Selasa, 13 September 2011

PEMBODEK2 BIASA CARI KEUNTUNGAN DUNIA SEMATA2...SANGGUP GADAI MARUAH..ILMU..HINGGA GADAI IMAN DAN AKIDAH..NI DAH TERUK...DAN JELAS BODOH AGAMA...

Facebook Harakahdaily lebih 200,000 peminat | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Facebook organ parti PAS, Harakahdaily telah melebihi 200,000 peminat.

Sehingga berita ini ditulis, jumlah semasa peminat Harakahdaily adalah 200,350.

Ini adalah peningkatan sebanyak 400 peratus, daripada 40,000 peminat pada bulan September 2010.

Mengikut statistik terbaru Facebook, secara purata terdapat 142,000 peminat yang aktif seminggu melayari Facebook Harakahdaily.

Dalam pada itu, peminat Harakahdaily membuat hampir 20,000 komen dengan purata 100,000 unique klik dari Facebook kepada berita-berita yang disiarkan.

Dengan pencapaian ini, Harakahdaily menjadi laman web alternatif yang mempunyai peminat paling ramai dengan (200,342) berbanding Malaysiakini English (51,874), Malaysiakini BM (73,228), The Malaysian Insider (14,379), Free Malaysia Today (15,454), Keadilan Daily (4,689) dan MerdekaReview BM (5,631).

Jika pula dibandingkan dengan media perdana, jumlah peminat Harakahdaily masih ketinggalan berbanding Utusan Malaysia (218,728), Harian Metro (312,457) dan Berita Harian (437,457). Namun, Harakahdaily mengatasi Sinar Harian (89,519) dan Star (40,028).

Kepada para peminat yang masih belum menyertai Facebook Harakahdaily, bolehlah mengunjungi laman di: https://www.facebook.com/harakahdaily


PAS pantau janji isentif pekebun Risda | Print |
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR,13 Sept: PAS akan membuat pemantauan bagi memastikan pekebun kecil mendapat insentif untuk projek tanaman semula getah di bawah Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, PAS menyambut baik pengumuman kerajaan untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM121 juta kepada Risda bagi menampung kos penanaman semula getah di seluruh negara bermula tahun depan.

Namun katanya, pemantauan harus dibuat bagi memastikan peruntukan itu sampai kepada pekebun kecil yang memerlukan.

"Saya mengalu-alukan pengumuman Risda akan dapat peruntukan RM121 juta sebab apa yang berlaku sebelum ini, peruntukan untuk duit tanam semula itu tidak mencukupi.

"PAS akan memantau untuk memastikan pekebun kecil yang dalam proses untuk tanam semula mendapat insentif yang sepatutnya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam, Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta pekebun kecil khususnya yang kurang berkemampuan merebut peluang untuk memohon projek penanaman semula getah di ladang mereka.

Mazlan yang juga Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat juga berkata, peruntukan itu juga diharapkan dapat menangani masalah kelewatan pembayaran insentif sebelum ini.

"Pihak kami telah mengadakan pertemuan dengan pihak Risda sebelum ini dan mereka mengaku kelambatan pembayaran insentif kepada pekebun disebabkan peruntukan yang diberikan kerajaan tidak mencukupi.

"Jadi dengan pengumuman itu saya fikir masalah kelewatan dan juga kegagalan untuk mendapatkan wang tanam semula getah ini tidak berbangkit lagi," katanya.

Selain itu, beliau juga menggesa Risda turut membayar insentif pekebun kecil yang tidak dapat dibayar sebelum ini, bukan hanya membuat pembayaran untuk tahun hadapan sahaja.

"Peruntukan ini untuk tahun 2012 sahaja jadi kita minta pekebun yang tak dapat insentif pada tahun 2011 dibayar juga. Mana boleh kerajaan bayar untuk tahun 2012 tapi tak bayar yang lepas-lepas.

"Kalau hanya bayar untuk tahun 2012 nampak sangat ianya untuk menghadapi pilihan raya," katanya


Banjir Batu 8 Gombak akan diatasi segera
Khaulah Azwar

GOMBAK, 13 Sept: Masalah banjir yang berlaku di Batu 8, Gombak utara akan diambil tindakan segera ekoran mesyuarat khas bersama Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selasa depan.

Ia akan diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali selepas selesai menguruskan pengebumian jenazah salah seorang penduduk Gombak, Allahyarhum Osman Awang, 90 tahun akibat diserang sakit jantung.

“Saya difahamkan oleh petugas khas PKM DUN Gombak Setia, Mohd Nor Husin dan Ketua Zon 9 Gombak Zulkifli Ibrahim ketika mereka membuat lawatan ke kawasan tersebut memaklumkan bahawa masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan berpunca daripada projek pembersihan aliran air sungai Gombak yang dikendalikan semasa pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO/BN). Projek tersebut tergendala walaupun pampasan telah diberikan oleh beberapa penduduk disini," katanya.

Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini, satu mesyuarat khas dengan semua jabatan yang terlibat bagi mengatasi isu banjir akan diadakan dengan segera.

“Kita harap semua jabatan dapat memberi kerjasama dengan menyediakan laporan daripada setiap jabatan," kata Hasan kepada media selepas menyerahkan Sumbangan Khairat Kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa pertama RM1000 kepada keluarga waris arwah Allahyarhum Osman Awang di Tanah Perkuburan Batu 8, Gombak kelmarin.

Sementara itu, Petugas Khas PKM DUN Gombak Setia, Mohd Nor Husin pula berkata, Projek pembersihan aliran air sungai Gombak tergendala sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah lagi.

Berbagai aduan diberikan oleh penduduk kepada Adun terdahulu namun tiada tindakan drastik diambil walaupun terdapat nyawa penduduk terkorban apabila musim hujan.

“Kita difahamkan oleh beberapa penduduk, kerajaan terdahulu telah memberi pampasan kepada beberapa penduduk disini tetapi projek yang menelan lebih RM100 Juta terbengkalai tanpa diambil tindakan oleh kerajaan terdahulu.

“Kita benar-benar rasa kesal dengan kerja yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu tanpa memberi hasil yang baik kepadan rakyat," katanya.

Akibat kerja yang dilakukan sekerat jalan menyebabkan kebanyakkan penduduk disini terpaksa membina rumah mereka dengan tinggi atau membuat tembok bagi mengelak berlakunya banjir.

"Oleh yang demikian saya harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera demi menjaga keselamatan penduduk," kata Mohd Nor Husin.


Ada profesor ‘juling sejarah’ – pensyarah | Print |
M Faqih

KOTA BHARU, 13 Sept: Kenyataan Majlis Profesor Negara kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi British disifatkan tokoh sejarah dari Universiti Malaya sebagai ‘juling sejarah’.

“Bukan sejarahwan sebenarnya kalau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya tidak faham mengapa boleh berlaku begitu,” kata Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar (gambar).

Menurutnya sejarah kalau tidak dinilai semula hanya akan diboloti pihak-pihak tertentu sahaja.

”Saya masih ingat kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail meminta dinilai golongan kiri yang turut berjuang menuntut kemerdekaan,” katanya pada forum rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi.

Forum berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga bertindak sebagai panelis pada forum tersebut.

Sebelum itu perasmian dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Zainal Kling menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi Inggeris.

Pandangan itu ditolak pelbagai pihak sehingga menjejaskan kewibawaan Majlis Profesor Negara yang baru ditubuh kerajaan.

Dr Mohamad berpengalaman selama 21 tahun sebagai profesor sejarah di UM berkata, tujuan mengkaji sejarah mempunyai dua makna iaitu untuk mengetahui peritiwa yang berlaku.

Dan keduanya menceduk pengetahuan tentang peristiwa tersebut.

Kata beliau sejarah hanya sahih sehingga ada penemuan bahan-bahan baru. Ini bermakna sejarah boleh berubah.

”Sebagai contoh sejarah Tembok Besar China diberi versi baru sekarang apabila ada kajian menyebut ribuan rakyat terkorban semasa membina tembok tersebut.

”Ini bermakna Tembok Besar China sedang ’bertutur’ dengan penderitaan rakyat,” ujarnya.

Oleh itu beliau membuat tanggapan Mohamad Sabu muncul sebagai penilai sejarah baru, bila mana sebelum ini kita hanya melihat melalui satu teropong sahaja.

Sebab itulah kata beliau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan sejarah yang diajar di sekolah ada yang tidak betul.

”Permulaan isu ada penjernihan akhirnya. Kebatilan pasti luput apabila timbul kebenaran. Dan kebenaran sekarang mulai muncul sedikit demi sedikit,” ujarnya.

Beliau menyimpulkan sejarah merupakan sesuatu catatan tentang perkara yang lojik dan masuk akal.

Sementara itu, orang ramai yang hadir pada forum berkenaan dikejutkan dengan kejadian beberapa kenderaan disembur cat hijau oleh pihak tertentu.

Mohd Nasir Ismail, 45 dari Pasir Mas berkata, keretanya jenis Ulser Toyota yang di parkir berhampiran Gelanggang Seni disembur cat hijau.

Katanya, banyak lagi kenderaan milik orang lain yang diletak di situ menerima nasib yang sama.

”Ketika saya datang ke tempat kereta semasa hendak pulang saya lihat ada anggota polis di kawasan berhampiran, namun dia tidak menanyakan apa yang berlaku.

”Saya yakin pihak yang melakukan perbuatan khianat itu berani kerana kemungkinan besar mereka dilindungi kuasa politik.

”Kita boleh lihat sendiri apabila kes aktivis Gerakan Bertindak Kembali Royalti Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali yang ditampar veteran Umno beberapa bulan lalu tidak diambil sebarang tindakan biar pun laporan polis sudah dibuat,” ujarnya.

Turut menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut kereta milik seorang wartawan tempatan. Difahamkan beliau sudah membuat laporan polis pagi ini.


Najib dituntut laksanakan 5 perkara sebelum PRU 13 | Print |
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan 5 perkara sebelum membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Pakatan Rakyat dalam tuntutannya menegaskan, lima perkara yang dituntut itu adalah tuntutan iringan kepada 8 tuntutan Bersih yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan BN bagi reformasi pilihanraya di tanah air.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, tuntutan pertama dari lima tuntutan itu berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN pimpinan Najib agar melaksanakan 8 tuntutan Bersih.

Menurut beliau, tuntutan kedua berupa desakan agar Kerajaan BN menetapkan tarikh pilihanraya dengan persetujuan atau muafakat bersama dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh parti Demokratik Liberal dan Konservetif di United Kingdom (UK).

"Tuntutan ketiga, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan mestilah diberikan ruang yang selesa ke arah reformasi pilihanraya di negara ini," katanya pada sidang media bersama beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Manakala tuntutan keempat, menurut beliau, agenda isu kerakyatan terhadap warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN mestilah dihentikan dengan desakan terhadap Kerajaan BN agar menyediakan satu terma rujukan mengenainya.

Katanya, tuntutan kelima pula berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN agar menunaikan segala cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi melakukan reformasi pilihanraya di negara ini.

"Persidangan Parlimen bagi sessi pembentangan Belanjawan 2012 akan berlangsung pada 3 Oktober ini. Sempena persidangan Parlimen yang bermula 3 Oktober inilah nanti Jawatankuasa Pemilihan Parlimen akan ditubuhkan oleh Perdana Menteri," katanya.

Penubuhan jawatankuasa itu, tegas beliau, berikutan desakan Pakatan Rakyat kepada Perdana Menteri agar mengadakan persidangan Parlimen tergempar menerusi surat yang dihantar dan diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di bangunan Parlimen pada 8 Ogos lalu.

Surat tersebut telah diserahkan oleh Nazri kepada Najib beberapa hari kemudian dan seminggu selepas penyerahan surat itu, Najib telah mengumumkan keputusannya untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut.

"Kami dari Pakatan Rakyat ingin menegaskan, Pakatan Rakyat bersedia memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan itu, dengan syarat Perdana Menteri mestilah berjanji untuk memberikan jaminan untuk melaksanakan reformasi pilihanraya sebelum Parlimen dibubarkan untuk mengadakan PRU Ke-13," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, untuk melaksanakan 5 tuntutan itu bukanlah perkara yang sukar sekiranya Kerajaan BN benar-benar ingin melakukan reformasikan pilihanraya di negara ini kerana salah satu dari tuntutan itu telah termasuk dalam 8 tuntutan Bersih.

"8 tuntutan Bersih itu pula sebenarnya sudah boleh dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum Jawatankuasa Pemilihan Parlimen ditubuhkan.

"Khidmat kami kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen itu adalah untuk kepentingan negara, tetapi mestilah ada jaminan daripada Perdana Menteri untuk melaksanakan tuntutan itu sebelum persidangan Parlimen 3 Oktober ini," ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Antony Loke (Rasah) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).


Cukai prabayar: PAS gesa hapus bukan tangguh | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu cukai enam peratus kad prabayar bukan ditangguhkan tetapi dimansuhkan terus.

Ketuanya Nasruddin Hassan berkata, ianya demi kepentingan rakyat khasnya warga muda negara yang sedah sedia terbeban dengan pelbagai peningkatan kos hidup.

"Jika sistem cukai ini diteruskan, golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah yang terpaksa mengikat perut menghadapi kos sara hidup yang makin tinggi, berbanding pihak kerajaan yang terus mengaut hasil cukai atas keperitan rakyat.

"Kita juga berpendapat, impak langsung cukai ini kepada golongan pengguna adalah sama dengan impak cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan semalam melalui Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.

Penangguhan itu katanya sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita menggesa pihak kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab memperkenal dan mengutip hasil cukai ini agar tidak mengambil kesempatan untuk mengaut laba daripada penggunaan telekomunikasi yang tidak anjal (inelastic demand) dan mengharapkan cukai perkhidmatan 6% ini terus dimansuhkan sebagai tanda prihatin kepada generasi muda di dalam Bajet 2012 yang akan diumumkan pada Oktober ini," katanya lagi.

Mengulas lanjut perkara itu, Nasruddin berkata jika pihak kerajaan sekarang tidak mampu melaksanakan, Dewan Pemuda begitu yakin pihak kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya jika diberi mandat oleh rakyat bersesuaian dengan agenda Membangun Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS.

PAS dalam responya semalam mendakwa penangguhan itu hanya bersifat sementara bagi meredakan kemarahan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Cukai itu juga menurut PAS, bukan baru malah telah dimasukkan dalam pembentangan bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Oktober tahun lalu


'Serang' saya untuk tutup kepincangan p'raya | Print |
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 13 Sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin ‘serangan’ terhadapnya yang dimainkan media arus perdana berhubung pejuang kemerdekaan dan Mat Indera ditimbulkan bagi menutup isu kepincangan demokrasi dan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Isu ‘serangan’ terhadap saya kerana mereka nak lari daripada isu-isu pilihan raya terutama tentang (lapan perkara) Tuntutan Bersih 2.0 dan Daftar Pemilih yang begitu kotor.

“Oleh kerana nak lari daripada isu-isu itu dan gagal memulihkan demokrasi serta mengatasi kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka timbulkan isu ini (serangan terhadap kenyataan saya).

“Ini yang mereka nak ‘lari’, sedangkan perkara ini sedang diperhatikan dunia kini,” dakwa Mohamad Sabu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini semalam.

Forum anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai ahli akademik dan pakar sejarah dari Universiti Malaya, Prof Dato’ Dr Mohamad Abu Bakar.

Turut hadir Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu Dato Wan Abdul Rahim Abdullah, anggota Exco, Abdul Fattah Mahmod dan Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim.

Forum yang dibanjiri ribuan penonton itu dipengerusikan mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh Haji Soberi Shafei.

Golongan pembodek

Sementara itu, mengulas kenyataan pihak tertentu bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, Mat Sabu mendakwa golongan itu merupakan golongan terlalu hendak membodek pemimpin mereka.

“Bodek punya bodek, mereka itu sampai terbabas, sampai menjadi bahan ketawa sekarang,” katanya.

Dalam hubungan ini, Mat Sabu mendakwa sekiranya rakyat di negara ini menerima pandangan golongan itu, maka ertinya rakyat tidak perlu menyambut kemerdekaan 31 Ogos dan tidak perlu pula menyambutnya pada 16 September.

Dalam pada itu Prof Dr Mohamad ketika dirujuk pandangannya berkata seharusnya orang akademik yang semakin berkedudukan jauh lebih baik sekarang dalam hubungan dengan orang politik mempengaruhi orang politik tertentu supaya isu mengenai penulisan semula sejarah Malaysia ‘yang dipercayai diselewengkan fakta’ itu dilaksanakan.

Menurutnya, sebelum pilihan raya keua belas yang lalu orang akademik banyak tunduk kepada orang politik, tetapi kini ternyata orang akademik dan dari pusat pengajian tinggi semakin menjadi rujukan.

“Inilah peluang dan masanya untuk mereka pula mempengaruhi keadaan menerusi perhubungan mereka dengan orang politik (golongan pemimpin).

“Dulu menteri-menteri tak jumpa kita orang semua ini. Tetapi sekarang semakin ramai, ada pula diskusi, ada Majlis Profesor dan sebagainya.

“Ini menunjukkan mereka ini sama ada merasai kebimbangan terhadap kedudukan diri mereka dan kedudukan politik mereka, semakin didampingi orang politik dan itu bagus.

“Jadi, di sinilah kita dapat salurkan kebenaran,” katanya.

Tiada ulasan: