APA ADA HERAN MANUSIA TAK NAK JUMPA...JANGAN ALLAH TAK NAK JUMPA...TAK NAK PANDANG...TAK NAK BERI RAHMAT...KENAPA...KAKI MAKSIAT...TAK SOLAT..MENSYIRIKKAN ALLAH...TOLAK HUKUM ALLAH...AMAL RASUAH...MENGAMAL RIBA...MELAWAN ALLAH...MENIPU...BERZINA...MEROMPAK..MEROGOL...AMBIK HAK RAKYAT...ZALIM..MENFITNAH...MENGADU DOMBA DAN LAIN2...IAITU MEMBUAT KERJA2 AHLI NERAKA DIDUNIA...
Tak mahu jumpa Mat Sabu
Menurutnya, tiada gunanya Mat Sabu cuba menemuinya kerana kenyataan yang dikeluarkan mengguris perasaan semua waris mangsa dan rakyat negara ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, semalam beberapa kereta mengiringi rombongan Mat Sabu untuk bertemu waris anggota polis yang terbabit dalam kejadian Bukit Kepong bagi meredakan keadaan tidak kesampaian, apabila dihalang kira-kira 40 saudara-mara dan penduduk di sekitar Bandar Baru Uda, di sini. Kenderaan mereka dikepung bagi menghalang Mat Sabu bertemu Jamilah, 65, yang juga anak sulung kepada Allahyarham Abu Bakar Daud.
Perbuatan penduduk itu mengakibatkan Mat Sabu dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat, tidak sempat turun dari kereta Proton Exora berwarna merah hati yang dinaikinya dan berpatah balik dalam tempoh lima minit.
Jamilah tinggal di Jalan Persiaran Barli 2/2 berkata, kunjungan Mat Sabu itu menimbulkan tekanan kepadanya dan ahli keluarga yang kurang selesa dengan hasrat pemimpin parti pembangkang berkenaan.
Katanya, bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini timbul, keluarganya mengambil keputusan tidak berjumpa dengan Mat Sabu.
“Sekarang dan sampailah bila-bila, saya tidak ingin bertemu dengannya tanpa mengira apa juga alasan diberikan bagi mengaturkan pertemuan, kami tidak akan peduli.
“Tiada apa yang mahu saya beritahu dia kerana bukan saya seorang saja waris mangsa, malah ramai lagi waris lain,” katanya.
“Kami terkilan dengan sikap mereka yang suka memutar-belitkan fakta dan kini mahu menemui kami sekeluarga. Apa yang jelas tindakan mereka mengakibatkan kami tidak senang hati.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan moral kepada kami dan berharap, tidak lagi diganggu selepas ini,” katanya.
Turut hadir di kediaman Jamilah, Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamed selain pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Nusajaya.
Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim berkata, pihaknya tidak menyangka pertemuan yang diatur itu dihalang penduduk dan saudara-mara Jamilah.
DARI FACEBOOK...
Monday, September 5, 2011 MASYALLAH ! UMNO TOTOK DAH BENCI UMNO DAN NGAKU MAT SABU BENAR Rujuk Dokumetari RTM 1970an : Yusuf Rono mengaku Mat Indera selamatkan nyawanya dari ditembak komunis "Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok. Jadi, saya ini adalah salah seorang UMNO totok. Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO tlh membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO. Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi. dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu. Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R. Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM. Apalah yg bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yg dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas. Pada saya, tindakan YB Mat Sabu itu betul. Kalau nak dikirakan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin telah banyak tidak ditunjukkan kesilapan Polis British pada waktu ini, oleh sebab watak Sarjan Jamal yg sebenarnya beliau adalah anggota terawal kematiannya. Tetapi dalam filem itu, watak sarjan ini ditamatkan jadi HERO dalam filem tersebut sudah lari dari fakta. Kedua, kenapa ramai polis tidak bersedia pada waktu itu? Sebilangan besar anggota polis telah dijamu dengan arak oleh masyarakat cina. Orang kampung tidak berani untuk menegur perbuatan ahli yg teribat. Maklumlah, orang kampung dan polis amat berkuasa, jadi pada masa tu pegangan akidah anggota polis tidak berapa kuat. Jadi polis-polis tersebut telah minum arak sehingga mabuk. Ini tidak pula diterangkan dlm filem tersebut. KENAPA?? kalau tidak percaya, orang-orang UMNO Lenga boleh tanya di kedai-kedai kampung lama di Bukit Kepong. Untuk makluman semua, pihak RTM ada menayangkan satu slot dokumenteri mengenai sejarah Bukit Kepong melalui program WARISAN pada tahun 1970an. Dalam program itu ada diterangkan En. Yusof Rono di saat akhir selepas kominis balik. Apabila En. Yusof Rono telah diarahkan di kepala oleh salah seorang kominis, Mat Indera telah menghalang komunis itu daripada menembak En. Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah, yg dah lepas, biarkan" ini bermakna Mat Indera masih ada perasaan simpati pd Polis British itu. Kalau boleh, pihak RTM tayang balik Dokumenteri tersebut yg dikeluarkan pada tahun 1970an. Siapa HERO sebenar? Kalau bukan Mat Indera. Dengan ini, kita cuba perbetulkan Sejarah Negara semula yang telah lama dipesongkan. Al-fatihah buat "HERO SEBENAR MALAYA" iaitu, MAT INDERA. Amin....Siasahkini Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Photos: 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan