CIAN....CAKAP PEMIMPIN BERAPI...MENYOKONG..MENYANJUNG...DAN PELBAGAI2....WANG PENCEN PUN TAK BAGI...KALAU DINEGERA LAIN...MENTERI TERLIBAT LETAK JAWATAN...SINI...ALLAH SAJA TAHU KERJANYA...BENAR ATAU BATIL....TAK YAH DATUK2LAH....BUKAN BOLEH BANTU MASUK SYURGA...MEGAH2 ADALAH...BERAPA KERAT YANG MERENDAH DIRI ALLAH SAJA TAHU....PATUT KITA REBUT TAKWA...FIKIR2 LOK2...DIBANJIRI PENDATANG ASING TIMBUL BANYAK MASALAH KEMUDIAN HARI...PENDUDUK YG ADA PUN BANYAK MASALAH...YANG BAWA MASUK DAH MATI...ANAK CUCU...CICIT YANG TANGGUNG...SEKEJAP AJE ALLAH MUSNAHKAN KILANG BERI KERUGIAN...PEKERJA HILANG PEKERJAAN...MAKA TAATLAH PADA ALLAH SWT....
Balu polis mohon pencen suami
|
|
ALOR SETAR - Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.
Sharifah Aminah yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.
"Selepas kematian suami, saya hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu sudah tidak dapat apa-apa duit. Duit pencen pun tidak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Katanya, selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, Johor sebelum berhijrah ke Johor Bahru dan kemudiannya ditukarkan ke Bukit Kepong.
"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan ketika itu sangat menakutkan. Selepas pukul 6 petang, kami kena tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Hendak ambil air daripada telaga pun tidak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.
"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," katanya.
Bayar RM50,000 dapat gelaran Datuk
|
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan mendakwa khuatir ditipu pihak tidak bertanggungjawab apabila diminta membayar sejumlah RM50,000 bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka tidak lama lagi.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, itu mendakwa dia didatangi oleh individu berkenaan ketika dia dan beberapa rakannya mempunyai urusan perniagaan di Alor Gajah, Melaka tengah hari kelmarin.
Katanya, dalam pertemuan tersebut, individu tersebut memberi jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan gelaran Datuk menjelang istiadat yang akan diadakan di negeri itu pada 20 Oktober depan.
Menurutnya, lelaki tersebut memberitahu lokasi istiadat pengurniaan darjah gelaran Datuk itu masih belum ditentukan sama ada akan diadakan di hotel atau resort.
Bagi tujuan itu dakwanya lagi, kesemua mereka dikehendaki membayar 10 peratus daripada RM50,000 seorang manakala bakinya perlu diselesaikan segera dalam tempoh berperingkat sebelum istiadat berkenaan diadakan.
"Pada mulanya, hati saya berbelah-bahagi namun apabila kesemua rakan bersetuju, mahu tidak mahu saya pun membayar RM5,000 kepada individu tersebut," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
2.3 juta pekerja asing daftar 6P
PUTRAJAYA - Seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lepas.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, jumlah itu meliputi 1,016,908 pekerja asing sah dan 1,303,126 PATI.
"Ini menunjukkan satu jumlah yang begitu besar. Jumlah ini tidak termasuk yang enggan mendaftarkan diri, pembantu rumah dan pelarian di Sabah dan Sarawak.
"Kalau kita tidak ambil tindakan, kita tidak lalui proses 6P, maka masalah ini akan lebih berat pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Natasha punca rakan disimbah asid
KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”
Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.
Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.
“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.
“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.
Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.
Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas.
Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya.
“Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka,” ujarnya lagi.
Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.
“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.
Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu.
Jelasnya, dia tidak mengalami kecacatan kekal atau serius kerana penyerang tersebut tidak
Mayat terbakar di tepi loji kumbahan
AMPANG JAYA – Penduduk di kawasan Lembah Jaya di sini gempar apabila menemui mayat seorang remaja perempuan yang rentung hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan sebuah flat semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat yang pada mulanya disangka anak patung itu ditemui pada pukul 1.35 petang oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.
Katanya, siasatan awal pihaknya percaya mayat tersebut telah dibakar di tempat lain sebelum dibuang di situ.
“Setakat ini, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui. Kita akan menjalankan siasatan terperinci pada cebisan baju yang ditemui serta di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Tambahnya, polis akan menyemak semula laporan berkaitan orang hilang dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Rompak dua minit
KAJANG - Dalam tempoh dua minit, sekumpulan empat perompak bersenjatakan tukul dan objek menyerupai pistol dapat melarikan lima dulang barang kemas selepas merompak sebuah kedai emas di Jalan Besar pekan Kajang di sini semalam.
Kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku apabila empat lelaki menunggang dua buah motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh serta berjaket terus memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan tukul besi. Ketika kejadian terdapat tujuh pekerja, seorang pelanggan dan pengawal keselamatan.
Suspek yang turut memegang objek menyerupai pistol itu kemudian melarikan barangan kemas dari kedai tersebut yang terletak lebih kurang 50 meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob berkata, siasatan awal mendapati tiga daripada empat perompak terbabit masuk ke dalam kedai manakala seorang lagi menunggu di motosikal.
Gadis hilang sejak Ramadan
|
|
KOTA BHARU - Di sebalik kemeriahan umat Islam menyambut Aidilfitri, sepasang suami isteri di Kampung Siti Manis, Kedai Buluh di sini berduka apabila anak gadis mereka yang berusia 19 tahun masih belum pulang setelah keluar rumah tanpa pengetahuan mereka sebelum waktu sahur pada 12 Ogos lalu.
Semalam, penantian Che Mohamad Ibrahim, 48, dan isterinya, Hasmah Mamat, 45, telah masuk hari ke-24 dan saban waktu menunggu deringan telefon yang membawa khabar berita anak mereka, Nurul Izzati setelah perbualan terakhir mereka terputus pada pagi 13 Ogos lalu.
Che Mohamed ketika ditemui di rumahnya berkata, pada pukul 6 pagi 13 Ogos lalu, Nurul Izzati, anak kedua daripada lima beradik itu ada menelefonnya memberitahu bahawa dia mahu pulang dan sudah berada di sebuah stesen bas di Johor Bahru.
"Dia sempat beritahu yang dia sudah hendak balik dan pada waktu itu berada di stesen bas di Johor Bahru.
"Kemudian apabila saya tanya lanjut, panggilan terputus dan sehingga kini tidak dapat dihubungi," katanya.
Honda Malaysia panggil semula lebih 40,000 kereta
KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) akan melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal melibatkan kira-kira 40,456 unit kenderaan Honda yang dikeluarkan pada tahun 2006 hingga 2008.Dalam satu kenyataan, Honda kini sedang memaklumkan para pemilik model kereta Civic model tahun 2006-2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005-2007 di bawah kempen mengemas kini produk bagi melaksanakan langkah pencegahan daripada isu-isu teknikal yang tidak diingini di dalam unit yang terlibat.
"Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walaupun berlaku kecacatan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno (gambar) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Yoichiro berkata, sebagai contoh, adalah dilaporkan unit bagi model Civic (16,537 unit) kemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu-isu keselamatan di masa hadapan.
"Kesemua alat ganti dan caj buruh kerja-kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia," katanya.
Sehubungan itu, ujar beliau, para pemilik model-model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada pengedar Honda yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, para pelanggan boleh menelefon talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau melawati sebarang pengedar Honda yang dibenarkan.
Katanya, para pelanggan juga dinasihati membuat panggilan bagi membuat temu janji bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama. - Bernama
Kilang perabot terbakar, rugi RM6 juta
SEBERANG PERAI - Sebuah kilang perabot di Jalan Tasek, Simpang Ampat di sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin yang berlarutan hampir lima jam mengakibatkan kerugian kira-kira RM6 juta.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam dan disedari seorang pekerja kilang tersebut selepas terlihat api yang marak di bahagian tengah bangunan lalu menghubungi pemilik kilang, Tan Kee Meng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan