Rabu, 7 September 2011

ADA YANG KOMEN BERTARAF DUNGGU...TUDUH PENGANAS TAK APE..YANG BIMBANG ALLAH KATA KAMU AHLI NERAKA..KERANA BANYAK ANJUR BENDA MAKSIAT....

Adik: Mat Indera bukan anggota PKM
Jimadie Shah Othman
Sep 7, 11
2:39pm

Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya.

Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.

suhaizan kayat baharom shah 070911"Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Baharum ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM.

Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Baharum (kiri) mahu kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan perlu dikaji semula.

"Saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.

Ditanya kenapa baru tampil untuk tujuan itu setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Baharum berkata, beliau pernah menyuarakannya melalui kajian sendiri dan penulisan tetapi tidak mendapat perhatian.

Katanya, sekitar tahun 1970-an, beberapa siri rencananya berhubung perkara itu disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

"Saya pergi ke arkib negara untuk buat kajian dan tulis tentangnya," katanya yang sebelum itu memulakan sidang media dengan mengajak pemberita menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah abangnya yang dikatakan kuat beragama.

Rangkaian komunis


Bagaimanapun, menurut pesara tentera itu, rekod tersebut tidak lagi disimpannya kerana hilang semasa berpindah rumah. Baharum kini tinggal berdekatan Cheras, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Suhaizan berkata, setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggotai Mat Indera diharamkan dan beliau sekali gus dikehendaki British, Mat Indera tiada pilihan selain menyertai gerakan gerila.

suhaizan kayat barom shah 070911"Sama ada beliau bekerjasama dengan komunis atau tidak, itu kena ada kajian. Sama ada beliau alat PKR atau memperalatkan PKM (untuk menuntut kemerdekaan). Sebab itu kajian perlu dibuat.

"Dan adakah menggunakan PKM untuk menuntut kemerdekaan menjadi satu kesalahan?" kata anak kelahiran Johor itu.

Malah, kata Suhaizan (gambar, di tengah), selain Umno yang berhaluan kanan, semua pertubuhan lain ketika itu diharamkan British.

Beliau berkata, dengan keadaan komunikasi terhad pada masa itu, Mat Indera juga sudah pasti tidak tahu kaitan antara PKM dengan rangkaian komunis antarabangsa.

"Yang dia tahu, di depannya ada sekelompok orang yang mahukan kemerdekaan," kata Suhaizan yang diberi kepercayaan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi berdebat berhubung perkara itu dengan Pemuda Umno.

  • Khairul Rizal Osman · Shah Alam, Malaysia
    Memoir Abdullah CD - buku yang amat menarik yang dihasilkan oleh Abdullah CD. Siapa dia Abdullah CD? Dia adalah pemimpin PKM yang seangkatan dengan Chin Peng. Muka surat 112-120 Abdullah CD ada menulis siapa dia Mat Indera. Mat Indera adalah ketua regiment ke 4 Komunis Melayu Johor.
  • Haidzir Omar
    Pada YAB Tan Sri Mahyuddin, pada pandangan saya tak perlulah layan si mat sabu ni, kita anggap aje dia ni bahrua DAP n PKR. Org macam mat sabu ni macam orang sonsang pikiran, politik punya pasal sangup jual melayu.
  • A Fun Dee · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Schlumberger
    haha.. semakin menarik... tunggu versi tv3suku pulak...
    • Abdulhadi Muhamad · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Tunggu interview TV3s dengan Jins Shamsuddin.
      Pengarah Bt Kepompong Umyes.
    • Razid Kasaok · Sek men keb senggarang
      mmng pn..semakin menarik kisah ni..aku semakin suka dn semakin sibuk dgn benda2 ni...hinggakn aku lupa bahawa x sepatutnya aku sesama melayu(nk kata sesama islam x bleh plk sbb aku x sama politik dgn yg lain,maklumlh sokong politik umno masuk neraka sbb x pilih islam hehehe)bergaduh..berbodohan sesama sendiri..berhinaan sesama sendiri..berkafiran sesama sendiri hnya krn nk menegakkn satu kisah yg dh berlalu hingga lupa nk majukn diri sdngkn bngsa lain sibuk memajukn bangsa sendiri tnpa kamu sedar..nk menuntut kemerdekaan bkn setakat berperang je..bnyk lg cr...
  • Abdul Rahman · Pengulas Tertinggi · Pondok Pasit Tumbuh Kelantan, UTM Sekudai
    buat kajian n siasatan, bebaskan pemikiran n kepahaman rakyat dari belengu penjajah baru umNO/BN...
    • Dani Baharuddin · Technical support di JMD System Advisor SDN BHD
      stuju sgt2..
      bebaskan pemikiran..
      umno ni copypaste british je..
    • Zainan Ahmad Ariffin
      Memang betul kata anda pejuang dikatakan pengkhianat bersubahat dengan british dikatakan pejuang. yallah bangang nya unMNO/BN ini
    • Mohd Jani Maasah · UTM
      kita ni jenis duka burukkan orang orang walaupun kain kita penuh dengan taik.dari dulu sampai sekarang fikiran kita yang dibelenggu kita kata orang yang salah. depan allah nanti jawab........... diatas kebodohan kita..... fikiran yang dungu untuk melihat kebenaran
  • Azhan Daud · University of technology iraq
    yang penting apa kata muhiddin sembab pasai mat sabu ajak debat tu.. perlukah dia pulak yang bertaubat dan mengelak dari digelar bacul oleh kj..? mari kita tengok sapa yang kena..?
  • Khairul Faizi Ahmad Kamil · Top Commenter · Murabbiton at Parti Islam SeMalaysia
    Pencerahan kepada sejarah negara kita sangat perlu dilakukan kerana kita terlalu bergantung kepada sejarah yang mengikut acuan penjajah. Sebab itu, usaha yang dilakukan oleh PAS perlu disokong oleh semua pihak.

    Saya masih menanti keputusan Pemuda UMNO Malaysia untuk menerima tawaran berdebat secara ilmiah dalam isu ini.
  • Khaidzir Kadry Abdul Kadir · UiTM Dungun, Terengganu
    Saya sgt sedih, melayu hari-hari bertelagah pasal isu-isu yg tidak memberi apa-apa menafaat kepada bangsa sendiri, surat khabar melayu, berita tv & online melayu baik kerajaan maupun sebaliknya asyik memainkan isu yg sama, sedangkan nasib bangsa kian meruncing, ekonomi bangsa kian menjunam, rata-rata usahawan melayu masih di takuk lama, anak2 muda melayu semakin punah, "Yang Lain" semakin ke depan, kita sedang ditinggalkan sedangkan kita masing2 sibuk dengan isu yg dah lapuk. Bertelagah lah pasal memperjuangkan nasib untung bangsa sendiri, supaya pertelagahan kita itu menguntungkan bangsa kita sendiri...aku dah letih dengan bangsa ku sendiri.Sedarlah wahai melayu.
  • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Inilah Jahatnya UMNO.. Penyambung Lidah British! Kalau dah Penasihat APCO YAHUDI.. Ni lah Wajah Sebenar UMNO! Padehal UMNO yg Menjalinkan Hubungan dgn Parti Komunis Cina CPC - UMNO Pernah Tuduh Ulama' Ibrahim Libya di memali bersama Pengikutnya sebagai Komunis! Mereka dibunuh kejam oleh Polis Malaysia kerana Fitnah UMNO! UMNO! UMNO juga baru baru ini menuduh BERSIH jugak Komunis.. Same je Tuduhan British dulu dengan UMNO.. SAH LAH UMNO BARUA BRITISH! Video LAPAN FAKTA BERKENAAN MAT INDERA - http://www.youtube.com/watch?v=Kp2KB3gQ1g8.
    • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      Mari Kita Tengok Pulak Video Bagaimana Ulama' Ibrahim Libya dibunuh kejam oleh Polis malaysia angkara Fitnah UMNO menuduh mereka sebagai Komunis!! kalau Ulama' boleh dituduh Komunis? inikan Mat Indra - www.youtube.com/watch?v=bOaGU_AsZmc
    • Junus Malang · Top Commenter
      ape yg umno buat semuanye x betul...sekarang ape yg kamu rasa nikmatnye hidup dimsia ni...atas hasil usaha sape...adakah mat indera..mat sabu atau pembangkang..kamu ibarat katak dlm tempurung...buta sejarah dan buta hati..
    • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      nak Menipu lagi sejarah tu? kah kah.. Junus Malang memang betui malang... kalau takde pejuang macm Macam mat inndra - tok janggut - D maharaja lela gua rasa sampai sekrang Malaysia dijajah British!! tapi sekarang dah advance.. Malaysia bawah Najibji Barua APCO YAHUDI!! kah kah kah
  • Demi Rakyat · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Jingga 13 merasa kesal kegagalan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) utk bertemu bagi menerima memorandom tetapi kami berjaya untuk menyampaikan memorandom yang sama kepada pihak SKMM! Diharap SKMM bertindak segera dalam penyiasatan terhadap laman blog Sitt Al-Wuzara dan menangkap dan mendakwa serta menjatuhkan hukuman yang seberat-beratnya!
  • Ikmal Zainal Jr. · Top Commenter · MultiTasking Worker (Powered by Intel) at KOPMAYA
    Lama2 pekong di dada makin tersebar... kita tgk lah berita2 songsang mlm nih,.,, ape yg nk di katakan..
  • Zackry Wak · Top Commenter · UTM
    Makin bercelaru Sejarah Malaysia nie, mana yang betul mana yang salah? Kalau nak dibetulkan balik mungkin ramai yang akan bersedih dan terluka hatinya, kalau tak dibetulkan sampai kesudah takde siapa akan tahu kebenaranya.Prof KKK kata Tanah Melayu tak pernah dijajah tapi kenapa perlu meminta Kemerdekaan dari British?
  • Rais Khalil
    Semua orang tak mahu mengaku jahat. Kalau anak jahat, emak bapak, adik beradik tak mengaku. Mereka kata keluarga mereka semua baik-baik belaka. Tak perlulah nak menegakkan benang yang dah berpuluh tahun basah. Buang masa jer.
    • Farish Steve Amir
      Rais Khalil;jgn lupa Azwan Ali prnah mengutuk prangai umi hafilda di media....kuarga dia sndri tuh.
    • Alfa Abdullah · Top Commenter · Associate Software Engineer at INix Technologies Sdn Bhd
      "Segerakan penyiasatan, bawa sejarahwan kaji," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.

      sbb 2 dia suruh siasat..yg kerajaan huru hara 2 asal..siasat je la..klu salah ckp salah..ni blm ape2 dah ckp yg bukan2..
  • Zainulfaqar Yaacob · Top Commenter · Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Saya memandang tinggi mengenai kenyataan waris Mat Indera ini. Tetapi saya tertanya-tanya, dari mana Mat Indera dapat senjata? Bersama siapa Mat Inder bergabung lalu bertempur dengan 'Barua British' di Rumah Pasong Bukit Kepong itu?
    • Zainulfaqar Yaacob · Top Commenter · Universiti Malaya, Kuala Lumpur
      Saya harap, pertanyaan saya ini tidak membuatkan saya dituduh sebagai pro Umno atau 'Barua Penjajah'.

      Ini kerana, pertanyaan sebegini merupakan antara proses meneliti sumber yang sebenarnya adala proses biasa dalam disiplin sejarah atau lebih tepat dikenali sebagai 'Kritikan Dalaman Sejarah'. Silakan...
  • Azree Persie · Top Commenter · Uthm
    xda siapa kat mat indra komunis.. tp yg serng balai polis mmg komunis..tu fakta..yg bunuh angota polis juga komunis dan yg bunuh penduduk kg jugak adalah komunis...mat sabu kata yg serg balai adalah pejuang kmerdekaan, jika yg serg itu komunis maka adakah layak komunis dikatakan pejuang..??? sdgkan komunis hanya pjuangkan negara/pentdbiran komunis jika bjaya jtuhkan british...tq
    • Abd Manaff Mat Yusoff · Top Commenter · Works at OYL R&D CENTRE
      tak payah cakap banyak,kalau kerja dengan british sebelum merdeka ,memang sah dia orang tu tali barut penjajah...habis cerita...
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Bro Azree, yang bunuh Ibrahim Libya dan 17 orang penduduk Memali ketika lepas solat subuh tahun 1986 tu siapa? Apakah jenayah yang dilakukan oleh penduduk Melayu Islam Memali sehingga dibunuh dgn begitu kejam oleh pihak berkuasa Malaysia? Bro, pemimpin umno sebelum merdeka adalah agen dan tali barut Inggeris!
  • NajLa AnJali
    kalu buta sejarah jangan tuding jari kat org lain...p ngaji len atau pun tanya org yang lebih ariff...ni dak..org kata depa pun nak kata...org cakap depa pun nak cakap...padahal tak tetahawan pangkal hujung cerita sejarah....main ngan umno ni semua tak kena hah...
  • Azlisham Jaffar · International Islamic University Malaysia
    Bukan anggota PKM tetapi anggota bintang tiga...samalah tu.
  • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
    http://kingofgoblok.blogspot.com/2011/09/222-parlimen-di-malaysia-telahpun-di_07.html

    MISI TUKAR KERAJAAN TELAH BERMULA.JOIN KAMI UNTUK BERSAMA SAMA HANCURKAN BARISAN NASIONAL..
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    emmm rakyat makin muskil...adiknya kata arwah mat indera bkn ahli komunis.tp catatan ketua rej 10 komunis melayu abdullah cd kata mat indera ahli rej 10 dan bersama 200 komunis serang bukit kepong.....emm
  • Suara Dari Bumi · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Kerana nak tubuh negara islam ...pas makan babi demi nak dapat sokongan salah ke tak ?.....sama le nak tuntut kemerdekaan jadi ketua gerila komunis....boleh ke tak?
  • Ashaha Lee · Top Commenter · Sek men bukit mercu kuala kangsar
    TULIS SEMULA SEJARAH DAN KUMPULKAN SEMUA NAMA MEREKA YG TERLIBAT MENENTANG PENJAJAH INGGRISH SEBELUM MERDEKA, DAN JANGAN KITA JADI SEPERTI USA MENUDUH MANA MANA NEGARA YG TIDAK SEKEPALA SEBAGAI PENGANAS.

MB Johor: Mat Indera pengganas
Sep 7, 11 7:33pm

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

abdul ghani othman bangsa malaysia 061106 talking"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor hari ini.

Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.

NONEAbdul Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.

Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.

- Bernama



Mat Indera: PAS persoal dakwaan Khoo Kay Kim
Jimadie Shah Othman
Sep 7, 11
3:05pm

PAS Johor mempersoalkan tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera - atau Mat Indera - seorang pengganas tanpa membuat sebarang kajian berkaitan.

"Adakah (Tan Sri) Khoo Kay Kim ada kajian tentang Bukit Kepong dan Mat Indera? Kalau dia sendiri tiada kajian, bagaimana dia boleh tolak kajian orang lain," kata Ketua PemudanyaSuhaizan Kaiat.

suhaizan kayat barom shah 070911Sehubungan itu, Suhaizan (gambar kanan, di tengah-tengah) mempersoalkan kenapa gelaran negatif terus digunakan kepada Mat Indera sedangkan ia diberikan oleh British.

"Ini keputusan British.

"Mat Indera sendiri orang yang tegas dan tegar sehingga dalam lokap pun dia ludah orang British," katanya yang diberi kepercayaan oleh timbalan presiden PAS berdebat dengan Pemuda Umno dalam isu itu.

Sementara itu, mengulas kesahihan fakta berhubung Mat Indera dalam buku terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ), Suhaizan tidak menjawab secara langsung sebaliknya membacakan satu persatu nama ahli akademik terkenal yang menjadi anggota jawatankuasanya.

"Adakah dia (YWJ) sendiri terbitkan dokumen yang salah? Ini bukan dokumen diterbitkan individu. Ini dokumen rasmi yayasan bawah kerajaan Johor," katanya.

'Umno Johor beza pandangan'

Media arus perdana hari ini melaporkan Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dalam Buku Pengukir Nama Johor walaupun namanya disenaraikan.

Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada seorang pengganas komunis atau pejuang.

NONESuhaizan juga yakin pandangan dalam buku itu selari dengan pandangan Umno Johor dan pemimpinnya di peringkat negeri.

"Saya cabar Umno Johor cakap mereka setuju dengan keputusan British bunuh Mat Indera.

"Saya hendak tengok macam mana mukanya."

Suhaizan berkata, beliau yakin pemimpin Umno Johor mempunyai pandangan berbeza dengan pimpinnya di peringkat pusat. berdasarkan pendirian terdahulu dalam perbagai isu sebelumnya.

Isu tersebut, antaranya dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan penolakan terhadap usaha memperkenalkan judi bola sepak, tambah Suhaizan.

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Prof Kangkung Barua UMNO ni dia tuduh Mat Indra Komunis.. Dia kata Mat Inra bukan Org Melayu Tulen dan dilahirkan di Seberang - Gua Nak Tanya Prof Kangkung Khoo kay Kim ni... Dulu Lu asal mana? tok lu dulu bukan Pendatang? sape Pendatang.. Mat Indra ke atau Khoo Kay Kim yg Pendatang? Kalau Tengok Muka muka sape lagi Dekat Macam Komunis? tak ke muka Ko Prof kangkung khoo Kay kim.. kah kah kah kah.
    • Tiara Slam · Pengulas Tertinggi · High school
      khoo kay kim terpaksa sokong umno kalau sokong mat sabu lagi senang kena cop komunis sebab dia cina.
    • Farish Steve Amir
      Prof CarMa.....ma.umporno ckp di hangguk2..tada geleng2
    • Faizal Jamil · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Maxwell
      ni lagi bangsat punyer profesor......bukan kangkung dah nie....balaci UMGOK dah nie.....lepas nie terus dapat TUN lah pulak kot...!!!...merapu punyer sejarawan...ingat ke lagi belajar tinggi2 lagi cerdik....tahap pemikiran yg membangangkan diri sendiri...
  • Khirrudi Kajaga · Pengulas Tertinggi
    tan sri khoo kay kim sejarahwan, tetapi tidak semua dia pasti tahu. mat indra tetap pengkhianat kerana menentang british. pada masa itu british didapati membantu melayu UMNO, untuk meneruskan sistem inggeris di tanah melayu. sejarah akan berubah seluruh nya kalau indra diterima sebagai pahlawan/pejuang. kenapa UMNO suka bangkitkan isu ini. tidak kah mereka tahu ini telah menaikkan nama Mat Sabu dikemuncak glamour nya. kata mat sabu, UMNO gali kubur nya sendiri. tan sri khoo kay kim, biarlah bercakap macam profesor, bukan pencacai bodek UMNO.
    • Abdulhadi Muhamad · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Prof akan jadi liabiliti Umngok tumbang.
    • Madzani Nusa
      Interprestasi sejarah perlu dirombak kembali sekiranya tidak terdapat percanggahan... terpulanglah nak ikut yang mana, nak ikut gaya penulisan penjajah kah atau gaya penulisan tanahair... sekiranya Mat Indera dianggap pengkhianat, maka buku sejarah yang diajar sekarang ini perlu dirombak dan melebalkan pengkhianat kepada Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela, Dol Said, Mat Salleh, Antanom, Rentap, Sharif Masahor, Rosli Dhobi, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Helmi, Sahsiah fakeh, Ibrahim Mohammad, Pak Sako, Rashid Maidin, Haji Abd. Rahman Limbong, Raja Abdullah dan yang seangkatan lagi kerana mereka ini adalah penentang penjajah malah Dato' Bahaman juga mengetuai penyerangan Balai Polis Lubuk Terua... Tok Janggut juga adalah yang membunuh seorang Sarjan Berbangsa Melayu di Kelantan apabila ditangkap.... Sekiranya nama-nama di atas dianggap sebagai pejuang kemerdekaan sebagaimana yang dicatatkan dalam buku-buku teks sejarah yang diajar disekolah, maka Mat Indera juga perlu dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.... Walaupun ia mengikuti PKM, tetapi tidak semestinya di berfahaman Komunis.... mengikuti fahaman sesuatu adalah berbeza dengan mengikuti Parti.... selepas Jepun, gerakan yang jelas menentang penjajah secara kekerasan adalah PKM, PKMM, API, AWAS yang mana ia adalah MPAJA-PUTERA yang menentang secara diplomasi pula adalah UMNO dan IMP...
    • Arteta Harith · Pengulas Tertinggi
      ..kalau prof khoo kasi hujah korang cakap bodek UMNO yg pembangkang tak habis2 pakai pro kangkun aziz bari pula kita nak labelkan apa..penjilat bontot anwar ke?...hehe... nasib baik bontot anwat kalau bontot lim kit siang..busuk ma.. tarak basuh...hehe...
  • Nurin Najwa · Pengulas Tertinggi · Perth City, Western Australia, Australia
    yang komen ni sah2 bodoh x bleh diajar, pandai x bleh diikut..ha laaa orang melayu2..:)
  • Ariff Mn · Sementoji
    Lawan penjajah bagi saya adalah hero. masa jepun tawan tanah melayu, komunis diberi senjata oleh bristish untuk 2long lawan jepun. so sape yg kata lawan penjajah sebelum merdeka adalah penganas. so bristish dan sekutu dia pown d kira penganas juga la oleh pemerintah jepun masa tu...
    • Norhayati Saim
      Ariff...Mat Indera tu ruper nya org kg akak jgk laa....siannya. Pernah membantu menyelamatkn mangsa bukit kepong, pernah jd guru agama....tp akhirnya d katakn pengganas....sedih dgr kenyataan ahli keluarganya.
    • Ariff Mn · Sementoji
      british jer yg kata mat indera tu penganas... sama la macam dato bahaman, mat kilau, dato maharajalela, tok janggut dan lain2 ikut kata british mereka semua tu penganas.... polis yg terkorban tu kita sanjung sebagai amanah dalam tugas, tapi perjuang tetap perjuang... lain lah dah merdeka pown masih nak berperang menuntut kemerdekaan. itu baru pengganas. klu ahli keluarga polis yg berkerja dengan penjajah british merasa terkilan maka ahli keluarga yang bekerja dengan jepun pown boleh merasa terkilan dengan tindakan british masa tu... persamaan british ngan jepun.. penjajah, beza jepun lebih kejam dr britsh walaupun british mmg kejam jugak
    • Norhayati Saim
      ha ha ha.....
      mn lg kejam org yg x nk buka mata n minda....minda msh terjajah kot.... kt dia pengganas???...pikir2x kannn....
  • Hailee Harry · Pengulas Tertinggi · "God of Construction" di God
    Be honest and truthful, PROF! We had learn all the spin version of history in school over the years. SHY!
  • Mentenet Kedek · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    kho kay kim ckp malaysia x pernah dijajah...klu x penah dijajah napa pula kita sambut merdeka. merdeka dr apa. jepun. napa x smbut merdeka pd tarikh jepun mngaku kalah. np sambut merdeka pd tarikh pnyerahan tampuk pmerintahan negara oleh british pd kita. pro khay kim paham x istilah merdeka. lainlah amerika tu..xnah dijajah..hanya sambut ulang tahun penubuhan ja..

    wlupun aku ni bdk kampung tanam jagung ja..tp trasa malu gak ada prof dlm negara ni sebangang prof nordin kardi n prof naib censelor dr UUM tu..apa nama x tau..huhhhh! x sior teman!
    • Normah Othman · Friends with Yob Tualang Sekah
      khoo kay kim buat kajian sejarah masa nk dptkn phd jer lepas dh dpt sebuk buat kejian la pulak mengikut arahan org umnobn.
    • Atan Khalid · Top Commenter · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
      Kalau doremon betulx wujud, aku rasa nak panggil dia untuk tunjukkan rakyat malaysia kisah sebenar sejarah Tanah Melayu.
    • Marc M. Sambag · Top Commenter
      Mentenet Kedek..memang btl Msia x pernah dijajah. Msia dibentuk pada 16/9/1963. Yg dijajah ialah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak....Slps pembentukan Msia, Msia x pernah lagi dijajah. Pls la MK jgn bawa pemikiran tahap penanam jagung dlm forum ni..bikin besar MALU
  • Fitri Aziz · Friends with Bumiputera Berjaya
    amboiii, ramainya ahli sejarah kat sini. baru kenal sejarah pas isu nie, gaya komen mcm dah kenal sejarah berpuluh tahun. jgn bodohkan diri dgn kepentingan politik anda semua, tak kire anda penyokong tegar mane2 parti politik, pandang isu nie sebagai manusia yg neutral. korang kutuk2 prof. khoo khaa kim dye dah jadi prof emiratus. yg duk kutuk2 nie ape mcm skang? emiratus ke anda? bukan nak sokong beliau ke ape, tapi jgn sebab anda nie penyokong tegar mane2 parti politik anda boom org senang2 jer. takat blaja sejarah pown tyme skolah menengah ituh pown sbb nak pekse, jgn nak sebuk komen lebih2! diam diam sudahhh!
    • Thaharel Bahardin · Friends with Ezati Idayu
      Ahli Sejarah kita dah bersuaraaaa~
    • Zamzuri Mustapha · Universiti Teknologi MARA
      gelaran prof emeritius diberikan oleh pihak universiti...
    • Fitri Aziz · Friends with Bumiputera Berjaya
      tak kesah lahhh, mane2 yg bagi. saya rase semua org baru dgr pasal mat indra nie. so jgn cepat sgt melatah bagai. kire kalau khoo kha kim sokong statement mat sabu, maka dye di puji. tapi sbb dye wat statement bangkang mat sabu maka dye dikatakan geng2 umno. ini yg terjadi biler fanatik politik tak bertempat. membati buta dalam mengeluarkan statement sbb terlampau benci dgn umno n terlampau sokong dgn pas. maka ape umno buat dikatakan salah n ape pas buat dikatakan betul. ingat tak semua kita betul dan org lain salah.
  • Khairul Azhar Al-Khanaeni · Top Commenter · Operator Pengeluaran at KILANG
    kagum dgn prof khoo khay kim. die berckp berdasarkn ilmu. bkn berckp ats dasar kepentingan politik.
    • Hairri Mohd · Top Commenter · Michigan
      dan saudara pula ikut membuta tuli tanpa usul periksa. Tahniah.
    • Acier Tomatoman · Top Commenter
      sy pon kagum, sbb ilmu dy tahap 2 je bila berckp. dn ramai akn tw ilmu dy d tahap mane, kn kn kn?
    • Khairul Azhar Al-Khanaeni · Top Commenter · Operator Pengeluaran at KILANG
      hairri, saudara pun berckp ats dsr sentimen politik..

      acier, pergi la tnya khoo khay kim. org sejarah ni sntiasa membaca dan mengkaji. xde ms nk berpolitik..
  • Ahmad Safwan Idrus As-Sabahi · Top Commenter · Universiti Perbomohan Malaysia (UPbM)
    hehe....hari tu semua nak jadi ulama, hari ni nak jadi sejarawan, esok nak jadi apa pula?
  • Ramesh Rao Adari Naidu · Top Commenter
    Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983).

    KEMUDIANNYA., PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.
    • Kamarul Nizam · Top Commenter · Mentakab
      sebenarnya kau tak baca .. or yg kata UMNO adalah kafir adalah org UMNO sendiri.. mereka la yg selalu mainkan isu ini... ... hampeh... tp bg aku kalau UMNO itu menyokong yg kufur .. patut la dinilaikan semula....
  • Silauan Mentari
    Kenang lah org2 yg terdahulu yang bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan nagara kita.tak kira sapa mereka yang pasti niat mereka yang murni tu dan yang penting jugak sekarang ni kita taklah dijajah oleh orang putih atau komunis.
    • Silauan Mentari
      Jangan kita terus bertelagah macam ni wahai saudara2ku semua.Jangan lah sampai perkara ini dan yang lain2 berterusan.Kita tak nak anak cucu kita menyalahkan kita bila negara ni dijajah semula oleh orang putih atau komunis.Pertahankan apa yang kita ada wahai saudara2ku semua.Orang luar sentiasa menunggu kelemahan kita.Tahu lah semua orang melayu akan hancur oleh orang melayu juga.Jangan kita diperalatkan!
  • Ahmad Bohari · Works at MDKpr
    moh kita ludah pulak org umno/bn tu.tuihh...
  • Buzze Azam · Top Commenter · Universty of salford manchester
    Orang politik semua ni toksah sibuk nak bagi komen bab sejarah negara lah. Korang ni bukan apa. semua sibuk melobi jadi ketua bahagian la, setiausaha politik menteri la, sibuk nak bertanding jadi ketua pemuda umno la, sibuk nak kekal jadi MP Rembau la.korang debat pasal kucing yg mati kena dera kat damansara baru-baru ni lagi baik la. Sengal!
  • Musang Berjanggut · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    Kalau Apek Khoo Kay Kim tak sokong UMNO... nanti Tan Sri kena tarik balik, nanti Jawatan kena tarik balik... nanti dia takder kerje dan orang tak hormat dia.... mungkin dialah yang menulis kembali Sejarah Malaysia ikut acuan UMNO... sebab tu dia takut semacam je... takut terkantoiiii
  • Masmin Kadad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    betul prof...Malaysia ni x pernah dijajah..sebab negara baru 1963,, yg dijajah tu Malaya, Negara Sabah, Negara Sarawak, Malaya, N. Selat..Harusnya bukan Hari kemerdekaan..Malaysia tapi Hari Perayaan Pembentukan Malaysia. Jd. sgt salah kalau sambut Hari Kemerdekaan Malaysia..merdeka dari siapa? Kalau kemerdekaan Tanah Melayu wajar 54 tahun..kalau NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MERDEKA BARU 63 OGOS....?
  • Rizal Abu Bakar · Top Commenter · Pembantu kebudayaan at Nohara world corporate
    SATU LAGI KEHEBATAN ALLAH BILA mat sabu bercerita pasal mat indera semua terbongkar maka lahirlah pndapat dan idea2 baru........tpi kjaan tika masih lagi menidakkan........
  • Ishak Ahmad · Top Commenter · Ilp
    Prof ini berminda penjajah asal dari kaum yang mendatang? ilmunya ade tetapi cari makan be?
  • Azhari Ahmad · Top Commenter · Maktab perguruan kinta ipoh
    rupanya d malaysia ni ramai prof CARMA dan Kangkung...macamana nak lahirkan pelajar minda kelas pertama, prof pun dah tumpul fikirannya....
  • Muner Abdillah
    Rupanya dari sejak kecik lagi kita ditipu oleh cikgu sejarah!
  • Suara Dari Bumi · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Orang johor tahu dan yakin Mat indera adalah komunis ...dan mat sabu juga komunis.
  • Bumi Langit · Friends with Bumiputera Berjaya
    bila barua british nak tuduh tok janggut british?
  • B.s. Lim · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    dia betul sejarahwan kah? bagi saya dia tu bukan!
  • Azizul Khaidirl · Top Commenter · Executive Aset Management/Logistics/ security at Agensi Bawah KSM
    Wau! Hebatnya siap persoalkan orang yang dah belajar and kaji sejarah tu..siapa kita? belajar sejarah ker? SPm pun agaknya dapat berapa? orang tu dah sampai tahap professor tu..sedar2lah sikit..cubalah insaf sikit..geli hati aku tengok korang yang tak dapat berfikir disebabkan oleh sentimen semata2...aduh! Giler yer..
  • Zainan Ahmad Ariffin
    ya allah selamat kan negera ini daripada kepimpanan selalu menipu raayat.
  • Zamsuri Zakaria · Top Commenter · 59 years old
    kini prof KKK pula jadi mangsa, jadi yang hebat ialah MAT SABU, pandai buat isu, kini kita terus kenal siapa KKK dia bukan sejarahwan tapi umnowan.
  • Azwan Hashim · Top Commenter · Binary College
    Prof cari makan. Biar jadi pecacai dari tak ada makan.
    Macam ni standard Prof?.

    Apa pun umno suka...
  • Shabri Ismail · Top Commenter
    pasal bola leh la dia bg pendapat.
  • Fbi Ibam · Top Commenter
    Tan Sri Dr. Khoo hanya memberi pendapat seperti Mat Sabu. Tiada kajian spesifik yang di jalankan oleh Prof. Khoo seperti juga Mat Sabu. Ulasan beliau hanya berdasarkan apa yang tertera di dada akhbar. Pihak yang bersalah dalam pekara ini ialah Utusan Malaysia yang suka mencari publisiti murahan dan menambah sesuatu yang tiada demi untuk mensensasikan akhbar mereka yang kian merundum.

    Kita patut berterima kasih terhadap tokoh sejarah ini yang banyak mengkaji tentang Malaysia dan penubuhannya. Tidak ramai tokoh lebih-lebih lagi tokoh sejarah melayu yang dapat memberikan jawapan secara ilmiah tentang sejarah Malaysia. Mungkin kajian beliau belum merangkumi keseluruhan pejuang bangsa lebih-lebih lagi tokoh tersebut merupakan tokoh yang di cap sebagai penderhaka oleh pihak British.

    Kesimpulannya marilah kita memberi peluang untuk pengkaji sejarah membina semula sejarah Malaysia demi keadilan dan ketenteraman roh mereka.
  • Ubah Rakyat Mansang
    Di Sarawak Rentap & Rosli Dhobi tetap dianggap pejuang walaupun menentang British Raja Brooke, Tun Jugah tetap dianggap Wira walaupun bersama British. Tetapi ada satu nama yg senasib dgn Mat Indera dan tidak akan dikenang dlm sejarah sebagai pewira di sarawak kerana berhaluan kiri iaitu UBONG, walapun dia tetap mempertahankan Sarawak.
  • Drs Mohd Rashdi · Penyelaras DUN Sg.Burong at Kerajaan
    ahli akademik pun harus profesional..ahli politik jangan cepat melatah..cari titik persamaan dengan penuh WARAS..
    • Roslan Ar Roslanrar · Top Commenter · Smk aminuddin baki
      sebab tu Suhaizan tanya Prof Khoo ada buat kajian atau tidak tentang Mat Indera dan Bukit Kepong. Kita tunggu jawapan Prof Khoo. Itu bukan melatah tapi satu cara mendapatkan titik persamaan.
  • Shamri Ibrahim · Malaysia at PDRM
    nie la jadinya bila sejarah pun dipolitikan....
  • Zanhafiz Hashim · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    sebab nya kerana semua tu talibarut british....
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    baik buat perjumpaan pas dgn khoo kay kim....dia profesor emiritus so baik jumpa drp ckp dlm paper....
    • Ahmad Kamil Harun · Top Commenter
      aku setuju... Org politik bercakap pada media, org akademik pun nak bercakap pada media. Kalau betul2 nak settle, menteri kebudayaan kesenian dan warisan boleh panggil semua ahli akademik, pembikin filem, universiti2 duduk semeja dan selesaikan. Ni pak menteri pun diammm jeee...
  • Pauzi Mohd · Top Commenter · Sungai Petani
    Profesor yang tak tau sejarah, yang dia tau sejarah umno sajer cina tu, boleh blah...

Tiada ulasan: