Khamis, 29 September 2011

RAKYAT MAHU KEADILAN..LAKSANA HUKUM ALLAH..TIADA MEMBAZIR..TIADA ADA KRONI..FITNAH..PENIPU .BARANG MURAH DLL

Rugi: Pekerja MAS tidak maafkan Mahathir | Print |
Muhammad Faizal

SUBANG JAYA, 28 Sept: Isu penggabungan syarikat penerbangan Airasia dengan Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) semakin hangat diperkata sehingga menimbulkan bantahan dari pelbagai pihak termasuk Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU).

Dalam satu temubual bersama Setiausaha Agung Maseu, Ab Malek Arif di pejabatnya hari ini, beliau menjelaskan MAS mempunyai banyak aset, kenapa perlu penggabungan dengan syarikat yang kecil seperti Airasia yang hanya baru bertapak.

"MASEU memang tidak setuju dengan penggabungan tersebut kenapa MAS yang mempunyai banyak aset perlu bergabung, ini menjadi satu kemusykilan dan persoalan.

"Secara jelas saya katakan dalam penggabungan ini, kita hanya nampak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes hanya di hadapan sedangkan yang memainkan peranan di belakang masih ada lagi tangan-tangah ghaib.

"Kita tahu Tony tidak akan dapat berbuat apa-apa jika tiada mereka yang mempunyai pengaruh di belakang. Tony datang di bawah arahan pihak tertentu dan ini diketahui oleh kakitangan MAS,” katanya.

Sebenarnya, kata beliau tangan ghaib ini telah wujud sekian lama semenjak zaman Tan Sri Tajuddin Ramli menjadi Pengerusi MAS apabila Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamed melantik Tajuddin menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman walaupun pada waktu itu MAS sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun.

Katanya, manakala semenjak pengerusi ditukar MAS bukan sahaja tidak untung malah terus rugi setiap tahun.

Tambah Malik lagi sehingga sekarang kakitangan MAS masih memarahi dan tidak maaf apa yang telah dilakukan oleh Mahathir itu.

"Secara jelas kakitangan MAS tidak maafkan Mahathir sehingga sekarang persoalan timbul kenapa individu yang boleh membawa keuntungan kepada MAS ditukar dan membawa masuk mereka yang telah menyebabkan MAS rugi teruk.

"Tidakkah ini menunjukkan ada individu yang berpengaruhi di dalam politik mahupun kerajaan?” soalnya.

Justeru, beliau ingin menyatakan sejak Januari hingga Mac tahun 2011, MAS mengalami kerugian RM270 juta manakala dari April hingga Jun kerugian bertambah dan hampir RM500 juta.

Keadaan ini, ujarnya menyebabkan kakitangan MAS tidak boleh terima, jelas ada sesuatu yang berlaku di sebaliknya.

"Kenapa kerugian ini terus berlaku dan persoalan kenapa kerajaan tidak memanggil Abdul Aziz kembali jika selama ini dibawah beliau kita tahu MAS sentiasa untung," ujarnya lagi.

Setiausaha Agung MASEU itu memberitahu mereka bersetuju jika ia adalah kerjasama biasa tetapi penggabungan yang membolehkan Tony masuk ke dalam MAS tidak boleh diterima.

"Kerjasama biasa kami boleh terima tetapi jika selain dari itu kami tidak boleh terima kerana kita tahu Tony bukan sahaja masuk untuk dirinya sendiri tetapi bersama-sama tangan ghaib yang ada di belakangnya, apa akan jadi. Tony tidak boleh buat macam AirAsia.

Katanya, kedatangan Tony dengan tangan ghaib itu bukan sahaja ingin mengambil MAS tetapi akan turut mengambil MASKargo dan juga Maintenance Repair Overhaul (MRO).

“Kita tidak mahu ini terjadi.

"MAS adalah hak rakyat dan kerajaan adalah pemegang amanah, kalau ada mana-mana orang dalam kerajaan mahu memberi MAS kepada individu sepatutnya ia dibentang di Parlimen bukannya dibuat mengikut kuasa yang dimiliki oleh mereka," sambung beliau lagi.

Malik menegaskan sekali lagi perancangan awal pengabungan ini akan dilakukan sebelum bermulanya Sidang Dewan Rakyat tetapi apabila perkara ini telah hangat perkara tersebut dilengahkan.


Bangun dulu tapak flat Pekeliling sebelum Kg Baru | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar terlebih dahulu membentang dan melaksanakan projek pembangunan semula tapak flat di Jalan Pekeliling dan Jalan Kuching sebelum mendesak Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru.

“Kenapa begitu terdesak untuk menubuhkan Perbadanan itu yang penduduk Kg. Bharu sendiri tidak bersetuju?” tanya ketuanya, Kamaruzaman Mohamad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPWP, katanya melihat pihak kementerian gagal dalam merujuk keutamaan perancangan pembangunan di Kuala Lumpur dan mengabaikan kehendak rakyat.

Menurutnya, pada masa ini rakyat di Kuala Lumpur khususnya kalangan yang berpendapatan rendah mahu cadangan asal pembinaan semula tapak Flat Jalan Pekeliling dan Jalan Kuching dengan setiap unit rumah mempunyai 3 bilik berbanding sebelum ini diteruskan.

Katanya, flat-flat berkenaan telah lama dikosongkan dan kini menjadi tempat pembuangan sampah dan aktiviti yang tidak bermoral.

Menurutnya lagi, DPPWP yakin bahawa adanya kepentingan tertentu yang mahu menggadaikan tanah Kg Bharu yang letaknya di tengah-tengah Kuala Lumpur, sedangkan Flat Jalan Pekeliling dan Jalan Kuching agak jauh dari segitiga emas yang disebutkan dalam pelan transformasi negara baru-baru ini,” katanya.

Disebabkan itu, ujarnya pembangunan di tapak Flat berkenaan dianaktirikan dan kontraktor yang diupah untuk meruntuhkan bangunan lama itu gagal menjalankan tugas sejak sekian lama.

“Pihak Menteri dan DBKL perlu berikan jawapan di atas kegagalan itu,” ujarnya.

Beliau menambah, tidak mustahil kegagalan yang sama berlaku kepada pembangunan Kampung Baru.

Baginya, mula-mula sahaja ianya jadi panas, tapi bila masuk kepada fasa perlaksanaan pembangunan, semuanya akan jadi sejuk dan duit rakyat yang dilaburkan habis disapu oleh kontraktor kroni tanpa sebarang hasil.

“Akhirnya penduduk Kg. Bharu juga yang jadi mangsa,” katanya.

Justeru, katanya DPPWP bertegas agar pihak menteri bertanggungjawab dan memastikan tanah-tanah awam yang sepatutnya dijadikan tapak perumahan rakyat tidak digadaikan untuk kepentingan komersil.

Menurutnya, masalah perumahan dan harga rumah yang mahal di Kuala Lumpur menyebabkan ramai rakyat tempatan di wilayah ini berpindah ke luar. S

“epatutnya ini tidak berlaku jika tanah yang ada disusun atur kegunaannya untuk membina lebih banyak rumah-rumah kos rendah untuk rakyat selari dengan pembangunan zon-zon komersial yang ada,” katanya.

DPPWP juga ujarnya, mengingatkan menteri agar tidak sesuka hati menyentuh tanah di kampung-kampung tradisi dan dan Kampung Baru dengan alasan pembangunan sebelum mendapat persetujuan penduduk.

“Hormatilah hak rakyat yang telah puluhan tahun menjadi penduduk di Kuala Lumpur ini,” ujarnya.

Kepada warga Kuala Lumpur, pastikan wilayah ini tidak digadaikan dan teruskan mengundi wakil-wakil rakyat Pakatan.

Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Rakyat bukan mahu PM naik bas atau basikal | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Rakyat sudah bosan dengan retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal.

“Selaku Perdana Menteri, rakyat tidak kisah jika kamu gunakan peruntukan yang dibenarkan berpada-pada tetapi yang penting kami mahu kamu menguruskan ekonomi dan negara dengan adil dan saksama,” kata Pengarah Sekreteriat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim.

Beliau turut menyentuh pengisytiharkan 12 resolusi pada Ahad lepas hasil dari permukiman dua hari yang menghimpunkan semua pengarah, penyelaras di peringkat pusat negeri dan wakil-wakil perbagai segmentasi anak muda.

Katanya, hasil diskusi panjang yang turut menghadirkan beberapa orang sumber dari perbagai latar termasuk ahli politik pembangkang, ahli politik pemerintah, cendiakawan, wartawan dan aktivis.

Menurutnya, bukan sekadar 12 resolusi diangkat tetapi turut dibincangkan ialah program-program partikal bersesuaian dengan resolusi tersebut, namun semalam muncul cakap-cakap yang mengatakan sebuah sayap parti politik telah meniru salah satu resolusi yang diangkat SAMM.

Dalam 12 resolusi SAMM terkandung dengan jelas salah satunya berbunyi: Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMMmelancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalammenyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

Manakala semalam, jelasnya sebuah sayap pemuda sebuah parti politik pula mengumumkan akan mengadakan kaji selidik untuk mendapat pandangan orang muda seperti yang dicadangkan oleh SAMM.

Untuk pengetahuan semua, katanya SAMM tidak kisah lansung jika ada pihak meniru mana-mana cadangan SAMM.

“Sememangnya usaha kami bermukim secara serius dan berhempas pulas berhari-hari untuk melahirkan resolusi ini sebagai pedoman terhadap gerakan muda,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bukan sahaja satu resolusi tersebut tetapi SAMM mengajak semua penggerak organisasi anak muda agar dapat sama mengangkat semua resolusi terbabit, juga sama mendesak pihak berkenaan untuk merialisasikannya demi kebaikan rakyat terbanyak khususnya massa muda.

“Seperti mana Pakatan Rakyat yang telah mengeluarkan Buku Jingga dengan janji 100 hari jika diberi mandat, oleh kerana cadangan ini baik dan amat menarik, maka Perdana Menteri Malaysia sendiri telah meniru beberapa aspek dalam buku Jingga dalam beberapa tindakan dan pengumumannya mutakhir ini,” katanya.

Apapun ia baik untuk rakyat, ujarnya tindakan Perdana Menteri itu memperakui Buku Jingga merupakan tawaran yang baik dan tidak mampu ditolak.

Justeru, ujarnya SAMM mengajak semua massa muda untuk bersama dalam usaha menyusun gerakan muda.

“Kami mahu menyebarkan radikalisma SAMM di hati massa muda. Massa muda yang khususnya golongan pekerja bawahan sedang dihimpit teruk dengan kos sara hidup yang semakin menjerut.

“Kebangkitan proletariat muda harus disusun untuk menjatuhkan regim yang semakin tidak tahu mendengar suara rakyat,” ujarnya.


Kuota Bumiputera: Najib ikut kata Soi Lek? | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi?

Berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini semalam, Najib memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.

Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan ‘kita harus menggalakan hak Bumiputera’.

Sementara itu, Soi Lek meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya.

Ini kerana, jelasnya dalam perniagaan di kebanyakan sektor seperti pembinaan, peniaga bumiputera lebih banyak mendapat kelebihan berbanding bukan bumiputera.

Katanya, perkembangan itu tidak sihat dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana jika ia berterusan, peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi oleh pihak lain yang lebih layak.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Ogos tahun lalu.

Sila rujuk:
1. Kenyataan Datuk Seri Najib Razak: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-kuota-akan-dibuang-tapi-bumiputera-tetap-dibantu/

2. Kenyataan Chua Soi Lek: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Tiada ulasan: