"Saya secara peribadi mahu melihat GMI ini dibubarkan. Tetapi saya rasa, tugas kami belum selesai, sehingga kita melihat ISA ini benar-benar dimansuhkan," katanya.
Bagaimanapun, tegasnya, pihaknya akan berbincang dengan anggota gabungan NGO itu untuk mengkaji cadangan tersebut pada masa yang sesuai.
"Di peringkat anggota gabungan, kita akan ada perbincangan nanti untuk kaji semula tindakan (membubar) yang kita akan ambil selepas ini," katanya.
Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Syed Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan anggota GMI "bila masa yang sesuai".
Perdana menteri malam tadi mengumumkan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Syed Ibrahim berkata, sekiranya GMI dibubarkan, penggerak NGO itu mungkin beralih kepada "gerakan" lain, sekiranya masih terdapat peruntukan tahanan tanpa bicara dalam undang-undang yang lain".
"Jadi kita kena gerakkan (dengan nama) 'Gerakan Mansuhkan apa-apalah...," katanya.
GMI yang ditubuhkan sepuluh tahun lalu dianggotai lebih 80 organisasi terdiri daripada NGO, parti politik, badan hak asasi manusia, wanita, mahasiswa, Majlis Peguam dan pertubuhan pekerja.
- Harris Hanafi Hamdan · Institut Perguruan Islam BangiAlhamdulillah akta warisan penjajah omputih ni berkubur, salute utk para pejuang anti ISA.
- Syahror Sa'ari · Pengulas Tertinggi · Smk simpang
- Adam Sejodoh · Pengulas TertinggiGMI dan Syed Ibrahim Syed Noh jangan tergesa-gesa sembelih GMI.. I.S.A belum disembelih.. I.S.A baru ditambat dalam kandang.. Kita belum lihat apa DUA AKTA BARU yang bakal digubal.. Lihat dulu Akta yang bakal digubal. Kalau dilihat sikap penipu omno, tidak mustahil DUA AKTA BARU pengganti I.S.A itu adalah I.S.A BAJU BARU.. Siapa tak kenal sikap omno... Mengadakan pilihanraya lebih telus saja amat takut. SPR nyata-nyata perkakas omno untuk menipu rakyat.. SPR pun WAJIB DIBUBAR. Gantikan dengan satu BADAN KHAS yang benar-benar TELUS menjalankan PILIHANRAYA yang telus dan adil.
- Norvenha Mansor · UNIMASberkuburnya akta warisan panjajah british, banyak laghi tahi2 warisan briitish..perlu dperbetulkan dan diperhalusi sebaik nya..sepertiu sejarah negara..tinggalan british....
- Din Shoppe · Pengulas Tertinggi · Smkk
- Noriah Yusoff · Pengulas Tertinggi · Bekerja di USANA Health Sciences Inc.Jangan terlalu yakin dengan Najib ni..tengok dulu adakah ia betul2 dimansuhkan, takut2 umpan Najib apabila dekat ngan pilihanraya.
- Badut Rakyat · Pengulas Tertinggi · WA
- Syahror Sa'ari · Pengulas Tertinggi · Smk simpang
- Nordin Omor · Pengulas Tertinggingaper kait dngan somalia,,jauh benor kepala ko ke sana.Ketua GMI,dan lain-lain NGO usah gelojoh,bawa bertenang dulu,bukan nak bubar sepantasnya...perjuangan Ko orng belum selesai ko cakap.mesti ada agenda lain dri pihak Pemerintah,,ni kan perang saraf...solat Istiqorah dulu...
- Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiPEMANSUHAN ISA OLEH UMNO INI SAMA PERANANNYA DGN PEMANSUHAN MALAYAN UNION 1946 OLEH BRITISH IAITU STRATEGI UNTUK MENGENDURKAN KEMARAHAN RAKYAT/ KEMARAAN PAKATAN RAKYAT BG MENGHUMBANKAN UMNO... BOLEH JUGA DI KENALI SBG TAKTIK BUMI HANGUS...SEMASA BRITISH MELAMBATKAN KEMARAAN JEPUN... RUGI SEDIKIT UTK MENGURANGKAN KERUGIAN YG LEBIH BESAR... INI BIASA DI LAKUKAN OLEH PENIAGA2 APABILA BARANG JUALAN DH NK DEKAT TARIKH TAMAT TEMPOH, MAKA DI LEPASKAN DGN HARGA YG DI KURANGKAN...
- Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiThailad/Siam juga mempraktikkan taktik yg sama, iaitu TERLEBIH DAHULU MENAUNGI NEGERI2 MELAYU UTARA, LAOS & KEMBOJA dan apabila British/Peranchis berhasrat utk menjajah/menaungi negeri2 tersebut, maka Siam telah membuat tawar-menawar dgn kuasa2 Barat itu iaitu dgn menawarkan negeri2 tersebut (tujuannya adalah utk melambat2kan kemaraan Kuasa2 Barat), Tindakan2 Siam ini telah dapat MENYELAMATKAN NEGARA SIAM YG ASAL... Kalau di bandingkan dgn taktik Umno ini, ianya adalah lebih kurang sama... supaya impak kemaraan PR/kemarahan RAKYAT dapat di minimumkan..
- Zainal Abidin · Top Commenter · Pendakwah at Pendakwahnama pun badut....aku apa yg bn cakap..satu pun takboleh percaya...cuba tengok harga barang....tak kan naik..lepas tu terus naik????
Tanpa kegigihan perjuangan mereka yang sentiasa memberikan tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak, pastinya YAB Perdana Menteri tidak akan membuat kenyataan semalam untuk menamatkan darurat dan menyarankan untuk memansuhkan ISA. Semangat perjuangan rakyat telah menjadi sebahagian dari darah daging perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan ini dengan memasukkannya ke dalam Buku Jingga.
Justeru itu apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri bukanlah suatu kurnia kepada rakyat sempena Hari Malaysia, sebaliknya ia adalah hasil daripada perjuangan getir. Maka tahniah yang sebenar adalah untuk para pejuang kebebasan dan hak asasi baik dari parti-parti politik mahupun dari NGO. Sebagaimana kita tidak memberikan tahniah kepada British kerana memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 tetapi tarikh tersebut kita rayakan sebagai kemuncak kejayaan perjuagan menentang penjajahan.
Namun kita mengalu-alukan langkah yang diambil Perdana Menteri yang tentunya membuka lembaran baru kepada persekitaran politik Malaysia sekiranya apa yang diumumkan dikotakan dan tidak sebagai satu retorika serta sekadar bersifat kosmetik demi memulihkan imej politik.
Oleh kerana itu sejajar dengan pengumuman Datuk Seri Najib semalam yang berhasrat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan menamatkan perintah darurat, kita menuntut agar:
1) Segera membebaskan semua tahanan yang ditahan tanpa bicara atau hadapkan mereka ke mahkamah untuk diadili.
2) Menutup pusat tahanan yang menempatkan tahanan yang ditahan tanpa bicara seumpama Pusat Tahanan Kamunting dan Simpang Renggam.
3) Segera melaksanakan proses siasatan terhadap segala aduan siksaan terhadap para tahanan.
Kita juga perihatin dengan pengumuman Datuk Seri Najib untuk menggubal dua akta baru yang dipayungi Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Akta itu menurut Perdana Menteri bakal digunakan untuk memerangi keganasan dan aliran subversif. Kita berpandangan adalah penting bagi Pakatan Rakyat, NGO dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk duduk semeja bersama-sama mendapatkan maklum balas dari segenap lapisan masyarakat sebelum rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen kelak. Oleh itu kita menyeru agar diwujudkan Majlis Perundingan Kebangsaan bagi mengkaji serta bersama-sama menggarap dua rang undang-undang mencegah keganasan dan aktiviti subversif yang bakal dibentangkan di Parlimen kelak.
Kita tidak mahu undang-undang yang bakal digubal ini masih menerapkan unsur perundangan antaranya yang mirip dengan peruntukan Seksyen 73(1) dan Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kedua-dua peruntukan tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk menahan sesiapa sahaja dan membolehkan Menteri itu menyalahguna kuasa demi kepentingannya semata-mata. Pastinya pengumuman pemansuhan ISA tidak membawa sebarang erti sekiranya kedua-dua akta yang bakal digubal itu itu masih membolehkan Tahanan Tanpa Bicara.
Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa rakyat dapat membezakan antara slogan dengan hakikat dan rakyat akan meneruskan perjuangan mereka sehingga segala hak dan kebebasan mereka dikembalikan sepenuhnya termasuk hak mereka untuk berhimpun secara aman untuk menjayakan demokrasi tulen.
Rakyat tidak menerima perubahan yang bersifat tempelan. Selagi pemerintahan Umno-BN tidak menerima perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai hak dan kebebasan rakyat, rakyat akan beranggapan bahawa tuntutan mereka belum dipenuhi. Demokrasi yang berwibawa dan sistem piliharaya yang adil dan bebas adalah sebahagian dari hak asasi dan kebebasan rakyat.
PKR juga mahu menegaskan bahawa kita tidak akan menerima kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib sebagai bermakna selagi lidah rasmi Keadilan iaitu Suara Keadilan dihalang penerbitan dan pengedarannya oleh Kementerian Dalam Negeri.
Rakyat akan menerima sekiranya pembaharuan yang dilakukan adalah benar-benar ikhlas, berdasarkan penkhayatan kepada nilai-nilai murni demokrasi dan karamah insaniah dan tidak sebagai gimik politik.
Sekiranya Datuk Seri Najib benar-benar menerima nilai-nilai ini, beliau sebagai wakil kerajaan harus membuat kenyataan terbuka bahawa kerajaan sebelum ini telah melakukan pelbagai kezaliman di bawah undang-undang kuku besi ISA dan undang-undang drakonian lainnya. Pengakuan ini harus diikuti dengan permohohan maaf kepada mereka yang dizalimi dan kepada mereka yang sudah meninggal, permohonan maaf tersebut disampaikan kepada keluarga mereka.
