tidak pernah membohongi manusia. British menguasai Malaya pada masa itu. Menentang British adalah kewajipan rakyat yang mahu hidup merdeka. Bekerja dengan British bererti berkerja dengan penjajah.
  • Mustafa Albakri · Kuala Lumpur, Malaysia
    semua dah kena tipu dengan umnporno
  • Salleh Ibrahim · Top Commenter
    Adakah bekerja dgn British dianggap pengorbanan? mungkin berkorban untuk Queen Elizabeth? sejarah perlu ditulis semula?
    • Ahmad Faisal Mustofa · Top Commenter · Phuket
      Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Tahun 1948
      "semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya."
    • Usman Sukaimi · Top Commenter
      habis tu apsal British stil ade kt Tanah Melayu? Siap tawar 25,000 ringgit(? Malaysia blum ade lg) utk tangkap Mat Indera. Mcm belum tamat je kuasanye
    • Ahmad Faisal Mustofa · Top Commenter · Phuket
      Ye laa.. komunis pon tunggu sampai tahun 1989 baru sedar british dah balik negeri diorg...
  • Raji Silver · Top Commenter · Works at I have my own bussiness
    ORANG MACAM HANG JADI PEMINTAH SEDEKAH DARI UMNO! UMNO BAGI BERAPA DUIT UNTUK HANG BERSUARA?

    KALAU BUKAN PASAL MAT SABU BAWA CERITA NI TAK DA LAH PUAK UMNO NAK PI CARI HAMPA UNTUK MINTA BERSUARA!

    TENGOK JANDA KAWAN BAPAK HANG PUAN SHARIFAH, DAPAT RM 1.800! PENCEN PUN TAK DA.ADA BAGI PINGAT?

    BARU BARU NI NAJIB UMUM NAK BAGI PINGAT DAN TAMBAH ELAUN PINGAT PADA ANGGOTA TENTERA JE! POLIS DAPAT TERUTAMA YANG BUKIT KEPEONG PUNYA! KALAU BETUL KERJAAN UMNO HARGAI JASA POLIS, ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN DI BUKIT KEPONG PUN BOLIH DAPAT PINGAT DENGAN ELAUN SEKALI!
  • Bakar Najib · SM Tun Perak Muar
    UMNO dah mula gelabah tembelang dia akan pecah. Cuba tanya kenapa UMNO tak diharamkan oleh British tapi semua parti atau persatuan yg memperjuangkan kemerdekaan diharamkan. Sapa boleh jawab aq bagi seposen.
    • Ahmad Faisal Mustofa · Top Commenter · Phuket
      Tak Perlu Jawab.. Yang Penting Dah 54 Tahun Kita Merdeka.. Sama2 Kita Jaga Negara Kita.. Bersyukurlah..
  • SolEenn Muar · Works at Micron semiconductor sdn bhd (m)
    kesiannnnnn azlas......terpesonggggg jauhhhhh.
  • Mat Cikaro · Top Commenter · Pemimpin diri sendiri at Usaha sendiri
    sapa suruh kerja dengan penjajah.... itulah dipanggil anjing penjajah.... sapa yang bekerja dengan penjajah dialah menyokong penjajah.... orang macam ni sepatutnya dibuang negara selepas negara merdeka.... fikir-fikirkan lah.....rakyat nak halau penjajah... depa kerja pulak dengan penjajah menghalang orang melayu yang lain dari menuntut kemerdekaan... pergilah duduk kat england ikut tuan ko....
  • Pak Tam · Top Commenter · Sekolah menengah kebangsaan seri sendayan
    Azlas...saya tumpang simpati, namun jgn lah salahkan bukan Bang Mat Sabu kerana beliau bercakap berdasarkan bukti. Yg putar belit fakta sejarah tu ialah penjajah British dan UMNO yg jadi pencacainya kerana survival & kepentingan politik. Kalau benar lah mereka pejuang, apakah bentuk penghargaan yg telah diberikan kpd mata-mata yg diarahkan mempertahankan rumah pasung Bkt Kepong samada mereka yg telah terkorban mahupun yg terselamat semasa peristiwa berlaku.
  • Ru H Az · ITM Shah Alam
    mungkin x terkena kepada bapa atau keluarga kita maka kita seronok mengatakan orang...samada mereka pro atau anti penjajah hanya orang2 pada masa itu yang tahu..hanya mereka sendiri tahu apa yg mereka perjuangkan...jgnlah kita terlalu seronok mengatakan apa saja tanpa memikirkan hati org lain...sama2 la kita sedekahkan Al fatihah pada yg telah terkorban..
  • Nur Hidayah
    Aku cadangkan hang mintak rekemen dari Mat Said supaya aruah ayah hang dapat pencen polis Britih kalau aruah tidak pernah dibayar pencen.
  • Datok Sagor · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Badawi
    Berkerja dengan Penjajah...apa nak dibangga kan...pergorbanan apa ..pergorbanan memdaulatkan British atau Inggeris..bukan memperjuangkan Ugama atau Negara...
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    Rm dah kata british penjajah komunis penganas....tp komunis lbh mudarat drp british...klu org melayu tdk bkerjasama dgn British lwn komunis maka dah lama malaysia jadi negara komUnis.islam bkn lg agama psekutuan.pas jg mgkin tiada kRn komunis tdk suka kpd pejuang islam.lihat di china pejuanG islam ditekan
  • Wak Karma · Top Commenter
    ATUKNYA BERKORBAN KE TERKORBAN?
  • Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMK
    Pengorbanan tanpa penghargaan jasa tidak dikenang apalah salah mereka diberikan ganjaran pencen atau tanah sebagai mengenang jasa mereka ini kita lupa pada mereka yang terkorban.

SPR: Mungkin silap penolong pendaftar
Sep 7, 11 3:00pm
Menjawab dakwaan DAP bahawa ada pengundi yang didaftarkan berdasarkan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan penolong pendaftar supaya berhati-hati sewaktu menjalankan tugas.

Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) berkata kesilapan tersebut kemungkinan kerana kesilapan pegawai tentera yang dilantik sebagai penolong pendaftar.

NONEBeliau mengulas dakwaan ketua Pemuda DAP Anthony Loke semalam bahawa sekurang-kurangnya 21 pengundi pos dikesan didaftarkan berdasarkan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera.

Berita Harian
hari ini melaporkan Wan Ahmad mengingatkan penolong pendaftar supaya "lebih serius dan berhati-hati" menyemak maklumat peribadi pemilih khususnya nama dan nombor kad pengenalan sebelum dikemukakan kepada SPR.

Katanya, kesilapan merekodkan maklumat peribadi pemilih akan memberi kesan tidak baik kepada suruhanjaya tersebut, yang sering menjadi sasaran kritikan pembangkang.

Penolong pendaftar dilantik oleh SPR untuk mendaftar pengundi baru disebabkan badan itu kekurangan tenaga kerja.

Wan Ahmad menegaskan, sebagai badan yang bertanggungjawab, SPR sentiasa mengingatkan penolong pendaftar, termasuk yang dilantik oleh Kementerian Pertahanan, untuk memperhalusi senarai nama pemilih baru termasuk pengundi pos.

Sambil mengakui bahawa daftar pemilih "tidak 100 peratus bersih", Wan Ahmad mengalu-alukan mana-mana parti politik membuat semakan kerana pihaknya tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.

"Kalau ada yang tidak kena dengan daftar pemilih, lapor kepada SPR dan kita akan pastikan 'pembersihan' akan dilakukan dengan segera," Wan Ahmad dipetik sebagai berkata.



MP syak wujud usaha jatuhkan MB S'gor
Sep 7, 11 4:03pm
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menimbulkan syak bahawa terdapat terdapat usaha yang dijalankan oleh badan agama Islam tertentu untuk "menjatuhkan" menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, kesangsiannya itu timbul ekoran satu "perjumpaan khas" yang didakwa telah diadakan berhubung tindakan menteri besar dalam menangani isu serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lalu.

generation 709 220711 khalid samad"Saya difahamkan satu perjumpaan khas telah diadakan di antara NGO-NGO Islam bersama JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan Dato (Mohd) Adzib (Isa) dari MAIS yang turut dihadiri wakil dari pejabat Peguam Negara.

"Mereka membincangkan memorandum yang ingin dihantar ke DYMM Sultan yang menyerang menteri besar berhubung isu Kristianisasi ini.

"Nampak gaya (perjumpaan itu) satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan MB," kata Khalid (kiri) dalam satu tulisan di blognya.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor juga berharap tiada anggota exco Selangor, terutamanya daripada PAS yang terlibat.

Tidak berlaku zaman Khir

Tiga orang pemimpin PAS yang menganggotai majlis kerajaan negeri ialah Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan), Iskandar Samad ( Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) serta Datuk Dr Hasan Ali (Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam).

Khalid yang sering berselisih pandangan dengan JAIS itu juga menyatakan rasa hairannya kerana perkara seperti itu tidak berlaku dalam pentadbiran menteri besar terdahulu -- Dr Mohd Khir Toyo.

NONE"Pada zaman Khir Toyo (kanan) apabila BN merompak negeri Selangor, semua diam. Sama ada MAIS, ataupun JAIS, termasuk Pejabat Peguam Negara mahupun pihak yang menggelar diri mereka mewakili istana.

"Tetapi di zaman MB yang berkebajikan, bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak MB," katanya lagi.

Tambahnya, Sultan juga jarang terlibat dalam hal pentadbiran, kecuali dalam program adat istiadat ketika pentadbiran BN sebelum ini.

"Sekarang, Baginda kerap diketengahkan, menegur dan membidas MB. Itulah perangai UMNO. Bila UMNO sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan," katanya lagi yang bimbang Sultan Selangor "diheret" ke kancah politik.

Kritik tangguh laporan periksa gereja

Dalam pada itu, Khalid turut mengkritik JAIS atas permohonan jabatan itu untuk menangguhkan penyerahan laporannya berhubung pemeriksaan ke atas DUMC untuk tempoh sebulan lagi.

NONE"Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme JAIS yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

"Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut.

"Majlis itu adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja," katanya lagi.

Khalid turut mengulangi bahawa JAIS menjalankan tindakan tersebut tanpa siasatan terperinci dan hanya berdasarkan laporan 'memurtadkan orang Islam' oleh pihak yang tidak dikenali.

"'Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal? Sama-sama kita tunggu laporan yang semestinya tinggi melangit kerana memakan masa berbulan-bulan untuk disediakan," katanya lagi.

  • Mentenet Kedek · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    pesal nk berlumba2 untuk jatuhkan sesorg yg korang anggap sbagai lemah n gagap..klu korg rasa dia lemah xyah korg duk sbok2 nk lingkupkan dia..bl2 pun dia leh jatuh..sah2 lah dia MB yg bersih dr sgala kekotoran yg korg penah buat time korg berkuasa dulu..sbb 2 korg blumba2 cm BABI hutan untk sondol mangsa smpi tersembam ktanah..
    • Noah Zig · International Islamic University Malaysia
      Modus operandi nak main isu murtad gunakan ngo sewa gereja untuk buat programyg di dalamnya ada peserta islam dan lepas itu buat serbuan kononnya berlaku kristianisasi terhadap penganut Islam. dengan cara ini boleh burukkan pas yang tidak jaga kebajikan org islam dan akhirnya membiarkan gereja damansara utama mengkristiankan org islam kononnya. JAIS, MAIS dan polis diperalatkan oleh UMNO keparat buat lakonan nak burukkan pr. syabas hang dah kantoi bila lambat buat laporan tapi buat serbuan sepantas kilat, polis pun beri kerjasama penuh w/pun pengarah jais dan exco agama tak tahu.
    • Mohd Hafizm · Waterian batch 2006-2008
      cakap biar ada bukti...saya bukan sokong UMNO pun tapi kes2 kristianisasi ni semakin banyak berlaku, saya banyak tak percaya pada Khalid Samad...apa2 maklumat dari dia tolong siasat betul2...sekian
    • Mentenet Kedek · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
      untuk apa nk siasat khalid samad..?? tengahari tadi NGO jingga13 g serah laporan kes siti al-wuzara yg menghina islam dan NABI MUHAMMAD juga kempen murtad pd org islam malaysia di JAKIM..apa jawapan JAKIM..?? JAKIM ckp diorg xda hak dlm isu al-wuzara ni..sedangkan SKMM boleh trima memo kami..knapa JAKIM x nak trima laporan 2..?? sedangkan bahagian penyelidikan JAKIM sdr mngeluarkan memo mngatakan "Bagi Islam, Perkara 18 tidak boleh diterima kerana telah mencabuli hak asasi umat
      Islam dalam beragama. Islam menetapkan tujuan (maqsad) syariah yang pertama
      iaitu memelihara agama. Sekiranya umat Islam dibenarkan keluar dan masuk agama
      sesuka hati, ini bermakna hak umat Islam untuk memelihara agamanya telah
      dicabuli. Hukum Islam juga menetapkan bahawa keluar agama atau murtad
      ...Lihat seterusnya..
  • Azhar Salim · Bekerja di Fiberail Sdn Bhd
    kepada Allah sajalah kita berserah.Mudah2an di beri petunjuk kepada hamba2 yang terpilih.Mudah2an...
    • Juan Montoya · Pengulas Tertinggi · Teluk Anson, Perak, Malaysia
      semoga MB dpat mematah kan cubaan jahat mereka...., dan sngat2 di hrapkan tiada mane2 pmimpin2 PR trlibat dlam konspirasi ini
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Org2 yg x percaya pd agama (dlm bahasa kasar) atau org2 yg lemah imannya (bahasa lembut) mcm ni lah. Status sseorg itu walaupun berjawatan dlm agama, tapi perangainya tetap kesyaitanan klau x disertakan dgn iman. Ingatlah wahai org2 yg pegang jawatan dlm bidang agama, klau sekiranya laknat Allah keatas org biasa disbbkan kejahatannya, maka laknat Allah adalah berkali2 ganda dari itu lagi keatas org2 sperti km! Jgn jadi bodohla hanya krn sdikit imbuhan atau pun pangkat! Klau km masih percaya pd ayat2 Allah, ingatlah Allah berfirman, "Dan mereka merancang (dgn tipu helah), dan Allah juga merancang. Dan Allah itu adalah sebaik2 perancang"- Al-Quran.
  • Ibrahim Tompang · Pengulas Tertinggi
    Khalid gagap tk payah dijatuhkan pun akan jatuh pada PRU 13 ni... percaya laa...namanya utk calun wakil rakyat pun tak der...atas platform apa dia nak jadi calon? khalid adalaa MB pertama yang tak ada jawatan dalam parti...azmin ali, lebih berkelayakan dalam selangor darinya...
  • Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
    Ada org tergiler2 nak jawtan MB...tuu...
  • Othman Johor · Pengulas Tertinggi · Pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia
    Zaman UMNO duit zakat digunakan untuk main golf. Isu ini terus diam tidak terjawab hingga hari ini....
  • Zakky Paimin · Top Commenter · Comittee Youth Representative at Masjid Al-Makmuriah
    Kerajaan BN wat pertemuan dgn badan badan Islam, knp badan badan bukan Islam senyap je? dan knp BN leh gunakan NGO Islam untuk politik? apa pendapat anda?
  • Kilok Lampas Gen · Top Commenter · SMK TAMAN MALURI
    kalau agenda AGAMA di bawa ke Politik begini la jadi nya.. cara2 untuk meraih undi dan menjatuhkan parti.. PRU 13 dah dekat oi.... sedar la..
  • Jp Joe Pg · Top Commenter · Friends with Maba Budu
    kalulah pr(pas khasnya) boleh belajar kat ktan camna depa menangani masalah dengan pihak istana...
  • Ridzuan Mohd Haluwi · Sekolah Menengah Seri Bahagia
    tak payah komen lebih bab agama ni agak sukar nak diselesaikan...tak tahu betul atau tidak, lebih diam..dari dapat dosa tak pasal2.....sama ada ada niat jahat atau tidak tak siapa tahu kecuali Allah..doa mohon Allah tunjukan kebenaran dalah terbaik..dari duk membuat andaian tak menentu arah
    • Kerapu Batik · Sekolah Tinggi Bumbung Atap
      En.Ibrahim Tompang....kasar bunyinyer tu....untung2 kau dapat air "free" bapak dan omak ekou dapat duit hasil negeri dan kau nie nompang di Selangor plak tu...nengok ajer x pikir2
  • Mohd Yusof Abdul Aziz · Top Commenter · Universiti Malaya
    Tak perlu ada jawatan dlm parti untuk bertanding. Yang perlu seseorang yg hendak bertanding di bawah tikit sesuatu parti, beliau perlu ahli parti tersebut. Kalau Khalid tak dicalonkan dlm pru 13, apa masalahnya. Yg penting mb itu drpd pr bukan drpd umno kerana kita dah serik dgn umno telah lama merompak negeri selangor.

    Kedua, kalau Anwar ada buat salah membantu kroni secara menyalahi undang, dah lama beliau kena dakwa dimahkamah. Sedang takde salahpun boleh didakwa dan dipenjarakan, apatah lagi kalau bersalah. Nak baca sedikit mengenai perjlnan kes Anwar dlm tahun 1998 baca buku ini: "Anwar On Trial. In the face of Injustice" oleh Pawancheek Marican, seorang pakar undang2.
    Jangan baca Utusan Malaysia sahaja.
  • Feekey Kelate · Top Commenter · UITM
    MAIS n JAIS ti islam palsu..gn nama islam nk jatuhkan seseorg..umno punye org ape peduli janji dpt rampas kuasa mcm perak..nie la yg buatkan perpecahan islam makin hancur kt malaysia..xde rahmat dari ALLAH S.W.T coz permainkan agama islam..tggu je la bala dr ALLAH S.W.T..contoh terdekat..org islam murtad mcm xde apa2 kesan pd pemerintah..xde satu pn hukuman keras dr pemerintah..sekadar kutuk pihak lain yg jd punca ..xkira la apa pn..kalu mereka tu org islam..WAJIB kepada pemerintah kena jalankan hukum ALLAH S.W.T utk paksa org murtad kembali kepada islam.. yg nie xnampak langsung ade usaha dr pihak pemerintah.. sapa yg sokong pemerintah mcm nie..li pikir la sendiri.. sume ada akal
  • Hakeem Ismail Al-Masry · Top Commenter
    "Pada zaman Khir Toyo apabila BN merompak negeri Selangor, semua diam. Sama ada MAIS, ataupun JAIS, termasuk Pejabat Peguam Negara mahupun pihak yang menggelar diri mereka mewakili istana.

    "Tetapi di zaman MB yang berkebajikan, bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak MB," katanya lagi.

    Kalau betullah cmni cara kotor yg digunakan..moga2 Allah lindungi dan menyedarkan mereka dari niat busuk.
  • Khairul Azhar Al-Khanaeni · Top Commenter · Operator Pengeluaran at KILANG
    khalid samad kata "Tetapi di zaman MB yang berkebajikan, bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak MB," katanya lagi.

    maksudnya ade perubahan la tu.. MAIS dh xsnyp lg mcm dulu2. keh3.. mrh plak khalid samad bila MAIS buat kerja..
  • Mohd Irwan · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    JAIS dgn MAIS sila nafikan dgn segera.Cepat sebelum terlambat. Haha
  • Ahmad Saiful Auctiva · Top Commenter · Politeknik port dickson
    JAIS = Jabatan Angkara Iblis Syaitan.
  • Hj Masran Haron · Top Commenter · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
    Pakatan Rakyat (PR) satu gabungan parti yg mempunyai matlamat utk jtuhkan UMNO (BN),,, dan sebuah pakatan yg telus, bebas dri segala kekotoran,, pembahagian "bangku" yg adil, kesepakatan, dan yg penting "tak Tikam dri Belakang",, jdi klu ada yg nk jtuhkan YAB Tan Seri Khalid maka segala apa yg di canangkan selama ini bohong je,, xkan nk salahkan UMNO,,, jdi kesimpulanya pakatan rakyat sendiri lah yg nk jtuhkan org pakatan sendiri.
    • Addonara Fayyadh
      hj masran pernah dgr tak pepatah melayu ckp baling batu sembunyi tangan....kalau pernah dgr baguslah n pahamkan lah pepatah melayu tu.....dlm hal nie bukan salah kan umno tapi umno patut berasa bersalah kerna org tak mau depa dah ,tapi ttp kata org nak depa lagi...
    • Hj Masran Haron · Top Commenter · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
      btuk ke org dh xsuka umno??,, dlm pru12 dan prk banyak yg dimenangi olh umno,, dikedah pun pr xdpt majuriti 2/3,,, jgn baling batu klu xtau sapa nk dibaling,, takut kena kepala sendiri,,,
  • Pena Beracun
    ingatlah perjuangan kita kerana Allah , dan aku mohon, jika mereka khianat perjuangan ini moga Allah beri hidayah dan kekuatan kepada agar kembali ke jalan benar atau pun Allah jatuhkan mereka dan digantikan dengan pemimpin yang lebih baik.
  • Abdul Rahman Mokhtar · Top Commenter · Uitm
    Tak pe. kalau nak jatuhkan Khalid, asal yg naik nanti PR, kan begitu? Kualiti tetap bagus. Selangor Bagus.
  • M Ganeson Munu · Top Commenter
    tak de yang nak jatuhkan rasuah ke?
  • Hanif Harun · Top Commenter
    Jais ? Mais ? .. itu kena audit dulu .. sebelum nak audit orang lain
  • Romeo Alpha · Top Commenter · Hero at Real Life Superheroes
    Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Mohd Said Yusof pula menyatakan bahawa JAKIM gagal melaksanakan tugasnya dalam menyelesaikan masalah murtad, gejala sosial, mat rempit dan syariat Islam.

    ‘‘Mana perginya JAKIM? Mereka (para pegawai) sepatutnya melakukan sesuatu kepada golongan tersebut seperti beri ajaran agama,” tegasnya.

    Mohd. Said turut mengkritik guru agama atau ustaz UMNO yang menuntut bayaran tinggi untuk memberi ceramah agama sedangkan ia sepatutnya diberi secara sukarela atas nama mengembangkan agama Islam.

    ‘‘Nampaknya ustaz kita ni dah jadi macam Siti Nurhaliza, (yang) harus dibayar ribuan ringgit untuk mendapatkan perkhidmatan yang murni iaitu menyebarkan pengetahuan agama.

    ‘‘Inilah masalah yang ada pada JAKIM dan badan-badan di bawahnya. Jutaan ringgit diperuntukkan, namun apa kerja mereka buat?'' katanya sambil menambah para pegawai JAKIM dapat membantu mengatasi masalah murtad dan sosial yang dihadapi negara.

    Menurut Mohd. Said, ustaz UMNO dan pegawai JAKIM sepatutnya mendekati golongan yang terlibat dengan gejala murtad dan perlakuan tidak bermoral.

    ‘‘Bawa mereka balik ke pangkal jalan. Pergilah ke kampung, dekati kaum Orang Asli, bawa syariat agama Islam kepada mereka. Itu peranan JAKIM dan agensi di bawahnya. Janganlah apabila dibayar baru nak datang... nampaknya agama kini telah dijual beli,” ujarnya.
  • Mohd Noor Ismail
    aku rasa tukar namalah ibrahim tompang kepead ibrahim but dan ibrahim pekak atau ibrhim bisu, yang takpeka pada pembangunan sosial , ekonomi negeri selangor selam ini.kalau kau nak tahu Inilah prinsip Pakatan Rakyat yang mementingkan leayakan pimpinan, pentadbiran untuk memimpin kerajaan yang baik dan sempurna masa kini.
  • Adzam Sahlan · University of Malaya
    Saya setuju sangat dengan MAIS, kerana sultan kan berdaulat, ketua ugama negeri. Ampun Tuanku beribu ampun. Patik pacal yang hina minta diampun. Sultan perlu disanjung, tak pernah buat buat dosa, tak mabuk dan tak aki perempuan, Hormatilah sultan. Ampun Tuanku.
  • Adnan Yasin · Top Commenter · SMK Seri Sendayan
    MAASALAHNYA RAJA NI PENASIHATNYA ORANG UMNO, MACAM KESULTANAN MELAKA DULU, RUNTUH KERANA PENASIHAT YANG TAK BETUL.SIRAJA PUN SATU PAKAT ANGGUK AJA MACAM TAK BOLIH BERFIKIR.
  • Jack Petgc · Top Commenter · Jakarta, Indonesia
    pkr ni baru sepenggal ada kuasa dah kalangkabut.......masing2 nak pulun harta. masa belum dapat dulu kata....kami yang terbaik , kami sepakat..kami tiada batas kaum...kami samarata....hakikatnya.....sekarang dah nak terlungkup....itu pun masih tak sedar diri lagi, masih dengan tabiat lamanya..maki hamun orang....orang lain semua salah , dia je yang betul.
  • Zakri Nyan · Top Commenter · UKM
    Lama betul, kalu amik ijazah boleh siap satu tesis...mungkin hasil siasatan JAIS nanti 1500 helaian.
  • Yahaya Rahman · Top Commenter · UKM 1983 - 1986
    JAIS tak reti nak buat lapuran.....sebelum ini mana ada lapuran lapuran...semuanya orang lain buat...jais hanya goyang tangan aje...dan terima arahan.....
  • Kamarul Yusof · Top Commenter · Ceo,pngurus,krani dan kuli at Janji halal sdn bhd
    jais main politik, orang islam tak terjaga, sosial mkin teruk, anak haram berlambak, ni lah padahnya
  • Sakrani Ahmad · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
    JAWAB DI MAHKAMAH AKHIRAT KELAK KALAU TAK SEMPAT DI ISTANA KEADILAN DUNIA.

Tiada ulasan: