Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memantau sekitar ibu negara menjelang himpunan Bersih 2.0 petang ini. Pesuruhjayanya, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, seramai 35 pegawai Suhakam termasuk dua pesuruhjaya termasuk beliau dan Janes Nayagam bermula jam 9.30 pagi ini hingga selesai himpunan. Menurutnya, tujuan pemantauan adalah untuk memastikan semua urusan berkaitan berjalan mengikut peraturan sesuai dengan kedudukan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang tidak melanggar undang-undang khususnya Perkara 10 Perlemabgaan Persekutuan. “Ini sejajar dengan pengakuan pihak Bersih sendiri yang mengatakan perhimpunan ini adalah himpunan aman,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi. Katanya, dalam melaksanakan tanggungjawab ini, pihak Suhakam membahagikan para pegawainya kepada tiga kumpulan. Jelasnya, kumpulan pertama akan berlegar di sekitar Kampung Baru, kedua pula di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Masjid Jamek dan kumpulan tiga berlegar di Jalan Sultan Ismail menunju ke Lebuh Ampang dan Stadium Merdeka yang diketuainya. “Sepanjang mereka melaksanakan tanggungjawab ini, pihak kami akan memantau segala insiden yang berlaku. “Jika pihak berkuasa bertindak di luar undang-undang ke atas orang awam, pihak kami akan mengambil tindakan secara langsung untuk memaklumkannya kepada pihak atasan PDRM,” ujarnya. Selain itu, katanya pihak Suhakam akan terus membantu berdasarkan bidang kuasa yang ada. Orang ramai boleh menghubungi Suhakam di talian 03-26125600 (pejabat), 012-3291423 (Ameer), 012-3290683 (Simon), 012-3291536 (Lee), 012-2067406 (Azizah). Bernama nafi hantar SMS pembubaran Parlimen Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong berkata: "Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka." "Teknologi mempunyai dua maksud dan adalah lebih baik untuk menggunakannya dengan bijaksana. Ini bukanlah kali pertama pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas saluran penyebaran yang meluas dan nama baik Bernama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini. "Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen pada Isnin ini supaya mengabaikannya sama sekali," katanya. Yong berkata, Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu. - Bernama
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 9 Julai 2011
HADIS ITU BENAR DARI HIMPUNAN HADIS 40 AKHIR ZAMAN....
Suhakam pantau insiden menjelang himpunan Bersih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan