Ahad, 31 Julai 2011

SIASATLAH..KERJANYA..KUASANYA..TAPI PENYAMUN2 TERBUS NI...PENIPU2..TAK KAN LEPAS DIAKHIRAT....ALLAH AKAN HUKUM SESUAI DENGAN AMALAN2NYA...SIAPLAH

Hisham: Walaupun dibebaskan, PSM6 masih disiasat
Jul 31, 11 9:13pm
Walaupun enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, tetapi polis masih menjalankan siasatan mengenainya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Polis masih menjalankan siasatan (terhadap enam anggota PSM). Perdana menteri sudah menyatakan apa juga tindakan adalah mengikut Jabatan Peguam Negara (AG).

"Jikalau AG sudah buat keputusan, saya sendiri terpaksa akur," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Sembrong di Nyior hari ini.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang Jumaat lalu.

Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Sementara itu, Hishammuddin berkata KDN telah menghantar pulang dua individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LLTE) ke Sri Lanka baru-baru ini.

Katanya, butiran lanjut tentang pengusiran dua yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa itu akan didedahkan esok.

"Dua orang yang mempunyai kaitan dengan LTTE dan ditahan di bawah ISA dan kita telah usir balik ke Sri Lanka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Sembrong di Nyior hari ini.

- Bernama

Lee SlimShady Samm · Top Commenter · Kuim
dalam dunia nie memang jadi satu Lumrah! Asal Lidah Kontot aje Gerenti Bangang! bangang sikit - sikit sudahlah! ini bila dah sampai ke tahap bangang "Power" memang takde ubat la! Dulu tuduh jadi KOMUNIS! Skang ni tuduh jadi Ghimau plak! ape punya "Power" la dia punya BANGANG!


Umat Islam di M'sia mula berpuasa esok
Jul 31, 11 8:25pm

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, 1 Ogos, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).


HATI2 YANG LAIN JUGA....BUKAN KURMA AJE....

Kontrak: Lim anggap MCA berfahaman sempit
Fakhri Ali

BUTTERWORTH, 31 Julai: Tindakan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang mempertikai kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, kerana didakwa memberi kontrak Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang kepada kontraktor Bumiputera dan India Muslim dianggap sebagai tidak matang dan berfahaman sempit.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh MCA tidak jauh bezanya dengan Umno yang menjadi rakan karib dalam BN.

"Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita membantu masyarakat bukan Melayu, Umno pula akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu.

"Sekiranya pemikiran dan sikap begini masih lagi menjadi ikutan dan amalan, maka pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang hidup harmoni, tanpa prejudis tidak akan tercapai.

"Oleh kerana itulah, apabila Umno seolah-olah gila talak kerana hilang kuasa, maka MCA juga kempunan untuk mengikut rakannya dengan menyalak tanpa hala tuju yang positif," ujarnya pada perasmian Jalan P Patto di Mak Mandin pagi tadi.

Sehubungan itu katanya, seandainya kuasa diberikan kepada BN, tidak mustahil banyak perpecahan dalam hubungan antara kaum akan terus berlaku, apabila perjuangan bangsa seperti yang diamalkan oleh komponen BN menjadi amalan.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan, turut menyeru MCA supaya menyedari hakikat bahawa mereka bersama-sama dengan MIC dan Gerakan, sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terhadap perjuangan mereka bagi membela nasib rakyat di Pulau Pinang.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh dan barisan exco serta kepimpinan kerajaan negeri.


Keunikan Ramadan terserlah di Kota Bharu
Aslani M

KOTA BHARU, 31 Julai: Di negeri-negeri lain kempen kibar Jalur Gemilang sedang rancak dijalankan, sebaliknya di Kelantan kemeriahan Ramadan pula dirasai sekarang.

Persiapan akhir di Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sedang dijalankan sejak pagi tadi.

Kelainan Ramadan sejak 20 tahun lalu dirasai apabila ada khemah khas tempat solat Tarawih disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di tengah pusat bandar.

Bermula khemah Tarawih di Dataran MPKB kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang yang lebih selesa dan strategik.

Solat Tarawih berimamkan qari dari Mesir sejak beberapa tahun lalu begitu mengasyikkan ribuan jemaah yang hadir.

Tambahan pula tempat solat di Qaryah Ramadan disediakan penghawa dingin. Selain itu di beberapa masjid utama di sekitar Kota Bharu juga disedia penghawa dingin termasuk Masjid Muhammadi, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan Masjid Kota Darulnaim.

Bagi pemimpin kerajaan negeri dan PAS, Ramadan lebih sibuk berbanding bulan lain memandangkan program tadarus al Quran diadakan di setiap kawasan parlimen.

Selain itu mereka juga perlu menyampaikan tazkirah di Dewan Zulkifli Mohammad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan selepas solat Zohor.

Tazkirah dimulakan pada 1 Ramadan dan dijangka dilancarkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Turut dijadual menyampaikan tazkirah tersebut anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Dua anggota Exco yang bukan lulusan bidang pengajian agama iaitu Abdul Fattah Mahmood (optometrist) dan Che Abdullah Mat Nawi (kewangan) juga dijadual menyampaikan tazkirah selama 20 minit.

Manakala program tadarus al Quran dimulakan pada 2 Ramadan akan diadakan di kawasan parlimen Ketereh bermula solat Asar sehingga waktu iftar.

Program itu akan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Program serupa diadakan di kesemua 14 kawasan parlimen di Kelantan.

Kemuncaknya program tadarus al Quran akan diadakan pada 17 Ramadan di Bukit Bunga, Jeli. Sempena program itu ceramah Badr al Kubra juga diadakan.

Di Qaryah Ramadan pula pelbagai program disusun khas seperti tahun-tahun sebelumnya. Antaranya iftar dan sahur jama’i, kelas pengijazahan al Quran, tazkirah selepas dua salam Tarawih, relay bacaan al Quran selepas jam 12 malam.

Selain itu tadarus al Quran setengah jam sebelum berbuka, qiamulai mulai jam 4 pagi, program sepetang di ambang iftar, interaktif bersama imam dari Mesir, kelas al Quran selepas solat Zohor dan Asar, pameran Palestin serta cafe mubarak.

Perasmian Qaryah Ramadan dijangka diadakan pada 4 Ramadan selepas solat Tarawih oleh Menteri Besar.

Himpunan Remaja Ramadan

Himpunan Remaja Ramadan pula diadakan pada petang 5 dan 15 Ramadan. Majlis khatam al Quran 30 juzuk dijadualkan pada 13 Ramadan.

Di Qaryah Ramadan juga akan diadakan ceramah Nuzul al Quran pada 17 Ramadan disampaikan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud dan pendakwah bebas, Datuk Zawawi Yusof.

Tahun ini juga diadakan program Sehari Celik IT dan program Skor A bagi pelajar-pelajar bakal menduduki peperiksaan, pagi 20 Ramadan.

Pada malam hari sama diadakan ceramah pengkisahan Badar Kubra akan disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Speaker Dun Kelantan dan wakil Palestin.

Kelainan juga dapat dirasakan apabila pelbagai sepanduk meraikan kedatangan Ramadan boleh dilihat di merata tempat di Kelantan sejak seminggu lalu.

Sementara itu bandar Kota Bharu mengalami kesesakan lalu lintas begitu teruk pada Khamis, Sabtu lalu dan hari ini.

Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit pada hari biasa bertukar kepada lebih sejam.


Hati-hati kurma Israel, Malaysia negara munafik
http://chegubard.blogspot.com

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sempena Ramadhan ini juga che'GuBard dan SAMM sekali lagi memperbaharui desakan untuk Malaysia menghentikan segala bentuk hubungan dengan negara haram Israel.

Dalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel sepertimajalah Israel-Asia Trade, Israel Review, bukuAdvantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Sebelum ini dalam sidang media dan banyak siri ceramah che'GuBard telah banyak kali mendedahkan beberapa bukti seperti borang kastam membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel terus 'segar' dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama 'maqamnya' dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Kepada Mukhriz anak kepada Dr. Mahathir, harus tampil menyatakan pendirian sebenar dalam isu ini bukan diam berkubu di MITI yang menjadi pusat pengkhianatan yang menjadikan Malaysia negara munafik.

HIDUP IBARAT RODA...BERKUASA GUNA ELOK2..TAK BERKUASA NANTI BARU SEDAR KUASA ITU WAJIB DIBUAT DENGAN HAQ BUKAN CARA BATIL...ALLAH LAH MAHA BERKUASA

Asri Kuang meninggal dunia
Harakahdaily

SELAYANG, 31 Julai: Aktivis PAS Selayang, Asri Ahmad, 31 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang petang ini di Hospital Selayang.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masing kecil.

PAS dan Pakatan Rakyat Selayang kehilangan seorang aktivis yang komited dengan perginya Asri.

Janazah beliau akan disolatkan di Masjid Islahiah, Kuang selepas solat Asar nanti.

Asri antara tahanan awal kes Bersih 2.0 sedang dalam proses perbicaraan selepas ditahan polis kerana memiliki beberapa helai baju Bersih dengan dakwaan mengedarkan baju pertubuhan yang diharamkan.

Beliau telah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan ikat jamin.


Kumpulan pertama pencari suaka akan dihantar ke M'sia
Jul 31, 11 3:34pm
Sebuah bot yang sarat dengan pencari suaka telah dipintas di barat laut Australia pada pagi Ahad dan penumpangnya akan menjadi kumpulan pertama orang asing yang akan dihantar ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pendatang antara kedua-dua negara.

Dalam kenyataan hari ini, kerajaan Australia berkata bot berkenaan yang membawa 54 pencari suaka dan dua anak kapal dipintas HMAS Ararat di barat laut Scott Reef di Laut Timor.

Perjanjian yang dimeterai kerajaan kedua-dua negara Isnin lalu memperuntukkan bahawa Malaysia akan mengambil 800 pencari suaka, manakala Australia pula akan mengambil 4,000 orang pelarian tulen dalam tempoh empat tahun.

Menteri Imigresen Chris Bowen memberitahu Sky News bahawa pencari suaka itu akan dibawa ke Pulau Krismas sebelum diterbangkan ke Malaysia tiga hari kemudian setelah semua urusan mengenainya selesai dilaksanakan.

Bowen bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kanak-kanak, khususnya yang tidak diiringi waris, yang menjadi penumpang bot itu, akan turut dihantar ke Malaysia.

"Tidak ada sebarang pengecualian. Tapi, kami akan buat penilaian terhadap setiap individu sama ada dia wajar dipindahkan ke Malaysia serta tindakan atau perlindungan tambahan yang perlu diberi kepadanya semasa berada di sana kelak," katanya.

Beliau berkata kerajaan telah menambah jumlah anggota keselamatan, pasukan penilaian, Polis Persekutuan Australia dan kaunselor di Pulau Krismas untuk mengendalikan pencari suaka yang enggan menaiki kapal terbang untuk dihantar ke Malaysia.

Bowen berkata oleh kerana urusan pertukaran pendatang itu merupakan perkara baru, maka kerajaan akan mengamalkan pendekatan "tunggu dan lihat".

"Bagaimanapun, sekiranya 800 orang berkenaan tidak tiba, Australia akan tetap mengambil 4,000 orang pelarian dari Malaysia sejajar dengan keputusannya meningkatkan jumlah pengambilan orang pelarian atas dasar peri kemanusiaan," katanya.

- Bernama


SB gagal 'brainwash' saya: Tahanan EO
Kow Gah Chie
Jul 31, 11
2:31pm

Walaupun disoalsiasat berjam-jam setiap hari, namun pegawai Cawangan Khas (SB) gagal mempengaruhi tahanan EO yang baru dibebaskan, Choo Chon Kai, supaya meninggalkan perjuangannya.

NONESebaliknya, dalam banyak sesi tersebut sepanjang sebulan
ditahan, ahli jawatankuasa PSM yang berusia 33 tahun itu - yang dibebaskan Jumaat lalu - lebih komited kepada perjuangan untuk Malaysia yang adil dan demokratik.

"Tidak ada (penderaan) fizikal... hanya kaedah 'brainwash' untuk melumpuhkan semangat saya. Mereka menyentuh butiran terperinci mengenai kehidupan saya," kata Choo, ketika ditemuramah Malaysiakini selepas dia dibebaskan.

Katanya, pegawai polis cuba meyakinkannya supaya meninggalkan perjuangannya, tetapi ia membuat dirinya semakin kuat dalam mempercayainya dirinya.

Menurut Choo, mereka bertanya maklumat ketika dia bersama pertubuhan hak asasi manusia - Suaram - beberapa tahun lalu, dan juga selepas dia menyertai PSM pada tahun 2005.

Choo bersama-sama dengan lima lagi rakannya dari PSM ditahan ketika kempen 'Udahlah BN, Bersaralah' di Pulau Pinang pada 25 Jun.

Seminggu kemudian, keenam-enam mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kesemua mereka dibebaskan Jumaat lalu, selepas ditahan selama 28 hari.

Menurut Choo, polis juga menyoalsiasat mengenai kunjungnnya ke Bangkok.

  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
    PENDIRIAN KITA TAK BOLIH DI-PAKSA, KITA HARUS TABAH DENGAN PERJUAGAN YANG MURNI.
    • Petterson Ray Petrus · Top Commenter · Chief kadam at Taukeh mangaren
      hidup UMNO sangat mulia ka sapu angin???najip tu mulia ka???
    • Sepetang Dsipitang · UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIA
      Apasal tdk jwb sapu angin. Hidup rosmah 2 mulia dgn sana cni muka bersuntik hidung mcm ahli sihir. Baik awk tukar nama kipas rosmah Lg padan.
    • Xyza Caution · Top Commenter · Kampung Aje
      alangkah bagusnya pendirian umat2 Islam seteguh Choo dalam perjuangkan Islam....org bukan Islam memperjuangkan hak mereka begitu teguh...tp kita selaku org Islam memperjuangkan hak Islam betul2 rapuh...sanggup menyokong org yg nk menghancurkan Islam...sanggup menyokong org2 yg sentiasa memandang ulama' hanya patut d surau saje tempatnya bukan d tempat pentadbiran...org yg sanggup membiarkan suasana mungkar dan keji berleluasa...rapuhnya umat Islam hari ini....
  • Aimans Rafael · Mjsc bp
    klu ada 5jt lg rakyat msia yg mcm choo..msia akan bangkit dr zaman2 kelam slama lbh setgh abad.rakyat msia akan dpt mngecapi sepnhnya kemakmuran yg ada dbumi msia yg trcinta..
  • Azizan Bakar · Top Commenter
    KERAJAAN LANGIT PIMPINAN AYAH PIN TAK TANKAP PUN.....KERANA DIA TKK MENGGUGAT UMNO/BN.....CUMA DIA MENGGUGAT AKIDAH UMAT ISLAM SAJA.....ITU TAK MERBAHAYA BAGI PANDANGAN KERAJAAN UMNO/BN.
  • Ismadi Ismail · Top Commenter · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
    Choo.....peluklah Islam choo, kamu akan terasa hebatmya bilamana kamu perjuangkan kebenaran......nikmat dan rahmat tetap bersamamu. Tapi Choo....tiada dalam paksaan dlm islam(bagi yg bukan islam saja).
    • Nordin Omor · Top Commenter
      btul3x tu choo,,convert 2 islam,as if u're born as clean as a baby...May Allah forgive you choo.
    • Kamarzaman Mustafa · Top Commenter · Daie at Jamaah islam
      choo peluklah islam tapi bejuang didalam jamaah dakwah kerana dalam jamaah dakwah penuh dengan kasih sayang dan rahmat Allah tapi kalau coo peluk islam dan duduk dengan pembangkang dan ahli politik, choo juga akan jadi najis dan taik kerana sentiasa mencari salah dan silap orang untuk kepenting parti choo untuk dapat kuasa ... peluklah islam tapi islam yg sebenarnya yg dibawa oleh rasullulah dan bukan islam politik parti yang sentiasa ingin bermusuhan!
    • Juli Ooi · Top Commenter · Massey Palmerston North
      Choo adalah satu contoh tidak perlunya berlabel apa-apa agama untk berjuang bagi kebenaran dan keadilan. Kalau hati mulia dan rohani, Tuhan tetap akan menyayang mu kalau tidak berlabel apa agama. Lebih berdosa menguna label agama dan lakukan perbuatan hina yg memburukkan nama agama.
  • Rufaizira Mohd Rudi · Top Commenter · Works at PPUKM
    yes bro..yakin pd perjuangan anda..kebenaran tidak pernah mati bro..


Sarasvathy: Saya mungkin boleh mati dalam tahanan
Kow Gah Chie
Jul 31, 11
3:06pm

Sebaik sahaja timbalan presiden PSM M Sarasvathy dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, dia teramat gembira sekali kerana dia tahu dia mungkin boleh mati akibat serangan jantung sewaktu dalam tahanan selama 28 hari.

psm eo6 release pc 290711 sarasvathy"Saya diserang sakit teruk di dada kiri saya yang saya syaki adalah serangan sakit jantung. Saya fikir saya akan mati ketika itu," katanya.

"Kesakitan yang teruk sehingga saya tidak boleh bernafas. Ini
adalah pengalaman pertama saya seperti itu," katanya tersenyum pahit apabila ditemuramah oleh Malaysiakini beberapa jam selepas pembebasannya.

Sarasbathy mempunyai alasan untuk merasa takut sedemikian, ekoran rekod serangan jantung dalam keluarganya.

"Ibu saya dan kedua-dua adik saya mengalami serangan sakit jantung. Saya merasa teramat sakit di dada ketika di dalam lokap," dakwa Sarasvathy, 58. Bilik kurungan 'berhantu'

psm eo6 release 290711 group photoSarasvathy berkata, dia mengadu sakit dada dan dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpul sebanyak dua kali - pada 15 Julai dan hari berikutnya.

Sarasvathy juga berkata, kali pertama mengadu sakit dada, dia dihantar ke hospital untuk rawatan perubatan.

Dalam perjalanan pulang, katanya, seorang pegawai memberitahunya yang bilik kurungannya 'berhantu'.

"Ianya antara pukul 1 pagi hingga 2 pagi. Pegawai itu kata ada hantu lelaki yang suka melawat tahanan wanita," katanya.


SPRM K'tan nafi tak berani siasat kes babit k'jaan PAS
Jul 31, 11 2:12pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya tidak berani melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan kerajaan PAS Kelantan.

Pengarahnya Nasaruddin Mohd Nor berkata sebagai contoh, SPRM telah menjalankan siasatan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman dan dakwaan kes penyelewengan dalam projek Bazar Tok Guru.

Katanya siasatan kes Abdul Ariffahmi yang merupakan menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun selesai dengan kertas siasatan telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan.

"Bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan dalam projek Bazar Tok Guru sehingga menyebabkan kerajaan negeri dilaporkan kerugian RM50 juta, pihak kita telah melakukan siasatan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi. Kita dapati tiada unsur rasuah," katanya.

Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 174 maklumat diterima berhubung kes rasuah di negeri ini dengan 17 kertas siasatan dibuka.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 10 tangkapan telah dibuat dengan lapan kes telah dibuat pendakwaan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas pengarah SPRM Kelantan yang baru disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan, di Kota Bharu hari ini.

Di majlis itu, Nor Rasmi Shaari yang sebelum ini timbalan pengarah SPRM Perak menggantikan Nasaruddin yang bertukar ke Putrajaya sebagai pengarah bahagian kecemerlangan dan profesionalisme.

- Bernama


Pemangku MD Uda Holding meninggal dunia
Jul 31, 11 3:27pm
Pemangku pengarah urusan UDA Holdings Berhad Muhammad Radzi Mohd Basar meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah hotel di Kuantan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata kematian Muhammad Radzi, 53, disedari setelah beberapa orang kakitangannya gagal menghubungi beliau di bilik hotel berkenaan.

Muhammad Radzi cuba dihubungi oleh kakitangannya dari 7 hingga 7.30 pagi sebelum pergi memeriksa di bilik pada 8.30 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, polis terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beliau berkata polis menyifatkan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Allahyarham sepatutnya menghadiri majlis Pecah Tanah Pembangunan Resort Empat Bintang di Pekan, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan majlis pecah tanah itu tengah hari ini, turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

- Bernama

  • Muhammad Rafael · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    semakin ramai pemimpin2 yg dikenali, dihormati meninggal dunia..MP, seniman, tokoh koprat, hakim, dll meninggalkan kita..semoga pemimpin2 BN yg zalim, meindas, rasuah, kaki menyeleweng, kaki fitnah, kaki aibkan org segera bertaubat..dari allah kita dtg kpd allah kita kembali..al-fateha..
    • Ana Islam · Top Commenter · UKM
      sekiranya kita mahu menasihati mereka supaya berubah.. jgn tujukan pada satu2 golongan sahaja... even Rasulallah sentiasa menasihati sahabat2 baginda..even sahabat2 baginda nie iman mereka jaoh lebih perfect dari kita.. inikn kita umat akhir zaman~~
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Hairan kenapa mati dihotel? Mati terkejut itu mesti ada rahsia!
    Mati terkejut ini diguna pakai pula..... mesti ada mistry!
    Sebelum mati ada buat maksiat kot? atau makan viagra terlalu banyak.
    INi dia salah seekor penganut mazhab umno.
    Semoga rohnya dapat rahmat dari tuhan umno.
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Antimamak, tidak baik menghina orang yg sudah meninggal dunia. Sekalipun dia ada dosa atau ahli umno, itu urusannya dgn ALLAH S.W.T. Kita yg hidup, ambil ikhtibar daripada kejadian itu. AlFatihah. Ucapan takziah kpd ahli keluarga arwah Muhammad Radzi. UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA!
    • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
      Jamil Awab
      Bila TBH mati ... puak umno tak kata hina TBH??
      Selpas TBH mati , Sabarni mati .... berita hina kedua dua mendiang ini sibuk diedarkan ...kenapa ?? ini kerja puak umno , elok kau beritahu puak umno ya!!
    • Nordin Othman · Top Commenter · Works at Ns2 Network
      kita doakan beliau mendapat rahmat Allah..ameen
  • Ayub Atan · Top Commenter
    Walau pun aku ada tidak berpuashati dengan arwah, tetapi sama-samalah kita menhadiahkan Al-Fatihah...
    • Ana Islam · Top Commenter · UKM
      jikalau anda ade yg x puas hati ngn die.. apa yg akn anda lakukn.. dia sudah tiada.. jdi let go la perasaan x puas hati 2... Even Rasulallah xpernah simpan dendam ke ats umat ny...
  • Omar Zakaria
    Hati-hati menuduh orang yang sudah mati.......
  • Adil Bin Ibrahim Adil · Sekolah Menengah Tun Habab kota tinggai
    Takziah ....kepada keluarga allahyarham.....diharap bersabar dengan ketentuan tuhan...