Perlaksanaan kepada janji Perdana Menteri juga bergantung kepada kebebasan dan integriti institusi kehakiman. Selagi institusi kehakiman tidak bebas dari cengkaman politik dan tidak memiliki integriti, institusi tersebut boleh dijadikan alat kepada kezaliman baru dan melakukan “political persecution.” Bahkan ini yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Najib kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.
Jenteru itu sementara saya mengajak mengalu-alukan kenyataan positif yang dibuat oleh Perdana Menteri saya juga menyeru rakyat terus istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebebasan.
Nota: Azmin Ali adalah timbalan presiden PKR
- Nur Suzana Khamaruddin · Pengulas Tertinggiminta pampasan gantirugi....tekanan .....kerajaan.... hilang sifat kemanusiaan ......ada yg d paksa minum air kencing.....difitnah...d halang jumpa keluarga....
- Amirul Taib · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Business
- Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangortn haji tak payah komen apa2 dah.beri peluang najib buktikan keikhlasan dia nak buat reformasi.apa yg baik untuk rakyat patut sokong, lagipun isa ni telah buat banyak insan2 tak berdosa menderita, anak2 terbiar, rumahtangga runtuh dan ramai polis dan warden penjara berdosa kerana mendera fizikal dan mental kpd tahanan isa....sebagai kerajaan yg berjiwa besar tak rugi minta maaf...minta` maaf tak perlu keluar duit...dlm isla.m pun isa itu haram..
- Hj Masran Haron · Pengulas Tertinggi · Simpang Rengam, Johor, MalaysiaTidak prlu ucap tahniah pd PM diatas pemansuhan ISA kerana ianya xmendatangkan apa2 kesan pd rakyat yg xmembuat kesalahan,, cuma segelintir rakyat yg merayakanya kerana ketaksuban pd pemimpin mereka ada cita2 utk merasai ISA,, dan xprlulah k'jaan minta maaf pada tahanan ISA kerana undang2 tetap undang,,
- Nidzamzam Kharul · Pengulas TertinggiSama ada buat salah atau tidak...setiap hamba ALLAH punyai hak untuk bela diri. Suka suka tuduh dan humban masuk penjara tampa bukti ke jadah apa nama nya.
Kerajaan wajib mohon maaf kerana memisah kan mangsa dari keluarga dan anak2. Bagaimana pula segala penderitaan isteri dan anak2 semasa mangsa di tahan. Lu nak jawab di mahkamah akhirat nanti ke???? hehehe - Shabri Ismail · Pengulas Tertinggirasa berbaloi la pulak .. kena gas masa demo mansuhkan ISA di sogo tu....rasa brbayar lak pulak kos penginapan dan tambang dengan pengumuman PM tu ..tapi najib tak kata pun pusat tahanan kemunting ditutup...aku keliru la aji ..berakhir sudah undang2 british semasa darurat dulu..
- Mohd Hishamuddin Hasan · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
- Abrahim Abdan · Pengulas Tertinggi · SMV Alor Gajah MelakaAku tabik pada PM sbb berani hapuskan ISA...tapi walaubagaimana pun kemusykilan tu timbul gak..dulu bermatian2an mempertahanan ISA walaupun rakyat mohon dihapuskan....Ada udang sebalik batu kot...Mana tahu mereka dah agak pada PRU13 mungkin BN tumbang..jadi kalau x hapuskan ISA ni nanti makan diri mereka..ini hanya andaian aku je..
- Atriza Smns · Friends with Sal Mohamad
- Taguci Paradox · Pengulas Tertinggi · Smk Sultan Abdullah
- Chin Mui Ha · Pengulas TertinggiBuku ginga PR amat berharga buat seluruh Rakayat Malaysia,dimana sebelum penghasilan buku ginga di terbitkan seluruh rakayat tersepit akibat kuasa kekarasan UMNO terhadap rakayat tanpa Bicara sehinga hilang fokes bersuara untuk menuntut Keadilan.Dengan adanya desakan buku ginja PR akhirnya tuntutan rakayat berjaya melamahkan Kekuatan UMNO agar ISA di hapuskan,kerana ISA model utama UMNO menindas rakayat.Rakayat mengangap inilah kemanangan besar bagi rakayat seluruh malaysia yang mahukan perubahan Kerajan.Rakayat yakin PR mampu membawa malaysia ke arah lebih maju,ini terbukti setalahPR begitu berjaya memajukan negeri Selaangor,P.Pinang,Kedah dan Kelantan di bawah pemerintahan PR setalah merampas dari UMNO dan BN, hanya baru 4 tahun berkuasa.
- Mohd Zahri Bakar Klonghoy · Pengulas Tertinggi · MIHRMAkta zalim dh dimansuhkan, kerajaan zalim akan kita tentukan PRU 13 nanti, Setiap yang zalim pasti akan lenyap.
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiInsyaallah, sama2 lah kita berusaha utk tukar kerajaan yg sedia ada. Ianya dah amat x relevan. Sama2lah kita menggembleng tenaga kearah bertukarnya kerajaan ini. Kearah Malaysia baru, yg bersih dari sgala unsur2 tak elok (rasuah, kronisme, ketirisan dsbnya). Kearah Malaysia baru yg 'adil & saksama pd rakyatnya, tanpa ada ssiapa yg dizalimi. Kearah Malaysia baru yg berkebajikan sperti ajaran Islam, maka dgn itu akan jadilah sperti negara Islam dizaman khalifah 'Umar ibn abdul aziz, insyaallah (pd zaman ini, sudah x terdapat walau seorg pun yg miskin). Inilah yg dikatakan 'baldhatun thoyyibatun wa rabbun ghafuur' (negeri/negara yg baik & sejahtera yg mendapat keampunan/rahmat Tuhan).
Sahabat2 Malaysiakini, adakah anda tau knape kapal titanic yg terkenal dgn gelaran 'unsinkable titanic' (kapal yg x boleh tenggelam) oleh penciptanya...Lihat seterusnya.. - Azzam Idris · Pengulas Tertinggi · Guru di SK Seri Tunjong, Beseri, Perlis
- Amran-dora Dora · Pengulas Tertinggi
- Özel Bürahim · Top Commenter · Shah Alam, Malaysiahanya 2 negara yg amal kan konsep ISA which is US & Malaysia. Klu Malaysia Maju mcm US x pe la jgk, gaji mahal, kebebasan media n lain2 tp our country nak lps ngan singapore pon x lps2, jgn la compare ngan Jepun, Korea or China teramat la juah nya. Perlu dibubar lebih awal ISA ni.
- Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · NilSAYA BERSETUJU BENAR DENGAN AZMIN ALI, KERAJAAN HARUS IKUT-KAN APA YANG DI-HASRAT KAN OLIH AZMIN ALI DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA ,, DENGAN ITU RAKYAT BARU TAHU YANG KERAJAAN UMNO IKLAS DAN JUJUR.
- Ady Azarin · Telekom Training Collegeudah le tu...die dah mansuhkan cukupla..lagi tak puas hati kenape...die buat salah, tak buat salah...semuanye nak dipolitikkan
- Adnan Nan · Top Commenter · Selangor, Selangor, MalaysiaMmg sewajarnya PM melakukn tindakkn tersebut, mlh terlebih dahulu lg pun PM patut melakukn nye demi Syiar Islam itu sendiri, begitu jg kisah vcd lucah DSAI yg ditaburkn, alangkah indahnya PM seandainya MEMBATALKN penayangan, pengakuan sumpah atau pengedaran vcd tersebut wlu pun DSAI itu musuh politik yg nyate demi jg semate mate menegakkn Syiar Islam n kesucian Agama yg dijunjung selaku sifatnye sbgi ketua negara.
Kite berharap agar PM sayangilah seluruh Rakyat seperti yg di lafazkn nye tanpe mengire parti n bangse, krn andai PM msh kekal die pasti TERBILANG n andai PM gugur die tdk TERBUANG.Berpeganglah kpd Qadak n Qadar Allah n dahulukn lah kehendak Allah dr segale ape jue pun.krn dunia n isi2nye akn ikt serte.
Kite jg berharap agar ini bkn AYAT2 SYURGE PILIHANRAYA, n kpd PM ingatlah kpd bidalan Melayu,"Tak Akn Hilang Bise Ular Menyusup Akar"namun pun bagitu sentiase lah jg berwaspade yg pohon buluh sentiase ujud di Bumi Msia ini.- Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiMESTI DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA... http://topdocumentaryfilms
.com/sicko/ TOP DI U.S, KNP PENTINGNYA KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT & KNP KERAJAAN2 EROPAH T'PAKSA BERI MCM2 PD RAKYAT, YG PATUT RKYT DPT. BEZA AHLI2 POLITIK EROPAH DGN US
HRP2 DI SEBARKAN SPY ORG M'SIA DPT GUNA OTAK UTK BERFIKIR, BEZA HIDUP RAKYAT DI US & EROPAH YG SAMA2 KAPITALIS. APB KAPITALIS U.S KALAH B'HUJAH TERUS COP LWNNYA SBG KOMUNIS/SOSIALIS, TAKTIK YG SAMA UMNO TIRU MASA 1948, 1955 & SKRG.
CITE INI SGT BAGUS DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA, MARI KITA PAKAT2 SEBARKAN VIDEO INI...
http://topdocumentaryfilms.com/sicko/
- Azha Ramli · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia80,000 pejuang kemerdekaan telah dipenjarakan oleh British semasa darurat 1948, kecuali ahli-ahli UMNO. Selepas merdeka akta ISA masih digunakan untuk menindas pemimpin yang melawan auta UMNO sebagai barua peninggalan British. Salah satu contohnya adalah Dr Burhanuddin Helmy yang di ISA kan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman pada 1964-1966. Tak kurang juga Dr Mahathir yang banyak meng ISA banyak pemimpin pembangkang semasa OPS Lalang. Ikut Suka Aku kata mereka.
- Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiMESTI DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA... http://topdocumentaryfilms
.com/sicko/ TOP DI U.S, KNP PENTINGNYA KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT & KNP KERAJAAN2 EROPAH T'PAKSA BERI MCM2 PD RAKYAT, YG PATUT RKYT DPT. BEZA AHLI2 POLITIK EROPAH DGN US
HRP2 DI SEBARKAN SPY ORG M'SIA DPT GUNA OTAK UTK BERFIKIR, BEZA HIDUP RAKYAT DI US & EROPAH YG SAMA2 KAPITALIS. APB KAPITALIS U.S KALAH B'HUJAH TERUS COP LWNNYA SBG KOMUNIS/SOSIALIS, TAKTIK YG SAMA UMNO TIRU MASA 1948, 1955 & SKRG.
CITE INI SGT BAGUS DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA, MARI KITA PAKAT2 SEBARKAN VIDEO INI...
http://topdocumentaryfilms.com/sicko/
Saya juga mengucapkan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah berjuang berhabis-habisan selama ini terhadap perkara yang sama. Pemansuhan ini membuktikan dua perkara:
1. Najib dan seluruh jentera kerajan akur kepada kehendak dan tuntutan rakyat yang sekian lama telah dinafikan perjuangan mereka khususnya berkaitan pemansuhan ISA yang zalim. Keputusan pemansuhan ini pada saya adalah kemenangan rakyat.
2. Najib akhirnya akur bahawa ISA (khususnya) sememangnya akta yang di luar daripada kemanusiaan dan sangat bercanggah dengan hak asasi manusia yang selama ini digunakan oleh kerajaan sedia ada (Umno/BN) ke atas rakyat selama lebih 50 tahun.
Saya juga mengucapkan penghargaan kepada PM – Najib - atas pengumuman ini kerana beliau berani mengeluarkan satu keputusan yang saya sifatkan sebagai 'radikal'.
Sebagai contoh, setelah lebih 50 tahun Umno/BN menjadikan ISA sebagai alat bagi mempertahankan kekuasaan, namun beliau (Najib) – disaat Umno/BN kehilangan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen, di saat rakyat sudah mula terdedah dengan maklumat alternatif melalui media baru seperti Facebook dan Twitter – sanggup mengambil langkah agresif dengan 'merobohkan' perisai yang mereka gunakan selama ini (ISA dan akta-akta berkaitan saya anggap sebagai perisai Umno/BN bagi tujuan menjaga survival politik).
Dari sudut pandang politik, saya amat yakin bahawa pengumuman PM Najib ini adalah petanda yang cukup jelas bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah hampir.
Perkara yang saya khuatiri ialah bilakah segala cadangan pemansuhan ini akan dilaksanakan? Sesuatu akta, pindaan akta mahupun pemansuhan akta mestilah dicadangkan, disokong, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat (parlimen) terlebih dahulu.
Sekiranya perkara ini tidak selesai sebelum daripada PRU-13, saya rasa kita tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi terhadap reform ini kerana sehingga kini pun, beliau (Najib) masih belum lagi menyelesaikan persoalan-persoalan besar seperti penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bertujuan mengkaji perjalanan sistem Pilihan Raya di Malaysia sepertimana yang digembar-gemburkan mutakhir ini.
Bahkan Najib masih gagal memberikan jaminan bahawa PRU-13 akan dijalankan selepas hasil kajian PSC selesai dilaksanakan. Lapan tuntutan BERSIH 2.0 juga belum dilihat solid akan diberikan perhatian khusus oleh Najib untuk dibincangan oleh PSC ini.
Oleh itu, kita khuatir PRU-13 yang tidak ada sebarang jaminan akan dilaksanakan dengan telus dan adil ini akan menyebabkan sekali lagi manipulasi oleh Umno/BN bagi tujuan mengekalkan kuasa. Kebimbangan saya ini adalah amat berasas sekali kerana isu terkini yang saya ketengahkan berkaitan 'Mykad klon' sendiri pun, masih tidak dijawab oleh beliau dan agensi-agensi berkaitan (SPR, JPN)!
Maksud saya, jika PRU-13 kali ini sekali lagi rakyat ditipu, maka 'janji-janji manis' pemansuhan akta itu dan ini juga tidak mustahil rakyat akan ditipu sekali lagi setelah kemenangan besar Umno/BN dalam PRU-13 nanti kerana penipuan pilihanraya yang dilakukan.
Bahkan cadangan mewujudkan beberapa akta lain bagi menggantikan akta-akta yang akan dimansuhkan juga boleh jadi lebih zalim dan menekan rakyat. Perkara ini lebih parah lagi apabila Umno/BN menang besar menerusi PRU-13 dan kuasa check and balance oleh kita – akatan Rakyat (PR) semakin berkurangan.
Kalau PR kurang di Parlimen kerana kekalahan di atas padang pilihan raya yang rata tak mengapa lah. Tapi keadaan sekarang ini, sudah lebih 50 tahun kita bertarung di padang yang tidak rata, bahkan pengadilnya juga 'berat sebelah'. Lebih parah lagi, tidak ada sebarang jaminan bahawa padang akan 'diratakan' dan pengadil akan benar-benar telus dan adil!
Umno/BN jangan main wayang. Sekarang zaman Facebook dan Twitter, jangan nak main 'silap mata'!
Oleh itu, saya memberi amaran kepada Najib. Jangan jadikan pengumuman malam tadi sebagai 'umpan' kepada rakyat khususnya menjelang PRU-13.
Bahkan bagi saya, tuntutan-tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil juga mestilah diberikan perhatian serta keutamaan yang serius seperti tuntutan 8 perkara (oleh BERSIH 2.0), jawapan dan tindakan terhadap isu-isu pengundi hantu dan sebagainya yang saya sifatkan menjadi 'kunci' kepada reformasi-reformasi lain yang ingin dilaksanakan.
Nota: Suhaizan Kayat adalah ketua Pemuda PAS Johor, merangkap pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Malaysia.
- Husnul Fikri Ahmad · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia"Kalau PR kurang di Parlimen kerana kekalahan di atas padang pilihan raya yang rata tak mengapa lah".
Kalu PADANG PLHN RAYA X RATA, mknanya kmenangan PR di KEDAH, PNANG, SLNGOR & KLNTAN pun blaku d ats "padang yg x rata" jgk lah ek? Mknanya kmngn PR di ngri2 d ats blaku dlm plhnrya yg x adil & x telus lah yek?
Heh..bila menang, diam. Bila kalah, meragam. Terbaekk.. =]- Ahmad Waqas A. Zawawi · Universiti Teknologi MalaysiaMat Sabu kata kalau padang rata bukan takat 5 negeri, satu Malaysia PR dah amik. Berani ka bagi slot TV utk penerangan PR? Ada ka nampak Mat Sabu jawab tohmahan komunisnya di TV? Tiada tuan-tuan. Beliau hanya mampu membersihkan namanya melalui ceramah2 yang terhad jangkauan penerimaan maklumat. Padang tidak rata tuan-tuan.
- Husnul Fikri Ahmad · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
- Wae Alisya · Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alamwayang je 2..jap g ada akta lain plak 2, just ubah nama je..huh.
- Termizi Majid · Pengulas Tertinggi · Sendirian di Pesara Kerajaan
- Hj Masran Haron · Pengulas Tertinggi · Simpang Rengam, Johor, MalaysiaKjaan telah mansuhkan ISA,, jdi xprlu lgi dibahas keterlaluan seolah2 tidak ada kepuasan hati pd pembangkang,, ungkapan "main wayang" itu seolah2 pembangkang langsung tidak mehargai apa yg dibuat k'jaan,,
- Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi · UKM BangiMESTI DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA... http://topdocumentaryfilms
.com/sicko/ TOP DI U.S, KNP PENTINGNYA KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT & KNP KERAJAAN2 EROPAH T'PAKSA BERI MCM2 PD RAKYAT, YG PATUT RKYT DPT. BEZA AHLI2 POLITIK EROPAH DGN US
HRP2 DI SEBARKAN SPY ORG M'SIA DPT GUNA OTAK UTK BERFIKIR, BEZA HIDUP RAKYAT DI US & EROPAH YG SAMA2 KAPITALIS. APB KAPITALIS U.S KALAH B'HUJAH TERUS COP LWNNYA SBG KOMUNIS/SOSIALIS, TAKTIK YG SAMA UMNO TIRU MASA 1948, 1955 & SKRG.
CITE INI SGT BAGUS DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA, MARI KITA PAKAT2 SEBARKAN VIDEO INI...
http://topdocumentaryfilms.com/sicko/ - Keladi Kelad · Pengulas Tertinggihj faham apa itu main wayang???? kalau sy...umno bukan takat main wayang tapi nyanyi merdu,berpuisi,bersajak, segala permainan ini adalah jerat semata2....jika umno kata dia nk buat jambatan itu memang PR percaya...kenapa??? sebab sebahagian keuntungan mengalir ke poket kroni mereka..itu belum lg cerita rasuahnya...jadi, janji umno utk itu pasti terlaksana, jika janji hapuskan ISA barisan pr memang kena berhati hati....itu lebih pada politik
- Khalid A. Rauf · Pengulas Tertinggi · UITM
- Demi Rakyat · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Christopher Mickeygula2 PRU13!
- Suhairy Nor · Top Commenter · UPSIApi adalah permainan mereka...kalau dia main api lagi kali ini, kita sama2 jadi API....Ada berani?
- Mohd Khairyady Nor Razlan · UiTM Shah Alamasyik xpuas hati je korg ni...rasional la skit jgn nk emo je kn...
- Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiMESTI DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA... http://topdocumentaryfilms
.com/sicko/ TOP DI U.S, KNP PENTINGNYA KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT & KNP KERAJAAN2 EROPAH T'PAKSA BERI MCM2 PD RAKYAT, YG PATUT RKYT DPT. BEZA AHLI2 POLITIK EROPAH DGN US
HRP2 DI SEBARKAN SPY ORG M'SIA DPT GUNA OTAK UTK BERFIKIR, BEZA HIDUP RAKYAT DI US & EROPAH YG SAMA2 KAPITALIS. APB KAPITALIS U.S KALAH B'HUJAH TERUS COP LWNNYA SBG KOMUNIS/SOSIALIS, TAKTIK YG SAMA UMNO TIRU MASA 1948, 1955 & SKRG.
CITE INI SGT BAGUS DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA, MARI KITA PAKAT2 SEBARKAN VIDEO INI...
http://topdocumentaryfilms.com/sicko/
- Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiMESTI DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA... http://topdocumentaryfilms
.com/sicko/ TOP DI U.S, KNP PENTINGNYA KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT & KNP KERAJAAN2 EROPAH T'PAKSA BERI MCM2 PD RAKYAT, YG PATUT RKYT DPT. BEZA AHLI2 POLITIK EROPAH DGN US... DGN AHLI2 POLITIK UMPORNO/ BE END...
HRP2 DI SEBARKAN SPY ORG M'SIA DPT GUNA OTAK UTK BERFIKIR, BEZA HIDUP RAKYAT DI US & EROPAH YG SAMA2 KAPITALIS. APB KAPITALIS U.S KALAH B'HUJAH TERUS COP LWNNYA SBG KOMUNIS/ SOSIALIS, TAKTIK YG SAMA UMNO TIRU MASA 1948, 1955 & SKRG.
CITE INI SGT BAGUS DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA, MARI KITA PAKAT2 SEBARKAN VIDEO INI...
http://topdocumentaryfilms.com/sicko/ - Mohd Azali Setapa · National University of Malaysiaingatlah 20%-25% yg tak kluar menggundi....PRU13 ni mereka akan kluar mengundi.... sbb tu le NR brani kuburkan ISA..waspada.
- Mohd Ramlee · Top Commenterbiar dia tipu tak apa, pasal rakyat sedang melihat dan mendengar, kalau dia tipu lagi, pru14 nanti pasti dia akan tumbang.
- Wan Kasni · Top Commenter · Kolej telekomTunggu dan lihat serta dengar pengumuman dari PM seterusnya
- Dee Valey · Top Commenter · Kuala KraiAmat setuju dgn kenyataan sdr. Shuhaizan. Cdgn mansuh ISA akan bertembung dgn desakan pembersihan daftar pemilih. UMNO akan sedaya upaya mempertahankan SPR dan JPN kerna laluan mudah utk menang hanya cara ini.
Bila rakyat terpaksa adakan bersih 3, BN akan propagandakan kebangkitan ini dan akan mencadangkan pemansuhan ISA di tunda. - Adnan Nan · Top Commenter · Selangor, Selangor, MalaysiaElok kite bersabar n tunggu ape berite kemudian.kite bersangke baik dulu.andai terbukti tertipu baru buat buat lain.
- Ooi Koh Siong · Top Commenterlepas menang malaysia perlu-kan isa untok keselamatan negara buat masa kini jin umno nak ambil hati raayat semua boleh lepas semua tak boleh .
- Azham Bin Abdullah · Top Commenter · 36 years oldMengaku aja la yg Najib dah kecut.. Tau tak apa yg pembangkang akan buat seterusnya kalau Najib terus buat 'pekak telinga' saja? Pembangkang akan buat lagi himpunan Bersih, akan buat lagi demonstrasi jalanan besar-besaran lebih besar dari Bersih 2.0 yg lalu! ISA dah memang sepatutnya dimansuhkan sebaik sahaja Tanah Melayu dilaungkan Merdeka sejak mula dulu lagi! Yg jelas sekarang ini, senarai Daftar Pemilih masih tersangat 'kotor'! Penipuan yg terang-terang yg JPN dan pihak kerajaan tak dapat nak tutup kini isu kad pengenalan palsu yg tersangat bahaya buat negara ini di masa depan! Sistem keselamatan negara dalam genggaman Israel melalui ejennya APCO! Jika diteruskan BN memerintah Malaysia maka akan musnahlah sistem keselamatan negara satu persatu! Sudahlah hasil petrol disapu bersih Umno/BN! Sial Umno/BN!
- Khalid A. Rauf · Top Commenter · UITMButang Baju aku maner pah?
(Maner kita nak lari mah?)
_______________________
KING: Tu la kau mah, macam maner c4 tu blh meletup? aku suruh main-main je..
Maner kita nak lari Mah?
...See More - Anuar Ringo · Works at USM Penangapa lagi yang x puas hati ni.bgus la melayu sama melayu bergaduh bangsa lain tepuk tngan ni bila tngok kta bergaduh.eok la umno gan pas parti orabg melayu yang x sefaham.seorang ego seorang lagi berlagak.tnggu nanti malaysia dipimpin bngsa lain baru 2 parti ni ada akal sikit,.jngan jdi nsi jadi bubur.pesanan dari orang yang syang melayu.
- Owh Pretty Gawd · University of EccentricsI feel this as one excuse to relieve the public. should the action really imply, we will say congratulations.
- Adam Sejodoh · Top CommenterKalah di gelanggang yang SIHAT, kalah beraksi di padang yang RATA, adalah pertarungan yang benar-benar mewakili rakyat. Kemenangan PR di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak adalah kerana ruang penipuan agak rendah. Undi Pasukan Keselamatan sahaja sudah memberi kelebihan kepada omno/bn. Kamu tahu semua itu. Kawasan-kawasan terpencil, peluang SPR diexploitasi terlalu tinggi. Contohnya di Sabah dan Sarawak.. Kita dengar dan lihat kenyataan2 SPR, jelas ia perkakas omno.. Kamu tau itu.. Kita dengar peti undi hilang, diganti, hanyut, lambat tiba di pusat pengiraan undi dan macam-macam lagi. Kamu tau semua ini. Ya....kamu tau semua itu.
- Zahman Zamuktamadkaari pilihan kita sebagai pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat menerajui kerajaan baru menggantikan BN yang sudah memerintah hampir setengah abab.
Tanpa alasan, tanpa hujjah, comel BN pun, berilah undi kepada PR pula dlm PRU13 bila-bila masa dari sekarang. - Pecinta Keadilan · Top Commenter · Shah Alam, MalaysiaCadangan yg bagus dari Najib. Tapi aku tetap akan tolak BN dalam PRU nanti. Thanks n sorry. :)
- Masmin Kadad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysiapercuma suhaizan...janji2 Yahudi sukar utk dipercayai...bukankah anak didik penjajah itu sama otak dgn Yahudi yg membunuh rakyat Plastien..Maka kalau hanya umum dan buat ststemen melalui TV, itu kan hanya penyedap hati dan hanya gula2 buat budak2, Bak kata isteri korban mangsa ISA, ;...selagi kem tahanan kemuntig belum ditutup atau dirobohkan, dan selagi belum diputuskan oleh Parlimen,, dan selagi 2 lagi undang yg sama dgn ISA mo diwujudkan semula Dia belum percaya pd ucapan Datuk Najib altantuya...banayak lagi akta2 yg membabat kebebasan rakyat di Malaysia..kuasa menteri Dlm negeri, kuasa Polis, kuasa-kuasa DUN, speaker...sampai ke kementerian2,,, pemerintah masih senyum2..SPR, JPN-yg ada kaitan dgn penipuan yg dirancang dgn sembunyikan fakta...Klon pengundi, projek MYcard palsu, Undi POS, pengundi warganegara asing, halangan p...See More
- W Abdul Halim Ismail · National University of MalaysiaISA, OSA, Akta Mesin Cetak & Penerbitan, Akta Polis & banyak lagi akta yg membelenggu rakyat selama ini dpergunakan sepenuhnya oleh kerajaan utk kepentingan parti pemerintah. Kesemua akta tersebut menjadi talian hayat utk mengekalkan status-quo di tampok kuasa. Apa yg diwar-warkan sebagai PEMANSUHAN janganlah dilihat sebagai suatu transformasi dlm sistem demokrasi atau hak bersuara yg dikikis selama ini dipulihkan, tetapi ia lebih kepada kosmetik utk memenangi hati rakyat bagi menghadapi PRU13. Hakikatnya bukan pemasuhan ISA tetapi lebih kepada pengantian kepada akta yg lebih lunak didengar. Selagi tiada pengasingan multak 3 eleman utama dlm sistem pemerintah - Judiciary, Legislative & Administrative dilaksanakan sepenuhnya, demokrasi belum lagi sempurna. Percayalah jika mandat dikembalikan kepada mereka, episod lama pasti akan ...See More
- Bayu Mahsyar · Top Commenter · SmbbsWAYANG...Adalah Diyakini Untuk Golongan Yang Celik Dengan Permainan Dari Golongan PEMERINTAH...Saban Tahun Pelbagai Janji Ditaburkan Utk Mengurangkan BEBAN Rakyat..REALITINYA, Pelbagai HELAH Pula Yang Timbul Apabila WAYANG Tidak Menjadi..Harga BARANG KEPERLUAN, Kenaikan TOL, Takrifan Bil UTILITI, Harga MINYAK, Pembahagian Wang ZAKAT & TELCO...Sampai Bila Rakyat Terus Dimomokan Dgn CERITERA & HIKAYAT Sebegini Rupa..
- Achiez Eizhar · OICbila pemansuhannya dkuatkuasakan? knp perlu ada akta yg mggantikannye? ke just rebranding? penjenamaan semula..ini semua gula2 mnjelang pru13 dr penipu no1M'sia..
- Wan Irwan Wan Ismailxsangka semua org dapat tau skrip seterusnya selepas ini..
- Bone Anakjanik · Top Commenter · Works at Body guardYa saya sokong apa yang di memo oleh Suhaizan kayat Pemuda PAS Johor, Kita mahu PR permerentah di malaysia dalam 5 tahun ini, Supaya Rakyat malaysia yang Black list, Ctos dan 10 Tahun Bankarup c dapat Hidup lega di malaysia ini, Apa macam PR boleh kan.
- StevenKoay IIapa ini Wayang kat , kita tetap tumbang Be end hahaha......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan